You are on page 1of 34

SUBJEK : HSM 3033 SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

KUMPULAN : A

PENSYARAH : Professor Madya Dr. Khairi Bin Ariffin

TAJUK
Kajian Kes : Sejarah Sosioekonomi di Kampung Sungai Manik, Teluk Intan, Perak

Gambar Nama/Status No. Matrik & Alamat tetap Email/No.hp Major/M


IC inor
MUHAMMAD D20171078640 F1/100 anihhh97@gm SEJARAH/
HANIS HILMI 970111115183 TAMAN DESA ail.com PENDIDIK
BIN MOHD PERMAI AN
RAFI SEBERANG JASMANI
(BUJANG) MARANG
MARANG
TERENGGANU

MUHAMMAD D21071078693 NO. 23, JLN nazafiadiey97 SEJARAH/


NAZAFI BIN AB 970213035061 GAPI 2A/8, @gmail.com PENDIDIK
HADI TAMAN AN
(BUJANG) ANTARA GAPI, JASMANI
48200
SERENDAH,
HULU
SELANGOR.
GARDIYA D20171079540 NO 15, JLN Samsempoi12 MULTIME
PUNCHI 970212015325 KEBUDAYAAN 46@gmail.co m DIA/
HEWAGE 34, TAMAN SEJARAH
SAAMAANTHE UNIVERSITI,
A/L DEVADAS 81300,
(BUJANG) SKUDAI,
JOHOR BAHRU

MUHAMMAD D20171078702 F88 BATU 8 dausaziz817@ SEJARAH/


NUR FIRDAUS 970710085801 1/2, gmail.com BAHASA
BIN AZIZ JALAN BAWAH MELAYU
(BUJANG) ,
34250
TANJONG
PIANDANG,
PERAK.

NADIAH BINTI D20171078623 KG. nadiahbtealias SEJARAH/


ALIASAN 971019125324 BANDULON, an@ GEOGRAF
(BUJANG) JALAN gmail.com I
SEPANGGAR,
88450 KOTA
KINABALU,
SABAH
Senarai Kandungan

Perkara Muka Surat

1.0 Latar Belakang 1

2.0 Sejarah ekonomi 5

3.0 Perkembangan Infrastuktur 10

4.0 Isu dan Cabaran 15

5.0 Cadangan dan Saranan 23

6.0 Kesimpulan 28

7.0 Rujukan 29
NADIAH BINTI ALIASAN D20171078623

SEJARAH SOSIOEKONOMI DI KAMPUNG SUNGAI MANIK KIRI LAMA, HILIR

PERAK

1.0 Latar belakang Kampung Sungai Manik Kiri Lama

Teluk Anson (kini Teluk Intan) merupakan salah sebuah bandar besar yang mendapat jolokan

sebagai “bandar yang tenggelam” kerana bandar tersebut seringkali mengalami hakisan

permukaan tanahnya. Jolokan tersebut telah diberikan oleh pentadbir British yang telah

bertapak di negeri Perak sejak tahun 1874. Selain itu, Teluk Anson juga dikenali kerana

“Menara Condong”, yang sering dikaitkan dengan Menara Pisa di negara Perancis. Pada

asalnya menara tersebut adalah sebuah menara air yang dibina pada tahun 1894 bagi

membekalkan air ke kawasan bandar kemudian dijadikan menara jam oleh pihak British.

Pertukaran fungsi menara tersebut telah berubah pemandangan sungai Perak ketika pengunjung

melintasi Selat Melaka.

Teluk Intan mempunyai pusat kawasan pertanian yang luas termasuk kawasan Sabak Bernam

iaitu salah sebuah daerah yang terletak di kawasan negeri Selangor. Tambahan, terdapat

sebahagian kawasan yang terdapat di daerah tersebut juga menghasilkan pengeluaran getah,

kelapa, padi, tembakau, dan minyak sawit. Di samping itu, bandar ini mudah dicapai daripada

pertemuan Sungai Perak dan Kinta, ke utara Batang Padang yang mengalir di sepanjang

pinggir utara-timur bandar. Di bahagian selatan pula, kira-kira 17 kilometer jauhnya terdapat

sungai Bernam yang juga merupakan kawasan yang paling hampir dengan Teluk ini.

Ironinya, sejarah nama bandar ini sahaja cukup menarik dimana nama tersebut berasal daripada

panggilan masyarakat setempat terhadap seorang pedagang wanita berasal dari Tanah
Seberang yang telah kehilangan perhiasan berliannya (intan) ketika mandi di kawasan Sungai

berdekatan kawasan tersebut. Kawasan ini kemudiannya dikenali sebagai Teluk Anson

sempena nama Gabenor Negeri-Negeri Selat sekitar tahun 1879 sehingga 1880 iaitu Leftenan

Kolonel Archibald Anson1. Sungguhpun begitu, nama “Teluk Anson” secara rasmi diubah

menjadi “Teluk Intan” pada tahun 1982 oleh Sultan Idris Ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan

Perak pada ketika itu.

Beralih pula kepada sejarah ringkas Kawasan Sungai Manik yang merupakan lokasi kajian

bagi tugasan ini sepertimana yang dipaparkan dalam gambar rajah 1. Pada peringkat

permulaannya, kawasan ini telah dibangunkan oleh Pihak British akibat penyusutan kadar

ekonomi dunia pada awal tahun 1930. Dengan itu, pentadbiran British memutuskan bahawa

usaha bersepadu harus dilaksanakan demi memastikan kesediaan diri dalam pengeluaran

makanan. Rentetan itu, pada tahun 1932 sebuah organisasi telah ditubuhkan bagi mengawal

punca masalah tersebut iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (D.I.D.) yang membantu

meningkatkan pengeluaran padi dengan menyediakan pengairan yang betul.

Skim padi khas telah diperkenalkan dibawah rancangan tersebut. Tiga daripada kawasan utama

telah dipilih iaitu Krian dan Sungai Manik, kedua-duanya terletak di kawasan negeri

Perak,berserta sebuah lagi kawasan yang terletak di luar kawasan negeri Perak iaitu Tanjong

Karang di negeri Selangor. Di bahagian Krian (utara Perak), Skim padi berkeluasan sekitar

24,000 hektar telah lama diperkenalkan .Manakala, Skim padi di kawasan Sungai Manik pula

meliputi 9,600 hektar tanah, dimana melibatkan pengambilan 4,000 orang Melayu dalam

aktiviti tersebut. 2

11
Khoo Kay Kim. (1982). Teluk Anson (100 tahun). Jabatan Sejarah Universiti Malaya, hlmn 6
2
Khoo Kay Kim. (1995). Teluk Anson: 1882-1941:Port, Agriculture and Erosion. Journal of the Malaysian Branch
of the Royal Asiatic Society, Vol. 68, No. 2 (269),Sheppard Memorial Issue, hlmn 33

Rajah 1: Peta Kawasan Kampung Sungai Manik Kiri Lama

Umumnya, Kawasan Sungai Manik ini mempunyai 14 buah kampung yang menjalankan

aktiviti pertanian seperti penanaman padi dan kepala sawit. Setiap kampung mempunyai

seorang ketua kampung mahupun wakil bagi menjaga keamanan serta menjadi rujukan bagi

penduduk setempat. Mereka akan dipilih berdasarkan sidang dalam pertukaran Pilihanraya
1
Umum yang diadakan. Sejarah nama Sungai Manik pula diperolehi ketika penduduk

kampung menemui manik-manik yang mengalir di sepanjang sungai berhampiran kawasan

sawah padi di kampung tersebut pada suatu ketika dahulu.

1
Temuramah dengan En Zakaria Bin Abdullah, Ketua Kampung Sungai Manik Kiri Lama di Kampung Sungai
Manik Kiri Lama pada 5 Oktober 2019.
Bagi mendapatkan data secara terperinci, pengkaji telah mengambil sejarah sosioekonomi di

salah sebuah kampung yang terdapat di kawasan berkenaan iaitu Sungai Manik Kiri Lama

seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 2. Menerusi tembual yang dijalankan terhadap

Ketua Kampung Sungai Manik Kiri Lama iaitu En. Zakaria Bin Abdullah, masyarakat setempat

lebih cenderung mengusahakan sawah padi di kawasan kampung berkenaan. Hal ini demikian

kerana setiap kampung yang terdapat di kawasan Sungai Manik mempunyai aktiviti ekonomi

yang berbeza berdasarkan keadaan geografinya. Kawasan Kampung Sungai Kiri Lama ini

merupakan kawasan yang rendah dan rata sesuai digunakan bagi aktiviti pertanian sawah padi.

Kawasan ini juga didiami oleh 1,000 orang penduduk berserta 200 buah rumah yang didirikan

dalam kampung tersebut.

Rajah 2: Pemandangan di sekitar Kampung Sungai Manik Kiri Lama


MUHAMMAD NAZAFI BIN AB HADI D20171078693

2.0 Sejarah Ekonomi Kampung Sungai Manik

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji kegiatan ekonomi salah sebuah kampung

di Teluk Intan iaitu kampung Sungai Manik, Perak. Kegiatan ekonomi di Sungai Manik

terkenal dengan perusahaan padi. Ini jelas dapat dilihat apabila ketibaan kami di kampung ini

dihidangkan dengan pandangan sawah padi yang luas. Keadaan tanah telah menjadi faktor

kepada sektor penanaman padi diusahakan oleh penduduk setempat. Selain itu, sungai Manik

yang menjadi sumber kepada bekalan air bagi penanaman padi telah memajukan tanaman padi

di wilayah tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, kami telah menemui ketua kampung

Sungai Manik Lama Kiri iaitu En. Zakaria bin Abdullah untuk mendapatkan maklumat. Satu

sesi temubual telah dijalankan bersama beliau untuk memudahkan proses perkongsian

maklumat dilakukan secara langsung.

Hasil dari temubual tersebut, beliau telah menyatakan bahawa, aktiviti ekonomi utama yang

dijalankan di kampung tersebut adalah tanaman padi. Sektor perusahaan padi ini dilihat

semakin berkembang dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman.

Selain itu, en. Zakaria juga turut menyatakan bahawa, selain padi, di kampung itu juga

ada mengusahakan tanaman getah. Namun begitu, tanaman getah hanya diusahakan sebanyak

lima peratus dari kawasan wilayah tersebut dan selebihnya adalah sawah padi2. Ini bersesuaian

dengan permintaan padi yang semakin meningkat yang menyebabkan pengeluaran padi perlu

ditambah. Kesannya, penduduk setempat di kampung Sungai Manik memfokuskan ekonomi

2
Temu ramah dengan En. Zakaria bin Abdullah, Ketua Kampung Sungai Manik Kiri Lama di Kampung Sungai
Manik Kiri Lama pada 5 Oktober 2019.
mereka kearah tanaman padi. Tambah beliau lagi, perusahaan yang berbeza dipecahkan

mengikut wilayah. Menurut beliau, di kampung Sungai Manik Lama Kiri diusahakan oleh

penduduk setempat akan perusahaan padi. Manakala, untuk tanaman getah, ianya diusahakan

oleh penduduk setempat di kawasan kampung Sungai Manik Lama Kanan. Pembahagian

kawan tanaman mengikut wilayah ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan

dijalankan. Selain itu, dengan meletakkan tanaman yang berbeza di wilayah-wilayah Sungai

Manik telah membolehkan pelbagai tanaman komersial dipelbagaikan.

2.1 Ekonomi kampong Sungai Manik sebelum merdeka

Sebelum merdeka, masyarakat tradisional sememangnya menjalankan aktiviti

ekonomi yang berbentuk sara diri. Aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh mereka

adalah untuk memenuhi bekalan atau keperluan kepada individu yang

mengusahakannya. Oleh itu, mereka melakukan aktiviti menternak binatang dan

mengusahakan tanaman. Antara tanaman yang utama diusahakan oleh masyarakat

tradisional adalah padi. Sedia maklum mengetahui bahawa padi yang diproses menjadi

beras merupakan keperluan asas kepada masyarakat di Tanah Melayu. Diperingkat

awal, tanaman padi diusahakan hanya untuk memenuhi bekalan atau keperluan asas

kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Kemudian, perkembangan masyarakat

menyebabkan wujudnya toleransi dalam diri mereka untuk berkongsi hasil tersebut

kepada penduduk setempat yang lain. Perkongsian ini dijalankan dengan cara yang

dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh adalah dengan

menggunakan sistem barter, dimana pertukaran barang dilakukan dengan persetujuan

kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan barang yang ingin ditukar. Selain itu, wujud

juga individu yang menjadikan beras sebagai upah kepada golongan yang berkhidmat

untuknya. Ini telah menyebabkan perusahaan padi di kampung Sungai Manik kian

berkembang bagi memenuhi bekalan keperluan asas tersebut.


Penduduk Sungai Manik juga yang memilih kawasan yang mempunyai bekalan air

yang baik menjadikan tempat ini sesuai diusahakan tanaman padi. Bekalan air ini

diperolehi dari sumber air Sungai Manik. Bekalan ini telah memudahkan air disalurkan

ke sawah-sawah padi untuk tujuan penanaman. Manakala dari segi infrastruktur,

kaedah atau peralatan yang digunakan dalam proses penanaman padi lebih kepada

bersifat kerahan tenaga. Tenaga buruh lebih banyak digunakan pada zaman sebelum

merdeka. Penggunaan lembu atau kerbau dalam aktiviti tersebut telah digunapakai

dalam membantu kerja penduduk setempat.

Menurut ketua kampung Sungai Manik Lama Kiri, keadaan sosioekonomi masyarakat

kampung tersebut sebelum merdeka amat berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan

bantuan yang diperolehi oleh golongan petani. Segala kos atau usaha yang dilakukan

oleh penduduk dalam perusahaan padi adalah bergantung pada diri mereka sendiri.

Segala kos penyelenggaran, ganti rugi atau modal adalah dari petani. Tiada bantuan

yang diberikan oleh pihak pemerintah dalam mengembangkan penanaman padi.

2.2 Ekonomi kampong Sungai Manik selepas merdeka.

Lembangan Sungai Perak mempunyai kawasan tadahan seluas kira-kira 15,180 km

persegi yang mana merangkumi 70 peratus dari keluasan negeri Perak. Sungai Perak

pula adalah sungai utama dan cawangan-cawangan sungainya termasuklah Sungai

Manik3.

Selain itu, dalam temubual bersama salah seorang penduduk kampung tersebut

menyatakan tidak semua penduduk kampung ini menjalankan aktiviti penanaman padi.

3
Mohmadisa Hashim, Wan Ruslan Ismail, Mohamad Suhaili Yusri, Nasir Nayan, Yazid Saleh & Zahid Mat Said.
(1995). Tren Luahan Tahunan di Lembaga Sungai Perak 1915-2006. 3(2), (53-63). Diperoleh
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/30523/12.PDF
Terdapat juga segelintir penduduk yang bekerja di sektor kerajaan, buruh tempatan,

pembantu kedai makan dan bekerja sendiri. Menurutnya lagi, kedudukan rumahnya

terletak berhampiran dengan sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Kawasan penempatan ketua kampung dikenali dengan keluasan sawah padi yang

terbentang luas. Jika dilihat, kebanyakkan rumah dikawasan tersebut dikelilingi oleh

sawah padi.

Di samping itu, satu perubahan besar yang dapat dilihat dalam industri padi adalah

dengan tertubuhnya pelbagai badan yang menguruskan hal ehwal sektor tersebut.

Antara badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan

dengan pertanian di Sungai Manik adalah contohnya IADAKSM. IADAKSM atau

nama penuh syarikatnya adalah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kerian

(Intergrated Agriculture Development Area Kerian). Ianya telah dilancarkan pada tahun

1979. Kawasan operasi meliputi kawasan seluas 66.282 hektar yang melibatkan

keseluruhan kawasan di Daerah Kerian dan mukim Sg. Manik-Labu Kubong yang

terletak di Daerah Hilir Perak. 30,560 hektar daripada luas keseluruhan tersebut

merupakan kawasan yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Kawasan sawah padi pula

adalah seluas 28,488 hektar daripada 3 punca utama iaitu kolam air Bukit

Merah (70%),rumah pam Sg. Bogak (15%), dan hujan (15%), manakala, empangan Sg.

Manik di Chikus merupakan sumber air bagi kawasan Sg. Manik-Labu Kubong.

Agensi-agensi utama perlaksana IADAKSM terdiri daripada 4 bahagian utama

iaitu Unit Pengurusan Projek (UPP), Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP),

Bahagian Pertanian (BP), dan bahagian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Fungsi

UPP bertanggungjawab dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian, dan pemantauan

projek,Fungsi BPSP untuk mebina menaiktaraf, membaiki, serta menyenlenggara

system pengairan dan saliran di kawasan operasi. Bagi kerja-kerja pengembangan iaitu
pemindahan teknologi moden tanaman padi kepada petani pula telah

dipertanggungjawab kepada Bahagian Pertanian, tanaman, Bahagian LPP pula lebih

tertumpu kepada program mini estet padi dan mempelbagaikan pendapatan petani.

GARDIYA PUNCHI HEWAGE SAAMAANTHE A/L DEVADAS D20171079540


3.0 Perkembangan Infrastruktur di Kampung Sungai Manik Kiri Lama

3.1 Bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran

Kira-kira 1,000 pesawah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik

dekat Teluk Intan bimbang tidak dapat mengusahakan tanaman mereka walaupun

musim penanaman telah bermula awal bulan ini, berikutan masalah pengairan.

Tinjauan Bernama mendapati pesawah mengeluh kerana air yang mula disalurkan

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak dapat memasuki bendang gara-gara

parit agih dan parit buang yang tidak diselenggara dengan baik.

Penduduk mendakwa parit agih yang diguna untuk menyalurkan air ke bendang

dari tali air utama dan parit buang untuk membuang lebihan air dari kawasan padi

sepatutnya diselenggara oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).


4
Jabatan Pengairan dan Saliran adalah sebuah Jabatan teknikal di bawah

Kementerian Pertanian yang bertanggung jawab sebagai agensi yang berfungsi

secara langsung dalam menyedia dan menyelenggara pelbagai infrastruktur dan

kemudahan sistem pengairan bagi tujuan tanaman padi untuk mencapai Dasar

Pertanian Negara.

Objektif JPS adalah untuk memberi sumbangan ke arah pembangunan sosio

ekonomi negara dan menambah pendapatan para petani,meningkatkan hasil dan

4
bernama. ahmad suhaimi (2016 , julai 13). masalah parit jejas tanaman hampir 1,000 pesawah sg manik. malaysiakini. diperoleh daripada
https://www.malaysiakini.com/news/348533
memperbaiki taraf hidup penduduk. Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hilir

Perak memainkan peranan yang sangat penting dalam tugas membantu

meningkatkan pertumbuhan pembangunan serta sosio ekonomi penduduk di Daerah

Hilir Perak memandangkan 96% dari keseluruhan daerah telah di bangunkan

dengan pertanian.

Terdapat beberapa objektif utama jabatan ini. Antaranya ialah untuk membekalkan

perkhidmatan kejuruteraan yang tidak berupaya dilaksanakan oleh golongan

sasaran persendirian dan seterusnya menjamin pembangunan tanah secara optimum

dan pengurusan sumber air negara yang lebih cekap, melaksanakan sistem

pengurusan pengairan air moden bagi mencapai matlamat pengeluaran hasil Padi

10 tan/hektar, melaksanakan sistem pengairan moden untuk kawasan pengairan,

memaju serta mempromosikan amalan dan teknologi pengurusan air secara moden

di kalangan kumpulan sasar, dan akhir sekali meningkatkan pengeluaran dan

pendapatan 3,600 keluarga tani melalui pemulihan dan menaik taraf sistem

pengairan sedia ada.

Rancangan Pengairan Sg Manik adalah satu rancangan lama yang telah dibuka

pada tahun 1932 dan kerja infrastruktur pengairan telah di mulakan pada tahun

1933. Pembukaan hutan paya ini telah dibuat dalam empat peringkat iaitu peringkat

1,2, dan 3 yang telah siap pada tahun 1941 dengan keluasan 3,420 ha manakala

peringkat ke- 4 pula siap sepenuhnya pada tahun 1953 dengan keluasan

3,140 ha. Pada tahun 1978 Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)

Kerian/Sg Manik telah ditubuhkan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur

pengairan.

Namun begitu, keseluruhan 142 Taliair Tersier dalam Rancangan Pengairan

Sungai Manik menghadapi masalah kemasukan pasir. Mendapan pasir telah


terkumpul terutama di hilir struktur pintu air CHO sepanjang 300 meter hingga 700

meter. Mendapan ini perlu dibuang semasa pra bekalan setiap musim bagi

menjamin bekalan air yang mencukupi semasa musim penanaman padi.

Kos selenggaraan pembuangan mendapan pasir ini telah didapati meningkat

setiap tahun. Sebanyak RM 104,615.00 telah dibelanjakan pada tahun 2001

berbanding RM 85,866.00 pada tahun 2000. Selain itu pembuangan mendapan pasir

yang menggunakan jentera ini menjadi timbunan di bahu jalan ladang dan ban tali

air seterusnya menimbulkan masalah lain seperti keselamatan pengguna.

Pembiayaan kos juga akan meningkat untuk memindahkan keluar mendapan ke

tempat lain.

3.2 Faedah dari projek inovasi yang dijalankan

Terdapat beberapa inovasi yang dijalankan berdasarkan aduan daripada petani dan

pemerhatian serta rekod Jabatan di atas masalah gangguan tersebut antaranya iaitu

idea dengan mencadangkan supaya dibina Kotak Penghalang Pasir di hadapan

(upstream) pintu air CHO bagi mengurangkan kemasukan kuantiti pasir ke dalam

Taliar Tersier. Sebelum inovasi ini dilaksanakan, terdapat 3 kaedah yang digunakan

untuk menghalang kemasukan pasir iaitu Kotak Penghalang Pasir Petak, Perangkap

Pasir Dinding serta Pemintas Pasir. Kotak Penghalang Pasir lebih berkesan

berbanding dengan dua kaedah yang lain. Ia merupakan kaedah yang paling efektif

untuk digunakan kerana ia dapat menjalankan fungsi bagi kaedah yang digunakan

sebelum ini. Dengan kos yang amat minimum ia dapat memudahkan kerja-kerja

penyelenggaraan dan mendapan tidak lagi menimbulkan masalah.

Bekalan air tidak terganggu dan lebih sempurna dengan kurangnya mendapan

pasir dalam Taliair Tersier supaya aliran air lebih lancar dan mampu sampai ke
hujung. Selain itu, tiada masalah sisa longgokan pasir menyebabkan jalan ladang

tidak menjadi sempit dan memberi keselesaan serta keselamatan pengguna. Di

samping itu, pengguna air iaitu petani juga berpuas hati kerana bekalan air

mencukupi seterusnya para petani dapat mempraktikkan amalan pengurusan air di

dalam sawah dengan lebih cekap.

Akhirnya, tiada aduan yang diperolehi daripada petani setelah projek inovasi ini

siap dibina berikutan masalah gangguan aliran air. Hal ini demikian membantu

meningkat Hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang serterusnya dapat

mengurangkan import beras negara, secara tidak langsung dapat mengurangkan

pertukaran wang asing. Dengan ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan

meningkat. 5

3.3 Bantuan RMK ke-11

Lebih RM264 juta diperuntukkan bagi 10 projek pembinaan infrastruktur yang akan

dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di sekitar daerah

Hilir Perak. Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata kesemua projek yang

diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

baru-baru ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan. Terdapat sepuluh projek

dan antaranya ialah menaik taraf sistem pengairan di Sungai Manik sebanyak RM15

juta serta membina dan menaik taraf bengkel pertanian di Sekolah Menengah

Teknik Teluk Intan (RM14.2 juta). Kerajaan akan membaik pulih sistem pengairan

di Changkat Jong sebanyak RM11.5 juta; kerja tanah pembinaan Klinik Kesihatan

5
Ahmad syahir. (2017). Organisasi Pelaksanaan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak 36000
Teluk Intan Perak, Darul Ridzuan. Bahagian Pengairan dan Saliran. Diperoleh daripada
https://www.water.gov.my/jps/resources/auto%20download%20images/5848c7859ea3a.pdf
Hutan Melintang di Bagan Datuk (RM8.85 juta) dan menaik taraf dewan bedah

Hospital Teluk Intan (RM7.57 juta).

Selain itu, sejumlah RM4 juta diperuntukkan bagi menggantikan jambatan yang

rosak di Hilir Perak dan RM4 juta lagi untuk menaik taraf Balai Bomba dan

Penyelamat Teluk Intan serta menaik taraf padang Sekolah Menengah Kebangsaan

Raja Muda Musa yang berjumlah RM316,000. Kor Ming yang juga Timbalan Yang

Dipertua Dewan Rakyat, berkata menerusi pelaksanaan kesemua projek itu ia

mampu meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan penduduk di daerah Hilir Perak.

Perkara ini adalah satu berita baik untuk rakyat di Teluk Intan setelah berusaha

sejak sekian lama dan akhirnya membuahkan hasil terutama projek tebatan banjir

yang akhirnya diluluskan peruntukannya, sekali gus masalah banjir yang sering

berlaku di sekitar Teluk Intan dapat diselesaikan.”

Muhammad Nur Firdaus Bin Aziz D20171078702

4.0 Isu Dan Cabaran Di Kampung Sungai Manik Kiri Lama

Semasa menjalankan aktiviti kajian di Kampung Sungai Manik Kiri Lama, kami sempat

berbual dengan responden khususnya ketua kampung sendiri untuk mengetahui tentang isu dan

cabaran yang alami oleh penduduk kampung. Masalah yang disampaikan merangkumi sekitar

tahun ini iaitu khususnya dalam bidang pertanian pada awal tahun lalu. Terdapat beberapa isu

dan masalah tempat iaitu yang lebih berfokuskan kepada pertanian penduduk kampung

khusunya sawah padi.

4.1 Masalah Padi Berpenyakit

Semasa sesi temubual bersama ketua kampung Sungai Manik Lama Kiri, kami turut

berpeluang untuk mendapatkan isu dan masalah tempat yang berlaku di kampung
tersebut. Menurut responden iaitu Encik Zakaria Bin Ahmad selaku ketua kampung

atau tok sidang di Kampung Sungai Manik Kiri Lama, isu dan masalah yang lebih

serius adalah ekonomi mereka pada awal tahun ini iaitu pertanian penanaman padi.

Padi ialah tanaman makanan asas yang utama bagi penduduk Malaysia. Pada masa

kini, tahap pengeluaran sara diri negara adalah pada 72%.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, pelbagai usaha giat dijalankan bagi meningkatkan

tahap pengeluaran padi negara pada aras 90% seperti yang ditetapkan oleh

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sasaran ini penting untuk dicapai

bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap kemasukan beras import

seterusnya menjamin bekalan beras tempatan yang mencukupi.6

Di Kampung Sungai Manik Kiri Lama, kira-kira 70% kawasan sawah padi adalah

dikerja atau dilakukan secara sendiri dan 30% adalah dilakukan untuk menyewa.7

70% sawah padi yang dikerjakan sendiri kebanyakkan adalah dikerjakan oleh

penduduk kampung Sungai Manik Kiri Lama yang tinggal disitu manakalah bagi

30% Tanaman padi secara tabur terus merupakan kaedah penapakan tanaman yang

popular di Malaysia. Amalan kaedah ini secara berterusan telah menyebabkan

peningkatan masalah serangan perosak, penyakit dan rumpai yang boleh

menjejaskan pengeluaran hasil padi.

6
Badrulhadza Amzah, Siti Norsuha Misman, Maisarah Mohamad Saad, Azmi Man, Allicia Jack, Mohd Fitri
Masarudin dan Chong Tet Vun. (2013). Pengurusan bersepadu perosak, penyakit dan rumpai dalam pengeluaran
mampan tanaman padi(Integrated pest, disease and weed management through sustainable rice production),
diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/290195285_Pengurusan_bersepadu_perosak_penyakit_dan_rump
ai_dalam_pengeluaran_mampan_tanaman_padi_Integrated_pest_disease_and_weed_management_through
_sustainable_rice_production

7
Temuramah dengan En Zakaria Bin Abdullah, Ketua Kampung Sungai Manik Kiri Lama di Kampung Sungai
Manik Kiri Lama pada 5 Oktober 2019.
Ini ditambah lagi penggunaan variasi yang sama dari musim ke musim telah

menyebabkan wabak penyakit dan serangga perosak berlaku. Pengurusan perosak,

penyakit dan rumpai merupakan aktiviti yang penting untuk menjamin pengeluaran

hasil padi yang baik. Bagi mengurangkan masalah ini, para petani perlu

mempelbagaikan kaedah pengawalan perosak, penyakit dan rumpai di samping

bijak dalam mengatur aktiviti amalan kultur yang berkaitan. Strategi sebegini lebih

dikenali sebagai ‘Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu’ yang disyorkan untuk

diamalkan oleh para petani.10

Usaha ke arah peningkatan pengeluaran hasil padi pada masa kini menghadapi

pelbagai cabaran. Antaranya ialah serangan serangga perosak seperti benah perang

dan ulat gulung daun, serangan penyakit seperti karah, masalah rumpai dan padi

angin serta serangan siput gondang dan tikus. Pergantungan sepenuhnya pada racun

kimia bagi mengawal perosak tidak disyorkan, bukan sahaja disebabkan harganya

yang kian meningkat malah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan

kesihatan petani.

Oleh itu, pendekatan secara menyeluruh yang memberi penekanan terhadap

pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu ini sedikit sebanyak

menyumbang ke arah usaha peningkatan pengeluaran hasil padi. Pendekatan ini

mestilah dijadikan teras utama dalam membentuk satu sistem pengeluaran padi

yang mampan.11 Amalan penggunaan input pada tahap yang maksimum

sememangnya sinonim dengan usaha ke arah peningkatan hasil.

10
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (2014). BUKU POKET Perosak, Penyakit dan
Rumpai Padi di Malaysia. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/320626658_BUKU_POKET_Perosak_Penyakit_dan_Rumpai_Padi_d
i_Malaysia

11
Badrulhadza Amzah, Siti Norsuha Misman, Maisarah Mohamad Saad, Azmi Man, Allicia Jack, Mohd Fitri
Masarudin dan Chong Tet Vun. (2013). Pengurusan bersepadu perosak, penyakit dan rumpai dalam
pengeluaran mampan tanaman padi(Integrated pest, disease and weed management through sustainable
rice production), diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/290195285_Pengurusan_bersepadu_perosak_penyakit_dan_rum
p
ai_dalam_pengeluaran_mampan_tanaman_padi_Integrated_pest_disease_and_weed_management_throug
h _sustainable_rice_production
Walaupun hasil dapat ditingkatkan, namun pengeluaran hasil tersebut tidak

akan dapat bertahan untuk tempoh yang panjang. Kemusnahan keseimbangan

ekologi dan kepelbagaian biologi akibat penggunaan input berlebihan ini akan

mengakibatkan produktiviti sistem di sesebuah kawasan itu menurun. Sistem

pengeluaran tanaman yang mampan mempunyai matlamat mengekalkan kestabilan

ekologi agar pengeluaran tanaman dapat dikekalkan. Konsep penanaman secara

mampan ini adalah sama dengan konsep pengurusan perosak, penyakit dan rumpai

secara bersepadu yang menganggap sistem agroekologi yang sihat bergantung pada

kepelbagaian biologi yang terurus serta seimbang.

Kedua-dua konsep ini juga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem

pertanian yang mesra alam di samping memberi pulangan yang menguntungkan

dari segi ekonomi. Melalui pengamalan konsep pengurusan perosak, penyakit dan

rumpai secara bersepadu dalam sistem pengeluaran padi yang mampan ini, aras

produktiviti agroekologi tanaman padi dapat dipertingkat dan dipertahankan untuk

satu tempoh yang panjang.8 Menurut responden Encik Zakaria Bin Ahmad, kesan

8
Ibid
daripada penyakit padi di Kampung Sungai Manik Kiri Lama ini telah memberi

kesan terhadap kualiti disamping pendapatan penduduk kampung.9

Apabila masalah pagi berpenyakit ini terjadi, sudah tentu kualiti padi itu

sendiri akan terjejas. Kualiti padi berpenyakit ini akan berbeza dengan padi yang

baik misalnya daripada jisim padi itu sendiri. Setersnya, apabila kualiti padi terjejas

atau berkurang, hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan juga pendapatan

para pesawah. Menurut responden Encik Zakaris Bin Ahmad, proses akhir padi

untuk menjual adalah lebih kurang RM1200 untuk satu tan berat. Oleh itu, apabila

kualiti padi merosok, harga padi akan menurun nilainya. Semasa sesi temubual

diadakan, adalah merupakan penanaman padi kali kedua kerana dalam masa satu

tahun, pertanian padi akan dilakukan dua kali setahun.

Rajah 3:

Kawasan sawah padi Kampung Sungai Manik Lama Kiri kali kedua untuk tahun ini

9
Temuramah dengan En Zakaria Bin Abdullah, Ketua Kampung Sungai Manik Kiri Lama di Kampung Sungai
Manik Kiri Lama pada 5 Oktober 2019.
Rajah 3 menunjukkan suasana atau keadaan sawah padi untuk kali kedua bagi tahun

ini. Para petani berharap agar kualiti padi pada kali kedua ini lebih baik dari sebelumnya

yang dikatakan padi berpenyakit yang telah menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Rajah ini menunjukkan keadaan padi yang masih belum matang. Susana kehijauan telah

menelusuri suasana kampung Sungai Manik Kiri Lama.

Warna kerhijauan telah memberikan satu aura tenang kepada mereka yang

melihat termasuk kami semasa menjalankan kajian dikawasan tersebut. Bagi

mengelakkan masalah penyakit padi ini berterusan terdapat beberapa jenis kaedah

kawalan dan pengurusan perosak yang disyorkan.Terdapat beberapa kaedah atau cara

yang berlainan dalam mengawal rumpai serta perosak dan penyakit di sawah. Untuk

kawalan dan pengurusan yang berkesan, kesemua kaedah ini mestilah diamalkan secara

bersepadu bukan setakat di peringkat individu malah di peringkat komuniti pesawah di

sesebuah kawasan itu.

Antara jenis kaedah yang disyorkan adalah seperti pemeliharaan dan pemuliharaan

kawalan semula jadi. Kaedah ini adalah salah satu komponen dalam kawalan biologi

secara semula jadi. Dalam ekosistem sawah padi, terdapat pelbagai organisma

berfaedah yang telah sedia ada yang memainkan peranan secara semula jadi sebagai

agen kawalan kepada perosak dan penyakit yang menyerang tanaman.

Bagi memastikan keseimbangan dan interaksi semula jadi antara elemen-elemen

yang berbeza dalam ekosistem sawah padi, penggunaan racun kimia hendaklah

dikurangkan atau diamalkan secara wajar. Ini amat penting dalam menyediakan ruang

untuk organisma bermanfaat ini terutamanya pelbagai spesies musuh semula jadi

kepada perosak untuk meningkatkan populasi seterusnya mengawal populasi perosak


daripada berkembang. Seterusnya adalah kawalan menggunakan racun kimia.

Penggunaan racun perosak kimia sememangnya tidak dapat dielakkan, namun

penggunaannya harus dilaksanakan secara wajar dan bijak serta mengikut teknik yang

betul.10

Pemantauan kehadiran perosak atau simptom penyakit hendaklah dilakukan

sebelum keputusan untuk menjalankan semburan racun kimia dibuat. Ini penting untuk

mengelak daripada berlakunya fenomena yang tidak diingini akibat penggunaan racun

kimia secara tidak wajar seperti peningkatan tahap kekebalan perosak akibat aplikasi

racun kimia yang sama dan berulang, fenomena resurgen semula perosak, perosak

minor menjadi perosak utama dan kemusnahan musuh semula jadi atau organisma

bukan sasaran.

Perhatian juga harus diberikan bagi menjamin pencemaran terhadap persekitaran adalah

minimum. Racun perosak kimia terdiri daripada racun serangga, racun kulat, racun

rumpai, racun siput dan racun tikus. Oleh itu, dalam melaksanakan pengurusan perosak,

penyakit dan rumpai secara bersepadu, penggunaan sesuatu kaedah kawalan mestilah

bersesuaian dan serasi dengan kaedah lain. Kaedah kawalan yang dilaksanakan

seharusnya dapat membantu dan tidak menjejaskan kepentingan kaedah kawalan yang

lain. Selain tumpuan terhadap pengurusan perosak, penyakit dan rumpai, pengurusan

tanaman yang baik juga dapat membantu meningkatkan ketahanan tanaman.

Integrasi antara kaedah kawalan perosak dengan pengurusan tanaman haruslah menjadi

keutamaan kepada petani. Pengurusan secara bersepadu berpandukan gerak kerja yang

disyorkan sedikit sebanyak akan dapat membantu mengatasi masalah akibat serangan

penyakit, serangga perosak, rumpai, siput gondang dan tikus seterusnya menyumbang

10
Ibid
ke arah peningkatan hasil tuaian. Di samping itu, kebergantungan terhadap penggunaan

racun perosak sahaja dapat dikurangkan selain menjamin tahap pengeluaran hasil yang

mampan untuk tempoh masa yang panjang.

4.2 Penghijrahan Generasi Muda

Melalui temuramah bersama responden Encik Zakaria Bin Ahmad, beliau ada mengatakan

bahawa penghijrahan generasi muda ke bandar merupakan salah satu masalah tetapi

tidak begitu ketara. Seperti mana yang kita tahu, pada masa sekarang generasi muda

lebih gemar untuk berhijrah khususnya berhijrah ke bandar bagi mencari peluang

pekerjaan. Penghijrahan ini juga telah merisaukan warga tua kini tentang kesinambungan

mereka untuk mengejarkan sawah padi.

Menurut responden, lebih kurang 1000 orang penduduk Kampung Sungai Manik Kiri

Lama dan 600 daripadanya adalah golongan dewasa. Penghijrahan generasi muda

mungkin adalah kurang berminat dengan pekerjaan sebagai petani. Hal ini adalah kerana,

kurangnya dukungan daripada golongan para orang tua baik secara mental mahupun

material terhadap anak-anak muda untuk menjadi petani, juga menjadi penyebab pemuda

tidak tertarik menjadi petani.

Umumnya orang tua akan lebih berbangga jika anak-anaknya menjadi doktor, tentera dan

pekerjaan besar lainnya yang dianggap lebih baik. Akhirnya, banyak golongan pemuda,

terutama yang tinggal di kampung, lebih tertarik pada pekerjaanpekerjaan selain

pertanian di kawasan bandar. Jika perkara sebegini berterusan, sudah tentu ilmu didalam

bidang sawah ini tidak dapat diwarisi dengan baik seperti cara menuai , membaja dan

sebagainya. Justeru, ibu bapa dan warga tua perlu memberi semangat dan dorongan
kepada generasi muda supaya pekerjaan didalam bidang pertanian sawah padi ini tidak

ditelan zaman khususnya di Malaysia pekerjaan ini adalah dimonopolikan oleh bangsa

Melayu sendiri.

Justeru itu, golongan muda hari ini kurang berminat melibatkan diri dalam aktiviti

pertanian ialah kurangnya galakan daripada keluarga itu sendiri. Saranan yang boleh

diberikan untuk mengubah senario kurangnya minat remaja hari ini terhadap aktiviti

pertanian ialah kerajaan sewajarnya menyediakan lebih peruntukan kepada remaja kini

untuk menjalankan aktiviti pertanian. Sebagai contoh, kerajaan boleh menyediakan

kawasan-kawasan lapang untuk remaja menjalankan aktiviti pertanian mereka.

Kelengkapan untuk bertani juga boleh disediakan oleh kerajaan. Hal ini demikian akan

membangkitkan lagi semangat pemuda-pemudi harapan anak bangsa ini menjalankan

aktiviti pertanian.

Buktinya, akhbar-akhbar tempatan seperti Berita Harian, Metro dan Kosmo sejak

kebelakangan ini banyak memaparkan isu-isu kehidupan masyarakat Malaysia yang rata

ratanya kini hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Hal ini telah

menyebabkan anak-anak mereka cuba menjalankan aktiviti pertanian. Namun,

disebabkan kekurangan modal dan ilmu pengetahuan tentang asas-asas bertani, hasrat

mereka terkubur begitu sahaja. Oleh itu, kerajaan selayaknya menyediakan peruntukan

bagi menggalakkan remaja berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian.
MUHAMMAD HANIS HILMI BIN MOHD RAFI D20171078640
5.0 Cadangan Dan Saranan Bagi Pembangunan Sosioekonomi Di Kampung Sungai

Manik Kiri Lama

5.1 Teknologi

Dalam sesebuah masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian

khususnya pasti memerlukan alat bantuan teknologi yang canggih supaya dapat

meringankan kegiatan-kegiatan pertanian yang akan dijalankan. Walaupun kegiatan

ekonomi awal yang diamalkan berbentuk sara diri, tetapi kegiatan ekonomi berbentuk

komersil juga telah dimulai sebelum abad ke-15 lagi. 11 Selain itu juga alat bantuan

teknologi canggih ini juga dapat mempercepatkan proses atau kerja pertanian yang

dijalankan. Kegiatan pertanian yang dimaksudkan ini ialah pertanian sawah padi yang

bertempat di Kampung Sungai Manik Kiri Lama, Teluk Intan, Perak.

Kampung yang dipilih oleh kumpulan kami ini merupakan salah sebuah kampung

yang menjalankan kegiatan ekonomi pertanian sawah padi di negeri Perak.

Walaubagaimanapun, terdapat juga pertanian lain di kampung ini seperti pertanian kelapa

sawit namun pertanian sawah padi ini lebih ditekankan kerana kegiatan ini merupakan

kegiatan pertanian yang sudah lama dijalankan di kampung ini. Teknologi yang

digunakan atau lebih mudah difahami alat bantuan yang digunakan oleh penduduk

Kampung Sungai Manik ini dalam menjalankan aktiviti pertanian sawah padi ialah

jentera.

Sebelum kehadiran alat teknologi seperti jentera ini, penduduk kampung ini hanya

menggunakan tangan mereka sendiri untuk menuai padi di kawasan sawah. Mereka

terpaksa bekerja lebih keras untuk menanam padi di kampung ini. Perbezaan yang amat

11
Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 177
ketara di antara penggunaan tangan dengan alat jentera bagi menuai padi hal ini dapat

dilihat dengan masa yang diambil untuk menuai padi iaitu penggunaan mesin jentera

memakan masa yang singkat berbanding penggunaan tangan mereka yang terpaksa

mengambil masa yang sangat lama. Seterusnya, penggunaan jentera ini juga dapat

menghasilkan padi yang banyak dalam masa yang singkat.

Saranan saya kepada penduduk Kampung Sungai Manik Kiri Lama yang menjalankan

aktiviti pertanian sawah padi ini ialah mereka perlu menambah bilangan jentera kerana

dengan penambahan bilangan jentera ini mampu membantu mereka untuk meningkatkan

hasil padi mereka setiap tahun. Selain itu, penggunaan jentera ini perlu digunakan secara

baik dan berhemah kerana kita tahu bahawa banyak tempat yang menjalankan kegiatan

pertanian yang menggunakan jentera ini pasti akan mengalami kerosakan jentera mereka

disebabkan oleh cara penggunaan mereka terhadap jentera tersebut. Bagi mengelak

daripada berlaku kerosakan jentera ini, individu yang menggunakan jentera ini perlu

menggunakan jentera ini dengan baik. Jentera juga perlu diservis mengikut masa-masa

yang tertentu.

5.2 Baja

Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuh-tumbuhan untuk menggalakkan

pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus

pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja

asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi

bahanbahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula,

kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahanbahan

kimia tak organik atau galian-galian. Penggunaan baja dalam kegiatan pertanian sawah

padi memang tidak asing lagi.


Sama seperti kegiatan pertanian padi di Kampung Sungai Manik Kiri Lama.

Penanaman padi ini dahulu merupakan penanaman sara diri. Namun setelah kedatangan

British secara rasminya pada 1874 iaitu semasa temeterainya Perjanjian Pangkor, mereka

memperkenalkan sistem ekonomi yang berdasarkan pasaran. 12 Mereka menggunakan

baja untuk menyuburkan hasil pertanian padi mereka. Hal ini kerana dengan adanya baja

untuk padi ini, hal ini akan dapat meningkatkan kesuburan tanaman padi mereka dan

dapat mengelakkan pertanian padi mereka dilanda penyakit yang akan menyebabkan

kematian padi. Kematian padi ini akan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang

sangat besar.

Namun, ada sedikit masalah dalam penggunaan baja dalam pertanian padi di

Kampung Sungai Manik Kiri Lama ini iaitu jumlah baja yang diperlukan kadangkala

tidak mencukupi bagi setiap penanaman padi di kampung ini. Dengan harga baja yang

mahal, hal ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan baja bagi pertanian mereka.

Ketiadaan baja ini akan mempengaruhi hasil pertanian padi mereka. Terdapat juga

penyakit yang melanda, ada juga padi yang ditanam hanya sebilangan sahaja yang elok

disebabkan kekurangan baja.

Saranan saya ialah petani-petani yang menjalankan aktiviti pertanian padi di

Kampung Sungai Manik ini membuat perancangan yang rapi sebelum menjalankan

penanaman padi di kampung ini. Mereka perlu tekankan berapa banyak baja yang mereka

perlukan sebelum menjalankan aktiviti pertanian kerana dengan perancangan yang rapi

ini mereka akan dapat tahu berapa banyak yang mereka perlu habiskan kewangan untuk

membeli baja supaya tidak timbul masalah semasa menanam padi nanti.

12
Azmi khalid. (1997). Ekonomi Melayu Kurun ke 19 : Sara Diri atau Komersial? Dalam Badriyah Haji Salleh dan
Tan Liok Ee (ed), Alam Pensejarahan : Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
5.3 Bilangan pekerja

Dalam sesebuah aktiviti pertanian semestinya tidak asing lagi bilangan pekerja sangat

mempengaruhi sesebuah aktiviti pertanian. Bilangan pekerja yang ramai semestinya akan

dapat memberikan hasil pertanian yang sangat tinggi walaupun golongan petani ini sudah

menggunakan jentera moden namun tanpa bilangan pekerja yang ramai, perkara ini tidak

akan dapat dicapai. Kegiatan ekonomi pertanian padi di Kampung Sungai Manik Kiri

Lama ini pasti akan terjejas sekiranya bilangan pekerja di kawasan tersebut kurang.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh ketua Kampung ini sendiri, ramai

golongan muda terutamanya golongan yang baru sahaja menghabiskan zaman

persekolahan ini telah berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan sebagai contoh

mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan. Mereka tidak

sedar bahawa di kampung mereka telah pun tersedia pekerjaan untuk mereka iaitu

pertanian padi. Tambahan pula, ada juga daripada mereka yang tidak berminat untuk

bekerja sebagai petani di sawah padi. Hal ini akan menyebabkan perusahaan padi di

kampung tersebut mengalami kekurangan pekerja.

Kegiatan ekonomi sawah padi di kampung ini juga berkembang kerana adanya sistem

saliran air yang baik dengan penutupan Sungai Sungkai untuk perlombongan kerana

perairannya digunakan untuk menyediakan bekalan air domestik bagi Teluk Anson serta

daerah di sekitarnya pada ketika dahulu.13 Saranan saya ialah golongan muda ini harus

sedar tentang kewujudan ekonomi pertanian sawah padi di Kampung Sungai Manik Kiri

Lama ini. Hal ini kerana pertanian merupakan ekonomi yang sangat penting pada masa

sekarang. Mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti pertanian sawah padi ini suapaya

dapat memberikan hasil pendapatan yang lumayan.

13
Perak Secretariat 1948. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. hlmn 2
NADIAH BINTI ALIASAN D20171078623

6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya Kampung Sungai Manik Kiri Lama ini sangat sinonim dengan aktiviti

pertanian bahkan sejak tahun 1930-an lagi. Sosioekonomi masyarakat setempat pula sangat

dipengaruhi oleh aktiviti pertanian terutamanya aktiviti penanaman sawah padi. Geografi

kawasan Kampung Sungai Manik Kiri Lama yang berkawasan rendah dan rata sangat sesuai

dengan penanaman padi sawah secara komersial.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu ditanggung oleh para

penduduk seperti kekurangan modal, infrastruktur dan kemudahan teknologi yang canggih

dalam memastikan hasil pengeluaran padi berkualiti dan berskala besar. Dengan itu, melalui

kekangan ini pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inovasi mahupun program dalam

membantu nasib para petani di Sungai Manik Kiri Lama ini. Contohnya, seperti Rancangan

Malaysia ke 11 ataupun lebih dikenali sebagai (RMK-11).

Natijahnya, penduduk Kampung Sungai Kiri Lama ini sememangnya masih

mengusahakan ekonomi berasaskan pertanian seperti sawah padi. Namun begitu, mereka tidak

hanya bekerja sebagai petani tradisional malahan mereka juga lebih berani dan mengikuti

perkembangan semasa mengenai sistem ekonomi negara. Hal ini demikian telah menjadikan

penduduk tempat berdiri sebagai petani yang moden yang mampu menjana pendapatan melalui

aktiviti penanaman padi secara komersial.


7.0 Rujukan

1) Sumber lisan

Temu ramah dengan En. Zakaria bin Abdullah, Ketua Kampung Sungai Manik Kiri Lama

di Kampung Sungai Manik Kiri Lama pada 5 Oktober 2019.

Temu ramah dengan Pn. Khairun Nisah binti Musa, Ketua Perpustakaan Awam Teluk Intan

(bekas pensyarah Uitm Shah Alam) pada 5 Oktober 2019.

2) Buku

Azmi khalid. (1997). Ekonomi Melayu Kurun ke 19 : Sara Diri atau Komersial? Dalam

Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (ed), Alam Pensejarahan : Dari Pelbagai Perspektif.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Khoo Kay Kim. (1995). Teluk Anson: 1882-1941:Port, Agriculture and Erosion. Journal of

the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 68, No. 2 (269),Sheppard

Memorial Issue.

Khoo Kay Kim. (1982). Teluk Anson (100 tahun). Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Ruslan

Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Perak Secretariat 1948. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.


3) Bahan Internet

Ahmad syahir. (2017). Organisasi Pelaksanaan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir

Perak 36000 Teluk Intan Perak, Darul Ridzuan. Bahagian Pengairan dan Saliran. Diperoleh

daripada

https://www.water.gov.my/jps/resources/auto%20download%20images/5848c7859ea3a.pdf

Badrulhadza Amzah, Siti Norsuha Misman, Maisarah Mohamad Saad, Azmi Man, Allicia Jack,

Mohd Fitri Masarudin dan Chong Tet Vun. (2013). Pengurusan bersepadu perosak, penyakit

dan rumpai dalam pengeluaran mampan tanaman padi(Integrated pest, disease and weed

management through sustainable rice production), diperoleh daripada

https://www.researchgate.net/publication/290195285_Pengurusan_bersepadu_perosak_penya

kit_dan_rumpai_dalam_pengeluaran_mampan_tanaman_padi_Integrated_pest_disease_and_

weed_management_through_sustainable_rice_production

Bernama. Ahmad Suhaimi (2016 , Julai 13). Masalah parit jejas tanaman hampir 1,000 pesawah

Sg Manik. Malaysiakini. Diperoleh daripada https://www.malaysiakini.com/news/348533

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (2014). BUKU POKET

Perosak, Penyakit dan Rumpai Padi di Malaysia. Diperoleh daripada

https://www.researchgate.net/publication/320626658_BUKU_POKET_Perosak_Penyakit_da

n_Rumpai_Padi_di_Malaysia

Mohmadisa Hashim, Wan Ruslan Ismail, Mohamad Suhaili Yusri, Nasir Nayan, Yazid Saleh

& Zahid Mat Said.

(1995). Tren Luahan Tahunan di Lembaga Sungai Perak 1915-2006. 3(2), (53-63). Diperoleh
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/30523/12.PDF
Mohmadisa Hashim, Wan Ruslan Ismail, Mohamad Suhaili Yusri, Nasir Nayan, Yazid Saleh &

Zahid Mat Said.

(1995). Tren Luahan Tahunan di Lembaga Sungai Perak 1915-2006. 3(2), (53-63). Diperoleh

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/30523/12.PDF
Lampiran

You might also like