You are on page 1of 7

PENTADBIRAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT

 Negeri-Negeri Selat ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran serta menjimatkan kos
pengurusan. Hal ini merupakan suatu keperluan melihat kepada potensi khususnya dalam
perdagangan yang rancak di tiga buah negeri ini. Pada awalnya, Pulau Pinang ditadbir oleh Francis
Light dan Singapura pula ditadbir oleh Residen British.
 Dalam kalangan wilayah di negeri selat ini, Pulau Pinang merupakan pusat pentadbiran pertama yang
diketuai oleh Robert Fullerton sebagai Gabenor sebelum dipindahkan ke Singapura. Di ketiga-tiga
buah wilayah ini, British telah berkuasa secara De Factomelalui E.L.C dan ini sangat menguntungkan
British kerana kedudukan kawasan ini yang strategik dalam konteks perdagangan.
Politik:
 Pada tahun 1826, pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang juga
merupakan pentadbir Pulau Pinang kerana kawasan tersebut merupakan ibu negeri pertama buat
Negeri-Negeri Selat.
 Manakala, Melaka dan Singapura masing-masing ditadbir oleh Residen Kounselor sebagai wakil
kepada Gabenor. Piagam yang telah diluluskan yang dikenali sebagai Charter Incorporation itu
membolehkan Gabenor melantik Majlis Council sebagai tempat berbincang dalam membuat sesebuah
keputusan mahupun menyelesaikan sesebuah masalah.
 Majlis Council ini jugalah medium untuk para pentadbir mendengar pendapat daripada masyarakat
tempatan khususnya masyarakat Melayu. Hal ini kerana British melalui E.L.C dikatakan bersifat lebih
toleransi dengan masyarakat Melayu.
 Dasar Malaya For Malays ini dikatakan disebabkan oleh pengalaman mereka semasa di tanah Melayu
Pergaduhan dengan masyarakat tempatan tidak akan memberi keuntungan malahan menyebabkan
kerugian seperti Perang Naning yang menelan belanja yang banyak. Namun dasar anti-imprealisme
ini hanya terpakai sebelum awal Kurun Ke-19 sahaja memandangkan kurangnya keuntungan di
negeri Selat serta faktor kekayaan yang boleh dikaut di negeri-negeri Melayu
 Krisis berlaku dalam pentadbiran ini pada tahun 1830, apabila pusat pentadbiran British untuk Negeri-
Negeri Selat terpaksa dipindahkan ke Bengal. Hal ini disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan yang
semakin meruncing kerana kurangnya kutipan.
 Bertitik tolak juga daripada dasar perdagangan bebas yang diamalkan ketika itu menyebabkan
kerajaan tidak mampu untuk meneruskan agenda serta operasi mereka.
 Berlaku penentangan daripada penduduk dan saudagar tempatan yang merasakan bahawa Neger--
Negeri Selat ibarat tanah jajahan buat Kerajaan India
 Dalam pada itu, sikap pentadbir di India yang tidak mahu mengambil kisah tentang Negeri-Negeri
Selat juga telah menambah kemarahan rakyat, sebarang dasar yang diperkenalkan tidak sekali
dibawa kepada perbincangan terlebih dahulu dengan wakil tempatan. Hal ini membuatkan rakyat
tidak berasa selesa dengan pentadbiran yang baharu diperkenalkan itu.
 Jawatan Gabenor dimansuhkan dan digantikan dengan residen sahaja
 Kemudian, pusat pentadbiran dikembalikan kepada Negeri-Negeri Selat dimana Singapura menjadi
ibu negeri pada tahun 1832. Hal ini melihat kepada kedudukan strategik Singapura sebagai pusat
pentadbiran.
 Kerajaan di India juga dikira cuai dalam menjaga kebajikan serta tidak bersifat terbuka dengan
masyarakat di sana. Masyarakat tempatan semakin marah apabila Pulau Pinang dan Singapura
dijadikan tempat untuk membuang banduan dan ini sangat memalukan buat masyarakat di sana.
Begitu juga dengan Akta Mata Wang 1855 yang mengarahkan mata wang Sepanyol digantikan
dengan mata wang Rupee.
 Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pedagang kerana mata wang Rupee
dikatakan nilainya lebih rendah berbanding mata wang Sepanyol
 Maka, atas penentangan masyarakat tempatan dan pentadbir Inggeris sendiri, pada tahun 1867
British telah meluluskan perpindahan Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke Pejabat Tanah
Jajahan (Colonial Office) di London. E.L.C tidak lagi menjadi pentadbir tetapi Negeri-Negeri Selat
telah dimasukkan ke dalam Tanah Jajahan Mahkota British.
Ekonomi Dan Perdagangan:
 teori Adam Smith iaitu Laissez- Faire merupakan suatu bentuk kelaziman dalam hubungan antara
pentadbir dan pedagang.
 Dasar ini dibuat untuk menarik lebih ramai pedagang untuk datang dan berdagang di Negeri-Negeri
Selat. Kerajaan hanya mengenakan cukai dan berdagang dalam barangan tertentu sahaja seperti
arak, candu, dan senjata. Sedangkan barangan dan produk lain seperti rempah ratus, hasil hutan,
dan sebagainya bebas untuk dipasarkan sesuka hati.
 William Farquhar misalnya memperkenalkan sistem perdagangan bebas atau laissezfaire.
 Beliau membangunkan tebing utara-timur Sungai Singapura sehingga berkembang maju menjadi
sebuah bandar kosmopolitan. Singapura muncul sebagai pusat pengumpul dan pengedar barang
dagangan dari kepulauan Melayu. Menjelang akhir abad ke-19, melalui dasar perniagaan monopoli,
pelabuhan Negeri-Negeri Selat menjadi satu-satunya saluran import penting sampai ke negeri-negeri
Melayu dan eksport negeri-negeri ini ke dunia luar.
 Menurut Khoo Kay Kim (1984), pertengahan abad ke-19 dilihatnya sebagai tenaga ekonomi dinamis
yang mula menyebar dengan lebih meluas ke Semenanjung Tanah Melayu
 pelabuhan di negeri-negeri Melayu bergantung pada kedatangan pedagang Singapura dan Pulau
Pinang. Pedagang British singgah di Singapura dalam perjalanan mereka ke China. Kebanjiran para
pedagang di sekitar kepulauan Melayu dan kuasa Barat yang singgah di Singapura melonjakkan
aktiviti perdagangan di pelabuhan tersebut.
 Kemajuan sains dan teknologi pihak Barat, daripada kelajuan sistem landasan keretapi, kehebatan
kincir air, bangunan yang tersergam indah sehinggalah kepada penghasilan sebatang pen yang halus
buatannya oleh pihak Barat.
 Dasar keterbukaan British di NNS kemasukan tenaga kerja buruh menyebabkan British mengimport
lebih ramai pekerja daripada luar. Dalam keadaan ini, bercambahlah aktiviti pelacuran di negeri selat.
Bahkan, hampir semua imigran wanita yang dibawa masuk adalah untuk bekerja dalam industri seks
ketika itu. Sehingga wujudnya kelas pelacur seperti Mui Tsai dan Chabokanyang dilanggan mengikut
kelas meraka yang ingin melanggannya

Sosialisme:
 pendidikan. Sekalipun pendidikan tidak diberikan perhatian dalam pentadbiran mereka, tetapi polisi
yang tidak menekan dan terbuka sudah cukup baik berbanding di negeri-negeri Melayu yang lain.
Masyarakat bebas untuk menyebarkan ilmu dan pendidikan di Negeri-Negeri Selat
 Banyak sekolah Melayu yang menyediakan pengajaran agama dan sastera disediakan dan diusahakan
sendiri oleh para pejuang pendidikan masyarakat. Bahkan, bermulanya gerakan golongan muda yang
berminda tajdid atau baharu dalam Islam lebih bebas untuk menyebarkan idealogi mereka di Negeri-
Negeri Selat melihat kepada keterbukaan dan liberalisasi pentadbiran British berbanding di negeri
Melayu yang mana Istana dan Institusi Pendidikan dipelopori oleh golongan Kaum Tua yang bersifat
konservatif pendekatan minda dan pemikiran mereka.
 Negeri-Negeri Selat juga menjadi lembah kepada persuratan dan kesusasteraan baharu untuk
masyarakat Melayu. Karya sensitif seperti penulisan Zaaba yang bertajuk Perangai Bergantung Pada
Diri Sendiriyang mengkritik cara hidup dan budaya semasa orang Melayu yang diharamkan di negeri
Melayu lain disebar dan dicetak secara meluas di Negeri-Negeri Selat. Pejuang Gerakan Islah terkenal
dunia seperti Syekh Jamaluddin daripada Mesir dan tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu Syeikh Syed
al-Hadi juga pernah memberi syarahan secara terbuka di Pulau Pinang dan begitu juga golongan
Habaib seperti Habib al-Idrus yang berjaya mengembangkan agama Islam di Singapura turut bebas
dalam usaha dan gerakan dakwahnya.
 sistem perundangan dan kehakiman juga diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat. Melalui Order In
Council British berjaya meluluskan Foreign Jurisdiction Act 1890 yang membolehkan British
memperkenalkan udang-undang baharu dan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang
melanggar hokum
 mengiktiraf Kesultanan yang memerintah negeri sekitar mereka indipendent sovereign. Hal ini dinilai
sebagai suatu permainan politik British untuk memainkan fahaman orang Melayu bahawa mereka
merupakan pelindung kepada orang Melayu.
 British turut memberi penumpuan kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini yang
mengajar mereka bahawa pentadbiran British perlu memastikan keamanan dalam kalangan
masyarakat untuk membolehkan segala aktiviti pengeksploitasian berjalan lancar. Contohnya,
bagaimana Sir Shenton Thomas yang menolak tuntutan masyarakat Cina Peranakan yang hendak
menyertai perkhidmatan pentadbiran disebabkan ia dilihat sebagai kempen kepada Malaya for
Malayan. Sedangkan British ketika itu beranggapan langkah Pro-Melayu mereka boleh memastikan
keamanan dapat dijaga dengan baik kerana Melayu adalah majoriti ketika itu.

PENTADBIRAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU


 Pada tahun 1895, kata setuju dari sultan-sultan tersebut berjaya dan menandatangani perjanjian
persekutuan. Maka keempat negeri ini disatukan dalam satu pentadbirang yang berpusat yang
dikenali sebagai persekutuan 1896.
 Perkembangan pentadbiran british ini turut memainkan peranan dalam aspek ekonomi,
pembangunan luar Bandar, keselamatan, kedatangan buruh kasar, pembentukan ekonomi komersial
dan perkembangan pendidikan masyarakat melayu.

Ekonomi
 Penceritaan aktivti eko sebelum british.
 Setelah pihak british masuk mentadbir ditanah melayu, ekonomi masyarakat melayu telah berubah
kearah ekonomi komersial.
 Salah satunya ialah getah dan perlombongan. Perlombongan utama negeri persekutuan tersebut ialah
perlombongan bijih timah. Perlombongan bijih timah bermula dari tahun 1820 apabila pihak british
membawa orang dari china dan india datang masuk secara imigran di negeri Perak dan Selangor,
manakala perlombongan di Selangor bermula pada tahun 1824.
 kemasukan imigran ini disebabkan dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran
terutamanya imigran dari china. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah
membuka tangan serta menggalakkan lagi kedatangan mereka di tanah melayu.
 menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka, seperti pertubuhan jabatan perlindungan orang-
orang cina yang yang diketuai oleh W.A. Pickering yang fasih berbahasa cina, jabatan ini ditubuhkan
pada 1877 bagi mengurus ha lehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan
mereka di tanah melayu, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya.
 Disebabkan bijih timah telah ditemui di perak, negeri Sembilan dan Selangor, maka proses
perlombongan bijih timah dibina di negeri tersebut dan lebih murah berbanding bijih timah di Cornwall
atau di Eropah.
 Pada tahun 1870-an, permintaan bijih timah meningkat dari negara Eropah dan Amerika Syarikat,
permintaan ini disebabkan industri pengetinan makanan melonjak naik serta perniagaan ini dibuat
tanpa melibatkan spekulasi dan risiko dengan peningkatan kemudahan telekomunikasi iaitu telegraf
memudahkan proses jual beli dari pelanggan.
 pihak british menggunakan teknologi baharu. Pada tahun 1888, pelombong bijih timah cina telah
menggunakan alat perlombongan barat seperti enjin wap dan pam untuk mengerjakan perlombongan
bijih timah.
 Pada sekitar abad ke-19 pam kerikil mula digunakan dalam perlombongan bijh timah. Selepas tahun
1880-an, kapal korek mula diperkenalkan oleh pihak British, yang digunakan dan diperkenalkan oleh
eropah. Kapal korek mampu menghasilkan lebih banyak bijih timah dalam masa yang singkat.
Penggunaan kapal korek ini juga telah menambah kuantiti pengeluaran bijih timah malah kapal korek
ini sangat flleksibel iaitu dapat digunakan di terutama kawasan berpaya. Kapal korek pertama
digunakan adalah pada tahun 1912 oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak.
 kopi Sehingga banyak ladng-ladang diusahakan dengan meluas seperi di negeri perak dan Selangor,
pasaran kopi menjunam secara mendadak, hal ini mempengaruhi sektor penaman dan lading-ladang
kopi di negeri bersekutu, dimana kuantiti eksoport dan kerugian para petani dan pihak britsh
menruncing.
 British memperkenalkan getah ditanah melayu, getah ini penting, terutamanya dari segi ekonomi di
melayu bersekutu sebab getah menghasilkan susu getah dan dijadikan sebagai getah asli.
Permintaan getah dari luar tanah melayu sangat banyak untuk kegunaan dalam sektor perindustrian
Negara. Selain itu, salah satu faktor yang turut mempengaruhi perkembangan getah di tanah melayu
ialah sumbangan HN. Ridley pada tahun 1888, beliau telah dilantik sebagai pengarah botanikal di
Negara Singapura. HN. Ridley telah memperkenalkan baka getah jenis hivea brasillensis dan
mengagih-agihkan bibit getah tersebut kepada penduduk di tanah melayu.
 Beliau juga turut memperkenalkan cara torehan terbaik tanpa merosakkan pokok getah tersebut iaitu
jenis torehan tulang ikan herring untuk menghasilkan getah yang banyak dan memudahkan susu
getah tersebut mengalir dengan baik. Kedatangan imigran dari india disebabkan pembukaan ladang-
ladang getah yang luas dan kestabilan harga getah memerlukan dan mendorong pekerja yang
banyak, oleh itu peluang-peluang pekerjaan ini diisi oleh pekerja imigran seperti buruh kasar dari
india melalui sistem kontrak dan kangani.

Sosial: Kemudahan
 Pembinaan jalan raya hanya berkembang setelah british datang mentadbir. Salah satunya ialah jalan
raya yang dibiina pada tahun 1904, iaitu dengan panjang jalan sebanyak 2400 km. Perkembangan
jalan raya ini turut didorong dengan pertumbuhan industri bijih timah bagi memudahkan
penghantaran bijih timah ke pelabuhan.
 Struktur jalan raya yang digunakan pada abad tersebut sangatlah teruk dan hanya menggunakan
pengangkutan gajah sahaja mereka mampu melalui jalan tersebut. Pembinaan jalan raya ini juga
dibuat dikawasan luar bandar bagi memudahkan hasil bumi ditanah melayu dapat dipasarkan.
 Pihak british juga menbina landasan kereta api untuk memudahkan perhubungan dengan tanah
melayu serta ekonomi terutamnya perusahaan bijih timah. Landasan kereta api terawl dibina adalah
di Pahang, negeri Sembilan, perak, dan Selangor. Setelah landasan kereta api ini diperkenalkan, pihak
british menebang dan membersihkan kepada keadaan yang bertanah rata dan tanah yang baik.

Pendidikan
 desakan pembesar-pembesar Melayu iaitu sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutuan, pihak
British merasakan ada baiknya memberi pendidikan setakat tahap pendidikan rendah untuk penduduk
masyarakat ditanah melayu.
 Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan ditanah melayu semasa penjajahan
British. pihak british telah mewujudkan sistem pendidikan yang baharu iaitu sistem pendidikan
vernakular. Sistem pendidikan vernakular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa
ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar mereka bagi mengekalkan identiti kaum dengan
penggunaan bahasa dan negara asal mereka.
 Pihak british telah memperkenalkan sistem pendidikan vernakular di mana terdapat lima bentuk
persekolahan di tanah melayu bersekutu iaitu sekolah inggeris, melayu, cina, india dan sekolah
agama. Sistem pendidikan ini lebih bersifat kepada unsur unsur perkauman, kecuali sekolah Inggeris
yang kebanyakannya dibuka di kawasan-kawasan bandar oleh mubaligh atau penganut agama
Kristian. Contohnya di Georgetown, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, dan Melaka. Sistem
persekolahan vernakular ini telah menyebabkan terbatasnya komunikasi tiga kelompok kaum besar
ditanah melayu bersekutu iaitu melayu, cina dan india. Hal ini disebabkan pelajar tidak dapat
berkomunikasi atau membuat interaksi dengan baik disebabkan pendidikan serta penggunaan bahasa
yang diterima adalah berbeza.
 Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang terawal
dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan
Mubaligh Kristian - Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 - dua buah sek. Melayu
dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun
1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh,
dan Bukit Tambun.
 Beberapa buah sekolah lagi didirikan di NNS dan NNMB oleh kapital-kapital Cina seperti Yap Ah Loy,
Phua Choon Hiong, dan Cheng Soo Leong
 Pada tahun 1850, sebuah sekolah bernama Anglo-Tamil School yang mengajar bahasa Tamil dan
Inggeris dibuka di Melaka. Pada tahun 1860, sekolah ini terpaksa ditutup kerana menghadapi pelbagai
masalah seperti kekurangan murid
 Pada tahun 1826, Malacca Free School, Anglo-Chinese School (1821) dan St. Xavier’s Institution
(1829) di Pulau Pinang; St. Joseph dan Convent of Holy Infant Jesus di Singapura; Victoria Institution
(1893), Methodist Boys School (1897)
 Pada kurun ke-19 sekolah melayu telah ditubuhkan oleh pihak british, tujuan pertubuhan sekolah ini
adalah untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih mahir dan cekap dalam pelbagai aspek.
Sekolah ini memberikan pendidikan asas seperti menulis, cara mengira dan membaca. Sekolah ini
juga turut menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar mereka,
 Manakala sekolah cina bersifat swasta, hal ini disebabkan sekolah cina telah ditubuhkan dan dibiayai
sepenuhnya oleh pihak persendirian dan partiparti politik cina. Tujuan penubuhan sekolah cina ini
adalah untuk mengekalkan identiti kecinaan mereka di tanah melayu bersekutu. Sistem pendidikan
dengan corak pendidikan yang diajar di negara china iaitu kesusteraan cina, bahasa cina, ilmu hisab,
lukisan dan lain-lain lagi adalah sama. Salah satu bidang pelajaran yang diajar ialah bidang
kokurikulum, dan tenaga pengajar serta buku-buku juga dibawa dari china.
 Sekolah agama islam ini telah ditubuhkan sejak tahun 1950 lagi. Sekolah ini dibiayai oleh pihak
persendirian atau badan-badan sukarela yang lain. Sistem pendidikan islam ini bertujuan bagi
menyebarkan agama islam dan memupuk kefahaman masyarat tanah melayu bersekutu mengenai
agama islam. Sistem pendidikan ini dibuat disekolah pondok, serta madrasah. Sekolah ini turut
menggunakan bahasa melayu namun bahasa arab merupakan bahasa wajib ketika mengajar
 Sistem pendidikan untuk masyarakat india diwujudkan karena kemasukan buruh-buruh kasar dari
india secara beramai-ramai bagi bekerja dikawasan perladangan telah membuat pertapakan atau
hidup ditanah melayu bersekutu. Sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang mahupun estet dan
dibiayai oleh perseorangan dan juga badan-badan sukarela. Aspek kurikulum sekolah ini memberi
tumpuan kepada kemahiran asas seperti membaca menulis dan cara mengira. Sekolah ini juga adalah
berteraskan negara india dimana semua buku dan tenaga pengajar didatangkan dari negara india,
akan tetapi sekolah ini tidak disukai malah mendapat sambutan yang kurang dari ibu bapa kerana
mereka lebih suka anak-anak mereka menolong mereka berkerja atau menolong mereka di lading
berbanding menghantar mereka ke sekolah untuk belajar.

PENTADBIRAN AWAL BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU SEBELUM


KURUN KE-20 M.
 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan juga Johor.
British mulai bertapak di kelima-lima negeri ini pada sekitar abad ke-19 sehinggalah pada tahun 1946.
Kedatangan British di Tanah Melayu juga telah membawa proses penggabungan wilayah dimana
wujudnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan juga Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-
negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis digabungkan dibawah nama Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu untuk memudahkan sistem Residen dilakukan.

Kedah
 Pentadbiran British semakin meluas apabila seorang pemangku sultan iaitu Tengku Dhaiauddin
membuat satu lagi perjanjian dengan seorang Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith. Dalam
perjanjian itu, Seberang Perai telah diberikan sepenuhnya kepada British, kerana Kedah bimbang
bahawa Siam akan menyerang Kedah dan menuntut Kedah sebagai salah satu daripada kawasan
mereka. Hal ini sekali lagi telah merugikan Kedah dan pihak British berjaya meluaskan lagi
pengaruhnya di Kedah.
 Disebabkan tiada dokumen rasmi yang menyatakan dengan jelas berkaitan dengan penyerahan
wilayah kepada British, penyerahan ketuanan itu tidak begitu dianggap penting dan ini telah
menyebabkan pelbagai pihak terutama sekali R. Bonney berpendapat penyerahan ‘sovereignity’ itu
tidak diberikan secara rasminya kepada pihak British. Namun begitu, pendudukan British di sahkan
apabila ketuanan Siam kembali menyerang Kedah dan tindakan tersebut telah menyedarkan Kedah
tentang ‘sovereignity’ dan juga kemerdekaan mereka. British yang menyokong dakwaan tindakan
pihak Siam tersebut telah memeterai satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.
Melalui perjanjian ini pihak Inggeris telah mendapatkan pengesahan pendudukannya ke atas Pulau
Pinang dan Seberang Perai. Melalui pencapaian ini, British terus menerus berusaha untuk meluaskan
jajahan takluknya ke atas Kedah sehinggalah mereka berjaya menguasai ekonomi dan politik Kedah
pada abad ke-19. Hasilnya, ekonomi Kedah melonjak naik kerana kekayaannya dari segi sumber
bahan mentah seperti timah dan juga rempah ratus yang mendapat permintaan besar di Eropah.
Kelantan
 Selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut, pentadbiran Kelantan telah diletakkan dibawah
kuasa British.
 Satu perubahan telah dibawah oleh British adalah ketika W.A Grahamn tiba di Kelantan pada tahun
1903, mereka telah memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagai ‘New Order’. Dasar ini telah
memberikan peluang kepada British untuk campur tangan dalam pemerintahan Kelantan dan
seterusnya mengambil ahli sepenuhnya pemerintahan tersebut. Namun begitu, British masih lagi
menjaga kepentingan orang Melayu dengan tidak mencampuri urusan keagamaan dan juga adat
serta pantang larang mereka. Graham juga telah menubuhkan pejabat polis dan beberapa lagi
pertubuhan (Polis Force and Public Work) untuk mengelakkan daripada sebarang rusuhan daripada
berlaku. Bukan itu sahaja, mahkamah (High Court) turut ditubuhkan oleh Graham untuk
memudahkan proses perbicaraan dilakukan. Pelbagai perubahan telah dibawah oleh pihak British ke
Kelantan iaitu dari penubuhan pejabat pos, mahkamah, pasukan keselamatan sehinggalah kepada
Advisory System. Sistem ini telah menyebabkan British mudah untuk mengambil ahli tugas pembesar
dan juga Sultan dalam pentadbiran dan menguasai bidang ekonomi dan juga politik di Kelantan pada
masa itu.

Perlis
 Ketika pentadbiran kuasa British di Perlis, British telah bertindak melantik Kapten Meadowe Frost
sebagai penasihat. Pada peringkat awalannya, isu pelantikan penasihat British di Perlis pada ketika
itu telah mendapat tentangan dari Raja Alwi kerana beliau turut tidak bersetuju dengan tindakan
Siam untuk menyerahkan Perlis kepada British pada ketika itu. Raja Alwi menolak untuk menerima
lantikan penasihat British di Perlis pada ketika itu namun pihak British bersikap tidak peduli dan tetap
dengan keputusan mereka untuk melantik residen di Perlis.
 Dalam era pentadbiran British, kesetiaan rakyat terhadap sultan dipertahankan namun beberapa
mekanisme lama telah dihapuskan oleh pihak British seperti sistem kerah, pajak, perhambaan, dan
hamba berhutang. Hal ini disebabkan kerana menurut pihak British, mekanisme sedemikian rupa
adalah tidak sesuai dengan kepentingan mereka dan tidak secocok dengan pelaksanaan sistem
ekonomi perdagangan mereka. Membahaskan mengenai sistem ekonomi yang dilaksanakan British
telah menampakkan wujudnya unsur persuhabatan yang melibatkan sosok golongan elit tradisional
dalam aspek pentadbiran dan ekonomi. Hal ini disebabkan kerana jika tiadanya golongon elit ini maka
pihak British akan menghadapi kesukaran dalam mengeksploitasi hasil ekonomi di Perlis

Terengganu

 Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang termasuk dalam kumpulan Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Terengganu terletak di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia yang
bersempadan dengan Kelantan dan Pahang. Dalam pensejarahan melayu, Terengganu merupakan
sebuah negeri yang ditakrifkan sebagai tempat bermulanya dan berkembangnya agama Islam melalui
penemuan batu bersurat sebelum tahun 1326 atau 1386. Kerana perkara inilah, sehingga kini,
Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang berasakan Islam. Seperti negeri-negeri melayu
tidak bersekutu yang lain seperti Kelantan, Kedah dan Perlis, Terengganu juga merupakan salah
sebuah negeri yang telah menghadapi era semasa pertapakan kuasa British di Tanah Melayu. Situasi
yang sama menandakan penyerahan Terengganu bersama negeri-negeri melayu bersekutu yang lain
apabila Siam menyerahkan jajahan takhluk mereka melalui Perjanjian Bangkok 1909 kepada kuasa
British. Melalui perjanjian inilah yang memulakan perluasan kuasa British di Terengganu telah
menetapkan titik tolak yang menandakan kebangkitan rakyat Terengganu pada ketika itu yang turut
ditelusuri oleh golongan ulama. Kebangkitan ini dapat dilihat semasa pemerintahan Sultan Sulaiman
Badrul Alam Syah dan sudah pasti nama Haji Abdul Rahman Limbong sudah tidak asing lagi di
Terengganu ketika bertapaknya kuasa British pada ketika itu.
 Pertapakan British di Terengganu adalah bertunjangkan kepada dasar perluasan kuasa di samping
ingin mengaut hasil ekonomi di negeri tersebut seperti keadaannya di Tanah Melayu yang lain pada
ketika itu. Semasa pendudukan British di Terengganu, British telah bertindak melaksanakan sistem
pentadbiran bercorakkan barat di samping telah memperkenalkan beberapa cukai yang berupa cukai
tanah. Pihak British juga telah bertindak memperkenalkan pas kerajaan bagi tujuan membuka tanah
dan mengaut hasilhasil hutan di negeri Terengganu pada masa tersebut. Dari peristiwa inilah yang
mencetuskan penglibatan Haji Abdul Rahman Limbong yang membela nasib rakyat Terengganu
dengan berpaksikan undang-undang Islam. Disebabkan oleh pengenalan pas kerajaan yang
diwujudkan oleh pihak British ini semasa zaman penjajahan mereka, maka telah mengakibatkan
pemberontakan dalam kalangan penduduk Terengganu sekitar tahun 1928 di Hulu Telemong, Kuala
Telemong dan Kuala Berang. Hal ini telah mengakibatkan pihak British menghantar pasukan polis
bagi membendung keadaan tersebut. Pihak kerajaan British pada ketika itu telah mendapatkan
bantuan tambahan dari polis di Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu.

You might also like