You are on page 1of 9

CADANGAN PENYELIDIKAN SEJARAH

NAMA : ARMIN BIN SUHARTO

KELAS : U2 IXORA

ANGKA GILIRAN : SE0340/1074

NO.KAD PENGENALAN : 000708120121

TEMA : SEJARAH TEMPAT


SEJARAH PERKAMPUNGAN ATAS AIR DI DAERAH SEMPORNA (1987-

2010)

PENGENALAN

Petempatan Kampung di atas air merupakan bentuk petempatan tradisi yang

lumrah terdapat di sebahagian besar pinggir pantai, pulau-pulau dan muara-muara

sungai Pulau Borneo amnya dan negeri Sabah khasnya. Perkampungan atas air di

daerah Semporna dikatakan telah wujud sejak abad ke-19. Majoriti masyarakat

penduduk tersebut yang berketurunan Bajau menjalankan kegiatan ekonomi perikanan

sebagai punca pendapatan mereka. Perkampungan atas air di Semporna telah

mengalami perkembangan yang pesat dan ia menjadi satu tajuk yang sesuai untuk

dikaji.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan untuk merintis sejarah awal penubuhan

perkampungan atas air di Semporna. Dengan adanya kajian ini,masyarakat dapat

mengetahui bagaimana perkampungan tersebut diwujudkan.

Malah kajian ini dilaksanakan untuk menjelaskan perkembangan dari segi

insfrastruktur dan kegiatan ekonomi di kampung-kampung tersebut dari tahun 1987

1
sehingga 2009. Penulisan ini membolehkan dapat mengenalpasti perubahan dari segi

kemudahan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan penduduk di kampung-kampung

tersebut dalam tempoh kajian.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti cabaran dan masalah

yang dihadapi penduduk di perkampungan atas air di Semporna, Sabah. Ini kerana

banyak masalah dihadapi oleh penduduk di perkampungan tersebut.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana sejarah awal

penubuhan perkampungan atas air di Semporna. Ini kerana penubuhan

perkampungan atas air dikatakan merupakan asas kepada kewujudan Daerah

Semporna masa kini. Ini menjadikan kajian ini menarik untuk dijalankan.

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau apakah perubahan dalam

perkembangan insfrastruktur dan kemajuan kegiatan ekonomi di perkampungan

tersebut. Justeru kajian ini dapat meninjau adakah perkembangan infrastruktur

membawa kepada perubahan untuk penduduk setempat.

Di samping itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah masalah

yang dihadapi oleh penduduk dalam tempoh kajian. Dengan kajian ini dapat melihat

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penduduk perkampungan atas air di Daerah

Semporna.

SKOP KAJIAN

2
Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian,

tempoh kajian, dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada

kawasan Kampung Air, Kampung Bangau-Bangau, dan Kampung Simunul

Semporna. Ini kerana tiga perkampungan tersebut merupakan antara perkampungan

atas air yang terawal diwujudkan. Kawasan kajian tersebut juga dipilih untuk

memudahkan pengkaji yang tinggal berdekatan kawasan kajian.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1987

sehingga 2010. Tempoh kajian selama 23 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa

tersebut berlaku perkembangan yang pesat di kawasan kajian serta kegiatan ekonomi

di kawasan tersebut.

Manakala aspek dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu kepada

asal usul penubuhan perkampungan atas air di daerah Semporna. Dengan kajian ini

dapat mengetahui bagaimana permulaan kewujudan perkampungan tersebut. Malah

kajian ini berfokus kepada penelitian perkembangan dari segi insfrastruktur dan

kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan tersebut sepanjang tempoh kajian. Di

samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada mengenalpasti cabaran dan masalah

yang dihadapi penduduk di perkampungan atas air dalam tempoh kajian.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya terdapat banyak kajian dijalankan berkaitan dengan

perkembangan atas air di Sabah, namun kajian tentang perkembangan perkampungan

atas air di daerah Semporna masih lagi kurang dijalankan. Antaranya adalah penulisan

artikel yang dihasilkan Amaluddin Bakeri Mohamad dan Raduan Mohd Arif bertajuk

“Pembongkaran Petempatan Kampung Air Di Pulau Borneo”. Artikel tersebut

3
menceritakan latar belakang kewujudan awal perkampungan atas air yang mana

berkait rapat dengan tajuk yang ingin dikaji.

Satu lagi penulisan artikel bertajuk, “Asal Usul, Perkembangan Penempatan Dan

Sumbangan Kaum Masyarakat Bajau Simunul” yang ditulis oleh Aby Al Fahd Bin

Abdullah Sani. Artikel tersebut menjurus ke arah asal usul penempatan suku kaum

masyarakat bajau simunul yang dikatakan menetap di pesisiran pantai timur Sabah

sebagai nelayan mahir. Satu lagi penulisan bertajuk “Perkembangan Kampong Ayer,

Brunei.” oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman. Artikel tersebut menceritakan

mengenai jambatan terawal yang dibina di Kampung Ayer Brunei. Ini amat berkait

dengan tajuk yang ingin dikaji yang diamana pengkaji ingin mengkaji mengenai

perkembangan dari segi infrastruktur. Melalui artikel-artikel tersebut telah menarik

minat pengkaji untuk membuat kajian berkaitan perkembangan perkampungan atas air

di daerah Semporna.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 2 kaedah untuk

mendapatkan maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan kaedah kepustakaan

bagi memperoleh maklumat primer dan sekunder. Penyelidikan perpustakaan

dijalankan di Pejabat Daerah serta Perpustakaan tempatan. Ini dilakukan untuk

mendapatkan rekod -rekod berkenaan perkembangan beberapa kampung atas air di

Semporna.

Selain itu penlis juga mendapatkan maklmat melalui kaedah temubual. Soalan-

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumt berkenaan kajian ini. Antara yang

4
terlibat adalah Ketua Kampung Bangau-Bangau dan pegawai daerah. Maklumat yang

diperoleh akan dicatat.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan

menjelaskan sejarah kewujudan perkampungan atas air. Seterusnya penulis akan

mengaitkan dengan tujuan kajian dijalankan secara umum.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada 3 aspek. Aspek yang pertama adalah bagaimana sejarah awal

penubuhan perkampungan atas air di Semporna. Seterusnya penulis akan

menghuraikan perubahan dalam perkembangan infrastruktur dan kemajuan ekonomi

yang berlaku di beberapa kampung atas air di Semporna dalam tempoh kajian. Malah

penulis juga akan mengupas cabaran dan masalah yang dihadapi penduduk di

perkampungan atas air di Semporna.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian

berkenaan.

PENUTUP

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi

khazanah tentang perkembangn perkampungan atas air di Semporna yang masih lagi

belum diketahui masyarakat luar. Ini sekligus akan membolehkan perkampungan atas

air di Semporna dikenali ramai sebagai salah sebuah petempatan yang unik di Sabah.

5
BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Laporan Tahunan Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

Laporan Tahunan Kampung Air, Semporna.

Laporan Pejabat Daerah Semporna.

Sumber Sekunder

Aby Al Fahd Bin Abdullah Sani, “Asal Usul, Perkembangan

6
Penempatan Dan Sumbangan Kaum Masyarakat Bajau Simunul”,

www.academia.edu.my (akses 13 januari, 2019)

Amaluddin Bakeri Mohamad & Raduan Mohd Arif, “Pembongkaran

Petempatan Kampung Air di Pulau Borneo”, www.jati.um.edu.my

(akses 11 januari, 2019)

Haji Mohd Daud Abdul Rahman, “Perkembangan Kampong Ayer Brunei”,

www.mediapermata.com.bn (akses 13 januari, 2019)

Sumber Lisan

Temubual dengan Ketua Kampung Bangau-Bangau, Semporna

Temubual dengan Pegawai Daerah Semporna

Temubual dengan 4 orang penduduk di Kampung Bangau-Bangau

You might also like