You are on page 1of 2

Ulasan artikel uthmaniyah

Artikel ini membincangkan tentang kedatangan tamadun Islam ke Alam Melayu telah
membawa banyak perubahan yang ketara. Perubahan ini jelas dilihat berlaku dalam
aspek sosial yang mana agama Islam memainkan peranan yang penting dalam
kalangan masyarakat Melayu. Islam merupakan satu agama yang mempunyai unsur
– unsur ajaran dan tamadun yang lebih lengkap dan benar. Hal ini adalah kerana
agama Islam mempunyai Nabi Muhammad SAW yang menjadi pengutus Tuhan
agama ini iaitu Allah untuk menunjukkan cara kehidupan yang lebih baik dan kitab
agama iaitu Al-Quran sebagai garis panduan kehidupan manusia. Ajaran Islam yang
dibawa masuk mudah diterima oleh masyarakat Melayu kerana ia lebih rasional dan
logic berbanding agama sebelum kedatangan Islam. Agama yang dimaksudkan
adalah agama Hindu yang tidak mempunyai ajaran yang tetap dan matlamat yang
jelas. Selain itu, dalam tamadun Islam juga, struktur sosial masyarakat tempatan
telah berubah daripada sistem kasta kepada sistem kesamarataan taraf.
Penghapusan sistem kasta telah memberi impak kepada suasana kehidupan
masyarakat Melayu kerana mereka lebih hidup dalam kesejahteraan dan
menitikberatkan konsep persaudaraan.

Konsep persaudaraan ini mempunyai hubungkait dengan sistem pentadbiran


di negara yang menerima tamadun Islam. Buktinya dalam sistem pentadbiran
tamadun Islam, semua masyarakat memainkan peranan masing-masing yang mana
golongan pemerintah menjaga kebajikan rakyat manakala rakyat pula mematuhi
perundangan yang telah ditetapkan kerajaan. Politik Islam yang bersifat sejagat, adil
dan mengangkat nilai hak manusia merupakan unsur-unsur perubahan sebelum dan
selepas kedatangan tamadun Islam. Dalam artikel ini juga, ada menyatakan bahawa
perkembangan pendidikan di Alam Melayu banyak berlaku setelah kedatangan Islam
kerana Islam mementingkan ilmu pengetahuan yang berasaskan akal yang sihat dan
rasional. Penulis artikel ada memasukkan satu contoh peristiwa yang membuktikan
Islam telah mengembangkan pendidikan di Alam Melayu apabila seluruh masyarakat
termasuk Raja bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan Islam yang
sebelum ini tidak pernah diwujudkan di mana-mana kawasan. Banyak institusi Islam
dibina dan para ulama dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk meneruskan kegiatan
menuntut ilmu pengetahuan. Setelah meneliti artikel ini, jelaslah menunjukkan
bahawa tamadun – tamadun yang muncul pasti akan memberi sumbangan yang
besar dan boleh dilihat kesannya itu sehingga hari ini.

You might also like