You are on page 1of 11

Teknologi hijau lindungi alam sekitar

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

CUACA yang tidak menentu, hujan, ribut, taufan, kemarau dan gempa bumi sering dikaitkan dengan pemanasan
global.
Malah tidak keterlaluan apabila bumi dikatakan mempunyai masa 12 tahun saja sebelum ais di Kutub Utara dan
Selatan mencair seluruhnya.
Jika pembebasan gas karbon dioksida (CO2) tidak dapat dikawal sehingga boleh mencapai 450 bahagian per
sejuta (bpj), bumi bakal dilanda malapetaka yang dahsyat.
Buat masa ini, pembebasan CO2 adalah sekitar 392 bpj manakala bumi hanya boleh menampung hanya 350 bpj
yang boleh dikatakan tahap selamat.
"Kebanyakan saintis termasuk saintis NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan), James Hansen
bersetuju angka 350 bpj CO2 merupakan paras selamat bagi bumi serta kehidupannya," kata pakar Teknologi
Hijau dari Universiti Mahidol, Thailand, Profesor Dr. Chirapol Sintunawa.
Kesan pemanasan global dapat dilihat apabila suhu dunia meningkat dua darjah Celcius pada 450 bpj yang
menyebabkan ais di Kutub semakin mencair.
"Kita perlu bertindak sekarang bagi mengurangkan pembebasan CO2 dan melindungi alam sekitar.
"Sebagai ahli masyarakat, kita perlu mula mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang boleh menyumbang ke
arah gas rumah hijau," katanya yang juga seorang pakar konservasi alam sekitar dan tenaga.
Sehingga kini beliau telah berjaya memberikan kesedaran mengenai alam sekitar kepada masyarakat negara
berkenaan.
Kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA)
menunjukkan kandungan gas CO2 pada 392.04 bpj pada Jun tahun ini berbanding 389.43 bpj pada 2009 dan
387.88 pada 2008.
Justeru apa yang perlu kita lakukan?
Dr. Chirapol menegaskan segalanya perlu bermula dengan perkara remeh-temeh di peringkat kanak-kanak dan
pelajar sebelum ke lebih tinggi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau berjaya menyatukan 14 juta rakyat Thailand memadamkan lampu yang
tidak digunakan di rumah secara serentak.
"Walaupun hanya lima minit, ini menunjukkan penggunaan elektrik turun sebanyak 700 megawatt (MW)
bersamaan dengan kuasa yang dihasilkan oleh satu daripada 14 janakuasa elektrik seluruh Thailand," katanya.
Apa yang kita lakukan untuk menyelamatkan bumi? soal Dr. Chirapol.
"Saya mulakan di universiti tempat saya mengajar.
"Di universiti tempat saya mengajar merupakan kampus basikal di mana basikal disediakan bagi kegunaan
pelajar serta kakitangan.
"Basikal bukan saja tidak membebaskan CO2 malah menyihatkan badan dan menjimatkan wang kerana kita
tidak perlu mengeluarkan wang membeli petrol," katanya.
Malah beliau juga berjaya 'mengubah' industri perhotelan dengan kerjasama Greenleaf Foundation ke arah
mesra alam dengan pengenalan sistem rating yang dinamakan Green Leaf Standard.
Mengambil contoh hotel yang menggunakan cadar putih, beliau berkata apa kata warna berkenaan diubah
kepada warna yang lebih ceria.
"Warna putih memerlukan air, sabun dan peluntur untuk mencuci dan kenapa kita tidak menggunakan warna
yang lain," katanya.
Hotel di Thailand juga menggunakan air kitar semula dan air hujan bagi hampir semua keperluan kecuali untuk
minuman dan mandi.
Dr. Chirapol berkata, segalanya perlu bermula daripada diri sendiri yang mahu menyelamatkan dunia bagi
generasi akan datang.

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan


DefinisiTeknologiHijau
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia.

Kriteria Teknologi

Hijau

Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;

Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;

Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara


Rabu, 27 Julai 2011 - 11:59am

Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi;

Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya
kepada ekonomi negara;

Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan
daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa;

Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang;
dan

Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan
penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara


Rabu, 27 Julai 2011 - 12:06pm

Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga

Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar

Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan

Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Matlamat Kebangsaan Dasar Teknologi Hijau Negara


Rabu, 27 Julai 2011 - 12:12pm

Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk
rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.
i.

Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)


Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk
penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;

Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem
di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;

Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan
(Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi
Hijau; dan

Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan,


pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme
yang sesuai.

ii.

Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;

Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan
menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;

Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;

Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan
institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat
multinasional;

Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan

Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii.

Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan tempoh seterusnya)

Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;

Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di


samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;

Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;

Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;

Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan

Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan
dengan industri Teknologi Hijau.

Teras Strategik Dasar Teknologi Hijau

i)

Teras Strategik 1: Mengukuhkan Kerangka Institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah
kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak
berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;

Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri;

Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan
program Teknologi Hijau yang efektif;

Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan


Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan

Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab
masing-masing.

PROGRAM KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KETTHA)

Majlis Teknologi Hijau Negara & Perubahan Iklim (MTHPI)

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara (MTH) adalah merupakan satu strategi utama yang telah digariskan di
dalam dasar tersebut. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, penubuhan MTH merupakan salah satu komponen
Teras Stategik Satu dan merupakan platform peringkat tertinggi untuk menyelaraskan isu-isu mengenai
Teknologi Hijau di antara pihak Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan (stakeholders)
utama dalam melaksanakan dasar ini.
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 November 2009 bersetuju dengan cadangan supaya
Jawatankuasa Kabinet Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
(NRE) digabungkan dengan Majlis Teknologi Hijau Negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri memandangkan isu-isu yang dibincangkan adalah
berkaitan.
FUNGSI
Menggubal dasar dan mengenal pasti isu strategik dalam pembangunan dasar teknologi hijau negara dan
perubahan iklim serta menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau
Negara dan program-program teknologi hijau dan perubahan iklim di peringkat nasional.

JAWATANKUASA PEMANDU
Jawatankuasa Pemandu akan bermesyuarat sebulan sebelum Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan
Iklim. Jawatankuasa ini terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha di Kementerian-kementerian yang terlibat dan
dipengerusikan secara bersama oleh KSU KeTTHA dan KSU NRE. Jawatankuasa Pemandu bertindak untuk
menasihati MTHPI mengenai perkara-perkara berikut:
(i)

penyelarasan

(ii)

dasar

(iii)

penambahbaikan

(iv)

dan

kerjasama
kerajaan
kepada

di

antara
dan

mekanisme

pelbagai

agensi

pelaksanaan
fiskal

dan

kerajaan;
berkesan;

sokongan;

dan

penilaian terhadap mekanisme dasar negara bagi menyokong objektif dan Dasar Teknologi Hijau Negara

dan Dasar Perubahan Iklim.

Pelabelan Eko

Dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dari sudut Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air (Sektor Teknologi Hijau) dengan usahasama SIRIM Berhad sebagai pemaju program bersama-sama
Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan
Program Perintis Perolehan Hijau dan Pelabelan Eko. Program ini bermula sejak Ogos 2010 dan dijangka
selesai pada bulan April 2011.

Pelabelan Eko merupakan suatu skim sukarela yang ditubuhkan untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya
menghasilkan produk yang mesra alam di samping dapat membantu para pengguna supaya mengenalpasti
produk yang mesra alam.

Perbandaran Hijau

Perbandaran Hijau merupakan salah satu inisiatif Kementerian dalam menggabungkan kesemua sektor utama
yang digariskan di bawah DTHN. Kementerian dan GreenTech Malaysia telah bersetuju supaya Putrajaya dan
Cyberjaya dijadikan projek perintis Perbandaran Hijau yang akan menjadi model kepada pembanguunan bandarbandar lain di Malaysia. Sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Perbandaran Hijau Putrajaya dan Cyberjaya telah
ditubuhkan untuk mengkaji isu-isu penyelarasan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Perbandaran
Hijau. Tambahan, sebuah jawatankuasa lagi telah ditubuhkan di bawah kerangka MTHPI yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan
perundangan, dasar-dasar, garis panduan, program, aktiviti-aktiviti serta peranan agensi-agensi yang
bertanggungjawab dengan pelaksanaan Kejiranan Hijau.

Kajian Teknologi Hijau

Sektor Teknologi Hijau juga telah melaksanakan beberapa kajian untuk menterjemahkan Dasar Teknologi Hijau
Negara kepada satu pelan tindakan dan pelaksanaannya. Kajian utama tersebut adalah Green Technology
Masterplan dan Roadmap Infrasturuktur Kenderaan Elektrik.
a)

Green Technology Masterplan

Penyediaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau terbahagi kepada dua (2) peringkat di mana peringkat pertama
adalah kajian baseline (Jun 2010 - Jun 2011) dan peringkat kedua (Julai 2011 Disember 2012) adalah bagi
membentuk pelan tindakan yang terperinci.
Bagi Fasa Pertama, kajian baseline tertumpu kepada enam (6) sektor yang dikenalpasti iaitu tenaga, bangunan,
pengangkutan, pengurusan air dan sisa, industri pembuatan dan teknologi komunikasi maklumat. Tujuan kajian
baseline ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan Malaysia sehingga kini dalam aplikasi Teknologi Hijau.
Selain itu, fasa ini juga bertumpu kepada analisa jurang (Gaps Analysis) dan mengenalpasti kaedah bagi mengisi
jurang tersebut. Kementerian melalui Malaysian GreenTech Malaysia telah melantik Frost & Sullivan Malaysia
Sdn. Bhd. sebagai perunding bagi menjalankan kajian ini.
Manakala fasa kedua mendefinisikan Teknologi Hijau, Low Carbon Economy dan merangka untuk Pelan
Tindakan Ekonomi Rendah Karbon yang akan merangkumi kesemua sektor utama ekonomi termasuk sektor
pertanian dan perhutanan; dan membentuk garis panduan terperinci bagi menghasilkan pelan tindakan Teknologi
Hijau dalam merealisasikan DTHN.

Kerjasama Pintar

Kerjasama Pintar merupakan salah satu daripada strategi di dalam memperkukuhkan agenda Teknologi Hijau
Negara. Kerjasama pintar ini merangkumi, kerjasama pintar di peringkat Negara, Negeri, Kerajaan Tempatan
hinggalah ke peringkat Antarabangsa.
a)

Pekerjaan Hijau (Green Jobs)

Kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia (KSM) untuk membangunkan Occupational Analysis (OA) dan National Competency Standard (NCS)
dalam bidang Teknologi Hijau. Dokumen-dokumen OA dan NCS tersebut telahpun diluluskan oleh KSM pada
tahun 2010. Occupational Analysis (OA) merupakan proses sistematik untuk mengumpul maklumat mengenai
tugas-tugas yang penting dalam sesuatu pekerjaan. Bagi NCS pula, tujuan NCS dibangunkan adalah untuk
menyenaraikan kompentensi generik sesuatu pekerjaan yang perlu dicapai untuk dijadikan pekerjaan hijau.
Sektor Teknologi Hijau juga atas inisiatifnya sendiri telah berhubung dengan pihak International Labour
Organization (ILO) untuk mendapatkan bantuan dalam menyediakan roadmap untuk green jobs di Malaysia.
Tujuan penyediaan roadmap ini adalah untuk memberi hala tuju kepada pihak industri dalam pelbagai sektor
yang berkaitan Teknologi Hijau mengenai kepentingan green job dalam menjamin masa depan kita.

ANTARA MASYARAKAT HIJAU DAN TEKNOLOGI HIJAU


24 Julai 2010 by Muhammad Qayyum

in

Uncategorized.

Saya dapat perhatikan terdapat beberapa seruan terhadap pengaplikasian teknologi teknologi
hijau di UTM. Pada pandangan saya, seruan terhadap teknologi hijau adalah seruan yang baik.
Ianya merupakan satu daripada keperluan dalampembangunan lestari. Namun adakah
pengaplikasian teknologi tersebut semata mata sudah cukup untuk kita mencapai maksud dan
matlamat penciptaannya?
Teknologi Hijau
Buat anda yang tidak biasa dengan istilah teknologi hijau, ianya bermaksud penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif
aktiviti manusia (sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau) . Mungkin mudah ditakrifkan
sebagai sebarang bentuk teknologi yang boleh membantu memulihara dan memelihara alam
sekitar.
Sebagai contoh, teknologi kereta berkuasa solar yang menjana tenaga daripada cahaya matahari
sekaligus mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke udara,
disamping menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Pembangunan Lestari
Pembangunan lestari (sustainable development) pula bermaksud pembangunan yang memenuhi
keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan
ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan

generasi seterusnya (sumber:http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/PbgnMampan.pdf). Mudah


saya ertikan sebagai pembangunan yang menepati keperluan generasi kini dalam masa yang
sama tidak menyebabkan generasi depan menghadapi ancaman. Pembangunan yang memikirkan
keperluan generasi akan datang.
Sebagai contoh, projek pengayaan teknologi sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti
biojisim. Untuk generasi kini, keperluan terhadap biojisim tidaklah begitu terdesak kerana kita
masih ada sumber tenaga bahan api fosil. Tetapi demi generasi hadapan, kemungkinan bahan api
fosil mungkin tidak lagi relevan kerana satu, kesan pencemaran daripada pembakarannya, kedua,
kehabisan sumber tersebut daripada perut perut bumi.
Persoalan Utama
Berbalik pada persoalan utama saya, apakah dengan mengimplimentasikan teknologi teknologi
tersebut menggantikan teknologi teknologi semasa semata mata sudah cukup untuk
menyampaikan kita kepada matlamat asal kita, iaitu pembangunan lestari? Saya kira jika inilah
kesimpulan kita, ia adalah kesimpulan yang sangat tidak betul dan tidak cukup masak. Dan saya
akan bicarakan dalam konteks UTM secara khusus dan Malaysia umumya.
Sememangnya banyak teknologi teknologi hijau sudah dibangunkan di negara negara barat.
Dengan pelaburan yang mencukupi, memang kita mampu membeli teknologi teknologi tersebut.
Kita gantikan sistem dan teknologi semasa sekian sekian dengan sistem dan teknologi yang lebih
mesra alam seperti di barat.
Tetapi dalam kegharaihan kita melihat fenomena kebangkitan teknologi hijau di barat, kita lupa
meneliti faktor utama kepada kebangkitan teknologi hijau itu. Iaitu faktor manusiawi. Manusia di
sana. Bagaimana bentuk mentaliti mereka? Bagaimana pula sikap mereka?
Masyarakat Mentaliti Hijau
Semester ini saya mengikuti kelas Principles of Chemistry & Environmental yang disyarahkan
oleh Dr Maketab bin Mohamed. Saya dimaklumi beliau sewaktu kelas pertama, di Amerika Syarikat,
aktiviti memancing dikenakan lesen. Permohonan lesen tersebut sudah pastinya memerlukan
bayaran bayaran tertentu. Namun bagi masyarakat di sana, ianya tidak menbebankan, kerana
dana tersebut digunakan khusus bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan habitat
habitat hidupan air.
Kemudian saya teringat dua tahun lepas sewaktu saya mengikuti kelas Pollution Control oleh En
Ismail

bin

Mahmood.

Saya

ditugaskan

oleh

beliau

untuk

mengkaji

mengenai

fenomena illegal dumping (pembuangan haram).


Saya mengambil beberapa penempatan di Amerika sebagai kes rujukan, salah satunya ialah di
Whiting, Indiana. Kawasan 10 ekar di sana pada masa dahulunya menjadi tempat pembuangan
haram oleh penempatan setempat. Namun atas usaha pihak pentadbiran dan komuniti setempat,
masyarakat dididik supaya bermentaliti hijau dan mesra alam. Kawasan ini, Lost Marsh,
dibersihkan daripada sampah sarap yang bertan tan, kemudian ditanam semula rumput, dibina
kotak kotak sarang burung dan pelbagai lagi usaha pemuliharaan oleh penduduk setempat
dengan bantuan kerajaan. Dan mereka seterusnya berusaha mengekalkan kehijauan kawasan ini

sehinggalah hari ini, dengan izin Allah, telah menjadi habitat bagi 23 spesis burung dan 59 spesis
tumbuhan flora.
Bagaimana mentaliti hijau masyarakat kita? Soal membuang sampah merata rata itu sudah
menjadi kelaziman. Bila hari terakhir sewaktu anda memandu, kereta di hadapan anda membuang
bungkusan sampah melalui tingkap? Enam hari yang lepas bagi saya.
Bagaimana pula dengan tahap kesedaran kita terhadap perkara yang lebih asas, seperti
penjimatan elektrik. Contoh yang jelas, di UTM sendiri. Saya tinggal di tingkat 4 blok XB 1, Kolej
Dato Onn Jaafar. Pernah satu hari, saya menggunakan tangga untuk turun ke tingkat 1 pada jam
12.55 tengah hari. Semua lampu korridor di belah sayap saya daripada tingkat 3 hingga ke tingkat
1 masih menyala! Jam 12.55 tengah hari! Begitulah juga sewaktu saya tinggal di tingkat 5 blok XB
2, kolej yang sama pada tahun lepas dan di Kolej Tun Dr Ismail pada tahun tahun sebelum itu.
Berapakah kilowatt kuasa elektrik yang telah dibazirkan?
Buat pengetahuan anda, tenaga elektrik dijana melalui pembakaran bahan api fosil. Pembakaran
bahan api fosil adalah penyumbang kepada pencemaran kerana berlakunya pembebasan karbon
dioksida berlebihan dan banyak lagi gas gas yang merbahaya yang menyumbang kepada
pemanasan global. Jika kita tidak menggunakan elektrik secara optimum, kita adalah penyumbang
kepada pencemaran dan kemusnahan alam.
Kiraan mudah, katakanlah kuasa elektrik yang sepatutnya kita gunakan cuma 100 kilowatt minggu
ini. Tetapi akibat pembaziran, penggunaannya meningkat, katakanlah kepada 200 kilowatt
seminggu. Hal ini akan menyebabkan keperluan terhadap tenaga elektrik meningkat. Bagi
menampung peningkatan terhadap keperluan tersebut, pihak yang menjana tenaga elektrik
terpaksa

meningkatkan

pembakaran

bahan

api

fosil.

Peningkatkan

pembakaran

akan

menyebabkan peningkatan pembebasan bahan bahan pencemar ke alam sekitar.


Itu masalah lampu korridor, bagaimana pula dengan kipas dan lampu di bilik? Komputer peribadi
dan komputer riba? Haru biru mentaliti kita. Ramai mahasiswa yang membiarkan komputer mereka
terbuka 24 jam sehari kerana memuatturunkan filem dan video yang prosesnya memerlukan masa
berjam jam, walhal tiada kepentingan langsung terhadap pembangunan intelektual mereka.
Hiburan semata mata. Bukankah Abu Hurairah RA pernah melaporkan, Rasullullah SAW bersabda;
Sebahagian kecantikan seseorang muslim itu adalah meninggalkan sesuatu yang tidak
bermanfaat terhadap dirinya
HR Imam at-Tirmidzi
Saya akui perbandingan yang saya buat tidak konsisten dari segi situasi. Tetapi saya kira kita boleh
nilai daripada situasi situasi yang saya tulis, betapa berbezanya bentuk mentaliti dan sikap
masyarakat barat terhadap ekosistem alam berbanding masyarakat kita.
Malahan, mentaliti mereka di peringkat pimpinan negara pun agak meragukan. Saya masih ingat,
Dr Maketab pernah meluahkan kekecewaannya dengan mengatakan, If you want to talk about
environment, never talk with politicians, they just want to listen to what they want, not the truth.
Beliau banyak terlibat dengan penilaian terhadap pemeliharaan alam sekitar, saya kira

pengalaman hidup beliau pastinya mengajar beliau kecewa dengan pepimpin masyarakat yang
tidak serius mengenai alam sekitar.
Selain itu, Encik Ismail pula pernah memberitahu saya, sewaktu beliau mengendalikan kelas bagi
pelajar pelajar separuh masa, sekumpulan pelajar yang bekerja dengan syarikat besar milik
kerajaan telah mengadu kepada beliau bahawa sisa yang dilepaskan ke sungai oleh loji mereka di
pantai timur tidak menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar, tetapi tidak pernah diambil apa apa
tindakan.
Kecewa bukan? Itu sedikit yang saya kongsikan daripada apa yang mereka luahkan. Dan mereka
adalah ahli akademik. Mereka menilai berdasarkan ilmu pengetahuan mereka, bukannya omongan
propaganda.
Penyelesaian
Sifirnya mudah, manusia yang mencipta teknologi dan sistem. Bukan sebaliknya. Menggunakan
teknologi teknologi hijau sedia ada tidak dapat menjamin pembangunan lestari dan
menyelamatkan dunia daripada kerosakan akibat kegilaan industri kapitalis.
Sebaliknya, melahirkan manusia manusia bermentaliti hijau yang sensitif terhadap pemuliharaan
dan pemeliharaan alam akan sekaligus melahirkan masyarakat yang ingin kepada teknologi mesra
alam, pembangunan industri yang tidak menjahanamkan khazanah alam dan sistem yang tidak
mencemar alam.
UJ

Mndvb bvdg bggggggggj5Penutup


Oleh itu, bagi saya mendidik masyarakat supaya membuang budaya haru biru dan berhijrah
kepada mentaliti hijau adalah lebih utama dalam melestarikan pembangunan. Bagaimanapun,
jangan konklusikan saya sebagai orang yang menolak pengimplementasian teknologi hijau.

You might also like