You are on page 1of 15

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

WAWANCARA DENGN ABDULLAH C.D.

A bdullah C.D. adalah seorang tokoh


pejuangan kemerdekaan veteran yang ulung.
Beliau pernah mendapat pendidikan di
Clifford School, Kuala Kangsar. Kerana fikiran beliau
yang cerdas terbuka, beliau telah menerima pengaruh
progresif dari bangku sekolah lagi, khasnya oleh guru-guru
yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran
revolusi Indonesia tahun 1926 yang tinggal di Malaya (kini
Malaysia). Demi cita-cita kemerdekaan tanah air, beliau
telah menyertai KMM, PKMM dan PKM. Beliau adalah Abdullah C.D.
rakan seperjuangan akrab tokoh nasional yang terkemuka
seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad,
Mustapha Hussein dan lain-lain. Pada bulan Mei 1949, beliau telah mengasas dan
memimpin Rejimen ke-10, satu-satunya pasukan Melayu yang berjuang melawan
penjajah British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Kemudian, pada
tahun 1985, beliau dipilih sebagai Pengerusi PKM.

Soalan: Banyak orang, khasnya angkatan baru, sangat ingin


mengetahu i tentang Bapak seca ra lebih dekat. Mereka bukan
sahaja mahu menambahkan penget ahuan sendir i, bahkan mahu
merakamkan perjuangan Bapak dalam lembaran sejarah tanah
air. Ada orang mengatakan kisah perjuangan Bapak selama kira -
kira set engah abad sudah menjadi legenda, Bapak seor ang
keramat dan lain- lain.
Abdullah C.D.: ( ketawa) Saya bukan keramat, saya manusia biasa
saja.

Soalan: Bolehkah Bapak terangkan sedik it t entang latar belakang


Bapak?
Abdullah C.D.: Saya anak Perak, lahir di Lambur Kiri, Daerah
Parit, pada bulan Oktober 1923. Bapa saya bernama Anjang
Abdullah, seorang petani sedang. Dia juga ketua kampung. Emak
bernama Halimah, seorang suri rumah tangga. Kami hanya dua
beradik, ia itu s eorang kakak dan say a sendir i.

Soalan: Kami difahamkan nama Abdullah C. D. bukanlah nama


sebenar Bapak, tetapi “nama perjuan gan”. Benarkah?
Abdullah C.D.: Benar. Nama lahir at au nama sebenar saya ialah
Cik Dat. Tapi, selepas perang, ketika saya terlibat dalam gerakan
buruh dan PKMM, kerana keperluan perjuangan, saya
menggunakan Abdullah C.D.

Soalan: Bagaimana tentang pend idik an Bapak?


Abdullah C.D.: Mula -mula saya belajar di Sekolah Melayu Lamb or,
Parit, dan tamat Darjah Lima. Kemudian, saya masuk Sekolah

Kini Dan Silam 1 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Inggeris Tapah, tapi lepas it u, Sek olah Inggeris C lifford, Kuala


Kangsar. Saya sempat belajar Inggeris setakat Darjah 7 saja
kerana tercet usnya perang.

Soalan: Benarkah Bapak terlibat d alam gerakan kemerdekaan


masa di seko lah lagi?
Abdullah C.D.: Benar.

Soalan: Apakah yang mula -mula m empengaruhi Bapak?


Abdullah C.D.: Bapa saya, guru -guru, dan kegiatan d i sekolah
setelah berdir inya K esatuan Melayu Muda (KMM).

Soalan: Bolehkah Bapak cer itakan sedikit soal ini?


Abdullah C.D.: Saudara pun tahu, rakyat Perak memang terkenal
dengan semangat anti-penjajah. Pengaruh Perang Maharajalela
pada tahun 1875 memang mendalam. Sungguhpun perang itu
gagal, tapi semangat rakyat terus membara. Awal abad itu, kalau
tak silap tahun 19 30-an, rakyat Perak nak berontak lag i – di
Kuala Kangsar, Parit dan la in -la in tempat. Sa lah seorang
penganjurnya ialah Raja Chulan, keluarga diraja Perak.
Pemberontakan ini ditindas oleh British dan ramai orang
ditangkap. Tapi Almarhum Sultan Perak ampunkan mereka. Bapa
saya salah seorang yang t erlibat dalam gerakan in i. K isah -k isah
perjuangan begini selalu bapa saya ceritakan kepada s aya.

Soalan: Bagaimana dengan guru -guru Bapak?


Abdullah C.D.: Saya bernasib baik kerana ketika di sekolah
Melayu, ada seorang guru, Cikgu K arib namanya, sangat ambil
berat terhadap saya. Beliau lu lus an Tanjung Malim (Maktab
Perguruan Sultan Idr is) yang merupakan tempat semaian
semangat kebangsaan Melayu. Belia u mengajar saya di seko lah
waktu siang. Waktu ma lam pula, bapa saya hantar saya belajar di
rumahnya. Cikgu Karib menanam semangat patriotisme pada diri
saya.
Seperkara lagi, s emasa di Seko lah Inggeris C lif ford, Mr.
Lewis, seorang Ingger is yang menj adi guru besar di s itu, agak
maju juga. Beliau menjelaskan kep ada saya tentang keburukan
kapitalisme s erta menganjurkan supaya saya membaca buku -buku
Marx dan belajar falsafah Marxis.

Soalan: Babak ada menya takan bahawa bapak membaca buku -


buku Marx dan belajar falsafah Marxis. Apa pandangan Bapak
tentang fa lsafah Marxis?
Abdullah C.D.: Bagi saya falsafah Marxis itu adalah satu senjata
yang terbaik dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air dan
untuk k emajua n masyarakat umat manusia. Kami tidak
memandang Marxisme itu sebagai “d ogma”, atau pegangan ketat
yang kaku dan t idak boleh berubah, tetapi m emadukannya sesua i
dengan syarat dan keadaan di Malaya .
Akan tetapi, dalam masalah in i, ada orang menganggap
kerana kami menggunakan Marxisme, maka kami tidak beragama
atau menentang agama. Pandangan seperti in i s ebenarnya telah

Kini Dan Silam 2 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

diracuni oleh hasutan penjajah. PKM melaksanakan dasar


kebebasan beragama dan menghormati adat istiadat rakyat
semua bangsa. Saya dilahirkan sebagai Is lam dan dibesarkan
dengan didikan Is lam. Di mana jug a saya berada, pegangan ini
tetap t idak berubah.

Soalan: Ada orang Melayu yang men olak PKM k erana menganggap
komunis t elah keluar dari agama Islam. Apa pandangan Bapak
tentang ha l ini?
Jawapan: Komunisme adalah musuh kapitalisme. Fik iran
antikomun is seb enarnya dit imbulkan oleh penjajah sebagai bapa
kapitalisme. Apa yang saya nampak dalam perjuangan orang
Melayu selepas P erang Dun ia Kedu a iaitu tahu n -tahun 45-4 8,
orang Melayu yang progres (kiri) atau yang mahukan
kemerdekaan pada umumnya tidak antikomun is, tetapi mereka
yang leb ih rapat dengan penjajah y ang diwakili UMNO yang kuat
antikomun is.
Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air,
kaum komunis, nas ionalis, dan agama telah bersatu mel awan
penjajah. Di Malaya PKM dan PKMM bekerjasama sangat rapat.
Dr. Burhanuddin seorang tokoh agama yang berpandangan jauh
adalah rakan seperjuangan saya yang paling rapat. Front
Persatuan Putera -AMCJA merupaka n contoh nyata gabungan
berbagai kekuatan tersebut. Sebagai taktik dengn penjajah
British, PKM tidak tampil k e depan, tetapi ia memainkan peranan
terpent ing di belakang barisan bersatu tersebut. Hal ini berlaku
juga di Indonesia. Mereka telah m embentuk front persatuan d i
atas dasar NASAKOM ia itu nas io nalis, sos ialis, agama dan
komunis.
Dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British ka li
in i pula ramai toko h agama yang menyokong perjuangan
bersenjata khasnya Rej imen Ke-1 0, mereka menganggap perajurit
Rejimen Ke-10 sebagai jihad untuk memperjuangk an tanah air
dan agama.

Soalan: Bagaimanakah penglibatan Bapak dengan Kesatuan


Melayu Muda (KMM)?
Abdullah C.D.: Pengaruh KMM sudah meresap ke Seko lah C lifford
kira-kira tahun 19 39. Banyak buku dari Indones ia sudah sampai
ke tangan kami. Waktu malam kami adakan perbincangan politik
secara rahsia. Kami tertar ik dengan semboyan “Merdeka” yang
dilantangkan o leh KMM. Jadi apabila cawangan KMM ditubuhkan,
saya pun menjadi anggotanya. Kemudian, saya dipilih menjadi
Set iausaha KMM cawangan Lambur, iaitu kampung h alaman saya.

Soalan: Bolehkah Bapak ingat antara buku dari Indones ia yang


benar-benar membangkitkan semangat juang Bapak?
Abdullah C.D: Buku-buk u itu mema ng banyak. Saya sudah lupa
tajuknya. Sa lah satu yang saya masih ingat ialah karya Tan
Melaka.

Kini Dan Silam 3 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Soalan: Siapakah antara tokoh revolusio ner Indon esia yang


pernah Bapak hubungi?
Abdullah C.D.: Ada beberapa orang. Antaranya Pak Jenain (Sutan
Jenain), Alimin, Musso dan Suparto. Pak Jenain banyak membantu
KMM dan PKMM. Alim in pernah singgah di Kuala Lumpur
sekembalinya dari Moscow selepas perang dan menjelajahi
seluruh Malaya mengadakan kursus. Apabila beliau pu lang ke
Indones ia, beliau han tar pula Suparto ke Kua la Lumpur.

Soalan: Apakah Bapak kena l to koh k ebangsaan waktu itu s epert i


Ibrahim Yaacob, Mustapha H ussain, Pak Sako dan Ahmad
Boestamam?
Abdullah C.D.: Sebelum p erang, saya masih lagi budak -budak,
umur baru belasan tahun. Toko h sepert i Ibrahim Yaacob,
Mustapha dan Ishak (Pak Sako) sudah dewasa. Ibrahim Yaacob
saya kenal s elaku Pres iden KMM saja, tidak k enal s ecara peribadi.
Mustapha dan Pak Sako saya kena l dan mendampingi mereka
setelah kam i bergerak dalam PKMM selepas perang. Boestamam
agak sebaya dengan saya. Beliau lebih tua cuma beberapa tahun
saja. Beliau penanggungjawab KMM di Ipoh, s elainn ya Taip i ng.
Saya sudah rapat dengannya sejak s ebelum perang lagi.

Soalan: Bagaimana dengan Dr. Burhanuddin?


Abdullah C.D.: Saya dan Dok tor berkena lan sejak tahun 194 5
semasa dalam PKMM. Sejak itu, kami s ering b ergerak ke sana k e
mari bersama dan menjadi rakan seperjuangan yang akrab. Beliau
dan saya bersama -sama mengetuai rombongan Malaya ke
Persidangan Se- As ia di New Delh i, India, pada tahun 194 7 un tuk
menentang ko lon ialisme.

Soalan: Dengan Pak Rash id Maidin, bagaimana?


Abdullah C.D.: Rash id anak Perak juga, ber asal dari sebuah
kampung dekat Gopeng, tak jauh dari Lambur. Saya kenal rapat
dengannya sejak perang ant i-Jepu n, dan kami menjadi rakan
seperjuangan yang paling akrab sampai hari in i.

Soalan: Ada orang menyatakan Pak Rashid sudah men inggal.


Abdullah C.D. : (ketawa) Itu cuma khabar angin. Beliau masih
hidup, bahkan masih sihat dan aktif memimpin. Beliau seorang
yang sangat gigih.

Soalan: Bolehkah Bapak cer itaka n keadaan set elah Jepun


menceroboh dan Brit ish men yerah dir i?
Abdullah C.D.: Keadaan masa itu san gat kemelut. Pokokn ya ada
dua perkembangan penting dari segi perjuangan rakyat. Pertama,
PKM, yang ditubuhkan pada tah un 19 30, t elah men yusun
sebahagian rakyat melancarkan perjuangan. PKM mempunyai
pengaruh yang luas di kalangan orang Cina. Di ka langan ora ng
Melayu dan Ind ia, tak ada kader, hanya pada penghujung perang,
pengaruhnya mula meluas. Untuk melawan Jepun, PKM tubuhkan
Tent era Ant i-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) dan melancarkan

Kini Dan Silam 4 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

perang gerila. PKM juga bekerjasama dengan British dan


mendapatkan sedik it s enjata.
Kedua, semasa awal pendudukan Jepun, KMM dibenarkan
bergerak secara terbuka. KMM mengambil sikap bekerjasama
dengan Jepun untuk m elawan Brit is h demi k emerdekaan Malaya.
Ini sama sepert i yang dilak ukan Su karno di Indones ia. Set elah
KMM diharamkan pada tahun 1942, Ibrahim Yaacob dan beberapa
tokoh lag i menubuh kan Malai Gyu G un, atau PETA, iaitu s ebuah
pasukan tentera Melayu yang men gambil kes empatan daripada
kemudahan yang diberikan Jepun dengan tujuan mencapai
kemerdekaan. Seb elum Ibrahim berundur ke Indones ia, beliau
cuba mengatur beberapa orang membawa PETA bergabung dengan
pasukan TAJRM untuk sama -sama melawan British. Sayangnya,
kerana keadaan berubah, rancangan itu gagal.

Soalan: Mengapa KMM diharamkan pada tahun 1942?


Abdullah C.D: T elah saya jelaskan di atas ialah KMM berjuang
untuk k emerdekaan Malaya. Pada tahun 1942, Mustapha Hussein
bagi pihak KMM mengajukan tuntutan untuk merdeka kepada
pihak Jepun. Saya dan kawan-kawan KMM cawangan Lambor juga
ikut menandatangani surat tu ntutan tersebut. Kerana itu lah pihak
Jepun mengharamkan KMM.

Soalan: Apakah yang Bapak lakukan semasa pendudukan Jepun?


Abdullah C.D.: Mula -mula, saya bergerak terus dalam KMM selaku
Set iausaha KMM di Lambor. Masa itu, saya sudah ada hubungan
dengan pasukan gerila ant i-Jepu n. Kemudian, apabila Jepun
mengharamkan KMM, saya, bersama beberapa orang lagi, masuk
gerila TAJRM di P erak. Sela in t ugas t entera, saya juga melakukan
kerja propaganda untuk melawan Jepun.

Soalan: Mengapa Bapak memilih TAJ RM?


Abdullah C.D: Set elah KMM diharamkan oleh fasis Jepun, saya
dan kawan-kawan sudah hilang organisasi untuk men eruskan
perjuangan. Pada masa itu, hanya TAJRM satu -satun ya tentera
yang melawan fasis Jepun di bawah pimpinan PKM. Tentera
British telah cabut lari dan menyerah kalah.

Soalan: Apakah tanggungjawab Bapak dalam Parti Komunis


Malaya selepas perang?
Abdullah C.D.: Pada tahun 194 6, saya dilantik menjad i
Set iausaha Jabatan Kerja Melayu Jawatankuasa Pusat PKM,
bertanggungjawab atas kerja Melayu dalam PKM serta gerakan
massa Melayu.

Soalan: Bolehkah Bapak jelaskan s edikit t entang gerakan massa


Melayu?
Abdullah C.D: Orang Melayu t ingg i semangat juangnya. Dalam
masa perang dunia kedua, kedua -dua belah tebing Sungai Perak
menjadi pangkalan gerakan ant i-Jepun yang kuat. Da lam masa
aman pula, maksud saya selepas J epun ka lah, mereka menyoko ng
gerakan PKMM sehingga anggota parti itu berjum lah 1 00,00 0

Kini Dan Silam 5 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

orang lebih. Set elah meletusnya darurat, orang Melayu di banyak


tempat memanggul senjata melawan penjajah British s eperti di
Johor, Neger i Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang, Kedah dan
lain- lain. Kawasan Temerloh Pahang umpamanya, lebih s eparuh
kawasan desa massa menyokong Rej imen K e-10 seh ingga
penjajah British menganggap Temerloh sebagai kawasan Merah.

Soalan: Bagaimana dengan penubuh an Par ti Kebangsaan Melayu


Malaya (PKMM)?
Abdullah C.D.: Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu
selepas perang leb ih bergelora. Cita -c ita kem erdekaan KMM
diteruskan oleh PKMM. Kebanyakan penaja PKMM ialah bekas
pemimpin dan anggota KMM dulu. Da lam PKMM, ter dapat anggota
daripada pelbagai aliran – nas ionalis, agama, sosialis, komun is.
Tapi, tak kira apa alirannya, kami dapat ketepikan perbezaan,
dapat bersatu dan bekerjasama. In i k erana kami adalah kaum
patriot yang anti-imperia lis, anti-ko lon ialis dan cintakan
kemerdekaan, keb ebasan. Kami menubuhkan PKMM pada bulan
Oktober 19 45 dalam kongres di Ip oh. Mokhtaruddin Lasso, Dr.
Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako, saya dan ramai lagi kawan
masa itu bertanggungjawab mendirik an parti polit ik orang Melayu
untuk memperjuangkan k emerdekaan. PKMM berkembang pesat
dengan anggota kira -kira 10 0,000 orang.

Soalan: Bagaimana dengan UMNO?


Abdullah C.D.: UMNO lahir kemudian , iaitu pada bulan Mei 194 6.
Semboyannya waktu itu bukan “Merd eka”, tapi “Hidup Melayu”.

Soalan: Apakah sikap PKMM terhadap UMNO?


Abdullah C.D.: Dalam kongres per paduan bangsa Melayu pada
awal 1946, PKMM turut serta bersa ma UMNO. Pendek kata, k ita
nak kerjasama untuk m enghala u British dan mencapai
kemerdekaan. Tapi masa itu, saya masih ingat, sudah timbu l
perdebatan besar atas isu “Non” d an “Ko”. Kami dalam PKMM
ambil sikap “Non”, yakn i t idak bekerjasama dengan penjajah
British, m est i t erus berjuang untu k k emerdekaan.
Tapi, pemimpin UMNO ambil s ikap “Ko”, iaitu b ekerjasama dengan
British. Mer eka mengecam PKMM dan mengejek- ngejek semboyan
“Merdeka”.
Kerana itu, PKMM ambil keputusan keluar daripada UMNO,
dan terus membentuk gabungan pertubuhan -pertubuhan Melayu,
leb ih 60 buah semuanya, dalam Pusat Tenaga Rakyat atau
PUTERA.
PUTERA k emudian bergabung dengan AMCJ A. Gabungan
PUTERA-AMCJA in i merupakan barisan bersatu anti-Brit ish
berbilang kaum yang paling luas memperjuangkan kemerdekaan.
Kami telah meng emukakan Perlembagaan Rakyat untuk
menggantikan perlembagaan Melayu Union. Tapi British
menolakn ya dengan keras.

Soalan: Ada orang mengatakan PKMM tidak menentang Malayan


Union. Benarkah?

Kini Dan Silam 6 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Abdullah C.D.: Sebenarnya, sis tem “ Union” atau “Kesatuan” lebih


baik daripada “federation” ata u “Perseku tuan”. Sist em
persekutuan bagi negara kita men eruskan semangat k eneger ian,
kurang semangat kebangsaan yang meny eluruh. Dari seg i in i,
PKMM bersetuju dengan konsep “U nion” pada prinsipn ya. Tapi,
“Malayan Union” ciptaan Brit ish, lain tujuannya. Ia bertujuan
merampas kuasa raja -raja dan langsung tidak men yen tuh soa l
kemerdekaan Malaya. Oleh itu, PKMM menentangnya bersama -
sama dengan UMNO dan lain-la in pertubuhan waktu itu. Kerana
tentangan meny eluruh inilah, rancangan Malayan Union Brit ish
gagal.

Soalan: Apakah peranan Bapak dalam PKMM?


Abdullah C.D.: Dalam kongres k edua PKMM di Mela ka, saya dipilih
menjadi anggota Jawatankuasa Pusat dan juga Biro Polit ik nya. Dr.
Burhanuddin menjadi Yang Dipertua, Ishak Na ib Yang Dipertua.
Saya juga bertanggungjawab atas pergerakan buruh Melayu dan
kemudian men yatukannya dalam PMFTU yang berbilang kau m.
Bersama Doktor, Rashid Maid in da n la in - lain, saya j uga selalu
berulang-alik k e Gunung Semanggol. Di sana, terdapat tokoh -
tokoh agama yang penting dan berpengaruh, seperti Ustaz Abu
Bakar Al-Bakir, mudir Maahad El-Ehya Assyarif. Tokoh-to koh
agama ini menubuhkan Parti Hizbu l Muslim in yang bekerjasama
dengan PKMM dan bergabung dalam PUTERA.

Soalan: Apakah tindakan yang diambil Bapak apabila British


umumkan Darurat?
Abdullah C.D.: Gerakan PUTER A- AMCJA mendapat sambutan
begitu luas daripada rakyat. Mogok dan hartal yang kami
lancarkan cukup berkesan. Semangat “Merdeka” berkobar -kobar.
Perpaduan kaum juga baik. In i meny ebabkan British sangat takut,
lalu bertindak men indasnya.
Doktor, Boestamam dan saya telah m engadakan
perbincangan khas di Kua la Lumpur dan me ngambil k eputusan,
iait u saya dan Boestamam membawa sejumlah kawan masuk
hutan bergerila, Doktor dan kawan -kawan lain bergerak di bawah
tanah. Boestamam telah meneta pkan rancangannya untuk
mendirikan pangkalan di Tanjung Malim dengan anak buahnya
berjumlah k ira-kira 60 orang. Tapi, Boestamam kena tangkap.
Lepas itu, beliau dipenjarakan selama tujuh tahun. Saya juga
kena tangkap di Ulu Dong, Pahang, tapi mujurlah, saya dapat
melepaskan d iri. Doktor b ergerak di Singapura, tapi k ena tangkap
dan dipenjarakan kerana memimp in perjuangan orang Melayu
dalam kes Natrah di Singapura pada akhir 195 0. Rashid Maid in
juga kena tangkap di rumahnya di Sungai Manik. Beliau
dipenjarakan di M elaka, tap i dapat melepaskan dir i lalu masuk
hutan bergerila.
Ramai ahli PKMM masuk hu tan bers ama saya. Ramai juga
yang tinggal di luar dan tak berparti telah masuk UMNO – sep erti
Mustapha Hussain, Hasnul Hadi dan ramai lagi, termasuk tokoh -
tokoh pent ing UMNO selepas merdeka. Pada tahun 1950, UMNO
Pahang telah mengemukakan semboyan merdeka. Kemudian

Kini Dan Silam 7 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

kawan-kawan PKMM yang menyertai UMNO telah mengobarkan


semboyan merdeka di dalam parti itu s ehingga akhirnya telah
mengubah semboyan UMNO dari “Hidup Melayu” m enjadi
“Merdeka”. Set elah Boestamam dan Doktor dibebaskan, mereka
menubuhkan Partai Rakyat yang dipimpin o leh Boestamam.
Doktor pula mem impin P AS. Semu a ini telah t ercatat dalam
sejarah.

Soalan: Bolehkah ceritakan lebih sedik it bagaimana Bapak


melepaskan d iri daripada penangkapan penjajah?
Abdullah C. D.: Kami tiba di sebu ah rumah di Ulu Do ng hari
hampir gelap. Belasan pemuda progresif datang bertemu d engan
saya dan meminta hendak melihat bom tangan. Saya buka kep
dan beri k epada mereka melihatnya d engan sepuas hat i.
Kira-kira puku l 9.00 malam, t iba -tiba kami diserbu po lis.
Pada saat-saat yang genting itu, say a teringat akan bom tangan.
Akan tetap i, saya berfik ir pula kalau bom tangan itu dibuang,
tentu para pemuda itu akan terkena. Jadi saya t idak
membuangnya. Saya, Ah Tai dan pemuda -pemuda itu ditangkap,
14 orang semuanya, kalau tak salah ingat. Saya dan Ah Ta i
dibelenggu dengan satu gari, saya t angan kiri, manakala Ah Ta i
tangan kanan. Pemuda -pemuda itu diikat dengan tali. Kami
digiring keluar dari rumah itu. Sejumlah dokumen yang saya
bawa bersama dan bom tangan saya dirampas mereka. Saya
masih ingat tarikh perist iwa itu ialah pada 10 Julai 194 8.
Di depan saya dan Ah Tai ia lah O CPD Raub, dan di b elakang
pula, OCPD Lipis. Kedua -duanya berbangsa Inggeris. Sambil
mengancung pistol ke belakang kami, OCPD Lipis memberi
amaran: “Jangan lari, nanti saya tembak”. Saya berbisik dengan
Ah Tai b ertekad mahu melu cutkan gari itu walau tangan putus
sekalipun. Sekali gus, saya merentap kuat -kuat gari di tangan.
Alhamdulillah, gari segera terluc ut. Saya memberitahu Ah Tai.
Kami serentak men erkam dan memukul OCPD yang berjalan di
depan sehingga ia terjatuh, kemud ian lari dengan pantas.
Beberapa saat kemudian, polis -polis itu menembak ke arah
kami. Saya dan Ah Tai segera berpecah, mengambil hala masing -
masing. Saya masuk ke dalam kebu n pisang dan menanggalkan
baju saya yang berwarna putih sambil merangkak keluar dari s it u.
Polis penjajah menumpukan temb akan mereka ke arah baju
tersebut.
Ah Tai yang lar i membawa gari di tangan, mahir dengan
keadaan di situ. Manakala saya pula meraba dalam dua
kegelapan, pertama kegelapan m alam dan kedua k egelapan
kerana tak tahu sedik it pun k eadaan sek itar di situ. Beberapa jam
mengharungi keg elapan malam, akhirnya, saya nampak cahaya
api berkelip -kelip.
Alhamdulillah, sekali lagi, saya terlepas daripada bahaya.
Tuan rumah itu penyokong PKMM. Dia memberikan saya makanan,
dan pada malam itu juga, membawa saya bertemu dengan
seorang anasir cergas Tionghua di k awasan itu. Esoknya, barulah
saya bertemu semu la dengan Ah Ta i.

Kini Dan Silam 8 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Kemudiannya, kami d iberitahu o leh organisasi di Ulu Dong


bahawa penangkapan itu dilak ukan oleh dua pasukan polis dari
Lipis dan Raub, kira -kira satu platun, dalam lingkungan 30 orang.
Seorang anasir kontra -revo lus i t ela h mengkh ianati kami dengan
membuat laporan kepada polis. Kemudian, atas desakan massa
revolus ion er, pasukan lasy kar rakyat telah men embak mati
pengkhianat yang mengabdi dir i k epada penjajah itu.

Soalan: Bercakap tentang sejarah, kami mendapat tahu Bapak


sangat ambil berat pengkaj ian sejarah tanah air dan telah
menghasilkan beberapa buah tu lisan ten t ang sejarah ters ebut.
Sebagai s eorang ahli s ejarah, bolehkah Bapak berikan sedik it
pandangan mengenai masalah in i?
Abdullah C.D.: Saya bukan ah li sejar ah, cuma peminat atau
pencin ta sejarah saja. Bahan -bahan yang ada pada saya pun
terbatas. Cuma, saya rasa , sebagai ahli p erjuangan, kita bukan
saja perlu menguasai teori revolusioner dan gerakan praktikal
dengan baik, tapi juga mest i mahir dengan sejarah. Tanah air k ita
mempunyai sejarah yang lama. Bangsa kita mempunya i tamadun
yang tua lagi kaya -raya. Kita mengkaji sejarah untuk memahami
hukum-hukumnya, men egakkan k esinambungannya, mengenal
kawan dan lawan. Memahami masalah perjuangan kelas, mewarisi
tradisi rakyat yang berani berjuang melawan penindasan sejak
zaman-berzaman. Kita tak boleh memotong -motong sejarah. Di
samping menegakkan kesinambung an sejarah, kita juga perlu
meneliti perk embangan dan perubahan di atas dasar
kes inambungan tadi. Perspek tif begini, saya rasa, perlu k ita
gunakan untuk memahami dan memecahkan pelbagai masalah
negara kita, misaln ya, bagaimana masyarakat berbilang kaum
terbentuk dan la in- lain.
Kita berjuang untuk mewujudkan masyarakat yang adil pada
hari depan. Tanpa menguasai masa lampau dan masa kini,
bagaimanakah kita boleh membin a hari depan? T entu tak
mungkin. Yang perlu k ita laku kan ialah menafs irkan semula
sejarah tanah air secara objektif serta melengkapkan fakta
sejarah.
Saya perhatikan t idak sed ik it cerdik pandai k ita hari in i
tekun berusaha untu k melengkapkan sejarah tanah air k ita, baik
zaman peradaban mahupun zaman praseja rah, serta membetulkan
penyelewengan sejarah yang dilakuk an oleh s ejarahwan kolonia l.
Ini sangat per lu dan sangat baik. Pengkajian dan penemuan di
Kota Tampan, Perak, yang dilakuka n oleh rombongan pengkaji
Univers it i Sa ins Malays ia mempunyai erti yang sang at besar bagi
menegakkan zaman prasejarah negara kita di atas dasar ilmiah
yang leb ih kukuh. Saya ucapkan sya bas kepada para sarjana dan
lain- lain yang t erlibat.

Soalan: Setahu kami, nama Bapak dan Rejimen k e -10 sama


seperti darah dengan daging, tak terpisahkan kerana Bapak telah
memimpinnya dari dulu hingga sekarang. Bolehkah Bapak
ceritakan sed ik it peranan Bapak dalam memimpin pasukan
pahlawan ini?

Kini Dan Silam 9 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Abdullah C.D.: Memang saya dib eri tugas o leh PKM un tuk
mendirikan dan memimpin R ej imen ke-1 0, tapi bukan sa ya
seorang saja yang memikul tugas berat in i. Masih ada beberapa
orang lagi pemimpin Melayu bers ama -sama saya membangun
Rejimen ke- 10 menjadi s ebuah pasukan perkasa yang disegani
kawan dan lawan.
Rejimen ke-1 0 ditubuh kan pada 21 Mei 194 9, kira -k ira 4
bulan set elah T entera Pembebasan Nasiona l Malaya did irikan.
Tulang belakangnya t erdiri daripada anggota PKMM. Semasa
penubuhannya, kek uatan induk Rejimen ke- 10 berada di
Temer loh, Pahang. Namun begitu, pelbagai un it dan pasukan
Melayu d i la in- lain neger i juga b erada di bawah riayah Rejimen
ke-10. R ejim en k e-10 telah melancarkan banyak pertempuran dan
membuat sumbangan besar kepada usaha kemerdekaan tanah air.
Pada tahun 1953, pasukan induk R ejimen ke -1 0 telah beredar
dari Pahang menuju k e kawasan sem padan Malaya -Thai dan telah
mendirikan pangkalan barunya di situ. Kalau k ita bercakap
tentang kes inambungan sejarah, boleh k ita katakan bahawa
perjuangan TPNM dan Rejim en k e-10 m encerminkan
kes inambungan in i. In i merupakan k esinambungan dan sekali gus
juga perkembanga n daripada perang patriotik dan perang tani
orang Melayu du lu di bawah syarat -syarat sejarah yang baru.

Soalan: Apakah pertempuran pentin g yang Bapak sendiri pimpin


secara langsung? Apakah benar Bapak pernah cedera dalam
pertempuran?
Abdullah C.D.: Antara pertempuran penting yang saya
pimpin secara langsung ia lah pertempuran Jalan Chonur,
Jerangsang, Ulu Teka, Damak, Gong, Estet Tekal dan la in - lain.
Saya juga memandu peredaran Rejimen ke-10 dari Temer loh ke
kawasan sempadan. Saya pernah tercedera terkena b om tangan
askar British.

Soalan: Menurut pandangan Bapak, apakah peranan penting


perang gerila dalam usaha mencapai kemerdekaan?
Abdullah C.D.: Kita tak boleh membesar -besarkannya, tapi
kita tak patut juga memperkecil-k ecilkann ya, atau lebih- leb ih
lagi, menaf ikannya. Kita boleh bayangkan begini: Penjajah British
begitu ganas, ia mengerahkan lebih 400,0 00 kekuatannya di
negara kita waktu itu. Negara kita kec il, penduduknya k ira -kira
lima ju ta saja.

Apakah Britis h bersed ia memberikan kemerdekaan begit u saj a


sek iranya tiada perjuangan gigih rakyat dalam semua bentuk,
baik bersenjata mahupun bukan bersenjata? Rasa saya, tak
mungkin.
Kami di front ger ila telah membuat pengorbanan yang tidak
sedik it. Ramai pahlawan dan serik andi telah terkorban dalam
perjuangan melawan British. Dari ta hun 19 48 h ingga 195 4, kami
telah bertempur lebih 19, 100 ka li, s eramai lebih 2 6,000 t ent era
penjajah mati atau luka -luka. Kerugian besar British dalam

Kini Dan Silam 10 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

bidang ketent eraan ini memperheba tkan krisisnya dalam bidang


ekonomi dan polit ik.
Di front bukan bersenjata pula, parti patriotik lainn ya
seperti P AS, Partai Rakyat, Partai Buruh Malaya dan kekuatan
patriotik dalam UMNO memperhebatk an perjuangan kemerdekaan.
Kedua-dua front in i, secara langsun g atau tidak langsung, saling
melengkapi, saling mengenakan t eka nan ke atas British.
Saya tidak mengatakan perjuangan bersenjata saja yang
memaksa British mengaku i kem erdekaan. Tapi, sesiapa yang
bersikap adil dan objek tif dalam men ila i s ejarah, saya rasa sudah
pasti akan mengakui peranan penting perang gerila in i. Bahkan
Tunku Abdul Rahman s endir i dalam Rundingan Baling pada tahun
1955 du lu pernah mengaku i sumbangan penting perang gerila in i
untuk mencapai k emerdekaan.

Soalan: Bapak mengatakan perang gerila anti-Brit ish itu


dilancarkan untu k mencapai k emerdekaan. Tapi, ada orang
bertanya: Sekarang sudah lama merdeka, apa sebab terus
berperang? Mengapa tidak berdamai?
Abdullah C.D.: Masalah perang dan damai ini amat kusut. Kalau
saudara tengok dalam catatan sejarah, pada akhir 1957, set elah
Malaya merdeka, PKM sekali lag i mengemukakan usul u ntuk
menamatkan perang dan mewujudkan perdamaian dalam negeri.
Tapi, perang kolonial warisan penjajah British itu d iterus kan oleh
pihak k erajaan.

Soalan: Maksud Bapak, PKM berperang kerana membela d iri,


kerana terpaksa?
Abdullah C.D.: Beg itu lah. PKM t erpaksa membela dir i, membela
demokrasi dan kep ent ingan rakyat, maka PKM melancarkan
perang adil unt uk menghadapi perang tidak adil warisan penjajah
itu. Di samping itu, PKM juga melancarkan gerakan massa dan
perjuangan bentuk lainn ya. Sungg uhpun begit u, PKM bersedia
untuk menamatkan perang in i di bawah syarat -syarat yang adil
dan munasabah, dan, bersama -sama dengan pelbagai kekuatan
patriotik-demokrat ik lainn ya, berjuang dengan cara damai dan
demokratik.

Soalan: Ad a orang menuduh PKM dan TPNM sebagai “pengganas”.


Apa komen Bapak?
Abdullah C.D.: Tuduhan ini s ebenarnya propaganda yang
dilemparkan oleh penjajah Brit ish kepada pejuang yang
menentang kekuasaan dan kepen tingannya. Pahlawan anti -
penjajah dahulu seperti Mah arajalela , Tok Sagor, Datuk Bahaman
dan Tok Janggut semuanya d icap “penderhaka” o leh Brit ish.
Yamtuan Raja Haji, yang melawan Belanda, dicap sebagai
“lanun”. In i t idak mengha irankan.
Bahkan hari ini, pejuang Palest in juga dicap “pengganas”
oleh imper ialis Am erika dan Zion is Israel. Beg itu juga, pejuang
kulit h itam di Afr ika Selatan. Pada hal, seluruh dun ia tahu
bahawa pengganas yang sebenar ialah kaum Zionis Israel dan

Kini Dan Silam 11 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

kaum rasis Afrika Selatan yang kedua -duanya ditunjangi oleh


imperia lis Amer ika itu s end iri.
Anggota PKM dan TPNM adalah kaum patriot, pejuang
kemerdekaan dan kebebasan, buk annya pengganas. Penjajah
British s engaja menghitamkan yang putih dan memutihkan yang
hitam un tuk m emburuk-burukkan kami serta m emperelo kkan
dirinya.

Soalan: Satu lagi Ba pak, ada pula tuduhan kononnya tokoh -tokoh
Melayu dalam PKM hanya “alat” dan “hiasan” saja. Mereka kata
PKM “parti Cina” dan anti-Melayu.
Abdullah C.D.: Sebuah parti tak per lu ada hiasan. Program dan
dasar-dasarnya serta praktiknya dalam perjuangan, itu lah
ukurannya. Kenyataan dasar PKM dengan jelas m engakui bahawa
orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara
kita, sejarahnya paling lama, dan orang Melayu pernah membuat
sumbangan besar dalam melawan penjajahan. PKM menganjurkan
harus menghormati kedudukan is timewa orang Melayu dalam
polit ik, ekonom i dan k ebudayaan.
Di samping it u juga, perlu menghormati kedudukan pent ing
kaum Cina, Ind ia dan kaum minoriti. Dasar begini, s esua i dengan
kenyataan masyarakat negara kita. Terhadap agama, PKM
menghormati kebebasan beragama rakyat dan hak mereka untuk
mengamalkan kegiatan agama. Terhadap agama Is lam, PKM
mengakuinya s ebagai agama rasmi negara kita.
Satu perkara lagi ialah soa l raja -raja. Raja -raja adalah
lambang ketuanan Melayu s erta lambang perpaduan rakyat
berbilang kaum. Baginda adalah raja berperlembagaan. Dalam
sejarah, terdapat ramai juga raja berdiri di p ihak rakyat m elawan
penjajah dan membela tanah air. Hari ini, raja mempunyai
peranan yang ist imewa dalam masy arakat berbilang kaum. PKM
menyokong s ist em raja berperlembagaan ini.
Tentang bahasa Melayu, atau bahasa Malaysia, PKM
menyokong penggunaannya secara meluas dalam negara dan
masyarakat, bahkan sebagai bahasa pengantar untuk hubungan
antarabangsa.
PKM juga menyokong tanah sim panan (rizab) Me layu,
menyokong k ebudayaan Melayu sebagai bentuk u tama
kebudayaan negara dan lain- lain lag i.
Semua perkara tadi men yangkut k epent ingan asasi orang
Melayu. Kalau tokoh-to koh Melayu dalam PKM hanya alat atau
PKM anti-Melayu, apakah dasar -dasarnya dan tindakannya bo leh
sedemik ian rupa?

Soalan: Kami mendapat tahu yang bapa pernah terkena racun.


Apakah boleh cer itakan sed ik it ten tang masalah in i?
Jawapan: Benar, saya beberapa kali terk ena racun, tapi
keracunan yang saya alami pada tahun 1975 itu kesann ya sanga t
ketara. Saya jatuh pengsan, tak bo leh bercakap, bergerak pun
tak boleh. Surian i juga t erkena racun, tapi kesannya tidak begit u
berat dan dapat segera diubati. Dalam masa saya ditimpa

Kini Dan Silam 12 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

kemalangan itu, Surian ilah yang men anggung semua kerja saya di
samping tugas beliau s endir i.
Berkat perhatian kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa
Pusat, pimpinan-pimpinan Rej imen Ke-10 termasuk Surian i dan
seluruh kawan-kawan serta dengan iz in Allah, k esihatan saya
beransur-ansur dapat dipulihkan. Selama setahun saya dirawat di
pasukan sesaudara iaitu Organ Pasukan Khas. Kemudian barulah
kembali ke R ej imen Ke- 10. K in i di dalam usia 80 tahun leb ih,
saya masih h idup sihat.

Soalan: Pada tahun 1981, Bapak telah menubuhkan Parti


Kebangsaan Melayu Revolusio ner Malaya atau PKMRM. Ken apa?
Abdullah C.D.: PKMRM dit ubuhkan dengan tujuan men eruskan
cita-cita PKMM yang belum s elesa i it u. Sungguhpun k emerdekaan
negara sudah wujud, tapi tugas mengis i kemerdekaan sangat
berat dan rumit. Seperti PKMM dahulu, PKMRM berjuang untuk
menyatupadukan orang Melayu darip ada pelbagai aliran ideo logi –
nasionalis, agama, sosialis dan kom unis dalam satu wadah yang
bersatu demi mewujudkan demo krasi, hak asasi manusia,
keadilan masyarakat dan perpaduan nasional. PKMRM juga
berusaha bekerjasama dengan pelbagai parti dan pertubuhan lain,
baik Melayu mahupun bukan Melay u, dan membentuk barisan
bersatu yang luas bagi m encapai mat lamat di atas.

Soalan: Bolehkah Bapak terangkan bagaimana Bapak dipilih


menjadi Ket ua PKMRM?
Abdullah C.D.: Sebenarnya, saya s endir i keb eratan memegang
jawatan ini, tapi kawan-kawan men desak. Kata mereka, sebagai
anggota pucuk pimpinan PKMM yang asal, saya dapat memainkan
peranan sebagai lambang perpaduan golongan nasionalis, agama,
sosialis dan komun is, serta sebagai jambatan bagi
menghubungkan pejuang angkatan lama dengan yang baru.
Menurut mereka, saya ada kewibawaan untuk meneruskan cita -
cita PKMM dulu di bawah syarat sejarah sekarang.
Sebenarnya, penilaian kawan-kawan serta harapan mereka
terhadap saya terla lu t inggi. Tugas yang begin i berat tidak boleh
dipiku l o leh satu orang saja, ia perlu satu team atau satu
pasukan. Saya cuma memiku l tugas ini setakat yang saya mampu
dan mengharapkan kawan-kawan lain bersama saya sanggup
membenarkan saya melepaskan tugas ini dan mereka sendir i pula
memegangnya.

Soalan: Apa sebab PKM memilih B apak sebagai Pengerusi PKM


sedangkan Bapak juga adalah Penger usi atau K etua PKMRM?
Abdullah C.D.: Memang ada kawan -kawan bertanya tentang
masalah ini. Ramai kawan berpendapat pemilihan seorang tokoh
Melayu menjadi pucuk pimpinan P KM memang selaras dengan
sejarah dan perkembangan masyarakat negara kita s erta dengan
tuntutan orang ramai. Pendapat in i t epat. PKM meny edari
keperluan ini dari dulu lagi.
Kami kawan-kawan angkatan lama dalam PKM, baik Melayu,
mahupun bukan Melayu, ada kebaik an dan kekurangan masing -

Kini Dan Silam 13 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

masing. Masing -masing ada pengalaman dan kecekapan dalam


kerja memimpin. Mungk in kawan-kawan pimpinan yang lain da lam
PKM merasakan pucuk pimpinan PKM paling s esuai d isandang oleh
saya, kerana itu, saya d ipi lih.
PKMRM pula meneruskan cita -c ita PKMM, yang merupakan
pewaris kepada KMM. Dalam sejarah, PKMM bekerjasama dengan
PKM. Rejimen ke-1 0 pula merupakan kesinambungan PKMM, dan
kemudian, lah irlah PKMRM. Dengan la in perkataan, perjuangan
kaum patriot Melayu dalam KMM dulu d iterus kan dalam PKMM,
kemudian, sebahagian pokoknya dalam Rejimen ke -1 0, dan
selanjut nya, dalam PKMRM. Adanya golongan komunis dalam
PKMRM memang selaras dengan perkembangan sejarah ini.
Badan pimpinan PKMRM bukan seorang, dan bukan di hut an
saja. Ia t erdiri daripada satu ko lek tif golongan nasiona lis, agama,
sosialis dan komunis, masing -masing mempunya i hak untu k
menentu kan dasar PKMRM. Memang antara kami, kadang -kadang
terdapat perbezaan pendapat. In i perkara biasa. Prinsip dan cara
kami ialah berbincang dan mencari tit ik-t it ik persamaan melalu i
musyawarah dan permuafakatan, akhirnya, mencapai kata bulat
tentang dasar dan pelaksanaannya.
PKMRM juga bukan parti atas kertas . Ia ada perlembagaan
dan programnya sendiri, ada susunan organisasin ya s endir i, ada
cawangan-cawangannya di pelbagai tempat di tanah air. Sebagai
parti bawah tanah, sudah tentu organisasin ya serta
keanggotaannya tidak sebesar parti yang terbuka dan halal.
Lagipun, PKMRM baru berumur tujuh tahun leb ih saja pada masa
itu. Tap i, saya percaya ia mempunyai pengaruh tert entu dalam
arena polit ik nasiona l har i ini.
Memang PKMRM ada kelemahan dan kek urangan. Ini kami
telah baik i dari semasa k e s emasa. Ses iapa saja yang ada
pendapat atau ingin mengkrit ik, m enegur kami, kami sambut
dengan hangat.

Soalan: Apakah pendapat Bapak tentang peranan orang Melayu?


Abdullah C.D.: Kita perlu melihatn ya dari dua seg i, iait u seg i
sejarah dan masa sekarang. Dari segi sejarah, orang Melayu telah
membangunkan satu tamadun yang besar di Alam Melayu. Dan
apabila tamadun ini diruntuhkan dengan kejatuhan Kerajaan
Melaka, orang Melayu bangkit s ilih berganti melawan penjajah.
Orang Melayu pandai berperang, namun mereka kalah. In i bukan
kerana mereka kurang semangat berjuang, tetapi kerana mereka
dibatasi o leh syarat-syarat sejarah. Pendek kata, orang Melayu
adalah satu bangsa yang berani, yang tidak t unduk pada
penjajahan, penindasan dan kezaliman. Sekarang, dalam arena
polit ik tanah air k ita, orang Melay u memainkan peranan yang
amat penting dan menentukan, lebih- lebih lagi dengan
pertambahan pesat kaum buruh dan kaum terpelajar Melayu.

Soalan: Bagaimana soal perpaduan orang Melayu dan bukan


Melayu?
Abdullah C.D.: Orang Melay u telah menja lin h ubungan
persahabatan dengan orang Cina, In dia, Arab dan la in -la in s ejak

Kini Dan Silam 14 http://matamin02.blogspot.com


WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

2000 tahun du lu lag i. Lebih - leb ih lagi, sejak Kerajaan Melaka,


hubungan in i menjadi lebih erat. Setelah orang C ina dan India
menetap di Malaya dan sama -sama membangun tanah air kita dan
membelanya, orang Melayu beransur -ansur menerima mereka.
Perpecahan berlaku kerana dasar pecah dan perintah penjajah.
Tapi s ekarang, orang Melayu dan bukan Melay u s emakin
sedar yang mereka m empunyai kepentingan bersama. Pelbagai
parti dan pertubuhan patriotik-demokratik juga ambil berat
memupuk perpaduan antara kaum . Cadangan mereka supaya
ditubuhkan Majlis Perundingan Keb angsaan Tentang Hubungan
Antara Kaum memang munasabah. Pokoknya, pelbagai kaum
mesti sa ling belajar, saling memb antu dan saling memahami.
Sekarang, ramai orang Cina, Ind ia dan lain - la in sudah mengua sai
bahasa Melayu serta memahami k ebudayaan dan adat resam
Melayu. Selain itu, semak in ramai pula anak -anak Melayu yang
belajar bahasa Cina. In i satu p erkem bangan yang sihat.

Soalan: Soalan kami yang terakh ir, apa pendapat Bapak tentang
barisan bersatu?
Abdullah C.D.: Ada sedik it orang, apabila saja disebut barisan
bersatu, mereka akan segera memberikan cap yang ia fron t
komunis dan mesti dijauh i atau ditentang. Orang ini lupa bahawa
Barisan Nasiona l yang berk uasa sek arang ini pu n t erbentuk atas
dasar barisan bersatu juga. Yang berbeza ia lah is in ya.
Yang kita perlukan ialah barisan bersatu yang demokratik,
di mana pelbagai parti, pertubuhan dan orang perseorangan yang
patriotik-demokrat ik berpadu tenaga, menggabung kekuatan dan
bekerjasama atas dasar satu program bersama yang diterima oleh
semua pihak.
Parti politik Melayu yang awal seperti KMM, PKMM,
kemudian Partai Rakyat di bawah pimpinan Boestamam, dan PAS
di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin juga terbentuk atas dasar
gabungan kekuatan patriotik demokr atik pelbagai aliran khasnya
nasionalis, sos ialis dan agama.

Nota: wawancara ini dibuat oleh wartawan Suluh Rakyat pada tahun 1989, diedit
kali kedua pada tahun 2005.

Kini Dan Silam 15 http://matamin02.blogspot.com

You might also like