You are on page 1of 15

Faktor-faktor kegemilangan

Kedudukan yang strategik

Kedudukan sesebuah tamadun atau Negara yang strategik boleh menyebabkan


sesebuah tamadun itu dapat berkembang dengan pesat kerana penyebaran
tamadun sesebuah Negara itu samada jalan air atau darat. Sebagai contoh,
kedudukan Tanah Melayu yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan
pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya
dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di
tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu
pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh
daripada paya bakau. a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan kedudukan
Kedah strategik di laluan antara timur dan barat banyak terdapat kemudahan
seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal pedagang
singgah sebelum belayar keCanton,China tempat berlindung sementara
menunggu peralihan angin monsoon. b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan
Barang Dagangan banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari
negara luar seperti China teh dariChinadiperlukan oleh SHTI Chinaperlukan emas,
perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu c) Kedah Sebagai
Pangkalan Tentera SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya SHTI
bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India Pulau Pinang dijadikan
pangkalan tentera untuk mempertahankanIndiadari serangan Perancis. Kelahiran
sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yangtrategik yang
boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untbuklemperoleh
sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupanmasyarakatnya. aktor
lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi
telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di LembahHuang-He dan
Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra,tamadun
Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nildan
juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat
keistimewaanTamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini
pada abad ke-15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi
perdagangan danpelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.
Kedudukan politik yang kukuh

KEBIJAKSANAAN SULTAN PEMERINTAH MELAKA

Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu


Parameswara yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu
melantik pembesar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal balairung seri, 40
orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil.
Kemudian untuk melicinkan urusan negara Sultan Melaka melantik Pembesar
Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar Berempat, Pembesar
Berlapan,Pembesar Enam Belas, Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan
tanggungjawab dengan bijak dan jujur. Mereka diberi kuasa mentadbir wilayah,
sungai atau pulau yang dikenali sebagai kawasan pegangqan.Selain itu, mereka
diberi amanah untuk memungut cukai. Dengan cara ini mereka memberikan
sokongan padu dan taat setia kepada sultan. Kesannya apabila pentadbiran
berjalan dengan baik Melaka menjadi sebuah Negara yang aman, mempunyai
penduduk yang bersatu padu, kuat dan agak sukar untuk pihak musuh menguasai
Melaka.Kesultanan Melayu Melaka bijak menyelesaikan perbalahan antara rakyat,
menjaga keamanan dan keselamatan negeri.Sultan juga mempunyai tokoh
pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak.Bendahara Tun Perak
Berjaya mengalahkan serangan Siam serta bijak membantu dan menasihati sultan
menjadikan Melaka kuat dan dapat meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.

Pengaruh pemimpin atau pembesar seperti raja atau sultan sangat memainkan pe
ranan dalam penyebaran agama Islam di alam melayu ini. Kebanyakannya negeri
yang masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengiku
t agama yang dianuti pemimpin mereka. Oleh itu jika pemimpin atau pemerintah
mereka memeluk Islam secara tidak langsung masyarakat melayu turut akan mem
eluk Islam berdasarkan konsep daulat dan derhaka kerana tradisi taat kepada pe
mimpin yang memerintah tanpa ada sebarang bantahan atau tentangan telah tert
anam dalam jiwa raga masyarakat tanah melayu dari dulu sehingga kini.
Politik yang kukuh dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah tamadun
umpamanya tamadaun Rom dan Parsi pada awalnya mempunyai asas politik yang
kukuh dengan system pemerentahan yang teratur dan kuat. Pihak-pihak musuh
tidak dapat mengganggu-gugat Negara meyebabkan usaha-usaha membangunkan
tamadun tidak terhenti
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di


Nusantara. Antarafaktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

1. Perdagangan

Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara
melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan
Islam di Nusantaraamat penting sekali. Para

Pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiata perdagangan di
rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 Iagi.

Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat agama Islam diperkenalkan di


Nusantara melalui perdagangan. Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap
pelabuhan terdapatpenduduk-penduduk yang beragama Islam. Contohnya di
Melaka dan di Aceh yangmerupakan pusat-pusat perkembangan Islam di samping
pusat-pusat perdagangan Di Nusantara. Di pelabuhan-pelabuhan tadi terdapat
jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan yang
memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam
atau luar negeri.

Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan

perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah


diperluaskan pula ke Jawa dan Bruneimelalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua
negara itu mengikut langkah Melaka. Brunai telah menerima agama Islam melalui
perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang

Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan


Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu
juga perananyang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada
tahun 1511 Masehi.Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah
menarik hati penduduktempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka
suka dan tertarik hati kepadasaudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung
kepada perdagangan yang dibawaoleh saudagar tersebut.

Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan
dariMelakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli

Perniagaan Jawa beramai-ramaidatang ke Melaka dan di samping menjalankan


Perniagaan ada di antaranya menerimaIslam. Sekembalinya mereka ke Jawa,
saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkanIslam di Jawa. Akhirnya atas
usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang diJawa. Lantaran itu ramai
yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.

Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh


beberapa orangsarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama
Islam disiarkan ke alamMelayu melalui saluran

perdagangan

seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires padatahun 1515. Teori ini
menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukansecara aman
oleh

pedagang-pedagang

yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwindengan wanita-wanita setempat.


N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama danbeliau menekankan tentang
persamaan di antara proses islamisasi dengan prosespenyebaran agama Hindu di
alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau jugaberpendapat bahawa
penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh

pedagang-pedagang

Islam. Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa,
apabila

peniaga-peniaga

yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikitdemi


sedikit mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan

Menurut catatan China pula,

pedagang-pedagang

Islam sudah ada di kawasan perairanMelayu semenjak pertengahan abad ke-7


lagi.

Pedagang-pedagang

Islam dipercayai telahmendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung


Tanah Melayu dan Sumaterauntuk menjalankan kegiatan

perdagangan

. Selain menjadi

perdagangan

, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-


kawasan yangdisinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan
dakwah tetapi telahmemberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang
berkhidmat secara langsungdengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal
mereka bagi menyebarkan dakwahdari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.
Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebardi Nusantara.

MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

Apabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi,
Melaka yang strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan
Barat.Ia terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya ditambah
pulamempunyai sumber hasil Negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan yang
banyak . Hal ini menyebabkan, Sultan dan pembesar menjadikan Melaka sebagai
sebuah pelabuhan dan terus berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai
pedagang yang singgah hanya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan
Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barang dagangan. Pada masa
ini, Syahbandar dilantik sebagai menguruskan hal ehwal perdagangan seperti
system cukai dan surat kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka.
Penggunaan mata wang yang diperkenalkan menjadi mudah dan berkembang
maju.Melaka juga akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang
terkenal atas perancangan teliti oelh Kesultanan Melayu Melaka
Faktor kemajuan ilmu pengetahuan

iv. Ilmu Pengetahuan

Kegemilangan tamadun Islam silam ditempa di antara lain berdasarkan


penghayatan budaya ilmu yang tinggi di kalangan masyarakatnya. Dalam al-Quran
terdapat begitu banyak ayat-ayat tentang kepentingan ilmu pengetahuan
menghendaki supaya manusia berfikir dan belajar. Ini jelas daripada penurunan
wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w. melalui surah al-Alaq ayat 1-5.
Islam menjelaskan bahawa menuntut ilmu adalah satu proses seumur hidup yang
berterusan mulai dari buaian hingga ke liang lahat. Islam telah menjelaskan
kepentingan ilmu pengetahuan dalam proses pembinaan manusia dan
ketamadunannya. Dengan ilmu manusia mengenal Allah, mengetahui kehidupan
ini, mengetahui siapa dirinya serta alam sekitarnya. Dengan ilmu yang telah
membawa umat Islam ke mercu kejayaan sebagaimana yang telah dicapai oleh
umat Islam terdahulu. Meninjau kedudukan ilmu pengetahuan di kalangan
masyarakat Islam kini amat mendukacitakan terutama dalam bidang sains dan
teknologi. Seharusnya umat Islam berusaha menanganinya secepat mungkin demi
menjaga maruah agama Islam di samping meletakkan umat Islam setara dengan
bangsa-bangsa lain di zaman moden ini

Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh
Abdul Aziz dari Makkah. Setelah Parameswara memeluk islam, Islam berkembang
dengan giatnya. Pedagang Islam dari Arab dan India mula memainkan peranan
dalam perkembangan Islam sambil berdagang.Ada juga juga yang mengahwini
penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam
serantau .Institusi keagamaan seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan
sekolah pondok mula ditubuhkan. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana
dijadikan sebagai pusat intelektual dimana disitulah berkumpulnya golongan
cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Pengenalan sistem tulisan
jawi juga turut membantu pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan
dilakukan termasuk dua buah buku undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut
dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran seperti Hikayat Amir
Hamzah, Hikayat Bulan Belah dan Hikayat Nabi Bercukur.

Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka


terus maju dan berkembang.Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta
ulama yang berpengetahuan tinggi.Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat
ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke Melaka dan menjadikan
Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan.
Factor-faktor kemunduran

Pemerintah yang lemah

Negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan mudah menjadi kucar-
kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negar
menjadi wilayah-wilayah kecil

Sistem pemerintahan yang lemah

Sistem pemerintahan yang lemah semasa pemerintahan Kesultanan Melaka

merupakan faktor yang pertama dilihat menjurus kepada kejatuhan Melaka.

Sultan Mahmud (1488-1511)pengganti kepada ayahndanya Sultan Allauddin

(1477-1488) tidak mampu memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri dan


gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang lebih berkuasa terhadap
rakyatnya. Ketokohan Sultan Allaudin yang dikenali sebagai seorang yang perkasa ,
tegas ,alim , berani dan adil tidak mampu diwarisi oleh Sultan Mahmud yang zalim,
suka berfoya-foya dan berpelesaran , leka dengan ilmu agama sehingga
mengabaikan pentadbiran , tidak adil dan kurang bertimbangrasa.

Tidak setia kepada Raja

Kerajaan Melaka bukanlah satu unit politik yang teguh tetapi terdiri daripada

gabungan unit-unit politik (negeri-ngeri naungan). Diantara Melaka dan negeri-


negeri ini selalu berlaku pertelingkahan atas isu-isu pengangkatan calon ke takhta
Melaka atau disebabkan taat setia yang longgar (seperti kes Siak dan
Pahang). Pertalian rapat diantara golongan bangsawan dengan golongan
pedagang kurang baik.Ini menyebabkan kurangnya kesetiaan kaum dagang
apabila Melaka ditimpa musibah.
Ancaman musuh luar

Musuh luar telah menghancurkan dan membawa pulang khazanah ilmu milik
umat Islam ke negara mereka.

Musuh luar menawan bangunan-bangunan milik kerajaan Islam dan menukar


fungsi banguna tersebut.

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun
menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun
melancarkan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di
Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan
bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka
bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-
Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu. Semasa tentera Jepun
menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayu Muda telah
membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun
1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.[1] Pemimpin Kesatuan
Melayu Muda, Ibrahim Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan
turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel.
Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan
Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera

Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa
kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada
pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Empayar British untuk mentadbir dan
menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan
agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu.

Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya


negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat
secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan
pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British.
Ketidakadilan dan perbezaan jurang dalam kalangan rakyat dan pemerintah

Akan menyebabkan sesuatu tamadun itu jatuh atau musnah kerana banyak
pemberontakanberlaku dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah
dengan tanganrakyatnya sendiri

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara


antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat
diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal,
terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan
golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak
untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah
orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan
maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang
bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai
tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius
dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat.

Bencana alam

Bencana alam

Wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, tsunami dan gempa
bumi merupakan faktor yang mampu meruntuhkan sesebuah tamadun.

Fenomena alam telah mngorbankan ratusan ribu nyawa manusia dan


meranapkan bandar-bandar

Malapetaka dan bencana alam

juga boleh membawa kepada kemusnahan budaya dantamadun itu sendiri.


Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun yang hebat musnahdisebabkan bencana
yang berlaku seperti gempa bumi, gunung berapi, rebut yangkencang dan
sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun itu
Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara
besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab
kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan
manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang
dahsyat telah me!ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan
kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens
pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan
telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-
pembesar yang telah banyak membuat
peranan
perubahan kepada Athens sendiri

You might also like