You are on page 1of 2

NAMA : FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN

KELAS : BM3 (PISMP SEM 1)

ERTI FALSAFAH DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan
mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan
atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan
matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam,
malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat
susah ia menerima falsafah Islam.  Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu
dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.

 Mengikut pandangan peribadi, jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah
atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang
berasaskan ajaran Islam.   Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-
Quran dan As-Sunnah. Ahli falsafah Islam dari setiap zaman, apabila
membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-
soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu:  Siapa anda (apa hakikat diri
anda)?  Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?
Kemana anda akan pergi?  Apa tujuan hidup?  Dan apakah hakikat mati?

Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang
berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.  Hikmah ada kalanya bermaksud
bijaksana (surah An-Nahli 125).  Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini
bermaksud mengenal golongan.  Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa
"Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".

Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh


untuk mengenal sesuatu.  Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar.  Dalam versi yang
lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang
menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah"
NAMA : FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
KELAS : BM3 (PISMP SEM 1)

Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem".  Ia bermaksud orang yang
mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus
(Muhammad Nasir, 1978).  Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang
tinggi martabatnya.  Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang
mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau
enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat.  Ini jelas seperti
cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.

Falsafah Islam cuba mencari hakikat manusia dan alam semesta ini.  Setelah
berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan
bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan
khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang
tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah.  Ini adalah berdasarkan
kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf
dan lain-lain. 

You might also like