You are on page 1of 8

Susunan tugasan seperti berikut

1) Pengenalan perniagaan – A dan B


2) Profil perniagaan dan ikatan perjanjian perkongsian
3) Jurnal Pembayaran Tunai
4) Lejar sebelum pelarasan
5) Imbangan duga
6) Pelarasan dan pengiraan pelarasan perkongsian
7) Jurnal am
8) Lejar pelarasan
9) Imbangan Duga terselaras
10) Akaun penamat
11) Akaun semasa dan kunci kira-kira
12) Tafsiran Penyata kewangan
13) Belanjawan tunai
14) Cadangan
15) Rumusan
16) Lampiran : Jadual pengiraan gaji (Lampiran B),Jadual Perkeso (Lampiran C), kwsp
(Lampiran d) dan Perkeso (Lampiran E)
Pengenalan Perniagaan

Pada 1 April 2017, perniagaan Restoran Myra & Amir yang dimiliki oleh Fatin Amirah Bt
Fakeruddin dan Amir Hamzah Bin Azman meneruskan perniagaan untuk tahun ketiga, dimana
ia telah ditubuhkan pada 1 April 2015. Lokasi perniagaan ini beralamat di Lot 34A, Jalan Masjid
Kg. Tujoh 16200 Tumpat, Kelantan. Perniagaan ini dimiliki oleh Fatin Amirah Bt Fakeruddin
iaitu saya sendiri dan rakan saya Amir Hamzah Bin Azman. Bagi melancarkan pengurusan
restoran, Restoran Myra & Amir telah dibantu oleh lima orang pekerja iaitu Fakhri Bin Najmi
yang dibayar gaji RM 2500, Luqman Bin Hakim dibayar gaji RM 1500, Azila Bt Norman
dibayar gaji RM 1500, Najihah Bt Bakar dibayar gaji RM 1000 dan Wahida Bt Bakar yang
dibayar gaji RM 1000. Perniagaan ini juga menerima tempahan makanan daripada pelbagai
pihak untuk majlis-majlis tertentu.

Restoran Myra & Amir menjalankan perniagaan di sebuah bangunan dua tingkat yang
mempunyai kemudahan dewan mini di tingkat atas. Dewan mini ini boleh disewa oleh orang
ramai mengikut kadar yang ditetapkan. Perniagaan turut menyewa sebuah kedai bersebelahan
untuk digunakan sebagai tempat penyimpanan peralatan dan bilik sejuk untuk menyimpan bahan
mentah.

Tujuan kami memilih perniagaan restoran ini adalah kerana ingin memenuhi kehendak orang
ramai yang ingin merasa pelbagai jenis makanan tempatan ataupun bukan makanan tempatan
yang lazat. Selain itu, restoran ini juga ingin memberi pendedahan kepada para suri rumah
bahawa terdapat pelbagai jenis makanan yang berkhasiat yang boleh disediakan kepada seluruh
anggota keluarga tanpa menggunakan banyak bahan.

Kelebihan restoran ini adalah memiliki pelbagai jenis makanan sama ada cita rasa dalam luar
negara mahupun luar negara. Selain itu, kelebihan restoran ini juga adalah mempunyai
kemudahan WIFI yang menjadi daya tarikan pelanggan untuk ke sesuatu restoran.
Risiko yang mungkin dihadapi oleh perniagaan restoran kami adalah kerugian yang diakibatkan
oleh makanan dan minuman yang rosak dan telah tamat tempoh. Jika setiap hari lauk dan
makanan tidak habis, maka semua akan dibuang dan mendatangkan kerugian yang agak besar.
Selain itu, risiko yang mungkin dihadapi juga adalah berlakunya keracunan makanan yang
disebabkan oleh kecuaian pengendali makanan. Hal ini boleh menyebabkan premis akan ditutup
dan tidak lagi mendapat kepercayaan daripada golongan masyarakat.
Profil Perniagaan
1. Nama Perniagaan Restoran Myra & Amir
2. Nama Pemilik 1) Fatin Amirah Bt Fakerudddin
2) Amir Hamzah Bin Azman
3. Lokasi / Alamat Lot 34A, Jalan Masjid Kg. Tujoh, 16200 Tumpat,
Kelantan.
4. Jenis Perniagaan Perkongsian (Restoran)
5. Tempoh Perakaunan 1 April 2017 – 31 Mac 2018 (setahun)
6. Tempoh rekod 1 April 2017 – 30 April 2017 (sebulan)
7. Modal Perniagaan 1) Fatin Amirah Bt Fakeruddin – RM 80 000
2) Amir Hamzah Bin Azman – RM 80 000
8. Jumlah Pekerja 5 orang pekerja
Bil Nama RM
1. Fakhri Bin Najmi 2500
2. Najihah Bt Bakar 1500
3. Wahida Bt Bakar 1500
4. Luqman Bin Hakim 1000
5. Azila Bt Nordin 1000
9. Status Perniagaan Meneruskan Perniagaan
10. Nama dan Alamat Bank
11. Nombor Akaun 000813-03-0646
Ikatan Perjanjian Perkongsian
1. Nama Perniagaan Restoran Myra & Amir
2. Nama-nama Pekongsi i. Fatin Amirah Bt Fakeruddin
ii. Amir Hamzah Bin Azman
3. Bentuk Perniagaan Perkongsian (Restoran)
4. Alamat Perniagaan Lot 34A, Jalan Masjid Kg. Tujoh, 16200 Tumpat,
Kelantan
5. Jumlah Modal (i) Fatin Amirah Bt Fakeruddin – RM80 000
(ii) Amir Hamzah Bin Azman – RM80 000
6. Nisbah Pembahagian Untung dan (i) Fatin Amirah Bt Fakeruddin – 50%
Rugi antara Pekongsi (ii) Amir Hamzah Bin Azman – 50%
7. Gaji Pekongsi (Tahunan) (i) Fatin Amirah Bt Fakeruddin – RM 10 200
(ii) Amir Hamzah Bin Azman – RM 8400
8. Faedah Atas Ambilan 8%
9. Faedah Atas Modal 10%
Senarai Pelarasan
1. Stok akhir RM5720.00
2. Susut nilai aset bukan semasa adalah seperti berikut:

Aset Bukan Semasa Kaedah Kadar setahun Pengiraan


Lengkapan Baki berkurangan 10% (RM25000 – RM3625) x
10% x 1/12 = RM 178.13
Peralatan Penilaian semula RM7880 – 30/4/17 (RM10000 – RM2000) –
RM7880 = RM120
Perabot Garis lurus 5% RM30000 x 5% x 1/12 =
RM125

3. Peruntukan Hutang Ragu ditetapkan pada kadar 2% atas penghutang bersih


RM10 850.00 x 2% = RM217.00

4. Belanja Terakru:
i) Kadar bayaran terakru = RM 300
ii) Faedah atas pinjaman terakru 4% x RM108 000 x 1/12 = RM360

5. Belanja Terdahulu:
i) Insurans terdahulu = RM110

6. Hasil Terakru
i) Komisen belum diterima = RM200

7. Pembetulan kesilapan tidak ketara:


i) Belanja baiki bangunan dengan tunai tertinggal catat = RM 200
Pelarasan Perkongsian (Pengiraan Sahaja)

1) Faedah atas modal pekongsi


Pekongsi Fatin Amirah = RM 80 000 x 10% x 1/12 = RM666.67
Pekongsi Amir Hamzah = RM 80 000 x 10% x 1/12 = RM666.67

2) Faedah atas ambilan pekongsi


Pekongsi Fatin Amirah = RM 1000 x 8% x 1/12 = RM6.67
Pekongsi Amir Hamzah = RM 1500 x 8% x 1/12 = RM10.00

3) Gaji pekongsi
Pekongsi Fatin Amirah = RM 10 200 setahun
RM10 200 / 12 bulan = RM 850 sebulan
Pekongsi Amir Hamzah = RM 8400 setahun
RM8400/12 bulan = RM 700 sebulan
PENGIRAAN BELANJAWAN TUNAI

1. JUALAN BULAN MEI


 jumlah jualan – RM 101356 x 115% = RM 116559.40
 jualan tunai – RM 116559.40 x 70% = RM 81591.58
 penghutang – RM 116559.40 x 30% = RM 34967.82

2. JUALAN BULAN JUN


 jumlah jualan – RM 116559.40 x 120 % = RM 139871.28
 jualan tunai – RM 139871.28 x 70 % = RM 97909.90
 penghutang – RM 139871.28 x 30% = RM 41961.38

3. JUALAN BULAN JULAI


 jumlah jualan – RM 139871.28 x 120% = RM 167845.54
 jualan tunai – RM 167845.54 x 70% = RM 117491.88
 penghutang – RM 167845.54 x 30% = RM 50353.66

4. BELIAN BULAN MEI


 jumlah belian – RM 62513 x 110% = RM 68764.30
 belian tunai – RM 68764.30 x 20% = RM 13752.86
 pemiutang – RM 68764.30 x 80% = RM 55011.44

5. BELIAN BULAN JUN


 jumlah belian – RM 68764.30 x 110% = RM 75640.73
 belian tunai – RM 75640.73 x 20% = RM 15128.15
 pemiutang – RM 75640.30 x 80% = RM 60512.58

6. BELIAN BULAN JULAI


 jumlah belian – RM 75640.73 x 110% = RM 83204.80
 belian tunai – RM 836204.80 x 20% = RM 16640.96
 pemiutang – RM 83204.80 x 80% = RM 66563.84

You might also like