You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING

57000 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PEMBELIAN VEST PENGAWAS KESIHATAN

PENDAHULUAN

Kepimpinan Pengawas Kesihatan atau nama lainnya Skuad COMBI tahun 2023 bercadang
untuk memartabatkan badan pengawas kesihatan dengan membentuk satu imej pemakaian yang
istimewa bagi semua pengawas kesihatan di sekolah ini.
Oleh yang demikian pada melalui Mesyuarat Unit Kesihatan yang lalu, sebulat suara telah
mengambil keputusan agar pengawas memakai vest pada setiap perhimpunan rasmi hari Isnin.
Tambahan pula, pemakaian vest boleh juga digunakan untuk acara lain juga. Contohnya dipakai pada
pertandingan luar yang diikuti oleh sekolah. Malah pemakaian vest pada masa kini semakin popular
dalam kalangan pemimpin murid di sekolah.

MATLAMAT

Melahirkan pengawas kesihatan yang berkarisma serta berketerampilan dalam apa jua bidang
sama ada bidang akademik mahupun bukan akademik,agar dapat memberi sumbangan kepada
sekolah, agama dan negara.

OBJEKTIF

 Memohon kebenaran bagi pembelian kos vest pengawas kesihatan.


 Memberikan imej yang menarik serta pemakaian uniform pengawas kesihatan yang lebih
kemas.
 Merangsang kebangkitan semangat jati diri setiap pengawas kesihatansemasa menjalankan
tugas.
 Memotivasikan diri pengawas kesihatan agar bertugas dengan lebih berkeyakinan dan
berketerampilan.
SASARAN

Pengawas Kesihatan Tahun 2023, SK Bandar Baru Seri Petaling seramai 16 orang.

JAWATANKUASA PENYEDIAAN VEST

Penaung : Pn Salmiah binti Jalil


Guru Besar
Penasihat : Pn. Rosniati binti Hj Baharuddin Arif
Pemangku PK HEM
Penasihat Bersama : Pn Hasanah binti Said
PK Pentadbiran
Penyelaras Unit Kesihatan : Pn. Siti Maizon binti Abdullah

ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PERKARA

Kos Pembelian Vest (ditanggung sepenuhnya oleh ibu


bapa murid) RM 720.00
1
RM 45 x 16 orang

JUMLAH BESAR RM 720.00

PENUTUP

Adalah diharapkan imej baru ini membantu dapat meningkatkan lagi motivasi dalam kalangan
pengawas kesihatan sekolah dalam menjalankan tugas. Hal ini juga untuk mengiktirafkan peranan
pengawas kesihatan dalam membantu pihak sekolah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan
pada mereka dalam sama-sama menjayakan visi dan misi sekolah.
Disediakan oleh :

........................................................... Tarikh : ....................................


(SITI MAIZON BINTI ABDULLAH)
Penyelaras Kesihatan,
SK Bandar Baru Seri Petaling

Disemak oleh :

........................................................ Tarikh : ....................................


(ROSNIATI HJ BAHARUDDIN ARIF)
Pemangku PK Hal Ehwal Murid,
SK Bandar Baru Seri Petaling

Disahkan oleh :

................................................................ Tarikh : .....................................


(SALMIAH BINTI JALIL)
Guru Besar,
SK Bandar Baru Seri Petaling
LAMPIRAN 1

CADANGAN PAKAIAN PENGAWAS KESIHATAN LELAKI

HARI CADANGAN

ISNIN 1) KEMEJA PUTIH BERLENGAN


PANJANG
2) TALI LEHER BIRU (ROYAL BLUE)
3) VEST BIRU (ROYAL BLUE)
4) SELUAR BIRU GELAP
5) KASUT HITAM

SELASA - JUMAAT 1) KEMEJA PUTIH BERLENGAN PENDEK


2) TALI LEHER BIRU (ROYAL BLUE)
3) VEST BIRU (ROYAL BLUE)
4) SELUAR BIRU GELAP
5) KASUT HITAM

CADANGAN PAKAIAN PENGAWAS KESIHATAN PEREMPUAN

HARI CADANGAN

ISNIN 1) KEMEJA PUTIH BERLENGAN


PANJANG
2) TUDUNG PUTIH
3) TALI LEHER BIRU (ROYAL BLUE)
4) VEST BIRU (ROYAL BLUE)
5) KAIN SUSUN BELAKANG BIRU GELAP
6) KASUT HITAM

SELASA - JUMAAT 1) BAJU KURUNG PUTIH


2) VEST BIRU (ROYAL BLUE)
3) KAIN BIRU GELAP
4) KASUT HITAM
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING,
JALAN WAN SENDARI, 57000 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
NAIKTARAF IMEJ PEMAKAIAN
PENGAWAS KESIHATAN SEKOLAH

You might also like