You are on page 1of 27

SMK (P) METHODIST KLANG

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2022

TAJUK:
KAJIAN AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN JALAN
TEPI SUNGAI

NAMA: CHERYL LEE JIA MIN


KELAS: 3 DEDIKASI
NAMA GURU: PUAN SITI HAJAR BINTI SUKAHAR

ISI KANDUNGAN
Kandungan halaman
Jadual kerja 3
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Objektif kajian 6
Kawasan kajian 7
Kaedah Kajian 8
Hasil Kajian 9
Amalan kitar semula 10
Kesan tidak mengamalkan amalan kitar semula 11
Cadangan Memantapkan amalan kitar semula 12
Rumusan 13
Rujukan 14
Lampiran 15,16,17

JADUAL KERJA
Tarikh / hari Aktiviti Catatan
1) 29/11/2022 -penerangan kajian lapangan oleh guru Guru telah menerangkan kajian
dan pemilihan tajuk lapangan semasa kelas Geografi
2) 29/11/2022 -menulis penghargaan dan pendahuluan Menulis penghargaan kepada individu
terlibat. Menulis pendahuluan tentang
latar belakang tempat kajian.
3) 29/11/2022 -memilih objektif kajian berdasarkan Memilih 5 objektif kajian.
soalan yang diberi.
4) 30/11/2022 -menulis latar belakang kawasan kajian - latar belakang terdiri daripada ciri
-menulis kaedah kajian fizikal dan budaya.
-menulis sekurang- kurangnya 3 kaedah
kajian.
5) 30/11/2022 - membuat dan mengedarkan borang -mengedarkan borang soal selidik
soal selidik kepada 10 orang responden
6) 1/12/2022 - mula menulis hasil kajian. Hasil kajian -melukis graf bar mudah berpandukan
yang pertama adalah membuat jadual data yang diperolehi daripada soal
dan melukis graf. selidik.

7) 4/12/2022 -setelah itu membuat tafsiran graf -tafsiran merangkumi


8) 4/12/2022 -menghuraikan tentang konsep amalan
3R
9) 4/12/2022 - menghuraikan faktor yang -menulis sekurang- kurangnya 3 faktor
mempengaruhi amalan kitar semula di yang mempengaruhi amalan kitar
Kawasan kajian semula di kawasan kajian.
10) 4/12/2022 -menghuraikan kesan tidak -menulis sekurang- kurangnya 3 kesan
mengamalkan kitar semula terhadap kepada alam sekitar.
alam sekitar di kawasan kajian
11) 4/12/2022 -menulis cadangan untuk memantapkan -cadangan yang ditulis untuk mengatasi
amalan kitar semula di Kawasan kajian kesan kepada alam sekitar. Cadangan
yang dikemukakan relevan dengan
semasa.
12) 4/12/2022 -membuat rumusan keseluruhan kajian. - rumusan yang dibuat berpandukan
kajian yang telah dilaksanakan.
13) 4/12/2022 -menulis rujukan dan menyusun hasil -menulis rujukan berpandukan buku
kajian. Gambar dan sumber bahan panduan penulisan KLGT3.
diletakkan di lampiran. -lampiran diletakkan di bahagian
-menghantar hasil kajian belakang hasil kajian.
-mempunyai gambar kawasan kajian
dan sumber-sumber.
-kajian yang telah lengkap akan
dihantar kepada guru.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu kepada
pengetua SMK (P) METHODIST KLANG, Puan Sangeetajit Kaur A/p Jag
Singh kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kerja
lapangan geografi ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
geografi saya, iaitu Puan Siti Hajar binti Sukahar yang telah memberi
bimbingan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja lapangan geografi ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang ditujukan kepada ibu
saya yang sentiasa membantu dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kerja lapangan geografi. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah membantu untuk
menyempurnakan kerja lapangan ini.
Pendahuluan
Saya Cheryl Lee Jia Min dari kelas 3 Dedikasi telah menjalankan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Kajian Amalan Kitar Semula dan
kesan tidak mengamalkan kitar semula terhadap alam sekitar di kawasan Jalan
Tepi Sungai.
Kajian ini melibatkan kajian isu dan pengurusan alam sekitar Jalan Tepi
Sungai,Klang Selangor.Kawasan tersebut mempunyai banyak bangunan seperti
SJK(T) JALAN TEPI SUNGAI dan JABATAN PENGUATKUASA MAJLIS
PERBANDARAN KLANG. Selain itu, terdapat banyak kawasan perumahan
seperti rumah teres dan lain-lain lagi.
Saya memilih kawasan Jalan Tepi Sungai dan kawasan sekitarnya sebagai
kawasan kajian disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan kawasan tinggal
saya. Hal ini membolehkan saya menjalankan kajian secara terperinci dan
memperoleh maklumat dan data yang lengkap.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenalpasti kawasan kajian di kawasan tersebut.
2) Menentukan kaedah kajian yang sesuai untuk mendapatkan data dan
maklumat berkaitan amalan kitar semula di kawasan tersebut.
3) Melukis dan mentafsir graf atau carta yang sesuai tentang amalan kitar
semula di kawasan kajian.
4) Menghuraikan amalan kitar semula dan kesan tidak mengamalkan kitar
semula di kawasan kajian.
5) Mencadangkan usaha untuk memantapkan amalan kitar semula di kawasan
kajian tersebut.

Kawasan Kajian
Saya memilih Jalan Tepi Sungai, Klang sebagai kawasan kajian saya. Bentuk
muka bumi di kawasan ini ialah tanah pamah yang rata.
Di kawasan ini mempunyai bilangan penduduk yang ramai kerana
kedudukan di antara setiap rumah tidak jauh serta mempunyai banyak lorong di
kawasan Jalan Tepi Sungai ini.
Dari sudut pandang darat fizikal, kawasan ini mempunyai sungai, iaitu
Sungai Klang. Dari sudut pandang darat budaya pula, pola petempatan kawasan
ini ialah petempatan berpusat. Hal ini kerana terdapat beberapa bangunan
seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Selain itu, jalan raya dan jambatan diluar
kawasan jalan tepi sungai dibina untuk memudahkan urusan seharian seperti
pergi bekerja atau ke sekolah.
Kaedah kajian
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian, saya telah
menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:

1. Kaedah Rujukan
Bagi memastikan pemilihan tajuk yang dibuat menepati sukatan mata
pelajaran, saya telah mengadakan sesi perbincangan sebelum memulakan kajian
ini bersama guru mata pelajaran geografi iaitu Puan Siti Hajar binti Sukahar.
Saya juga telah membuat rujukan di internet bagi mengenal pasti maklumat
yang boleh saya gunakan untuk menulis laporan kajian ini.

2. Kaedah Soal Selidik


Saya telah menyediakan borang soal selidik yang berpandukan objektif
kajian yang telah ditetapkan. Borang Google Forms tersebut telah diserahkan
kepada penduduk di kawasan kajian. Sebanyak 10 link borang soal selidik telah
diedarkan bagi mendapatkan maklumat yang diperukan dalam kajian ini.

3. Kaedah Pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian, saya dapati tiada langsung tong kitar semula di
kawasan yang saya kaji melainkan di bahagian Bengkel & Pengangkutan
Jabatan Kejuruteraan.Tidak dinafikan juga kaedah ini merupakan kaedah yang
paling banyak digunakan untuk menyiapkan kerja lapangan ini.

Hasil kajian
Graf menunjukkan bilangan orang yang mengamalkan amalan kitar semula di
Jalan Tepi Sungai, Klang. Bilangan yang menjayakan amalan kitar semula
seramai 10 responden. Bilangan paling tertinggi iaitu kitar semula surat khabar
ialah seramai 6 orang atau 60 peratus daripada keseluruhan responden.Bilangan
kedua tertinggi ialah kitar semula plastik iaitu seramai 5 orang atau 50 peratus.
Bilangan ketiga tertinggi iaitu kitar semula pakaian/kain iaitu seramai 3 org
bersamaan dengan 3 orang atau 30 peratus. Bilangan paling terendah iaitu kitar
semula minyak masak seramai seorang atau 10 peratus daripada jumlah
keseluruhan responden. Kesimpulannya,jumlah paling tertinggi dalam
mengamalkan amalan kitar semula dengan kitar semula surat khabar disebabkan
kebanyakan orang yang sering membaca surat khabar serta mendapatkan
maklumat semasa daripada bahan kitar semula yang lain. Manakala jumlah
paling terendah dalam mengamalkan kitar semula ialah kitar semula
minyakmasak kerana ramai yang tidak tahu atau ambil tahu tentang minyak
masak yang boleh dikitar semula.

AMALAN KITAR SEMULA (3R)


Kitar semula ialah memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan
menghasilkan keluaran semula. Ia merupakan komponen utama bagi
pengurusan bahan buangan moden dan 3 komponen bagi 3R ialah
Reduce(kurangkan), Reuse(guna semula) dan Recycle(kitar semula). Terdapat
pelbagai jenis bahan kitar semula yang terdapat di Jalan Tepi Sungai, Klang.
Antaranya ialah surat khabar, tin, getah dan plastik.
Antara amalan kitar semula yang sering dilakukan di Jalan Tepi Sungai,
Klang ialah :
a) Menderma pakaian dan barangan yang tidak lagi digunakan
- Penduduk Jalan Tepi Sungai, Klang telah berganding bahu untuk
mendermakan pakaian dan barangan yang tidak lagi digunakan kepada beberapa
pusat kebajikan yang sering lalu di kawasan ini.

b) Mengitar semula barangan


- Penduduk Jalan Tepi Sungai, Klang telah mengitar semula barangan mengikut
warna tong kitar semula yang biasa terletak di kawasan perumahan atau tempat
awam. Seterusnya, amalan menjual bahan kitar semula juga sering diamalkan
oleh penduduk kawasan kajian saya. Terdapat kebaikan jika kita menjual bahan
kitar semula.Antara bahan yang dikitar semula adalah botol plastik, tin, surat
khabar dan lain-lain.

c) Mengguna semula barangan yang boleh dikitar semula


- Selain penduduk-penduduk di Jalan Tepi Sungai, Klang, komuniti juga
mengamalkan amalan menghasilkan bahan baru menggunakan bahan.
Contohnya, botol plastik boleh dijadikan sebagai pasu bunga kecil atau tempat
meletakkan alat tulis. Selain itu, tayar-tayar lama juga boleh dijadikan sebagai
hiasan di kawasan luar rumah dan lain-lain.

Kesan tidak mengamalkan amalan kitar


Semula

Kajian mendapati bahawa kesan jika tidak mengamalkan amalan kitar


semula di Jalan Tepi Sungai adalah seperti berikut:

a) Berlakunya pencemaran
- Jika kita tidak mengamalkan amalan kitar semula, sampah-sampah di kawasan
perumahan akan bertambah dan longkang akan tersumbat kerana sisa tidak
diurus dengan betul. Jadi pencemaran bau atau udara akan dihasil.

b) Ketidakseimbangan ekosistem
- Sikap manusia yang tiada pemantauan dan lewa terhadap isu-isu alam sekitar
akan menjadikan penduduk tidak terkawal mengenai kepentingan memelihara
dan memulihara sumber semula jadi, terutamanya sumber hutan. Terjadinya
keseimbangan ekosistem ini juga berpunca daripada manusia yang melakukan
aktiviti pembalakan. Ketidakseimbangan ekosistem disebabkan oleh manusia
musnahkan pokok dan ia memberi kesan kepada kekurangan oksigen.

c) Pemanasan global akan berlaku


- Apabila bahan kitar semula tidak dikitr dengan cara yang betul dan membuang
di merata-rata, pemanasan global akan berlaku akibat kesan rumah hijau yang
melibatkan petambahan gas karbon dioksida dan bahan pencemar yang lain.
Jadi ia menyebabkan peningkatan suhu dunia secara berterusan.

CADANGAN MEMANTAPKAN AMALAN KITAR


SEMULA

a) Menganjurkan Kempen Kitar Semula di kawasan perumahan


- Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disemai oleh masyarakar yang
cinta akan alam sekitar. Dalam kempen tersebut, kepentingan dan cara-cara
untuk menjaga alam sekitar akan diterangkan supaya penduduk lebih faham dan
dapat pengetahuan tentang amalan kitar semula. Dengan itu, pihak kerajaan
serta penduduk perlu berganding bahu untuk menyempurnakan kempen ini.

b) Ibu bapa perlu mendidik anak mereka tentang kepentingan amalan


kitar semula
- Ibu bapa perlu mendidik anak mereka tentang kepentingan amalan kitar
semula jadi walaupun masih kecil. Ibu bapa juga boleh mengajar anak dengan
melakukan amalan ini sebagai rutin. Dengan cara ini anak-anak akan terbiasa
dengan melakukan amalan secara berterusan.

c) Meletakkan tong kitar semula


- Dengan meletakkan tong kitar semula mengikut warna/kategori di Jalan Tepi
Sungai, Klang penduduk tidak perlu lagi bersusah payah untuk membawa
barangan yang banyak ke pusat pengumpulan kitar semula yang tidak
berdekatan. Selain itu, meletakkan tong kitar semula sangat berkesan untuk
memudahkan penduduk-penduduk mengamalkan amalan kitar semula. Barang-
barang yang telah dibuang ke tong kitar semula mengikut warna/ kategori akan
dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula dan bilangan sampah yang keluar
setiap tahun akan berkurang.

Rumusan
Dalam kajian di Jalan Tepi Sungai ini, saya mendapati kebanyakan
penduduk Jalan Tepi Sungai mengitar semula setiap bulan dan setiap tahun.
Dengan borang soal selidik ini dapat membuktikan masih terdapat penduduk di
Jalan Tepi Sungai mengamalkan 3R dirumah walaupun bukan dalam skala yang
banyak, namun mereka masih ingin melahirkan rakyat yang cinta akan alam
sekitar.Kitar semula juga dapat menjana pendapatan sampingan kepada
penduduk di kawasan ini.
Penduduk Jalan Tepi Sungai mengamalkan kitar semula dengan mengitar
semula barangan seperti surat khabar, pakaian, tayar dan menggunakan beg
mesra untuk menggantikan penggunaan beg plastik. Walau bagaimanapun, ada
juga beberapa masalah dalam mengitar semula yang telah dihadapi oleh
penduduk Jalan Tepi Sungai. Antaranya ialah ketiadaan pusat pengumpulan
barangan kitar semula, kurang pengetahuan dan kesedaran serta sikap
penduduk itu sendiri. Cadangan untuk mengatasi masalah berikut ialah dengan
mengadakan kempen kesedaran, bergotong-royong dan melalui pendidikan.
Kajian ini mendapati bahawa kitar semula dapat mengurangkan pemanasan
global, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan bahan
buangan.Jika kitar semula tidak diamalkan,ini akan menyebabkan pencemaran,
ketidakseimbangan ekosistem dan sumber alam semakin berkurang.
Kesimpulannya, amalan kitar semula ini perlu dipupuk dan disemai dalam
diri terhadap alam sekitar terutamanya generasi muda di masa yang akan
datang.

Rujukan
1) Buku Teks
- Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, 2018, Geografi Tingkatan 3 IMS Books
Trending SDN BHD

2) Internet
- https://online.anyflip.com/feneh/gfbz/mobile/
- https://www.kosmo.com.my/2020/08/12/membudayakan-kitar-semula-
dalam-masyarakat/
- https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/10/205639/malaysia-masih-
ketinggalan-dalam-amalan-kitar-semula
- https://maps.app.goo.gl/DuvxPi5xuzS9YDWR9
3) Orang Sumber

i. Nurul Aqila Aina Binti Hashim-15 tahun (Lot 3066A Kampung Delek Baru)
ii. Khalidah Arinah-15 tahun (45,lorong serampang 3,teluk pulai 41100 klang)
iii. Nur 'Iffah Adriana Binti Mohd Fauzi-16 tahun (Lot 2241 lorong saridin,
kampong delek, klang)
iv. Nurin Adriana Binti Mahthir-15 tahun (Lot 2228, Lorong Haji Supandi,
Kampung Delek Kiri, Klang, Selangor)
v. Nur Zahra Binti Ismail-15 tahun (No. 4 Lorong Udang Kertas 14C/KS03
Jalan Yadi 41250 Klang)
vi. Zaeryn Reiz Neesya Binti Zairezal-16 tahun (17 , Jalan Tok Sidang Taman
Ehsan Kg Delek Kanan 41250 Klang)
vii. Nur Huzaifah-14 tahun (Lontong Hijau Asli,574A Jalan Selamat,Sg
udang,41250,klang selangor)
viii. Nur Alya Farhah Binti Mohd Rashdan-15 tahun (No 15, Jalan 1c/ku4,
Taman Dagang, Rantau Panjang, 42100 Klang)
ix. Nur Syasya Athirah-15 tahun (Lot 11393, No 2 Surau haji Tok Bakar, Jalan
Sungai Udang, Klang, 41250, Selangor)
x. Puteri Aleya Maisarah Binti Mat Nazer-15 tahun (No 11B lot 2250 lorong
Haji Sayuti , Kg. Delek Kiri 41250 klang , Selangor)

lampiran
Peta Jalan Tepi Sungai, Klang
Borang soal selidik

You might also like