You are on page 1of 37

Pendahuluan

Tajuk yang dipilih oleh saya untuk membuat kajian Geografi ialah Pencemaran Alam Sekitar di Taman Cengal Indah , kerana saya ialah penduduk Taman Cengal Indah.

Saya telah memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada aspek Pencemaran Alam Sekitar yang terdapat di Taman Cengal Indah. Saya juga mengkaji pencemaran yang berlaku di sekeliling Taman Cengal Indah .

Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang lapan minggu. Walaupun samasa membuat kajian ini, saya menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi akhirnya semua masalah telah diatasi. Saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini.

Akhirnya, saya berharap kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya.

Penghargaan
Saya Ng Wei Shan, pelajar Tingkatan 3 mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat Kajian Geografi Pencemaran Alam Sekitar di Taman Cengal Indah.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn Valsa yang telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbang dengan begitu dedikasi.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya. Mereka telah memberi maklumat yang amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yangmemberikan nasihat,dorongan dan sokongan kepada saya semasa melaksanakan kajian dan laporan ini.

Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang menolong saya. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.

Kawasan Kajian Taman Cengal:


Saya telah memilih Taman Cengal sebagai kawasan kajian saya kerana saya merupakan penduduk di sini.Sebelum kawasan perumahan ini dibangunkan,kawasan ini adalah sebuah ladang getah.Taman Cengal Indah terletak di negeri Kedah ,iaitu di Daerah Kulim.Lihat peta kedudukan Taman Cengal Indah.Kawasan ini di bawah pentabiran Majilis Perbandaran Kulim.Keluasan Taman Cengal Indah kira-kiranya 74100 meter

persegi.Penduduk yang tinggal di taman ini kira-kira satu ribu orang. Kawasan perumahan ini terletak di barat Kulim.Kulim pula terletak di selatan Kedah.Taman Cengal Indah terletak bersempadan dengan Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Lambang utama Taman Cengal Indah ialah Stesyen Minyak Mobil.Jarak antara Taman Cengal Indah dan Bandar Kulim ialah kira-kira 4 kilometer.Masa perjalanan menggunakan kereta dari Taman Cengal Indah ke Bandar Kulim ialah 7 minit.Taman Cengal Indah terletak berdekatan dengan Taman Kempas dan Taman Desa Impian.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian bagi menyiapkan ini. pemerhatian Kaedah yang pertama ialah pemerhatian.Saya memerhatikan bentuk muka bumi di Taman Cengal Indah. Temu Bual Kaedah yang kedua ialah temu bual.Saya menemu bual beberapa orang penduduk tempatan yang dipilih secara rambang. Soal selidik Kaedah yang seterusnya ialah soal selidik.Saya telah menyedia borang soal selidik dan menanya kepada 30 orang respanden di Taman Cengal Indah. Rujukan Kaedah akhir sekali,kaedah ini ialah rujukan.Saya telah meruju kepada laman-laman web serta buku runjukan.

SENARAI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 TAJUK SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN TAJUK MUKA SURAT

DAPATAN KAJIAN

8.1) konsep pencemaran alam sekitar

Pencemaran mengikut definisi bermaksud: merosakkan atau tidak bersih atau kotor.Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku.Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang mulia,baik,murni,bersih dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan system,moral,tatacara,tabii dan nilai alam.Sikap manusia yang tidak beretika akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan.

JADUAL

KENDERAAN

BILANGAN 196 90 40 10 20

Kereta motorsikal basikal lori van

8.2) Jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah


Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan hidup yang semakin bertambah setiap hari.Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat di laut,di darat mahupun di udara.Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada kilang-kilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia.Pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: A) Pencemaran air B) Pencemaran udara A)Pencemaran Air Pencemaran air berlaku di longkang dan Sungai Kulim yang terletak berhampiran dengan Taman Cengal Indah.Air buangan dari rumah mengalir masuk ke dalam longkang kotor dan berminyak.Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang menyebabkan longkang tersumbat dan berbau busuk.Air longkang yang tercemar ini seterusnya akan mengalir masuk ke dalam Sungai Kulim lalu memyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna air sungai sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. B)Pencemaran Udara

Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh bau busuk daripada tapak longgokan sampah yang tidak diuruskan dengan baik oleh pihak MPKK.Longkang yang tersumbat juga mengeluarkan bau busuk.Pelepasan air kumbahan daripada loji Indah water bukan sahaja mendatangkan bau busuk tetapi juga mencemarkan air longkang . Selain itu,pencemaran udara juga disebabkan oleh asap daripada pembakar terbuka dan kenderaan yang dimiliki oleh penduduk Taman Cengal Indah.Kedudukan Taman Cengal Indah berhampir Jalan ke Bukit Mertajam yang sibuk juga menyumbang kepada pencemaran udara di Taman Cengal Indah.

8.3Puncapunca pencemaran alam sekitar


A) Sisa Domestik Penduduk Taman Cengal Indah menyalurkan air buangan domestik seperti air mandi,air membasuh pinggan mangkuk dan pakaian ke dalam longkang yang seterusnya akan mengalir yang berhampiran .Demikian juga dengan air kumbahan dari loji kumbahan Syarikat Indah Water yang dilepaskan ke dalam longkang dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu petang .Ada segelintir penduduk Taman Cengal Indah yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang. B) Sampah-sarap Penduduk Taman Cengal Indah membuang sampah sarap ke dalam longkang lalu menyekat laluan air dan mengeluarkan bau yang busuk di samping menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah sewaktu hujan lebat.Natijahnya,barlaku perubahan dari

segi kandungan dan keadaan sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Bau busuk dari tapak longgokan sampah disebabkan oleh jadual pengumpulan sampah yang tidak menentu.Ada kalanya,pekerja-pekerja kontrak MPKK hanya datang mengangkut longgokan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah setelah beberapa hari.Oleh itu,sampah sarap yang terbiar ini akan mereput dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Longgokan sampah yang busuk turut menarik perhatian anjing dan kuching liar berpesta,mencari sisa-sisa makanan untuk mengisi perut.Serangga perosak seperti lalat dan lipas juga suka berkerumum di longgokan sampah sarap tersebut.

C) Kenderaan Pencemaran udara di Taman Cengal Indah berlaku akibat asap ekzos kenderaan pemilik kenderaan penduduk Taman Cengal Indah.Jalan ke Bukit Mertajam yang sibuk turut menyumbang kepada pencemaran udara di Taman Cengal Indah.Hal ini demikian kerana Jalan ke Bukit Mertajam menghubungkan Bukit Mertajam.Kesesakan lalu lintas sering kali berlaku pada waktu puncak menyebabkan udara tercemar dan bunyi bising menggangu kesejahteraan hidap Taman Cengal Indah. D) Pembakaran terbuka Aktiviti pembakaranterbuka oleh segelintir penduduk Taman Cengal Indah yang tidak bertanggungjawab telah membawa kepada pencemaran udara.Segelintir penduduk Taman Cengal Indah membakar sampah sarap seperti kertas,tayar,rumput-

rumpai dan sebagainya.Asap daripada pembakaran sampah sarap ini mendatangkan bau busuk dan kotor.. Pencemaran udara turut berlaku akibat bau busuk daripada sampah sarap yang mereput kerana kerja mengumpul sampah sarap yang tidak mengikut jadual oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah.Longgokan sampah yang busuk turut menarik perhatian anjing dan kucing liar berpesta,mencari sisa-sisa makanan untuk mengisi perut.Serangga perosak seperti lalat dan lipas juga suka berkerumun di longgokan sampah sarap tersebut. Penduduk Taman Cengal Indah haruslah sentiasa menjagadan memelihara alam sekitar demi kesajahteraa hidup.Amalan yang membawa kesan-kesan negatif kepada alam sekitar seperti pembakaran terbuka mestilah dielakkan bagi mengekalkan kualiti alam sekitar yang bersih demi kepentingan bersama.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Cengal Indah

1) Air tercemar Longkang yang tercemar mengalir masuk ke dalam Sungai.Sungai akan tercemar dengan sampah sarap seperti kertas,plastik,daun dan rantinmg pokok dan

sebagainya.Selain itu,air longkang juga membawa bersama-samanya minyak daripada atau pembungkus makanan dab minyak pelincir daripada kedai mekanik berhampiran.Tambahan pula,air kumbahan daripada loji Indah Water turut membawa bakteria dan kuman ke sungai mencemarkan air sungai tersebut. 2) Hidupan Akuatik Terancam Sungai menjadi habitat hidupan akuatik seperti ikan air tawar.Contahnya,Ikan Kelabau,Ikan Belida,Ikan Bulan dan sebagainya.Air yang tercemar ini semestinya akan mengancam hidupan akuatik.Hidupan akuatik sukar mendapat bekalan oksigen yang mencukupi jika air sungai tercemar ini.Natijahnya hidupan akuatik seperti ikan akan mati kerana kesukaran bernafas dan diserang penyakit. 3) Penyakit Air Sungai diempang untuk digunakan sebagai air kegunaan domestik dan air industri.Air yang tercemar inimengandungi taksik jika digunakan di rumah untuk tujuan domestik akan mengancam kesihatan.Antara penyakit yang dihadapi oleh pengguna air tercemar ini ialah penyakit kulit dan cirit-birit.Tambah memburukkan ada segelintir penduduk yang suka memancing ikan di sungai ini.Jikalau ikan yang diperoleh daripada sungai ini dijadikan makanan sudah pasti terjadi kes keracunan makanan. 4) Bau busuk Longkang yang dipenuhi dengan sampah sarap menyebabkan air longkang tersekat lalu tertakung.Akibatnya,terhasilbau busukyang mengganggu kesejahteraan hidup penduduk Taman Cengal Indah .Air longkang yang berbau

busuk ini juga akan melimpah keluar membanjiri kawasan rendah apabila berlaku banjir kilat.Oleh itu,penghuni kawasan banjir kilat ini terpaksa susah payah membersihkan halaman rumahmasing-masing setiap kali air banjir kilat surut supaya hilang bau busuk tersebut. Air kumbahan yang dibebaskan ke dalam longkang kawasan perumahan Taman Cengal Indah juga berbau busuk.penghuni Taman Cengal Indah terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan ini setiap hari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang. Sampah sarap yang tidak dikutip oleh pekerja MPKK mengikut jadual telah terhasilnya bau busuk akibat proses pereputan sampah sarap.Penduduk yang tinggal berhampiran tempat loggokansampah tersebut terpaksa bertahan dengan bau busuk tersebut.Tambah memburukkan bau busuktersebut.Tambah memburukkan bau busuk ini menyebabkan tempat ini menjadi tempat penbiakan serangga perosak seperti lalat dan lipas .Binatang liar seperti kucing dan anjing juga tidak terlepas daripada mengambil peluang daripada sampah sarap yang terlonggok dan berbau busuk ini.

5) Udara Tercemar Aktiviti pembekaran terbuka oleh segelintir penduduk Taman Cengal Indah yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kepulan asap meliputi dan mencemari udara di sekitar Taman Cengal Indah.Golongan ini melakukan pembakaran

terbuka kerana malas mengangkut sampah sarap seperti rumput rumpai selepas berkebun mengambil jalan mudah dengan membakarnya.Ada juga penghuni yang tinggal berhampiran dengan tapak loggokan sampah melakukan pembakaran terbuka untuk menghindari bau busuk sampah sarap yang tidak dikumpul oleh pihak MPKK. Asap daripada kenderaan yang lalu lalang di jalan raya yang berhampiran dengan Taman Cengal Indah juga mencemarkan udara di sini.Kualiti udara menjadi lebih teruk apabila berlaku kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.Udara yang tercemar ini menyebabkan gangguan kesihatan seperti asma,bronchitis dan gangguan penafasan. Walaupun penduduk Taman Cengal Indah berhadapan dengan pelbagai kesan pencemaran alam sekitar namun kami dapat hidup aman dan bahagia di sini.

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Taman Cengal Indah
1) Kenpen Kitar Semula

Penduduk Taman Cengal Indah haruslah mengamalkan tabiat kitar semula sampah sarap seperti surat khabar lama,majalah lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca.Aamalan ini sudah semestinya sudah dapat mengurangkan longgokan sampah sarap yang tidak terkumpul di tapak pembuangan sampah.Selain itu,sisa-sisa pepejal tersebut juga terletak daripada dibuang ke dalam longkang yang seterusnya melambatkan aliran air longkang atau aliran longkang tersumbat dan tertakung.Jika penduduk Taman Cengal Indah mempraktikkan kempen kitar semula,bukan sahaja masalah bau busuk malah air sungai tercemar dapat diatasi.Pada masa yang sama,penduduk Taman Cengal Indah juga dapat menjimat cermat dan memperoleh pendapatan tambahan jika menjual bahan kitar semula kepada agen-agen mengumpul bahan kitar semula. 2) Pengunaan Petrol tanpa plumbum Kerajaan mesti menggalakkan pemiliki-pemiliki kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum sebagai bahan bakar mengerakkan enjin kereta.Petrol jenis ini dapat mengurangkan pencemaran udara.Selain itu,kenderaan-kenderaan mesti menggunakan catalytic converter yang menukarkan asap ekzos yang beracun kepada yang mesra alam.Langkah ini menjamin kualiti udara di Taman Cengal Indah dan kawasan sekitar. 3) Kuat Kuasa Undang-undang

Kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang memelihara alam sekitar.Dalam hal ini pihak MPKK haruslah rajin membuat rondaan untuk memastikan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar seperti pembakaran terbuka tidak berlaku.Tindakan tegas berupa denda dan hukuman penjara haruslah dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. 4)Kempen Cintai Alam Sekitar Kempen cintai alam sekitar boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta unutk mempengaruhi orang ramai termasuklah penduduk Taman Cengal Indah supaya mengingatkan orang ramai supaya jangan mencemari alam sekitar.Mealalui kempen ini juga orang ramai ditunjukkan cara-cara mengurangkan pencemaran seperti kitar semula.Saluran berkempen ialah melalui radio,televisyen,akhbar,poster,papan kenyataan dan laman web.Sekolah dan pusat pengajian tinggi juga boleh menganjurkan kempen ini supaya generasi muda peka tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Penduduk Taman Cengal Indah bersyukur kerana isu pencemaran alam mendapat perhatian semua pihak supaya langkah-langkah proaktif dapat diambil segera demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup penduduk Taman Cengal Indah.

OBJEKTIF KAJIAN
Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah . Menyatakan punca pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah. Merumus kesan pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah. Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Cengal Indah. Menyatakan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Cengal Indah.

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

BAHAN GRAFLIK

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

TAMAT

Kajian Geografi Tempatan

Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Cengal Indah,09000 Kulim,Kedah Darul Aman


Nama:Ng Wei Shan Kelas:3st4/3Newton Kad Pengenalan:961004-07-5484 Nama Sekolah:Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min Nama Guru penilaian:Puan Valsa A/P Chelliah Tarikh Serahan:28/4/2011

10% 7% 34% kereta m otorsikal basikal lori van

21%

28%

Rujukan
Saya telah menggunakan beberapa bahan seperti di bawah sebagai bahan rujukan:
Buku teks tingkatan 3

Guru geografi tingkatan 3 Buku Rujukan Internet

NAMA: JANTINA:PEREMPUAN /LELEKI JENIS PENCEMARAN PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN TANIH PENCEMARAN AIR PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN BAU TANDAKAN

NAMA: JANTINA:PEREMPUAN/LELAKI JENIS PENCEMARAN PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN TANIH PENCEMARAN AIR PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN BAU TANDAKAN

RUMUSAN
Melalui kajian yang telah saya jalankan, saya telah dapat mengkaji tentang pencemaran alam sekitar yang berada di Taman Cengal Indah. Antara tempat yang menghadapi pencemaran alam sekitar ialah di sekitar Taman Cengal Indah.

Di kawasan Taman Cengal Indah saya mengaji pencemaran akan membawa banyak kesan kepada kita.Saya juga mengaji langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran ini.

Selain daripada itu,saya juga mengaji jenis kemudahan yang terdapat di kawasan kajian.Saya berasa gembira kerana telah mencapai objektif yang dinyatakan.

TEMU BUAL
Apakah pencemaran yang ada di Taman Cengal Indah? Terdapat empat jenis pencemaran,iaitu pencemaran air,pencemaran udara,pencemaran bau dan pencemaran bunyi .

Mengapakah Taman Cengal Indah menghadapi masalah pencemaran? Taman Cengal Indah menghadapi masalah pencemaran kerana penduduk tidak bekerjasama mengurangkan pencemaran di Taman Cengal Indah.

Siapakah yang dapat menyelesaikan masalah pencemaran di Taman Cengal Indah? Penduduk Taman Cengal Indah.

BORANG SOAL SELIDIK

You might also like