You are on page 1of 7

NAMA: LEE SHEAU YAN Akta Hak Cipta Terpelihara

J 15

Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah , dan di sesetengah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan (c). Hak cipta boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, intelektual, atau berseni. Ini termasuk puisi, tesis, drama, buku, filem, karya koreografi, gubahan muzik, rakaman audio, lukisan, arca, gambar foto, perisian, serta siaran radio dan televisyen, dan di sesetengah bidang kuasa, juga seni reka perindustrian. Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan terdapat panduan yang mengehadkan serta

mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhak cipta. Hak cipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai hak kepunyaan terhadap ciptaan mereka. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hak cipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat seperti: usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; penciptanya adalah orang yang berkelayakan dan karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia. Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek merangkumi karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan karya terbitan. Karya-karya tersebut adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati. Undang-undang hak cipta hanya melindungi bentuk atau cara yang mana idea-idea atau maklumat-maklumat ditunjukkan, iaitu "bentuk pernyataan fizikal".

Hak cipta tidak direka bentuk untuk tujuan melindungi idea, konsep, fakta, gaya, atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Undangundang hak cipta memberi ruang untuk karangan sindiran dan karangan pentafsiran terhadap karya-karya yang mungkin mempunyai hak cipta pada dirinya. Undang-Undang Hakcipta menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual, yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka, untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran. Terdapat empat jenis undang-undang hak intelek iaitu, Undang-undang hak cipta yang merujuk kepada kawal ketulenan kerja seseorang; Undangundang paten yang merujuk kepada kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuan; Undang-undang tanda perdagangan yang merujuk kepada kawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka serta Undang-undang rahsia perdagangan yang merujuk kepada Kawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh pempunya. Perlakuan yang melanggar hak cipta merangkumi mengeluarkan semula dalam bentuk tayangan, mempamer, melakukan, mengedar kepada awam,

melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Di samping itu, perlakuan seperti mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta juga dikira melanggar hak cipta. Pemilik hak cipta mempunyai dua cara untuk penguatkuasaan hak ciptanya. Pemilik boleh mendapatkan remedi-remedi sivil di mahkamah ataupun dengan membuat laporan polis bagi membuat tindakan jenayah. Jikalau seseorang membuat tindakan sivil maka pemilik hak cipta harus menanggung semua perbelanjaan membawa kes itu mahkamah. Jikalau berlaku pelanggaran hakcipta, pemilik hak cipta mempunyai beberapa remedi sivil yang tersedia untuknya. Ini termasuklah ganti rugi, injunksi dan akaun keuntungan.

Keselamatan Pengguna Komputer dan Internet sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman keselamatan. Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah penipuan, kerosakan/ Pengubahsuaian Program/Data Komputer dan kecurian maklumat. Kecurian maklumat termasuklah: menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi Siber, Skim cepat kaya, pornografi, pengodam/ Hacker dan juga penyebar virus. Bagi mengelakkan ancaman keselamatan komputer, jangan membuka emel yang diragu. Kadang-kala virus adalah disebarkan melalui e-mel tersebut. Jangan terlalu mudah memberikan maklumat seperti pengenalan diri, nombor kad kredit, nombor telefon dan sebagainya kepada pihak-pihak yang tidak dikenali tanpa pengetahuan orang dewasa. Ini akan memberi peluang kepada mereka mencuri maklumat tersebut untuk melakukan jenayah atau

mempergunakan maklumat tersebut untuk membeli sebarang benda yang mereka ingini. Selain itu, kita boleh menggunakan kata laluan atau perisian tertentu bagi menghalang pelajar atau anak daripada laman-laman yang tidak sesuai. Ini adalah kerana mereka akan melayari laman-laman web yang lucah atas keinginan tahu tentang pengetahuan tersebut atau dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Dari aspek keselamatan komputer, kita harus memastikan makmal komputer berhawa dingin, iaitu suhu bilik tidak melebihi 40 o . Stabilizers seperti AVR atau UPS hendaklah digunakan supaya voltan elektrik terkawal dan stabil. Elakkan terlalu banyak menggunakan soket extension dan juga elakkan komputer dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh. Bilik komputer perlu sesuai di mana cahaya harus tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Skrin komputer sebaik-baiknya 15o hingga 30o dengan aras mata dan jarak antara mata dengan skrin seharusnya antara 40-70cm. Bagi memastikan sistem komputer mempunyai ketahanan yang lama, peralatan harus bersih dan tidak berdebu serta diletakkan pada tempat yang

udara di persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap serta aras meja yang stabil. Saiz meja seharusnya cukup sesuai untuk meletakkan komputer. Jarak antara kedudukan komputer dengan dinding harus sesuai untuk peredaran udara. Dari segi aspek keselamatan perkakasan, jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran. Komputer yang rosak perlu dilaporkan, diasingkan dan dilabel untuk tindakan yang seterusnya. Imbas cakera liut sebelum digunakan bagi mengelak virus dan disimpan di dalam kotak yang bebas dari habuk dan bendasing. Sistem penggera api perlu dipasang dan kekisi pintu perlu dipasang bagi mengelak kecurian. Untuk menjaga keselamatan alat paparan video atau monitor, pengguan harus membersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis. Cara yang paling baik adalah dengan mengelap skrin dengan kain basah. Di samping itu, bahagian-bahagian dalam unit system computer perlu dijaga supaya tahan lebih lama. Sebelum membersihkan bahagian dalam unit computer, pengguna harus memutuskan hubungan bekalan kuasa elektrik dari soket. Kabel bekalan kuasa dan kabel monitor juga ditanggalkan. Tudung bingkai (casing) dibuka dan pembersih hampagas digunakan untuk mengeluarkan habuk. Kemudian, pasang semula tudung system dan semua kabel dipasang semula seperti asal. Papan kekunci juga harus dijaga dengan menterbalikkan papan kekunci untuk mengeluarkan habuk. Celah-celah kekunci dibersihkan. Dengan ini, pembelajaran teknologi maklumat di makmal yang dilengkapi dengan peralatan elektronik harus dijaga dengan baik. Maka, setiap makmal mesti mempunyai peraturan-peraturan untuk menjaga keselamatan peralatan demi mengekalkan hayat peralatan serta membolehkan pengajaran

pembelajaran berlaku dengan berkesan sepanjang masa.

Kerahsiaan Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat atau objek, bahan bertulis seperti peta. Maklumat peribadi perlu dirahsiakan dari man-mana pihak tertentu yang mungkin menggunakannya secara negatif. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan perlesenan. Sebagai contoh, microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan memajukan teknologinya sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamaya di serata dunia. Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan bagi mempertingkat dan memperkukuh organisasi menunjukkan betapa pentingnya kerahsiaan dalam pembangunan teknologi. Di samping itu, nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti computer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan,insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negative. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi

penghantaran data,imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang mempunyai agenda negative. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejateraan individu berkenaan serta masyarakat atau Negara amnya. Dalam pengurusan maklumat dan pentadbiran sesuatu oganisasi dan atau

Negara,teknologi

digunakan

untuk membina

memelihara

kerahsiaan pembangunan. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undangundang, peraturan, pelesenan dan praktis penguatkuasaan pentadbiran.

Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan organisasi dan Negara, orang perseorangan atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan, mengkaji, menganalisis dan membuat penilaian terhadap data/ maklumat yang diperoleh seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab, amanah dan jujur. Jika tidak, kecuaian akan membawa padah kepada organisasi atau Negara, maka, pedidikan yang merupakan tonggak kemajuan Negara harus mementingkan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan mental pelajar untuk tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negative.

Kawalan Kendiri Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu harus mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua bahan sedia ada dengan baik demi mencapai keseimbangan dan integrity sebagai ahli dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia. Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika pengguanaan bahan dan teknologi. Tambahan pula, kita harus mempratikkan tanggungjawab dalam

menggunakan system teknologi dan teknologi maklumat dengan wajar serta menyedari implikasi tentang tindakan diri dalam ruang lingkup system laman web. Semasa menggunakan bahan, seseorang perlu berkebolehan untuk mengawal

diri daripada segi melayari bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri serta mempunyai disiplin diri dalam menentukan priority dalam proses mencapai matlamat kendiri, sama ada berkaitan dengan tugas atau peribadi. Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang menarik. Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang. Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang

bertanggungjawab dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini, pengguana harus memahami isu-isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Di samping itu, amalan dalam penggunaan secara bertanggungjawab dalam system teknologi dan oleh itu, etika dan nilai mesti dibentuk untuk memandu aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

You might also like