You are on page 1of 2

BACHELORS OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS (BIT)

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY


AND MULTIMEDIA COMMUNICATION

SEMESTER ONE 2018

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

MATRICULATION NUMBER :
IDENTITY CARD NUMBER:
CELLPHONE NUMBER :
E-MAIL ADDRESS :
LEARNING CENTRE :

LAPORAN REFLEKTIF

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?


Pada semester ini, saya telah mengambil kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia bagi
memenuhi keperluan akreditasi MQA bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Dengan
Kepujian). Kursus TITAS ini telah mengajar saya apa itu Tamadun, ia juga menerangkan
bagaimana sesebuah tamadun itu terbentuk dan apa ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu tamadun.
Titas juga memberi pencerahan bahawa definisi tamadun itu sendiri mempunyai dua pendapat
yang berbeza iaitu istilah daripada barat dan istilah dari timur. Saya juga mempelajari bahawa
setiap tamadun itu banyak memberi sumbangan kepada tamadun-tamadun lain sebagai contoh
Tamadun Islam banyak memberi impak kepada tamadun persekitarannya.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Pengalaman saya sepanjang kursus ini adalah saya telah membelajari tentang tiga jenis
pembelajaran iaitu Face-to-Face Tutorial, Self-managed learning, dan Online Learning
methodology. Bagi pelajar seperti saya yang tidak pernah mempunyai pengalaman untuk
belajar secara Online Learning, ia amat memberikan perubahan yang ketara terhadap
pembelejaran saya kerana saya terpaksa membiasakan diri dengan persekitaran bekerja sambal
belajar. Pembelajaran TITAS melalui myinspire juga amat memberikan perubahan yang amat
ketara terhadap cara bagaimana seseorang pelajar jarak jauh untuk berhubung dengan rakan
sekuliahnya dan pensyarah yang mengendalikan forum TITAS.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini ialah dengan
memperbaiki dan mengemaskini video pembelajaran yang terdapat dalam setiap kursus
myinspire. Hal ini kerana, kadangkala pembaharuan itu harus dilakukan supaya kita dapat
meningkatkan lagi mutu dan kualiti sesebuah keluaran. Setakat ini, video pembelajaran yang
berada di myinspire sangat padat tetapi masih ada kekurangan dari segi isi dan maklumat.
Kedua, saya harap pensyarah yang bertugas untuk mengendalikan forum dapat melakukan
pembelajaran 搇 ive streamingyang menggunakan Webex seperti kebanyakkan universiti
lakukan bagi menggantikan kelas sesi face-to-face.

You might also like