You are on page 1of 10

PENGENALAN JENIS-JENIS TARIAN CINA

Tarian Singa

Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina.
Penari akan memakai kostum singa dan meniru pergerakan singa. Kostum singa itu dimainkan
oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah adalah
peralatan yang akan dimain dengan tarian singa. Tarian Singa adalah tarian tradisional China,
yang sangat popular. Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk
menambah keseronokan.

Adat ini telah berusia seribu tahun. Tarian singa menjadi adat di Negara China, Taiwan, Jepun,
Korea, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Setiap negara mempunyai corak dan bentuk tarian
yang berlainan. Taria Singa boleh dibahagikan kepada singa utara dan singa selatan. Bentuk,
corak, warna dan banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa selatan.

Tarian singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai
hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,
(hijau dan kuning bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak
pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam
sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang
semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan
menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada
Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Mata singa
itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih.

Sejarah Tarian Singa

Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di Guangdong, pada setiap tahun baharu seekor
raksasa, akan muncul. Raksasa itu akan merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan
haiwan, dan penduduk tempatan sangat takutkannya. Kemudian, ada seseorang telah
mencadangkan cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya raksasa itu berlari
keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan percaya bahawa singa
mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang
datang rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.

Kostum Tarian Singa.

Peralatan yang digunakan untuk Tarian Singa (gong, dram, dan dentuman)
Tarian kipas

Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat
cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat
keperluan mereka. Tarian ini memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang waita dan 2 orang lelaki.
Masyarakat cina mempercayai angina itu adalah “feng shui”. ‘Feng shui’ merupakan satu
kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu,
tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat.

Tradisi dan keterampilan dari tarian indah yang satu ini sudah menjadi ciri khas tarian
China yang telah membuat orang-orang terpana selama 2000 tahun. Tarian kipas selalu
menunjukkan keindahan dari cerita dan kebudayaan China. Tarian ini menyorotkan banyak
keindahan, kelembutan, kegembiraan yang ditarikan dengan penuh penghayatan.

Sejarah Tarian Kipas

Tarian Kipas menyesuaikan setiap pergerakannya dengan iringan laguTarian Kipas ini
sudah muncul sejak zaman Dinasti Han (206 SM). Saat para arkeolog menemukan beberapa
puisi China zaman dahulu, disana ditemukan data bahwa tarian kipas sudah ada sejak tahun
4000 SM sampai 2000 SM, saat Dinasti Han. Tarian ini juga muncul saat Dinasti Han mencuba
untuk mengumpulkan dan mempertahankan tarian tradisional China. Untungnya, hal ini menjadi
sesuatu yang penting sehingga tarian yang sudah diturunkan dari generasi ke generasi masih
dapat dikenal hingga sekarang.

PERALATAN

Peralatan yang digunakan ialah kipas yang bewarna terang. Kipas tersebut mempunyai banyak
jenis, ada yang berkain panjang,berbulu-bulu, ada yang diperbuat daripada buluh dan kertas
juga.
Contoh jenis Tarian Kipas

Contoh Baju Tarian Kipas


Tarian Reben Cina

Tarian Reben Cina adalah persembahan yang menampilkan penari yang berputar sepanjang
jalur sutera melalui udara. Mereka melakukan langkah-langkah tertentu dengan melompat
sambil menggunakan reben sutera yang dilekatkan pada kayu yang pendek. Secara tradisinya,
tarian Reben dilakukan untuk royalti, dan ia disertai dengan muzik. Pergerakan besar dan
mengalir reben disertai dengan muzik yang perlahan dan pergerakan yang tajam, di mana
reben itu dilipat dan ditiup, disertai oleh muzik yang lebih cepat. Satu atau dua reben boleh
digunakan dalam tarian ini.

Sejarah Tarian Reben Cina

Tarian reben Cina bermula semasa Dinasti Han China, yang membentang dari 206 B.C.E.
hingga 420 C.E Ia paling sering dikaitkan dengan Dinasti Tang yang kemudian, yang
berlangsung dari 589 hingga 907.Terdapat cerita yang menyiratkan permulaan tarian reben
Cina kepada seorang lelaki yang menyelamatkan seorang maharaja Dinasti Han dari
percubaan pembunuhan dengan menyekat pedang dengan sutera dari lengannya Tarian Reben,
yang dalam bahasa Cina disebut Cai Dai Wu Dao, bermula dengan penari hanya memegang
jalur nipis pita sutra di tangan mereka. Ia tidak sampai dinasti Tang bahawa jalur tumbuh
panjang dan menjadi dilekatkan pada batang untuk mengawal reben yang lebih baik.

Peralatan Tarian Reben Cina

Reben yang digunakan dalam tarian ini boleh menjadi warna apa pun, tetapi terdapat
keunggulan yang kuat untuk reben merah. Merah secara tradisinya adalah warna kebahagiaan
dan nasib dalam budaya Cina, dan tarian pita merah secara tradisi dilakukan semasa pesta
panen dan untuk meraikan tahun baru.
Contoh peralatan dan baju Tarian Reben Cina
Tarian Payung Cina

Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di Negeri
China. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dalam membuat
payung. Seperti di Negeri China, Tarian Payung ini mempunyai unsur-unsur tempatan di
dalamnya. Keindahan tarian ini di Malaysia adalah menyerupai tarian asal di Negeri China.
Gaya dan semangat yang di persembahkan di Malaysia adalah menyerupai persembahan yang
sebenar di negara China. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam tarian ini dan
penarinya boleh di kenali dengan pemakaian kostum yang di pakai di Dinasti Han. Muzik iringan
bagi persembahan ini biasanya berentak irama bebas yang berterusan.

Sejarah Tarian Payung Cina

Tarian Payung ini mempunyai sejarah yang amat menarik sekali. Ianya merupakan tarian rakyat
yang sangat popular pada Dinasti Han di China.Tarian ini di katakan berasal daripada sebuah
daerah di Chian yang mana terknal dengan pembuatan panyungnya. Tarian Payung merupakan
tarian yang popular sejak Disati Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China
yang terkenal dengan industry pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-
kampung. Persembahan tarian paying agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan
kegembiraan.

Peralatan Tarian Payung Cina

Payung yang digunakan dalam tarian ini boleh menjadi warna apa pun, tetapi terdapat
keunggulan yang kuat untuk paying merah. Merah secara tradisinya adalah warna kebahagiaan
dan nasib dalam budaya Cina, dan tarian pita merah secara tradisi dilakukan semasa pesta
panen dan untuk meraikan tahun baru.
Contoh pakaian dan peralatan untuk Tarian Payung Cina
Tarian yangge

Tarian yangge merupakan tarian tradisional cina yang berfungsi sebagai tarian meriah dan
merupakan tarian gabungan antara tarian dan nyanyian. Yangge (Bahasa Cina: 秧歌) adalah
salah satu dari sekian banyak tarian tradisional Cina yang ditarikan oleh pemuda-pemudi di
utara Cina. Dalam Bahasa Malaysia Yang (秧) berarti semai, padi, tangkai muda, benih dan ge
(歌) berarti lagu. Tarian meriah ini ditarikan untuk menyambut musim semi tepatnya pada hari
pertama dan kelima belas Imlek.

Sejarah Tarian Yangge


Dari segi sejarahnya, tarian yangge berasal sejak 2000 tahun yang lalu semasa Dinasti
Song(960-1279). Tarian yangge pada awalnya merupakan tarian matahari dan ditarikan untuk
mengusir roh jahat dan pemujaan dewa. Tarian ini berasal dari dinasti Song. Pada awalnya
ditarikan untuk pemujaan dewa atau mengusir roh jahat. Pada zaman itu pada hari Imlek penari
Yangge akan mendatangi rumah-rumah mengucapkan selamat tahun baru dan menarikan
Yangge di halaman-halaman rumah, membuat suasana desa meriah oleh karena bunyi-bunyian
lagunya. Penari Yangge pun dapat ditemani oleh Barongsai dalam kunjungannya itu.Pada akhir
tahun 1940-an Yangge digunakan oleh Partai Komunis Tiongkok untuk menggalang semangat
rakyat. Tarian ini masih ditarikan sekarang. Kecuali untuk pertunjukkan-pertunjukkan, Yangge
kebanyakan ditarikan oleh manula untuk tetap sehat di taman-taman lokal.

Peralatan Tarian Yangge

Tarian ini menggunakan sapu tangan atau kipas untuk para wanita dan genderang untuk
para pria tetapi variasi peralatan seperti gabungan kipas dan selendang panjang atau peralatan
lainnya. dapat menarikan tarian yangge dengan mudah iaitu dengan hanya tiga langkah cepat
ke depan dan satu ke belakang mengikuti irama muzik.

Pakaian Tarian Yangge


Semua penari lazimnya menggunakan pakaian yang berwarna merah,hijau dan warna cerah
lainnya.Penari juga memakai reben sutera yang berwarna merah di sekeliling pinggang mereka
sebagai perhiasan. Ditarikan dengan perasaan gembira dan bersemangat, seperti karakter dari
orang Shaanxi, daerah asal Yangge. TarianSeseorang
Contoh pakaian Tarian Yangge

You might also like