You are on page 1of 1

Kepada,

Encik Shamsuddin Bin Abu Bakar,


Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak. 26 OKTOBER 2017

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMINJAM KOMPANG


Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.
2. Kursus BMM1024 dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh akan
menganjurkan Malam Apresiasi Seni Budaya dan Sastera, Jabatan Pengajian Melayu 2017 mengikut
ketentuan seperti yang berikut :

Tarikh : 01 NOVEMBER 2017


Masa : 07.45 malam
Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh
Penyertaan : Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan
Siswa Guru Major Bahasa Melayu

3. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan dan memeriahkan lagi program ini, saya selaku
Jawatankuasa Malam Apresiasi Seni Budaya dan Sastera Melayu, dengan rasa rendah diri ingin
meminjam kompang daripada pihak tuan mulai 30 Oktober 2017 (Isnin) sehingga 1 November 2017
(Rabu) bagi tujuan latihan dan sambutan majlis pembukaan bagi program ini.
4. Semoga permohonan kami ini mendapat pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan.
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………………
(PUAN NOOR LIZA BINTI ABDULLAH)
Pensyarah Akademik,
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

You might also like