You are on page 1of 7

THE OTHER JAPANESE

Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem politik dan sosial Jepun masih lagi ketinggalan
berbanding dengan negara-negara lain. Perkembangan nasionalisma dan pembangunan pesat
dalam bidang ekonomi komersial menjadikan Jepun bersedia untuk menempuh era politik
dan sosial yang baharu. Tokugawa telah berjaya membentuk sistem yang menjadikan politik
lebih stabil dan berjalan dengan lancar. Hal ini telah menyebabkan kuasa luar seperti Eropah
dan Amerika ingin campur tangan terhadap ekonomi dan perdagangan negara Jepun. Pada
penghujung kurun ke-18, Rusia yang telah menyeberangi Siberia dan sampai ke Pasifik mula
membuat hubungan dengan Jepun. Pada masa yang sama, pihak Inggeris yang telah melantik
Portugal sebagai pembekal utama melalui perairan di Asia Timur telah mula untuk memasuki
Jepun. Kemudian, pihak Amerika, Inggeris dan Rusia sentiasa menghantar ekspedisi ke Jepun
sebagai percubaan untuk memujuk Jepun agar membuka pelabuhannya kepada kapal asing.
Malah, pihak Belanda telah memaksa pihak Tokugawa supaya menerima tawaran tersebut.
Namun begitu, pihak Edo tetap dengan pendirian mereka. Sebilangan kecil pelajar Jepun
yang menuntut di Belanda menyokong sekiranya pelabuhan Jepun dibuka kepada pihak asing
tetapi kebanyakan rakyat Jepun yang telah lama berhadapan dengan pemencilan daripada
dunia luar telah menentang cadangan untuk membawa orang asing ke tanah air mereka. Ini
jelas menunjukkan bahawa pihak Jepun mengamalkan dasar tutup pintu terhadap negara-
negara luar.

Kerajaan Amerika akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan bagi


membuka pintu Jepun. Untuk tujuan ini, mereka telah menghantar sebuah angkatan laut di
bawah pimpinan Komander Perry. Perry memasuki kawasan yang sekarang dikenali sebagai
Pelabuhan Tokyo pada Julai 1853. Selepas menyerahkan surat daripada Presiden Amerika
yang meminta jalinan hubungan perdagangan diadakan. Edo berhadapan dengan situasi
cemas menjelang dekad seterusnya pemerintahan Tokugawa yang dikenali sebagai
bakumutsu atau end of bakufu dan ini merupakan satu jangka masa yang penuh dengan
kekacauan. Melihat kepada kemajuan teknologi dan peralatan perang Amerika memberi
kesedaran kepada Jepun bahawa mereka jauh ketinggalan dan tidak beupaya untuk
menandingi Amerika dan ini telah mendedahkan kelemahan pertahanan Edo. Keadaan ini
telah menyebabkan kerajaan telah berpecah kepada dua pihak iaitu konservatif dan realistik.
Pihak konservatif mengesyorkan supaya pihak kerajaan mengekalkan dasar pemecilan dan
pihak realistik berpendapat bahawa Jepun tidak berupaya bertahan melainkan menuruti
permintaan Amerika. Oleh itu, pihak Edo mengambil keputusan dengan meminta pandangan
daripada maharaja dan menjemput ahli-ahli daimyo untuk berbincang. Pihak Edo seterusnya
berada dalam kerisauan apabila Perry kembali semula ke pelabuhan Tokyo pada Februari
1854. Pihak Maharaja dan seluruh bangsa Jepun menuntut polisi yang tidak mampu
dilakukan oleh Edo. Di bawah kehebatan senjata daripada kapal laut Amerika, pihak Edo
tidak mempunyai pilihan melainkan menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat
yang membuka dua pelabuhannya kepada kapal Amerika dan membenarkan sesetengah jenis
perdagangan bebas. Dua pelabuhan tersebut ialah Shimoda, yang terletak di penghujung
semenanjung berdekatan dengan Ed dan Hakodate di Hokkaido. Kedua duanya merupakan
pelabuhan yang kurang penting di dalam kawasan tersebut, tetapi cukup untuk kegunaan
kapal Amerika. Selai itu, Konsul Amerika juga dibenarkan untuk dibuka di Shimoda.

Dalam masa dua tahun, Edo telah menandatangani perjanjian dengan Inggeris, Rusia
dan Belanda. Pada tahun 1858, Twonsend Harris, Konsul Amerika pertama berbincang untuk
menjalankan perjanjian perdagangan sepenuhnya di Jepun termasuk tuntutan berat sebelah
yang hanya akan menguntungkan Amerika di Jepun. Taktik ini juga telah dilakukan oleh
Amerika semasa pendudukannya di China. Pihak kuasa Eropah kemudiannya melakukan
perkara yang sama kepada Jepun dan Jepun tidak lagi mengamalkan dasar tutup pintu selepas
itu. Dapat saya ringkaskan bahawa Jepun terpaksa membenarkan negara Barat untuk
berdagang dan membuka pelabuhan sendiri di Jepun ekoran daripada perjanjian-perjanjian
yang terpaksa di tandatangani oleh Jepun dan nyatanya bersikap berat sebelah. Jepun
mengalami kerugian dan juga tidak memperolehi manfaat yang sepatutnya semasa
pendudukan dan penguasaan ekonomi oleh orang asing. Ekoran daripada perkara ini, orang
asing telah dibenarkan mempunyai kediaman tetap di lima buah pelabuhan dan bandar besar
seperti Osaka dan Edo. Hubungan perdagangan percuma juga dibenarkan. Pedagang asing
mula membina kawasan perdagangan tidak jauh daripada Edo, iaitu di kawasan
perkampungan nelayan Yokohama, yang telah berkembang dalam beberapa tempoh menjadi
pelabuhan utama di dunia. Pedagang barat seterusnya telah sampai ke Hyogo bertentangan
dengan pelabuhan daripada Osaka dan telah berkembang menjadi bandar pelabuhan moden di
Kobe. Yokohama dan Hyogo pada mulanya menjadi bandar bercirikan Barat yang dilindungi
oleh askar Eropah.

Pihak Tokugawa menyedari bahawa tenteranya lemah dan tidak mampu berbuat apa-
apa untuk menandingi pihak asing. Ini menyebabkan perubahan untuk memodenkan angkatan
tentera mereka dan menubuhkan angkatan laut. Bagaimanapun, istana Kyoto dan golongan
bangsawan daripada golongan Feudal yang yang masih tidak melihat kekuatan tentera Barat
menunjukkan minat yang sedikit terhadap pemodenan angkatan tentera dan kekal menentang
dasar Edo terhadap orang asing di Jepun. Keturunan keluarga Tokugawa di Mido mengetuai
penentangan terhadap kerajaan Edo. Pada tahun 1860, puak dari Mito membunuh pemimpin
agung yang memainkan peranan utama dalam perjanjian komersial baharu dan cuba untuk
mengawal semula kuasa daripada damiyo. Penentangan daripada puak Saksuma di selatan
Kyushu menyebabkan pembunuhan seorang Inggeris di Yokohama pada tahun 1862. Pada
musim panas seterusnya, kota yang menempatkan banyak orang asing di Honshu yang berada
di bawah pengaruh Choshu mula menyerang kapal-kapal Barat di perairan tersebut, iaitu di
bahagian hujung barat Laut Inland berdekatan dengan Shimonoseki. Tindakan ini merupakan
reaksi masyarakat untuk menyingkirkan orang asing daripada negara Jepun. Pihak istana
Kyoto telah memaksa pihak kerajaan Edo untuk menerimanya.

Sebagai pemerintah tentera kepada Maharaja, mereka gagal untuk memenuhi


keperluan pertahanan negara sehingga terpaksa menunggu arahan khas daripada maharaja
untuk bertindak. Serangan melalui slogan ‘kehormatan Maharaja’ (sonno) dan ‘singkirkan
orang asing’ menjadikannya lebih bermasalah. Malah sesetengah daripada penyokongnya
sendiri yang dipengaruhi oleh sesetengah sejarawan dan propoganda Shinto, mula menuntut
hak untuk monopoli kuasa politik. Slogan ‘menyatukan pihak istana dan tentera’
menggambarkan perkongsian antara kuasa Edo dengan Kyoto dan melalui Edo dengan
kawasan luar pengaruhnya. Perkara ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan syogun. Aktiviti subversif ini diketuai oleh golongan samurai muda, kebanyakannya
daripada golongan biasa dari Satsuma, Choshu, dan Tosa di Shikoku. Golongan ini
memainkan peranan yang penting dalam sejarah Jepun dan mereka merupakan kumpulan
yang paling besar. Satsum dan Choshu sebenarnya bukanlah kuasa yang besar tetapi
kesetiaan mereka terhadap feudal lama yang tidak pernah terhakis menyebabkan peranan
mereka lebih menonjol daripada suku lain. Kedua-dua puak ini juga merupakan penentang
kuat terhadap Tokugawa. Yang paling penting ialah mereka adalah antara kuasa yang
mempunyai kewangan yang kukuh dan ini menyebabkan mereka mampu untuk membeli
senjata buatan Barat untuk mencetuskan konflik ini. Golongan muda ini telah mengetuai
kedua-dua puak dan mengambil tindakan mengetuai serangan di istana Kyoto dan menentang
kuasa Edo.

Zaman keamanan Tokugawa berakhir apabila mereka yang setia berpaling tadah dan
membawa Choshu keluar dari Kyoto pada tahun 1863. Situasi bertambah buruk apabila Edo
menggunakan kekuatan senjata untuk memaksa Choshu menyerah kalah. Serangan pertama
pada musim sejuk 1865-1866 berakhir dengan penyelesaian secara kompromi dan serangan
kali kedua pada musim panas berakhir dengan kekalahan Edo. Era syogun semakin
menghampiri penghujungnya. Salah satu sebab utama kejayaan Choshu ialah pihak Satsuma
yang mula berkecuali dalam kempen kedua menentang Edo dan telah mewujudkan pakatan
sulit dengan mereka. Setahun selepas itu, angkatan mereka disertai dengan Tosa dan pihak-
pihak lain termasuk damiyo telah merampas kuasa di Kyoto pada 3 Januari 1868 dan
mengumumkan pengembalian semula undang-undang maharaja. Syogun baharu yang dilantik
daripada puak Mito telah cenderung untuk mengalah tetapi sesetengah penyokongnya
membuat keputusan untuk menentang Edo. Tentera laut Tokugawa bertahan di Hokaido
sehingga musim bunga 1869, tetapi tidak ada percubaan bersungguh-sungguh daripada pihak
Tokugawa dan penyokongnya untuk mempertahankan Edo. Kesyogunan Tokugawa yang
berkuasa selama hampir dua dekad telah berjaya ditundukkan dengan hanya sedikit
pertumpahan darah. Asas pendekatan dan sistem feudal yang rigid telah musnah
keseluruhannya dan ditinggalkan pada pertengahan abad ke 19.

PEMULIHAN YANG DIINGATI (The Restoration Remembered)

Bagi membentuk sebuah kerajaan yang baharu bukanlah satu perkara yang mudah. Pemimpin
baharu ini terdiri daripada golongan kecil dari istana dan samurai dari kawasan pengaruh
Barat. Mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menggerakkan kerajaan. Mereka
mewarisi kajatuhan dan kaedah kerajaan lama yang lemah. Hal ini menyebabkan negara
Jepun agak sukar dipulihakan ekoran masyarakatnya sendiri masih terikat dengan system
lama yang digunapakai oleh kerajaan. Sistem autokrasi Fujiwara lama yang berkaitan dengan
maharaja memiliki beberapa orang individu yang mampu melaksanakan tugas. Sehingga
kematiannya pada 1883, Iwakura merupakan orang yang paling berkuasa dalam kerajaan
yang baharu dan diikuti dengan Putera Saionji dan Putera Konoe yang lahir daripada latar
belakang sebagai perdana menteri. Tetapi kebanyakan pengiring raja Kyoto kurang
berpengalaman dan kurang menonjol untuk menjadi ketua di dalam kerajaan baharu. Jawatan
tertinggi dalam kerajaan baharu ialah putera maharaja, ahli bangsawan dan damiyo tetapi
kepimpinan utama masih di tangan samurai muda Satsuma, Choshu dan kuasa-kuasa
pengaruh yang lain seperti Okubo, Saigo dan Kido yang telah mengorbankan kepentingan
politik dengan berkomplot menentang Tokugawa. Kebanyakannya merupakan samurai kelas
rendah . Mereka merupakan satu kumpulan yang mempunyai kebolehan luar biasa , hasil
daripada kekacauan dan pertukaran mendadak yang menjanjikan hanya yang terbaik mampu
bertahan. Dengan menjalankan kuasa melebihi status mereka di dalam kelas samurai, ini
menyebabkan mereka terikat kepada rejim pemerintahan lama. Mereka percaya kepada
kelebihan yang diperoleh semenjak lahir dan ia membawa satu revolusi konsep social yang
baru.

Perubahan yang dilakukan oleh mereka membuktikan perlunya satu revolusi. Tetapi
Pemulihan Meiji, tidak seperti revolusi abad ke-19 di Eropah, tidak berkembang dari
peringkat bawahan. Juga tidak seperti Revolusi China dan revolusi di negara Asia lain yang
mengikutinya. Di China, dinasti Manchu mengalami zaman kegelapan pada abad ke-19, dan
berhadapan dengan campur tangan barat dalam siding ekonomi dan politik yang
menyebabkan system imperialnya hancur. Pemimpin baharu ini telah bersatu akibat perasaan
anti-Tokugawa dan semangat imperial, tetapi mereka juga patuh kepada slogan ‘singkirkan
orang asing’. Sesetengah daripada mereka sebenarnya telah menyertai serangan terhadap
pihak barat di Jepun. Pada tahun 1863, British telah menyerang Kagoshima, ibu kota
Satsuma. Pada tahun yang sama, kapal laut Barat telah menyerang Choshu berdekatan
Shimonoseki yang telah menembak kapal dagang Barat dan mengakibatkan keseluruhannya
musnah pada tahun 1864. Choshu kemudia telah meninggalkan konsep kelas pahlawan dan
mula membentuk pasukan campuran antara petani dengan samurai menjadi satu angkatan
bersenjata yang dilatih dengan teknik barat. Kejayaan kaeddah ini jelas ditunjukkan apabila
pemodenan angkatan tentera Berjaya mematahkan cubaan mengembalikan kuasa Tokugawa
pada tahun 1866.

Apabila golongan ini menguasai kerajaan pusat, pemimpin yang baharu melakukan
pembaharuan untuk menjadikan angkatan tentera lebih efesien dan membentuk angkatan laut
yang hampir sama kekuatannya dengan angkatan tentera Barat. Walau bagaimanapun pada
masa yang sama, mereka membuka pemikiran terhadap aspek luaran dan menyedari bahawa
untuk mencapai kekuatan dalam ketenteraan, Jepun juga memerlukan revolusi dalam bidang
ekonomi, social dan politik. Konsep ini ada dinyatakan di dalam slogan yang popular iaitu
fukoku kyohei, ‘kayakan negara, kuatkan tentera’. Kemudian, tugas penting yang dihadapi
oleh kerajaan semasa pemulihan Jepun ini adalah untuk menyatukan kuasa feudal kepada satu
unit yang menyebabkan Jepun terbahagi kepada bebrapa bahagian dan system kelas untuk
mewujudkan satu bentuk keidupan moden. Mereka telah memujuk daimyo Satsuma, Choshu,
Tosa dan Hizen untuk menawarkan pengaruh kawasan mereka kepada maharaja. Daimyo-
daimyo lain di Jepun mengikuti langkah ini. Ini menandakan pembahagian Jepun untuk
kepentingan feudal sebelum ini jelas kelihatan berakhir. Tradisi kepimpinan politik dan taraf
pendidikan yang tinggi menyebabkan samurai masih memonopoli kedudukan sebagai
pemimpin dalam kerajaan baharu. Mereka juga mengisi kekosongan dalam angkatan tentera
darat dan laut serta perkhidmatan polis dengan jawatan yang tinggi.

MENGAPA TOKUGAWA JATUH (Why did the tokugawa fall?)

Peristiwa Yoshida dibicara dan dihukum merupakan antara siri peristiwa yang menyebabkan
kejatuhan kesyogunan. Dalam pertarungan akhir ini terdapat lima kumpulan iaitu Syogun,
sistem maharaja, puak Choshu, Satsuma dan kuasa asing. Kunci kepada kefahaman pada saat
genting ini adalah pada tahun 1858-1868 apabila kedua-dua meminta pembaharuan dan
berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding dengan puak lain. Apabila dua puak ini
bersetuju untuk bergabung , usaha mereka berada pada proses kemuncak. Syogun menjadi
mangsa, mereka yang menang adalah mereka yang menakluki kuasa ketenteraan. Satsuma
pada mulanya meminta bantuan daripada kesatuan dan syogun, tetapi Choshu cuba
mengambil sokongan daripada maharaja untuk menentang Syogun. Choshu berjaya
mendapat sokongan maharaja dan beberapa golongan bangsawan. Akhirnya, pada 25 Jun
1863, orang gasar dihalau keluar daripada Jepun. Pada masa yang sama, Satsuma telah
melakukan rampasan kuasa untuk menguasai istana. Namun begitu, ia berjaya dihalang oleh
Choshu dan membentuk ‘unit campuran’ oleh samurai yang mempunyai senjata perang yang
lengkap dan moden di bawah Tagasugi Shinsaku (1839-1867). Provokasi anti orang asing
Choshu menyebabkan tindakan antarabangsa kedua pada 1864, 17 buah kapal perang
Inggeris, Perancis, Belanda dan Amerika memusnahkan kubu dan memaksa selat
Shimonoseki dibuka untuk tujuan perdagangan. Samurai Choshu, Inoue Kaoru (1835-1915)
dan ito Hirobumi (1841-1909) pelajar Yoshida Shoin meninggalkan negara Jepun dan belajar
di London. Mereka pulang dan menjadi penterjemah dalam hubungan dengan kuasa Barat.

Pembunuhan Charles Richardson berbangsa Inggeris oleh Samurai Satsuma telah


menyebabkan pihak kerajaan British meminta bantuan perlindungan daripada Syogun.
Hukuman seksaan kemudian diambil pada tahun 1864 dengan perintah Maharaja, daimyo
Nagoya dipilih untuk mengetuai mengetuai tentera yang besar menentang puak Choshu.
Ekoran daripada peristiwa ini, satu syarat dan perjanjian telah dibuat di pejabat pahlawan
Satsuma, Saigo Takamori (1827-1877). Perjanjian juga melibatkan pembubaran ‘unit
campuran’ dan unit ini menentang sekeras-kerasnya. Kesannya, Satsuma dan Choshu
berpaling daripada menyokong Syogun dan berlakulah penentangan serta rusuhan terhadap
pemerintahan syogun. Dua orang ronin dari Tosa mula berkerja untuk menggabungkan
Satsuma dan Choshu. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1866 dan berakhirlah
pemerintahan Kosogunan Tokugawa. Syogun yangke-13 Iemochi meninggal dunia dalam
tahun tersebut dan digantikan dengan Keiki seorang yang bijaksana. Leon Roches, Perdana
Menteri Perancis menyokong Keiki dalam mengendalikan pemerintahan dan ketenteraan .
Pada 3 Januari 1868, Satsuma dan Choshu dibantu oleh pemerintah Echizen dan Nagoya dan
pemerintahan lain iaitu Tosa dan Hiroshima mengambil kekuasaan istana dan menuntut
pembaharuan maharaja. Keiki cenderung untuk menyerah kalah tetapi didesak agar
menentang. Syogun mengarahkan tentera untuk menentang dari Osaka ke Kyoto, walaupun
jumlah yang ramai tetapi mereka mengalami kekalahan akibat kekurangan senjata. Mereka
telah mengalami kekalahan di desa Fushimisi dan Toba selatan Kyoto pada 27 Januari.

Tentera imperialis mara ke Edo dan semua damiyo menyerah kalah kepada mereka.
Keiki kemudian bersara dan beliau berkurung di Mito. Aizu terus memegang pemerintahan di
utara Honshu sehingga November dan pemberontakan terakhir telah ditumpaskan di
Hokkaido pada bulan Mei 1869. Ini memudahkan berakhirnya pemerintahan Tokugawa yang
bermula dengan kejayaan Ieyasu dalam perang Sekigahana pada tahun 1600. Ringkasnya,
kejatuhan Shogun Tokugawa bukan sahaja disebabkan oleh pentadbiran yang kurang baik
malahan juga banyak lagi sebab-sebab yang menyebabkan kejatuhan Shogun Tokugawa.
Antaranya ialah kelemahan Shogun Tokugawa itu seniri, berlakunya gerakan menggulingkan
Tokugawa, kemelesetan ekonomi, pertambahan pengaruh diraja dan bertambahnya pengaruh
golongn saudagar.

You might also like