You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

ASSUMPTION
12100 BUTTERWORTH

Kertas Kerja
PERTANDINGAN MELUKIS KOLAM
TANAH LIAT PONGGAL

13 OKTOBER 2017
BILIK BAHASA TAMIL
8.00 PAGI -11.00 PAGI

Anjuran
PANITIA BAHASA TAMIL
SKA
PENGENALAN :

Salah satu daripada tradisi orang India adalah kolem atau ranggoli iaitu lukisan di atas lantai.
Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik. Mengapakah
orang-orang India mengamalkan tradisi melukis kolem? Menurut ajaran agama Hindu,
seseorang itu harus melakukan kebajikan atau dharmam pada setiap hari. Amalan melukis
kolem merupakan satu cara yang mudah untuk melakukan kebajikan. Ini adalah kerana kolem
biasanya dilukis dengan menggunakan beras atau serbuk beras. Beras atau serbuk beras itu
akan dimakan oleh semut atau burung. Ini akan menyempurnakan keperluan melakukan
kebajikan seperti yang dikehendaki oleh agama Hindu. Tetapi pada zaman moden, sebab
sebenar kolem dilukis telah dilupakan. Ia lebih diamalkan sebagai satu bentuk perhiasan yang
dilukis semasa hari-hari perayaan seperti Tahun Baru dan Deepavali. Ia juga dilukis semasa
hari-hari yang dianggap istimewa dan suci seperti pada hari Selasa dan Jumaat. Upacara-
upacara kenduri dan perkahwinan juga dianggap tidak sempurna jika tidak terdapat lukisan
kolem. Secara tradisi, kolem dilukis pada halaman rumah tetapi kemudiannya ia dilukis di
kuil-kuil dan di dewan-dewan semasa diadakan upacara-upacara keramaian. Apabila
diadakan upacara-upacara keagamaan, kolem pasti akan dilukiskan. Kolem memainkan
peranan penting dalam tradisi India dan kini kesemua aktiviti yang melibatkan orang India
akan mempunyai kolem. Menurut tradisi kepercayaan orang India, kolem menambah seri
kepada sesebuah rumah. Dengan itu juga ia akan membawa tuah dan berkat kepada ahli
keluarga tersebut. Terdapat juga kepercayaan bahawa kolem bertindak sebagai satu kawalan
dan menghalang unsur-unsur jahat daripada memasuki rumah tersebut. Ini juga boleh
dikatakan sebagai satu sebab mengapa tradisi kolem ini tidak luput ditelan zaman. Dengan
menyedari hakikat ini, Panitia Bahasa Tamil menganjurkan satu pertandingan melukis kolam
dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Assumption supaya generasi kini menghayati
keindahan kolam semasa melukis dan mewarnakannya.

OBJEKTIF:
 Memberi peluang kepada murid SK Assumption mengenali budaya kaum dan tradisi
masyarakat berbeza kaum dalam konsep satu Malaysia.
 Sebagai tarikan kepada pelajar untuk melukis kolam dan mewarnakannya
 Mewujudkan perpaduan dan keakraban sesama kawan-kawan semasa merancang dan
melukis kolam
 Menghargai dan mempertahankan perayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan
baik.
 Menambahkan pengetahuan kita tentang adat resam masyarakat berbilang bangsa di
Malaysia.
MAKLUMAT PERTANDINGAN
a) Tarikh : 13 Oktober 2017
b) Masa : 8.00-11.00 Pagi
Tempat : Bilik Bahasa Tamil
Peserta : Murid India Tahap 2

TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 1

KESIMPULAN

Penghargaan diberikan kepada pihak pentadbir SK Assumption dan semua guru


yang terlibat bagi menjayakan program ini. Diharap, program ini dapat memberikanmanfaat
dan pengalaman bermakna kepada semua murid yang terlibat.Semoga segala aktiviti yang
dijalankan akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dan objektif dengan
berkesan.

Disediakan : Disemak oleh:

______________________________ ________________________
(JAYA PRITHA A/P RAJAGOPAL)
Ketua Panitia Bahasa Tamil
SK Assumption

.
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 13 OKTOBER 2017


MASA : 8.00-11.00 PAGI
HARI : JUMAAT

MASA AKTIVITI

7.45-7.50 AM Membuat pengumuman untuk mengumpul murid India tahap 2

7.55-8.00 AM - Memberi taklimat ringkas pertandingan dan pemberian belangan tanah


Liat
8.00-10.15 AM -Perlaksanaan pertandingan menghias belanga tanah liat Ponggal

10.30 AM -Penilaian markah oleh hakim


-Pengumuman pemenang dan pemberian hadiah

11.00 AM -Tamat Program


-Bersurai
LAMPIRAN 2
PERBELANJAAN JANGKAAN

BIL PERKARA HARGA JUMLAH KEWANGAN


(RM)

1. Bahan keperluan
 Kertas mahjung Rm 5.90 x 1 unit Rm 5.90

 Pelekat putih Rm 2.12 X 2 unit RM 4.24

2. Hadiah Pertama Rm 5 x 3 Rm15


Hadiah kedua Rm 3 x 3 Rm 9
Hadiah Ketiga Rm 2x 3 Rm 6
Jumlah keseluruhan Rm 40.14 Rm 40.14

You might also like