You are on page 1of 12

Soalan:

Pendirian Malaysia dan dasar luar negara terhadap pelbagai isu pada peringkat
antarabangsa banyak memberi manfaat kepada negara. Sehubungan itu, amat penting bagi
Malaysia untuk menyatakan pendirian terhadap beberapa isu sejagat yang menjadi topik
perbinvcangan. Bincangkan secara kritis pendirian dan dasar kerajaan Malaysia terhadap
isu-isu antarabangsa bagi menjamin kestabilan dan keamanan. Panjang penulisan
akademik adalah 1200 patah perkataan.

1.0 PENGENALAN

Dalam era yang dilingkari oleh kemajuan sains dan teknologi, terdapat pelbagai isu yang
timbul dalam peringkat antarabangsa. Isu-isu ini dikira baru di mata dunia kerana tidak
pernah berlaku pada zaman dahulu. Hal ini kerana zaman ini merupakan era globalisasi iaitu
dunia tanpa sempadan yang menyebabkan manusia bertindak demi kepentingan diri sendiri
sehingga memberi impak kepada orang lain. Antara isu antarabangsa yang banyak memberi
kesan kepada Malaysia adalah isu pelarian Rohingya, isu pendatang asing tanpa izin, isu
sempadan, keselamatan Selat Melaka dan tuntutan bertindih. Oleh itu, pihak kerajaan
Malaysia telah melaksanakan dasar-dasar tertentu bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul.

1.0 PELARIAN ROHINGYA

Pada Mei 2015, negara Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehadiran pelarian
etnik Rohingya dari Myanmar secara beramai-ramai di Langkawi. Belum sempat isu pelarian
ditangani, negara digemparkan pula dengan penemuan 139 buah kubur-kubur besar dan
kecil di Wang Kelian, Perlis. Dianggarkan terdapat lebih dari seribu mayat berada di bawah
tanah yang ditanda dengan batu dan kayu. (Abdul Halim Sidek et al., 2012). Penghijrahan
pelarian dan mangsa pemerdagangan ini mempunyai kaitan langsung dengan masalah
dalam negara iaitu pergolakan antara agama Buddha dan Islam di wilayah Arakan,
Myanmar. Oleh kerana berlakunya penganiayaan besar-besaran melalui dasar pembersihan
etnik dan tindakan pembunuhan terhadap mereka, terdapat kira-kira 1.5 juta rakyat etnik
Rohingya terpaksa meninggalkan negara sendiri dan rumah mereka sejak kemerdekaan
Burma pada tahun 1948. Mereka ini kebanyakannya ditemui berada di Bangladesh,
Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand dan Malaysia.

1
Justeru, dalam menangani isu ini, kerajaan Malaysia telah menggesa negara anggota
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu menghulurkan bantuan terhadap etnik
Rohingya kerana OIC merupakan badan terbaik untuk campur tangan memandangkan
ASEAN telah mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dalam politik dalam negara
anggotanya. Rentetan pada itu, OIC telah meminta kebenaran daripada kerajaan Myanmar
untuk menghantar misi pencarian fakta ke negara tersebut bagi mendapatka penyelesaian
terbaik. Selain itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman menyatakan bahawa
Malaysia telah mendesak Myanmar untuk menghentikan siri keganasan yang meruncing di
republik berkenaan, selain memberi laluan kepada misi kemanusiaan menghantar bantuan
di wilayah berkaitan. Malaysia juga telah menunjukkan contoh yang baik dengan memberi
layanan adil kepada pelarian Rohingya. Contohnya, United Nations High Commissioner for
Refugees (UNHCR) di Malaysia telah mengeluarkan kad kepada pelarian ini yang telah
mendapat mandat daripada UNHCR melalui penentuan status hasil penilaian secara
individu.

Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh Malaysia ini adalah wajar kerana pelarian
Rohingya perlu dibantu atas dasar kemanusian dan sebagai tanggungjawab bersama
sesama manusia. Mereka perlu dibantu atas dasar kemanusiaan bahkan mereka juga
tergolong dalam rumpun yang sama dengan kita. Namun begitu, Malaysia, ASEAN dan
UNHCR perlu mewujudkan satu model yang berkesan dan bekerjasama dalam menangani
isu ini dengan menyediakan pelan tindakan untuk menyelamatkan etnik Rohingya secara
menyeluruh bagi melindungi nyawa, mendapatkan statistik tepat jumlah mereka di negara
transit dan berusaha keras dalam mendapatkan kerjasama dari pihak negara Myanmar
sendiri. Satu tindakan yang serius perlu dilaksanakan oleh ASEAN kerana isu ini melibatkan
negara anggotanya. Jika tidak, pihak lain akan mempertikaikan kreadibiliti ASEAN.

2.0 PENDATANG ASING TANPA IZIN

Di Malaysia, kemasukan pendatang asing yang tidak dikawal dan berterusan telah
menjadi isu yang kritikal untuk ditangani oleh kerajaan. Sejak beberapa tahun lalu, jumlah
pendatang asing yang bekerja telah dianggarkan seramai 2.3 juta orang atau 23 peratus
daripada pekerja yang ada di Malaysia. Daripada jumlah tersebut dianggarkan hampir
separuh daripadanya merupakan PATI yang telah menggunakan pelbagai saluran untuk
masuk ke Malaysia. Isu ini meruncing apabila mereka telah bersama-sama penyakit
berjangkit seperti HIV (Hugo G. J., 1993). Oleh hal yang demikian, kerajaan telah
mengeluarkan peraturan supaya setiap pekerja asing yang ingin bekerja di Malaysia perlu

2
melalui dua proses pemeriksaan kesihatan, iaitu pemeriksaan kesihatan di negara asal dan
pemeriksaan kesihatan di Malaysia.

Selain itu, kehadiran PATI ini juga telah mendatangkan masalah berkaitan status
kewarganegaraan ( Nazaruddin Mohd Jali et al., 2006). Justeru, Perlembagaan Malaysia
telah menjelaskan tentang perkara yang berkaitan dengan status kewarganegaraan,
kelayakan sebagai warganegara dan prosedur untuk memohon kewarganegaraan. Di
samping itu, kerajaan Malaysia juga telah mengeluarkan permit kerja yang biasanya tidak
dimiliki oleh PATI yang menyelinap masuk ke dalam negara ini. Polisi pengambilan pekerja
asing hanyalah bertujuan memperoleh tenaga buruh sementara bagi mengatasi keruncingan
yang melanda sektor tertentu di negara ini. Akhir sekali, kerajaan Malaysia telah melakukan
program penyelesaian menyeluruh PATI (6P), iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan,
pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Program enam dalam satu ini juga bertujuan
untuk mendaftarkan semua imigran di negara ini. Melalui program ini akan memudahkan
pihak kerajaan untuk mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini
seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa
maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah
yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu.

Justeru, tindakan Malaysia mengeluarkan permit kerja adalah sangat wajar kerana
setiap pekerja asing yang didapati bekerja tanpa memiliki permit kerja ataupun memiliki
permit kerja yang telah tamat tempohnya akan dianggap pekerja ataupun pendatang tanpa
izin. Polisi ini juga dapat mengawal kemasukan pekerja asing dan untuk tidak
mengasimilasikan pekerja asing ke dalam masyarakat tempatan ataupun meningkatkan
jumlah penduduk dengan cara yang sedemikian. Malahan, program 6P ini juga sangat wajar
kerana pihak kerajaan dapat mengurangkan mengurangkan kebanjiran pendatang asing di
negara ini serta membendung kadar indeks jenayah yang berleluasa berpunca daripada
imigran-imigran yang tidak diketahui identitinya.

3.0 ISU SEMPADAN

Isu sempadan dan perairan negara yang mudah dibolosi oleh pihak lain dan anasir
luar boleh menggugat kesejahteraan negara. Isu sempadan semakin hangat diperkatakan
apabila berlakunya peristiwa pencerobohan Lahad Datu, Sabah oleh pengganas. Ini
menunjukkan bahawa langkah keselamtan perairan tidak begitu berkesan. Isu
persempadanan Malaysia-Indonesia yang berlaku ke atas pertikaian pemilikan Ambalat juga

3
mampu menggugat keamanan negara (Abu Taib Ahmad, 2008). Pertikaian ini berlaku
kerana perselisihan peta yang digunakan. Pihak Indonsia menggunakan peta Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) sebaliknya Malaysia menggunakan peta rasmi terbaharu tahun 1979 yang
dikeluarkan oleh Malaysia sendiri. Namun begitu, peta Malaysia ini tidak dipersetujui oleh
negara jiran seperti Singapura kerana didakwa bertindih dengan banyak wilayah. Isu
semakin meruncing apabila Indonesia mendakwa kapal perang Malaysia, iaitu KD Rencong
telah melanggar kapal tentera Indonesia, KRI Tedung Naga yang menyebabkan berlaku
sedikit kerosakan kepada kedua-dua kapal tenteera tersebut. Pertikaian demi pertikaian
berlaku apabila DPR Agung Laksono mewakili Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia telah
membantah tindakan Angkatan Tentera Malaysia yang berada di wilayah Ambalat. Namun
begitu, masalah tuntutan bertindih ke atas Ambalat ini telah diselesaikan dengan cara
rundingan damai apabila Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah berunding
dengan Menteri Luar Malaysia, Dr. N. Hassan Wirajuda. Mereka mencapai kesepakatan
kerana Ambalat termasuk dalam blok ND6 dan ND7 yang merupakan hak milik Indonesia
sebagai negara kepulauan sejak dahulu kala berdasarkan ZEE (Syed Ismail Syed Mustapha
et al., 2017).

Rentetan daripada isu-isu ini, pihak kerajaan Malaysia perlu membuat


penambahbaikan terhadap kawalan keselamatan di sempadan seperti membina sekatan,
benteng dan menggunakan teknologi terkini seperti drone dan kamera litar tertutup bagi
mengawasi agar keselamatan di kawasan sempadan dapat dipelihara. Kerajaan Malaysia
seharusnya bertegas berkenaan sempadan milik Malaysia dan tidak harusnya memberi
kompromi kepada negara lain sekiranya mereka ingin melakukan tuntutan agar tidak berlaku
lagi isu sempadan yang membabitkan Malaysia dan negara jiran di masa hadapan.

4.0 KESELAMATAN SELAT MELAKA

Selat Melaka merupakan laluan perairan yang paling sibuk di dunia dan menjadi
penghubung strategik perdagangan di antara barat dan timur. Sebagai sebuah negara yang
bergantung kepada dagangan antarabangsa untuk menjana pertumbuhan ekonominya,
majoriti dagangan Malaysia diangkut menggunakan kaedah pengangkutan laut yang
kebanyakkannya menggunakan laluan Selat Melaka. Oleh hal yang demikian, kedudukan
geografi yang unik ini memerlukan pertahanan maritim yang kukuh demi melindungi perairan
negara daripada ancaman lanun, pencerobohan serta anasir-anasir lain yang dalam
memberi ancaman kepada keselamatan serantau. Justeru, bagi memelihara kepentingan
maritim, Malaysia telah meratifikasikan beberapa konvensyen antarabangsa yang

4
merangkumi pelbagai aspek (Faridah Jaafar, 2007). Antaranya adalah Convention on
International Regulations for Preventing Collisions at Sea (COREG) yang menggariskan
peraturan jalanan trafik di samudera. Konvensyen-konvensyen ini memberi sumbangan
besar dalam memelihara persekitaran pelayaran yang selamat di perairan Selat Melaka
kerana pelbagai piawaian seperti piawaian keselamatan, perlindungan sosial, pengendalian
selamat dan piawaian pekerjaan telah diperkenal. Piawaian ini adalah sebagai garis
panduan yang jelas bagi para pedagang dan negara luar patuhi demi menjamin
keselamatan perairan.

Selain itu, Malaysia juga terlibat dalam beberapa inisiatif yang dicadangkan oleh
masyarakat antarabangsa dalam menguruskan Selat Melaka. Antara inisiatif yang
dicadangkan adalah cadangan mewujudkan dana pengurusan Selat Melaka, iaitu dengan
mewujudkan satu tabung dalam kalangan kuasa-kuasa maritim dan negara pengguna untuk
menguruskan pengairan tersebut (Kamarulnizam Abdullah, 2011). Sebagai contoh, negara-
negara pengguna Selat Melaka diminta membiayai projek-projek khusus yang berkaitan
keselamatan pelayaran dan pencegahan pencemaran seperti tumpahan minyak. Konsep
user pays ini dipersetujui oleh Malaysia kerana turut berpendirian bahawa beban kewangan
dalam menguruskan Selat Melaka mestilah dipikul bersama dalam kalangan negara
pengguna.

Justeru, tindakan Malaysia untuk menguruskan Selat Melaka dengan negara pengguna
adalah wajar kerana masa depan Selat Melaka bergantung pada tahap kesediaan, tumpuan
dan kerjasama pihak lain dalam menguruskannya. Semua pihak yang mempunyai
kepentingan terhadap Selat Melaka hendaklah mengembleng tenaga serta berkongsi
kewangan dan kepakaran dalam menjamin keselamatan selat. Tindakan Malaysia yang
menggunakan saluran diplomatic di samping berusaha meningkatkan jalinan kerjasama
dengan negara pesisir Selat Melaka serta komuniti antarabangsa melalui perbincangan dan
kerjasama adalah sangat komprehensif.

5.0 TUNTUTAN BERTINDIH

Menurut Chandra Muzaffar (2007), pertikaian terhadap status kedaulatan Pulau Batu
Putih mula tercetus pada tahun1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baharu
dengan memasukkan Pulau Batu Putih ke dalam perairan wilayah negara. Singapura tidak
bersetuju kerana mendakwa mereka telah menguasai pulau tersebut sejak 1840-an tanpa

5
sebarang tentangan daripada pihak Malaysia. Justeru, bagi menyelesaikan pertikaian yang
timbul ini, Malaysia dan Singapura telah menandatangani perjanjian khas untuk merujuk kes
Pulau Batu Putih ini kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Kedua-dua buah
negara ini telah mengemukakan hujah dan bukti masing-masing untuk berusaha memenangi
Pulau Batu Putih ini.

Rentetan daripada perbicaraan kes tuntutan bertindih di ICJ ini, pihak ICJ telah
memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura (Rusdi Omar, 2005).
Malaysia kalah dalam tuntutan ini kerana kecuaian kerajaan Johor yang membiarkan
Singapura menguruskan rumah api dan Pulau Batu Putih. Sejak tahun 1844 hingga 1953,
Johor tidak pernah mengambil tahu akan sebarang tindakan yang dilakukan oleh Singapura
dan British terhadap Pulau Batu Putih. Malah, ke semua prafasana dan pembangunan di
pulau tersebut dibangunkan sepenuhnya oleh Singapura. Tambahan pula, mengikut prinsip
‘effectivite’ di bawah undang-undang ICJ, sesebuah pihak berkuasa akan hilang hak
miliknya ke atas sesebuah tanah sekiranya ia tidak pernah mentadbir atau mengadakan
undang-undang untuk mentadbir tempat tersebut. Jelaslah di sini situasi lebih memihak
kepada Singapura walaupun hujah Malaysia telah diterima dan pemilikann dari segi sejarah
telah disahkan.

Namun begitu, berdasarkan kronologi ini, tindakan yang diambil oleh Malaysia sangatlah
bijak, iaitu dengan melibatkan ICJ sebagai hakim penentu. Ini membuktikan kredibiliti
Malaysia sebagai negara yang tidak mengamalkan konfrontrasi atau kekerasan. Malaysia
tidak membuat sebarang tuntutan tetapi berusaha untuk mengekalkan haknya dengan cara
yang aman agar persengketaan antara negara dapat dielakkan. Penyelesaian secara damai
ini dapat menjaga hubungan baik antara Malaysia dan negara jiran, Akan tetapi, ini tidak
bermakna Malaysia bertindak lepas tangan selepas menyerahkan kes kepada ICJ. Hal ini
kerana Malaysia turut memantau kaedah yang dilaksanakan oleh jawatankuasa teknikal
yang dilantik untuk menangani isu perairan ini agar kaedah tersebut bukan sahaja dapat
menjaga hubungan kedua-dua negara tetapi turut menjaga kepentingan rakyat Johor,
terutamanya golongan nelayan.

6.0 KESIMPULAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat mengambil berat dan bertolak ansur
dengan negara serantaunya. Malaysia juga cukup prihatin dalam menghulurkan bantuan
dan sumbangan ketika negra-negara lain memerlukan bantuan. Walau bagaimanapun,

6
terdapat beberapa isu dan peristiwa yang berlaku pernah mencalarkan hubungan Malaysia
dengan negara-negara serantau. Namun, Malaysia masih berusaha mencari jalan
penyelesaian bagi setiap permasalahan yang timbul di samping berusaha mewujudkan
kerjasama dan keamanan sejagat.

RUJUKAN

Abdul Halim Sidek, Yohan Kurniawan, & Hishamuddin. (2012). Penganiayaan dan
Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan: Sebuah
Konseptual Analisis. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Abu Talib Ahmad. (2008). Konflik Dunia Abad Ke-20. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Chandra Muzaffar. (2007). Politik penguasaan dunia dan isu selainnya. Selangor: Arah
Publications Sdn. Bhd.

Faridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan dasar luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Hugo, G.J. (1993). Indonesian Labor Migration to Malaysia; Trends and Policy Implications.
Southeast Asian Journal of Social Science, 21(1), 36-72.

Kamarulnizam Abdullah. (2011). Malaysia dalam hubungan antarabangsa serantau. Perlis:


Universiti Utara Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapha et al. (2017). Malaysia dan hubungan antarabangsa. Selangor:
Sasbadi Sdn. Bhd.

7
Nazaruddin Mohd Jali, Maarof Redzuan, & Asnarulkhadi Abu Samah. (2006). Kenegaraan
dan kewarganegaraan. Petaling Jaya: Pearson Hall sdn. Bhd.

Nuraini Othman. (2000). Malaysia menangani globalisasi, peserta atau mangsa? Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rusdi Omar. (2005). Hubungan Malaysia-Singapura era Mahathir. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.

8
9
Soalan:

Anda dikehendaki menghasilkan satu ulasan secara kritis berdasarkan artikel-artikel yang
berkaitan dengan isu-isu sumbangan negara Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
Panjang ulasan kritis tersebut adalah 400 patah perkataan.

1.0 ULASAN KRITIS

Pendirian Malaysia untuk membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah tepat dan
sangat wajar. Seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa sudah lama menyaksikan episod
kekejaman demi kekejaman ke atas etnik Rohingya ini yang kelihatan seperti tidak ada
kesudahannya. Sudah sampai masanya PBB dan OIC bertindak dengan lebih tegas
termasuk mengenakan tekanan ke atas Myanmar. Masyarakat dunia yang cintakan
keamanan tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku di Rakhine. Mereka mahu segala
desakan selama ini diterjemahkan kepada satu tindakan tegas.

Tindakan Malaysia selaku anggota ASEAN, telah mula melanggar prinsip tidak
campur tangan untuk memberi komen mengenai isu Rohingya. Hal ini kerana dalam isu
etnik Rohingya ini, pendirian tidak mahu ‘menjaga tepi kain’ negara anggota ASEAN perlu
diketepikan kerana ini bukan isu yang melibatkan agama Islam sahaja tetapi yang lebih
penting adalah nilai kemanusiaan. Walaupun Malaysia pada mulanya mengambil
pendekatan reaktif, mengkritik tindakan keras terhadap Rohingya, namun kini menganggap
kesanggupan untuk bekerjasama dengan anggota ASEAN bagi menyelaraskan bantuan di
Rakhine. Walaupun Piagam ASEAN menekankan penghormatan kedaulatan dan keutuhan
wilayah, dan prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota, wujud
usaha lebih agresif akhir-akhir ini dalam kalangan negara anggota untuk bekerjasama
menangani isu-isu kemanusiaan serantau, mempromosi keamanan, pencegahan konflik dan
diplomasi pencegahan. Malah, pembentukan Komuniti ASEAN 2015 semasa giliran

10
Malaysia mempengerusikan entiti serantau tersebut juga menegaskan kepentingan ekonomi
tidak boleh mengenepikan faktor keamanan dan keselamatan. Hal ini kerana krisis Rohingya
bukan sahaja masalah dalaman Myanmar tetapi memberi kesan jangka panjang terhadap
ekonomi, politik dan keselamatan di rantau ini. Justeru perkembangan ini perlu direbut
negara-negara ASEAN untuk membantu keadaan di Myanmar dengan menyuburkan
pendekatan diplomasi pencegahan menerusi tindakan-tindakan mencegah pertikaian, konflik
dan keganasan dalam menangani masalah yang mempunyai kesan tempatan dan serantau.

Akhir sekali, tindakan Malaysia memberi membenarkan pelarian Rohingya memegang


kad UNHCR tinggal sementara di negara ini sehingga dihantar pulang ke negara asal atau
ke negara ketiga adalah wajar. Pemegang kad UNHCR sah berhak menikmati kemudahan
seperti tidak dinafikan kebebasan bergerak dan tidak ditahan melainkan terbabit aktiviti
jenayah atau melanggar undang-undang negara. Selain itu, mereka tidak akan dihantar
kembali ke negara asal melainkan secara sukarela. Malah, mereka tidak disekat mendapat
kemudahan pendidikan di sekolah swasta yang dikendalikan UNHCR, NGO dan komuniti
pelarian. Tindakan ini wajar kerana isu pelarian adalah masalah sejagat yang memerlukan
bantuan dan sokongan masyarakat antarabangsa. Pelarian Rohingya juga datang daripada
satu rumpun Asia yang sama, jadi tidak menjadi satu kesalahan untuk Malaysia
menawarkan bantuan. Malahan, Malaysia sendiri tidak mengiktiraf Rohingya sebagai
pelarian kerana tidak menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian. Justeru,
atas dasar kemanusian, etnik Rohingya ini perlu diberikan bantuan dari aspek kemudahan
dan penempatan sementara sebelum dihantar pulang.

11
RUJUKAN

Abdul Halim Sidek, Yohan Kurniawan, & Hishamuddin. (2012). Penganiayaan dan
Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan: Sebuah
Konseptual Analisis. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Intan Suria Hamzah, Nor Azizan Idris, & Sity Daud. (2016). Pelarian Rohingya dan isu-isu
kontemporari di Malaysia. Journal of Society and Space, 12(9), 11-23

Utusan Online. (2017, September 19). Malaysia bawa isu Rohingya di UNGA ke-72. Dicapai
daripada https://m.utusan.com.my/berita /Malaysia/bawa/isu/Rohingya/di/UNGA/Ke-7/-
Nasional

Utusan Online. (2015, Mei 24). Malaysia sedia main peranan. Dicapai daripada
https://m.utusan.com.my/berita/Malaysia/sedia/main/peranan-Utama--1.497995

12

You might also like