You are on page 1of 4

BINCANGKAN DASAR ISOLASI YANG DIAMALKAN DI JEPUN DAN SIAM SEHINGGA

PERTENGAHAN ABAD KE-19.

A. PENGENALAN:

1. Dasar isolasi merujuk kepada pendirian sesebuah negara yang tidak membenarkan
campur tangan dan kemasukan pengaruh luar khusus negar-negara Barat ke negara
mereka.

2. Tujuan dasar mi diamalkan adalah untuk mengelak campur tangan kuasa asing dalam
sistem politik, ekonomi dan sosial. Antara negara di Asia yang mengamalkan dasar mi
pada abad ke — 19 ialah Jepun dan Siam.

B. ISI

1. Dasar Isolasi di Jepun.

a. Jepun telah menjalankan dasar isolasi yang relatif dari dunia luar selama kira-kira 250
tahun. Shogun Tokogawa telah mengamalkan dasar isolasi sejak tahun 1638. Menurut
dasar ini, orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-
kuasa asing khasnya kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang luar juga tidak boleh
berdagang di Jepun.

b. Boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di
Jepun kerana pada waktu itu, Jepun lebih menekankan perkembangan ekonomi
dalaman sahaja.

c. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:

i. Wujudnya perasaan syak wasangka terhadap kejujuran pihak Barat. Jepun bimbang
kemungkinan besar kuasa-kuasa Barat akan menggunakan kesempatan untuk
melibatkan diri dalam politik tempatan.

ii. Perkembangan agama Kristian akan dijadikan landasan oleh orang Barat untuk
menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Jepun dan masyarakat tempatan.

iii. Jepun berasa bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada orang Barat kerana
mereka tidak memerlukan barangan dari luar. Sistem ekonomi sara diri yang
dilaksanakan oleh mereka lebih daripada mencukupi untuk keperluan masyarakat
Jepun.

iv. Orang-orang asing juga dikatakan kerap kali mencetuskan masalah dan huru-hara di
Jepun yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

v. Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo, Tozama dan


Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dan luar
untuk menentang kerajaan.
d. Berpunca daripada faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan
orang-orang Barat ke Jepun. Malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di
Jepun telah diusir keluar.

e. Rakyat tempatan turut dilarang melawat ke negara-negara luar terutamanya negara-


negara Barat. Tindakan ini jelas membuktikan amalan dasar isolasi Jepun.

f. Pada tahun 1825, Syogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal
asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa penduduk Jepun
akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat, mereka akan ditawan,
dibunuh dan kapal mereka akan dimusnahkan.

g. Walau bagaimanapun, dasar isolasi ini juga tidak dapat bertahan lama. Terdapat
beberapa percubaan oleh kuasa-kuasa Barat bagi mengubah dasar luar Jepun. Sebagai
contoh Amerika Syarikat telah cuba menjalinkan hubungan persahabatan dengan Jepun
pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1853, Amerika Syarikat telah menghantar
perutusan yang besar di bawah Komoder Matthew Perry.

h. Utusan Perry menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan


bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih
menganggap Amerika Syarikat sebagai musuhnya.

i. Walaupun Maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika


Syarikat tetapi mereka sedar jika permintaan-permintaan Amerika Syarikat tidak
dipenuhi, Jepun akan senasib dengan China.

j. Akhirnya, Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun
dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini sekaligus telah menamatkan dasar isolasi yang
diamalkan oleh Jepun.

2. Dasar isolasi Siam

a. Siam mengamalkan dasar tutup pintu sejak pengasasan Dinasti Chakri oleh Jeneral
Chakri (Raja Rama I) pada tahun 1782. Siam enggan mengadakan hubungan
persahabatan dan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat atas beberapa alasan iaitu:

i. Mempunyai segala keperluan yang mencukupi dan tidak memerlukan sebarang


barangan kecuali senjata. Thailand hanya berminat berdagang dengan China.

ii. Bimbang kuasa Barat akan cuba mengambil kesempatan campur tangan dalam
politik tempatan dengan memihak kepada Burma, Vietnam dan Kemboja yang
sedang berperang dengan Thailand.

b. Raja Rama II (1809- 1824) mengadakan hubungan yang terhad dengan kuasa Barat.
Raja Rama II mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugis menerusi perjanjian
dengan Carlos Manuel Silveria pada tahun 1818 di bawah kawalan Siam. Usaha Syarikat
Hindia Timur Inggeris untuk mendapatkan kebenaran perdagangan tidak dilayan oleh
Raja siam.
c. Keadaan politik di negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam memaksa Siam berhubung
dengan kuasa Barat terutamanya British. Siam telah campur tangan dalam hal ehwal
politik di Kedah pada tahun 1818 dengan memaksa Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad
Tajuddin menyerang Perak yang enggan menghantar bunga emas ke Siam. Sultan
Kedah terpaksa menyerang Perak untuk mengelakkan serangan oleh Siam.

d. Sekitar tahun 1821, Siam sekali lagi campur tangan di Kedah apabila Kedah bersekutu
dengan Burma menentangnya. Siam bertindak menghantar satu pasukan tentera untuk
menyerang Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin melarikan diri ke Pulau Pinang untuk
meminta perlindungan dan bantuan tentera British. Kesan daripada tindakan Siam,
British menghantar John Crowford ke Siam pada tahun 1822 untuk mengadakan
hubungan perdagangan dengan Siam. Utusan John Crowford mengalami kegagalan
kerana Raja Rama II enggan mengadakan sebarang perjanjian perdagangan dengan
kuasa Barat.

e. Raja Rama III (1824-1851) terpaksa melonggarkan dasar tutup pintu untuk
mengelakkan Siam kehilangan wilayah kepada kuasa Barat. Perubahan sikap ini
disebabkan meletusnya Perang British-Burma I dan hubungan Inggeris-Siam dengan
Negeni-negeri Melayu Utara.

f. Kesan Perjanjian Yandabo yang menamatkan Perang British-Burma I pada tahun 1826
merugikan Burma dan juga mengancam keselamatan Siam. Raja Rama III bimbang
akan menerima nasib yang sama dengan Burma jika Siam degil dan terus mengamalkan
dasar tutup pintu.

g. Baginda melonggarkan dasar pemencilan untuk mengurangkan alasan campur tangan


British di wilayah-wilayahnya di Negeri- negeri Melayu Utara. Raja Rama III merintis
jalan dengan mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan kuasa
British di Pulau Pinang dengan menandatangani Perjanjian Burney pada 20 Jun 1826.

h. Namun, dasar buka pintu Raja Rama III tidak kekal lama khususnya selepas kekalahan
China dalam Perang Candu Pertama (1839-1842). Malahan Siam tidak memperoleh
sebarang keuntungan melalui perdagangan dengan kuasa Barat. Justeru Rama III
mengubah dasar politiknya dan menghadkan semula hubungannya dengan kuasa-
kuasa Barat dengan mengamalkan dasar isolasi.

i. Sekatan perdagangan dengan mengenakan beberapa cukai baru terhadap barang-


barang dan luar dan mengawal eksport barangannya. Contohnya, cukai gula dinaikkan
kepada hampir 40%. Walau bagaimanapun, usaha kuasa-kuasa Barat untuk membuka
pintu Siam berterusan. Pada tahun 1850-an, Britain dan Amerika Syanikat cuba
mengadakan perdagangan. Utusan British diketuai oleh James Brooke sementara
Amerika Syarikat diwakili Joseph Ballestier ke Siam. Kedua-dua utusan itu gagal
memperoleh sebarang hak wilayah dan perdagangan di Siam.
j. Raja Mongkut (1851-1868) menyedari kuasa-kuasa Barat sedang meningkatkan usaha
memperluas lingkungan pengaruh masing-masing. Tindakan ini mengancam tindakan
kedaulatan Siam. Pencerobohan British di Burma dan China membimbangkan
kemerdekaan Siam. Raja Mongkut merasakan langkah-langkah positif perlu diambil
untuk mengelakkan Siam daripada pencerobohan kuasa-kuasa Barat.

C. Kesimpulan

1. Perjanjian Kanagawa 1854 telah membuka jalan kepada beberapa perjanjian dengan
kuasa-kuasa barat yang lain seperti Britain, Rusia dan Belanda. Perjanjian ini merintis
kepada pemodenan Jepun di bawah pemerintahan Maharaja Meiji. Jepun telah
mengamalkan dasar pintu terbuka melalui hubungan perdagangan dan diplomatik
dengan kuasa-kuasa Barat selepas pertengahan abad ke- 19.

2. Bagi Siam pula, perjanjian Bowring 1855 menunjukkan keterbukaan Raja Mongkut
terhadap kedatangan kuasa-kuasa barat di Siam. Sikap keterbukaan ini telah
menyelamatkan Siam dari dijajah oleh kuasa-kuasa barat.

You might also like