You are on page 1of 8

Penulisan Ilmiah

Huraikan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan etnik di


Soalan Malaysia dan cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menangani
cabaran-cabaran ini bagi memastikan matlamat integrasi nasional tercapai.

1.0 Pengenalan.

Hubungan etnik jitu ditakrifkan sebagai satu kefahaman antara suatu kumpulan manusia
yang mengamalkan budaya yang sama termasuklah bahasa, agama, adat resam, undang-
undang serta apa-apa bentuk perlakuan dan kepercayaan dengan kumpulan-kumpulan manusia
yang lain (Ashraf Ibrahim et al., 2017). Hubungan etnik dalam masyarakat merupakan suatu
fitrah yang menjadi keperluan bersama. Apabila wujud hubungan antara etnik, terbentuklah
integrasi dan perpaduan dalam kalangan manusia. Jika ditinjau secara mendalam, integrasi dan
perpaduan manusia bukanlah suatu proses yang ringkas.

Bersangkut dengan hal tadi, Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki penduduk
yang bervariasi kaum. Hal ini boleh dirujuk sejak kewujudan masyarakat pluralistik pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Setelah 61 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia
yang pelbagai etnik ini masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh biarpun
perlembagaan negara dibentuk bagi mewujudkan satu negara yang sejahtera bersama. Hal ini
dapat dibuktikan melalui sebuah kajian oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada tahun 2017 yang menunjukkan hubungan etnik di Malaysia masih baik,
namun risiko perkauman didapati semakin meningkat dan sekiranya tidak ditangani akan
menyebabkan rakyat mengutamakan kepentingan etnik masing-masing dalam tindakan hidup
sehingga berlakunya stereotaip, prejudis, perkauman dan diskriminasi yang menebal dalam
kalangan masyarakat (Zeti, 2017). Jadi, terdapat tiga cabaran yang perlu dilalui bagi membentuk
perpaduan dalam hubungan etnik itu. Cabaran tersebut adalah dari aspek politik, ekonomi dan
sosial.

1
2.0 Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan etnik di Malaysia.

Pemisahan
fizikal.
Sosial
Sistem pendidikan yang
berasingan.

Jurang penguasaan ekonomi


Cabaran
Hubungan Etnik Ekonomi & ketidakseimbangan
pendapatan.

Politik Parti-parti politik mengikut etnik.

Rajah 1. Cabaran hubungan etnik dari 3 aspek utama.

Berdasarkan Rajah 1, antara cabaran yang dihadapi dalam hubungan etnik di Malaysia
ialah akibat daripada pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal merupakan kesan daripada dasar
pecah dan perintah British. Ianya menyebabkan sesuatu golongan etnik tidak kenal antara satu
sama lain kerana tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan kerap. Abraham (1977)
menyatakan konflik hubungan etnik adalah disebabkan sistem penjajahan dan penaklukan itu
sendiri yang telah mencorakkan masyarakat yang amat berbeza berbanding sebelum penaklukan
berlaku. Kesannya, kita masih menghadapi kesukaran dalam mengadakan perhubungan dengan
negeri Sabah dan Sarawak waimapun kita berada pada zaman robotik ini. Pemisahan
penempatan atau fizikal ini turut merenggangkan perhubungan dan interaksi antara etnik dan
menghasilkan etnosentrimse (Ahmad Ali Seman & Warti Kimi, 2013). Akhirnya, wujudlah
prasangka serta prejudis terhadap etnik lain.

Seterusnya, dari segi sistem pendidikan yang berasingan juga hubungan etnik di Malaysia
telah terpisah. Sistem vernakular yang dilaksanakan oleh British adalah satu strategi yang
bertujuan untuk tidak wujud integrasi antara etnik sehingga menimbulkan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat (Tan, 1999). Dalam sistem ini, setiap etnik menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan (Ahmad Ali Seman & Warti Kimi, 2013). Kini,
sekolah vernakular ini menjadi punca utama komuniti Cina sukar untuk keluar daripada
kepompong pergaulan kaum sendiri kerana mereka masih beranggap bahawa tiada keperluan
berurusan bersama kaum lain selain bagi urusan di pejabat kerajaan dan perniagaan.

2
Disebabkan itu juga mahkamah dan sesetengah agensi kerajaan masih menyediakan
penterjemah untuk golongan sebegini (Mohamad Hasan, 2018). Ternyatalah, sistem
persekolahan yang terpisah ini turut menyebabkan integrasi sukar untuk dipupuk dalam kalangan
murid pada alaf digital ini.

Lantaran itu, jurang penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan yang


masih menimbul antara kaum juga menjadi faktor berlakunya pemisahan antara kaum di Malaysia
(Ashraf Ibrahim et al., 2017). Sebenarnya, setiap etnik di Malaysia berusaha mendapatkan hak
dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan dan peluang ekonomi yang wujud di
negara. Akan tetapi, keadaan ini telah menghalang interaksi yang lebih kerap dan menjadikan
semangat perkauman mereka terus menebal. Biar kita ambil contoh, pada zaman penjajahan
British, orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju, iaitu perniagaan dan
perlombongan; orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju; manakala
orang India pula menjadi buruh di ladang. Hakikatnya, keadaan ini tetap tidak berubah walaupun
kita sedang mendekati Wawasan 2020 yang dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia ke-4 (Ashraf Ibrahim et al., 2017).

Di samping itu, aspek politik juga memberi saranan perdana dalam elemen hubungan
etnik. Hal ini kerana politik merupakan tunjang utama atau tulang belakang kepada
pembangunan sesebuah negara. Namun, kini, politik ini menjadi unsur perkauman yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati serta mengukuhkan semangat kekitaan sesuatu kaum
bagi menjamin kepentingan etnik tertentu dengan mengabaikan kepentingan pihak lain. Justeru,
kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik memperkukuh identiti dan
maruah sesuatu etnik sahaja. Parti-parti ini hanya memperjuangkan kepentingan hubungan etnik
yang diwakili (Khairul, Jessica, & Ahmad, 2015). Selain itu, mereka mengemukakan pendapat
dan cadangan, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan taraf hidup melalui parti polittik
masing-masing berlandaskan kesejahteraan serta keselesaan etnik tertentu. Di samping itu,
tidak dapat dinafikan bahawa risiko etnik atau sifat perkauman semakin meningkat melalui
kempen-kempen oleh parti-parti politik untuk mempertahankan kepentingan mereka sendiri
sehingga mampu memusnahkan perpaduan. Ini disebabkan oleh setiap institusi politik
mempunyai agenda tersendiri dan menggunakan medium pengucapan kebencian untuk
mempengaruhi minda masyarakat bagi menarik lebih banyak undi berdasarkan kaum. Lebih
menakutkan, isu sensitiviti agama kurang diberikan perhatian sehingga menimbulkan kemarahan
dan pergaduhan antara kaum terutamanya dengan perkembangan teknologi terkini yang
membolehkan semua pihak menularkan sesuatu perkara dengan pantas (Zeti, 2017).

3
Sanusi Osman (1989) menambah lagi bahawa parti-parti politik perkauman di negara ini
bukan bertujuan untuk menimbulkan persefahaman dan mengurangkan perbezaan di kalangan
kumpulan-kumpulan etnik bagi mencapai persefahaman dan perpaduan tulen, sebaliknya parti-
parti ini menggunakan perbezaan yang wujud di kalangan kumpulan etnik ini bagi kepentingan
politik masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan
sejarah pahit di Malaysia sehingga kini. Punca tercetusnya peristiwa ini adalah atas semangat
kekitaan yang begitu utuh dalam setiap individu mengikut kaumnya.

3.0 Usaha-usaha bagi menangani cabaran-cabaran ini bagi memastikan matlamat


integrasi nasional tercapai.

Politik
- Menggunakan
Perlembagaan
Malaysia untuk
menunjukkan
kesaksamaan.
Ekonomi Sosial
- Menyebarluaskan - Penggunaan
peluang pekerjaan bahasa yang sama
dan membasmi dalam kurikulum.
kemiskinan.

Usaha-usaha
menangani
cabaran
hubungan
etnik
di Malaysia.

Rajah 2. Usaha-usaha menangani cabaran hubungan etnik di Malaysia.

4
Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara menyeluruh amat mencabar kerana terdapat
banyak cabaran untuk membinanya. Pelbagai usaha telahpun diambil oleh pihak kerajaan,
badan bukan kerajaan(NGO) dan masyarakat untuk membina masyarakat yang lebih adil dari
segi struktur sosial, ekonomi dan politik. Sesungguhnya, Rajah 2 turut menerangkan langkah-
langkah proaktif yang boleh diambil semua pihak di Malaysia untuk membasmi cabaran-cabaran
yang kian berkelana dalam kalangan masyarakat demi menjaga perpaduan antara kaum.

Menurut Tun Dr. Mahathir, semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia
dari sejak awal kemerdekaan turut membolehkan negara ini mengharungi cabaran rusuhan
antara kaum yang berlaku pada 1969 (Dewi Nur Harasha Alias, 2019). Jadi, tidak hairanlah jika
usaha-usaha yang akan diutarakan ini membina masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas,
tenteram, bermoral, matang, demokratik, berintegrasi, dan progresif. Antara usaha menangani
cabaran hubungan etnik di Malaysia ialah melalui pembentukan satu negara bangsa Malaysia
seperti mana yang diingini oleh Wawasan 2020 (Ashraf Ibrahim et al., 2017). Ini bermakna
sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diklasifikasikan melalui kaum, keturunan
atau warna kulit. “Saya seorang warganegara Malaysia” atau “I am Malaysian” perlulah dijadikan
identiti setiap rakyat Malaysia agar semangat perkauman dan kewilayahan dapat dikuburkan.
Secara tidak langsung, identiti ini mampu membasmi semangat mementingkan etnik sendiri yang
kian menjadi-jadi dalam parti-parti politik di Malaysia (Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar,
Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini, 2017). Dalam pada itu, fungsi Perlembagaan
Persekutuan 1948 juga tidak dapat ditinggalkan.

Selain itu, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) hendaklah


memperkenalkan dasar yang memberi ruang kepada semua anak murid untuk mempelajari
bahasa Cina dan Tamil selain bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, KPM juga perlu menyediakan
kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi untuk sekolah. Sehubungan itu, sistem Sekolah
Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan boleh juga disatukan agar generasi muda
yang akan datang dilatih dan dipupuk untuk bertoleransi, bekerjasama dan menghayati
kepelbagaian kaum di Malaysia dengan menjadikan prinsip Rukun Negara panduan kehidupan.
Kini, Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) turut memberi latihan perguruan kepada pelajar-
pelajar Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC)
bagi bidang bahasa Cina. Dengan ini, kita mampu melahirkan ramai guru bukan berbangsa Cina
berupaya mengajar bahasa Cina di sekolah rendah mahupun menengah yang disatukan itu tadi.
Pendek kata, pihak kerajaan boleh mengoptimumkan guru-guru dari program tersebut untuk
memastikan matlamat integrasi nasional dicapai. Hal ini kerana bahasa merupakan alat

5
terpenting dalam medium komunikasi yang menjadi perkara asas untuk sesebuah negara
multietnik seperti Malaysia untuk mewujudkan interaksi yang harmoni dalam kalangan seluruh
kaum (Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Adlina Abul Halim, 2013).

Di samping itu, dalam aspek ekonomi, pihak kerajaan mestilah menyebarluaskan peluang
pekerjaan dan membasmi kemiskinan serta keadaan sosioekonomi di Malaysia yang tidak
seimbang dengan kadar segera (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010). Pihak kerajaan harus
memastikan penjelasan yang terperinci sentiasa diberikan kepada rakyat agar mengelakkan
sebarang kekeliruan dan rasa tidak puas hati antara kaum. Lebih-lebih lagi, kerajaan juga perlu
menjadikan program seperti Bersama Mu oleh TV3 sebagai antara contoh program untuk
mengatasi kemiskinan. Lampiran A turut menjelaskan secara terperinci tentang program ini.
Sebenarnya, program ini perlu disebarluaskan kepada semua kaum. Dalam hal ini, komitmen
dan peranan aktif pihak swasta sangat penting. Sehubungan itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
telah berkata bahawa kerajaan pusat sentiasa akan berusaha merapatkan jurang antara
golongan miskin dengan kaya melalui memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dan
diagihkan secara saksama antara semua kaum (Dewi Nur Harasha Alias, 2019). Tuntasnya,
apabila kita dapat mengatasi perbezaan pendapatan antara kaum, negara kita akan jadi lebih
maju.

4.0 Kesimpulan.

Akhirulkalam, hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat
majmuk di Malaysia. Permuafakatan dan perpaduan antara kaum merupakan modus operandi
utama bagi membentuk negara yang aman dan harmoni (Razaleigh Muhamat & Abdul Ghafar
Don, 2016). Saya menaruh harapan yang tinggi menggunung supaya masyarakat Malaysia akan
mengalami anjakan pradigma melalui usaha-usaha yang diketengahkan bagi menangani
cabaran-cabaran dalam hubungan etnik sehingga boleh menyumbangkan idea dan tenaga untuk
memacu pembangunan negara agar negara kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara gergasi.

6
5.0 Rujukan.

Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini.
(2017). Realiti kepelbagaian kaum ke arah perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal
Sains Sosial, 2(1), 1-24. Dicapai daripada
https://www.researchgate.net/publication/329554569_REALITI_KEPELBAGAIAN_KAU
M_KE_ARAH_PERPADUAN_NASIONAL_PASCA_MERDEKA

Abraham, Colin E.R (1977). Race Relations in West Malaysia with Special Reference to Modern
Political and Economic Development. Ann Arbor, Michigan: University Microfilms
International.

Ahmad Ali Seman & Warti Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor: Freemind
Horizon Sdn. Bhd.

Ashraf Ibrahim, Aris Othman, Chin, K. T., Amaran, A. M., Sobri Ismail & Arba Kassim (2017).
Hubungan Etnik (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar.

Dewi Nur Harasha Alias (2019, Februari 08). Kerjasama & Perpaduan kaum penentu capai status
negara maju 2025 - Tun M. Berita Astro Awani. Dicapai daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerjasama-perpaduan-kaum-penentu-capai-
status-negara-maju-2025-tun-m-198051

Khairul, A. S., Jessica, O. H. L., & Ahmad, A. R. (2015). Malaysia: Ethnic Issues and National
Security. International Journal of Humanities and Social Science, 5(1), 136-141.

Mohamad Hasan. (2018, Julai 19). Tutup Sekolah Vernakular. Utusan Melayu, p.4

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif
Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3(1), 61-84.

Razaleigh Muhamat & Abdul Ghafar Don. (2016). Assimilation of chitty ethnic in Malaysia.
International Journal of Sciences and Research, 72(12), 270-287.

Sanusi Osman. (1989). Ikatan Etnik dan kelas di Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

7
Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Adlina Abul Halim. (2013). Cabaran dan Peranan Bahasa
Kebangsaan dalam Pembinaan Peradaban Malaysia. Kertas dibentangkan dalam Fourth
PPSPP International Conference 2013, Malaysia. Dicapai daripada
https://www.researchgate.net/publication/306060538_Cabaran_dan_Peranan_Bahasa_
Kebangsaan_dalam_Pembinaan_Peradaban_Malaysia

Tan, Y. S. (1999). Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu
Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 16(1), 115-
134.

Zeti, F. A. (2017, Jun 09). Sikap perkauman makin membimbangkan. Utusan Online. Dicapai
daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sikap-perkauman-makin-
membimbangkan-1.491210

You might also like