You are on page 1of 8

Fakta-fakta kejadian sejarah yang terkandung dalan dokumen mestilah relevan dengan kajian

sejarah yang dijalani oleh ahli-ahli sejarah. Setiap isi kandungan peristiwa sejarah perlu
memenuhi kriteria dalam penulisan sejarah agar tidak berlaku pemalsuan data sejarah. Manakala,
jika didapati bahawa isi kandungan dokumen sejarah adalah tidak relevan maka ahli-ahli sejarah
perlu mencari sumber dokumen sejarah di lokasi yang berlainan dan ahli sejarah perlu memberi
perhatian asal-usul dokumen untuk mengelakkan kekeliruan sekiranya ahli-ahli sejarah menemui
dokumen sejarah yang sama tetapi berada di lokasi berlainan. Melalui penemuan itu, asal-usul
dokumen sejarah dapat membantu para ahli sejarah untuk mengenalpasti peristiwa sejarah yang
berlaku di kawasan kejadian tersebut. Maklumat secara terperinci perlu dicari oleh para ahli
sejarah agar penelitian terhadap dokumen boleh dilakukan tiada unsur-unsur pemalsuan data.

Benedetto Croce berpendapat bahawa sejarah adalah bukan daripada cerita tetapi

daripada dokumen. Benedetto Croce merupakan seorang sejarawan Itali berada di bawah

pengaruh Marx selama kira-kira lima tahun, iaitu daripada tahun 1890 hinggalah 1895.

Perkara utama yang menarik perhatian beliau ialah penerangan sejarah daripada sudut

pertentangan kelas dan juga konsep materialisme dialektik. Beliau telah membaca

sebanyak mungkin karya-karya Karl Marx untuk mengetahui teorinya dengan lebih

mendalam lagi.
Demi memenuhi hakikat ini,

maka pemikiran maupun falsafah sejarah itu haruslah dibuktikan kebenaran dengan

berdasarkan bahan-bahan bukti yang sahih. Dengan kata lain, pemaparan pemikiran dan

falsafah sejarah itu haruslah dilaksanakan melalui kaedah yang sama seperti pemaparan

sesuatu peristiwa sejarah yang biasa, iaitu dengan menggunakan dokumen-dokumen yang

sah, dan bukan dengan secara angan-angan atau spekulasi sahaja. Oleh kerana itu antara
pemikiran atau falsafah sejarahnya yang terpenting di peringkat ini ialah, sejarah tidak

dibina daripada cerita-cerita, tetapi daripada dokumen-dokumen, ataupun daripada cerita-

cerita yang telah dijadikan dokumen dan dianggap demikian.

Menurut beliau, sejarah yang tidak dikaitkan dengan dokumen adalah sejarah yang tidak

dapat disahkan kebenarannya, malah tidak boleh dianggap sebagai sejarah. Croce

beranggapan kebenaran sesuatu falsafah sejarah tidaklah dapat dibuktikan semata-mata

melalui penggunaan dokumen-dokumen biasa seperti yang berlaku di dalam sesuatu kajian

terhadap sesuatu peristiwa sejarah. Kajian yang berupa falsafah sejarah adalah lebih

daripada kajian ke atas sesuatu peristiwa yang tertentu sahaja. Kajian seperti ini meliputi

keseluruhan sejarah, sama ada bagi sesebuah masyarakat atau tamadun, malah sejarah

dunia itu sendiri dengan tujuan untuk menjadikan teori sejarah atau falsafah sejarahnya itu

sesuatu yang berbentuk sejagat dari segi kebenaran atau kesejarahannya. Ertinya, ia

melihat keseluruhan pergerakan sejarah daripada sudut yang panoramik. Oleh kerana itu ia

tidaklah boleh diasaskan kepada dokumen-dokumen biasa sahaja, tetapi haruslah juga

didasarkan kepada buah-buah fikiran yang wujud di sepanjan proses pergerakan sejarah

itu.

Baginya dokumen itu tidaklah sama seperti yang diertikan oleh golongan positivis yang

ditentangnya. Dokumen-dokumen yang digunakan oleh golongan positivis iaitu seperti

catatan, laporan, buku-buku harian dan sebagainya adalah merupakan sumber-sumber

yang setaraf dengan babad; dan babad bukanlah merupakan sejarah sezaman atau masa

kini, tetapi adalah sebaliknya, yakni sejarah yang sudah mati. Beliau mengatakan, "sejarah
adalah babad yang hidup, babad [sahaja] adalan sejarah yang telah mati; sejarah adalah

sejarah sezaman atau masa kini, babad adalah sejarah masa lalu; secara prinsipnya

sejarah adalah tindakan pemikiran, atau tindakan kemahuan." Oleh kerana sejarah adalah
"tindakan pemikiran", maka dokumennya adalah "kata hati dan takulan, kesedaran,

autokesedaran dan sebagainya."

Sungguhpun pandangannya mengenai takrif dokumen ini boleh menimbulkan

kesangsian terhadap kesejarahan falsafah sejarahnya itu, namun beliau

mempertahankannya dan menganggap dokumen-dokumen dalam bentuk lain sebagai tidak

bererti dan hanya diperlukan sebagai tambahan sahaja. Idea beliau bahawa "sejarah itu

adalah tindakan pemikiran" telah diperlengkapkan lagi oleh R.G. Collingwood, iaitu

pengikut beliau yang terkenal, dengan mengatakan bahawa "semua sejarah adalah sejarah

pemikiran" dan "peristiwa sejarah adalah terdiri daripada peristiwa dalaman dan luaran,

ataupun pemikiran dan tindakan, dan pemikiran itu adalah lebih penting daripada tindakan

yang berupa peristiwa luaran".

Antara sebab sejarah adalah berdasarkan dokumen ialah agar mengelakkan pemalsuan

sejarah. Tidak kurang pentingnya, sumber yang digunakan adalah sumber yang

mempunyai kesahihannya, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pemalsuan

sumber. Pemalsuan bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam sumber

yang asli, bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau

pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber.

Kesahihan sumber dalam erti kata yang lain, adalah bertujuan untuk memastikan fakta
yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri

sebagai sumber sejarah. Selain itu, kesahihan sumber adalah untuk memelihara sifat

sejarah sebagai saintifik. Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1998), terdapat empat ciri

yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan

kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan perlu bersifat objektif. Oleh itu, dalam

maksud untuk menjadi sejarah sebagai satu bidang saintifik, aktiviti kesahihan sumber

perlu dilakukan.

Selain itu, seorang penyelidik perlu mengumpul segala sumber yang diperolehi sama

ada secara tradisi iaitu melalui pemerhatian, temubual atau bahan sejarah seperti teks,

dokumen atau artifak dan sebagainya, penyelidik meneruskan penyelidikan dengan kritikan

luaran untuk memastikan kebenaran sumber serta kritikan dalaman untuk menentukan

ketepatan serta kerasionalannya, maka langkah seterusnya penyelidik menghasilkan


penulisan sejarah bagi sesuatu yang diselidiknya. Penyelidik yang bertanggungjawab akan

melahirkan penulisan yang berwibawa dan dapat diterima sebagai sesuatu yang bermutu

tinggi. Bagi menjadikan ia bermutu tinggi, adalah menjadi kewajipan penyelidik untuk

menulis berdasarkan kebenaran serta ketepatan fakta dan membuat penghuraian yang

tepat tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur lain.13 Sebagai ahli sejarah yang terlatih,

penyelidik sedaya upaya akan meminimakan campur tangan pandangannya dalam sesuatu

cerita. Penyelidik perlu menyedari akan integriti yang diwajibkan, bertanggungjawab

terhadap bukti yang dipilih, disusun dan diinterpretasi dan mengelakkan unsur-unsur

personaliti.
Antara contoh peristiwa-peristiwa yang telah membuktikan bahawa sejarah adalah

daripada dokumen. Dokumen sejarah pada penentangan awal terhadap kuasa asing iaitu

menentang Portugis pada abad ke 16 dan ke 17 tenyata sejarah adalah daripada dokumen

ini membuktikan bahawa melalui ringkasan dokumen Portugis tentang Melaka yang

terdapat di Arkib Negara Lisbon 1505-1529. Dokumen ini mengandungi ringkasan surat-

menyurat dan catatan berkaitan dengan Melaka yang diterjemahkan dalam bahasa

inggeris. Bagi Hegel falsafah sejarah sebagai sesuatu aspek pertimbangan akal yang

bijaksana14

Falsafah sejarah hanya wujud selepas zaman pertengahan di Eropah. Zaman sebelum

itu sejarah yang ditulis banyak mengandungi campuran unsur mitos dan falsafah. Hanya

selepas zaman pertengahan barulah ilmu falsafah sejarah wujud walaupun hanya dalam

bentuk teologi Kristian yang mengandungi pendekatan sejarah. Selain itu wibawa sejarah

untuk berdiri sebagai satu disiplin ilmu atau sub disiplin dalam bidang yang lain turut

menimbulkan banyak perdebatan. Dokumen ini terdiri daripada surat menyurat bertarikh

seawal tahun 1505 hingga 1528. Ringkasan dokumen ini sebahagian daripada terbitan

tersebut.15

. Dengan dokumen sejarah tidaklah dibina daripada cerita tetapi melalui

dokumen yang ada untuk memberikan bukti.

Oleh yang demikian, antara dokumen sejarah yang terdapat dalam negara ini iaitu,

dalam perjuangan kemerdekaan satu rundingan yang dilakukan oleh YTM Tunku Abdul
Rahman untuk menuntut kemerdekaan pada tahun 1957. Rundingan ini dilakukan

mencapa matlamat dan suatu dokumen perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu telah

digarap yang kemudiannya ditandatangani di Landcaster House, London pada 8 Februari

1956. Dokumen ini ditandatangani oleh YTM Tunku Abdul Rahman , selaku Ketua Menteri

Persekutuan Tanah Melayu serta rombongan kemerdekaan serta wakil kerajaan british iaitu

Sir Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan inggeris serta tiga orang wakil lain , iaitu

Donald Charles MAcGilivray,D.A scott, Ketua setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan

John Hare16

. Antara perjanjian yang dilakukan mencatatkan penubuhan segera Tanah

Melayu yang sepenuhnya berpemerintahan sendiri dan merdeka. Mereka menuntut tarikh

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dengan adanya dokumen ini maka berlaku satu

peristawa yang memberikan semangat kepada penduduk Tanah Melayu kerana berlakunya

satu sejarah yang sangat besar iaitu kemerdekaan pada tahun 1957. Tanah Melayu tidak

dijajah oleh kuasa asing.

Seterusnya iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dimana perjanjian diantara Sultan

Kedah dengan wakil Syarikat Hindia Timur (SHTI) iaitu Francis Light. Kedudukan pulau di

permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk

menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga

sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di

wilayah. Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light telah membuat

perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British.


Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan

Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan

Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran

kehormat sebanyak 6,000 guilders Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000

guilders kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800.

Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat

pembayaran kepada negeri Kedah.

17

Menurut Benedetto Croce melihat falsafah sejarah daripada sudut yang idealistik

bahawa sejarah haruslah dibuktikan dengan berlandaskan bahan bukti yang sahih atau
dengan kaedah menggunakan dokumen yang sah, dan bukan dengan secara angan-angan

atau spekulasi.” Maka, falsafah sejarah yang sewajarnya ialah, “sejarah tidak dibina

daripada cerita, tetapi daripada dokumen ataupun daripada cerita yang telah dijadikan

dokumen.” Dalam perjuangan ke arah kemerdekaan melalui rundingan satu laporan dibuat,

Laporan jawatankuasa yang mengemukakan syor kepada jawatankuasa kerja yang

merangka cadangan untuk menggubal pelembangan Tanah Melayu,194818

Walaubagaimanapun laporan ini mendapat kecaman daripada oleh bukan ahli UMNO atau

pemimpin parti politik radikal seperti KMM.

Idea Ibn Khaldun tentang sejarah boleh dilihat melalui karya beliau iaitu “al-

Muqaddimah”. Secara umum yang didapati terdapat beberapa prinsip yang berkaitan
dengan konsep sejarah dalam karya beliau. Bagi Ibn Khaldun falsafah sejarah hanya

mengkaji fenomena sosial secara umum dan melalui ruang dan waktu. Selain itu fokus

turut diberikan kepada tujuan yang ingin dicapai serta hukum mutlak yang mengendalikan

perjalanan sejarah.

19

Sesuatu yang dikatakan kebenaran atau fakta sangat bersifat subjektif di dalam

sejarah. Sekiranya dalam pendekatan bidang lain seperti geografi, sosiologi, antropologi

sesuatu fakta mestilah boleh diuji kebenarannya. Akan tetapi bagaimana hendak menguji

kebenaran fakta sejarah. Apakah fakta sejarah hanya dihadkan kepada alam dan manusia

sahaja20

. Malah ada juga fakta yang mengatakan dalam disiplin sejarah ialah fakta

peristiwa pada masa lalu. Persoalan timbul bagaimana hendak menguji peristiwa manusia

pada masa yang lepas. Menurut sejarawan dengan merujuk kepada dokumen atau bukti-

bukti sejarah. Ini disebabkan tidak semua masa lalu tidak memiliki bukti misalnya kawasan,

bangunan, dan mata wang. Maknanya sebarang interpretasi tentang fakta haruslah

mengemukakan daripada dokumen atau bukti.

You might also like