You are on page 1of 11

LAPORAN

MAJLIS RAMAH TAMAH


AIDILFITRI DAN GAWAI
SK SEMERAH PADI 2016
Tarikh

NAMA PELAJAR

: 16 Julai 2016 (11 Syawal


1437H)

: 1. ALEXION JANDAN ANAK DILANG


2. ARIF BIN MOHD TAHIR
3. NUR AFIQAH BINTI YUSOF
4. MOHAMAD ZULHILMI BIN HUSSIN

5. SITI SYAHIRAH BINTI ABD RAHMAN


6. SITI NURZAHIDAH BINTI AHMAD DAWAWI
PROGRAM

: PISMP

NAMA SEKOLAH

: SK SEMERAH PADI

NAMA PROJEK

: MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI / GAWAI 2016

TEMPOH PELAKSANAAN: 16 JULAI 2016

OBJEKTIF

1. Mengeratkan silaturahim di antara guru, para pelajar, ibu bapa dan semua
warga sekolah.
2. Memupuk semangat 1 Malaysia dan bersatu padu di antara warga sekolah
dengan menggabungkan sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.
3. Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan
suasana Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai dalam semua peringkat.
4. Mengembangkan hubungan akrab untuk semua dalam menyemai sifat
keterbukaan dan penerimaan.
PERJALANAN PROGRAM

Pada 16 Julai yang lalu bersempena dengan hari Sekolah ganti bagi menggantikan
cuti Sekolah sempena penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas,
Sekolah Kebangsaan Semerah Padi telah menganjurkan

satu program ramah

tamah. Program ini melibatkan semua warga Sekolah, iaitu pelajar, guru-guru, staf
dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah.
Majlis ramah tamah yang diadakan pada bulan Syawal ini bukan sahaja untuk
meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih dirayakan, malah turut sama
diadakan sebagai simbolik penutupan sambutan Hari Gawai 2016. Objektif program
ini diadakan ialah untuk mengeratkan silaturahim antara warga Sekolah Kebangsaan
Semerah Padi di samping memberikan didikan secara tidak langsung tentang
kepentingan menghormati perayaan kaum lain kepada para pelajar. Selain itu, majlis
sambutan ini juga diharapkan agar dapat memberi peluang kepada warga sekolah

untuk mengenali dan merasai pengalaman menyambut perayaan kaum yang


berbeza.
Peruntukan kewangan yang diberikan untuk menjayakan penganjuran majlis
ini ialah melalui wang PCG PJ PK. Malah dari segi perbelanjaan, kewangan Sekolah
tidak begitu terbeban dari segi penyediaan jamuan kerana jamuan disediakan oleh
pelajar-pelajar dan para guru mengikut kelas masing-masing.
Oleh itu, penubuhan ahli jawatankuasa melibatkan semua guru bagi
memastikan kelancaran program. Diketuai oleh panitia Pendidikan Jasmani, terdapat
enam buah jawatankuasa yang ditubuhkan. Kesemua jawatankuasa diketuai oleh
seorang guru yang dibantu oleh ahli guru yang lain. Sambutan pada kali ini turut
dianjurkan dengan kerjasama lapan orang guru pelatih, masing-masing dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching dan Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
Persiapan tempat dilakukan sehari lebih awal, di mana AJK perhiasan pentas
telah menghias pentas utama yang digunakan untuk upacara menggulung tikar
sebagai simbolik penutupan hari gawai dan merupakan pentas utama bagi
persembahan-persembahan menghiburkan pada hari sambutan. Bagi aktiviti
menziarahi dari kelas ke kelas pula, guru-guru kelas dan pelajar membersihkan dan
menghias kelas masing-masing pada masa terakhir Pengajaran dan Pembelajaran
pada 15 Julai 2016 (Jumaat).
Majlis pada 11 Syawal ini dimulakan seawal jam 8 pagi dengan ketibaan wakil
Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Semerah Padi. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa oleh Ustaz Hafiz dan ucapan aluan daripada guru besar. Mahlis
turut berbesar hati mempersilakan wakil YDP PIBG SKSP untuk memberikan
ucapan beliau sekaligus merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Gawai SKSP
2016. Meneruskan tentatif, majlis seterusnya menyaksikan simbolik penutupan Hari
Gawai iaitu menggulung tikar mengkuang. Penggulungan tikar ini disempurnakan
oleh wakil PIBG bersama Guru Besar SKSP yang seterusnya diserahkan kepada
Encik Wellter selaku wakil komuniti Sekolah yang meraikan Hari Gawai.
Antara aktiviti yang diselitkan sepanjang pengisian majlis sambutan ini ialah
jamuan kelas, ziarah menziarahi dan nyanyian lagu Hari Raya. Jamuan kelas

diadakan mengikut kreativiti dan kemampuan kelas masing-masing dengan bantuan


guru kelas dan pembantu guru kelas.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis, para pelajar dibenarkan menziarahi
rakan-rakan yang berada di kelas-kelas lain dan menikmati jamuan hari raya yang
tidak terhad di kelas masing-masing sahaja. Walau bagaimanapun, kelemahan dari
segi aktiviti ini ialah kawalan disiplin pelajar. Terdapat sebilangan pelajar yang berlari
di sekitar kawasan Sekolah dan dikhuatiri terdapat juga murid yang keluar dari
kawasan Sekolah tanpa pengetahuan dan perhatian guru kelas. Hal ini merupakan
salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dan diharap dapat ditambah baik dan
dimurnikan pada masa aka datang.
Selain itu, pelajar dan guru-guru turut memeriahkan sambutan dengan
mempersembahkan nyanyian lagu-lagu hari raya yang diadakan di pentas utama.
Persembahan yang menjadi halwa telinga ini diperdengar ke seluruh kawasan
Sekolah.
Majlis berakhir lebih awal daripada tentatif yang dirancang. Semua AJK dan
guru dapat memastikan majlis berakhir dengan baik iaitu dengan memastikan kelas
dibersihkan, kawasan perhimpunan dan pentas utama dikemaskan dengan cermat
serta pelajar pulang dengan ibu bapa dan penjaga masing-masing.

STRATEGI PERLAKSANAAN :
1. Mengadakan Majlis berpusat : murid dan guru dikumpulkan di dataran
sekolah bagi mejayakan beberapi aktiviti rasmi.
2. Mengadakan open house dan ziarah bagi setiap kelas : guru dan murid
akan berziarah ke setiap kelas bagi menjamah juadah yang disediakan oleh
setiap kelas.

REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek
Antara kekuatan yang kami dapat lihat dalam melaksanakan projek ini
adalah semangat kerjasama yang ada dalam kalanagan guru pelatih
IPGKBL dan IPTKAR yang jitu di samping sokongan daripada warga
pendidik SK Semerah Padi menjadi resepi dalam menjayakan program ini.
2) Kelemahan Projek
Kelemahan yang yang sangat ketara adalah dalam disiplin murid ketika
program ini berjalan. Kawalan murid serta kebersihan kawasan sekolah
sedikit sebanyak mencacatkan keyaan pelaksaan program ini. Selain itu
juga aktiviti yang dijalankan perlu ditambahbaik bagi memastikan murid
dan guru tidak berasa bosan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah:
a. Memperbanyakkan aktiviti bagi mengelakkan murid berasa bosan dan
menceria serta memeriahkan lagi majlis tersebut.
b. Menyediakan aktiviti yang boleh mengajak murid menyelami maksud
disebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Hari Gawai.
c. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan mengikut tentatif yang
disediakan.
d. Memastikan kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih.
KESIMPULAN :
Tuntasnya, secara keseluruhan majlis sambutan ini berjalan dengan lancer.
Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru, pelajar, dan warga Sekolah sangat
memberangsangkan. Meskipun terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, tetapi
kekuatan majlis tetap menjadikan sambutan ini sebuah program yang Berjaya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam melaksanakan program ini dan diharap semangat
kekitaan dan perpaduan dalam kalangan warga SK Semerah Padi dapat
diperkukuhkan lagi sehingga ke masa akan datang kelak.

Disediakan oleh;

____________________________
(SITI SYAHIRAH ABD RAHMAN)
Guru Pelatih Internship,
Sekolah Kebangsaan Semerah Padi.

LAMPIRAN
[Persiapan Pentas]

[Sambutan Hari Raya dan Hari Gawai]

[Mengemas pentas dan menyimpan alatan]

You might also like