You are on page 1of 2

TEMUBUAL ORANG SUMBER

Contoh Transkrip
Pn. Deva Mary a/p P,Subramaniam
50 tahun
15 Jalan Betik , Klang 41200 , Selangor

Pada 17 Julai 2020 yang lalu saya telah menemuramah Pn.Deva Mary di rumahnya untuk
mendapatkan maklumat bagi kerja kursus sejarah. Temubual itu adalah seperti berikut:

Saya : Selamat sejahtera Puan Deva . Apa khabar?


Pn. Deva : Selamat sejahtera . Saya sihat je.
Saya : Kalau tidak keberatan, saya ingin menemu bual Pn. Deva mengenai pembentukan
Malayan Union di Tanah Melayu bagi menyiapkan kerja kursus sejarah saya. Boleh?
Pn. Deva : Boleh. Saya akan membantu apa yang termampu.
Saya : Boleh Pn. Deva ceritakan mengenai latar belakang gagasan Malayan Union?
Pn. Deva : Malayan Union diwujudkan pada 1 April 1946. Sebelum itu, Jepun telah menjajah
Tanah Melayu dan kuasa Jepun serah kalah apabila bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom
pada tahun1945 yang menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua.Malayan Union
diperkenalkan untuk menggantikan British Military Administration (BMA) .
Saya : Boleh Puan jelaskan atau senarai ciri ciri Malayan Union?
Pn. Deva : Hmm… ciri Perlembagaan Malayan Union adalah NNS,NNMB dan NNMTB
disatukan sebagai satu kesatuan tetapi Singapura diasingkan. Selain itu, Malayan Union
diketuai oleh seorang Gabenor Britishyang dilantik oleh Ratu England. Raja raja Melayu
(RRM) pula hanya menjadi ahli dalam majlis Raja raja melayu yang berkuasa hanya dalam
hal ehwal agama islam dan adat istiadat melayu sahaja.
Saya : oh begitu… Bagaimana pula Jus Soli , saya ada terbaca dengan konsep ini bolehkah
Puan terangkan dengan lebih lanjut tentang konsep ini?
Pn. Deva :Konsep Jus Soli ialah kerakyatan yang diberi kepada sesiapa yang lahir di Tanah
Melayu dan Singapura dan mereka akan diberi status warga MU;tapi ada syarat lain juga
jika mereka lebih daripada 18 tahun dan tinggal selama 10-15 tahun di Tanah Melayu, maka
mereka akan diberi kewarganegaraan secara automatic.
Saya ; Wah, memang British berusaha memberi kerakyatan kepada orang yang tinggal di
Tanah Melayu dengan mudah . Bagaimana pula , dengan rekasi penduduk tempatan tentang
gagasan Malayan Union ini?
Pn. Deva Hmm.. Saya boleh jelaskan reaksi penduduk tempatan dalam dua kategori.
Saya : Apakah maksud cikgu?
Pn Deva: Maksud saya ialah satu reaksi drp RRM dan satu lagi ialah daripada rakyat biasa.
RRM bantah kerana kehilangan kedaulatan dan mereka telah menyatakan bantahan mereka
dalam pelbagai cara antaranya ialah menulis surat bantahan , membawa kes Malayan union
ke Mahkamah Tinggi England,. Mereka juga memulaukan upacara pelantikan Gabenor
Malayan Union.
Saya: Oh begitu sekali.
Pn Deva : Ya .RRM tidak mahu kuasa mereka tercabar hanya kerana MU.Mereka mahu
mempertahankan kedudukan mereka sebagai berdaulat sejak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi seperti anda telah pelajari dalam bab 1 dulu.
Saya: Kategori yang lain ialah siapa cikgu?
Pn Deva : Satu lagi kategori ialah rakyat biasa. Antaranya tokoh pentadbir melayu, golongan
wanita, Persatuan persatuan melayu.
Saya: Boleh , Puan jelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa pengenalan gagasan
MU di Tanah Melayu oleh British?
Pn. Deva : Peristiwa ini memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan semangat
kental dan semangat juang dan penyatuan orang Melayu. Sememangnya , sikap patriotik
seperti ini, haruslah menjadi contoh dan pengajaran kepada generasi muda utk
mempertahankan maruah dan bangsa serta negara daripada diambil alih oelh kuasa asing.
Saya : Ye memang betul Puan. Baiklah , terima kasih kerana Puan memberikan kerjasama
dalam temubual ini.
Pn. Deva: Sama-sama

Setelah temubual itu , saya terus pulang ke rumah bagi menyusun semula maklumat
yang saya dapat daripada Puan Deva Mary.

You might also like