You are on page 1of 23

1.

PENDAHULUAN
Acap kali meniti di bibir para sejarawan bahawa Tanah Melalyu sinonim
dengan kekayaan sumber asli yang tidak ternilai. Hal sedemikian menyebabkan
kuasa-kuasa besar dunia berlumba-lumba untuk menawan Tanah Melayu atas satu
tujuan yang sama iaitu ingin mengaut keuntungan dan kekayaan dari hasil bumi
Tanah Melayu.
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa besar seperti British, struktur pentadbiran
di Tanah Melayu adalah berdasarkan sistem tradisional. Sultan merupakan
pemerintah tertinggi pada ketika itu. Namun sebaik sahaja British menduduki Tanah
Melayu, berlaku rombakan secara menyeluruh stuktur pentadbiran politik tempatan.
British sewenang-wenangnya mentadbir negeri dengan mengurangkan kuasa Sultan
yang terhad kepada bidang kuasa berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu
sahaja.
Hal ini telah menyebabkan munculnya gerakan nasionalisme dan antipenjajah dalam kalangan penduduk tempatan. Di dalam tugasan ini kita akan melihat
skop penentangan terhadap pentadbiran British di Kelantan. Tok Janggut merupakan
tokoh tempatan yang menentang pentadbiran British di Pasir Putih, Kelantan.
Di mata sejarawan Barat, Tok Janggut merupakan seorang pemberontak
namun berbeza dari sudut pandang sejarawan tempatan kerana Tok Janggut
dianggap sebagai pejuang tempatan yang berhempas-pulas menumpaskan kuasa
penajajah di tanah airnya.
Selanjutnya akan dibincangkan mengenai pendefinisian makna kata sejarah,
latar belakang pentadbiran British di Kelantan dan juga faktor-faktor pencetus
penentangan Tok Janggut terhadap pentadbiran British di Kelantan.

2.0

MAKNA KATA SEJARAH


2.1

Pengenalan
1

Sejarah merupakan suatu yang sangat bermakna dalam diri seseorang,


masyarakat dan begitu juga dengan sesebuah Negara. Setiap Negara pasti
mempunyai sejarah silam sama ada yang baik mahupun yang buruk. Sejarah inilah
yang menjadi titik tolak kepada sesebuah Negara itu untuk membangun ke arah
yang lebih maju dan moden. Dalam erti kata lain, sejarah boleh dijadikan sebagai
satu batu loncatan bg setiap individu, masyarakat mahupun Negara dalam menjamin
kelestarian hidup yang aman dan harmoni.

2.2

Pendefinisian Sejarah
Kata sejarah secara harafiah berasal daripada perkataan Arab iaitu

syajaratun yang membawa maksud pohon. Kata ini berkembang ertinya menjadi
akar, keturunan, salasilah, riwayat dan asal-usul. Dalam bahasa Yunani sejarah
berasal dari kata historia yang beerti ilmu atau orang pandai. Manakala, dari sudut
pandang yang lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani
iaitu histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.
Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah,
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo,
tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang berlaku. Sejarah
dalam kata erti lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan faktafakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan
pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah.
Dari sudut pandang para sejarawan barat seperti Herodotus yang terkenal
dengan gelaran Bapa Sejarah, makna kata sejarah itu membawa erti satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban. Aristotle pula membahaskan makna kata sejarah sebagai satu sistem
yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa
yang sama juga beliau menyatakan bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa
lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Manakala, R. G. Collingwood menjelaskan sejarah adalah sejenis bentuk
penyelidikan atau satu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan
oleh manusia pada masa lampau. E. H. Carr menyatakan dalam bukunya What is
History?, sejarah ialah satu proses perhubungan yang tidak putus-putus di antara
sejarawan dengan bukti-buktinya.

Selain itu, pendapat tokoh ilmuan bukan Islam iaitu, Jv Bryce menyatakan
sejarah adalah catatan dari apa yang telah ditakrifkan, dikatakan, dan diperbuat oleh
manusia. Di samping itu, WH Walsh menakrifkan sejarah itu menitikberatkan pada
pencatatan yang bermakna dan penting sahaja bagi manusia. Catatan itu meliputi
tindakan-tindakan dan pengalaman-pengalaman manusia di masa lampau pada halhal yang penting sehingga merupakan cerita yang bermakna.
Dari sudut pandang para sejarawan Islam, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa
sejarah dari sudut luaran adalah satu rakaman putaran masa dan penggantian
kekuasaan yang berlaku pada masa lampau. Manakala dari sudut dalaman, sejarah
berkisar tentang kajian dan perbincangan kritis serta usaha dalam mencari
kebenaran. Dalam disimpulkan bahawa Ibnu Khaldun mendefinisikan kata sejarah
sebagai satu penjelasan tentang sebab dan asal-usul segala peristiwa itu berlaku
pada masa lampau.
Seterusnya, tokoh ilmuan sejarah Islam, Mohammad Yamin berpendapat
Sejarah merupakan suatu ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan
beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan bahan kenyataan. Muhd Yusof
Ibrahim pula menyatakan sejarah sebagai catatan ataupun rekod mengenai sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu.

2.3

Kesimpulan
Tuntasnya, makna kata sejarah berbeza mengikut para sejarawan. Namun

satu hal yang menjadi keutamaan mereka adalah sejarah merupakan satu wahana
yang terbaik dalam menjamin kelangsungan hidup pada masa akan datang. Dengan
itu akan timbul sikap waspada dalam diri semua kelompok masyarakat kerana
melalui pembelajaran sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap
permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa
lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna.

3.0

BRITISH DI KELANTAN
3

3.1

Pengenalan
Sejak abad ke-15 lagi kuasa-kuasa besar dunia masing-masing berlumba-

lumba untuk meluaskan empayar dengan mendapatkan tanah jajahan. Imperialisme 1


merupakan istilah yang tepat dalam menjelaskan perkara ini. Tanah Melayu
merupakan salah satu tanah jajahan di bawah naugan kuasa besar seperti British.

3.2Latar Belakang Pentadbiran di Kelantan Sebelum Kedatangan British


Secara asalnya pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan
kuasa luar seperti British boleh dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri,
daerah dan kampung. Unit Politik yang paling tertinggi ialah negeri yang diketuai oleh
Raja ataupun Sultan. Unit kedua ialah daerah yang diketuai oleh seorang pembesar
daerah. Akhir sekali unit terkecil ialah kampung yang diletakkan di bawah penjagaan
seorang penghulu atau penggawa.
Situasi ini juga berlaku di Kelantan sebelum British mengambil alih kuasa
tampuk kepimpinan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Campur tangan
oleh pihak British dalam pentadbiran memberi satu impak yang sangat besar kepada
seluruh rakyat tempatan kerana pentadbiran yang dibawa oleh British merupakan
sesuatu yang baru bagi rakyat tempatan.

3.3

Latar Belakang Pentadbiran British di Kelantan


Umumnya pentadbiran British di Kelantan boleh dibahagikan kepada dua

peringkat iaitu sebelum tahun 1909 dan selepas tahun 1909. Hal ini kerana pada
tahun 1909, Perjanjian Bangkok 1909 telah termeterai. Perjanjian ini membawa
maksud yang sangat signifikan dalam pentadbiran British di Kelantan.
Dalam penulisan ini, selanjutnya akan dilakukan perbincangan kritis yang
lebih tertumpu kepada pentadbiran British di Pasir Putih yang membawa kepada
gerakan protes penduduk tempatan.

3.3.1 British di Kelantan Sebelum Tahun 1909


Sebelum tahun 1909, terdapat beberapa perjanjian yang teleh
dimeterai antara British dan Siam. Segala bentuk perjanjian yang termeterai
1 Imperialisme secara umum membawa maksud perluasan kekuasaan atau pengaruh suatu
bangsa terhadap bangsa lain.
4

amat berkait rapat dengan kedudukan British di Tanah Melayu khusunya di


Kelantan. Buktinya, Perjanjian Burney 1826 merupakan satu titik tolak dalam
campur tangan British di Tanah melayu. Ianya membawa kepada perluasan
kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (NNMU).
Perjanjian Sulit Siam-British 1897 merupakan reaksi ke atas
kebimbangan tentang khabar angina bahawa Perancis merancang untuk
membina sebuah terusan melintasi Segenting Kra yang bertujuan untuk
memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah. Terusan ini
membuatkan British bimbang akan perdagangannya dan kedudukan
Singapura.

Sebagai

langkah

berjaga-jaga

British

telah

mengadakan

perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897. Hasil persetujuan, British
mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan
garis lintang 11 darjah utara kepada kuasa lain. Manakala Siam pula berjanji
tidak akan memberi konsesi perdagangan kepada mana-mana kuasa asing
tanpa persetujuan British. Selain itu, British juga berjanji akan memberi
bantuan ketenteraan kepada Siam sekiranya diserang musuh.
Pada tahun 1902, termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam.
Berdasarkan perjanjian ini, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama
William Amstrong Graham dilantik sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam
di Kelantan pada Julai 1903. Pada tahun 1904, W.A Graham telah
memperkenalkan beberapa perkara baru dalam struktur pentadbiran di
Kelantan.

Pengenalan

kepada

peraturan-peraturan

baru

ini

telah

menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar tempatan


mahupun rakyat jelata.
Antara

peraturan-peraturan

baru

yang

diperkenalkan

ialah,

penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan
Pasir Putih. Setiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan.
Disamping itu, sebuah balai polis juga didirikan di setiap tanah jajahan.
Contohnya, Encik Ibrahim yang berasal dari Singapura menjadi Ketua
Jajahan dan Sarjan Che Wan menjadi Ketua Balai Polis di jajahan Pasir
Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh dua orang yang bergelar Tok Kweng
(Penggawa) dan Tok Nebeng (Penghulu). Tok Nebeng ditugaskan untuk
menjada keamanan dan memungut hasil dalam kampong masing-masing.
Peranan yang dimainkan oleh Ketua Jajahan adalah bertanggungjawab
dalam kuasa pungutan hasil cukai, pengurursan tanah dan juga kehakiman.
5

Dalam masa yang sama juga, pelantikan Encik Ibrahim sebagai Ketua
Jajahan telah menyebabkan Ungku Jeram kehilangan kuasa kerana sebelum
ini beliau merupakan individu yang bertanggugjawab ke atas semua itu.
Selain itu, pada tahun 1905 Undang-undang Hasil Padi telah
diluluskan. Implikasinya, semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang
tepat tentang kawasan tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada Tok Kweng.
Perubahan

kepada

peraturan-peraturan

ini

sedikit

sebanyak

telah

menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-masing. Malah


kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan.
Disebabkan situasi itu terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa
terdapat

pihak-pihak

tertentu

di

Pattani

dan

Kelantan

yang

cuba

mendapatkan sokongan Jerman untuk membebaskan negeri-negeri ini dari


ancaman Siam. Hal ini telah menyebabkan Bristih bertambah gusar tentang
kedudukannya di Tanah Melayu. Hasilnya, Perjanjian Bangkok 1909 telah
dimeterai atas dasar memperkukuhkan lagi penguasaan British terhadap
pentadbiran di Tanah Melayu.

3.3.2 British di Kelantan Selepas 1909


Tahun 1909 merupakan tahun keramat bagi pentadbiran tradisional di
Kelantan secara keseluruhnannya, Ini disebabkan oleh termeterainya
Perjanjian Bangkok 19092. Perjanjian ini telah dimetrikan di istana raja Siam
di Bangkok pada 10 Mac 1909. Perjanjian tersebut telah diratifikasikan di
London pada 9 Julai 1909. Terdapat 8 perkara utama di dalam perjanjian ini,
namun Perkara 1 merupakan inti pati yang terperting dalam perjanjian ini.
Perkara satu jelas menyatakan tentang penyerahan Kelantan, Terengganu,
Kedah, Perlis dan pulau-pulau bersebelahan dengannya kepada British.
Kerajaan Siam memindahkan kepada British kesemua hak-hak dan
kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas
negeri-negeri tersebut. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui
Protokol Sempadan.
British telah menyatukan keempat-empat negeri ini di bawah Negerinegeri Melayu tidak Bersekutu (NNMTB). Di setiap negeri ini ditempatkan
seorang Penasihat British yang ditugaskan untuk menasihati Sultan dalam
2 Perjanjian Bangkok juga dikenali sebagai Perjanjian Anglo Siam dan Perjanjian
Inggeris-Siam
6

semua perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat
istiadat Melayu. James Scott Mason merupakan Penasihat British yang
pertama dilantik di Kelantan. British secara rasminya Berjaya menguasai
hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjian Inggeris-Kelantan pada
tahun 1910. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik
seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Dalam
aspek ini, Sultan perlulah mendengar segala nasihat yang diberikan oleh
Penasihat British kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam
Melayu.
Dalam Perjanjian Inggeris-Kelantan, Long Senik telah dipaksa oleh
Gabenor Negeri-negeri Selat (NNS) untuk mengakui hak naungan British ke
atas Kelantan. Long Senik akur dan mengesahkan perjanjian dan ini
sekaligus meletakkan Kelantan di bawah naungan British. Perkara IV dalam
perjanjian tersebut jelas menyatakan bahawa kuasa diberi kepada kerajaan
British untuk campur tangan dalam urusan negeri sekiranya kerajaan
Kelantan gagal mewujudkan keamanan di negeri tersebut. Hal ini telah
menimbulkan rasa kurang enak di kalangan penduduk tempatan kerana
struktur pentadbiran British jauh berbeza dengan struktur pentadbiran Melayu
Tradisional. Tambahan juga, kuasa Sultan telah dikurangkan manakala para
pembesar mengalami kerugian yang besar ekoran campur tangan British
dalam hal ekonomi seperti pungutan cukai.
Di samping itu, Pejabat Tanah telah memperkenalkan daftar pemilikan
tanah, jumlah tanah yang dimiliki dan juga kedudukan tanah tersebut. Bagi
rakyat, peraturan yang diperkenalkan menyusahkan dan membebankan
mereka. Sekiranya mereka gagal untuk membayar cukai yang dikenakan
mereka akan didenda. Selain itu, pada 19 Mac 1914 suatu notis no. 4/1914
telah diisytiharkan mengenai cukai tetap tanah yang diluluskan oleh majlis
mesyuarat negeri. Sistem ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1915.

3.4Kesimpulan

Umumnya, Perjanjian Bangkok 1909 merupakan suatu titik tolak pentadbiran


British di Kelantan. Dengan termeterainya perjanjian ini maka, Kelantan telah
diletakkan di bawah naungan British. British telah melakukan satu rombakan sistem
pentadbiran yang jauh berbeza dengan struktur pentadbiran Melayu Tradisional. Hal
ini telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan
sehingga mencetuskan pemberontakan di Pasir Putih pada 29 April 1915. Gerakan
pemberontakan ini diketuai oleh Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas atau lebih
dikenali sebagai Tok Janggut.

4.0

PENENTANGAN PENTADBIRAN BRITISH DI KELANTAN


4.1

Pengenalan
8

Rajah 1: Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas @ Tok Janggut

Kekuasaan British yang telah diiktiraf oleh Perjanjian Bangkok 1909 telah
menyebabkan British sesuka hati mentadbir negeri Kelantan tanpa mengira
pendapat penduduk tempatan. British telah memperkenalkan satu struktur
pentadbiran baru yang jauh berbeza dengan struktur pentadbiran Melayu tradisional
sedikit sebanyak menjadi batu loncatan kepada kemarahan dan penentangan
penduduk tempatan terhadap pentadbiran Britsih. Tok Janggut merupakan pejuang
utama dalam penentangan pentadbiran British ini.
Dakwah kolonial British yang melabelkan Tok Janggut sebagai seorang
penderhaka kerana beliau dikatakan telah merancanag untuk menjatuhkan
kesultanan kelantan. Hal ini menyebabkan beliau diburu oleh tentera Inggeris dan
ditawarkan hadiah yang lumayan bagi sesiapa yang dapat menangkap beliau.
Tambahan juga, Tok Janggut telah difitnah dan dituduh sebagai seorang yang
dehaka kepada sultan dan British telah memainkan peranan yang penting dalam
tohmahan ini. Namun begitu, bagi pandangan sarjana tempatan telah menafikan
dakwaan sarjana barat kerana ada bukti-bukti yang mengatakan bahawa Tok
Janggut bukan berjuang untuk menentang institusi kesultanan, tetapi lebih dalam
menentang penjajahan barat kerana beliau tidak mempersetujui pentadbiran British
di Kelantan. Akhirnya, tercetusnya penentangan secara besar-besaran oleh Tok
Janggut dan pengikutnya pada tahun 1915.

4.2

Faktor Penentangan Pentadbiran British di Kelantan

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penentangan


terhadap pentadbiran British di Kelantan. Salah satu yang menjadi tunjang utama
penentangan adalah disebabkan oleh struktur pentadbiran Brtisih yang berbeza
dengan pentadbiran tempatan. Faktor penentangan boleh dikelaskan kepada tiga
tunjang utama iaitu dari aspek Sosial, Ekonomi dan Agama.

4.2.1 Aspek Politik


Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tercetusnya gerakan
protes terhadap pentadbiran British di Kelantan. Faktor politik dilihat sebagai
unsur utama di dalam tercetusnya penentangan Tok Janggut dan penduduk
tempatan. Politik lebih merujuk kepada struktur pentadbiran, pemerintahan
dan segala bentuk dasar-dasar yang diperkenalkan dan diguna pakai di
dalam pemerintahan British di Kelantan.
Di dalam aspek ini, dasar pentadbiran yang dibawa oleh British
merupakan pencetus utama kepada penentangan Tok Janggut dan begitu
juga dengan pembesar tempatan serta masyarakat setempat. Campur tangan
British dalam pentadbiran tempatan merupakan faktor pencetus kepada
timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Buktinya,
pengenalan jawatan Penasihat British yang bertanggungjawab untuk
menasihati Sultan dalam pelbagai aspek kecuali hal-hal yang berkaitan
dengan agama dan adat resam Melayu. Jelas disini bahawa British telah
mencabuli maruah dan martabat Melayu terutama sekali golongan Sultan.
Hal ini kerana kuasa Sultan telah dikurangkan dan hanya terhad kepada
perkara yang berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu.

4.2.2 Aspek Sosial


Jika dilihat dari pengamatan kasar, aspek sosial merupakan aspek
yang menjadi tunjang utama kepada penentangan pentadbiran British di
Kelantan. Hal ini kerana, aspek sosial merujuk kepada segala hubungan
kemasyarakatan yang berlaku pada situasi tersebut. Ianya lebih merujuk
kepada penindasan terhadap individu-individu tertentu mahupun keseluruhan
masyarakat setempat.

Status Engku Besar Jeram yang terjejas merupakan salah satu faktor
tercetusnya gerakan protes di dalam aspek sosial. Engku Besar Jeram
10

merupakan seorang pemimpin yang merupakan pembesar daerah yang


berkuasa di Jeram merangkumi kawasan Pasir Putih. Pasir Putih telah
dibentuk pada 1904, pembentukan ini adalah atas cadanag W.A. Graham
yang bertugas sebagai penasihat Pentadbiran Kelantan bagi pihak Kerajaan
Siam. Hasilnya seorang Ketua Jajahan dan Pegawai Daerah telah dilantik
untuk mentadbir kawasan tersebut. Encik Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua
Jajahan bagi menggantikan tempat Engku Besar Jeram sebelum ini. Encik
Ibrahim yang berasal daripada SIngapura menyebabkan rasa tidak puas hati
semakin membuak-buak dalam diri Engku Besar Jeram dan penduduk
setempat kerana orang luar telah dilantik memegang jawatan yang tertinggi di
kawasan mereka. Peranan seorang Ketua Jajahan adalah bertanggungjawab
dalam kuasa pungutan cukai, pengurusan tanah dan juga kehakiman.
Perlantikan itu menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan hak-hak
istimewa dan hanya berkuasa sebagai Tok Kweng. Sebelum berlakunya
rombakan kuasa ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram.
Engku Besar Jeram hilang kuasa untuk memungut cukai sebaliknya beliau
sendiri yang terpaksa membayar cukai sama seperti rakyat biasa. Rasa tidak
puas hati di dalam diri ENgku Besar Jeram membuatkan beliau untuk
meluaskan pengaruhnya dengan cara menghasut pengikutnya Tok Janggut
untuk bangkit sama-sama menentang dan mengusir British dari Pasir Putih.
Tok Janggut yang selama ini telah lama menyimpan dendam di dalam diri
kerana ayahnya, Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir telah dibunuh
oleh British atas perintah Sultan merasa bagaikan orang yang mengantuk
disorongkan bantal.
Tambahan juga, sikap pegawai British daerah Pasir Putih juga
menjadi salah satu sebab tercetusnya penentangan dan kebangkitan Tok
Janggut bersama penduduk tempatan yang lain. Pada tahun 1912, British
telah menggantikan ENcil Salleh, penduduk tempatan dengan Encik Latiff
yang berasal dari SIngapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih.
Beliau telah memperkenalkan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat
seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan.
Pegawai Daerah dan kakitangan Encik Latiff bersikap kasar terhadap
penduduk Pasir Putih. Kepada yang enggan membayar cukai akan ditangkap
dan didenda. Lebih menyedihkan lagi apabila ada penduduk tempatan yang
dilemparkan dengan caci maki oleh pegawai-pegawai British. Perbuatan
melampau ini menyebabkan rasa tidak puas hati dan sentimen kebencian
11

semakin membuak-buak di dalam diri penduduk Tempatan. Sentimen ini


semakin membuak-buak apabila Encik Latiff menawarkan kontrak bagi
mengutip telur penyu dan kercut. Hal ini kerana sebelum ini orang ramai
bebas untuk mendapatkannya secara percuma tanpa dikenakan sebarang
bayaran.

4.2.3 Aspek Ekonomi


Sebelum pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih
berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah
sangat sedikit maka ianya dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak
dikerjakan atau diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang
kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada cukai.
Berbeza dengan peraturan baru dimana tidak ada pengecualian bagi
pembayaran cukai. Buktinya, pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 sen
setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20
sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang
hendak ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.
Kesemua perkara ini ada termaktub di dalam notis no. 4/1914 yang telah
diisytiharkan pada 19 Mac 1914.
Berdasarkan undang-undang baru, cukai dikenakan ke atas tanah dan
bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah
padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru
bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang
daripada 200 depa dikecualikan daripada cukai.
Tambahan juga, penduduk Pasir Putih dikehendaki melaporkan
keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Oleh hal
yang demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam jenis cukai. Cukai
tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan suatu yang baru bagi
penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British
adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan.
Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda.
Kerumitan dalam pembayaran cukai juga menyebabkan tercetusnya
penentangan terhadap pentadbiran British. Pejabat pembayaran cukai hanya
didirikan di daerah tertentu dan ianya terletak agak jauh dari penduduk

12

tempatan. Pembayaran cukai juga hanya boleh dibuat pada masa yang
tertentu

sahaja.

Kecekapan

pegawai-pegawai

yang

bertugas

juga

dipertikaikan. Rakyat terpaksa datang ke pejabat beberapa kali untuk


membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk
membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan.
Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.
Situasi ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka
berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka
berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya
mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan
seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok
Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji
Said dan Che Ishak Merbol.

4.2.4 Aspek Agama


Elemen keagamaan juga memainkan peranan yang penting dalam
penentangan Tok Janggut. Tok Janggut berlatar belakangkan pendidikan di
Mekah dan ideologi pejuangan keagamaan dapat dilihat sebagai faktor
penting. Tok Janggut telah menyeru pengikutnya dengan menyatakan
bahawa British ingin memerintah mereka, dan wajib bagi umat islam untuk
menentang dan mengistiharkan sabil terhadap penjajah. Gerakan Tok
Janggut

lebih

peperangan Turki

dilihat berhasrat

menegakkan darul

Uthmaniah dengan

British

telah

islam. Berita

disambut

dengan

semangat jihad oleh orang melayu kelantan dan negeri-negeri melayu yang
lain seperti Terengganu.
Bimbang dengan semangat jihad orang melayu, kerajaan british telah
memaksa

Kerajaan

Kelantan

menyatakan

kesetiaan

kepada Mahkota

Baginda King George V. Enakmen juga telah dikeluarkan di negeri itu yang
melarang orang Kelantan meyatakaan sokongan terhadap Turki Uthmaniah,
dalam suasana itu pada 1915 kebangkitan anti-british tercetus di Pasir Putih
di bawah pimpinan Tok Janggut.
Tindakan

kerajaan

Kelantan

yang

menyokong

barat

telah

mengecewakan Tok Janggut dan berpandangan bahawa tindakan kerajaan


bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh-al-Islam, Khayri
Effendi, yang mewajibkan semua umat islam di seluruh dunia berjihad
13

menentang British, hal ini kerana pihak barat telah merancang untuk
menjatuhkan institusi khalifah Turki Uthmaniah yang menjadi penaung
kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. Hal ini memperlihatkan unsur
agama yang memainkan peranan dalam perjuangan Tok Janggut yang lebih
dilihat ke arah semangat jihad
Berdasarkan

catatan Wells yang mengatakan

bahawa beliau

mengaitkan faktor islam yang membangkitkan pemberontakan 1915 dalam


menentang kolonial barat. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan senario iklim
politik pada masa itu yang menyeru jihad kerana situasi peperangan di Turki
Uthmaniah. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa jika mereka
terkorban dalam medan perang, mereka akan dianggap syahid kerana
menentang kafir dan mati syahid adalah dijamin oleh kenikmatan akhirat oleh
Allah.

4.3

Kesimpulan
Kesemua faktor pencetus penentangan ini telah membawa kepada satu era

penentangan yang amat dahsyat di Pasir Putih, Kelantan. Pada 24 Jun 1915 Tok
Janggut dan pengikutnya telah menyerang Pasir Putih, dalam pentempuran itu,
askar-askar british yang terdiri daripada askar-askar Sikh telah berjaya membunuh
ramai pengikut Tok Janggut. Perjuangan Tok Janggut berakhir dengan pertumpahan
darah yang banyak dan juga telah meragut nyawa Tok Janggut dan menyebabkan
gerakan penentangan dapat dikawal oleh tentera British. Mayat Tok Janggut dihantar
ke Kota Baharu dan digantung untuk tontonan orang ramai sebagai peringatan.
Kebangkitan semangat anti-penjajah merupakan peristiwa yang bersejarah
dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Malaysia. Ini kerana reaksi
terhadap penjajah yang berkuasa di Kelantan telah menimbulkan semangat ingin
membebaskan negeri dari kawalan penjajah. Orang melayu khususnya di bawah
pimpinan Tok Janggut berani untuk bangkit menentang kerana ideologi dan
pengaruh jihad Islam yang begitu tebal dalam diri masyarakat Melayu. Sikap
menentang penjajah yang ditunjukkan oleh Tok Janggut perlu dijadikan sebagai
pedoman agar negara kita tidak mudah dijajah dengan anasir-anasir luar.

5.0

PENUTUP
Pemberontakan Tok Janggut telah berlangsung selama sebulan. Walaupun ia
merupakan satu manifestasi penentangan terhadap British, tetapi sebenarnya juga

14

merupakan satu pemberontakan menentang sultan itu sendiri yang menjadi boneka
British. Pada 24 Jun 1915, Tok Janggut dan pengikutnya telah menyerang Pasir
Putih dalm pertempuran itu. Askar-askar British yang terdiri daripada askar-askar
Sikh telah berjaya membunuh ramai pengikut Tok Janggut. Perjuangan Tok Janggut
berakhir dengan pertumpahan darah yang banyak dan juga telah meragut banyak
nyawa. Gerakan penentangan Tok Janggut dapat dikawal oleh tentera British. Mayat
Tok Janggut dihantar ke Kota Baharu dan digantung untuk tontonan orang ramai
sebagai peringatan.
Campur tangan dalam sistem pentadbiran tempatan menyebabkan segala
bentuk penentangan berlaku di Pasir Putih, Kelantan. Dengan campur tangan ini
telah membawa kepada timbulnya sentimen rasa tidak berpuas hati terhadap
pentadbiran semasa berbanding yang sebelumnya. Struktur pentadbiran yang
dibawa oleh British adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan struktur
pentadbiran melayu tradisional. Sultan merupakan pemerintah yang tertinggi di
dalam

pentadbiran

melayu

tradisional.

Namun,

kemasukan

British

telah

menyebabkan hak istimewa dan kekuasaan Sultan dicabuli.


Tok Janggut merupakan seorang tokoh pejuang yang harus dibanggakan
dengan semangat wajanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Walaupun di
mata sejarawan Barat beliau dianggap sebagai pemberontak kerana ingkar dengan
perintah Sultan. Namun, sejarawan tempatan tetap berdiri teguh dengan pendirian
bahawa Tok Janggut merupakan pejuang negara yang patut dikenang semangat
juangnya. Walaupun penentangan Tok Janggut tidak menemui jalan kejayaan,
namun berkat kegigihan beliau telah menyedarkan peduduk tempatan tentang
perlunya menentang anasir luar demi maruah agama, bangsa dan negara.
Mendepani arus globaliasasi yang kian mencabar ini, kita sebagai
warganegara yang cintakan tanah air perlulah mengembleng tenaga berganding
bahu untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah kita kecapi detik
ini. Sesungguhnya terlalu banyak liku-liku cabaran yang perlu diharungi dalam
mencapai kemerdekaan negara ketika ini.

REFLEKSI
SHARMILA A/P BALAKRISHNAN
960430-06-5612

15

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugas ini dalam masa waktu yang
ditetapkan. Tugasan ini diperuntukkan selama 4 minggu untuk guru pelatih menyiapkannya.
Saya menghargai kerjasama dan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing
iaitu Encik Wan Hasni Bin Wan Ahmad kerana dapat memberikan penjelasan yang terperinci
bagi melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.
Kerja

kursus

ini

mempunyai

berkaitan

dengan

Pentadbiran

inggeris

yang

membangkitkan gerakan protes di Pasir Putih pada 1915. Tugasan ini boleh dikatakan
sebagai ilmu tambahan kepada saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang gelombang
gerakan protes berlaku dalam menentang penindasan, kekejaman dan ingin membebaskan
diri daripada kesengsaran. Selain itu, gerakan protes ini berlaku untuk memperjuangkan
cita-cita idelogi adat pengarauh idea baru
Dalam tugasan ini, terdapat dua soalan yang telah ditetapkan oleh penyelaras kerja
kursus iaitu salah satu iaitu membuat analisis tentang definisi sejarah daripada pelbagai
tokoh ilmuan sejarah Islam dan bukan Islam serta latar belakang pentadbiran British Pasir
Putih sebelum gerakan Tok Janggut dan juga faktor-faktor yang mencetuskan gerakan
protes di Kelantan. Sebelum saya mendapat kerja kursus ini, pengetahuan saya mengenai
tajuk ini agak kurang dan lemah. Saya tidak mengetahui dengan lebih terperinci mengenai
tajuk tersebut. Sebagai contoh, sebelum saya menjalankan kerja kursus ini, saya tidak dapat
menghuraikan faktor-faktor yang mencetuskan gerakan protes di Pasir Putih dengan lebih
terperinci . Saya juga mendapati bahawa tajuk kursus itu agak sukar untuk saya memahami
dan melaksanakan. Selain itu, saya juga berasa takut dan bimbang kerana saya tidak
mempunyai idea untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna. Berdasarkan kaji
selidik dan perincian bacaan yang telah saya buat, soalan ini bersangkut paut dengan
subjek yang saya pelajari semester ini dimana ia memperincikan tentang pentadbiran British
dan sejarah politik Tanah Melayu sebelum abad ke-20.
Melalui pembacaaan dan penyelidikan yang telah saya buat menerusi pencarian
maklumat di laman sesawang, buku, artikel dan jurnal, saya dapat memperolehi banyak
pengetahuan lanjut dan tererinci tentang tajuk kursus ini. Semasa saya dalam proses
menghasilkan kerja kursus ini, saya dapat banyak input mengenai gerakan protes yang
berlaku di Kelantan. Saya juga dapat mengetahui bahawa gerakan protes berlaku untuk
memperjuangkan cita-cita ideologi adat dan pengaruh idea baru dalam sistem pentadbiran.
Sebagai contoh, seorang penasihat British telah dilantik untuk memerintah sistem
pemerintahan negeri kelantan kecuali dalam hal adat istiadat orang melayu dan agama

16

Islam. Ini telah memberi impak negatif kepada pembesar tempatan kerana mereka
kehilangan kuasa. Selain itu, ekonomi tempatan juga dikuasai oleh oleh pihak British.
Sesungguhnya, semasa saya menjalankan kerja kursus ini saya menghadapi
kekangan masa. Hal ini demikian kerana, saya juga diberi banyak tugasan kerja kursus lain
untuk disiapkan pada tempoh masa yang sama. Namun begitu, saya telah membahagikan
masa dengan bijak untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga telah
berkunjung ke perpustakaan untuk menaci jurnal dan buku yang berkaitan dengan kerja
kursus ini. Saya telah mendapat banyak info dan saya telah mengaplikasikan dalam
penulisan kerja kursus saya. Semasa saya menghasilkan kerja kursus ini, saya mempunyai
keyakinan untuk melaksakan soalan kerja kursus walaupun soalan tersebut terdiri daripada
solan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ).
Selain itu, semasa saya dalam proses menghasilkan kerja kursus ini, saya juga
dapat mengetahui perkembanagn isu-isu semasa yang berkaitan dengan sistem
pentadbiran Barat. Ini telah menimbulkan kesedaran dalam diri saya supaya kita perlu
bangkit dan menentang penjajahan Barat. Sebagai contoh, Tok Janggut merupakan
pemimpin dan pejuang negeri Kelantan yang berani menentang penjajah Barat. Sikap beliau
perlu dicontohi dan diteladani oleh semua masyarakat unutk menjaga kemakmuran dan
keamanan negara kita. Setelah saya selesai menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa
bangga kerana saya dapat dapat menimba banayk ilmu pengetahuan. Selian itu, sya juga
berasa gembira kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Sesungguhnya, kerja kursus ini banyak mengajar saya dalam meningkatkan
profesion keguruan. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu sentiasa berusaha sedaya
upaya untuk meningkatkan kemajuan dan mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak
ketinggalan dalam arus permodenan. Saya akui bahawa saya merupakan individu yang
sangat kurang membaca dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendak
menjalankan tugasan. Tetapi tugasan ini banyak memberi pengajaran kepada saya tentang
kepentingan mendalami suatu perkara yang hendak dipelajari.

MOHD HAFIZ BIN YATIN


950725-12-6591

17

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dan kawan saya telah
diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan
kerja kursus ini adalah berkisarkan tentang pentadbiran British di Kelantan telah
membangkitkan gerakan protes di Pasir Putih 1915 yang diketuai oleh Tok Janggut.
Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya
hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing
bagi kami. Bahkan topik mengenai tugasan ini sudahpun dibincangkan serba sedikit oleh
rakan sekelas sewaktu sesi pembentangan.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan
hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga
telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasikolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea,
pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi
seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran
pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia kita perlulah mengenali latar
belakang sejarah Negara kita. Termasuklah segala bentuk sejarah sama ada pahit mahupun
manis seperti peperangan yang berlaku demi menegakkan maruah Negara kita. Sebagai
contoh, Pasir Putih sendiri banyak sejarah silam iaitu perjuangan Tok Janggut terhadap
kedaulatan dan maruah bangsa. Tok Janggut sanggup berjuang sehingga ke titisan darah
18

yang terakhir demi mempertahankan kedaulatan negeri Kelantan. Semangat juang inilah
yang perlu ada pada setiap individu yang memegang gelaran warganegara Malaysia. Ini
penting untuk menjamin kelangsungan keharmonian dan keamanan Negara Malaysia agar
tidak jatuh ke tangan anasir luar lagi.
Selain itu, jelas terlihat kedatangan British di Kelantan banyak memberi kesan negatif
yang amat mendalam kesannya terhadap pemikiran penduduk tempatan. Kesengsaraan
yang dihadapi membuatkan semangat nasionalisme semakin membara-bara dalam
kalangan penduduk tempatan. Sejujurnya saya kenal apa itu erti sejarah yang sebenarnya.
Selama ini saya hanya melihat sejarah dari sudut perspektif mengenai fakta-fakta mengenai
tokoh-tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada Negara. Namun, berkat tugasan ini
saya dapat lihat sejarah itu dari sudut perspektif yang baru iaitu cerita sejarah dari sudut
dalam para penduduk tempatan ketika itu. Benarlah apa yang dikatakan oleh orang ramai
bahawa sejarah itu perlu difahami dan dihayati.
Dalam memegang gelaran seorang bakal guru, banyak lagi perkara yang belum saya
terokai sepenuhnya. Tugasan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk
menerokai dan menjelajahi ilmu baru dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
tambahan demi mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Hal ini kerana sejajar
dengan PPPM 2013-2025 dan pendidikan abad ke-21, seorang guru itu perlulah
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang luas untuk dikongsi bersama
anak murid kelak.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan
tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada
pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal
lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi
memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati
standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang
sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai


kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya
19

dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang
demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Namun satu perkara yang menjadi kepentingan dalam tugasan ini adalah pengetahuan dan
kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti
menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

RUJUKAN

20

Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Patriotisme dan nasionalisme: Satu pandangan dan
renungan. Jurnal IKSEP. Jilid 1. 83-84.
Buyong Adil. (1985). Perjuangan orang melayu menentang penjajah abad ke-15-19. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Said. (2012). Sejarah Malaysia moden 1945-1969. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. (2014). Pengajian Malaysia (ed. Ke-5). Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Muhd Yusuf Ibrahim. (1975). Pengertian sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Ismail. (1985). Nasionalisme satu tinjauan sejarah.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
What is history?. (n.d.). Diperoleh daripada http://www.history.ac.uk/ihr/Focus/Whatishistory/
Zarina Othman. (2006). Penubuhan Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan
Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebagansaan Malaysia.

LAMPIRAN

21

Pembunuhan Kejam Tok Janggut

22

Peta Malaysia

Peta Pasir Putih, Kelantan

23

You might also like