You are on page 1of 20

Soalan 43.

Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sarawak pada
abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan :
 James Brooke menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap
kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
 Keluarga Brooke melaksanakan perubahan dan peraturan baharu dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Perubahan
tersebut mencetuskan penentangan rakyat tempatan terhadap pemerintahan Brooke.
Isi-isi penting :

1. Penentangan Linggir (1849)


 Linggir ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini dibuat
kerana James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
 Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2. Penentangan Syarif Masahor (1853)
 Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan pembesar yang
dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor Sarikei, beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan
antara dua orang pembesar di Mukah iaitu dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang Iban. Ini
menyebabkan Charles Brooke mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari Sarikei. Beliau juga dilucutkan jawatan
sebagai Gabenor Sarikei.
 Syarif Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu James Brooke di Kanowit dan
Kuching dengan bantuan orang Melayu, Melanau, Iban dan penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah
dikalahkan oleh tentera James Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.
3. Penentangan Rentap (1853)
 Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama sebenar beliau ialah Libau
dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari Hulu Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang
menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang
Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan berjaya menawan kubu
Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan pegawai Brooke iaitu Allan Lee.
 1854, James Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu di Bukit Sadok. 1861, Brooke
sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap berjaya
ditewaskan seterusnya beliau berundur ke Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia beberapa tahun
kemudian. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya
lanun tetapi pejuang bangsa.
4. Penentangan Banting (1893)
 Banting ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau digelar Ijau Layang. Banting dan
beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Karpuas enggan membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen
Bahagian Kedua pada akhir tahun 1890. Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang
kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban.
 Perasaan anti-pentadbiran Brooke semakin membara apabila Bailey menghantar ekspedisi menghukum Banting pada
tahun 1896. Satu persatu saudara Banting dan orang Iban dibunuh menyebabkan Banting bertindak balas. 1901,
seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Banting dibunuh
di Semat menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat pada bulan Mac dan Mei 1902. 1908, Banting
dapat ditewaskan oleh tentera Brooke.
5. Penentangan Asun (1930-an)
 Asun bermula dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau, Brooke melantik beliau sebagai
Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati oleh masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai Rumah.
 Vyner Brooke melaksanakan cukai pintu yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926, Residen Bahagian Ketiga
mengarahkan orang Iban hanya boleh membina rumah panjang yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga.
Orang Iban membantah arahan tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka.
 Residen Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk mengadakan rundingan namun Asun
terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah. Asun
dipenjarakan dan selepas itu dibuang daerah ke Lundu.
PENJAJAHAN KAPTEN JAMES BROOKE DI SARAWAK.
Kapal Brooke, the Royalist tiba di Kuching, (pada asalnya dikenali sebagai Sarawak) pada 15 Ogos 1939 dalam
misi pengembaraan dan penyelidikan beliau menuju ke Sulawesi. Beliau meninggalkan Sarawak menuju ke
Sulawesi selepas sebulan melakukan peninjauan di sekitar wilayah Sarawak. Pada tahun berikutnya, beliau
kembali ke Sarawak dan bersedia menawarkan diri untuk membantu Pengiran Muda Hashim (bapa saudara
kepada Sultan Brunei ketika itu) membenteras pemberontak Pengiran Usop di Sarawak. Tawaran untuk
memiliki sebuah kerajaan sendiri di Sarawak tidak melengahkan Brooke untuk memberi bantuan beliau
sehingga berjaya. Dalam bulan Februari 1841, beliau menerima gelaran "Residen Sarawak" pada teorinya
sahaja. Kawasan Sarawak meliputi keluasan dari Tanjung Datu hingga Sungai Samarahan pada ketika itu.
Sarawak mempunai penduduki Melayu seramai 2,000 orang semasa pemerintahan Pengiran Mahkota. Selepas
pendudukan Brooke, penduduk Sarawak menigkat kepada 8,000 orang yang tertumpu di Kuching. Penduduk ini
diletakkan dibawah tiga orang pemimpin (Datu) tradisional; iaitu Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu
Temenggung. Namun Datu yang paling berpengaruh ialah Datu Patinggi Gahpur. Beliau mempnyai hubungan
yang rapat dengan kaum Dayak dan memberi kerjasama yang sebaiknya dengan pihak Brooke.

Brooke berhasrat untuk menjadi penguasa sepenuhnya ke atas wilayah Sarawak. Justeru itu, oleh kerana
tanggungan kewangan yang kian merosot telah mendorong beliau untuk mengemukan tuntutan hak mutlak ke
atas Sarawak daripada Sultan Brunei. Beliau bersedia untuk menyerang dan merampas Sarawak daripada Raja
Muda Hashim ketika itu. Raja Muda Hashim menjadi gusar lalu segera mencari penyelesaian damai dengan
Brooke. Maka pada 24 September 1842, Brooke dilantik sebagai 'Gabenor' Sarawak yang baru dengan kuasa
sepenuhnya. Sultan Brunei turut memberi pengiktirafan bangind kepada Brooke dalam lawatannya pada bulan
Julai 1842. Kesempatan ini telah Brooke ambil untuk mewujudkan perjanjian berkenaan dengan haknya ke atas
Sarawak secara muktamad. Pada 1 Ogos 1842, Sultan Brunei menandatangani perjanjian tersebut dengan
syarat pihak Brooke memberi ufti tahunan sebanyak $2,500.00. Sebagai langklah awal, Brooke menerbitkan
"Surat dari Borneo" pada tahun tersebut untuk tujuan kempennya bagi mendapatkan pengiktirafan daripada
kerajaan British berhubung dengan kedudukan beliau sebagai 'raja' di Sarawak.

Sepanjang pemerintahan James Brooke, usaha-usaha mengaman wilayah-wilayah jiran Sarawak Proper
dijalankan dengan intensif dengan harapan dapat menjaminkan kedudukan politiknya di Sarawak Proper dan
juga secara tidak langsung bermotifkan perluasan wilayahnya. Kegiatan perlanunan orang Melayu di perairan
Sarawak Proper dibenteraskan dengan bantuan angkatan laut British dari Singapura. Manakala di darat, Rajah
Brooke menangani permusuhan di kalangan penduduk pribumi di kawasan-kawasan pedalaman. Menjelang
penghabisan suku akhir kurun Kesembilan belas, penglibatan Regim Brooke secara aktif dalam masalah-
masalah penduduk pribumi merupakan suatu alasan kemanusiaan yang terbukti berkesan dalam usaha
mengukuh dan meluaskan kuasa politik pihak kaum penjajah. Kejayaan James Brooke di Borneo telah
mendapat pengiktirafan dan telah dianugerahkan pingat kepahlawanan oleh Ratu England pada tahun 1848.
Penghormatan juga diberi pada tahun 1864 dengan perlantikan sebuah konsul British ke Sarawak Proper, dan
juga pada tahun 1888 telah diberi perlindungan British.

Dalam pemerintahan Rajah Kedua, banyak wilayah-wilayah tradisional Brunei telah diserap masuk ke dalam
wilayah Sarawak Proper. Sistem pentadbiran yang baik dan keadaan aman telah dicapai ketika ini, dan aktiviti
memburu kepala di kalangan penduduk pribumi hampir berjaya dihapuskan. Perkembangan lain adalah seperti
kemasukan pedatang-pedatang dan peningkatan aktiviti perniagaan yang secara tidak langsung bertumbuhnya
pusat-pusat komersial.

Dalam pemerintahan Rajah Ketiga dan terakhir dari tahun 1917 hingga 1946, perkembangan sejarah dan
pembangunan di Sarawak agak lambat tetapi tenang. Perdagangan dan pendapatan bertambah, sementara
perkhidmatan sosial meningkat dengan pengekalan keamanan di Sarawak. Pada tahun 1941, Rajah
mencadangkan Perlembagaan Sarawak yang pertama untuk mengagihkan kuasanya kepada sebuah Majlis Tinggi
(Supreme Council) yang mengandungi 5 ahli, dan sebuah Majlis Rendah yang mengandungi 25 ahli keseluruhan
termasuk 14 ahli daripadanya adalah dilantik daripada perkhidmatan awam. Kesemua ahli Majlis Tinggi dan
Majlis Rendah dilantik oleh Rajah sendiri. Malangnya, sebulan sebelum penyerahan Perlembagaan Sarawak
tersebut, tentera Jepun telahpun mendarat dan menakluk Sarawak.
KULIAH 3: PEMERINTAHAN DINASTI BROOKE
(1941-1941)
Pada 1 Ogos 1842, Sultan Brunei telah membuat satu surat perjanjian dengan James Brooke. Dalam surat
perjanjian itu antara lain ada menyebut Sultan Brunei menyerahkan negeri Sarawak serta segala cukai hasil di
negeri itu kepada James Brooke, dan sebaliknya James Brooke dikehendaki membayar kepada Sultan Brunei
setiap tahun wang sebanyak $2.500.00.

Dengan termenterainya perjanjian tersebut, ini mengesahkan bahawa James Brooke sekarang mempunyai
kuasa penuh dalam mentadbirkan kerajaannya sendiri selain berjaya mengangkat namanya di sepanjang pantai
barat laut Borneo. Namun begitu beliau juga menyedari bahawa pemerintahannya tidak akan terjamin sekira-
kiranya ia semata-mata bergantung kepada pengaruh dan perjanjian di atas kertas sahaja. Sekiranya Kerajaan
Sarawak ingin maju, perlukan satu pertahanan yang kuat bagi mengawasi dirinya dari musuh-musuhnya
terutama dari kalangan lanun yang kuat di sebelah kawasan Utara. lajuga menyedari bahawa harta
persendiriannya akan merosot dan tidak mencukupi bagi memajukan sumber-sumber di negeri itu. Bagi
mencapai tujuan tersebut beliau sangat memerlukan bantuan yang banyak dari dunia perdagangan dan juga
angkatan laut. Oleh itu sebagai langkah pertama ia memutuskan hendak mendapatkan satu pengiktirafan
daripada Kerajaan British berhubung dengan kedudukannya sebagai Raja Sarawak. Dengan kata lain, Brooke
bersedia meminta pertolongan dari negara-negara Barat yang lain bagi mendapatkan bantuan yang dikehendaki
iaitu dengan syarat mereka tidak mencampuri urusan berhubung dengan keselamatan orang Sarawak.

SISTEM PENTADBIRAN
Sesungguhnya Regim Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun, iaitu bermula di era pemerintahan
James Brooke serta dikuti oleh Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke. Boleh dikatakan hampir keseluruhan
cara pemerintahan Rejim Brooke telah mendasari model pentadbiran British. Persoalan hendak dikupas adalah
mengenai pentadbiran yang diperkenalkan oleh Regim Brooke dan penglibatan rakyat peribumi dalam sistem
pentadbirannya.

Corak pemerintahan di Negeri Sarawak sebelum kedatangan James Brooke adalah bersifat individu. Ini dapat
dibuktikan ketika zaman Pengeran Mahkota memerintah Negeri Sarawak. Beliau hanya mempunyai pengikut-
pengikutnya sahaja. Segala bentuk arahan yang diberikan haruslah dipatuhi. Selain daripada itu,
pemerintahannya adalah boleh dikatakan bersifat kuku best. Secara keseluruhannya, penduduk Sarawak tidak
mempunyai kebebasan untuk bersuara. Satu usaha penting yang telah dilakukan oleh kerajaan Brooke di
Sarawak ialah mewujudkan serta menjalankan satu sistem pentadbiran yang lengkap dan bersistematik. Sistem
ini telah diasaskan oleh James Brooke dan secara umumnya telah diikuti oleh pengganti-pengganti selepas
ketiadaan beliau.

Di awal pemerintahan beliau, James Brooke telah membuat satu undang-undang yang mudah dalam bahasa
Melayu yang mengandungi lapan fasal untuk dipatuhi oleh penduduk tempatan termasuklah pembesar-
pembesar negeri seperti Datu Temenggong yang berperanan sebagai Ketua Menteri, Datu Temenggong menjaga
hal-ehwal keselamatan dalam negeri dan Datu Bandar yang berperanan terhadap hal-ehwal perdagangan.
Semua undang-undang yang mengandungi lapan fasal ini telah mendapat persetujuan pihak British di Tanah
Melayu. Undang-undang ini mestilah dipatuhi oleh setiap pembesar-pembesar negeri dan rakyat. Dalam pada
itu, beliau telah melantik pembesar-pembesar Melayu Sarawak memegang jawatan pentadbiran yang penting
dalam kerajaannya. Tujuan beliau ialah mendapatkan sokongan daripada rakyat tempatan. Amalan buruh
paksa terutama di lombong-lombong juga dihapuskan. Begitu juga halnya dengan sistem perhambaan dan
amalan memburu kapala manusia.

Sistem birokrasi telah diwujudkan setelah kedatangan Regim Brooke dan semasa pemerintahan Charles
Johnston Brooke telah mengadakan beberapa perubahan baru kepada Sarawak. Pada tahun 1963, beliau telah
membentuk tiga kawasan pentadbiran daripada wilayah tersebut. Bahagian I berpusat di Kucing, Bahagian II di
Simanggang dan Bahagian III di Sibu. Ibu negerinya ialah Kucing. Setiap bahagian akan ditadbirkan oleh
Pegawai Residen. Pegawai Residen bertanggungjawab sepenuhnya kepada Raja. Pegawai Residen akan dibantu
oleh Penolong Pegawai Residen dan beberapa Pegawai Pentadbir. Pegawai Pentadbir ini digelar sebagai
Pegawai Daerah. Tiap-tiap bahagian dan daerah mempunyai pejabat-pejabat yang lengkap dengan pegawai-
pegawai, kerani-kerani dan pekerja-pekerja. Pegawai-pegawai kerajaan dibayar gaji bulanan iaitu Residen
Bahagian $350.00, Residen Kelas Dua $230.00, Penolong Residen $150.00, Majistret $150.00, Pegawai
Perubatan $300.00 dan Pegawai Muda $80.00. Seterusnya amalan memberi gaji diteruskan dalam semua
pekerjaan sehinggalah di hari ini. Sistem birokrasi yang diwujudkan oleh Charles Johnston Brooke adalah
lengkap dan ia meliputi tiga peringkat iaitu dan peringkat Kampung, Daerah dan Bahagian.
Terdapat perbezaan pentadbiran yang dijalankan di antara James Brooke dan Charles Johnston Brooke. James
Brooke menjalankan pentadbiran dan urusan-urusan kerajaan hampir-hampir berseorangan ataupun
mempunyai pembantu-pembantunya yang amat sedikit sekali, terutama pada tahun 1840an.

Dalam bidang pentadbiran yang lain, Dewan Bahagian (Divisional Council) telah ditubuhkan. Dewan Bahagian
ini ditubuhkan di setiap bahagian di Sarawak. Tujuan ditubuhkan ialah untuk melatih rakyat mengambil
bahagian dalam pentadbiran negeri. Keanggotaan Dewan Bahagian ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin
tempatan dan penghulu-penghulu yang dilantik oleh kerajaan. Walaupun ahli-ahli Dewan tersebut dilantik dan
bukannya dipilih sendiri oleh oleh rakyat. Di sini didapati sudah ada usaha atau tindakan dari pihak pemerintah
yang ingin melibatkan rakyat pribumi di dalam jentera pentadbiran. Pemerintah mahu melaksanakan asas
pemerintahan demokrasi telah wujud di bumi Sarawak walaupun pilihanraya belum diwujudkan lagi pada masa
itu. Rakyat amat berpuashati kerana penduduk bumiputera mendapat tempat di dalam pentadbiran. Pada
hakikatnya pengambilan pribumi dalam struktur pentadbiran atas sebab-sebab tertentu bukannya berdasarkan
kepada keikhlasan pemerintahan untuk menyediakan kemampuan rakyat ke arah berkerajaan sendiri.
PERUBAHAN PENTADBIRAN DI SARAWAK (1841-1946)

1. Memperkenalkan Sistem Pemerintahan Secara Monarki

Pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak berlangsung selama 105 tahun, iaitu dan tahun 1841
hingga 1946. Sepanjang tempoh itu, pemerintahan Sarawak dilakukan mengikut sistem monarki
dengan raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pentadbiran negeri. Ketua pentadbiran
negeri menggunakan gelaran ‘raja’ dan pentadbiran keluarga Brooke dikenali sebagai pemerintahan
‘Raja Putih’.

Semasa pemerintahan Raja Putih yang pertama, James Brooke (1841-1868), beliau tidak merombak
sistem pemerintahan yang ada tetapi memperkenalkan beberapa perubahan yang dianggap sesuai
untuk memastikan setiap pembesar yang berkuasa di wilayah masing-masing memberi kesetiaan
kepadanya.

James Brooke melantik beberapa orang pembesar tempatan sebagai penasihat kanan dalam
pentadbiran negeri sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan mereka. Antara
pembesar tempatan yang dilantik ialah Datuk Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar, dan Datuk
Imam. Selain itu, beberapa orang Eropah turut dilantik untuk membantunya dalam pentadbiran
negeri.

2. Memperkenalkan Sistem Perundangan

Bagi mengekalkan keamanan negeri, James Brooke mengadakan undang-undang dan mahkamah.
Antaranya ialah undang-undang yang mengandungi lapan fasal untuk melindungi masyarakat
tempatan dan menggalakkan kegiatan perdagangan di Sarawak. Hukuman berat seperti membunuh
dan mencuri adalah berlandaskan undang-undang tradisional Brunei.

3. Memperkenalkan Majlis Tertinggi

Pada tahun 1855, James Brooke menubuhkan Majlis Tertinggi untuk membantunya menggubal
dasar-dasar dalam pentadbiran negeri dan menasihati Brooke dalam pentadbiran. Majlis ini
dianggotai oleh James Brooke, Charles Brooke dan 4 orang pembesar Melayu tempatan yang
terkemuka seperti Datuk Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar, dan Datuk Imam. Majlis ini
bersidang setiap bulan.

4. Memperkenalkan Majlis Negeri

James Brooke meninggalkan Sarawak untuk pulang ke England pada tahun 1863. Beliau meninggal
dunia di England pada tahun 1868 dan digantikan oleh anak saudaranya Charles Anthoni Johnson
Brooke sebagai Raja Putih yang kedua. Charles Brooke (1868-1917) juga menggunakan gelaran Raja
Brooke. Setelah mengambil alih pentadbiran negeri, Charles Brooke menubuhkan Majlis Negeri
(Council Negeri) pada tahun 1868 untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum terlibat
dalam pentadbiran negeri.

Majlis ini berperanan sebagai penasihat kepada Raja Sarawak. Majlis ini dianggotai oleh ahli-ahli
Majlis Tertinggi, pegawai-pegawai kanan Eropah, dan Melayu serta ketua--ketua suku kaum dari
pelbagai daerah dan Residen-residen Eropah. Majlis Negeri bersidang sekurang-kurangnya tiga kali
setahun, tetapi tidak berkuasa untuk membuat undang-undang. Majlis ini bersidang untuk kali
pertama di Bintulu dan diikuti di Sibu dan Kuching.
Sejak pertengahan abad ke-18, berikutan khususnya dari Revolusi Perusahaan, kuasa-kuasa Eropah
melancarkan penjajahan kawasan yang lebih besar dari tempoh sebelum itu. Walau bagaimanapun
pertambahan kawasan jajahan dari kesan imperialisme yang muncul sejak tercetusnya Revolusi Perusahaan
dan peristiwa-peristiwa penting lain sejak pertengahan abad ke-18 di Eropah hingga tahun 1870 tidaklah begitu
luas. Sebaliknya selepas tahun 1870 pertambahan kawasan jajahan yang diperolehi oleh kuasa-kuasa Barat
berlaku dengan besar dan mendadak sekali. Beberapa sebab menjadi punca kepada pertambahan yang
demikian. Pertama, kemunculan Jerman khususnya sebagai sebuah kuasa baru selepas bebas dari kongkongan
Perancis memperhebatkan persaingan antara kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan pengaruh mereka di luar
kawasan Eropah. Mereka berlumba-lumba meluaskan empayer kerana mahu memperbaiki status negara
masing-masing disamping keinginan mendapatkan kawasan bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh
perindustrian negara mereka.

Kedua, revolusi perusahaan yang berla ku di Eropah telah mencetuskan masalah-masalah baru seperti
pertambahan penduduk, perpindahan penduduk ke bandar sehingga menjejaskan kegiatan pertanian,
pemeliharaan binatang dan pertukangan serta perlombongan. Justeru itu kerajaan-kerajaan di Eropah perlu
mendapatkan bahan makanan dan bahan mentah dengan harga yang murah dari luar Eropah bagi memastikan
kilang-kilang mereka berjalan lancar dan tidak berlaku pengangguran serta kekurangan bahan makanan.
Sebaliknya kepesatan pengeluaran barang-barang dari kilang-kilang melebihi dari keperluan dalam negara
mereka sendiri sehingga pasaran baru yang lebih luas dikehendaki. Gabungan kedua-dua keperluan ini
memaksa kuasa-kuasa Eropah mendapatkan lebih banyak kawasan pengaruhnya.

Ketiga, revolusi perusahaan juga membawa keuntungan kepada para pengusaha kilang, perkapalan dan
perniagaan sehingga mereka mempunyai lebihan modal. Sejak pertengahan abad ke-19, para pengusaha ini
semakin yakin untuk melabur ke luar Eropah kerana pengetahuan mereka tentang kawasan luar semakin baik.
Syarikat-syarikat perniagaan dan perusahaan baru semakin giat meneroka bidang-bidang pengeluaran tanaman
dan galian di Asia. Kesanggupan syarikat-syarikat itu untuk bergiat di kawasan ini berpunca daripada beberapa
sebab. Diantara sebab utama ialah wujudnya sistem hubungan yang semakin baik melalui perkhidmatan kapal
wap dan telegraf. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1867 meningkatkan lagi kemudahan perhubungan
antara Asia dan Eropah.

Keempat, wujudnya ciptaan baru saintifik yang menggunakan bahan-bahan mentah yang dahulunya tidak
begitu diketahui faedahnya. Contohnya, penciptaan automobil yang menggunakan petroleum dan tayar getah
menyebabkan kedua bahan itu menjadi penting.

Kelima, kemajuan teknologi perkilangan, pengangkutan dan ketenteraan, disamping kemajuan sains,
perubatan, pendidikan dan pentadbiran meningkatkan lagi rasa bangga orang-orang Eropah terhadap
peradaban mereka. Keadaan ini menebalkan lagi keyakinan bahawa peradaban Barat, termasuk budaya dan
agamanya adalah baik untuk seluruh dunia.

Faktor lain yang tidak kurang pentingya ialah kegagalan negara-negara utama di sebelah timur seperti India
dan China mempertahankan diri dari penjelajahan kuasa-kuasa Barat meningkatkan keyakinan kuasa-kuasa
Barat tentang keutuhan dan ketinggian peradaban mereka dan menawarkan kepada mereka potensi ekspoiltasi
ekonomi yang besar. Di Asia Tenggara, khususnya, kejayaan kuasa imperialis mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh politik adalah dengan cara turut campur tangan dalam sengketa antara pembesar setempat.
Kebanyakan pemimpin di Asia Tenggara pada kurun ke-19 tidak memahami tentang keadaan dunia luar. Raja-
raja Burma misalnya tidak memahami tentang hakikat kekuatan tentera British, apabila menghadapi British di
India. Burma terlalu yakin dengan kekuatan sendiri apabila mempertahankan kedaulatan negara mereka
daripada pencerobohan British. Akhirnya Burma kalah kepada pihak British. Kesilapan yang sama dilakukan
oleh pemerintah Vietnam, apabila negara tersebut membuat hubungan dengan Perancis. Sebaliknya, bagi para
pemimpin setempat yang cepat sedar tentang bahaya imperialisme Barat, dapat mengambil langkah yang
sesuai bagi menghindari penguasaan kuasa Barat. Kejayaan Raja Mongkut dan Chulalongkorn mengekalkan
kemerdekaan negara Thai membuktikan bahawa ancaman Barat boleh dikawal. Mereka berjaya menjaga
kepentingan Thai kerana mereka memahami keadaan yang sebenar tentang matlamat dan kepentingan kuasa-
kuasa Barat.

Kesemua faktor-faktor tadi membantu mempertingkatkan kegiatan kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan
empayer masing-masing terutamanya selepas pertengahan abad ke-19. Perkembangan baru ini menyebabkan
kegiatan peluasan kawasan jajahan dikenali sebagai imperialisme baru. Oleh kerana kebanyakan faktor-faktor
tadi bersabit dengan kepentingan ekonomi, maka apa yang dicetuskan ialah pembentukan ekonomi yang
bersifat menyeluruh ke serata penjuru dunia (global).

PERSAINGAN
Perkembangan yang berlaku di Eropah sejak akhir abad ke-18, terutamanya akibat Revolusi Perusahaan
menggalakkan kuasa-kuasa Barat melakukan peluasan kawasan bukan sahaja untuk mendapatkan bahan-bahan
mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya, tetapi juga untuk meluaskan pasaran kepada hasil-hasil kilang
tersebut. Asia menjadi sasaran kuasa-kuasa Barat untuk mendapatkan sebahagian daripada bahan-bahan
mentah yang diperlukan dan juga sebagai kawasan pasaran kepada bahan-bahan yang dihasilkan di Eropah.
Kawasan utama di Asia yang awal menjadi sasaran ialah benua India.

Keruntuhan Empayer Moghul (akhir abad ke-17-awal abad ke-18 mengalakkan penyertaan Perancis dan Inggeris
mendapatkan kawasan-kawasan perniagaan di India. Perancis melalui usaha Joseph Francois Dupliex (yang tiba
di India pada tahun 1715) berstatus seumpama Gabenor-Jeneral Perancis di India bercita-cita mewujudkan
empayer Perancis di India. Cita-cita ini meningkatkan kegiatan politik dan perdagangan Perancis di India. Oleh
itu Perancis menjadi seteru kuat Inggeris bagi menguasai India sehingga mencetuskan peperangan untuk
beberapa tahun.

Peperangan antara Inggeris-Perancis atau dikenali sebagai Perang Tujuh Tahun yang muktamad hasilnya
(kalah/menang) berlaku pada tahun-tahun 1756 dengan 1763. Kekalahan telah dialami oleh Perancis hampir
menyeluruh iaitu di Eropah, di Hindia Barat, di Amerika Utara dan di India; dan boleh juga dikatakan kalah di
Filipina apabila Manila ditawan oleh Inggeris (1762-3) kerana Sepanyol yang menguasai beberapa tempat di
Filipina adalah sekutu Perancis. Pergelutan antara Inggeris-Perancis diselesaikan melalui Perjanjian Paris
(1763) dan dalam soal berkaitan India, perjanjian itu menetapkan, pihak Inggeris membenarkan orang Perancis
ke India, bukan sebagai tentera atau membina kota atau markas (khususnya di Bengal), tetapi sebagai
pedagang sahaja.
Kemenangan dan kejayaan Inggeris selepas Perang Tujuh Tahun merubah sikap Inggeris terhadap India dari
kawasan untuk perdagangan kepada kawasan yang dijadikan tanah jajahan, dalam ertikata lain, Inggeris mahu
menguasai dairah-dairah yang penting dari segi perdagangan dan strategik sahaja (tidak menyeluruh) dan
menjalankan pentadbiran cara sendiri. Kempen-kempen peluasan penguasaan Inggeris di India diteruskan dan
sehingga tahun 1805 sebahagian besar dari India sudah dikuasai oleh Inggeris berikutan kejatuhan empayer
Mogul.

Manakala di kawasan Asia Tenggara, sehingga akhir abad ke-18, terdapat dua kuasa sahaja yang mempunyai
pertapakan ekonomi yang baik di Asia Tenggara, iaitu Belanda di Jawa, Melaka dan Maluku, dan Sepanyol di
bahagian utara kepulauan Filipina. Sepanyol merupakan kuasa utama dari segi keluasan kawasan kerana
menguasai seluruh kepulauan Filipina, kecuali kawasan yang dikuasai oleh orang Islam di sebelah selatan (Sulu
dan Brunei). Dari segi ekonomi, Belanda merupakan kuasa yang berpengaruh. Pulau Jawa serta beberapa
kawasan strategik di Nusantara yang kaya dengan hasil pertanian berada di bawah kekuasaan Belanda. Hanya
Pulau Timur masih di bawah kekuasaan Portugis. Pengkalan British hanya terdapat di Bangkahulu, sebuah
pelabuhan lada hitam di pantai barat Sumatera.

Kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Portugis, Denmark, Jerman dan Amerika tidaklah mempunyai kegiatan
ekonomi yang boleh menggugat kedudukan Belanda ataupun Sepanyol di rantau ini. Manakala British yang cuba
menyaingi pertapakan ekonomi di Kepulauan Melayu tidak begitu berjaya kerana terpaksa pula menyaingi
usaha Perancis untuk menguasai benua India.

Mulai dari akhir abad ke-18 kuasa Britain semakin kuat untuk membuat pertapakan ekonominya di Kepulauan
Melayu bagi menyaingi Belanda. Kejayaan melemahkan kekuatan Perancis dan pertumbuhan perindustrian
(barangan bulu) semakin pesat di England menggalakkan perluasan wilayah perdagangan Inggeris. Justeru itu
jika Inggeris dapat mengwujudkan satu emporium besar di Kepulauan Melayu, terasing dari pengawalan
Belanda dan Sepanyol, maka emporium ini boleh membentuk perdagangan tiga segi/hala - iaitu barang dari
Barat dibawa ke India dan Kepulauan Melayu dan ditukarkan dengan barangan tempatan, manakala barang
tempatan ini dijadikan tukaran bagi mendapatkan teh dari China, dan sebaliknya teh dari China, atau barang
dari Kepulauan seperti timah dan rempah, di bawa ke arah Barat - yang akan memberi keuntungan tiga cara
atau ganda keuntungan.

Dalam usaha-usaha untuk mendapatkan stesyen-stesyen perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu, Alexander
Dalryample ditugaskan bagi mencari stesyen di kawasan laut Sulu. Beliau bertolak dari India pada 1759 dan
berhasil mengadakan pakatan perdagangan dengan Sultan Sulu pada tahun 1761. Sultan Sulu mengalu-alukan
pihak Inggeris kerana kehadiran Inggeris akan menghindarkan tekanan Belanda atau Sepanyol ke atasnya, dan
kegiatan perdagangan Inggeris akan membawa keuntungan kepada Sulu. Sultan memberikan Balambangan
kepada Dalryample yang menaikkan bendera Inggeris "Union Jack" di situ pada tahun 1763.

Bagaiamana pun kegagalan Inggeris untuk kekal di Balambangan menyebabkan usaha mencari stesyen lain
dilakukan. Antaranya ialah Cochin-China, pulau Menado (Makasar-Sulawesi) dan Acheh. Usaha ke Acheh lebih
banyak berpunca kepada masalah keselamatan India yang semakin mendapat ancaman dari tentera laut
Perancis. Walaupun Inggeris mempunyai stesyennya di Benkulen (menjadi stesyen Inggeris sejak 1685 dan
dinaikkan tarafnya sebagai sebuah Presidensi pada tahun 1760) tetapi Benkulen tidak begitu sesuai untuk
dijadikan pengkalan tentera laut. Justeru itu Acheh dan kawasan lain sekitar seperti Kedah, Andaman dan
Negrais menjadi tumpuan usaha Inggeris bagi memenuhi keperluannya itu. Atas peranan dan desakan Francis
Light, Pulau Pinang diambil dari Kedah pada tahun 1786 untuk dijadikan stesyen yang diperlukan oleh Inggeris.
Apabila mendapati Pulau Pinang mempunyai beberapa kekurangan khususnya bagi menyekat penguasaan
perdagangan Belanda di kepulauan Melayu, maka Singapura pula diambil oleh Inggeris atas usaha dan gesaan
Stamford Raffles. Penguasaan Singapura merupakan langkah yang penting kepada British kerana Singapura
merupakan pelabuhan persinggahan utama untuk pedagang ke negara China. Pada masa itu perdagangan
dengan negara China sangat menguntungkan. Singapura juga dijadikan sebagai pangkalan British untuk
menembusi kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia yang dibolot oleh Belanda. Pengambilan Singapura
mendapat bantahan daripada Belanda yang mahu memulihkan kembali penguasaannya di kepulauan Melayu
setelah terlepas dari penguasaan Perancis dan masalah peperangan di Eropah. Perbalahan antara Inggeris dan
Belanda berhubung dengan soal Singapura akhirnya membawa kepada termetrinya perjanjian antara kedua
kuasa itu pada tahun 1824. Perjanjian ini telah membahagikan kawasan pengaruh masing-masing. Pihak
Inggeris berhak melebarkan pengaruhnya ke kawasan Tanah Melayu. Walaupun Inggeris pada mulanya
mengamalkan dasar tidak campur tangan terhdap negeri-negeri Melayu, tetapi menjelang suku akhir abad ke-
19, dasar itu ditinggalkan. Melalui Perjanjian Pangkor 1874, Perak menjadi negeri Melayu yang pertama
diletakan di bawah pengaruh Inggeris. Selepas itu negeri-negeri Melayu lain secara langsung dan tidak langsung
dikuasai olehnya.

Selepas tahun 1874, kuasa British berkembang ke semua negeri di Tanah Melayu. Seorang British yang bernama
James Brooke telah menguasai wilayah Sarawak. Sebuah syarikat dagang British, iaitu British North Borneo
Company, "membeli" wilayah-wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Tidak berapa lama
kemudian, Kesultanan Sulu dikuasai oleh Sepanyol dan Kesultanan Brunei diletakkan di bawah naungan British.

Kuasa imperialis Barat lain yang muncul di Asia Tenggara untuk mencari bahan mentah dan pasaran baru ialah
Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman. Perancis mempunyai alasan yang tersendiri untuk melibatkan diri
dalam hal ehwal di rantau ini. Mubaligh Kristian Perancis sudah bertapak di Vietnam sejak kurun ke-17.
Menjelang tahun 1800, terdapat lebih kurang 300,00 rakyat Vietnam yang beragama Kristian. Pihak berkuasa
Vietnam mencurigai penganut agama Kristian ini kerana mereka tidak lagi mengamalkan tradisi orang Vietnam,
sebaliknya mempunyai hubungan rapat dengan kaum mubaligh Perancis. Tindakan kerajaan Vietnam menindas
penganut agama Kristian dan mubaligh Perancis menjadi alasan Perancis untuk campur tangan sebanyak dua
kali. Pada peringkat pertama antara tahun 1859 hingga tahun 1861, pihak Perancis telah menguasai bandar
Saigon serta Cochin-China di selatan Vietnam. Pada peringkat kedua antara tahun 1885 hingga tahun 1886
mereka menguasai semua wilayah Vietnam yang lain. Perancis tertarik kepada Vietnam kerana ingin
menembusi pasaran negara China melalui wilayah Tonkin ataupun melalui Sungai Mekong. Faktor yang sama
juga mendorong mereka menguasai Kampuchea dan Laos yang berhampiran dengan Sungai Mekong itu.

Amerika Syarikat merupakan kuasa imperialis yang terbaru di rantau ini. Amerika Syarikat juga telah
memainkan peranan utama membuka negara Jepun kepada perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1898,
Amerika Syarikat berperang dengan Sepanyol berkaitan dengan soal Cuba, sebuah tanah jajahan di kawasan
benua Amerika. Perang ini merebak ke Filipina, dan pada tahun yang sama Amerika Syarikat berjaya
menyingkirkan pemerintahan Sepanyol di Filipina. Kemudian, mereka menghadapi tentangan daripada
golongan kaum nasionalis Filipina, tetapi dalam tempoh tiga tahun mereka berjaya menumpaskan golongan
tersebut, serta menguasai seluruh kepulauan Filipina.

Satu lagi pihak penjajah yang berminat terhadap negara-negara di rantau ini ialah Jerman. Walaupun orang
Jerman memperolehi tanah jajahan di Papua New Guinea dan di beberapa pulau di Lautan Pasifik, mereka
gagal menguasai sebarang kawasan di Asia Tenggara. Ketiadaan tapak tidak bererti ketiadaan perdagangan.
Syarikat perniagaan dan orang perseorangan Jerman bergiat cergas di Asia Tenggara terutama selepas tahun
1871. Mereka bergiat di pusat perdagangan antarabangsa seperti Singapura, Manila dan Bangkok. Kegiatan
Jerman ini membimbangkan pihak British. Faktor ini menjadi salah satu sebab British mula meluaskan kuasa
mereka di Tanah Melayu dan Sabah.

Antara tahun 1800 dan tahun 1914, semua negara di Asia Tenggara dikuasai oleh kuasa imperialis Barat,
melainkan Negara Thai. Walaupun negara Thai dapat mengekalkan kedaulatannya, tetapi ekonominya
dikongkong oleh kuasa imperialis Barat. Negara ini tidak dikuasai oleh kuasa imperialis Barat kerana dasar raja-
raja Thai yang bijaksana serta adanya persaingan hebat antara British dan Perancis untuk menjaga kepentingan
masing-masing di Dataran Menam Chao Phraya.

Pada mulanya, Negara Thai seperti juga Burma dan Vietnam, mengamalkan dasar tutup pintu (menghalang
kemasukan) perdagangan dan pengaruh politik Barat. Walau bagaimanapun, Raja Mongkut yang menaiki takhta
kerajaan Thai pada tahun 1851, tidak mengamalkan dasar tersebut. Sebelum baginda menaiki takhta kerajaan,
baginda pernah mempelajari bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, baginda dapat membaca buku-buku
dalam bahasa Inggeris yang memberikan gambaran tentang keadaan di dunia luar. Apabila Mongkut menjadi
raja, langkah pertama baginda ialah menandatangani Perjanjian Bowring pada tahun 1855 dengan pihak
British, yang membuka Negara Thai kepada perdagangan British. Perjanjian ini diikuti dengan perjanjian
perdagangan dengan kuasa Barat yang lain. Di samping itu, Raja Mongkut melancarkan rancangan pemodenan
dalam negeri yang berjalan dengan perlahan, dan berperingkat-peringkat. Dasar ini diteruskan oleh putera
baginda, iaitu Raja Chulalongkorn.

Sungguhpun begitu, menjelang akhir kurun ke-19, ancaman dari luar terhadap Negara Thai semakin ketara.
Negara Thai tersepit antara tanah jajahan British di sebelah selatan dan barat, dengan tanah jajahan Perancis
di sebelah timur dan utara. British dan Perancis sememangnya sudah lama bersaing untuk merebut tanah
jajahan di Asia Tenggara. British bimbang terhadap kemungkinan Perancis bertindak di Burma ataupun di
Segenting Kra. Sebaliknya, Perancis mencurigai cita-cita British tentang jalan masuk ke negara China melalui
Sungai Mekong dan Laos.

Hubungan antara British dengan Perancis di kawasan ini menjadi semakin runcing pada pertengahan tahun
1890-an, apabila Perancis meletakkan kerajaan Laos di bawah naungannya. Tindakan Perancis ini ditentang
oleh Negara Thai yang selama ini menganggap bahawa kerajaan Laos berada di bawah naungan Bangkok. Pada
tahun 1894, sebuah kapal perang Perancis membedil kubu-kubu Thai yang mengawal muara Menam Chao
Phraya. Kapal perang itu kemudiannya mudik ke Bangkok untuk memaksa Raja Chulalongkorn tunduk kepada
tuntutan Perancis ke atas Laos. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Britain dan Perancis hampir berperang,
tetapi peperangan itu dapat dielakkan. Setahun kemudian, kedua-dua kuasa imperialis ini mencapai
persetujuan sulit yang menyelesaikan punca pertikaian mereka di Asia Tenggara. Menurut persetujuan
tersebut, kedua-dua kuasa berjanji menghormati kedaulatan Negara Thai. Di samping itu, kepentingan
Perancis di Kampuchea dan Laos, kepentingan British di utara Tanah Melayu dan Segenting Kra diakui oleh
kedua-dua pihak.

Sungguhpun pada kurun ke-19, Asia Tenggara merupakan sasaran utama kuasa imperialis Barat, terutamanya
Inggeris, bagi mendapatkan bahan-bahan mentah, tetapi perhatian utama mereka tetap tertumpu kepada
negara India dan China. Hal tersebut disebabkan kedua-dua negara ini mempunyai rakyat yang banyak dan
mempunyai pasaran yang luas bagi hasil keluaran kilang mereka. Menjelang kurun ke-19, British telah muncul
sebagai kuasa utama di India. Pada kurun ke-19 juga British telah memperkukuh kedudukan mereka di situ,
walaupun mereka menghadapi tentangan hebat bagi menggulingkan pemerintahannya di India pada tahun
1857. Dengan menguasai kekayaan India serta menggunakan tenaga manusia yang banyak untuk dijadikan
tentera, kuasa British di Asia Selatan adalah terjamin.

Manakala di kawasan Asia Timur, China dan Jepun masih tertutup kepada perhubungan luar. British memainkan
peranan utama dalam usaha memaksa kerajaan China membuka pelabuhannya kepada pedagang Barat. Namun
demikian beberapa kuasa Barat yang lain turut memainkan peranan. Rusia misalnya mara ke sempadan China
melalui darat dari Siberia. Pada akhir kurun ke-19, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat, dan Jepun mempunyai
kepentingan perdagangan yang luas di negara China. Perlumbaan hebat sesama kuasa-kuasa imperialis ini
menyebabkan negara China terselamat daripada dibahagi-bahagikan diantara kuasa-kuasa tersebut. Namun
demikian tekanan dari kuasa-kuasa luar ini dan pelbagai masalah dalam negara China menyebabkan usaha-
usaha pembaharuan dilancarkan dengan beberapa kaedah yang tidak sukar mendapatkan titik persamaan
terutamanya dari aspek ideologi politik.

Percubaan kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perhubungan perdagangan dengan Jepun juga terhad kerana
dasar layanan tidak imbang yang diamalkan oleh kerajaan ketenteraan Shogun Tokugawa (1603-1867). Pada
dasarnya, reaksi pemimpin Jepun terhadap ancaman kuasa imperialis Barat hampir sama dengan reaksi Raja
Mongkut yang menjalankan dasar pemodenan negaranya. Pada tahun 1854, Amerika Syarikat memaksa
kerajaan feudal Jepun membuka pelabuhannya kepada pedagang Barat. Keadaan ini menyebabkan runtuhnya
sistem pemerintahan feudal di negara itu. Pemerintahan baru Jepun, kerajaan Meiji melakukan pembaharuan
dengan usaha gigih para pemimpin mudanya. Usaha mereka berjaya memodenkan Jepun untuk menghadapi
cabaran kuasa imperialis Barat. Hasilnya pada tahun 1890, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara
perindustrian moden dan berkeupayaan tinggi dalam bidang ketenteraan. Kejayaan Jepun mengalahkan negara
China (1895) dan tentera Rusia (1905) menjadikannya sebagai kuasa imperialis terbaru dunia.

PENJAJAHAN PULAU BORNEO


Pada abad keagungannya (16-17) Brunei memerintah wilayah Sarawak dan Sabah, termasuk kepulauan Sulu.
Kuasa pengaruhnya yang berpusat di Kota Batu telah diperluaskan ke seluruh Borneo dan Philippina. Kerajaan
Brunei jelas terbukti kewibawaan politiknya dan kemasyhurannya berdasarkan kepada laporan pelayaran
Magellan dalam lawatannya pada tahun 1521, menyebut bahawa Brunei adalah sebuah bandar besar dan dihuni
oleh sekitar 25,000 keluarga.
Pada tahun 1645, kerajaan Melayu Brunei dengan bantuan Sulu telah menyerang orang Sepanyol di Philippina,
iaitu satu serangan balas ke atas serangan orang Sepanyol ke atas kepulauan Sulu sebelum itu. Sebelum itupun
Brunei pernah dimusnah bakar oleh pihak Sepanyol [pada tahun 1578]. Namum, sungguhpun orang Sepanyol
pernah tewas kepada orang Sulu pada tahun 1751, tetapi kerajaan Brunei telah merosot dan kehilangan banyak
wilayah pengaruhnya. Malahan, orang Sulu kini menjadi kuasa yang kuat di utara dan musuh ketat kepada
kerajaan Brunei. Jelas terbukti dengan perjanjian antara Brunei dan Inggeris di Balambangan pada tahun 1774,
yang menyebut perjanjian Inggeris untuk memberi perlindungi kepada Brunei daripada serang orang Sulu.
Orang Inggeris telah mendapat ganjaran untuk memonopolikan pengeluaran lada di di Brunei. Sebelum itu,
orang Inggeris terlebih dahulu menduduki Pulau Balambangan pada tahun 1761 tetapi hanya mendapat
kebenaran rasmi daripada Sultan Sulu pada tahun 1763. Sebenarnya, jelas bahawa minat Inggeris terhadap
Borneo sudah terpendam sekian lama. Di bahagian Borneo yang lain, pada tahun 1706 orang Inggeris berhasrat
untuk menubuhkan kilangnya di Banjarmasin, tetapi telah dihalau oleh Sultannya. Namun kemudiannya, oleh
kerana Sultan tersebut sedar akan kemerosotan hasil negerinya, maka dia telah menawarkan suatu
perdagangan bebas kepada Inggeris di Banjarmasin. Pihak Inggeris telah menghantar kapten Daniel Beeckman
ke Banjarmasin tetapi beliau gagal menubuhkan kilang Inggeris di sana.

Pada tahun 1747, muncul pula orang Belanda di Borneo dan menduduki Banjarmasin hingga tahun 1880,
apabila Gabenor Jeneral Marshall Deandals mengundur dari rantau Asia Tenggara untuk mempertahankan
negaranya, Holland daripada serangan Napolean (Perancis). Pihak Inggeris pula mengambil kesempatan ke atas
kelemahan Belanda ini untuk mengambil-alih pemerintahan Belanda di Jawa dan juga untuk menduduki
Banjarmasin.

Dalam awal kurun kesembilan belas, kemenangan Perancis dibawah pemerintahan Napoleon telah memberi
inspirasi kepada orang Inggeris untuk membentuk empayar mereka sendiri di kepulauan Melayu. Serangan
Napoleon ke atas negara Holland (Perang Perancis-Belanda) telah memberi peluang kepada pihak Inggeris
menakluk kepulauan Maluku pada tahun 1808. Dengan petempatan Inggeris di Maluku amat mencemaskan
pihak Belanda di pulau Jawa ketika itu. Tambahan pula, pada tahun 1811, kesultanan Banjarmasin di selatan
Borneo telah meminta perlindungan daripada Inggeris di Melaka. Wakil Gabenor Inggeris bagi Negeri-negeri
Melayu, Thomas Stamford Raffles telah menghantar seorang Resident, Alexander Hare ke Banjarmasin pada
tahun yang berikutnya. Namun, hanyalah pada 1 Oktober 1812, Sultan Banjarmasin bersetuju menandatangani
perjanjian yang mengesahkan penyerahan hak bidang kuasa tertinggi yang sepenuhnya kepada Syarikat Hinda
Timur Inggeris (SHTI) ke atas bekas-bekas tanah jajahan Belanda di Borneo.

Sebenarnya, sebaik sahaja Belanda jatuh ke tangan Perancis pada tahun 1810, Inggeris telah mara ke pulau
Jawa. Akhirnya pulau Jawa diduduki secara rasminya pada 18 September 1811 setelah pihak Belanda menyerah
kalah. Seterusnya, Raffles mula mengatur rancangan penjajahan beliau ke atas Borneo. Raffles telah mengatur
perundingan-perundingan dengan pemerintah-pemerintah pribumi (tempatan) seperti di Mataram, Madura, Bali
dan lombok. Pada tahun yang berikutnya (1811), Raffles telah menghantar ejen politik dan perdagangannya ke
pantai barat Borneo, khususnya ke Sambas dan Pontianak. Tindakan ini adalah bertujuan untuk menyiasat
kehilangan beberapa buah kapal perdagangan Inggeris di perairan rantau tersebut. F. Burn (ejen tersebut)
melaporkan bahawa perairan tersebut menjadi kubu kegiatan perlanunan yang amat aktif dan berkuasa di
perairan Asia Tenggara.
Sungguhpun pihak Inggeris berjaya mendapat kerjasama daripada kerajaan Pontianak untuk membenteraskan
kegiatan lanun di rantau itu tetapi Sambas enggan berkerjasama. Justeru itu pihak Inggeris telah cuba
menyerang Sambas dalam bulam Oktober 1812 tetapi gagal mencapai sebarang kejayaan bermakna. Pada 28
Jun 1813, sekali lagi Inggeris menyerang Sambas dan berjaya menawan Sambas. Dengan itu Inggeris mula
melancarkan perintah amnya ke atas Borneo, kecuali Banjarmasin, Pontianak dan Brunei. Perintah ini
merangkum monopoli perdagangan kepada Inggeris ke seluruh pulau Borneo kecuali di ketiga-tiga negeri
tersebut di atas.

Pada umumnya, kejayaan penjajahan Inggeris tercapai di Borneo selepas meletakkan keempat-empat negeri
tempatan yang terbesar (yang disebut di atas) mengiktirafkan kewibawaan kuasa pemerintah Inggeris pada
keseluruhannya di kepulauan Melayu. Menjelang tahun 1814, empayar Inggeris meliputi pulau-pulau Borneo,
Sulu, Lingga dan Riau, Bali, Pantai Timur Sumatra, Siam, Kemboja, Cochin-China, Tanah Melayu, Burma dan
India.

Perlantikan Lord Moira, mengganti Lord Minto sebagai Gabenaor Jenaral di pusat pentadbiran jajahan SHTI di
India pada 4 Oktober 1813 membawa banyak perubahan dan kesan buruk kepada dasar penjajahan Inggeris di
kepulauan Melayu. Misalnya pada awal 1814, arahan dari India telah sampai untuk memberhentikan dasar atau
rancangan penjajahan Raffles, khususnya ke atas Borneo. Penaklukan Napoleon di Eroupah pada ketika ini
telah sampai ke penghujung. Britain dan Holland telah menandatangani satu konvensyen pada 13 Ogos 1814
untuk menetapkan penyerahan semula semua bekas tanah jajahan Belanda yang dahulunya diambil-alih oleh
Inggeris (sejak perang meletus di Eropah pada 1 Januari 1803). Pada tahun 1816, Belanda mula berkuasa di
kepulauan Melayu sekali lagi dengan pusat pentadbirannya di Betawi.

Sungguhpun demikian, pertikaian meletus di antara Inggeris dan Belanda oleh kerana keenganan pihak Inggeris
melepaskan wilayah Banjarmasin. Pengganti Rafles, John Fendall sebagai Leftenan Jeneral telah mengutarakan
kesahan pemerintahan Inggeris di Banjarmasin berdasarkan perjanjian Alexander Hare dengan Sultan
Banjarmasin pada tahun 1812. Wujud pertentangan perjanjian 1812 dengan konvensyen 1814 di sini. Setelah
melalui jalan buntu untuk mempertahankan Banjarmasin, akhirnya pihak Inggeris mula meninggalkan wilayah
tersebut pada 9 November 1816. Dalam bulan Disember, Pesuruhajaya Belanda tiba di wilayah itu untuk
mendirikan kuasa pemerintah yang baru.

PERJANJIAN ANGLO-BELANDA 1824


Berdasarkan konvensyen 1814, semua bekas jajahan Belanda di timur dipulangkan oleh Inggeris. Inggeris
merasa terancam apabila mendapati Melaka akan menyekat perdagangan yang menguntungkan ke Pulau
Pinang. Tambahan pula perhubungan baik pihak Inggeirs dengan negeri Perak, Selangor, Riau-Linga, pantai
barat Borneo dan lain-lain akan turut terjejas apabila berlaku pemulihan kuasa Belanda di Melaka nanti.
Lantara itu, Gabenor Pulau Pinang telah mengadakan satu perjanjian perdangan yang bebas tanpa sekatan
(tiada sistem monopoli) dengan negeri-negeri tersebut pada tahun 1818 bagi menjamin penerusan perdagangan
dua hala di masa hadapan. Ini adalah kerana Inggeris mengandaikan pihak Belanda akan melancarkan sistem
monopoli sebagai langkah awal untuk menegakkan semula kuasa mereka di rantau Asia Tenggara nanti.
Pada 21 Julai 1818, Residen Melaka, Mejar John Farquhar diutus ke pantai barat Borneo, iaitu ke Pontianak
dan tiba di sana pada 7 Ogos. Beliau mendapati pihak Belanda telahpun mendarat di san lebih awal 3 minggu.
Keadaan ini memaksa beliau berundur ke Riau-Linga dan seterusnya ke Siak. Leftenan Jeneral Bangkahulu,
Raffles telah menuntut jawatankuasa sulit SHTI di London untuk meluluskan rangkaian penjajahan ke atas
Pontianak, Sambas, Brunei, Kutai dan Pasir pada bulan Mac 1818. Ini bertujuan untuk menyekat penyebaran
pengaruh Belanda di pulau Borneo. Menurut Raffles, bahawa belanda tidak ada hak langsung untuk menuntut
pulau Borneo berdasarkan konvensyen 1814. Malangnya, Lord Hastings @ Marquis Hastings (asalnya dikenali
sebagai Lord Moira-Gabenor Jeneral di India) tidak setuju dengan cadangan Raffles tersebut. Keadaan yang
mendesak telah mengubah sikap Hastings pulau Borneo langsung terhadap Raffles pada lawatan Raffles ke
Culcutta pada bulan Oktober 1818. Hastings membenarkan Raffles mencari satu penempatan baru untuk pihak
Inggeris yang bebas daripada tuntutan Belanda. Ini telah membawa kepada penemuan Singapura dalam bulan
Februari 1819.

Namun, tindakan Raffles ini menaikkan permusuhan antara kerajaan di India dan Jawa. Belanda tidak berpuas
hati dengan tindakan Inggeris yang "bertindak dahulu, dan minta kebenaran kemudian". Dalam beberapa siri
perundingan yang diadakan, Inggeris (SHTI) jelas menunjukkan reaksi yang tidak akan berganjak melepaskan
dan meninggalkan penempatan mereka di Singapura dengan mudah. Sungguhpun pada tahun 1823, utusan
Belanda telah melawat Brunei, tetapi tiada ikatan yang rasmi dibuat. Akhirnya pada 24 Mac 1824, satu
perjanjian damai di antara Raja Inggeris dan Raja Belanda telah ditandatangani.

Menurut Perjanjian 1824, dalam artikel 12 menjelaskan bahawa pulau-pulau yang terletak di selatan Selat
Singapura diletakkan di bawah pengaruh Belanda. Inggeris hanya dibenarkan menempatkan kuasa politiknya di
Utara Borneo sahaja, dan harus berundur dari Sumatra. Pada dasarnya, Belanda dan Inggeris bersetuju supaya
garisan perbatasan pengaruh masing-masing tidak merangkumi Borneo atau tidak melebihi Selat Singapura.
Dengan itu, Belanda mempunyai harapan ke atas Banjarmasin, Pontianak, Sambas, Mampawa dan Landak. Oleh
kerana kesbukan perang dan mengumpul kekayaan di pulau Jawa telah menyebabkan pihak Belanda kurang
berminat lagi ke atas Borneo. Hingga tahun 1840, wilayah Belanda di Borneo hanya tinggal Banjarmasin. Sikap
tidak berminat kerajaan Belanda di Betawi terhadap Borneo amnya, Brunei, Sabah dan Sarawak khususnya
telah memberi peluang kepada seorang pengembara Inggeris, James Brooke menduduki sungai Sarawak dengan
kapalnya The Royalist dalam bulan Ogos 1839.

PENJAJAHAN KAPTEN JAMES BROOKE DI SARAWAK.


Kapal Brooke, the Royalist tiba di Kuching, (pada asalnya dikenali sebagai Sarawak) pada 15 Ogos 1939 dalam
misi pengembaraan dan penyelidikan beliau menuju ke Sulawesi. Beliau meninggalkan Sarawak menuju ke
Sulawesi selepas sebulan melakukan peninjauan di sekitar wilayah Sarawak. Pada tahun berikutnya, beliau
kembali ke Sarawak dan bersedia menawarkan diri untuk membantu Pengiran Muda Hashim (bapa saudara
kepada Sultan Brunei ketika itu) membenteras pemberontak Pengiran Usop di Sarawak. Tawaran untuk
memiliki sebuah kerajaan sendiri di Sarawak tidak melengahkan Brooke untuk memberi bantuan beliau
sehingga berjaya. Dalam bulan Februari 1841, beliau menerima gelaran "Residen Sarawak" pada teorinya
sahaja. Kawasan Sarawak meliputi keluasan dari Tanjung Datu hingga Sungai Samarahan pada ketika itu.
Sarawak mempunai penduduki Melayu seramai 2,000 orang semasa pemerintahan Pengiran Mahkota. Selepas
pendudukan Brooke, penduduk Sarawak menigkat kepada 8,000 orang yang tertumpu di Kuching. Penduduk ini
diletakkan dibawah tiga orang pemimpin (Datu) tradisional; iaitu Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu
Temenggung. Namun Datu yang paling berpengaruh ialah Datu Patinggi Gahpur. Beliau mempnyai hubungan
yang rapat dengan kaum Dayak dan memberi kerjasama yang sebaiknya dengan pihak Brooke.

Brooke berhasrat untuk menjadi penguasa sepenuhnya ke atas wilayah Sarawak. Justeru itu, oleh kerana
tanggungan kewangan yang kian merosot telah mendorong beliau untuk mengemukan tuntutan hak mutlak ke
atas Sarawak daripada Sultan Brunei. Beliau bersedia untuk menyerang dan merampas Sarawak daripada Raja
Muda Hashim ketika itu. Raja Muda Hashim menjadi gusar lalu segera mencari penyelesaian damai dengan
Brooke. Maka pada 24 September 1842, Brooke dilantik sebagai 'Gabenor' Sarawak yang baru dengan kuasa
sepenuhnya. Sultan Brunei turut memberi pengiktirafan bangind kepada Brooke dalam lawatannya pada bulan
Julai 1842. Kesempatan ini telah Brooke ambil untuk mewujudkan perjanjian berkenaan dengan haknya ke atas
Sarawak secara muktamad. Pada 1 Ogos 1842, Sultan Brunei menandatangani perjanjian tersebut dengan
syarat pihak Brooke memberi ufti tahunan sebanyak $2,500.00. Sebagai langklah awal, Brooke menerbitkan
"Surat dari Borneo" pada tahun tersebut untuk tujuan kempennya bagi mendapatkan pengiktirafan daripada
kerajaan British berhubung dengan kedudukan beliau sebagai 'raja' di Sarawak.

Sepanjang pemerintahan James Brooke, usaha-usaha mengaman wilayah-wilayah jiran Sarawak Proper
dijalankan dengan intensif dengan harapan dapat menjaminkan kedudukan politiknya di Sarawak Proper dan
juga secara tidak langsung bermotifkan perluasan wilayahnya. Kegiatan perlanunan orang Melayu di perairan
Sarawak Proper dibenteraskan dengan bantuan angkatan laut British dari Singapura. Manakala di darat, Rajah
Brooke menangani permusuhan di kalangan penduduk pribumi di kawasan-kawasan pedalaman. Menjelang
penghabisan suku akhir kurun Kesembilan belas, penglibatan Regim Brooke secara aktif dalam masalah-
masalah penduduk pribumi merupakan suatu alasan kemanusiaan yang terbukti berkesan dalam usaha
mengukuh dan meluaskan kuasa politik pihak kaum penjajah. Kejayaan James Brooke di Borneo telah
mendapat pengiktirafan dan telah dianugerahkan pingat kepahlawanan oleh Ratu England pada tahun 1848.
Penghormatan juga diberi pada tahun 1864 dengan perlantikan sebuah konsul British ke Sarawak Proper, dan
juga pada tahun 1888 telah diberi perlindungan British.

Dalam pemerintahan Rajah Kedua, banyak wilayah-wilayah tradisional Brunei telah diserap masuk ke dalam
wilayah Sarawak Proper. Sistem pentadbiran yang baik dan keadaan aman telah dicapai ketika ini, dan aktiviti
memburu kepala di kalangan penduduk pribumi hampir berjaya dihapuskan. Perkembangan lain adalah seperti
kemasukan pedatang-pedatang dan peningkatan aktiviti perniagaan yang secara tidak langsung bertumbuhnya
pusat-pusat komersial.

Dalam pemerintahan Rajah Ketiga dan terakhir dari tahun 1917 hingga 1946, perkembangan sejarah dan
pembangunan di Sarawak agak lambat tetapi tenang. Perdagangan dan pendapatan bertambah, sementara
perkhidmatan sosial meningkat dengan pengekalan keamanan di Sarawak. Pada tahun 1941, Rajah
mencadangkan Perlembagaan Sarawak yang pertama untuk mengagihkan kuasanya kepada sebuah Majlis Tinggi
(Supreme Council) yang mengandungi 5 ahli, dan sebuah Majlis Rendah yang mengandungi 25 ahli keseluruhan
termasuk 14 ahli daripadanya adalah dilantik daripada perkhidmatan awam. Kesemua ahli Majlis Tinggi dan
Majlis Rendah dilantik oleh Rajah sendiri. Malangnya, sebulan sebelum penyerahan Perlembagaan Sarawak
tersebut, tentera Jepun telahpun mendarat dan menakluk Sarawak.
PENJAJAHAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA BRITISH DI SABAH
Bermula dengan tindakan kerajaan Brunei memberi pajakan selama 10 tahun kepada konsul Amerika ke
Borneo, Charles Lee Moses ke atas wilayah Ambong dan Marudu menjadi titik tolak bermulanya pengaruh
Inggeris di Sabah. Oleh kerana desakan daripada pihak British di Labuan ketika itu, Moses bergegas ke Hong
Kong dan menyerahkan surat kontrak pajakannya kepada dua kapitalis senegara, Joseph W. Torrey dan Thomas
B. Harris, dan rakan mereka seorang Cina, Wo Hang. Moses meletak jawatannya di sebagai konsol amerika di
Borneo, dan diganti oleh Lee Assing dan Pong Ampong. Torrey, Harris, Assing dan Ampong telah mencapai
persetujuan untuk mengabli-alih kontrak pajakan Moses tersebut dan mereka menubuhkan sebuah syarikat,
The American Trading Company of Borneo, bermodalkan Strait $7, 000 pada Oktober 1865. Pada bulan
November 1865, mereka belayar ke Borneo. Torrey dilantik sebagai Gabenor dengan gelaran Rajah di Ambong
and Marudu. Kemudian Sultan Brunei menganugerahkan kepada beliau gelaran Sir Maharajah of North Borneo.
Pusat pentadbiran beliau terletak di Kimanis, yang ditukar nama oleh Torrey sebagai Ellena. Syarikat mereka
mengalami masalah kewangan yang teruk, terutamanya selepas Thomas B. Harris (Ketua Setiausaha) meninggal
dunia pada bualn Mei 1866. Akhirnya mereka meninggalkan Kimanis pada hunjung tahun tersebut. Kuasa Italy
juga pernah mencuba untuk menduduki Pulau Banggi. Namun, oleh kerana tentangan yang kuat dari Gabenor
Inggeris, Hugh Low dari Labuan memaksa pihak Italy meninggalkan pulau tersebut.

Torrey muncul kemudian pada tahun 1875, ketika kontrak pajakan hampir tamat tempohnya. Beliau membawa
seorang pelabur berbangsa Austriam Baron von Overbeck dari Hong Kong. Overbeck ternyata berminat
terhadap pajakan tersebut sejak awal lagi. Pad 11 Julai 1874, Overbeck berpakat dengan kwan-kawan beliau
untuk mengambil-alih pajakan daripada Torrey. Malangnya Sultan Brunei enggan memperbaharui kontrak
tersebut atas nasihat Hugh Low di Labuan. Namun, mereka berjaya memujuk Pengiran Temenggung untuk
memperbaharui kontrak tersebut.

Sebenarnya ramai lagi individu yang menaruh minat terhadap wilayah utara ini. Salah seorang yang tertarik
ialah seorang dari Scotland, William Clarke Cowie, pernah dihadiahkan kepada Sulu oleh Sultan Brunei pada
tahun 1704. Cowie ialah pengurus Syarikat Labuan Trading Company yang beribu pejabat di Singapura. Pada
tahun 1876, Cowie belayar ke Hong Kong membawa hasil dari Sandakan. Beliau terus mengadakan hubungan
yang baik dengan Sultan Sulu dan secara tidak langsung memajukan wilayah Sandakan itu sendiri.

Sementara Overbeck yang gagal mendapat bantuan kewangan di Hong Kong terpaksa ke London, dan berjaya
memujuk seorang saudagar, Alfred Dent melabur sebanyak paun sterling 10,000 dalam penubuhan Chartered
Company of North Borneo. Kemudian Overbeck mendapat bantuan daripada seorang pegawai British di Tanah
Melayu, William Hood Treacher memohon persetujuan Sultan Brunei untuk memberi geran kontrak pajakan ke
atas wilayah Borneo Utara. Pada 29 Disember 1877, satu perjanjian telah ditandatangani bagi memberi hak
kontrak ke atas lebih 28,000 kilometer persegi wilayah Borneo Utara dengan kadar bayaran sewa sebanyak
Strait $15, 000 kepada Sultan Brunei. Kemudian Treacher juga berjaya mengajak dan memujuk Sultan Sulu
untuk menyewakan wilayah takluknya di Borneo Utara (Teluk Sandakan) pada 22 Januari 1877 dengan kadar
bayaran sewa sebanyak Strait $5,000 setahun.

Apabila Sepanyol menakluki Sulu pada tahun 1879, Sepanyol menuntut semua hak wilayah Sulu di Borneo
Utara. Sebaliknya, pentadbir Inggeris di Sandakan ketika itu, William Prayer telah mendapat sokongan penuh
daripada penduduk Bajau dan Sulu untuk mempertahankan daerah Sandakan. Secara beransur-ansur Prayer
memperluaskan pengaruh dan kuasanya ke arah timur dan menghapuskan kegiatan lanun orang Bajau dan
Illanun di perairan timur. Dalam bulan Jun, petempatan kompeni Inggeris di Sandakan telah terbakar.
Kemudian ditubuhkan petempatan baru dengan menukarkan nama Sandakan kepada Elopura.

Pada bulan Mac 1885, satu perjanjian damai di Eropah antara England, Jerman dan Sepanyol ditandatangani.
Perjanjian ini mengiktirafkan jajahan Sepanyol ke atas Sulu, manakala Sulu menarik balik tuntutannya ke atas
Borneo Utara. Dalam pada itu, pihak Belanda turut menuntut hak ke atas Borneo Utara berdasarkan Perjanjian
Anglo-Belanda 1824 yang menetapkan pihak Inggeris tidak boleh mewujudkan petempatan di mana-mana pulau
India Timur. Dalan tahun 1846, pihak Inggeris mendapati bahawa Perjanjian 1824 cuma menyatakan larangan
di bahagian selatan garisan Khatulistiwa. Walhal, Borneo Utara terletak di bahagian utara garisan tersebut.
Perebutan ini telah diselesaikan dengan usaha satu perjanjian pada 1891 untukmenetapkan garisan sempadan
pengaruh kedua-dua pihak.

Pada masa yang sama, wujud penentangan Amerika Syarikat terhadap petempatan Inggeris di Borneo Utara.
Pihak Amerika menuntut tidak diberitahu tentang penyerahan kontrak konsesi kepada pihak Inggeris.
Tambahan pula kontrak konsesi tersebut adalah dianggap bertindih dengan Perjanjian 1850 dengan Sultan
Brunei sebelum itu.

Dengan perubahan politik di England, terutamanya kemenangan Parti Liberal dibawah pimpinan Galdstone
pada tahun 1880 yang berfahaman anti-imperialisme, telah memberi geran Charter kepada British North
Borneo Company pada bulan November 1881. Geran tersebut memberi kuasa penuh kepada kompeni
menjalankan kuasa pentadbiran dan undang-undang di wilayah mereka. Kerajaan England bertindak hanya
sebagai pengarah tanpa berbelanja. Chatered Company of North Borneo telah ditubuhkan pada bulan April
1882. Treacher dilantik sebagai Gabenor North Borneo yang pertama dalam bulan Ogos yang berpusat di
Labuan. Pada tahun yang Treacher bertindak terus meluaskan jajahan British ke Padas dan semenanjung Klias.
Pada tahun yang berikutnya beliau sudah sampai di Sandakan. Manakala, di bahagaian selatan pula Charles
Brooke telah menakluki daerah Sungai Trusan sekembalinya beliau dari Borneo Utara dalam lawatan protestnya
ke atas tindakan kompeni mengambil Padas dan semenanjung Klias tersebut. Di pihak kompeni pula, oleh
kerana mengkhuatiri Brooke akan bertindak melampau terus, kompeni telah memohoon kerajaan England
untuk menubuhkan satu dasar perlindungan ke atas Brunei. Pengerusi kompeni ketika itu, Sir Rutherford Alcock
juga bimbang akan kuasa lain menduduki Brunei, khususnya orang Jerman yang menaruh minat terhadap
perlombongan Arang Batu di muara Sungai Brunei ketika. Pertelingkahan wujud kerana tuntutan hak dan
sempadan wilayah antara Sarawak, North Borneo dan Brunei ke atas Trusan. Keadaan ini menggesa Charles
Brooke bertindak menjajah wilayah Limbang pada bulan Mac 1890. Brunei pula didesak menerima pampasan
sebanyak Strait $6,000 satahun. Brunei dalam keadaan tanpa Residen British dan telah kehilangan Limbang
hanya menandatangani satu perjanjian perlindungan British pada 17 September 1888.

Menurut penilaian Tregonning (1965) bahawa kerajaan di London mengharapkan ejen-ejen mereka di Timur
amnya menjalankan dasar memenangi hati pribumi dengan "kindness" dan "sympathy". Sebaliknya, adalah amat
berbeza dengan apa yang hakikatnya terjadi. Misalnya, pulau Labuan dijajah oleh British pada 24 Disember
1846 dengan angkatan Sepoy-India. Kemudiannya, menjelang tahun 1888, pulau Labuan menghadapi keadaan
ekonomi yang teruk sehingga membawa kepada penyerahan pentadbirannya kepada Syarikat Berpiagam pada
tahun 1889. Di samping itu, akibat daripada tekanan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang
diperkenalkan oleh pihak kompeni juga melahirkan masalah baru iaitu kebangkitan rasa tidak puas jahit di
kalangan pribumi seterusnya. Pada tahun 1895, Leicester P. Beaufort telah dilantik sebagai Gabenor yang
baru. Masa pentadbiran beliau dibayangi dengan banyak masalah timbul daripada rasa tidak puas hati di
kalangan pegawainya sendiri dan juga tekanan daripada penentangan pribumi, terutamanya kebangkitan
pemberontakan Mat Salleh. Mohamed (Mat) Salleh berjaya menghasut penduduk Bajau pada tahun 1896 di
Inanam dan Mengkabong untuk menyerang pihak kompeni di Pulau Gaya. Mat Salleh melarikan diri ke
pedalaman, sementara pihak kompeni menuntut pampasan daripada Sultan Brunei ke atas tindakan Mat Salleh.
Tekanan ini telah mengakibatkan Sultan dan para pembesar di wilayah Borneo Utara kehilangan kuasa masing-
masing dan dibayar pampasan tahunan yang agak rendah. Justeru itu, wilayah-wilayah Inanam, Mengkabong,
Menggatal, Api-api, Simbulan dan Nafas Tambalang menjadi sebahagian daripada North Borneo. Lantaran tidak
adanya persefahaman dengan Beaufort di Labuan telah membawa Treacher berpindah dan membuka Kudat di
Teluk Marudu sebagai ibu pejabat North Borneo yang pertama. Di samping itu, tindakan Beaufort
mengeluarkan arahan mengenakan cukai ke atas beras telah menimbulkan kemarahan penduduk pribumi dan
Cina. Dasar yang diambil oleh Beaufort sebenarnya bertujuan untuk menampung kos pembinaan landasan
keretapi dan pendawaian talian telegraf dari Sandakan ke Beluran. Justeru itu, cukai kastam yang sedia ada
perlu dinaikkan. Kesannya, Beaufort terpaksa meletak jawata beliau pada tahun 1900. Jawatan tersebut telah
dipangku oleh William C. Cowie . Tidak lama kemudian, Hugh Clifford telah didatangkan dari Pahang untuk
mengambil-alih jawatan Gabenor North Borneo dan Labuan.

MEMBERS AREA

Sign In or Register

UPCOMING EVENTS

No upcoming events
Soalan 34: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga Ke-20

Pendahuluan
 Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Bagi Sarawak, perluasan kuasa dilakukan oleh
James Brooke, seorang pesara yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.
 Beliau belayar dengan kapalnya Royalist dan berusaha mencari kawasan perdagangan di tanah melayu dan Sarawak. Di
Sarawak, kepentingan perdagangan merupakan faktor utama perluasan kuasa British.
Isi-Isi penting
a) Perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Penentangan di Sarawak 1836-184. Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei
di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya, kerajaan Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran Sarawak
dan Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja. Sultan Omar Ali telah menghantar pangeran Indera
mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.

b) Pangeran Indera Mahkota bertindak


Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu. Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan
penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu. Mengenakan
cukai yang tinggi keatas orang melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah. Sekiranya orang Bidayuh
gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi. Akibatnya, orang bidayuh dan
orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang dayak memulakan penentangan pada tahun 1836.
c) Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke

Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar. Kebetulan ketika itu james Brooke seorang
bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Panggeran raja Muda dengan segeranya meminta
bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai
Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.

d) Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda Hashim (1841). Syarat-syarat
James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta jajahannya, James diberi hak untuk memungut cukai di sarawak,
Bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-undang
serta adat istiadat orang melayu di Sarawak.
Penutup

 Kesimpulannya, kesan daripada perjanjian 1841, james Brooke telah dilantik sebagai gabenor Sarawak dan Raja Sarawak
(24 Nov 1841).

You might also like