You are on page 1of 3

ORANG SUMBER 1

Maklumat Asas

Nama: Nur Azeera Jamaluddin

Umur: 28

Jawatan: Penolong kurator

Skrip Temubual

Saya : Selamat pagi puan!

Puan : Selamat pagi.

Saya : Saya dari Ipg Kampus Ipoh ingin menemu ramah puan mengenai
sejarah bangunan ini. Soalan pertamanya ialah bilakah bangunan ini
diasaskan dan siapakah pengasasnya?

Puan : Bangunan ini diasaskan atau dibina dalam lingkungan tahun 1650an
dan mengasaskan bangunan ini ialah Belanda, orang Belanda.

Saya : Yang kedua ialah bolehkah puan memberitahu lokasi bangunan ini?

Puan : Okay. Lokasinya terletak di jalan kota berhampiran dengan gereja,


Gereja St Paul.

Saya : Okay. Seterusnya, apakah kegunaan bangunan ini sebelum merdeka


(1957)?

Puan : Bangunan ini sebelum merdeka dikatakan berfungsi sebagai dewan


perbandaran maksudnya ia sebagai pusat pentadbiran kerajaan Melaka
pada waktu dulu. Dewan bandaran tahu kan?

Saya : Ya, tahu. Yang seterusnya ialah adakah ada perbezaan bagi kegunaan
bangunan ini sekarang?

Puan : Sekarang ini bangunan ini dijadikan sebagai sebuah muzium, muzium
sejarah dan etnografi di bawah pentadbiran perbadanan negeri Melaka
dan muzium ini adalah salah satu muzium yang terdapat dibawah
pentadbiran PERZIM.

Saya : Soalan yang kelima, pada pandangan anda, mengapakah kegunaanya


berubah?

Puan : Mungkin dulu bangunan ini sebagai pusat pentadbiran kerajaan Melaka
tapi apabila PERZIM kerajaan Melaka dah ambil alih, PERZIM
berpendapat untuk dijadikan sebagai sebuah muzium. Dalam muzium
ini kita ada paparkan seperti contoh sejarah-sejarah yang terdapat di
Melaka, sejarah yang masa zaman Kesultanan Melayu Melaka, masa
zaman Portugis, Belanda, Jepun semua. Maknanya pengunjung dapat
tahu dan dapat kenal sejarah tentang semuanya di sinilah.

Saya : Soalan yang keenam ialah berdasarkan pengamatan puan, adakah


perubahan yang dilakukan baik untuk memantapkan kegunaan
bangunan ini?

Puan : Pada pendapat saya, kegunaan muzium sekarang ini memang baiklah
sebab pengunjung sudah tentu nak tahu sejarah melainkan daripada
internet apa semua, jadi mereka boleh datang ke muzium sendiri, lihat
artifak-artifak yang terdapat dekat muzium ini. Di samping, kalau melalui
pembacaan dan juga dapat tengok macam contoh artifak yang lama-
lama yang dulu, mungkin generasi akan datang tidak akan dapat lihat
lagi. Jadi, itu salah satu antara fungsi utama muziumlah, fungsi muzium
kepada masyarakat.

Saya : Yang ketujuh, pada pandangan anda, apakah bahan utama binaan
bangunan ini?

Puan : Okay, bahan utamanya terdiri daripada batu laterit, kayu, batu-bata,
kayu jati.

Saya : Seterusnya, adakah bangunan ini akan utuh atau kekal lama?

Puan : Kalau ikutkan, bangunan ini memang dah terlalu lama, jadi kalau masa
akan datang, kalau ikutkan struktur bangunan ini masih lagi kekal dan
tak ada apa-apa yang berlaku kerosakan yang teruk. Jadi, mungkin ia
akan kekal melainkan ada macam contoh perubahan cuaca.

Saya : Soalan yang kesembilan. Pada pandangan anda, adakah penting bagi
Malaysia agar kita mengekalkan warisan bangunan lama ini?

Puan : Ya, memang sangat penting. Tidak semua negeri yang ada
bangunan-bangunan lama macam ini. Jadi, Melaka adalah salah satu
negeri yang dah termasuk dalam warisan UNESCO. Maknanya dah
termasuk dalam warisan, warisan yang nyata dan tak nyata. Jadi,
memang kalau bangunan-bangunan lama ini memang sangat penting
untuk generasi akan datang sebab mereka dapat tengok sejarah
berdasarkan bangunan dan apa yang terdapat dalam bangunannya
sendiri.

Saya : Okay, soalan yang terakhir ialah bagaimanakah kita sebagai rakyat
Malaysia harus memainkan peranan kita sebagai ‘duta’ dalam
memperkenalkan warisan negara ini?

Puan : Okay. Selain daripada cara kita mempromosikan bangunan-bangunan


ini ataupun maknanya cara kita menceritakan sejarah-sejarah
bangunan ini kepada orang-orang lain. Jadi, maknanya cara
penyampaiannya sangat penting disamping, contohnya sudah tentu
budak-budak akan datang dia orang kalau tak didedahkan dengan
perkara-perkara yang melibatkan sejarah apa semua dia orang tak akan
tahu kan. Jadi, dengan benda yang macam contoh bangunan lama ini,
benda ini dah kekal, jadi kalau kita sendiri tidak pamerkan sejarah ini
kepada mereka, siapa lagikan.

Saya : Okay. Itu sahaja. Terima kasih kerana meluangkan masa dengan saya.

You might also like