You are on page 1of 7

Soalan Esei Pendek:

1. Adakah semua perbincangan ontologi memerlukan


“pembuktian kewujudan tuhan “ sebagai pra syarat (30
markah)

2. Jelaskan Tentang perbincangan kosmological Thomas Aquinas


(30 markah)

1
Nyatakan nombor soalan : 1

Jawapan:

Perkataan ontologi dikatakan berasal dari perkataan Greek


iaitu onto yang bermaksud kewujudan atau hakikat yang nyata.
Manakala logia didefinisikan sebagai ilmu sains. Secara umumya,
apa yang dimaksudkan dengan ontologi ialah teori tentang hakikat.
Ilmu ontologi dalam filosofi ini penting untuk ahli falsafah kerana
mereka menggunakan konsep ontologi untuk membincangkan
beberapa persoalan yang mencabar untuk bina semula teori dan
modal bagi mewujudkan pemahaman yang jelas serta mendalam
dalam konteks ontologi. Bukan semua perbincangan ontologi
memerlukan kewjudan Tuhan sebagai pra syarat.
Pada tahun 1078, Anselm telah mengemukakan suatu pokok
persoalan adakah ada kemungkinan untuk Tuhan wujud.
Perbincangan atau perdebatan ini dinamakan “the Onthological
argument”. Anselm telah mengemukakan beberapa idea untuk
menyokong konsep kewujudan Tuhan iaitu, ada kemungkinan yang
sesuatu kuasa yang sangat hebat atau maximally great being wujud,
kuasa hebat ini wujud di sesetengah dunia yang berkemungkinan,
sekiranya kuasa hebat ini wujud di sesetengah dunia yang di luar
pengetahuan ia perlu wujud dalam dunia nyata juga, dan Tuhan
wujud dalam dunia nyata. Pemikiran Anselm adalah berasaskan
kepercayaan kepada pemahaman (faith seeking understanding).

2
Maksud kepercayaan untuk Anselm lebih merupakan keadaan
sukarela daripada keadaan epistemik: cinta kepada Tuhan dan
dorongan untuk bertindak seperti yang dikehendaki Tuhan.
Sebenarnya, Anselm menggambarkan jenis kepercayaan yang
"hanya mempercayai apa yang harus dipercayai". Dalam
perbincangannya juga Anselm mengemukakan dua cara sesuatu
konsep boleh wujud dalam dunia iaitu sesuatu boleh wujud dalam
minda dan pemikiran tetapi ianya ialah khayalan sepenuhnya. Satu
lagi cara sesuatu boleh wujud dalam dunia adalah melalui pemikiran
serta juga dalam realiti iaitu perkara tersebut boleh dibayangkan dan
wujud secara nyata. Menurut Anselm Tuhan wujud dalam
kepercayaan seseorang yang berkait rapat dengan keagamaan dan
ianya tidak perlu ada bukti sebagai pra syarat dalam ontologi.
Namun, Charles Hartshorne, Horman Malcolm dan Alvin
Plantinga pada abad ke 20 bertindak untuk mengkritik pandangan
yang dikemukakan oleh Anselm. Hal ini demikian kerana, menurut
Anselm Tuhan ditakrifkan sebagai kuasa yang sangat hebat. Kuasa
yang hebat adalah sesuatu yang mempunyai semua jenis kuasa,
pengetahuan dan sempurna dari aspek moral dalam semua dunia
yang berkemungkinan. Sekiranya, Tuhan hanya wujud dalam
pemikiran seseorang bukan dalam dunia realiti ia dianggap
menggugat definisi yang dikemukakan oleh Anselm yang Tuhan
ialah kuasa yang sangat hebat dan sempurna. Jadi, dalam
perbicangan ini ahli-ahli falsafah mengatakan kewujudan Tuhan
harus dibuktikan sebagai pra syarat dalam perbincangan ontologi.
3
Peredaran masa menyebabkan ilmu ontologi dibahagikan
kepada dua cabang ontologi utama iaitu ontologi materialism dan
ontologi idealism. Ontologi materialism ialah kepercayaan bahawa
objek yang nyata adalah kepercayaan yang nyata. Manakala,
ontologi idealism pula ialah kepercayaan yang wujud dalam minda
dan pemikiran adalah lebih nyata daripada objek yang wujud. Hal ini
demikian kerana, kepercayaan itu realiti yang terbina dalam minda
pemerhati. Namun, dalam ontologi objek yang wujud secara nyata
dikatakan lebih hebat dan sempurna daripada objek yang hanya
wujud dalam minda. Ontologi materialism memerlukan bukti
kewujudan Tuhan sebagai pra syarat dalam perbincangan ontologi.
Kesimpulannya, bukan semua perbincangan ontologi
memerlukan bukti kewujudan Tuhan sebagai pra syarat. Kewujudan
Tuhan boleh dirasakan melalui kepercayaan yang wujud
berdasarkan sesuatu amalan agama serta berasaskan alasan yang
logik.
(500 patah perkataan)

4
Nyatakan nombor soalan : 2

Jawapan:

Thomas Aquinas ialah seorang ahli falsafah dan teologi


ternama dari Itali. Saint Thomas Aquinas dilahirkan sekitar tahun
1225 di Roccasecca, Itali. Thomas Aquinas merupakan pemikir
Skolastikisme abad pertengahan yang paling ternama disebabkan
hasil pemikirannya yang menggabungkan prinsip teologi
kepercayaan dengan prinsip falsafah logik. Thomas merupakan
seorang yang percaya terhadap kewujudan Tuhan tapi sebagai ahli
falsafah beliau perlu membuktikan kewujudan Tuhan dan sebab
inilah wujud perbincangan kosmologi.
Antara idea yang dikemukakan oleh Thomas Aquinas untuk
membuktikan kewujudan Tuhan ialah argument from motion. Dalam
hujahannya beliau menyatakan bahawa kita semua hidup dalam
dunia yang sentiasa ada pergerakan dan sesuatu pergerakan akan
wujud sekiranya ada pelaku yang melakukan pergerakan tersebut.
Sesuatu perkara yang statik perlu memulakan perbuatannya untuk
menggerakkan objek tersebut supaya objek tersebut boleh
bergerak. tetapi ini tidak boleh sampai ke tak terhingga kerana
ketika itu tidak akan ada penggerak pertama dan akibatnya tidak
ada penggerak lain; melihat bahawa penggerak seterusnya hanya
bergerak kerana mereka digerakkan oleh penggerak pertama. oleh
itu adalah mustahak untuk tiba pada penggerak pertama yang tidak

5
digerakkan oleh orang lain dan ini semua orang mengerti sebagai
Tuhan.
Idea yang seterusnyan yang dibincangkan dalam
perbincangan kosmologi ialah argument from the nature of efficient
causes. Dalam hujahnya Thomas Aquinas, menjelaskan bahawa
setiap perkara yang berlaku dalam dunia mempunyai sebab dan
akibat berlakunya perkara tersebut. Tiada ada perkara yang berlaku
didapati menjadi sebab untuk dirinya sendiri; kerana itu adalah
mustahak untuk dirinya sendiri yang menjadi sebab berlakunya
perkara tersebut. Tuhan biasanya difahami sebagai penyebab
segalanya dan sekiranya ada sebab mesti ada kesannya. Penyebab
kewujudan dan kesan berlakunya sesuatu dianggap sebagai aturan
Tuhan.
Seterusnya ialah argument from contigency. Hujah atau bukti
ini berasal dari pertimbangan tentang kewujudan dan susunan alam
semesta. Kewujudan dunia mesti mempunyai sebab dan bukan
sekadar perkara luar biasa, tetapi sesuatu yang wujud dengan
keperluan iaitu sesuatu yang mesti ada agar sesuatu yang lain
wujud. Sesuatu perkara yang mungkin adalah perkara yang mampu
wujud dan tidak ada. Pembincangan ini dikaitkan antara sesuatu
perkara yang mesti atau mungkin wujud. Mesti ada perkara yang
diperlukan yang menjadi penyebab seluruh rangkaian kewujudan
perkara tersebut dan semua ini dikatakan sebagai perancangan
Tuhan.

6
Hujah keempat Aquinas adalah bahawa dari aspek tahap
kesempurnaan iaitu argument from degrees. Semua perkara
menunjukkan tahap kesempurnaan yang lebih besar atau lebih
rendah. Oleh itu, mesti ada kesempurnaan tertinggi yang hampir
tidak dapat dicapai oleh semua makhluk yang tidak sempurna.
Banyak perkara yang diukur berbeza-beza sesuai dengan rupa
dengan cara yang tepat. Dalam sistem Aquinas, Tuhan adalah
kesempurnaan terpenting.
Hujah kelima Aquinas ialah teological argument. Teologi
bermaksud berorientasikan matlamat dan bertujuan. Aquinas
berpendapat bahawa setiap perkara mempunyai tujuan atau tujuan
semula jadi tersendiri. Beberapa perkara, seperti otak manusia
secara semula jadi kekurangan kecerdasan dan dengan demikian
tidak mampu mengarahkan diri ke arah tujuan melakukan atau
mencipta sesuatu. Oleh itu, mereka mesti dibimbing oleh sesuatu
kuasa yang cerdas dan berpengetahuan, iaitu Tuhan.
Kesimpulannya, kesemua idea tentang kewujudan Tuhan yang
diketengahkan oleh Aquinas iaitu dari aspek pergerakan, sebab,
contigensy, kesempurnaan dan teologi dianggap sebagai bukti yang
tidak kukuh bagi membuktikan kewujudan Tuhan.
(500 patah perkataan)

You might also like