You are on page 1of 12

Kesan-Kesan Penjajahan British Sehingga Kini

Politik
1. Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah membawa
kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini
mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang menganggap raja sebagai
pemimpin yang mutlak.
2. Sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan
oleh masyarakat Melayu masa dahulu.
3. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat
dengan menggunakan suara majority yang memilih untuk melakukan sesuatu keputusan.
4. Pemilihan pemimpin cara demokrasi juga dilakukan berdasarkan pandangan, sokongan
dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan layak.
5. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan.
6. Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang mana sebelum
ini, mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing-masing.
7. Demokrasi mempunyai pelbagai jenis antaranya yang kita sediamaklum adalah
Demokrasi Berparlimen, Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar, Demokrasi Liberal
dan macam-macam lagi.
8. Di Malaysia, negara kita telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen.
9. Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal
kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang.
10. Seperti yang kita sedia maklum, Demokrasi Berparlimen diamalkan di bawah pentadbiran
Raja Perlembagaan.
11. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih
berdasarkan sistem giliran daripada Sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Malaysia.
12. Selain itu, Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan,
ketenteraan, agama Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya.
13. Peruntukan ini terkadung di dalam perlembagaa negara Malaysia sejak mula-mula
diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.

Undang-undang
1. Wujud dualism dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah.
2. Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hirarki Mahkamah Persekutuan. Ia diletakkan di
bawah kuasa negeri.
3. Undang-undang Persekutuan telah membataskan kuasa Mahkamah Syariah.
4. Undang-undang British digunakan sepunuhnya dalam Mahkamah Sivil.
5. Undang-undang Islam dihadkan bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan,
pewarisan dan kesalahan jenayah yang sangat terhad.
6. Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri mempunyai kuasa yang terhad.
7. Undang-undang British telah mempengaruhi Sistem Kehakiman.
Ekonomi
1. Wujudnya perbezaan pendapatan di antara kaum dan wilayah.
2. Mewarisi struktur ekonomi yang bersifat dwiekonomi di mana ekonomi yang bersifat
moden lebih tertumpu di kawasan bandar, manakala ekonomi bersifat tradisional dan
sara diri tertumpu di luar bandar.
3. Kedatangan Islam telah menghapuskan sistem riba yang sering diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat di dunia.
4. Hal ini kerana, dalam Islam itu sendiri telah mengharamkan amalan riba kerana
dengan tegas menyatakan riba itu sebenarnya menyusahkan dan menindas golongan-
golongan yang susah sedangkan Islam bukan agama yang menindas mana-mana
golongan.
5. Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi kita dalam
urusan perniagaan dan jual beli.
6. Islam adalah agama yang meletakkan keyakinan penganutnya sebagai teras kepada
keimanan kepada Allah S.W.T.
7. Oleh itu, dalam urusan jual beli, masyarakat Islam bukan sahaja dikawal oleh undang-
undang yang dicipta sendiri (Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang Laut
Melaka), malah segala urusan dikawal dengan keikhlasan hati umat Islam itu.
8. Dalam kontes yang lebih luas, kita boleh lihat Melaka yang telah mengamalkan dasar
luar pragmatik iaitu berbaik-baik dengan kuasa besar semasa melalui zaman
kegemilangannya telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang bersih dari riba dan
penindasan itu telah berkembang dengan pesat lalu menarik ramai pedagang-
pedagang luar untuk berdagang di negara kita.
9. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta member peluang kepada
perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003:3)
10. Selain itu, zakat juga salah satu antara sistem perekonomian Islam yang wajib
dilakukan atau dikeluarkan oleh golongan yang mampu dengan syarat-syarat tertentu
yang telah ditetapkan.
11. Zakat ini dipungut oleh amil zakat pada masa-masa tertentu bertujuan agar dapat
diagihkan kepada saudar-saudara seagama yang miskin, fakir, yatim, dan lain-lain.
12. Untuk mengagihkan zakat-zakat ini, maka baitulmalmula ditubuhkan bagi
memudahkan urusan pengagihan.
13. Sistem muamalat (jual beli) secara Islam juga telah diperkenalkan dan diamalkan.
14. Sistem jual beli ini sebenarnya telah lama berlaku dalam masyarakat kita telah
dimurnikan lagi dan segala unsure-unsur syubhah atau meragukan telah dihapuskan
agar kita mendapat hasil dari urusan berjual beli yang bersih dan halal lagi balik.
Pendidikan

1. Kerajaan telah merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke university.
2. Kerajaan menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi bagi meningkat bilangan
pelajar Melayu ke universiti.
3. Sistem pembelajaran sekarang bersumberkan bahan- bahan ilmiah dari barat dan ilmu
pengetahuan dari Barat.
4. Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk
mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani.
5. Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang
orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada
perkembangan sosio-ekonomi negara.
6. Pada kesuluruhannya, pendidkan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau
Iaissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidkan yang telah diwujudkan tidak
mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.
7. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang
berbeza.
8. Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian. Rentetan
daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya :
 Laporan Barnes 1959
 Laporan Fenn-Wu 1951
 Ordinan Pelajaran 1952
 Laporan Razak 1956
Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan
di negara kita.
9. Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan
Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
10. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain.
11. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang
berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya asing.
12. Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan
dalam Ordinan Pelajaran 1957.
13. Dilakasanakan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah.
14. Elemen ini disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib
dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 telah dilakukan dalam kurikulu.
15. Antara usaha telah dilaksanakan anataranya adalah :
 Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
 Kerajaan telah mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah
 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
 Melicinkan tatacara pengurusan pendidkan
 Meningkatkan mutu pendidkan kesuluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyuluruh, seimbang dan bersepadu
 Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun
 Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
16. Kesan pendidikan dan latihan terlihat dengan jelas di bawah Rancangan Malaysia ke-9.
Antaranya :
 Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005.
 Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.
 Melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan terlatih.
 Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai moral
dan etika yang kukuh
 Membantu kepada pencapaian Dasar Pembangunan Nasional (DPN) iaitu untuk
membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
17. Bagi peluang pendidkan dan latihan kepada golongan berpendapatan rendah, tingkatkan
pendapatan dan mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan
pendaptan.
18. Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidkan tertiary awam dan swasta meningkat
731,698 pada 2005.

Sosial
1. Kereta api masih digunakan lagi
2. Perhubungan jalan-jalan raya semakin maju dan wujudnya ‘Highway’
3. Wujudnya sistem perhubungan yang lebih canggih iaitu melalui udara
4. Kemajuan dari segi perkapalan dan lebih banyak pelabuhan penting diwujudkan
5. Pengaruh sosial daripada barat seperti yang kita maklum antaranya adalah cara berfikir
masyarakat Melayu yang sudah mula lebih terbuka.
6. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap
perkara-perkara yang digelar pantang laran, petua dan lain-lain.
7. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hokum dalam masyarakat
Melayu yang wajib dipatuhi dan seseorang sekiranya melanggar pantang larang itu.
8. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan menganggap
perkara-perkara ini lebih kepada karut.
9. Selain itu, dalam aspek sosial kekeluargaan perkembangan yang berlaku di barat
berhubung dengan idea yang keluarga bukan lagi menjadi unit yang fungsional, lantas
tidak perlu dipertahankan, adalah membimbangkan.
10. Barat cuba mencari alternative lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara
alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis,
keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompaok, dan didikan anak secara professional
(Eliot, 1986)
11. Persidangan Kependudukan di Kaherah pada akhir tahun 1994 juga telah merumuskan
beberapa perkara yang bersifat anti-keluarga seperti mengesahkan pengguguran,
menerima hakikat bersekedudukan, dan member hak sepenuh kepada anak yang lahir di
luar nikah.
12. Perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat timur seperti pengguguran
dan lain-lain.
13. Namun, kesannya terhadap masyarakat di Malaysia khasnya masih kurang ketara kerana
sebilangan besar masyarakat kita khasnya Melayu masih mempunyai sistem kekeluargaan
yang utuh dan perkara ini hanya terjadi kepada sebilangan kecil keluaraga yang telah
menerima kesan pengaruh sosial dari barat.
14. Namun, ada juga perkara yang membimbangkan kerana kesan pengaruh barat terhadap
masyarakat kita, anataranya kemerosotan nilai-nilai kekeluargaan dalam kalangan
generasi muda.
15. Selain itu, penyalahgunaa bahan terkawal seperti dadah, kenakalan juvana, kehamilan
luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.

Pembentukan Masyarakat Majmuk


1. Zaman penjajahan British, didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi.
2. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik
orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu
ketinggalan.
3. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan
ekonomi kormesial.
4. Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal
serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahanya.
5. Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat
dilihat terdapat hubungan antara kaum.
6. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina
Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti
politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu paying iaitu
Parti Perikatan.
7. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.
8. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun
pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya.
9. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.
10. Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas
1969.
11. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi.
12. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh
mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat
majmuk.
13. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan.
14. Masing-masing berusaha mengekalkan identity sendiri dan enggan menerima asimilasi
dari budaya lain.
15. Sekiter tahun 1965, penggunaan “ Malaysian Malaysia” telah mula digunakan namun ia
tidak begitu diterima pakai.
16. Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat
iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.

Kesenian
1. Pengaruh kesenian barat juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek seni bina dan
persembahan muzik.
2. Pengaruh barat sebenarnya secara jelas kita boleh buktikan melalui aliran-aliran
muzik yang mereka bawa ke alam kita.
3. Melaui aliran-aliran ini, maka terhasillah kumpulan-kumpulan artis yang beraliran
rock, balada, pop, jazz dan lain-lain.
4. Terlalu banyak aliran muzik yang dibawa masuk oleh barat ke dunia kita. Kesan
pengaruh muzik-muzik ini bukan sahaja ditonjolkan oleh negara kita, malah seluruh
dunia juga telah menerima kesan dan tempiasnya.
5. Sedikit sebanyak, aliran-aliran muzik ini sebenarnya mempelbagaikan lagi seni
persembahan yang ada di negara kita.
6. Namun, disebabkan ini jugalah, seni tradisional kita mula dipinggirkan.
7. Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat di tempat
kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita.
8. Binaan bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang
dibina dengan berkonsepkan kemodenan.
9. Binaan bangunan ini mengaplikasikan ciri-ciri barat yang dianggap moden oleh dunia.
10. Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang
diideakan oleh Barat.
11. Seni yang dibawa oleh orang-orang Barat telah banyak mempengaruhi dunia pada
masa kini.
12. Dalam bidang seni muzik contohnya, selain mempelbagaikan genre muzik, terdapat
beberapa identity-identiti imej yang muncul berdasarkan aliran muzik yang mereka
ceburi kerana setiap genre muzik tersebut, mempunyai identiti dan imej yang berbeza
kepada si pemuziknya.
13. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik
aliran pop juga berbeza dengan aliran rap.
14. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan
buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar
sangat mudah mempengaruhi masyarakat dunia termasuk kita sendiri.

http://gadispoliteknik96.blogspot.my/2015/03/24-kesan-kesan-jajahan-british-
sehingga.html
Umum menyedari bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing yang
bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, British, Jepun dan British semula. Dalam hal
ini apa yang kita lihat adalah penjajahan British memakan masa lebih lama berbanding
dengan Portugis, Belanda dan Jepun. Penglibatan British dalam hal ehwal sosioekonomi
Tanah Melayu berlaku seawal tahun 1786 dan terhenti seketika setelah penjajahan Jepun di
Tanah Melayu yang bermula pada tahun 1942-1945. Setelah kekalahan Jepun, British balik
semula ke Tanah Melayu pada tahun 1946 sehinggalah akhir tahun 1957 apabila pada 31
Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Manakala Portugis dan Belanda pula
hanya tertumpu di Melaka dan bertapak di situ dalam beberapa dekad sahaja.

Salah satu perkara yang dirasakan kurang disentuh dalam mempelajari penjajahan kuasa
asing di Tanah Melayu ialah apakah kesan positif disebalik penjajahan tersebut. Ini
memandangkan apa yang berlaku sama ada baik atau buruk akan tetap ada hikmah
disebaliknya. Pernahkan kita memikirkan akan hal ini? Di antara kesan positif disebalik
penjajahan kuasa luar ke atas Tanah Melayu pada masa dahulu adalah:

Munculnya Semangat Kebangsaan


Semangat kebangsaan atau semangat cintakan bangsa dan negara merupakan sifat
yang perlu ada dalam semua individu yang menganggap dirinya warganegara ini. Semangat
ini akan terus berkembang dalam jiwa anak bangsa selagi mana ada kuasa tertentu yang cuba
menganggu gugat negara, agama dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan kuasa asing di
Tanah Melayu ia telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada berkembangnya
semangat nasionalisma penduduk di negara ini. Asal usul bertumbuhnya semangat ini adalah
disebabkan peranan penjajah yang telah membawa masuk bangsa asing ke Tanah Melayu
untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah dan juga perkembangan sistem
pendidikan yang telah menyedarkan bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa asing
yang begitu rakus menyelongkar hasil mahsul negara ini. Paling awal adalah penentangan
terhadap penjajahan British oleh beberapa individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat
Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan
terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan
Inggeris.

Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi semangat nasionalisma penduduk
Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini, pendudukan Jepun di Tanah Melayu
pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang
Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga memberi
impak kepada penduduk Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan tanahair mereka
disebabkan slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia.

Orang Melayu mula bersatu


Tidak keterlaluan jika dikatakan penjajahan British menjadi antara faktor penting
yang menyebabkan orang Melayu pada ketika itu untuk bersatu. Orang Melayu pada waktu
itu tidak bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara terasing dan mengikut
kenegerian. Justeru itulah dapat dilihat tertubuhnya persatuan-persatuan yang bercorak
kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan
Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya. Jadi, dalam hal ini, penjajahan
British telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah
wujudnya penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan
Union pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948
dengan nama United Malayan National Organization.

Berkembangnya sekolah-sekolah Vernakular Melayu dan Inggeris


Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu telahpun
mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan sekolah pondok.
Pada waktu itu pendidikan sekular belum diperkenalkan lagi dalam kalangan masyarakat
Melayu. Setelah kedatangan penjajah British, beberapa sekolah vernacular diperkenalkan
seperti penubuhan Penang Free School yang merupakan sekolah Inggeris pertama dibina di
Tanah Melayu. Selain itu ada juga sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil dibina
untuk kemudahan penduduk Tanah Melayu mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan sekolah-sekolah ini tertumpu di kawasan bandar. Manakala pendidikan tinggi
bagi orang Melayu juga telah diadakan oleh pihak British iaitu MCKK atau Malay College
Kuala Kangsar (khas untuk golongan aristocrat Melayu) dan MPSI atau Maktab Pendidikan
Sultan Idris.
Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang
kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian
mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, British juga memperkenalkan
tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang
Melayu pada waktu itu.

Berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar bandar


Masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya
mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk
mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem
perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat
kesihatan. Penubuhan pusat-pusat kesihatan pada peringkat awal adalah untuk membantu
mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang mengidap penyakit
Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya. Walaupun pada peringkat awal ia tidak mendapat
sambutan daripada penduduk Tanah Melayu, lama-kelamaan makin ramai orang kampung
telah mengunjungi dispensary atau pasukan perubatan bergerak untuk mendapatkan
perkhidmatan perubatan. Lama kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang
daripada bandar ke kawasan luar bandar.

Munculnya masyarakat majmuk


Pernahkah kita memikirkan bagaimanakah masyarakat majmuk terbentuk dan
siapakah yang bertanggungjawab di atas kemunculan masyarakat pelbagai kaum dan agama
di negara ini? Jawapannya sudah tentu pihak British kerana merekalah yang memberi ruang
kepada orang Cina dan India untuk berhijrah ke negara ini pada suatu masa dahulu. Pada
masa itu buruh-buruh daripada China dan India di bawa masuk ke Tanah Melayu untuk
bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah kepunyaan British. Suasana politik di negara
asal yang tidak menentu menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari
rezeki di Tanah Melayu. Justeru itu, pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah
menyaksikan kemasukan buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu.
Bermula dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran
orang Cina dan India yang akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.

Wujudnya kawasan bandar


Masyarakat Tanah Melayu sebelum penjajahan British kebanyakannya tinggal di
kawasan pedalaman, kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai. Mereka menjalankan
kegiatan ekonomi secukup hidup dengan bertani, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil
hutan. Kedatangan British telah mengubah lanskap atau demografi Tanah Melayu apabila
wujudnya kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan getah.
Ekoran daripada perkembangan tersebut menyebabkan pihak British membina infrastruktur
seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan. Kawasan ini juga dijadikan
pusat pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf, bangunan pentadbiran, sekolah dan
sebagainya. Bermula dari sinilah wujudnya dua kawasan pembangunan yang berbeza di
Tanah Melayu iaitu kawasan pentadbiran British menjadi bandar dan kawasan penduduk
tempatan di kampung-kampung.

Tinggalan monumen bersejarah


Kesan tidak langsung hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah monumen
atau bangunan yang menjadi kesan kepada penjajahan British di negara ini. Antara tinggalan
sejarah penjajahan asing di negara ini banyak didapati di Melaka kesan pendudukan Portugis
dan Belanda, dan beberapa negeri di Malaysia masih menyimpan beberapa bangunan lama
penjajahan British dan Jepun. Tinggalan ini juga telah memberi sumbangan kepada
pembangunan pelancongan negara dan ini secara tidak langsung juga menjadi antara asas
untuk menarik pelancong luar datang ke negara ini.

http://hasnahhussiin.blogspot.my/2013/06/menjejaki-kesan-penjajahan-british-di.html
Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah Melayu

Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara
telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Politik
Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah
diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh
pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan
mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak
sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah
melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh
orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan
dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan
menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha
mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan
dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di
Asia Tenggara.

Ekonomi
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang
dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan
secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di
Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya
menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini
dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat
yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas
semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor
berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu,
kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah
diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan
perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan
tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan
Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan,
Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga
menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut.
Orang-orang Cina umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada
negeri asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian.
Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan
ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru
dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang
banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai
sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api.
Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut
terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak
kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi
tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh
imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri.
Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang
perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh
imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan
masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan
kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang
dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.

Sosial
Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah
tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan
golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur
dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat.
Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah
mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk
peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang
kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar
mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran,
budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat.
Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya
selepas mencapai kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah
menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan
tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia
Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat
perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang
menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum
Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu
miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa
mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi.
Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka
hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala
mereka akan melontar bom dan peluru untuk memuaskan naluri perang mereka.

http://pmdecfive.blogspot.my/2015/03/kesan-kesan-kedatangan-british-ke-tanah.html

You might also like