You are on page 1of 6

Kesan Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Kesan dari segi Agama dan Kepercayaan


Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan
kepercayaan. Hal ini boleh dibahagi kepada tiga tahap masa iaitu sebelum
kedatangan Hindu-Buddha, selepas kedatangan Hindu-Buddha dan selepas
kedatangan Islam.

Sebelum kedatangan Hinddu-Buddha, masyarakat tempatan mempunyai
kepercayaan sendiri atau dikatakan animisme, dianimisme dan pemujaan nenek
moyang. Masyarakat Melayu mempercayai semua benda mempunyai jiwa atau
rohnya. Begitu juga kepada roh nenek moyang yang dipercayai masih
mempunyai semangat dan pengaruh. Selepas kedatangan Hindu-Buddha,
upacara agama menjadi tersusun dan formal. Namun, yang dipentingkn hanya
perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama sahaja.
Menurut pendapat Syed Naquib, kedatangan agama Hindu-Buddha tidak
mengubah pandangan masyarakat Melayu secara mutlak. Ia hanya diserap
kepada golongan atasan sahaja.

Selewat-lewatnya pada awal abad ke 15, masyarakat Melayu telah
menerima kedatangan agama Islam. Sebahagian daripada masyarakat melayu
telah meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka
percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan
menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah
berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran
Islam dalam kehidupan mereka.

Islam mengubah world view masyarakat Melayu. Mereka mendapati
kehidupan mereka berfokus kepada Tuhan. Keimanan mereka diikuti dengan
amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan
rukun haji. Masyarakat melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti
mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nurul al-
Quran.

Perubahan yang paling utama ialah dari sudut kepercayaan yang mana
masyarakat meau telah doperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang
berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world vieworang melayu
daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya,
ciri tertentu dan masyarakatnya,alam khayalannya, penyembahan berhalanya,
kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1997: 185). Selain itu,
kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah.
Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan
Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah mula mempelajari al-Quran
dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula
dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1992: 29).
Secara keseluruhannya, pandangan semesta Melayu dibentuk berasaskan
hablumminallah (berbuat baik kepada Allah) dan hablumminanas (berbuat baik
kepada manusia).


Kesan dari segi pendidikan

Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang
sama seperti golongan atasan. Sintem pendidikan yang bermula di istana mula
beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.
Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi
pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar mula
dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirnya para cendiakawan dan
ulama-ulama melayu yang menjadi pengawai [emerintah, guru-guru dan ahli
agama. Antara tokoh melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah,
Shiekh Wan Hasan Wan Ishak (Hashim Hj. Musa, 2004: 46).

Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang
begitu tinggi dengan memperkenalkan mitod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional
sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan
oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan
sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan
hidup yang munasabah pada akal yang sihat (Rashid Muhammad, 1996: 140).

Selain itu, kedatangan islam di Melaka menyebabkan sistem pendidikan
berlangsung di rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Istana yang juga
berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Ilmu
yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf.

Kesan dari segi bahasa dan kesusasteraan

Bukti keteguhan kedudukan agama Islam dapat dilihat daripada
kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang melayu ketika itu. Para
era kerajaan melayu melaka (1400-1500M), misalnya, bahasa melayu dijadikan
lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat
Melaka ketika itu. Tahap perkembagan bahasa melayu daripada bahasa klasik
kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua
zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M)
(Mahayudin Hj. Yahya, 1988: 91).

Tulisan Arab mula diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi
bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat melayu menyesuaikan
perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah
tulisan arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi.

Kedatangan Islam juga membawa perubahan terhadap warisan
kesusasteraan melayu. Banyak hasil kesusasteraan melayu ditulis
seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul dan
sebagainya. Manakala puisi yang dipengaruhi oleh sastera Islam ialah Syair
Perahu, Syair Burung Pingai dan sebagainya.

Kesan dari segi perundangan

Sistem perundangan tempatan mengalami perubahan seperti yang
tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat perpatih dan Adat
temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran
agama Islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya
sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri
ataupun didenda dan dipenjarakan sahaja.

Selain itu, tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam
dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia
menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat
terbatas dan dinyatakan secara terpenciri satu persatu. Manakala di peringkat
negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti
undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-
undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan
dan sebagainya.

Kesan dari segi Politik dan pemerintahan

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik.
Contohnya, agama islam telah diistiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.
Beberapa institusi Islam didirikan bagi mengukuhkan sistem pentadbiran
berasaskan Islam.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik
dan pentadbiran masyarakat melayu telah berubah dan dipadankan dengan
ajaran Islam. Gelaran raja bertukar menjadi sultan dan disamakan dengan
khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan
kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam
menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika
syarat-syarat dilonggarkan oleh raja.

Kesan dari segi kekeluargaan

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan
masyarakat melayu. Dalam masyarakat melayu, pembentukan jati diri dan
peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi
keutamaan.
Sistem kekeluargaan masyarakat melayu berteraskan Islam dan adat.
Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah
mereka dewasa. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep
dosa, pahala dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun diajar
bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar supaya
hormat-menghormati, bertolak ansur dalam kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah mengubah sistem kekeluargaan dalam
masyarakat melayu. Dalam sistem perkhawinan, didapati hukum syarak
mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun
Melaka.

Kesan dari segi adat dan cara hidup.

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup
Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya.
Islam telah mengubah corak hidup masyarakat melayu di dalam segala aspek
kehidupan manusia. Adat resam masyarakat melayu diperkemaskan lagi dengan
ajaran islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam, adat dan cara
hidup masyarakat melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih
terus diamalkan.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat melayu mengamalkan adat
tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat melayu mula
menganuti ajaran agama Islam, adat-adat dalam masyarakat melayu mula
diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan Islam. Contoh perubahan adalah
seperti cara menyambut kelahiran seseorang bayi, perkhawinan, adat
mendirikan rumah baru dan sebagainya.

You might also like