You are on page 1of 15

TAJUK KAJIAN

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN CEMPAKA, IPOH, PERAK

SENARAI KANDUNGAN
Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian I. Peta II. Peta kawasan kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Bahan Grafik Rumusan Lampiran Rujukan Perkara/Butiran Halaman

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Illahi kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dan dengan izinnya kajian ini dapat disiapkan dengan lancar dan sempurna. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lim Swee Kew, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh, kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Rasimah Binti Idris, guru matapelajaran geografi saya yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar, teguran dan nasihat sepanjang saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Puan Noraishah Binti Zakaria dan Tuan Syed Shamsuddin Bin Syed Mohamed yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Fatimah Binti Ibrahim, Faridatul Najwa Binti Farid, Fatehah Nur Dalilah Binti Nor Hisham dan Nur Farisha Idayu Binti Rastam. Mereka telah membantu saya dalam mencari bahan bagi menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Cempaka kerana sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

PENDAHULUAN
Semua pelajar Tingkatan Tiga diwajibkan menjalankan Kerja Kursus Geografi PMR (KKG) sebagai satu daripada keperluan penilaian. Kami telah diberi tajuk untuk menjalankan kerja kursus ini iaitu Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Cempaka, Ipoh Perak. Saya, Syarifah Suraya Binti Syed Shamsuddin, pelajar Tingkatan Tiga Bunga Raya di Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh, Jalan Sultan Idris Shah, 30000, Ipoh, Perak. Saya memilih Taman Cempaka sebagai kawasan kajian saya kerana lokasinya berhampiran dengan tempat kediaman saya dan keluarga saya sudah lama tinggal di Taman Cempaka. Saya juga mengenali responden-responden di Taman Cempaka. Oleh yang demikian, ia memudahkan saya untuk melakukan sesi soal selidik dan membolehkan kajian saya berjalan dengan lancar. Selain itu, pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya agak banyak dan ini boleh dijadikan sebagai bahan bagi menjalankan kajian ini.

Disamping itu, saya membuat kajian ini dengan mengikut kehendak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah mengambil tempoh masa 8 hingga 12 minggu untuk menyempurnakan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang saya peroleh ialah : Mengetahui tentang konsep pencemaran alam sekitar. Menyenaraikan tentang jenis-jenis pencemaran alam sekitar. Menyenaraikan dan menghuraikan tentang punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Menghuraikan tentang kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar kawasan kajian. Memberikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Menerapkan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

KAWASAN KAJIAN
Dalam kajian yang saya jalankan, saya memilih Taman Cempaka di Ipoh, Perak sebagai kawasan kajian saya. Kawasan kajian saya terketak di Daerah Kinta. Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di negeri Perak.Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak. Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya di Lembah Kinta. Penglibatan dalam industry bijih timah telah menjadi batu loncatan kepada Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan yang pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah.

Taman Cempaka adalah sebuah petempatan yang terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat Bandar Ipoh. Ia merupakan kawasan petempatan penduduk yang meliputi pelbagai kaum. Pandangan darat fizikal Taman Cempaka ialah kebanyaknya merupakan kawasan tanah pamah.

KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan empat kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah saya gunakan: Pemerhatian -Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya. Saya juga menggunakan kaedah ini untuk dijadikan panduan ketika membuat peta kawasan kajian. Temu bual Seterusnya, saya telah menemu bual tiga orang penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka terhadap pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya. Temu bual telah dijalankan kepada penduduk yang telah lama

menetap di sini kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan di kawasan kajian ini. Soal selidik Selain itu, saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk di kawasan kajian saya yang telah menjadi responden terhadap kajian yang dilakukan. Rujukan Saya juga telah membuat rujukan dari buku Teks Geografi tingkatan tiga dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

DAPATAN KAJIAN
Pencemaran alam sekitar merupakan kesan yang berlaku ke atas sesuatu sumber alam. Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan perbuatan manusia yang telah

menyalahgunakan nikmat yang diberikan oleh Tuhan. Apabila pencemaran berlaku, hidupan di bumi ini akan menerima kesannya. Misalnya, sungai yang indah dan bersih mengalir dengan tenang telah dicemari oleh sampah sarap dan sisa toksik yang dibuang oleh manusia ke dalam sungai tersebut. Sungai itu akan menjadi kotor, berminyak, dan berbau busuk serta tidak boleh digunakan. Kesannya, sumber air akan terjejas dan menyebabkan manusia sukar untuk meneruskan kehidupan seperti makan, minum, mandi, dan membasuh. Hidupan akuatik juga

akan terjejas dan memyebabkan habitat hidupan air musnah dan pupus. Manusia juga akan mengalami kesukaran bagi mendapatkan sumber protein. Saya telah menjalankan kajian di Taman Cempaka bagi mengenalpasti pencemaran yang berlaku. Jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian ialah pencemaran udara, air, bunyi, dan bau. Pencemaran udara berlaku disebabkan asap kenderaan. Pencemaran air disebabkan sungai yang tercemar. Pencemaran bunyi pula disebabkan bunyi kenderaan di jalan raya terutamanya ketika berlaku kesesakkan lalu lintas dan pencemaran bau disebabkan oleh sampah sarap yang tidak tiurus dengan betul. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara. Kebanyakan penduduk menggunakan kenderaan masing-masing serta kurang menggunakan penggangkutan awam apalagi untuk berkongsi kenderaan. Seterusnya bunyi yang dikeluarkan oleh kenderaan menyebabkan pencemaran bunyi terutamanya ketika waktu puncak dan berlaku kesesakan lalu lintas. Pembakaran terbuka sering berlaku terutamanya pada waktu petang apabila kebanyakan penduduk yang membersihkan halaman rumah mereka mengambil langkah mudah dengan membakar sampah sarap yang telah dikumpulkan. Penduduk juga tidak mengambil berat akan kesan perbuatan mereka dan tidak ambil peduli apabila ditegur oleh jiran. Selain itu, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai juga menyebabkan pencemaran air dan bau berlaku. Hal ini berpunca dari sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah sarap ke dalam longkang berdekatan dengan kediaman mereka. Air yang mengalir dari longkang ke sungai telah membawa sekali sampah sarap tersebut. Akhirnya sungai menjadi kotor dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Pencemaran air dan bau juga berlaku di medan selera yang terdapat di kawasan kajian. Sampah sarap dan segala jenis sisa buangan di buang ke dalam longkang yang berhampiran. Hal ini menyebabkan longkang tersebut berbau busuk akibat tersumbat. Ianya berpunca daripada sikap segelintir pengunjung dan penjual di medan selera itu yang membuang sampah ke dalam longkang. Air longkang itu pula akan mengalir ke sungai dan menyebabkan air sungai pula tercemar. Kita sebagai pengguna seharusnya menyayangi dan menjaga alam ini daripada tercemar dengan mengubah sikap negatif kepada positif terhadap alam sekitar. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan mempunyai bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Apabila terlalu banyak asap yang dikeluarkan, asap tersebut akan terapung-apung udara dan apabila jumlahnya semakin banyak, akan berlakulah jerebu. Jerebu akan memyebabkan seluruh kawasan tersebut dipenuhi asap dan akan menyebabkan penyakit. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon berlubang, cahaya matahari akan terus ke bumi tanpa ditapis. Hal ini akan menyebabkan suhu bumi meningkat dan manusia akan mendapat penyakit kanser kulit. Selain itu, sungai yang dicemari oleh sampah sarap akan mencemarkan kualiti air tersebut. Hidupan akuatik juga turut terancam. Manusia juga akan mengalami kesukaran bagi mendapatkan sumber protein. Kita seharusnya menjaga alam sekitar daripada tercemar dan musnah supaya generasi akan datang dapat menikmati nikmat ini. Berdasarkan kajian yang saya jalankan, saya cadangkan agar pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi alam sekitar daripada tercemar. Pihak

kerajaan juga harus mengadakan kempen cintai alam sekitar bagi memupuk sifat mencintai dan menyayangi alam sekitar di kalangan rakyat di negara ini. Selain itu, pihak sekolah juga harus memainkan peranan dengan memberikan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid agar mereka mengetahui akan kepentingan memelihara alam sekitar. Akhir sekali, rawatan air kumbahan perlu dilakukan agar air yang digunakan semula dijamin bersih dan selamat untuk digunakan. Sama-samalah kita memelihara alam sekitar supaya bumi kita tidak musnah.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, Kajian Kerja Kursus Geografi ini bertujuan mengkaji secara mendalam tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Dalam kajian ini saya memilih Taman Cempaka iaitu di Daerah Kinta sebagai kawasan kajian saya. Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Taman Cempaka mengalami empat jenis pencemaran iaitu pencemaran udara, air,bunyi, dan bau. Pencemaran udara berpunca dari asap yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor. Pencemaran air berlaku disebabkan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Pencemaran bunyi pula berpunca dari bunyi kenderaan ketika kesesakan lalu lintas terutamanya ketika waktu puncak. Pencemaran bau pula disebabkan bau longkang yang tersumbat kerana dipenuhi sampahsarap.

Kesannya, lapisan ozon semakin nipis. Air sungai menjadi kotor dan hidupan akuatik terancam. Seharusnya kita mengubah sikap mentingkan diri sendiri agar alam sekitar ini dapat dikongsi bersama.

RUJUKAN
1. Buku: a. Buku Teks Geografi Tingkatan Tiga b. Folio kerja kursus geografi tingkatan dua 2. Internet: a. Peta Malaysia b. Peta negeri Perak c. Peta Daerah Kinta 3. Orang sumber

SOALAN TEMU BUAL


1) NAMA: 2) ALAMAT: 3) UMUR 4) NO. IC: 5) Apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian?

6) Apakah punca pencemaran tersebut berlaku?

7) Apakah kesan pencemaran yang berlaku kepada anda?

8) Apakah cadangan anda bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di kawasan anda?

BORANG SOAL SELIDIK


Tandakan ( ) bagi jawapan yang berkaitan. 1) Nama: 2) Jantina: 3) Bangsa: Lelaki Melayu Perempuan Cina India Lain-lain

4) Apakah pendapat anda tentang pencemaran alam sekitar di kawasan ini? Serius Serdahana Baik

5) Apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini? Udara Air Tanih Bunyi Bau

6) Patutkah kita mengadakan kempen ataupun aktiviti gotong-royng untuk memastikan pencemaran yang lebih serius tidak akan berlaku? Ya Tidak

7) Adakah kualiti antara manusia dengan alam sekitar terpelihara? Ya Tidak Serdahana

8) Apakah cadangan anda bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar?

You might also like