You are on page 1of 20

TAJUK :

AMALAN KITAR SEMULA


DI BANDAR PUNCAK ALAM,
KUALA SELANGOR,
SELANGOR

DISEDIAKAN UNTUK:
NAMA GURU           : PN. LATIFAH BT. LATIB
TARIKH HANTAR   : 24 JUN 2010

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : ZA’IM HAREEZ B. ZULI’ZAM
KELAS : 3 TAAT
NAMA SEKOLAH : SMK. PUNCAK ALAM, BANDAR
PUNCAK ALAM, SELANGOR.

SENARAI KANDUNGAN
Bil Kandungan Halaman
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif kajian
4 Kawasan kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
7 Rumusan
8 Rujukan
9 Lampiran

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmaanirrahim,

Segala puji bagi Allah yang Maha berkuasa, dengan keizinan dan anugerah yang

dikurniakanNya,akhirnya saya dapat menyiapkan folio geografi ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan ini,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemangku

pengetua En. Bibit b. Haji Marzuki yang telah membenarkan saya untuk menjalankan

kajian ini selepas waktu persekolahan.


Dengan ikhlasnya saya juga amat terhutang budi kepada guru geografi saya, Puan

Latifah bt. Latib kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dalam penyediaan folio ini.

Tanpa pertolongan beliau, saya mungkin tidak akan dapat menyiapkan folio ini

selengkapnya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang tersayang, atas jasa mereka

membantu saya melengkapkan folio ini

Sekian,terima kasih.

PENDAHULUAN

Kawasan kajian yang dipilih ialah kawasan Bandar Puncak Alam. Saya memilih

kawasan ini kerana Puncak Alam ialah kawasan tempat tinggal saya. Di Puncak Alam

terdapat banyak kemudahan yang dapat dinikmati antaranya ialah kedai ,sekolah rendah,

sekolah menengah, klinik kerajaan dan swasta, surau dan masjid serta kemudahan telefon

awam.
Kawasan ini juga di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor dan

terdapat sistem pungutan sampah berjadual yang baik. Penduduk di sini terdiri daripada

pelbagai kaum iaitu kaum Cina, India dan majoriti kaum Melayu. Penduduk di sini

memberi kerjasama yang baik semasa proses temubual. Tempoh untuk menyiapkan kerja

kursus ini bermula dari bulan Mei hingga akhir bulan Jun.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat banyak objektif kajian ini, antaranya ialah:

1. Mentakrifkan konsep kitar semula.

2. Menulis jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.


3. Menyatakan kepentingan amalan kitar semula

4. Menulis masalah/ halangan amalan kitar semula

5. Menulis langkah/cadangan mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan

kitar semula

6. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

KAWASAN KAJIAN

Pada asalnya kawasan Puncak Alam merupakan sebuah ladang kelapa sawit yang

terletak di Felda Bukit Cherakah, daerah Klang. Kawasan ini dibangunkan menjadi

sebuah petempatan baru yang dikenali sebagai Bandar Puncak Alam dan dilengkapi

dengan pelbagai kemudahan awam. Bandar ini dibawah Majlis Daerah Kuala Selangor.
Kawasan ini terdiri daripada 3 fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Penduduk di

sini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Majoriti penduduk ialah kaum

Melayu. Bandar Puncak Alam berpotensi untuk maju pada masa akan datang apabila

pusat pengajian tinggi UiTM siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Kawasan Bandar Puncak Alam terletak di zon selatan daerah Kuala Selangor.

Tempat ini terletak berhampiran Pekan Meru dengan jarak kira-kira 10 kilometer atau

15minit perjalanan. Jarak dari Puncak Alam ke Shah Alam adalah kira-kira 35 kilometer

atau 30 minit perjalanan

KAEDAH KAJIAN

1) Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang

terdapat di kawasan perumahan saya.


2) Temu Bual

Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk setempat untuk

mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual

dijalankan kepada penduduk perumahan yang telah lama menetap disitu kerana

mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan setempat.

3) Rujukan

Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula.

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep kitar semula

Proses kitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula

bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.


Setiap hari kita menghasilkan 15,000 tan sampah dan dengan itu kita semakin

kesempitan ruang untuk menampungnya. Kita biasanya tidak memikirkan di manakah

sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut.

Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya akan

diangkut ke tapak pelupusan sampah.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita

terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih

membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke

dalam sumber air bawah tanah dan isu keselamatan yang berkaitan.

Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum

buang. Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

Oleh itu, sebagai penduduk Bandar Puncak Alam saya merasa bertanggungjawab

untuk menjalankan kitar semula bagi memperoleh persekitaran yang selesa dan bersih

untuk didiami.

8.2 Jenis bahan amalan kitar semula.

 Tin aluminium

Terdapat juga penduduk di sini yang mengumpul tin-tin aluminium seperti tin minuman

dan tin biskut untuk dijual kepada pihak tertentu. Amalan ini amat baik untuk menambah

sumber pendapatan mereka di samping mengurangkan masalah pencemaran.


 Kertas

Daripada pemerhatian saya dapati penduduk Puncak Alam menjual kertas(surat

khabar,majalah , buku dan lain-lain) kepada pembeli yang datang membeli terutamanya

pada hari Ahad. Pembeli akan membeli kertas ini mengikut timbangan. Lagi berat

timbangan, lagi mahal pembeli membayarnya.

 Plastik

Barang-barang plastik yang dibuang oleh penduduk ke dalam tong sampah, adakalanya

akan dikutip semula oleh orang lain untuk dijual semula oleh orang lain untuk dijual

semula kepada pihak tertentu . Hal ini dapat mengurangkan masalah sampah dan

membantu pihak lain untuk menambah sumber pendapatan mereka.

 Kaca

Bahan-bahan kaca seperti botol-botol minuman, pinggan mangkuk dan cermin yang tidak

digunakan akan dikutip untuk dijual semula oleh orang lain untuk dijual semula kepada

pihak tertentu . Hal ini dapat mengurangkan masalah sampah dan membantu pihak lain

untuk menambah sumber pendapatan mereka.

Maka, sebagai penduduk Bandar Puncak Alam yang sayangkan alam sekitar, saya

berasa terpanggil untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang supaya persekitaran

Bandar Puncak Alam akan sentiasa bersih.


8.3 Kepentingan Kitar Semula.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira

230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hinga 150

ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah

tapak pelupusan sampah dipenuhi samaph tapak baru akan dibuka. Lambat laun,tapak-

tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Antara kepentingan kitar semula ialah:

a) Kitar semula mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah

merupakan salah satu pencemaran dalam iklim tropika . Amalan mengitar semula dapat

mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air .

b) Kitar semula untuk menjimatkan tenaga.

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah

bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam.

Mengitar semula kaca menjimatkan 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran

kaca.

c) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan

menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar
semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal

penyakit yang merbahaya dari merebak.

d) Kitar semula menjmatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan

usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem lain. Ini akan seterusnya

memanfaatkan anda kerana caj pelupusan sampah akan dikurangkan.

Oleh itu, sebagai penduduk Bandar Puncak Alam, saya berazam untuk

mengekalkan keindahan pemandangan Bandar Puncak Alam setelah mendapat tahu

bahawa kitar semula banyak kepentingannya kepada alam sekitar.

8.4 Masalah dan halangan amalan kitar semula di kawasan Bandar

Puncak Alam

Terdapat beberapa masalah amalan kitar semula di kawasan Bandar Puncak Alam.

Antaranya ialah:
1. Sikap

Daripada pemerhatian, saya mendapati tabiat sebilangan penduduk disini adalah

gemar untuk membuang segala jenis sampah sarap ke dalam tong sampah termasuk

barang yang boleh dikitar semula. Mereka hanya menunggu lori sampah Majlis

Daerah untuk memungut sampah tersebut. Penduduk di sini tiada kesedaran untuk

mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula.

2. Kurang pengetahuan

Penduduk di di sini juga kurang pengetahuan tentang kepentingan amalan kitar

semula. Penduduk memperolehi maklumat tentang amalan kitar semula melalui

televisyen dan surat khabar sahaja. Maklumat yang diperolehi oleh penduduk tidak

cukup untuk memupuk kesedaran betapa pentingnya amalan kitar semula di kalangan

penduduk.

3. Kurang kemudahan

Amalan kitar semula ini juga tidak diamalkan oleh penduduk kerana tiada tong-tong

sampah untuk membuang barang-barang yang boleh dikitar semula disediakan oleh

pihak Majlis Daerah. Penduduk hanya menjual barang yang boleh dikitar semula

kepada pihak tertentu sahaja.

4. Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga

yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk satu kilogram.

Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut

daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.


5. Kurang Pusat Pengumpulan.

Di kawasan Bandar Puncak Alam hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan

kitar semula di Fasa 2. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan

kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal

di kawasan Fasa 1 dan Fasa 3. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar

semula yang dihantar oleh penduduk sahaja.  Mereka tidak menyediakan

perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk setempat.

6. Kurang Kerjasama

Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar

semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil

kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan

tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk setempat perlu insaf dan berubah sikap untuk

menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka.

Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan

sumber.

Oleh itu, sebagai penduduk Bandar Puncak Alam, saya akan lebih peka dengan

masalah dan halangan amalan mengitar semula. Saya juga akan memupuk semangat

cintakan alam sekitar untuk memastikan kebersihan Bandar Puncak Alam terjamin

pada masa sekarang dan akan datang.


8.5 Langkah dan cadangan mengatasi masalah dalam

melaksanakan kitar semula di kawasan Bandar Puncak Alam.

a) Kempen

Pihak kerajaan perlu menghidupkan semula kempen kitar semula kerana amalan ini

semakin dilupakan oleh semua penduduk di negara ini . Kempen ini bolehlah diadakan

semula di televisyen , surat khabar, majalah dan media massa yang lain. Pihak berkuasa

juga boleh menjalankan kempen dengan meletakkan papan tanda berkaitan dengan alam

sekitar di tepi-tepi jalan dan lebuhraya.

a) Menyediakan kemudahan atau pusat pengumpulan

Pihak berkuasa juga perlu menyediakan serta menambah kemudahan atau pusat

pengumpulan barang-barang yang boleh dikitar semula di kawasan Bandar Puncak Alam.

Kemudahan ini perlu disediakan di tempat yang memudahkan penduduk menghantar

barang-barang kitar semula.

b) Pendidikan

Kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula juga boleh diterapkan dalam

kalangan pelajar sekolah. Contohnya melalui subjek Geografi dan subjek Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan. Pihak sekolah juga perlu menyediakan tong sampah yang

berkaitan dengan kempen kitar semula. Ibu bapa juga boleh memainkan peranan untuk

memupuk amalan kitar semula dalam kalangan anak-anak mereka di rumah. Salah satu

pendidikan di sekolah ialah dengan menubuhkan kelab Pencinta Alam Sekitar.

c) Membuat kursus bengkel atau latihan


Pihak sekolah juga boleh membuat kursus atau latihan kepada para pelajar dan kesedaran

tentang pentingnya amalan kitar semula di dalam kehidupan.

d) Bergotong-royong

Penduduk setempat boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan

kawasan perumahan. Pastikan penduduk setempat mengumpulkan bahan kitar semula ini

dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Pengerusi Persatuan Penduduk

memainkan peranan yang penting supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan amalan

kitar semula ini. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk

memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua penduduk

dari pelbagai peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-

sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Maka, sebagai penduduk Bandar Puncak Alam, saya akan mengamalkan sifat

ringan tulang, bertolak ansur dan peka kepada alam sekitar bagi memastikan kawasan

kediaman Puncak Alam sentiasa bersih dan bebas daripada penyakit yang berbahaya.

Bahan grafik

Tajuk: Proses kitar semula tin aluminium


Tin Dibawa ke Dilebur dan
aluminium kilang dan direlau pada
dkumpul dimampatka suhu yang
n tinggi

Digelek Dituang ke
Dibenuk untuk dalam acuan
menjadi tin menjadi khas untuk
i kepingan dibekukan
aluminium

Tajuk: Jenis bahan dikitar semula di Bandar Puncak


Alam
Jenis
bahan
kitar
semula

Tin Kayu
Kertas Plastik
aluminium (diguna
(dijual) (dijual)
(dijual) semula)

RUMUSAN
Tuntasnya, amalan kitar semula adalah amalan yang baik untuk memupuk

semangat cinta terhadap alam sekitar. Amalan kitar semula perlu dipupuk dalam diri

semua rakyat Malaysia sejak mereka kecil lagi. Peranan ini boleh dimainkan oleh para

ibubapa dan pihak sekolah.

Melalui kajian geografi ini, banyak faedah yang saya terima tentang penjagaan

alam sekitar. Antaranya, saya dapat mentakrifkan konsep kitar semula selengkapnya.

Selain itu, saya dapat menyenaraikan jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula.

Seterusnya , saya juga dapat menyatakan kepentingan dan masalah amalan kitar semula.

Dengan menyatakan masalah dan halangan kitar semula, saya dapat mengetahui langkah

dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat

Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat

sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, pihak berkuasa perlu lebih serius terhadap kempen kitar semula yang

mesti dilakukan. Program kitar semula adalah satu amalan yang mulia untuk melahirkan

generasi yang dapat menjaga alam sekitar dan sayang akan tanah air kerana sudah pasti

kita tidak mahu melihat generasi kita akan datang hidup dalam timbunan sampah sarap.

Akhir sekali, kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai

kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul.

.
LAMPIRAN

RUJUKAN
a) Internet,

http://www.KitarSemulaEraManusiaHargaiSampahSATUMALAYSIA.htm

b) Buku ilmiah

1. Chong Mui Seng dan Azizah Haji Abu Samah (2003) .Geografi Tingkatan 2.

Percetakan Saufi.

2. Abd. Rahim Md. Nor (2004) . Geografi Tingkatan 3. Shah Alam, Selangor. Cerdik

Publications Sdn. Bhd.

3. Piara Singh( 2005) Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

c) Temubual

1. En. Zuli’zam b. Rashid, 41 tahun, No 3, Lrg. Mahkota Impian 2/27A, Sek. 2,

Bandar Puncak Alam, Selangor.

2. Pn. Rozita bt. Mohd. Yusoff, 41 tahun, No 3, Lrg. Mahkota Impian 2/27A, Sek. 2,

Bandar Puncak Alam, Selangor.

You might also like