You are on page 1of 4

Skrip Pidato Peringkat Sekolah Rendah

PERTANDINGAN
PIDATO PIALA PERTABALAN
SULTAN PERAK

Institusi Raja : Raja dan Rakyat berpisah tiada


Assalamualaikum wbt,

Datang bahtera dari Medan,

Singgah sebentar di laluan Kerai,

Salam satu Malaysia saya hulurkan,

Buat warga dewan pembuka tirai.

Institusi raja pelindung agama adat dan budaya.Begitulah murninya mauduk pidato saya
pada hari ini.

Hadirin sekalian,menurut kamus dewan bahasa dan pustaka,institusi bermaksud organisasi


sementara raja pula membawa maksud pemerintah dan pelindung. Biar saya fahamkan
melindungi sesuatu dari perkara yang mendatangkan keburukan. Ringkasnya,jika
digabungkan maka membawa kepada institusi raja ialah organisasi yang bertanggungjawab
melindungi agama adat dan budaya dari perkara yang tidak diingini.

Warga dewan yang penuh santun,

Pertama institusi raja umpama payung negara. Memberi naungan secara saksama kepada
setiap warganya tanpa mengira kaum atau agama.Sebagai ketua agama islam dan
pelindung adat melayu,institusi raja bertanggungjawab untuk memelihara kesucian islam
tidak tercemar.Bermula dari keturunan melayu melaka,islam telah diangkat sebagai agama
rasmi oleh Sultan Muzaffar Shah. Justeru pada hari ini kesudian raja dan sultan mencemar
duli untuk turut serta solat berjemaah bersama rakyat jelata mampu mengukuhkan
perpaduan.Maka ini jelas menunjukkan bahawa institusi raja berperanan besar dalam
membangunkan islam selaras dengan kemajuan negara. Benarlah kata Imam Al Ghazali,
raja dan rakyat umpama pokok dan akar.

Warga dewan sekalian

Sejarah telah membuktikan kepada kita semua bahawa tidak ada sebuah negara pun di
dunia ini yang dapat mencapai kemajuan dan mengecapi nikmat pembangunan tanpa
didahului oleh perpaduan di kalangan seluruh masyarakatnya. Di dalam masyarakat, raja
merupakan lambang perpaduan. Jika dikaji Rukunegara, bahawasanya negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat kalangan seluruh
masyarakatnya, maka salah satu prinsip untuk mencapai matlamat tersebut ialah kesetiaan
kepada Raja dan negara.
Putera-puteri anak pertiwi

Dilihat pula dari segi keselamatan. Yang Dipertuan Agung selaku Ketua Negara juga
merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia. Ketiga-tiga cawangan ATM merupakan
tiga buah institusi yang diletakkan di bawah tanggungjawab di Raja. Dibahu merekalah
digantungkan harapan untuk mempertahankan tanahair daripada segala ancaman musuh-
musuh. Dengan jaminan keselamatan ini segala usaha daripada kegiatan dan
perkembangan ekonomi dapat diberikan tumpuan dan digerakkan sepenuhnya.

Hadirin yang dikasihi

Didalam bidang pendidikan raja merupakan inspirasi rakyat kearah pengamalan budaya ilmu
yang cemerlang. Semenjak zaman kegemilangan Melaka, istana merupakan gedung ilmu.
Apabila era pendidikan formal bermula di Tanah Melayu, golongan rajalah yang menjadi
golongan utama di dalam menuntut ilmu pengetahuan sehinggalah kepada detik dan saat ini.
Pelantikan Sultan-sultan sebagai Canselor-canselor universiti telah menyemarakkan lagi era
pendidikan di negara kita. Hasilnya jumlah golongan intelek di negara kita bertambah dari
masa ke semasa dan ini memungkinkan kepada pembangunan yang lebih pesat.

Warga dewan sekalian

Dengan berkembangnya agama Islam di Malaysia, maka di setiap negeri ditubuhkan jabatan
agama Islam dengan sultan sebagai ketua agama negeri. Zakat harta orang-orang Islam
menjadi tanggungjawab raja untuk diagih-agihkan bagi projek-projek pembangunan,
kebajikan membantu fakir miskin dan berbagai usaha yang lain. Natijahnya, pembangunan
dan kemajuan yang sedang kita kecapi ini dapat dinikmati sama adil dan sama rata seperti
kata pepatah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Warga dewan yang penuh santun,

Kita sebagai bangsa Timur telah lama terkenal dengan adat tradisi dan budaya yang
diamalkan semenjak zaman berzaman, adat tradisi dan peradaban akal budi yang kini
dikagumi oleh masyarakat dunia masa kini. Jika dikaji sejarah peradaban tamadun dunia
Melayu, kita akan dapati bahawa kebanyakan adat tradisi yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu adala dicedok daripada kehidupan seharian di istana. Sebagai contoh, rakyat juga
berpeluang menjadi raja. Kalau tak percaya tanyalah ibu dan bapa, pernahkah mereka
menjadi raja dan permaisuri sehari. Saya pasti jawapannya pernah ketika melangsungkan
adat perkahwinan mereka. Keunikan adat tradisi yang diamalkan ini telah menjadi tarikan
masyarakat luar utk dtg ke negara ini.

Kesimpulannya raja dan rakyat umpama aur dan tebing.Kestabilan negara terletak kepada
kekuatan raja dan rakyat yang sanggup berjuang demi keamanan dan keharmonian negara.

Raja dan rakyat berpisah tiada,

Masalah rakyat dikongsi bersama,

Rakyat mermatabatkan institusi raja,

Raja dan rakyat berasa bahagia.

You might also like