You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SILABUKAN,

PETI SURAT 60715,


91116 LAHAD DATU, SABAH

KERTAS KERJA AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PANGGUNG WAYANG MAX CINEMAS LAHAD DATU
1. PENGENALAN

Menonton wayang merupakan satu aktiviti terapi sosial. Terapi ini merupakan inisiatif
diambil bagi mengetengahkan budaya dan seni perfileman dalam kalangan murid-murid
dan bagi merealisasikan budaya ilmu dan seni budaya agar selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai
wadah dalam aktiviti pemupukan, pengayaan dan pengembangan budaya seni dalam
diri individu berdasarkan penyertaan murid-murid dalam program lawatan sambil belajar ini.
Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan aspek budaya seni dalam diri
murid-murid.

2. MATLAMAT

Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan dunia luar
dan menambah ilmu pengetahuan di samping merasai pengalaman serta aktiviti yang
menarik yang tidak dapat dilakukan di sekolah.

3. OBJEKTIF
a) Memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan sesebuah
organisasi dan prospek kerjaya.
b) Melaksanakan program OUTREACH bagi HIP SMK Silabukan..
c) Melahirkan murid yang berkeupayaan menulis review dalam Bahasa Inggeris
selepas melalui pengalaman sebenar (Action Oriented Task)
d) Menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertandingan My Out Reach’s review.
4. SASARAN

Sasaran program ini adalah dalam kalangan pengawas pusat sumber sekolah
SMK Silabukan dan pelajar Persatuan Bahasa Inggeris SMK Silabukan.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Harga( seunit) Anggaran


Harga

1. Tiket 20 orang RM 14 RM 280.00

2 Hadiah 10 unit RM 50.60 RM 506.00


Pertandingan

3. Pengangkutan 2 Buah RM 150 RM 300.00

JUMLAH RM 1086.00

6. BILANGAN PESERTA

Bil Peserta Jumlah

1. Pengawas Pusat Sumber 10 orang

2. Ahli Persatuan Bahasa Inggeris 10 orang

3. Guru Pengiring 10 orang

JUMLAH 30 orang
6. SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Pusat Sumber SMK Silabukan

Disediakan Oleh : Disemak Oleh:

.................................. …………………………..
(ROSLI BIN ASMAT) (ERLINA MOHD NOOR)
Guru Panitia Bahasa Inggeris Guru Pusat Sumber
SMK Silabukan SMK Silabukan
Tarikh : Tarikh :

Disahkan dan Diluluskan Oleh :

.............................................................
(RABIATUL ADAWIYAH ABDULLAH)
Pengetua SMK Silabukan
Tarikh :

You might also like