You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI KALI KETIGA 2019

TARIKH: 18.09.2019 (RABU)


MASA: 1.00 petang
TEMPAT: Bilik Persada Lestari

Kehadiran:
1. Pn Hasliza Binti Abdul Majid (GKMP Sains & Matematik)
2. Pn Noor Azzuwanida binti zali (KP Biologi)
3. Pn Nor Hasana Binti Mohd Nasir(KP Kimia)
4. En Mohd Syazwan Bin Zahruddin (KP Fizik)
5. En Mohamad Yusof Bin Hashim
6. En Muhammad Firdaus Bin Baharom
7. Pn Nur Farhana Binti Omar
8. Pn Nurul Adilah binti Ishak
9. Pn Siti Aishah Binti Omar

Agenda Mesyuarat:
1. Aluan pengerusi majlis.
2. Post Mortem Percubaan SPM 2019.
3. In House KSSM Biologi bagi tahun 2020.
4. Taburan Jadual Waktu 2020.
5. Hal-hal lain.
1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.
1.1 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir ke
mesyuarat Panitia Biologi Kali Ketiga bagi tahun 2019.
1.2 Mesyuarat di pengerusikan oleh En Muhammad Firdaus Bin Baharom dan dimulakan
dengan bacaan al-Fatihah.

Tindakan: Makluman.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.


2.1 Minit Mesyuarat Panitia Kali kedua tahun 2019 telah dibentangkan oleh Pn Nurul
Adilah dan telah disahkan oleh En Mohamad Yusof serta di sokong oleh Pn Nur
Farhana.
Tindakan : Makluman.

3. Post Mortem Percubaan SPM 2019.

3.1 Pencapaian Mata Pelajaran Biologi dalam Percubaan SPM 2019 adalah masih rendah
iaitu GPS 8.42, peratus lulus 33.33%. Hanya 4 orang yang lulus daripada 13 calon
denga seorang calon tidak hadir.

3.2 Berdasarkan peperiksaan percubaan SPM 2019 masalah yang telah dikenalpasti ialah :
a) Pelajar tidak menguasai teknik menjawab soalan Kertas 3.
b) Pelajar tidak tahu mengaitkan jawapan dengan kehendak soalan.
c) Pelajar tidak menguasai soalan tajuk nutrisi dan ekosistem dinamik.

3.3 Antara intervensi yang dicadangkan ialah:


a) Teknik menjawab soalan Kertas 3 secara kondusif.
b) Latih tubi soalan-soalan kertas 2 dan esei
c) Kelas tambahan berfokus bab Nutrisi, Ekosistem Dinamik dan Ekosistem
Terancang.

Tindakan : Makluman.

4. In House KSSM Biologi Tingkatan 4 bagi tahun 2020.

4.1 In House KSSM Sains bagi tahun 2020 di bentangkan oleh Pn Noor Azzuwanida bt
Zali. Segala maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran pelajar dan peperiksaan bagi
Tingkatan 4 adalah mengikut format KSSM yang sedia ada seperti tingkatan 1, 2 dan 3.

Tindakan: Guru matapelajaran Biologi Tingkatan 4.


5. Taburan Jadual Waktu 2020.

5.1 Guru Biologi yang akan mengajar tahun hadapan ialah Noor Azzuwanida bt Zali.

Tindakan : Makluman.

6. Hal - hal lain.


6.1 Segala bentuk ujian akan ditukarkan kepada Peperiksaan iaitu Peperiksaan Akhir
Tahun. Kertas soalan boleh disediakan oleh guru-guru matapelajaran mengikut tingkatan
masing-masing.

Tindakan: Guru matapelajaran Tingkatan 4.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________________
(NOOR AZZUWANIDA BT ZALI) (HASLIZA BT ABDUL MAJID)

Ketua Panitia Biologi GKMP Sains & Matematik


SMK Gulau SMK Gulau

You might also like