You are on page 1of 4

KEDAH TUA

i. POLITIK
Kerajaan Kedah Tua telah diperintah oleh sultan-sultan yang berwibawa, berkaliber, dan unggul.
Sultan-sultan kerajaan Kedah Tua memegang takhta dengan adil, baik hati dan sentiasa prihatin
akan masalah rakyat baginda. Sebagai contoh, Sultan Muzzil Shah yang memerintah Kedah Tua
sekitar kurun ke-11 dikatakan merupakan seorang pemimpin yang adil dan pemurah yang telah
membawa kepada kerukunan dan keamanan di negeri tersebut. Disebabkan kemakmuran kerajaan
yang dipimpin baginda Sultan Muzzil Shah, ramai orang dari Sumatera, Jawa dan India datang
menetap di sana (Haji Buyong, 1980). Kepelbagaian masyarakat yang wujud ketika itu
melambangkan kerajaan tersebut mampu menjadi tempat perkumpulan individu pelbagai bangsa
dan agama. Perluasan kuasa juga giat dijalankan oleh pemimpin-pemimpinkerajaan Kedah Tua
sekitar 670 M. Menurut Nornizam (2015), kerajaan Kedah Tua menguasai Pantai Barat Semenanjung
dari Kedah hingga ke Beruas. Perluasan kuasa bertujuan mengembangkan kawasan jajahan takluk di
samping menambahkan sumber ekonomi dengan cukai. Perluasan kuasa juga menunjukkan
kekuatan dan kewibawaan sultan dalam sesebuah kerajaan tersebut. Selain itu, langkah bijak yang
diambil oleh sultan-sultan dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara musuh juga
merupakan faktor kemajuan kerajaan Kedah Tua ketika itu. Pada kurun ke-18, Siam telah menyerang
Kedah kerana keengganan Kedah akur kepada kuasa Siam. Sultan Kedah memacu langkah untuk
menghadiahkan ‘Bunga Mas’ kepada kerajaan Siam agar hubungan yang baik dan keselamatan
kerajaan terpelihara (Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami, 2006). Selain daripada menangani
ancamandaripada Siam, hubungan ini juga dilihat mampu menangkis serangan daripada kuasa-kuasa
luar yang lain. Dengan adanya pemimpin yang berkredibiliti tinggi dan corak pemerintahan yang
bijak, sesebuah kerajaan mudah dikendalikan dengan adanya sokongan dan kemakmuran
masyarakat. Rancangan-rancangan pembangunan kerajaan juga dapat dijalankan dengan lancar dan
seterusnya membawa kepada kemajuan yang berterusan sehingga ke hari ini. Tanpa adanya
pemerintah yang berwibawa, sesebuah kerajaan atau negara mempunyai peluang yang tipis untuk
kekal maju dan membangun.

ii. EKONOMI
Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan maritim yang mana pelabuhan dan perdagangan merupakan
elemen-elemen penting dalam kemajuan ekonominya. Menurut Lisa Yip Shukye & Jais (2012),
pelabuhan utama Kedah Tua ialah Sungai Mas dan berpindah ke Lembah Bujang sekitar abad ke-14
kerana pemindahan pusat pentadbiran Kedah Tua ke kawasan tersebut. Pelabuhan di Lembah
Bujang menjadi laluan utama pedagang dari Arab, Parsi, India kerana tarafnya sebagai sebuah
pelabuhan entrepot. Ia juga bertindak sebagai tempat persinggahan kepada para pedagang dari
utara Selat Melaka sebelum meneruskan pelayaran ke timur. Kesibukan dan kemajuan pelabuhan
Kedah Tua dalam aktiviti pertukaran dan penjualan barangan juga menjadi faktor kegemilangan
ekonominya. Menurut Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami (2012), emas, bijih timah, damar, rotan,
lada hitam, tanduk, gading gajah merupakan antara barangan dan hasil tempatan yang
diperdagangkan. Manakala pedagang asing pula membawa barangan seperti kain kapas, tembikar,
barangan kaca, manik dari pelbagai negara. Pertukaran barangan mengakibatkan pertambahan
teknologi dan pengetahuan kepada kedua-dua pihak. Pengetahuan baharu yang diperolehi daripada
pedagang asing dijadikan alat untuk membangunkan kerajaan sendiri agar kemajuan dapat dicapai.
Gunung Jerai yang menjadi panduan kepada pedagang untuk belayar menuju ke pelabuhan Kedah
Tua juga menjadi aset utama kerajaan tersebut dalam kemajuan perdagangan dan pelabuhannya. Ia
menganjur dari Tanjung Jaga ke pinggir laut yang memberikan lambang atau petunjuk kepada
pedagang dalam menentukan arah untuk berlabuh di Kedah Tua. Kedudukannya yang signifikan ini
telah memberikan kelebihan kepada kerajaan Kedah Tua dalam penambahan bilangan
pengunjungnya. Apabila bilangan pedagang bertambah, maka tidak mustahil ekonomi kerajaan
semakin kukuh dan stabil. Pengamalan Undang-Undang Laut Melaka dalam sistem pelabuhan juga
menjadi faktor kehebatan pengendalian pelabuhan kerajaan Kedah Tua. Undang- Undang Laut
Melaka yang merangkumi perkara-perkara seperti peraturan pelayaran, tatacara jual beli di atas
kapal, bidang kuasa nakhoda dan sebagainya menjadi rujukan kepada para penjual, pembeli, pihak
berkuasa dalam menjalankan aktiviti perdagangan (Shamsiah & Siti, 2009). Tujuan utama
pengamalan undang-undang ini adalah untuk menjamin keselamatan perdagangan di pelabuhan
dan menjaga kepentingan semuapihak. Dengan adanya jaminan keselamatan oleh pihak tempatan,
sudah tentu pedagang tidak akan teragak-agak untuk melakukan aktiviti perdagangan di kawasan
tersebut. Selain itu, pada masa itu juga telah wujud sistem sukat dan pengenalan mata wang dalam
memudahkan urusan jual beli. Sistem sukatan yang telah mula digunakan iaitu kapal, cupak,
gantang, gahara, kunca dan naleh. Manakala mata wang yang diperkenalkan ialah Tra yang
diperbuat daripada bijih timah, wang lembu daripada emas dan mata wang berbentuk ayam jantan
yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa (Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami, 2012).
Sistem-sistem ini telah berjaya memudahkan lagi urusan perdagangan dan jual beli dalam kerajaan
tersebut kerana ekonominya yang kukuh dan peranan pelabuhan yang dapat bertahan sehingga
abad ke-18. Pengukuhan sistem ekonomi menjadi landasan utama kemajuan sesebuah kerajaan.
Bukan sahaja ia memberikan manfaat kepada pemerintah dan rakyat, malah ia juga berfungsi dalam
mengukuhkan keselamatan kerajaan secara amnya. Kestabilan ekonomi membawa kepada
penambahan sistem tentera dan pertahanan yang kukuh, maka keamanan negara juga turut
terpelihara.

iii. SOSIAL

Dalam bidang sosial pula, kerajaan Kedah Tua yang didiami penduduk berbilang bangsa dan rumpun
hidup bersatu secara aman. Ketenteraman masyarakat majmuk ini hasil daripada pucuk pimpinan yang
dipercayai dan bijak dalam menyusun pentadbiran yang tidak melebihkan kepentingan mana-mana
pihak. Perkahwinan campur orang tempatan dan pedagang asing juga berlaku kerana mereka menetap
di kawasan tersebut. Selain itu, disebabkan kerajaan Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan Islam pada
masa lampau, kemungkinan juga mula wujud institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok,
madrasah dalam usaha meluaskan dan menyebarkan agama tersebut. Para ulama dari Semenanjung
Tanah Arab juga giat berkunjung dan menyebarkan dakwah mereka. Maka, wujudlah sebuah institusi
yang menjadi tempat ilmu agama tersebut diajar dan dituntut oleh masyarakat tempatan. Infrastruktur
lain seperti klinik, pejabat pentadbiran, jalan raya, sekolah dan sebagainya juga telah wujud seiring
dengan kemajuan ekonomi yang dikecapi oleh kerajaan ini. Pendapatan negara yang dikaut digunakan
untuk membina semua kemudahan dan infrastruktur ini agar kerajaan tersebut akan terus bertahan. Hal
ini kerana semua kemudahan tersebut adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu,
perkembangan dalam bidang sosial juga telah membuka jalan kepada kerajaan Kedah Tua untuk terus
membangun dan bertahan. Kemajuan bidang sosial juga penting kerana ia memberikan gambaran
kepada dunia luar bahawa sesebuah kerajaan tersebut mengambil berat mengenai hak dan keperluan
rakyatnya, terutamanya dalam penyediaan keselesaan dan kemudahan perkhidmatan. Ia juga
memberikan keyakinan kepada rakyat asing untuk datang dan menyaksikan sendiri betapa
berkembangnya sesebuah kerajaan tersebut. Jika pada masa tersebut sultan- sultan tidak
menitikberatkan kebajikan rakyatnya, kemungkinan pada hari ini negeri Kedah sudah lenyap dan hilang
kerana tiadanya sumbangan rakyat dalam membantu pemerintah dalam membangunkan negara.

KERAJAAN BERUAS

i. POLITIK

Penemuan makam diraja di kawasan Kampung Kota menunjukkan kerajaan Beruas mempunyai
kesultanan dan raja pada masa lampau. Menurut kajian Norsharuddin Sapian (2009), makam-makam
diraja yang dipercayai milik Raja Beruas I dan Raja Beruas II terdapat di tapak pintu gerbang kerajaan
Beruas sehingga hari ini masih kelihatan jelas. Jelaslah ketika itu wujud pemerintahan diraja yang
menjadi pemimpin kepada kerajaan Beruas ini. Di samping itu, para arkeologi turut menemui istana di
kawasan Beruas yang menguatkan lagi fakta ini. Kewujudan makam diraja ini membuktikan Beruas
dahulunya diperintah oleh sultan-sultan, atau dalam erti kata lain, kerajaan ini mengamalkan sistem
pemerintahan monarki di mana sultan yang memerintah adalah daripada keturunan atau waris yang
sama. Rentetan itu, memandangkan Beruas merupakan sebuah kerajaan Islam, maka sultan berperanan
dalam segala hal agama dan adat istiadat Islam serta istana. Walaupun kini Beruas tidak lagi
menggunakan sistem pemerintahan monarki, sumbangan sultan amat besar kerana sultan berperanan
sebagai pendamai dan pengaman dalam sesebuah kerajaan. Sultan yang bertindak sebagai hakim
tertinggi menjadikan kerajaan tersebut lebih tenteram dan adil agar rakyat jelata terus dapat hidup
dalam kemakmuran. Tanpa adanya sultan pada masa itu, mungkin kerajaan Beruas sudah lama
mengalami kepupusan atau lenyap kerana diambil alih kuasa oleh kerajaan lain atau ditinggalkan oleh
penduduk.

ii. EKONOMI

Para penyelidik yang melakukan kajian dan penyelidikan terhadap kerajaan Beruas menemui banyak
artifak purba yang ditinggalkan oleh kerajaan ini. Antaranya seperti barangan tembikar, tembaga, mata
tampang, periuk tanah, batu giling dan sebagainya yang dipercayai berasal daripada pelbagai negara
asing. Menurut Norsharuddin Sapian (2009), Muzium Beruas ditubuhkan bagi memelihara khazanah dan
tinggalan-tinggalan artifak agar menjadi bukti dan tatapan umum mengenai keberadaan kerajaan ini.
Dengan adanya barangan-barangan tembikar dan tembaga ini, ia jelas mempamerkan kepada kita
bahawa kerajaan ini telah menjalankan aktiviti perdagangan ketika itu. Aktiviti perdagangan yang
dijalankan pula melibatkan pedagang asing kerana kedudukan Beruas yang hampir dengan Lembah Kinta
dan daerah-daerah yang menjalankan pelabuhan entrepot. Ia memberikan kelebihan kepada Beruas
dalam aspek ini kerana para pedagang asing yang berkunjung untuk berdagang di pelabuhan-pelabuhan
ini akan turut singgah dan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan terdekat. Kemajuan
yang dicapai dalam bidang perdagangan ini dilihat memberikan sumbangan sehingga kini. Negeri Perak
terkenal dengan pelabuhan yang sibuk dan maju serta hasil bumi yang tidak berkesudahan. Sumbangan
penduduk dahulu yang membangunkan ekonomi perdagangan ini menjadikan negeri Perak maju dan
berterusan mengecapi kesenangan.

iii. SOSIAL

Dengan kedatangan Islam dalam kerajaan yang menggantikan Gangga Negara ini, maka muncullah
institusi-instiusi pendidikan seperti sekolah pondok, madrasah dan sebagainya yang berfungsi sebagai
tempat mendalami ilmu agama. Selain itu, masjid dan surau juga dibina seiring dengan kemunculan
agama Islam dalam kerajaan ini. Penduduk tempatan menjalankan aktiviti agama dalam tempat- tempat
ini. Pembinaan tempat keagamaan ini diperkukuh sehingga kini dengan pembinaan masjid seperti
Masjid As-Saadah Pekan Beruas (Wikipedia, 2006).

You might also like