You are on page 1of 2

ORANG SUMBER 3

Maklumat Asas

Nama: Kamilah Bebi Binti Hasanar

Umur: 19

Jawatan: Pelajar Akauntan di Melaka

Skrip Temubual

Saya : Selamat tengahari cik.

Cik : Selamat tengahari.

Saya : Saya dari Ipg Kampus Ipoh ingin menemubual cik tentang sejarah
bangunan Stadthuys di Melaka.

Cik : Okay.

Saya : Soalan pertama ialah pernahkah anda melawat bangunan Stadthuys


sebelum ini?

Cik : Saya berasal dari Melaka. Jadi saya pernah melawat Stadthuys di
Melaka dengan keluarga saya dan melalui lawatan sekolah.

Saya : Soalan yang kedua ialah pada pendapat anda, bolehkah anda
menceritakan tentang latar belakang bangunan Stadthuys?

Cik : Bangunan ini dibina oleh orang Belanda pada zaman pemerintahan
orang Belanda. Bangunan ini juga merupakan bangunan yang
tertua di Melaka. Stadthuys atau bermaksud State House iaitu
dewasan bandaran. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Gereja Christ.
Selain daripada itu, Stadthuys ini adalah terkenal dengan warna
merah tetapi sebelum ini warna bangunan ialah warna putih pada tahun
1961. Itu sahaja yang saya tahu tentang latar belakang Stadthuys.

Saya : Yang seterusnya ialah apakah bahan utama binaan bangunan ini?
Cik : Bahan utama untuk membina Stadthuys ini adalah batu laterit. Tembok
asas ini dibina agak tebal iaitu tiga kaki. Lantai-lantainya juga
dibina daripada tiga bahan utama iaitu tarankota, granit dan kayu. Itu
sahaja.

Saya : Soalan seterusnya ialah adakah bangunan ini berfungsi sekarang? Dan
nyatakan fungsinya.

Cik : Bangunan Stadthuys ini masih berfungsi. Ia berfungsi sebagai salah satu
tempat pelancongan yang popular di Melaka. Dan merupakan
muzium sejarah etnografi.

Saya : Apakah ciri-ciri bangunan ini?

Cik : Bangunan Stadthuys ini berkonsepkan Belanda. Warna bangunan ini


adalah warna merah yang cerah dan menarik perhatian. Dan
bangunan ini merupakan salah satu bangunan peninggalan sejarah
oleh Portugis, Belanda, British dan negara-negara yang lain.

Saya : Soalan yang terahir ialah perlukah bangunan ini dipelihara?

Cik : Semestinya sebab ini adalah salah satu peninggalan ataupun bukti
bahawa negara kita pernah dijajah oleh Belanda, Portugis dan
negara- negara lain. Dan juga bukti peninggalan sejarah kepada
generasi akan datang. Itu sahaja.

Saya : Terima kasih kerana meluangkan masa dengan saya.

You might also like