You are on page 1of 16

BAB 1: PENDAHULUAN

Dalam bab ini telah menerangkan tentang latar belakang akhbar Melayu di Tanah Melayu.
Antara akhbar yang paling lantang menyeru orang Melayu supaya bangkit menentang
penjajah ialah akhbar Suara Rakyat. Akhbar ini juga berperanan melahirkan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).PKMM telah ditubuhkan pada tahun 1945.1 PKMM
telah gunakan akhbar ini untuk mereka bersuara. Seterusnya, pejabat pencetakan Perak
Shimbun telah dijadikan pejabat akhbar Suara Rakyat. Akhbar ini secara rasminya
ditubuhkan pada 8 September 1945 di Ipoh, Perak.

Terdapat ramai tokoh-tokoh yang terkenal di Tanah Melayu telah menceburi dalam bidang
penulisan akhbar pada masa itu kerana mereka berasa dengan melibatkan diri dalam
penulisan akhbar, mereka akan dapat menyuarakan pendapat mereka dan menyeru orang
Melayu pada masa itu. Pada masa ini juga merupakan kemuncak perjuangan tokoh-tokoh di
Tanah Melayu.2 Antara tokoh yang melibatkan diri ialah Zainal Abidin Ahmad (ZA’BA),
Dato’ Onn Jaafar dan Ahmad Boestamam. Penulisan mereka yang berbentuk menyeru orang
Melayu menentang penjajah telah menyebabkan mereka dilabel sebagai golongan radikal.

Terdapat ramai tokoh yang terlibat dalam menerbitkan akhbar Suara Rakyat ini antaranya
ialah Ahmad Boestamam yang bertugas sebagai penulis ruangan rencana pengarang, Dahari
Ali merupakan setiausaha akhbar Suara Rakyat manakala Abdul Samad Ahmad pula
berperanan sebagai anggota sidang pengarang Suara Rakyat. Ahmad Boestamam menyatakan
bahawa tujuan penerbitan akhbar ini ialah bagi memberi kesedaran kepada rakyat yang
sedang leka. Pada awalnya akhbar ini mengkritik Jepun dan akhirnya akhbar ini juga
menyeru orang Melayu bangun menentang penjajahan British.

Akhbar ini juga telah menyuruh British pada masa itu memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu bersama-sama Indonesia. Kemerdekaan yang diminta ialah secara demokrasi
iaitu meletakkan kepentingan dan kehendak rakyat bagi menentukan kemerdekaan Tanah
Melayu. Pengedaran akhbar ini sangat terhad di Tanah Melayu. Antara negeri yang dapat
akhbar ini ialah Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Modal bagi menerbitkan akhbar ini
sangat sedikit kerana pada awalnya hanya berbekalkan bantuan daripada rakan seperjuangan.

1
Azmi Arifin & Abdul Rahman Haji Ismail. (2016). 'Di Sebalik Tabir' Sejarah Politik Malaysia 1945-1957.
Universiti Sains Malaysia. hlm. 28.
2
Ibid. hlm. 2.

1
Terdapat juga akhbar yang sama dengan Suara Rakyat tetapi dalam versi bahasa Inggeris
iaitu akhbar Voice of The People yang diterbitkan pada Oktober 1945.

BAB 2: PERJUANGAN SUARA RAKYAT DAN POLITIK MELAYU PERAK

Bab ini telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang politik Melayu Perak.
Bermula dengan peristiwa penentangan terhadap Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1690
yang diketuai oleh Panglima Kulub Ali. Kemudian peristiwa Perjanjian Pangkor pada tahun
1874 telah menunjukkan kebangkitan orang Melayu di Perak. Seterusnya, peristiwa Perang
Perak pada tahun 1875 yang melibatkan sebahagian besar negeri Perak dan hampir kesemua
rakyat negeri Perak. Peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Perak pada 2
November 1875 merupakan peristiwa penting dalam negeri Perak.

Akhbar Suara Rakyat dan Voice of The People merupakan akhbar rasmi parti politik di Perak
iaitu PKMM. Objektif akhbar ini adalah untuk memberi kesedaran berpolitik dalam kalangan
masyarakat Melayu Perak dan bangun bangkit menentang British di Perak. Perkara ini telah
menyebabkan masyarakat Melayu mengalami perubahan minda iaitu ke arah
memperjuangkan kemerdekaan.3 Akhbar ini juga menegaskan bahawa orang-orang
berpendidikan pada masa itu seharusnya memperjuangkan nasib orang Melayu yang tertindas
daripada mereka terus menjadi orang suruhan British dan duduk selesa tanpa memikir akan
nasib orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan ramai orang Melayu pada masa itu hidup
dalam kesusahan disebabkan ramai orang Melayu yang berpendidikan dan mempunyai
jawatan dalam pentadbiran British tidak memikirkan tentang nasib orang Melayu yang
tertindas tersebut.

Selain itu, akhbar Voice of The People juga menegaskan supaya orang Melayu mengambil
contoh daripada negara Indonesia bahawa pendidikan tradisional juga mampu melahirkan
pemimpin yang berkaliber.4 Dalam masa yang sama British berusaha untuk memperkenalkan
gagasan Malayan Union bagi menstabilkan kedudukan mereka di rantau Asia. Namun, usaha
mereka sedikit tergugat disebabkan ramai orang Melayu menentang. 5 Pada awalnya, Suara
Rakyat dan PKMM menyokong pertubuhan Malayan Union. Akhbar ini ditentang oleh

3
Ishak Saat. (2007). Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, Karisma Production Sdn. Bhd. Selangor. hlm. 31.
4
Ishak Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 117.
5
Azmi Arifin & Abdul Rahman Haji Ismail. (2016). Ibid. hlm. 28.

2
akhbar Majlis. Suara Rakyat mementingkan rakyat manakala Majlis pula berusaha
mengembalikan status quo golongan feudal Melayu. Hal ini telah menyebabkan rakyat
terbahagi kepada dua golongan iaitu penyokong Suara Rakyat dan penyokong Majlis.
Namun, pada akhirnya Suara Rakyat juga menentang gagasan Malayan Union ini.

Di samping itu, Cikgu Mohd. Yusof bin Ayob telah menulis surat kepada Setiausaha Agong
UMNO tentang perasaan tidak puas hati terhadap raja-raja Melayu yang tidak bertindak
semasa rakyat dijajah dahulu dan raja-raja Melayu ini mula bangkit menentang apabila
wujudnya gagasan Malayan Union yang bakal menggugat kedudukan mereka sebagai raja di
Tanah Melayu. Pada masa tersebut raja-raja Melayu dan bangsawan teruk dikecam oleh
rakyat tempatan disebabkan oleh sikap mereka. Maksudnya di sini ialah sebelum wujudnya
gagasan Malayan Union, raja-raja Melayu dan para bangsawan sangat leka dengan layanan
pihak British terhadap mereka sehinggakan mereka tidak mengambil cakna tentang rakyat
tempatan.

Selain itu, akhbar Voice of The People juga menyuarakan tentang hak dan kebajikan orang
Melayu dan mengajak mereka memikirkan tentang pendidikan dan ekonomi di mana mereka
sangat ketinggalan dalam hal sebegini.6 Sekiranya orang Melayu tidak sedar tentang
kepentingan pendidikan maka mereka pasti akan menjadi bangsa yang tidak tahu apa-apa dan
mundur dan mengalami kerugian. Fungsi akhbar ini sebenarnya untuk menyeru orang Melayu
bangun bangkit untuk berjuang untuk kepentingan agama dan negara.

Selepas Perang Dunia Kedua muncul parti politik yang memperjuangakan kemerdekaan
Tanah Melayu. Hal ini disebabkan oleh kesengsaraan hidup yang mereka lalui semasa zaman
peperangan. Dalam pada itu, wujud juga institusi pendidikan yang berlainan aliran namun
mempunyai matlamat yang sama iaitu demi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Golongan radikal yang jelas memperlihatkan penentangan mereka terhadap pihak British.
Oleh sebab itu Ketua Perisik, Malayan Security Service, iaitu JD Dalley telah menyenaraikan
beberapa parti yang berbahaya kepada pihak British antaranya Angkatan Pemuda Insaf (API),
PKMM dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan mereka ini semua telah diharamkan.
Mereka ini juga ditentang oleh British dan golongan elit Melayu.

6
Ishak Saat. (2006). Ibid. hlm. 11.

3
BAB 3: AKHBAR DAN KESEDARAN POLITIK MELAYU

Dalam bab ini telah menyatakan perjuangan rakyat lebih mantap disebabkan oleh Melayu dan
Islam bergabung. Perjuangan ini juga dipelopori oleh golongan yang berpendidikan Barat.
Dalam masa itu wujud juga institusi pendidikan yang pertama iaitu Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI/SITC) di Tanjung Malim, Perak yang diperkenalkan oleh pihak british yang
menekankan kefahaman sekularisme. Kewujudan isntitusi ini memberi kesan positif kerana
telah melahirkan golongan guru yang berjiwa rakyat dan sedar akan kepentingan orang
Melayu. Penubuhan institusi pendidikan ini merupaka titik mula kepada munculnya anak-
anak muda yang berpendidikan bangun menentang British.

Penyuaraan rasa tidak puas hati terhadap British adalah melalui Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakub yang merupakan guru lulusan MPSI/SITC.
Penyuaraan ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap sosioekonomi
dan politik orang Melayu pada masa itu. Selain itu, golongan berpendidikan agama iaitu
daripada institusi pengajian agama Maahad II Ihya As-Sharif juga menyuarakan tentang
ketidakpuasan hati mereka juga seiring dengan penyuaraan yang dilakukan oleh golongan
KKM. Namun, KKM tidak bertahan lama disebabkan oleh mereka dianggap sebagai
golongan radikal dan mereka telah diharamkan.7 Oleh sebab itu, Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan pada 1945 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakub,
Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Onan Siraj. Selain itu, penubuhan PKMM pada 1945 dan
Hizbul Muslimin pada 1948. Seterusnya, KRIS mengadakan kerjasama dengan Parti
Nasionalis Indonesia (PNI) dalm usaha mendapatkan kemerdekaan.

Kemudian golongan politik radikal Melayu telah berpecah dengan Indonesia disebabkan oleh
pengisytiharan kemerdekaan berasingan iaitu kemerdekaan bagi pihak Indonesia sahaja tanpa
memasukkan Semenanjung Tanah Melayu. Kegagalan usaha awal golongan radikal Melayu
di Perak untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan Indonesia pada tahun 1945 telah
mendorong para pejuang tersebut merancang gerakan dan strategi selanjutnya.8 Disebabkan
itu, ramai golongan radikal Melayu berpindah ke Indonesia antaranya ialah Ibrahim Haji
Yaakub dan Zulkifly Ownie dan mereka telah menyertai PNI dan menentang Belanda di
Indonesia. Ibrahim Haji Yaakub pula telah menukar nama ke Iskandar Kamel IBHY. Mereka
kekal menjadi rakyat Indonesia sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

7
Ishak Saat. (2007). Ibid. hlm. 41.
8
Ishak Saat. (2010). Peranan politik akhbar suara rakyat 1945–48. Jurnal Kemanusiaan, 17, 71.

4
Semangat golongan radikal bagi mendapatkan kemerdekaan semakin membuak-buak
disebabkan oleh Belanda telah memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 27
Disember 1949 di bawah kepimpinan Sukarno. Dalam bab ini juga menekankan tentang
orang-orang muda pada masa itu bahawa mereka bukan sahaja perlu dan perkasa tetapi
mereka perlu bersemangat kental dan berilmu dalam perjuangan kemerdekaan agar tidak
mudah dipermainkan atau ditipu oleh penjajah. Peranan-peranan orang muda ini telah ditulis
dalam rencana yang bertajuk “Perjuangan Kita”.

Kebangkitan golongan muda di Tanah Melayu dipengaruhi oleh kebangkitan rakyat


Indonesia dalam mentang Belanda. Hal ini disebabkan Tanah Melayu dan Indonesia tidak
kurang seperti adik beradik. Tanah Melayu dan Indonesia berada di kawasan yang dekat dan
dalam satu rumpun iaitu Nusantara. Apa yang berlaku di Indonesia apsti akan dirasai oleh
Tanah Melayu. Bangsa Melayu juga dikenali sebagai Son of The Soil. Pemuda-pemuda di
Tanah Melayu telah menjadikan Sukarno sebagai idola mereka dalam menentang penjajah.
Semangat ini turut diwartakan di dalam berita Suloh Malaya tentang peranan para pemuda
Indonesia dalam sejarah kemerdekaan Indonesia.

Kegagalan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia telah menyebabkan PKMM


bertindak untuk memperjuangkan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Antara tokoh
yang berada di dalam PKMM ialah Ahmad Boestamam. PKMM telah menyuarakan tentang
nasib bangsa Melayu di Tanah Melayu pada masa itu terhadap British. Perkara ini merupakan
usaha yang berani yang dilakukan oleh golongan radikal apda masa itu. Pada asalnya,
terdapat unsu-unsur komunisme di dalam PKMM namun, dengan adanya tokoh-tokoh yang
yang berjiwa kebangsaan dan Islam telah berjaya membersihkan parti ini daripada aliran
komunisme dalam PKMM.9

Dalam pada masa yang sama PKMM ini juga pernah menggugat kedudukan UMNO. PKMM
cenderung untuk memeperjuangkan kemerdekaan dengan cara mewujudkan sebuah negara
rumpun Melayu yang agung di bawah konsep Melayu Raya (Indonesia Raya). Perjuangan
PKMM ini melalui jalan yang agak sukar kerana mereka tidak diterima oleh penjajah. Oleh
sebab itu, ramai pemimpin-pemimpin PKMM terpaksa meringkup di dalam penjara. Namun,
hal itu tidak dapat mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang untuk mendapatkan
kemerdekaan.

9
Ishak Saat. (2007). Ibid. hlm. 90.

5
BAB 4: PENGARUH POLITIK DUNIA KEPADA GERAKAN POLITIK MELAYU

Dalam bab ini pula menyentuh tentang pengaruh politik dunia kepada gerakan politik di
Tanah Melayu. Antaranya ialah kebangkitan perjuangan nasionalisme di India telah
mempengaruhi imigran India di Tanah Melayu. Hal ini telah menyedarkan golonagn imigran
India di Tanah Melayu tentang perjuangan kemerdekaan di negara asal mereka. Selain itu,
perjuangan nasionalisme di negara China juga telah menyedarkan orang cina di Tanah
Melayu tentang perjuangan yang sama.10 Tidak ketinggalan juga perjuangan yang berlaku di
Indonesia turut menyemarakkan lagi semangat orang Melayu untuk berjuang mendapatkan
kemerdekaan.

Menurut Ahmad Boestamam, perkembangan politik di negara China sangat menarik untuk
diteladani oleh masyarakat di Tanah Melayu. Di mana pada masa itu di China, telah berlaku
peperangan antara dua buah pihak iaitu Parti Kuomintang dan puak komunis di China. Beliau
juga mengatakan bahawa sukar untuk mengelakkan pengorbanan sekiranya berlaku
peperangan. Hal ini kerana sebuah perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu
tidak dapat dielakkan dengan pertumpahan darah dan air amta. Oleh sebab itu, jalan terbaik
bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah ialah pilihan raya.

Seterusnya, wujud PUTERA-AMCJA iaitu kerjasama antara bangsa Melayu dengan bangsa
imigran khususnya Cina. Kerjasama ini bertujuan untuk menentang penjajah dengan
mengutarakan Perlembagaan Rakyat. Selama tiga hari perbincangan dilakukan bagi
mewujudkan perlembagaan ini dan antara tokoh yang terlibat ialah Dr. Burhanuddin, Ishak
Hj. Muhammad, Tan Cheng Lock, JA Thivy, Ahmad Boestamam, Chan Loo dan Gerald de
Cruz. Perlembagaan ini bertujuan untuk menggantikan malayan Union.

Selain itu, usaha PNI dalam perjuangkan kemerdekaan Indonesia turut mempengaruhi
kebangkitan nasionalis di Tanah Melayu. Anak-anak muda di Perak pada masa itu terkesan
dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh Sukarno, Hatta dan Alimin untuk melahirkan parti
politik yang berbau kebangsaan Indonesia. Mereka juga memperjuangkan konsep Melayu
raya atau Malay Arcchipelago. Usaha anak muda di Perak ini semakin kuat dengan
kunjungan yang dilakukan oleh Sukarno dan Hatta ke Taiping, Perak pada tahun 1945.

Seterusnya, pada zaman Jepun juga memberikan kesan kepada Masyarakat Melayu untuk
terus memperjuangakan kemerdekaan Tanah Melayu. Hal inu kita dapat lihat semasa

10
Ishak Saat. (2007). Ibid. hlm. 58.

6
kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, Jepun telah menggunakan slogan Asia untuk Asia dan
hal ini secara tidak langsung memberikan semangat yang tinggi kepada masyarakat Melayu
pada masa itu untuk terus berjuang membela nasib mereka dari genggaman penjajah.

PKMM dan KMM merupakan parti politik yang tidak ingin bekerjasama dengan penjajah.
UMNO pula merupakan parti politik yangbekerjasama dengan penjajah kerana mereka
menganggap dengan adanya kerjasama dengan penjajah akan memberi banyak kesan positif
kepada mereka. Pada awalnya, UMNO menentang British semasa pertubuhan Malayan Union
namun, selepas Malayan Union gagal, kerjasama antara mereka dengan penjajah semakin
tinggi. Objektif perjuangan UMNO adalah untuk mengembalikan status quo raja-raja Melayu
dan kedudukan elit Melayu. PKMM tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh UMNO
kerana mereka lebih suka menentang British dengan lantang dan keras bagi membela nasib
orang Melayu pada ketika itu.

Antara objektif penubuhan PKMM pada awalnya ialah mempersatukan bangsa Melayu,
menanamkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk
menyatukan Malaya dalam kalangan keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.11
Seterusnya ialah PKMM hendaklah bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal
dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerjasama untuk mendirikan perpaduan penduduk
Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia
sebagai satu anggota Republik Indonesia Raya.

Perjuangan PKMM yang berasaskan kebangsaan ini telah menyebabkan penubuhan


cawangan PKMM yang pertama di Tanah Melayu iaitu di Simpang Ampat, Kampar,Perak.
Seterusnya diikuti oleh penubuhan PKMM di Cawangan Dinding (Setiawan) pada 1946 dan
di Pasir Panjang [ada tahun 1946. Latihan pemuda API dalam persiapan menentang British
dan disertai oleh 45 orang anak-anak muda tempatan. Mereka ditanamkan semangat
perjuangan kebangsaan Melayu dan juga latihan perbarisan. Kepimpinan Ahmad Boestamam
terserlah melalui API.

Ahmad Boestamam lantang menyuarakan idea beliau yang bernas kepada masyarakat Melayu
menggunakan akhbar Suara Rakyat. Beliau menyeru supaya orang Melayu bangkit untuk
menentang penjajah dan menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran yang telah
dihadapi oleh mereka. Ahmad Boestamam sangat tegas dalam dalam penulisan bagi

11
Ishak Saat. (2010). Ibid.

7
mengkritik pihak penjajah British di Tanah Melayu.12 Disebabkan oleh kelantangan beliau
mengkritik British, beliau sering diawasi oleh pihak berkuasa dan pernah dipanggil oleh
pihak British pada tahun 1945. Beliau disenaraihitamkan oleh pihak British kerana British
menganggap beliau seorang yang membahayakan pihak British.

Akhbar Suara Rakyat ini mendapat sambutan yang tinggi selepas ramai orang Melayu mula
sedar tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Jumlah keluaran akhabr ini semakin
hari semakin meningkat. Rakyat mula percaya kepada akhbar ini iaitu perlunya bersatu untuk
meneruskan perjuangan. Abdul Majid dari kampar tertarik dengan akhbar ini kerana akhbar
ini memebrikan kefahaman dan menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-
anak muda.

Akhbar seperti Suara Rakyat, Voice of The People, Suloh Malaya dan Pelita Malaya ini telah
memuatkan unsur-unsur berbentuk pengajaran agar orang Melayu sedar bahawa mereka
mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kesedaran yang ditimbulkan
dalam akhbar tersebut ialah memberikan semangat baharu kepada anak-anak muda Perak.
Selain itu, perlunya wujud parti politik Melayu yang benar-benar mampu dan dapat membela
nasib orang Melayu. Oleh sebab itu, PKMM telah ditubuhkan.

Lambang bendera PKMM turut diuar-uarkan melaui akhbar Uloh Malaya. Hal ini bertujuan
untuk memberitahu seluruh rakyat Malaya bahawa bendera rasmi PKMM ialah Sang Saka
Merah Putih yang membawa makna yang cukup mendalam kepada perjuangan menentang
penjajah British di tanah Melayu. Pemilihan warna merah putih ini kerana melambangkan
keberanian dan kekuatan serta tidak takut untuk berhadapan dengan pihak penjajah British.
Dengan itu, lambang dan warna bendera PKMM telah diajukan dalam Kongres kebangsaan
Melayu (KKM) SeMalaya di Johor Bahru yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar.
Namun, disebabkan oleh percangahan idea berlaku di antara golonagn kiri dan kanan makan
berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu. Oleh sebab itu, wujudlah Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO yang diketuai oleh Dato Onn
Jaafar.

Selepas itu, wujud pula akhbar Kenchana pada tahun 1945 yang ditulis oleh Abdul Majid
Salleh. Menurut beliau, penghijrahan beliau dari Perak ke Johor bagi untuk memperjuangkan

12
Ahmad Boestamam. (2004). Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api. Universiti
Kebangsaan Malaysia. hlm. 126.

8
PKMM. Akhbar ini menyiarkan berita-berita semasa tentang perkembangan politik di
Indonesia. Hal ini dapat dilihat menerusi penceritaan di dalam akhbar ini tentang kisah-kisah
perjuangan kemerdekaan Indonesia. Hal ini membolehkan orang Melayu mengetahui tentang
maklumat tentang Indonesia. Disebabkan itu, secara tidak langsung semangat orang Melayu
mula membara untuk menentang British. Beliau juga menyatakan bahawa perkembangan
akhbar ini dapat memberi kesempatan kepada orang Melayu untuk menyampaikan idea dan
bidasan serta kritikan terhadap British.

Seterusnya ibu pejabat PKMM pula berpindah ke Kuala Lumpur disebabkan Kuala Lumpur
merupakan pusat pemerintahan British.13 Akhbar Pelita Malaya dan Suloh Malaya
diterbitkan pada 1947 yang berperanan bagi menaikkan semangat anti-British. Akhbar rasmi
PKMM juga berusaha memberikan kefahaman tentang hak kedaulatan rakyat dan sistem
demokrasi yang semakin diperkatakan dalam zaman selepas Perang Dunia Kedua. Rakyat
sesebuah negara berhak menetukan hala tuju dan sistem pemerintahan yang dipilih seperti
memperjuangkan sistem pemerintahan demokrasi dan melaksanakan pemerintahan sendiri
tanpa kongkongan daripada penjajah.

Akhbar Suloh Malaya lebih menekankan tentang kedaulatan rakyat dan perjuangan
membentuk sebuah negara demokrasi. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat supaya
mereka tahu bahawa mereka berhak bersuara dan mempunyai hak untuk menentukan hala
tuju negara mereka sendiri tanpa ada campur tangan dari pihak lain. Rakyat juga diseru
melakukan perubahan secara menyeluruh dan transformasi pemerintahan daripada raja
kepada kuasa rakyat sebagaimana yang terdapat dalam sebuah negara yang mengamalkan
sistem demokrasi. Melalui demokrasi ditekankan beberapa prinsip utama antaranya ialah
menyekat manusia yang mementingkan diri sendiri dan menyekat manusia yang bersikap
tamak.

Selain itu, Suloh Malaya juga menyuruh golongan wanita turut serta untuk berjuang
menentang penjajah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan tanah air. PKMM melalui
akhbar rasmi mereka turut mengajak golongan wanita bersama-sama memperjuangkan nasib
orang Melayu san seterusnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka
menjelaskan lagi bahawa golongan wanita juga boleh menyumbangkan sumbangan yang
sama seperti golongan lelaki. Norliah Wataniah di dalam artikelnya berjudul “My journey”,
menyarankan agar orang Melayu kembali kepada ajaran Islam iaitu memberikan hak

13
Ishak Saat. (2010). Ibid. hlm. 75.

9
golongan wanita dengan sepatutnya. Disebabkan itu, PKMM telah menyeru golongan wanita
supaya berganding bahu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

BAB 5: HALA TUJU POLITIK MELAYU

PKMM antara parti politik yang paling lantang bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu daripada cengkaman British. Matlamat PKMM ialah untuk kemerdekaan bangsa dan
tanah air. Jelaslah disitu kita dapat lihat betapa caknanya PKMM kepada rakyat Tanah
Melayu pada masa itu. PKMM merupakan satu-satunya parti yang memulakan laungan
kemerdekaan sambil menggenggam lima jari iaitu merdeka berpolitik, merdeka ekonomi,
merdeka beragama, merdeka sosial dan kemerdekaan kebudayaan.

Mereka golongan radikal umumnya bergerak ke arah menjayakan gagasan Melayu Raya yang
berkonsepkan falsafah perjuangan kebangsaan Melayu. Hal ini bertujuan untuk melihat
gagasan rumpun Melayu menjadi sebuah kesatuan yang kuat seperti sebelum zaman
penjajahan. Seterusnya, mereka juga ingin melihat Nusantara dikuasai semula oleh kuasa
Melayu yang agung iaitu merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia,
Patani, Borneo Utara, Sarawak, Singapura, Brunei, Sulawesi, dan Kepulauan Riau Lingga.

Namun, terdapat sesetengah golongan Melayu tidak bersetuju dengan perjuangan ini kerana
mereka menganggap perjuangan tersebut sangat idealistik dan tidak akan mudah dicapai.
Dato’ Onn Jaafar juga tidak bersetuju dengan perjuangan yang dilakukan oleh pihak radikal
kerana mustahil untuk mendapatkan kemerdekaan dengan cara tersebut kerana bangsa
Melayu pada masa itu sangat mundur.14 Sekiranya mereka ingin memperjuangkan konsep
Melayu Raya, mereka perlu menyelesaikan dahulu masalah kemunduran orang Melayu.

Setelah tertubuhnya Malayan Union, hal ini telah memberi cabaran kepada golongan radikal
Melayu pada tersebut. Hal ini disebabkan Malayan Union menjalankan sistem kerakyatan jus
soli yang memudahkan orang-orang asing mendapatkan kerakyatan di Tanah Melayu. Selain
itu juga, Malayan Union turut mengancam kedudukan dan keistimewaan raja-raja Melayu
pada masa itu. Hal ini mendatangkan kemarahan orang-orang Melayu pada masa tersebut dan
mereka mula sedar bahawa mereka perlu bersatu demi menentang penjajahan.

14
Ishak Saat. (2010). Ibid. hlm. 74.

10
Disebabkan oleh mereka tidak sehaluan antara golongan kiri dengan golongan kanan, maka
mereka telah difitnah menyokong Malayan Union dan ingin menghaspuskan kuasa raja-raja
Melayu pada masa itu. Padahal hubungan di antara PKMM dengan pihak istana sangat baik
pada masa itu. PKMM telah memberikan penghormatan dan pengiktirafan terhadap peranan
dan kedudukan raja-raja Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan pujian yang diberikan oleh
Sultan Selangor terhadap penulisan di dalam Voice of The People. Selain itu, akhbar Suara
Rakyat juga mendapat perkenan dari Sultan Selangor disebabkan oleh kelantangan mereka
dalam memperjuangkan nasib orang Melayu pada masa itu.

Abdul Majid Salleh menyatakan bahawa terdapat juga orang Melayu yang bersifat khianat
disebabkan mereka mendapat layanan yang istimewa daripada British. Namun, perjuangan
mesti diteruskan walaupun terpaksa berdepan dengan bangsa sendiri. Arifin bin Mohd. Yunus
juga mengatakan bahawa antara sebab kesukaran perjuanagn PKMM ialah sikap khianat
sesama sendiri. Disebabkan itu, PKMM telah menubuhkan dua lagi parti mereka iaitu API
dan AWAS untuk meningkatkan lagi perjuangan mereka.

Dalam Testament Politik API, mereka sangat menentang pihak British dan menyatakan
bahawa Tanah Melayu sebagai negara terjajah dan separuh terjajah. Separuh terjajah ini
dimaksudkan iaitu terdapat segolongan elit Melayu yang bekerjasama dengan pihak British di
dalam pentadbiran dan bertindak menindas golongan radikal Melayu. Golonagan radikal
Melayu pada masa itu menghadapi banyak cabaran dalam memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu.

Ahmad Boestamam telah ditangkap pada 1947 oleh British kerana mengeluarkan suatu
dokumen dalam bentuk penulisan yang dikatakan berbentuk hasutan.15 Beliau juga dituduh
mencetak 1000 keping risalah ini untuk disebarkan ketika Kongres API yang berlangsung di
Melaka. API dan AWAS juga telah diharamkan oleh British pada tahun yang sama.
Disebabkan oelh pengharaman tersebut, perjuangan golongan radikal ini tergendala
sementara. Namun, perkara tersebut tidak dapat mematahkan semangat mereka untuk terus
berjuang mendapatkan kemerdekaan dan menghalau British dari Tanah Melayu.

Seterusnya, giliran Hizbul Muslimin pula menjadi mangsa keadaan. Dato’ Onn Jaafar
menegaskan fahaman yang dibawa oleh parti ini sangat bahaya dan orang Melayu perlu

15
Ahmad Boestamam. (2004). Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api. Universiti
Kebangsaan Malaysia. hlm. 273-274.

11
menolak fahaman yang dibawa oleh parti ini. Padahal Hizbul Muslimin memperjuangkan
Islam serta mereka juga anti-British. Disebabkan oleh percanggahan pendapat di antara
UMNO dengan Hizbul Muslimin, hal ini telah menyebabkan pemimpin Hizbul Muslimin
ditangkap pada tahun 1948. Kemudian dalam tahun 1951 PAS pula ditubuhkan. PAS tidak
dapat menggerunkan pihak British kerana mereka tiada pemimpin berkaliber.

BAB 6: IMPAK PERJUANGAN SUARA RAKYAT

Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan politik Melayu terus berkembang sehingga
pengenalan Akta Darurat 1948 telah mematikan perjuangan politik orang Melayu. Pejuang-
pejuang radikal pada masa itu telah ditangkap oleh pihak British dan dipenjarakan. Pada
tahun 1955, golongan radikal yang ditangkap itu telah dibebaskan dan mereka tetap
meneruskan perjuangan asal mereka selepas itu. Walaubagaimanapun, perjuangan golongan
radikal ini dianggap hanyalah gimik politik semata-mata kerana beranggapan Ahmad
Boestaman tidak konsisten dalam perjuangannya.

Sesungguhnya, perjuangan golongan radikal Melayu sentiasa mendahului zaman kerana


sukar difahami akan matlamat akhirnya. Disebabkan itu, ramai orang Melayu tidak
menyokong perjuangan mereka. Semangat golongan radikal tidak dapat dipadamkan
walaupun British memperkenal dan menguatkuasakan Akta Darurat 1948. Oleh itu, ramai
golongan radikal telah dipenjarakan dan ditempatkan di kem-kem tahanan politik penjajah.

Namun begitu, demi untuk meneruskan perjuangan radikal ini, sisa golongan radikal yang
tinggal telah menyertai PKM di dalam hutan. Rejimen ke-10 telah ditubuhkan di Pahang oleh
Abdullah CD, Musa Ahmad dan Rashid Maidin. Gerakan gerila ini bergerak aktif seluruh
negeri Pahang. Kemuncak gerakan radikal Melayu berserta sokongan PKM berjaya
mengganggu-gugat kedudukan Kerajaan Persekutuan British sehingga memaksa British
menganjurkan rundingan meja bulat.

Perjuangan politik Melayu radikal yang inginkan kemerdekaan sepenuhnya berkonsepkan


Melayu Raya tidak tercapai. Tetapi golongan radikal ini terus berjuang walaupun Tanah
Melayu sudahpun merdeka. Hal ini kerana matlamat mereka yang ingin memartabatkan
Ketuanan Melayu, yang mana seluruh Nusantara disatukan agar menjadi sebuah kesatuan
besar di Asia Tenggara. Menyingkap sejarah Pilihan Raya Umum tahun 1959, Ramlah Adam
mencatatkan bahawa kejayaan PAS dalam mengharungi pilihan raya yang pertama selepas

12
merdeka merupakan satu kejayaan besar sebagai sebuah parti pembangkang. Pada
pascamerdeka, kerajaan Perikatan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
mengusulkan pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1961 namun ditentang oleh
golongan radikal yang berada dalam Dewan Rakyat.

Golongan radikal ini berpendapat bahawa gagasan Malaysia itu tidak menepati konsep
Melayu Raya yang diperjuangkan oleh mereka sebelum merdeka dahulu. Selepas merdeka,
nada golongan radikal ini tetap sama mengatakan bahawa Tanah Melayu dan masyarakat
Melayu umumnya masih terjajah dari segi mental. Masih banyak cacat cela yang harus
ditutupi akibat daripada penjajahan British ini. Golongan radikal tetap memahukan
Kepulauan Melayu berada dibawah Ketuanan Melayu kerana itu adalah yang sebenar-
benarnya.

Perjuangan mereka akhirnya terkandas setelah ramai golongan radikal seperti Ahmad
Boestaman ditahan setelah dituduh bermacam-macam tuduhan oleh Parti Perikatan.
Perjuangan tokoh-tokoh politik radikal Melayu melalui parti politik dan penggunaan media
cetak terutamanya merupakan suatu sumbangan yang amat bermakna kepada agama, bangsa
dan negara. Kesetiaan mereka dalam perjuangan yang mereka yakini sehinggakan terpaksa
menempuh ranjau dan duri.

BAB 7: KESIMPULAN

Pada awal kemunculan akhbar di Tanah Melayu hanya menekankan tentang pendidikan dan
keagamaan. Akhbar-akhbar pada masa itu tidak menyampaikan tentang politik atau berita
luar. Hal ini menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu mundur. Selain itu,
akhbar-akhbar pada masa itu juga tidak dititikberatkan oleh masyarakat Tanah Melayu kerana
bilangan masyarakat yang buta huruf telah menyebabkan akhabr tidak penting pada masa itu.

Selepas Perang Dunia Kedua berlangsung, wujudnya akhbar yang telah mengubah persepsi
pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu. Akhbar tersebut adalah akhbar Suara Rakyat,
Voice of The People, Suloh Malaya, Pelita Malaya dan Semboyan Baru. Akhbar-akhbar ini
memainkan peranan yang sangat penting dalam membuka pemikiran orang Melayu pada
masa itu tentang kepentingan politik.

13
Disebabkan itu, perjuangan di Tanah Melayu bagi menentang British telah berlaku. Hal ini
kerana akhbar-akhbar yang berbau politik dan mengajak orang tempatan untuk berjuang
menentang British sentiasa dibaca oleh orang Melayu. Akhbar ini juga menekankan supaya
orang Melayu berorganisasi bagi melakukan sebarang perjuangan supaya mendapat kejayaan.

Dua belas tahun kemudian selepas penubuhan Suara Rakyat dan PKMM, pada tanggal 31
Ogos 1957 telah berlakunya peristiwa yang paling bermakna di Tanah Melayu iaitu peristiwa
kemerdekaan Tanah Melayu. Tanah Melayu telah bebas dari cengkaman penjajah British. Hal
ini menunjukkan usaha yang telah dilakukan oleh golongan radikal iaitu golongan yang
sering dipersalahkan oleh golongan elit Melayu pada masa itu telah berjuang sehabis
mungkin bagi mendapatkan kemerdekaan.

14
KEKUATAN BUKU POLITIK SUARA RAKYAT

Setelah dikaji buku ini, saya mendapati beberapa kekuatan yang berada di dalam buku ini.
Kekuatan buku ini yang pertama ialah buku ini telah menceritakan suasana dan keadaan
Tanah Melayu pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Seperti yang kita tahu, zaman
sebelum Perang Dunia Kedua ini merupakan zaman Tanah Melayu mengalami kemunduran
yang sangat tinggi. Bilangan individu yang buta huruf terlalu tinggi menyebabkan mereka
sukar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
mereka mudah dijajah oleh penjajah-penjajah luar antaranya Jepun dan British.

Selain itu, buku ini juga menerangkan tentang fungsi dan tanggungjawab akhbar pada zaman
selepas Perang Dunia Kedua. Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat di Tanah Melayu
mula sedar tentang kepentingan untuk mereka bangkit menentang penjajah. Oleh itu,
wujudnya beberapa akhbar yang telah memainkan peranan sebagai pemangkin semangat
orang Melayu pada masa itu bagi menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Penulisan
yang berbau penyeruan ke arah meningkatkan semangat perjuangan telah menyebabkan
ramai orang Melayu pada masa itu bangkit menentang British.

Seterusnya, buku ini juga telah membongkar tentang perjuangan golongan radikal di Tanah
Melayu pada masa itu yang tidak semua orang tahu tentang perjuangan mereka. Hal ini dapat
dilihat oleh perjuangan yang dilakukan oleh PKMM yang berusaha sedaya upaya untuk
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi
sehingga mereka terpaksa untuk tidak bekerjasama dengan UMNO. UMNO pada masa itu
lebih kepada membuat rundingan dengan British manakala PKMM pula lebih menentang.
Disebabkan itu, PKMM mula ditentang habis-habisan oleh British.

Akhir sekali, buku ini juga telah memperkenalkan nama-nama tokoh yang jarang di dengar
dalam sejarah Tanah Melayu disebabkan mereka berada dalam golongan radikal. Namun,
sumbangan tokoh-tokoh ini sangat bermakna sebenarnya. Sekiranya mereka tiada pada masa
itu, kemungkinan besar Tanah Melayu masih belum merdeka. Golongan radikal ini yang
paling lantang membuat tulisan bagi menentang pihak British. Antara nama-nama tersebut
ialah Ahmad Boestamam, Ibrahim Hj. Yaakub dan Dahari Ali.

15
RUJUKAN

Ahmad Boestamam. (2004). Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azmi Arifin & Abdul Rahman Haji Ismail. (2016). 'Di Sebalik Tabir' Sejarah Politik
Malaysia 1945-1957. Universiti Sains Malaysia.
Ishak Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Production Sdn. Bhd.
Ishak Saat. (2007). Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, Karisma Production Sdn. Bhd.
Selangor.
Ishak Saat. (2010). Peranan politik akhbar suara rakyat 1945–48. Jurnal Kemanusiaan, 17

16

You might also like