You are on page 1of 22

SK SELAT BAGAN NYIOR

PULAU DAYANG BUNTING


07000 LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN

NO TELEFON: 04-9661858 FAX: 04-9661858 EMAIL: sksbnlagkawi@gmail.com

KERTAS KERJA

ORIENTASI MURID ASRAMA


&
KEM KEPIMPINAN
“NORMA BAHARU”
2021

“Asramaku Syurgaku”
&
“Kepimpinan Melalui Teladan”

TARIKH:
21 – 23 JANUARI 2021

TEMPAT:
SK SELAT BAGAN NYIOR

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
UNIT ASRAMA
SK SELAT BAGAN NYIOR
1.0 PENDAHULUAN

Minggu orientasi murid asrama dan Kem Kepimpinan merupakan program wajib dan tahunan
yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama unit asrama. Minggu
orientasi dan kem kepimpinan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid asrama
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana tinggal diasrama dalam norma baharu di
samping membentuk disiplin dan menanamkan sifat kepimpinan di kalangan murid. Perubahan
pengalaman dan persekitaran untuk menyesuaikan diri dan berdikari sepanjang kehidupan di
asrama perlu didedahkan kepada mereka untuk mengelakkan ‘home sick’ dan tidak diterima
dalam kalangan rakan-rakan asrama. Pelbagai aktiviti bermanfaat telah dirancang oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling untuk dijalankan selama orientasi dijalankan

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan persekitaran dan suasana kehidupan di asrama dalam norma baharu.
2.2 Membantu murid-murid asrama menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama dalam
norma baharu.
2.3 Mengelakkan masalah disiplin dan pelanggaran peraturan yang ditetapkan asrama.
2.4 Mewujudkan hubungan mesra antara senior dan junior dan memperkenalkan warden-
warden asrama.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN / SASARAN

Tarikh : 21 – 23 JANUARI 2021


Hari : Khamis - Sabtu
Sasaran : Murid Asrama Tahun 4 - 6

4.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT
Fatimah Binti Kassim
Guru Besar
SK Selat Bagan Nyior

PENGERUSI
Zuraidi Bin Idris
PK HEM
SK Selat Bagan Nyior
NAIB PENGERUSI I
Md Pisol Bin Remli
PK Pentadbiran
SK Selat Bagan Nyior

NAIB PENGERUSI II
Zainuzi Bin Desa
PK Kokurikulum
SK Selat Bagan Nyior

KETUA PENGARAH PROGRAM


Rohaiza Binti Ahmad
Guru Bimbingan dan Kaunseling

KEM KOMANDAN
Rudy Shah Bin Raimi Shah
( Warden Asrama )

SETIAUSAHA
Mohd Daud Bin Said
( Penyelia Asrama )

BENDAHARI
Azura Binti Abdullah

AJK Program Dan Aktiviti


Mohamad Faiz Bin Ab Rahim ( K)
Mawardi Bin Md Yusof
Rohaiza Binti Ahmad
Asshadwi A/P Paneerselvam

Tugasan
1) Menentukan jenis aktiviti.
2) Menyediakan tempat aktiviti
3) Memastikan program berjalan lancar
AJK Logistik
Mohamad Daud Bin Said (K)
Mohamad Faiz Bin Ab Rahim

Tugasan:
1. Memastikan keperluan-keperluan program disediakan.
2. Menyediakan keperluan-keperluan semasa program
3. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

AJK Keselamatan
Mohd Roshishamuddin Bin (K)
Mawardi Bin Md Yusof
Rohaiza Binti Ahmad
Pengawal Keselamatan

Tugasan:
1) Menjaga keselamatan semasa program berjalan.
2) Menyelaras surat menyurat dgn pihak polis dan rela
3) Menyediakan “firstaid”
4) Memastikan keselamatan program dan peserta.

AJK Sukan dan Reakreasi


Asshadwi A/P Paneerselvam(K)
Wan Nadiyatul Akmal Binti Wan Abdullah

Tugasan :
1) Mengetuai sesi riadhah/senaman pagi
2) Menentukan lokasi yang sesuai untuk bersenam.
3) Membuat pembahagian kumpulan dan tempat gotong-royong
4) Mengendalikan acara untuk peserta program

AJK Teknikal
Mawardi Bin Md Yusof(K)
Mohamad Daud Bin Said

Tugasan :
1. Tinjauan lokasi.
2. Mengenalpasti kemudahan yang ada di lokasi dan kemudahan yang diperlukan.
3. Menyediakan peralatan yang bersesuaian untuk program.
4. Memastikan program berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir.
5. Semua yang berkaitan dengan urusan teknikal dan peralatan.
AJK Kerohanian
1. Azhar Bin Abu Hasim(K)
2. Zainuzi Bin Desa
3. Azura Binti Abdullah

Tugasan:
1) Mengatur program ceramah /seminar/prog ilmu
2) Memantau/menyusun aktiviti waktu solat
3) Membekalkan artikel tentang adab-adab/doa.

AJK Makanan
Rudy Shah Bin Raimi Shah(K)
Norehah Binti Ishak
Azura Binti Abdullah

Tugasan :
1) Menyediakan jamuan sepanjang program.
2) Memastikan makanan mencukupi,berkhasiat,bersih dan halal.
3) Memastikan layanan dan perkhidmatan makanan yang cekap.

AJK Pendaftaran
Rohaiza Binti Ahmad
Mohd Daud Bin Said
Azura Binti Abdullah

5.0 ANGGARAN BELANJAWAN:

PENDAPATAN/ PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)


1 Makan minum peserta asrama - -
2 Alat tulis, kertas majong 300.00
3 Hadiah (hamper) RM 50 x 6 300.00
4 Kecemasan 160.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 7,60.00


6.0 TENTATIF PROGRAM

BIL TARIKH MASA AKTIVITI PERSONALIA


Siti Rohaida
3.30 ptg Pendaftaran
Nurul Kamilah
4.00 ptg Taklimat kem Kem Komandan
JK, Kerohanian
4.30 ptg Solat Asar, Minum Petang
Fasilitator:
Ust Azhar
5.00 ptg Ice Breaking
Mohd Faiz
Mawardi
Makan malam
Urus Diri
21/1/2021 6.00 ptg Solat Maghrib JK Kerohanian
1.
(Khamis) Bacaan Yassin
Solat Isyak
Asrama Di Hatiku
Warden Bertugas
(Pengurusan Diri & Harta Benda
9.00 mlm (Rudy Shah)
Praktikal Kekemasan Katil, Almari,
Exco Asrama
Pakaian Harian, Dobi )

11.00 mlm Minum Malam JK Makanan

Warden Bertugas
Urus Diri
11.30 mlm (Rudy Shah)
Tidur
Exco Asrama
Urus Diri
5.00 pagi Qiyamullail JK Kerohanian
Solat Subuh

7.00 pagi Riadah / Senamrobik Asshadwi

22/1/2021 JK Makanan
2. 7.30 pagi Sarapan pagi
(Jumaat) PPM
JK Aktiviti
Mohd Faiz
Mawardi
8.00 pagi
Ranjau Sepanjang Jalan Wan Nadiatul
Rohaiza
Asshadwi

BIL TARIKH MASA AKTIVITI PERSONALIA


10.00 pagi Minum pagi JK Makanan
Fasilitator:
Mohd Faiz
10.30 pagi LDK 1 Mawardi
Rohaiza
Assha
12.00 -
URUS DIRI / MAKAN TENGAHARI / SOLAT JUMAAT
2.30 petang

-GBK
2.30 petang Norma baharu di sekolah
(Rohaiza)

Fasilitator:
Mohd Faiz
22/1/2021
2. 3.30 petang LDK 2 Mawardi
(Jumaat)
Rohaiza
Assha
4.30 petang Solat/ Minum petang JK Makanan
5.00 petang Riadah Asshadwi
Urus Diri / Makan Malam / Solat
Jk Makanan
6.30 petang Maghrib/ Tazkirah /
JK Kerohanian
Solat Isyak
Fasilitator:
Mohd Faiz
9.00 malam LDK 3 Mawardi
Rohaiza
Assha
Minum malam Warden Asrama
11.00 malam
Urus Diri PPM
Urus Diri
5.00 pagi JK Kerohanian
Solat Subuh
7.00 pagi Khidmas Kem Komandan

JK Makanan
8.00 pagi Sarapan pagi
PPM
Fasilitator:
Mohd Faiz
23/1/2021
3. LDK 4 Mawardi
(Sabtu) 8.30 pagi
Rohaiza
Assha
10.00 pagi Minum Pagi JK Makanan
Exco Asrama
10.30 pagi Refleksi diri
GBK

11.30 pagi Majlis Penutupan Kem Guru Besar

12.30 tgh BERSURAI

 Semua guru adalah guru asrama.


 Segala perubahan jadual akan dimaklumkan dari masa ke masa mengikut situasi semasa.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
 Segala kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

7.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, besarlah harapan kami agar Kem Kepimpinan dan Orientasi Murid
Asrama ini dapat dijalankan demi kebaikan dan perkembangan murid-murid asrama SK Selat
Bagan Nyior dalam norma baharu. Diharapkan segala apa yang dirancang berjalan dengan baik
dan segala sokongan, idea, kritikan yang membina dan titisan keringat sepanjang usaha ini
dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh,

…………………………………..
(ROHAIZA BINTI AHMAD)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SK Selat Bagan Nyior

Disokong oleh,

…………………………………..
(ZURAIDY BIN MD IDRIS)
PK Hal Ehwal Murid,
SK Selat Bagan Nyior

Disahkan oleh,

…………………………………..
(FATIMAH BINTI KASSIM)
Guru Besar,
SK Selat Bagan Nyior
Pulau Dayang Bunting
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

LAMPIRAN
Apa itu Latihan Dalam Kelompok (LDK)? :

Latihan dalam kelompok bermaksud aktiviti-aktiviti terancang yang dijalankan secara bersama-
sama oleh ahli-ahli kelompok dengan panduan dan bimbingan fasilitator bagi mencapai suatu
matlamat yang tertentu.

Etika Kelompok LDK :

1. Penerimaan tanpa syarat


2. Kerahsiaan
3. Keterbukaan
4. Keikhlasan
5. Keterlibatan dengan rela hati
6. Tidak menghakim
7. Rasa kepunyaan (belonging) kepada kelompok
8. Tiada tindakan secara fizikal terhadap ahli lain.

Panduan kepada Fasilitator untuk mengendalikan kelompok :

1. Fasilitator mesti merujuk modul yang disediakan bagi memastikan keselerasan aktiviti
dan perkembangan peserta dalam seminar. Ikut cadangan objektif dan langkah
pelaksanaan aktiviti supaya dapat mencapai matlamat dan objektif seminar seperti yang
diamanahkan oleh penganjur.

2. Duduk dalam bulatan atau ladam kuda. Pastikan semua ahli dapat melihat satu sama
lain. Cara dan bentuk kedudukan boleh diubah suai pada sesi berikutnya.

3. Fasilitator elakkan menggunakan gantinama diri “cikgu”. Disarankan untuk


menggunakan gantinama diri ”saya”.

4. Mulakan sesi dengan salam dan ucap sejahtera, doa. Fasilitator boleh menyerahkan
tugas memulakan sesi kepada ketua kelompok bagi sesi kedua dan seterusnya.

5. Pada sesi pertama fasilitator mestilah bijak membina hubungan yang mesra dengan ahli
supaya diterima oleh kelompok. Terangkan tentang LDK dan etika kelompok.

6. Mulakan setiap sesi dengan rapport dan semak keselesaan ahli. Kemudian imbas
kembali aktiviti yang lepas untuk memastikan ada kesinambungan.

7. Luaskan peluang bercakap kepada semua ahli.

8. Gunakan permainan-permainan kecil (energizer) bagi menimbulkan minat atau untuk


menghilangkan rasa bosan atau hilang perhatian ahli.

9. Pada sesi akhir fasilitator mengajak semua ahli bermaafan dan bersalaman.
ICE-BREAKING

AKTIVITI 1

TAJUK : MEMBENTUK KELOMPOK KATEGORI


SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menilai ketangkasan peserta bertindak mengikut arahan yang diberikan.

PELAKSANAAN :

1. Peserta beratur mengikut kumpulan masing-masing.(Pengawas Sekolah, Pengawas


Pusat Sumber, Pengawas Kesihatan, Ketua & Pen. Ketua Kelas dan Barisan Pemimpin
Unit Beruniform, Kelab & Permainan)
2. Setiap peserta dikehendaki membentuk satu kelompok besar berdasarkan;

a. Abjad pertama nama ibu


b. Bulan kelahiran yang sama.

PENILAIAN : Peserta dinilai kecekapan mereka bergerak mencari kumpulan masing-masing.

RUMUSAN : Banyak faktor yang boleh menjadikan penyebab kejelekan antara sesama
manusia yang baru dikenali.

FALSAFAH :

1. Menimbulkan rasa kemesraan dan kejelekitan antara sesama peserta.


AKTIVITI 2

TAJUK : TEPUK DAN SORAK CEMERLANG PEMIMPIN

SASARAN : Peserta-Peserta Kursus Kepimpinan


BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menjalin ikatan persahabatan dengan erat antara sesama peserta.

PELAKSANAAN:

1. Peserta beratur mengikut kumpulan yang baru dibentuk.


2. Setiap peserta bertepuk dan bersorak mengikut arahan ketua fasiltator dengan penuh
bersemangat

PENILAIAN : Kumpulan dinilai berdasarkan kekreatifan mereka didalam membentuk jenis


tepukan dan sorakan yang relevan dengan program.

RUMUSAN : Sesuatu ikatan mestilah dijalinkan dengan lebih erat dengan sesuatu sebagai
jambatan penghubung kepada ikatan tersebut.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa singkat dengan
orang yang baru dikenali.
2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.
AKTIVITI 3

TAJUK : 30 KOTAK AJAIB

SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan


BAHAN : Edaran 30 Kotak Ajaib
OBJEKTIF : Melatih peserta berani berkomunikasi di samping mengcungkil bakat
berkomunikasi.

PELAKSANAAN:

1. Setiap peserta menerima sehelai edaran 30 kotak ajaib (Lampiran I).


2. Peserta diminta berjumpa sahabat mereka yang dari berlainan kumpulan dan bertanyakan
mana-mana satu soalan daripada kotak ajaib.
3. Jawapan hanya ”ya” atau ”tidak”
4. Jika jawapan ”ya” dapatkan nama, nombor telefon dan tandatangan peserta.
5. Jika jawapan ”tidak” tanya peserta lain.
6.10 peserta yang lewat diminta menyanyikan 1 lagu patriotik.

PENILAIAN : Peserta dapat berkenalan dengan peserta lain.

RUMUSAN : Peserta dapat mengguna skil berinteraski dengan peserta dari kumpulan lain
dan mengetahui minat serta latarbelakang peserta yang ditemui.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa singkat.


2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.
AKTIVITI 4

TAJUK : RANTAI NAMA


SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF :

1. Sebagai satu tanda perkenalan antara peserta dan peserta serta dan fasilitator.
2. Mengeratkan lagi kerjasama antara peserta disamping mengetahui serba sedikit pengenalan
diri kawan.

Prosedur :

1. Peserta pertama diminta untuk memperkenalkan diri(nama,bilangan adik beradik,cita-cita)


2. Peserta kedua pula akan memperkenalkan diri tetapi sebelum itu dia harus menyebut apa
yang diperkatakan kawan yang pertama tadi.
3. Proses ini berlaku sehingga orang yang terakhir dimana dia akan mengulang apa yang
diperkatakan orang yang pertama sehinggalah orang yang sebelumnya.
4. Kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya kepada semua.
5. Fasilitator boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk sesi ini supaya ia menjadi lebih
menarik.
AKTIVITI 5

TAJUK : 6 KELOMPOK TERBILANG


SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Kertas Mahjong dan Marker.

OBJEKTIF :
1. Peserta dapat bekerjasama menyempurnakan tugasan dalam kumpulan. (Perpaduan
dan
2. kerjasama dari ahli kumpulan adalah penting membolehkan sesuatu penyelesaian
dibuat.)
3. Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam menyelesaikan setiap
masalah yang dihadapi. Setiap permasalahan ada

PELAKSANAAN :

1. Ahli kumpulan diminta melantik ketua dan penolong ketua kumpulan serta
menjenamakan Semula kumpulan mereka.
2. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti yang diberi. Kumpulan
diminta untuk membentuk:
a. Nama Kumpulan dan Moto (atas kertas mahjong)
b. Sorakan kumpulan masing-masing
c. Dipersembahkan untuk dinilai.
LDK 1

TAJUK : Keluargaku Sahabatku

OBJEKTIF :

1. Mengeratkan lagi silaturahim antara kumpulan.


2. Mengenal asal-usul keluarga dan kawan-kawan.
3. Berkongsi masalah pelajar yang mungkin hadir dalam keluarga.

PROSEDUR :

1. Pelajar akan diberi borang yang akan disediakan.


2. Kemudian pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut sehingga siap.
3. Selepas itu lipatkan kertas tersebut menjadi sepucuk surat dan ditulis pada muka depan
nama sahabat yang paling disukai dalam kumpulan tersebut.
4. Kemudian fasilitator akan mengambil semua surat tersebut dan menyerahkan kepada pelajar
yang berkenaan.
5. Kemudian pelajar akan disuruh baca surat tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih
kerana memilih dia untuk menjadi sahabatnya.
6. Bagi yang tidak dapat mencari namanya fasilitator akan menerangkan kemungkinan pelajar
tersebut mempunyai masalah dalam pergaulan dengan kawan-kawan.
LAMPIRAN:
KELUARGAKU SAHABATKU

NAMA : ……………………………………………………………………

UMUR : …………………………..TARIKH LAHIR : ……………….

CITA-CITA : …………………………………………………

NAMA AYAH : …………………………………………………

NAMA IBU : …………………………………………………

BILANGAN ADIK-BERADIK : ……………….orang LELAKI: PEREMPUAN:

KENANGAN BERSAMA KELUARGA:-

MANIS :

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

PAHIT :

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………IMPIAN

UNTUK KELUARGA :-

……………………………………………………………………………………………………………

KENAPA SAYA SAYANG SAHABAT SAYA?

……………………………………………………………………………………………………………
LDK2

TAJUK : BISIKAN BAYU


SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Edaran, Wisel, Kertas A4 dan pensel

OBJEKTIF :
Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila
ia disampaikan oleh ramai penyampai.

Prosedur :

1. Peserta berada dalam satu barisan.


2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan.
5. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.
6. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
7. Setelah selesai, Fasilitator :
a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima.
c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.

FALSAFAH :
1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang, mesej
yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada kekurangannya.
2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih dahulu
akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.
3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara bertulis.
LDK 3

TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM


SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Alat Tulis dan Edaran

OBJEKTIF :

1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif yang terdapat
dalam diri masing-masing.
2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap ahli.
2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh.
3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 5 minit.
4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli menerangkan 2 sifat
positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah dilakukan.
5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta
memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut.
6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta cadangan
kepada ahli lain.

FALSAFAH :

1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif.


2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus
dihapuskan.
Lampiran – Aktiviti Si Putih dan Si Hitam

INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF


BIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA

LDK 4
TAJUK : KAPAL KARAM
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Edaran

OBJEKTIF :

1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan pemikiran yang tajam.
2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.


2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan.
3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan
nama tersebut.
4.Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.

FALSAFAH :

1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.


2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
3.Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

Lampiran – Aktiviti Kapal Karam


Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka naiki telah pecah dilanda
ombak dan karam di lautan. Kapal anda hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja.

Tugas Anda !
Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan diselamatkan.

ORANG KAYA YANG BUDIMAN

KAWAN KARIB

IBU YANG SAKIT TUA

PENCURI YANG INSAF

ABANG YANG BUTA

GURU KELAS ANDA

BAPA YANG TIDAK BEKERJA

ORANG MISKIN

PEMUDA YANG BAIK HATI

ADIK YANG NAKAL

You might also like