You are on page 1of 29

1.

0 Pengenalan

Dalam tugasan ini, pengkaji akan membincangkan mengenai sejarah sosioekonomi


setempat dan kawasan yang dipilih ialah Mukim Pulau Tiga, Perak. Pengkaji menjurus kepada
perubahan sosial dan ekonomi sebelum, semasa dan selepas negara Malaysia mencapai
kemerdekaan. Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan dengan latar belakang kajian,
geologi kawasan kajian, perubahan dari segi ekonomi, perubahan dari segi sosial dan
kesimpulan.

2.0 Objektif Kajian


2.1 Mengetahui latar belakang kawasan kajian yang dipilih (Pulau Tiga)
2.2 Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi dan sosial di kawasan kajian yang dipilih
2.3 Mengkaji perubahan aktiviti ekonomi masyarakat sebelum, semasa dan selepas
merdeka.
2.4 Menyatakan kemudahan sosial yang terdapat di Pulau Tiga sebelum, semasa dan
selepas merdeka.

3.0 Metodologi Kajian

Dalam melaksanakan tugasan ini kami telah menggunakan beberapa cara untuk
mendapatkan maklumat mengenai kawasan Pulau Tiga iaitu melaui temubual, rujukan dan
pemerhatian. Melalui temu bual, kami telah menemu ramah beberapa orang responden yang
tinggal dan bekerja di kawasan Pulau Tiga. Antara responden yang ditemuramah ialah penghulu
Mukim Pulau Tiga, Haji Saiedon bin Baharu dan Ketua Kampung Teluk Sareh, Encik Osman bin
Ahmad dan penduduk di Kampung Pulau Tiga iaitu Encik Khairol Anuar Bin Abd Aziz dan
Encik Zambri Bin Ali . Fokus soalan kami ialah mengenai perubahan kegiatan ekonomi dan
sosial penduduk sebelum, semasa dan selepas merdeka. Melalui rujukan pula kami telah
merujuk bahan-bahan dan buku berkaitan dengan sosioekonomi penduduk setempat dan
perubahan yang berlaku. Selain itu, kami juga telah mengunjungi beberapa blog yang
menceritakan mengenai Pulau Tiga dan melawati laman web rasmi kerajaan seperti Jabatan
Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Selain daripada kaedah temubual dan rujukan, kami juga
telah menggunakan kaedah pemerhatian. Kami telah melakukan pemerhatian di kawasan sekitar
Pulau Tiga untuk mendapatkan maklumat.

1
4.0 Latar Belakang Kajian

Kawasan kajian kami ialah kawasan Mukim Pulau Tiga. Kawasan ini terletak di tengah-
tengah antara Kampung Gajah dan Bota Kanan. Mukim Pulau Tiga ini terdiri daripada Kampung
Tanjung Bidara, Kampung Teluk Dendang, Kampung Bharu, Kampung Teluk Saga dan
Kampung Tok Paduka Raja. Kedudukan kawasan Mukim Pulau Tiga ini adalah di pesisiran
Sungai Perak. Menurut Penghulu Mukim Pulau Tiga, Haji Saiedon Bin Baharu, asal nama Pulau
Tiga adalah diambil bersempena dengan terdapatnya tiga buah pulau ditengah-tengah Sungai
Perak yang terletak di kawasan sekitar kampung tersebut iaitu Pulau Sri Mat, Pulau Teluk Sareh
dan Pulau Tembikai. Nama tersebut kekal sehingga sekarang. Menurutnya lagi, kawasan Pulau
Tiga ini pada zaman dahulunya dijadikan kawasan pentadbiran oleh Sultan-sultan Perak. Istana
Sultan berubah-berubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat
ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa buah
makam Sultan Perak yang terdapat di kawasan Pulau Tiga iaitu makam Sultan Mahmud Syah (8)
dan makam Sultan Muhammad Syah (14), makam Puteri Limau Purut, makam Sultan Mahmud
Iskandar Syah (11) dan makam Sultan Alauddin Mughayat Syah (12), makam Sultan Ahmad
Tajuddin Syah (3) dan makam Megat Terawis.1

1
A. Halim Nasir. 1977. Sejarah Perak Siri Pertama Zaman Prasejarah hingga Zaman Kedatangan Pengaruh Orang
Luar. Kuala Lumpur : Percetakan Tanda Jaya. hlm. 154.

2
Gambar 1: Makam Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah (1627-1650),
Sultan Perak Kelapan dan Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Raja Mansur (1742-
1743), Sultan Perak Keempat belas.

(Sumber diperoleh penyelidik di Kampung Baru, Pulau Tiga pada 30 September 2013 )

5.0 Geologi Mukim Pulau Tiga

Mukim pulau tiga merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri perak. Perak
dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa
mukim (sub daerah). Mukim Pulau Tiga merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam
negeri Perak dan juga merupakan salah satu mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah
Perak Tengah. Pulau Tiga merupakan kampung yang terletak di tebing sebelah kanan Sungai
Perak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak. Keluasan mukim Pulau Tiga ialah 137.27 km
persegi di mana terdapat enam kawasan kampung di sebelah kanan dan empat di sebelah kiri
sungai Perak. Antara kampung yang terdapat di sebelah kanan ialah Kampung Empai, Kampung
Telok Sareh Ulu, Kampung Tok Paduka Raja, Kampung Baru, Kampung Tanjung Bidara dan
Kampung Jawa. Bagi kawasan di sebelah kiri pula ialah Kampung Pasir Kubu, Kampung Pasir
Garam, Kampung Pulau Tiga Kiri dan Kampung Pasir Puteh.

3
Mengikut maklumat yang kami peroleh daripada responden kami yang pertama,
Penghulu Mukim Pulau Tiga iaitu Haji Saiedon Bin Baharu, keseluruhan jumlah penduduk bagi
Mukim Pulau Tiga ialah 3662 orang. Statistik menunjukkan terdapat seramai 1913 orang
penduduk wanita dan seramai 1749 orang penduduk lelaki di kawasan ini. Kawasan ini terkenal
sebagai kampung Melayu kerana majoriti penduduk di sini adalah berbangsa Melayu. Semasa
sebelum merdeka sahaja kawasan ini mempunyai sebilangan kecil penduduk cina dan india yang
melakukan perniagaan di kawasan ini. Bentuk muka bumi kawasan ini yang mempunyai
kawasan tanah pamah menggalakkan masyarakat di kawasan ini melakukan pelbagai aktiviti
ekonomi. Selain itu, di kawasan ini juga terdapat sebatang sungai iaitu sungai Perak yang
merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Di negeri
Perak, terdapat 11 lembangan sungai utama yang mempunyai keluasan melebihi 80 km persegi.
Lembangan Sungai Perak merupakan sungai yang terbesar dengan keluasan 14,908 km persegi
iaitu kira-kira 70% daripada keluasan negeri Perak.2

2
Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. 2013. Sungai, Lembangan dan Rizab,
Ipoh : Jabatan Pengairan dan Saliran Perak.
Atas talian http://www.jpsperak.gov.my/Web/Page/Default.aspx?Page=Sungai_Lembangan_Rizab. Tarikh layari :
17 Oktober 2013.

4
Jadual Senarai Lembangan Sungai Utama

Bil. Nama Lembangan Keluasan (m. per.)

1. Sg. Kerian 1,420

2. Sg. Kurau 740

3. Sg. Sangga Besar / Sg. Sepetang 248

4. Sg. Larut / Sg. Jaha 341

5. Sg. Temerloh 245

6. Sg. Jarum Mas 214

7. Sg. Beruas 311

8. Sg. Manjung 595

9. Sg. Tiram 91

10. Sg. Perak 14,908

11. Sg. Bernam 2,836


(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak)

5
Gambar Rajah Peta Lembangan Sungai Utama Negeri Perak

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak)

6
6.0 Ekonomi

6.1 Perikanan dan Pertanian Sawah Padi

Masyarakat pada zaman dahulu menjalankan kegiatan dwiekonomi iaitu sara diri
dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri ini dijalankan hanya untuk keperluan
keluarga, sekiranya ada lebihan barulah dijual. Antara kegiatan ekonomi sara diri yang
dilakukan ialah bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang, dan
sebagainya. Manakala kegiatan ekonomi komersial pula ialah aktiviti perdagangan. Pada
tahun 1820-an, semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian ekonomi iaitu
kelautan dan pertanian. Aktiviti penangkapan ikan memerlukan kerjasama nelayan iaitu
dengan mendayung perahu ataun menarik pukat. Di kawasan Pulau Tiga, aktiviti
penangkapan ikan dilakukan dengan menggunakan sampan. Kegiatan penangkapan ikan
dilakukan bagi membekalkan sumber makanan untuk diri sendiri dan juga untuk dijual
melalui sistem barter.3

Penduduk di kawasan Pulau Tiga ini turut menjalankan kegiatan ekonomi sara
diri dan komersial. Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama penduduk di
kawasan Pulau Tiga. Jenis padi yang ditanam ialah padi sawah dan padi huma. Padi
sawah sangat sesuai di tanam di kawasan ini kerana kawasannya merupakan kawasan
lembah sungai dan bertanah rata yang sesuai dengan tanaman padi jenis ini. Menurut
ketua Kampung Teluk Sareh, Encik Osman bin Ahmad, aktiviti penanaman padi ini
dijalankan secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Mereka akan bersama-
sama mengerjakan tanah-tanah tersebut dan mengikut giliran. Tuan tanah perlu
menyediakan hidangan atau makanan sebagai upah dalam mengejarkan sawah mereka.
Mereka menggunakan peralatan tradisional dalam melakukan aktiviti membajak sawah.
Tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. Pada ketika itu mereka masih
menggunakan peralatan tradisional untuk mengerjakan sawah padi. Sektor pertanian
bermula dengan kegiatan tradisi masyarakat desa yang digerakkan secara kecil-kecilan

3
Amarjit Kaur. 1991. Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 : Suatu Tinjauan Ekonomi dalam Jawatankuasa
Kolokium Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Masyarakat Melayu abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. 11.

7
sebelum beralih kepada pemodenan pertanian setelah berlakunya sejarah penjajahan.
Setelah kedatangan British, barulah jentera digunakan untuk memudahkan penduduk
4
mengejarkan sawah mereka. Menurut Encik Osman lagi pada zaman tersebut telah
terdapat beberapa buah kilang yang dibina di kawasan tersebut untuk memproses padi
bagi meringankan kerja-kerja menumbuk padi untuk mendapatkan beras.

Gambar 2 : Kerbau digunakan untuk membajak sawah.

Gambar 3: Sawah Padi (Bendang) di Pulau Tiga pada Zaman Dahulu

(Sumber diperoleh penyelidik di Institut Agro Usahawan pada 30 September 2013)

4
Ishak Bin Saat. 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.. hlm. 165-171.

8
Lewat 1990-an, kegiatan ekonomi penduduk di kawasan Pulau Tiga mula
berubah. Aktiviti penanaman padi tidak lagi dijalankan. Kebanyakan kawasan tanaman
padi pada zaman dahulu telah diganti dengan tanaman kelapa sawit. Hal ini kerana,
menurut penduduk di sekitarnya, tanaman kelapa sawit lebih komersial berbanding
dengan penanaman padi.

Gambar 4 : Kawasan Penanaman Sawah Padi yang kini ditanam dengan Kelapa Sawit

Gambar 5: Tali Air yang dibina untuk Mengairi Kawasan Sawah Padi Zaman Dahulu
yang Sekarang Terbiar.

(Sumber diperoleh penyelidik di Kampung Teluk Sareh, Pula Tiga pada 29 September
2013)

9
6.2 Tanaman Sampingan

Selain dari penanaman padi, penduduk di kawasan Pulau Tiga juga menanam
tanaman lain iatu jagung, pisang, sayur-sayuran dan sebagainya. Menurut Penghulu
Mukim Pulau Tiga, Haji Saiedon bin Baharu, tiga pulau yang terdapat di Sungai Perak
dijadikan kawasan untuk menanam tanaman-tanaman ini. Penduduk kampung juga turut
menanam pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, langsat dan sebagainya turut
ditanam di sekitar kawasan rumah mereka. Tanaman ini ditanam untuk kegunaan
keluarga.

6.3 Hasil Hutan

Penduduk di kawasan ini juga turut mengutip hasil hutan. Antara hasil hutan yang
terkenal pada zaman tersebut ialah ketiau. Menurut ketua Kampung Teluk Sareh, ketiau
ini sangat popular pada zaman dahulu. Bijinya diproses untuk dijadikan minyak bagi
menggantikan minyak masak. Ketiau ini selalunya dicari pada bulan Ogos. Namun
sekarang, ketiau ini sudah pupus akibat daripada pembangunan yang berlaku. Walaupun
masih ada namun ianya sukar dicari.

6.4 Perniagaan dan Perdagangan

Selain daripada kegiatan pertanian, penduduk kampung di kawasan Pulau Tiga


turut menjalankan kegiatan perniagaan. Aktiviti perniagaan ini dijalankan di kawasan
tebing Sungai Perak. Kawasan tebing sungai ini menjadi kawasan penduduk menjalankan
aktiviti perniagaan kerana penduduk pada masa tersebut menjadikan sungai sebagai jalan
perhubungan utama dari kawasan lain ke kawasan lain. Kawasan tersebut menjadi
tumpuan penduduk setempat untuk mendapatkan barang keperluan. Antara barang yang
diniagakan ialah barang runcit, pakaian, hasil pertanian dan sebagainya. Perniagaan di
situ lebih dikuasai oleh orang cina dan india muslim (mamak). Menurut responden kami,
Encik Khairol Anuar bin Abd. Aziz, antara kedai yang terkenal di kawasan tersebut pada
masa dahulu ialah kedai R. Muhammad Merah. Kedai tersebut menjual kain dan rempah
ratus. Kawasan tersebut juga turut menjadi tumpuan pedagang-pedagang Cina. Hal ini
terbukti apabila terdapatnya pergaduhan kongsi gelap cina di kawasan tersebut. Namun
selepas darurat, orang Cina telah berpindah keluar dari kawasan tersebut. Semasa kami

10
menjalankan kajian kami telah menemui beberapa serpihan barangan tembikar di
kawasan persisiran Sungai Perak. Hal ini membuktikan adanya aktiviti perniagaan di situ
pada zaman dahulu. Setelah pembinaan jalan raya, aktiviti perniagaan di persisisran
Sungai Perak mulai lumpuh. Hal ini kerana Sungai Perak tidak dijadikan laluan utama
penduduk untuk ke tempat lain. Kedai-kedai mula berpindah ke kawasan yang
berhampiran dengan jalan raya.

Gambar 6 : Tapak Pekan Pulau Tiga sekitar tahun 40-an

(Sumber diperoleh penyelidik di Pulau Sri Mat, Pulau Tiga pada 30 September 2013)

Gambar 7 : Kedai Runcit yang dibina Berhampiran Jalan Raya di Pulau Tiga

(Sumber diperoleh penyelidik di Kampung Teluk Sareh, Pulau Tiga pada 29 September 2013)

11
Selepas merdeka, kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan untuk
memajukan rakyat. Dalam memajukan kawasan luar bandar, kerajaan telah mengambil
inisiatif untuk memajukan kawasan ini. Salah satunya ialah program My Kampung My
Future. Program My Kampung My Future ini dilaksanakan bermatlamat untuk
melahirkan lebih ramai golongan belia yang berkepimpinan dan berpendapatan tinggi
dalam bidang pertanian, industri asas tani dan agri-bisnes yang tinggal di kampung-
kampung yang telah dimodenkan di seluruh Negara.5 Antara kegiatan ekonomi yang
dilakukan di bawah program ini ialah pembuatan labu Pulau Tiga. Pembuatan labu ini
telah mendapat kerjasama daripada kraftangan Malaysia dan merupakan salah satu projek
yang terletak di bawah program My Kampung My Future. Selain memproses labu untuk
dijual, pusat pembuatan labu ini juga menyediakan program latihan jangka pendek
kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mempelajari cara pembuatan labu. Menurut
Penghulu Mukim Pulau Tiga, labu-labu ini dijual di dalam dan luar negara.

Gambar 8 : Hasil Pembuatan Labu yang dijual

(Sumber diperoleh penyelidik di Koperasi Industri Kapong Tanjung Bidara, Pulau Tiga
pada 30 September 2013)

5
Laman Web Rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. 2013. My Kampung My Future,
National Blue Ocean Strategy. Atas talian http://www.moa.gov.my/web/guest/my-kampung-my-future. Tarikh
layari : 7 Oktober 2013.

12
6.5 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Selain itu, program lain yang dilakasanakan untuk memajukan kawasan luar
Bandar ialah memperkenalkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). IKS ini diwujudkan
bagi menambah pendapatan penduduk dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
di sekitarnya. Di bawah program IKS ini, kerajaan telah memberi bantuan dari segi
kewangan, peralatan serta bimbingan dan nasihat bagi membantu penduduk menjalankan
aktiviti ini. Antara aktiviti IKS yang dijalankan di kawasan Pulau Tiga ialah projek
pemprosesan jus kordial. Selain itu terdapat juga penduduk yang mengusahakan
pembuatan kuih tradisional untuk dipasarkan.

7.0 Sosial

7.1 Sistem Perhubungan dan Pengangkutan

Menurut salah seorang daripada responden kami iaitu Haji Saiedon Bin Baharu,
Penghulu Mukim Pulau Tiga terdapat banyak perubahan dari segi kemudahan
infrastruktur di Pulau Tiga pada sebelum dan selepas merdeka. Antara salah satu
perubahan yang ketara ialah sistem pengangkutan yang disediakan di kawasan ini. Pada
zaman tradisional, jalan pengangkutan utama yang digunakan oleh masyarakat di Pulau
Tiga ialah sungai. Sungai merupakan pengangkutan yang terpenting pada masa itu
berbanding pengangkutan darat kerana kawasan sungai merupakan laluan perdagangan
dan perniagaan. Antara pengangkutan utama yang digunakan pada masa itu ialah sampan.
Masyarakat pada masa ini juga menjadikan kawasan berhampiran sungai sebagai
kawasan penempatan utama bagi memudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Sungai menjadi kawasan penempatan bagi masyarakat pada ketika itu
kerana ia merupakan tanah yang subur untuk aktiviti ekonomi masyarakat yang dilakukan
secara bekerjasama. Keadaan sosial masyarakat pada masa itu adalah bermasyarakat
kerana segala aktiviti dilakukan bersama.

13
Gambar 9 : Sungai yang digunakan sebagai Jalan Perhubungan dan Sampan yang
merupakan Pengangkutan Utama Masyarakat.

(Sumber diperoleh Penyelidik di Institut Agro Usahawan, Pulau Tiga pada 30


September 2013)

Menurut responden kami yang kedua iaitu Pak Cik Zambri bin Ali yang berusia
89 tahun, masyarakat Melayu di kawasan Pulau Tiga melakukan aktiviti perdagangan
dengan menggunakan pengangkutan seperti kapal. Pengangkutan ini memudahkan lagi
aktiviti harian masyarakat pada masa itu dan menggalakkan kegiatan perdagangan
dengan negara luar seperti China. Peranan sungai pada masa ini sangat penting kerana ia
juga menjadi sumber makanan dan minuman kepada manusia bagi meneruskan
kehidupan pada waktu itu. Masyarakat di kawasan ini menggunakan sumber air bagi
kegunaan harian seperti membasuh pakaian dan membersihkan diri. Pengangkutan sungai
juga digunakan bagi memudahkan urusan menunaikan haji dalam kalangan masyarakat
semenjak awal tahun 60-an. Antara kapal yang digunakan pada masa itu ialah Kapal Sapu
Rantau.

14
Gambar 10 : Pengangkutan Kapal yang digunakan untuk Aktiviti Perdagangan dan
Kegunaan Harian Masyarakat di Pulau Tiga

(Sumber diperoleh Penyelidik di Institut Agro Usahawan, Pulau Tiga pada 30 September
2013)

Gambar 11 : Keadaan di Pelabuhan ketika Jemaah Haji Pergi Menunaikan Haji


dengan Menggunakan Kapal Sapu Rantau

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Institut Agro Usahawan, Pulau Tiga pada 30
September 2013)

15
Jalan darat kurang digunakan pada zaman tradisional kerana faktor topografi dan
alam sekitar di kawasan ini. Sebelum abad ke-19, kebanyakan kawasan hutan kurang
diterokai kerana kekayaan hasil buminya belum dijumpai. Selain itu, penggunaan jalan
darat akan memakan masa yang lama kerana seseorang itu terpaksa berjalan kaki ketika
menggunakannya kerana jalan yang sempit dan tiada kenderaan yang boleh digunakan.
Keadaan ini berbeza dengan penggunaan sungai kerana seseorang itu hanya memerlukan
tenaga untuk mendayung sampan. Teknologi untuk membina jalan darat pada masa itu
juga belum lagi diperkenalkan di kawasan ini. Oleh itu, sistem pengangkutan air yang
lebih murah dan mudah menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat di kawasan
ini.

Pada pertengahan abad ke-19, negeri-negeri Melayu mula dijajah oleh pedagang-
pedagang Eropah dan China apabila mereka mula terjumpa hasil bumi berpotensi untuk
dimajukan. Pada masa inilah jalan-jalan darat seperti jalan-jalan kecil atau denai untuk
laluan pedati atau kereta lembu dibina. Keadaan ini memperlihatkan bahawa pihak yang
berusaha untuk memajukan sistem pengangkutan jaran darat ini ialah mereka yang
berkepentingan dalam mengeksploitasi ekonomi negeri di Tanah Melayu. Apabila pihak
British secara rasminya mentadbir negeri Perak pada tahun 1874, mereka melihat terdapat
banyak kepentingan sistem pengangkutan di negeri Perak untuk kemajuan industri
perlombongan. Pihak British pada mulanya membersihkan sungai-sungai utama dan
anak-anak sungai untuk mempertingkatkan lagi penggunaan sungai sebagai alat
pengangkutan. Pada masa yang sama, jalan-jalan darat dibina turut dibina walaupun
dalam keadaan yang sederhana. Pada akhir abad ke-19, jalan-jalan darat dibina terutama
di negeri-negeri di sebelah pantai barat. Menjelang tahun 1906, terdapat lebih kurang
1600 batu jalan denai berkerikil dan 270 batu jalan yang tidak berkerikil siap dibina di
negeri sebelah pantai barat. 6

6
Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.. hlm. 30.

16
Memasuki abad ke-20, pada tahun 1902 jalan-jalan denai yang sedia ada diturap
seiring dengan perkembangan kenderaan bermotor yang diperkenalkan oleh British.
Menjelang tahun 1911, terdapat banyak jalan utama yang dibina untuk menghubungkan
sesuatu kawasan. Ia dibina dari utara pantai barat Butterworth (Pulau Pinang) hingga ke
Johor Baru. Menurut responden kedua, penggunaan sistem pengangkutan sungai
dihentikan dan digantikan dengan kemudahan jalan raya sepenuhnya pada tahun 1970-an.
Kemudahan jalan raya di kawasan ini telah menggalakkan lagi kewujudan beberapa
kemudahan pengangkutan seperti kereta. Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas
British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.

Gambar 12 : Kesan Pelabuhan yang Masih Kekal di Pulau Sri Mat, Pulau Tiga
yang merupakan Pusat Pelabuhan Suatu Ketika Dahulu

(Sumber diperoleh Penyelidik di Pulau Sri Mat, Pulau Tiga pada 30 September 2013)

17
7.2 Kesihatan

Pada zaman tradisional, masyarakat di kawasan Pulau Tiga tidak mempunyai


kemudahan dari segi kesihatan. Mereka hanya menggunakan kaedah perubatan
tradisional seperti penggunaan akar kayu dan sumber hutan untuk menyembuhkan
penyakit. Mereka turut menggunakan perkhidmatan tradisional seperti bidan dalam
bidang perubatan sakit wanita. Semasa kedatangan British pada abad ke 19, kemudahan
hospital mula dibina bagi memberi rawatan kepada pesakit. Pembinaan hospital ini
hanyalah untuk memudahkan urusan pihak penjajah di Tanah Melayu pada ketika itu.
Melalui pembinaan hospital, pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah
yang menghadapi masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan. Setiap pekerja
lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh sebab
berlaku perkembangan pesat industri perlombongan bijih timah di negeri, maka pada
akhir abad ke-19 terdapat 15 buah hospital yang dibina. Antara hospital yang terdapat
pada masa ini ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sungai Siput, Slim River,
Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu
Gajah dan Tanjung Rambutan.7

Menurut responden kami yang pertama, penduduk di kawasan Pulau Tiga pada
masa abad ke-19 mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan dengan kawasan
mereka sahaja seperti Hospital Changkat Melintang, Teluk Intan dan Ipoh. Selepas
mencapai kemerdekaan iaitu selepas tahun 1957, terdapat 65 buah hospital di Malaysia.
Kerajaan pada masa itu mula memberikan penekanan kepada penjagaan kesihatan rakyat.
Dalam tempoh 20 tahun merdeka (1957-1977), tumpuan kepada proses pembangunan
dilakukan dengan menaiktarafkan perkhidmatan yang sedia ada. Kemudahan kesihatan
seperti Pusat Kesihatan Besar, Pusat Kesihatan Kecil, Rumah Bidan dan Klinik mula
dibina bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dalam bidang perubatan dan
kesihatan.

7
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. 2010, Februari 24. Latar Belakang Kementerian Kesihatan
Malaysia. Putrajaya : Cawangan Sumber Maklumat Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Atas talian http://www.moh.gov.my/v/latar_belakang. Tarikh Layari : 13 Oktober 2013.

18
Gambar 13 : Klinik Desa Teluk Sareh yang merupakan Salah Satu daripada Klinik
yang terdapat di Mukim Pulau Tiga

(Sumber diperoleh Penyelidik di Kampung Teluk Sareh pada 29 September 2013)

7.3 Agama

Sejarah kedatangan Islam di Perlak, Pasai, Melaka, Aceh dan seluruh Alam
Melayu membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Islam telah
mengubah corak pemerintahan raja-raja Melayu dari pautan kukuh terhadap Hindu
kepada asas pemerintahan dalam Islam. Dalam sejarah awal perundangan awal di negeri
Perak, nama Sayid Hussain al-Faradz dari Hadramaut merupakan tokoh penting yang
telah memperkenalkan suatu asas perundangan adat Melayu dan Islam yang masih
diingati sehingga ke hari ini. Beliau dipercayai datang ke Perak pada abad ke-17 dan
mengasaskan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan bagi negeri Perak.8 Di Pulau
Tiga, kedatangan Ulama’ dari Arab iaitu Syed Hussain Yamani menguatkan pengaruh
agama Islam di kawasan ini. Menurut Penghulu Saiedon, pengaruh Islam dapat dilihat
dengan adanya kesan tinggalan Al-Quran tulisan tangan Syed Hussain Yamani yang
dikenali sebagai Al-Quran Semut Gatal. Syed Hussain Yamani berkahwin dengan
penduduk di kawasan Pulau Tiga dan terus menyebarkan dakwah di kawasan ini. Selain
itu, terdapat juga Makam Syed Hussain Yamani yang terletak berhampiran dengan

8
Arkib Negara Malaysia. 2011. Umpama Sebuah Bahtera Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak.
Kuala Lumpur : Visual Print Sdn. Bhd..hlm. 91.

19
kawasan sungai Perak iaitu di Kampung Baru. Al-Quran ini diberi nama Al-Quran Semut
Gatal kerana dipercayai seseorang pesalah yang melakukan kesalahan tetapi tidak
mengaku bersalah, badan pesalah akan menjadi gatal-gatal. Di Pulau Tiga, pengaruh
Islam juga dapat dilihat pada tahun 60-an di mana masyarakat Melayu mula menunaikan
ibadah haji dengan menggunakan kapal.

Selain itu, terdapat juga sebuah madrasah yang dibina pada awal abad 19 iaitu
Madrasah Osmaniah Kampung Tok Paduka Raja yang terletak di Sungai Perak. Setelah
jalan raya siap dibina, madrasah Osmaniah telah dirobohkan kemudian didirikan semula
berhampiran dengan jalan raya dan diberi nama Madrasah Ehsaniah Kampung Tok
Paduka Raja Pulau Tiga. Semasa penjajahan British, penduduk di kawasan ini masih
dibenarkan untuk mengamalkan ajar nenek-moyang mereka iaitu ajaran agama Islam.
Masyarakat Melayu juga tidak boleh melarang kegiatan penyebaran agama Kristian oleh
British di negeri Perak pada masa itu. Pada hari ini, masyarakat di Pulau Tiga masih
mengamalkan agama Islam dan agama Kristian masih dianuti oleh kaum lain seperti Cina
dan India.

Gambar 14 : Al-Quran Tulisan Tangan yang ditulis oleh Syed Hussain Yamani (Al-
Quran Semut Gatal)

(Sumber diperoleh Penyelidik di Pejabat Penghulu Mukim Pulau Tiga pada 30


September 2013)

20
Gambar 15 : Keratan Akhbar mengenai Al-Quran Tua Tulisan Tangan

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Institut Agro Usahawan, Pulau Tiga pada 30
September 2013)

Gambar 16 : Makam Syed Hussain Yamani di Kampung Baru, Pulau Tiga

(Sumber diperoleh Penyelidik di Kampung Baru, Pulau Tiga pada 30 September 2013)

21
Gambar 17 : Madrasah Osmaniah Kampung Tok Paduka Raja, yang Terletak di tepi
Tebing Sungai Perak

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Institut Agro Usahawan pada 30 September


2013)

Gambar 18 : Madrasah Ehsaniah yang Baharu

(Sumber diperoleh Penyelidik di Pulau Tiga pada 30 September 2013)

22
7.4 Pendidikan

Masyarakat di Pulau Tiga semasa sebelum kedatangan British tidak


mementingkan pendidikan. Pendidikan masyarakat di Pulau Tiga bermula semasa
kedatangan British. Menurut responden ketiga, pendidikan antara golongan perempuan
dan lelaki pada masa itu adalah diasingkan. Beliau mengetahui mengenai perkara ini
melalui sumber lisan yang diceritakan oleh orang-orang tua. Pada tahun 1880, Sekolah
Melayu Lelaki Pulau Tiga ditubuhkan dan merupakan sekolah pertama di negeri Perak
yang didirikan oleh penjajah British. Bangunan ini diperbuat daripada kayu bulat, atap
bertam, dinding buluh dan lantai papan yang disusun di atas batang kelapa. Sekolah ini
dibina secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Saiznya hanya 20 X 20 kaki.
Bangunan ini didirikan di atas tanah kepunyaan Allahyarham Encik Alang Bedul dan
jumlah muridnya pada masa itu ialah seramai 18 orang dan Guru Besar pertamanya ialah
Encik Awang yang berasal dari Pulau Pinang. Sepuluh tahun kemudian, iaitu pada tahun
1890, bangunan baru telah dibina di atas tanah milik Allahyarham Encik Uda Kohor.
Bangunan ini diperbuat daripada kayu yang lebih baik tetapi masih berdinding papan dan
beratapkan nipah yang mempunyai tiga ruang berukuran 60 X 20 kaki. Disebabkan oleh
perkembangan yang pesat dalam bidang pelajaran, sebuah lagi bangunan dibina dalam
tahun 1904 yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Perempuan. Reka Bentuk bangunan
ini sama seperti bangunan sekolah lelaki. Guru Besarnya yang pertama ialah Cik Yah
yang berasal dari Pulau Pinang. Pada tahun 1914, bangunan diperbesarkan lagi dengan
tambahan satu ruang berukuran 20 X 20 kaki persegi. Pada tahun 1917, tiga bilik darjah
dibina bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Sebuah rumah guru besar juga dibina, namun terbakar pada tahun 1939. Bangunan
sekolah dibaiki semula dengan bantuan daripada penduduk kampung.

Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941, pelajar tetap hadir
ke sekolah dan mereka belajar dengan menggunakan bahasa pengantaraan Jepun. Setelah
kekalahan Jepun pada tahun 1946, pelajar di sekolah ini kembali menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Seterusnya, pada tahun 1958, sebuah sekolah
cawangan dibina berhampiran jalan raya yang dilengkapi dengan dua bilik darjah. Pada
tahun 1967, sebuah bangunan tambahan dibina berhampiran bangunan asal bagi

23
menampung pertambahan pelajar. Pada tahun 1970 pula, Sekolah Kebangsaan Lelaki dan
Sekolah Kebangsaan Perempuan Pulau Tiga digabungkan dan diberi nama Sekolah
Kebangsaan Pulau Tiga dan dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Tuan Hj.
Aala Bin Mohd Arif yang sebelum ini menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Lelaki
dilantik menjadi Guru Besar yang pertama. Pada hari ini, Sekolah Menengah Raja Chulan
mempunyai tiga blok bangunan tetapi masih tidak mencukupi berbanding dengan
sekolah-sekolah lain. Pada masa sekarang, Sekolah Melayu Lelaki telah dirobohkan dan
tinggal sebagai kawasan hutan manakala Sekolah Melayu Perempuan dirobohkan dan
dimajukan menjadikan Pusat Giat Mara Kampung Gajah.

Gambar 19 : Sekolah Melayu Lelaki (1880) dan Sekolah Melayu Perempuan (1904) di
Pulau Tiga

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Buku Panduan Pengurusan dan Takwim Tahun 2013
Sekolah Kebangsaan Raja Chulan pada 14 Oktober 2013)

24
Gambar 20 : Perasmian Sekolah Kebangsaan Raja Chulan oleh Dato’ Seri Dr. Hj.
Ramli Bin Ngah Talib pada 26 September 1991

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Buku Panduan Pengurusan dan Takwim Tahun
2013 Sekolah Kebangsaan Raja Chulan pada 14 Oktober 2013)

Gambar 21 : Sekolah Kebangsaan Raja Chulan Pulau Tiga pada Tahun 2013

(Sumber diperoleh Penyelidik di Sekolah Kebangsaan Raja Chulan Pulau Tiga pada 14
Oktober 2013)

25
Di samping itu, Institut Agro Usahawan (iGROW) turut ditubuhkan di Pulau
Tiga. Pengerusi Eksekutif iGROW ialah En.Nordin Abdul Malek. Menurut salah seorang
pekerja di tempat ini, pembukaan Institut Agro Usahawan ini adalah bertujuan untuk
tujuan pendidikan dan pelancongan. Terdapat banyak sumber-sumber sejarah mengenai
kawasan Pulau Tiga yang terdapat di sini. Misalnya, rumah Kutai yang merupakan rumah
tradisional yang terdapat di negeri Perak pada zaman tradisional, barangan tinggalan
Acheh dan gambar-gambar sejarah Pulau Tiga. Institut ini menitikberatkan aspek
kemahiran yang terkandung dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan mendedahkan
suasana persekitaran perniagaan pertanian kepada pelajar dan penduduk di kawasan
Pulau Tiga. Oleh itu, penubuhan Institut Agro Usahawan ini bukan sahaja meningkatkan
pendidikan dalam kalangan pelajar dan penduduk malahan dapat meningkatkan ekonomi
penduduk tempatan dan memberi peluang kejayaan.

7.5 Kemudahan Infrastruktur (Prasarana)

Menurut responden kedua, pada zaman sebelum penjajahan British, kemudahan


infrastruktur seperti sistem pengairan tidak lagi diwujudkan. Penduduk pada masa ini
hanya menggunakan sungai sebagai sumber air utama. Sungai digunakan sebagai sumber
minuman, membersihkan diri dan mencuci pakaian. Namun, semasa penjajahan British
kemudahan sistem pengairan diwujudkan. Contohnya, pembinaan tempat penyimpanan
air di tepi Sungai Perak. Tempat penyimpanan air ini penting sebagai sumber air utama
bagi masyarakat. Namun, pembinaan tempat takungan air oleh British ini sebenarnya
hanyalah untuk memudahkan urusan mereka di Tanah Melayu pada ketika itu dan demi
kegiatan ekonomi yang dilakukan di Tanah Melayu. Misalnya, terusan air juga dibina di
kawasan pertanian sawah padi bagi menggalakkan lagi aktiviti penanaman padi. Pada
hari ini, tangki takungan air ini tidak lagi digunakan kerana sudah terdapatnya
kemudahan pengairan yang baik dengan tertubuhnya Jabatan Pengairan dan Saliran
Negeri Perak. Di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, terdapat fail dalam Bahasa
Inggeris yang bertajuk “Water Supplies at Pulau Tiga and Kampung Gajah”

26
(1957/0619593). Pada halaman 1, 2, 4, dan 10 seperti yang dilampirkan, kemudahan air
diwujudkan oleh penjajah British pada tahun 1946.9

Gambar 22 : Pusat Bekalan Air di Kawasan Pulau Tiga

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Institut Agro Usahawan, Pulau Tiga pada 30
September 2013)

Gambar 23 : Kesan Tempat Simpanan Air yang diwujudkan oleh Penjajah British

(Sumber diperoleh penyelidik di Pulau Sri Mat, Pulau Tiga pada 30 September 2013)

9
F.O. 1957/0619593 - Water Supplies at Pulau Tiga and Kampung Gajah. hlm. 1,2,4 dan 10.

27
7.6 Struktur Sosial

Pentadbiran di peringkat mukim adalah diketuai oleh seorang penghulu. Sebelum


penjajahan British, Penghulu mempunyai kuasa dalam bidang-bidang seperti soal tanah,
cukai, kehakiman dan pentadbir yang mewakili sultan. Perlantikan mereka adalah
berdasarkan kekuatan fizikal dan harta. Mereka tidak diberi gaji tetapi kutipan cukai
dikenakan kepada rakyat. Ia menjadi hasil pendapatan kepada penghulu. Semasa
kedatangan penjajahan, kuasa yang dimiliki oleh penghulu ditarik semula dan semakin
lemah apabila wujudnya pentadbiran penjajah. Selepas merdeka, penyusunan semula
dilakukan walaupun kedudukan tidak seperti sebelum penjajahan British. Kuasa penghulu
masih kekal sebagai ketua mukim tetapi mereka tidak mempunyai kuasa mutlak seperti
zaman pemerintahan beraja. Pada masa sekarang, jawatan Penghulu berada di bawah
Pejabat Daerah dan mereka diletakkan dalam susunan birokrasi. Pada tahun 1900,
jawatan penghulu tidak semestinya disandang oleh mereka yang berasal dari kampung
sendiri. Penghulu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara berdasarkan
kebolehan dan kelulusan akademik. Penghulu bertanggungjawab membantu kerja di
Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah.10

Gambar 24 : Carta Organisasi Pentadbiran Mukim Pulau Tiga

(Sumber diperoleh Penyelidik daripada Pejabat Penghulu Mukim Pulau Tiga pada 30
September 2013)

10
Zainun Binti Abd. Ghani. 1988. Politik dan Pentadbiran : Satu Kajian terhadap Institusi Penghulu / Penggawa.
Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 2.

28
8.0 Penutup

Hasil daripada kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan sosioekonomi
penduduk di kawasan Pulau Tiga ini. Penduduk pada zaman dahulu menjalankan kegiatan
ekonomi sara diri dan komersial. Setelah kedatangan penjajah dan selepas mencapai
kemerdekaan sosioekonomi penduduk setempat mula berubah. Penduduk tidak lagi terikat
dengan kegiatan ekonomi sara diri semata-mata. Perubahan sosioekonomi ini berlaku disebabkan
oleh beberapa faktor. Sebagai contohnya dasar kerajaan yang ingin memajukan penduduk luar
Bandar dengan mewujudkan program My Kampung My Future. Dari aspek sosial, kami dapati
banyak kemudahan yang disediakan bagi memudahkan penduduk di sekitar kawasan Pulau Tiga.
Antara kemudahan yang disediakan ialah sekolah, klinik kesihatan, sistem perhubungan dan
pengangkutan. Selain daripada perubahan sosioekonomi penduduk, melalui kajian ini juga kami
dapat mengetahui mengenai latar belakang kawasan ini dan dapat mengetahui sejarahnya.

29

You might also like