You are on page 1of 18

PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 1 / 2019

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

0
Isi Kandungan.

1.0 Pengenalan.....................................................................................................................2
2.0 Isu pencemaran air di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor................................3-4
3.0 Infografik pencemaran air Di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
3.1 Infografik konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global....................5-6
3.2 Infografik kawasan Sungai Kim Kim yang tercemar.................................6-7
4.0 Konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global yang memberi manfaat dan cara-
cara menangani masalah isu alam sekitar.
4.1 Tiga dimensi utama Pendidikan Kewarganegaraan Global yang memberikan
manfaat kepada masyarakat
4.1.1 Kemahiran kognitif.............................................................................8-9
4.1.2 Kemahiran sosio-emosi...................................................................9-10
4.1.3 Kemahiran tingkah laku..................................................................10-11
4.2 Cadangan cara-cara menyelesaikan isu-isu alam sekitar...........................11-12
5.0 Kesimpulan...................................................................................................................13
6.0 Refleksi kendiri.......................................................................................................14-15
7.0 Rujukan........................................................................................................................16

1
1.0 Pengenalan

Kelestarian pada umumnya bermaksud mengekalkan sesuatu perkara atau


keadaan. Alam sekitar pula bermaksud segala benda hidup dan bukan hidup yang
wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam
sekitar juga dipanggil flora dan fauna. Terdapat komponen-komponen utama alam
sekitar, antaranya ialah unit landskap yang berfungsi sebagai sistem secara semula
jadi tanpa penglibatan manusia. Sebagai contoh, tumbuh-tumbuhan, batu-bata dan
haiwan. Selain itu, komponen alam sekitar termasuk sumber semula jadi yang tiada
batas seperti air, udara dan iklim.

Tetapi pada era globalisasi ini, masyarakat kurang memberikan penekanan


dalam menjaga alam sekitar yang menyebabkan berlakunya pencemaran seperti
pencemaran udara dan pencemaran air. Pencemaran bermaksud sesuatu perbuatan
yang mencemarkan (mengotorkan alam) dengan sampah sarap dan benda lain.
Pencemaran udara adalah satu keadaan dimana satu keadaan yang melibatkan bahan
kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang menyebakan mudarat kepada manusia
dan organisma hidup yang berpunca daripada asap-asap daripada kilang, pembakaran
terbuka dan ekzos kenderaan. Pencemaran air pula berpunca daripada pembuangan
sisa bungan atau sampah ke dalam sungai atau laut.

Objektif tugasan ini ialah bagi meningkatkan pengetahuan tentang alam


sekitar dan meningkatkan kemahiran berfikir bagaimana ingin mengekalkan
kelestarian alam sekitar bagi menghadapi cabaran abad ini. Dengan mempunyai
pengatahuan dalam alam sekitar dan mengetahui isu semasa tentang pencemaran alam
sekitar kita akan lebih sedar bahawa abad ini pencemaran alam sekitar berlaku secara
meleluasa kesan daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu,
kita perlu berfikir cara-cara memulihkan alam sekitar dan menjaga kelastarian alam
sekitar agar tidak tercemar.

Jelaslah bahawa alam sekitar yang bersih adalah penting agar organisma yang
lain juga dapat hidup dan mengembangkan habitatnya. Oleh itu, kita perlu memberi
penekanan dalam menjaga alam sekitar.

2
2.0 Isu pencemaran air di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan
atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar
dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Pencemaran ini selalunya
dilakukan disebabkan kegiatan manusia. Pencemaran air disebabkan oleh
pembuangan air kumbahan yang tidak dirawat. Terdapat banyak pencemaran air yang
berlaku di negara kita sekarang ini. Antaranya ialah pencemaran yang berlaku di
Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang, Johor.

Pencemaran Sungai Kim Kim disebabkan oleh pembuangan sisa bahan kimia
yang dibuang ke dalam sungai. Kegiatan ini dilakukan oleh pihak pengilang yang
tidak bertanggungjawab. Kegiatan ini dilakukan kerana dapat mengurangkan kos
mereka dalam pembuangan bahan kimia. Bahan kimia yang ingin dilupuskan perlu
melalui proses rawatan air supaya tidak menjejaskan alam sekitar.

Tetapi terdapat segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri dan


mengambil jalan mudah dengan membuangnya di dalam sungai. Ada artikal
menyatakan bahawa terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan
membuang sisa bahan kimia di dalam sungai ketika waktu hujan. Hal ini kerana
ketika waktu hujan bau bahan kimia yang dibuang semakin kuat dan kurang
menyenangkan untuk dihidu.

Antara kesan yang timbul daripada pembuangan sisa bahan kimia kedalam
Sungai Kim Kim ialah kepupusan kehidupan akuatik. Hal ini akan menjejaskan
kehidupan air seperti ikan, udang, karang dan kehidupan air yang lain. Selain itu juga,
tumbuh-tumbuhan di sekeliling juga mati akibat daripada pencemaran sungai. Ia juga
akan membawa kepada kekurangan rantai makanan kerana organisma hidup
disekililing mati akibat air yang tercemar.

Selain itu, terdapat banyak sekolah yang terpaksa ditutup akibat daripada
pencemaran Sungai Kim Kim ini. Sebanyak 111 buah sekolah yang diarahkan untuk
ditutup akibat daripada pencemaran tersebut. Ini kerana bau sisa bahan kimia yang
dibuang di Sungai Kim Kim naik ke udara yang menyebabkan pelajar atau penduduk
3
sesak nafas dan loya yang dapat membahayakan kesihatan mereka. Apabila sekolah
ditutup ia akan menjejaskan pelajaran murid-murid kerana tidak dapat mengikut
waktu pembelajaran seperti biasa.

Kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi langkah memulihkan


Sungai Kim Kim yang telah tercemar. Ini kerana pencemaran Sungai Kim Kim
tersebut telah sampai pada tahap kritikal. Kerajaan negeri meluluskan peruntukan
kecemasan sebanyak RM 6.4 juta bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan
Sungai Kim Kim yang terjejas akibat daripada pencemaran sisa bahan kimia.
Pembersihan tersebut dilakukan sepanjang 1.5 kilometer daripada tempat
pembuangan.

Saya memilih pencemaran yang berlaku di Sungai Kim Kim kerana ia


memberikan banyak kesan buruk kepada penduduk sekeliling. Kes ini juga
merupakan antara kes yang besar yang berlaku di Pasir Gudang kerana melibatkan
banyak pihak bagi menyelesaikan masalah pencemaran ini. Untuk memulihkan sungai
tersebut juga memerlukan waktu yang lama bagi memastikan sekeliling kawasan
tersebut adalah selamat.

Jelaslah bahawa pencemaran air yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir
Gudang, Johor merupakan pencemaran yang teruk. Pencemaran tersebut telah
menyebabkan banyak kesan buruk yang berlaku di kawasan sekitarnya. Pencemaran
Sungai Kim Kim juga meninggalkan parut yang sukar untuk disembuhkan dalam
kalangan penduduk Pasir Gudang.

Rajah 1 Pencemaran Air Sungai Kim Kim

4
3.0 Infografik Pencemaran Air Di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
3.1 Infografik konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global.

Rajah 2 Konsep utama Pendidikan


Kewarganegaraan Global

Gambar diatas merujuk kepada infografik konsep utama Pendidikan


Kewarganegaraan Global. Terdapat tiga konsep utama dalam Pendidikan
Kewarganegaraan Global iaitu kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah
laku.
Kemahiran kognitif merupakan kemahiran dimana bagi memperoleh
pengetahuan, pemahaman dan pemikiran yang kritis tentang isu-isu alam
sekitar yang berlaku disekeliling mereka samada di dalam atau diluar negara.
Dengan mempunyai kemahiran ini masyarakat akan mengetahui isu-isu
semasa berkenaan alam sekitar yang berlaku disekeliling mereka.

Kemahiran sosio-emosi pula ialah kemahiran dimana mempunyai rasa


kepuanyaan sesama manusia, berkongsi nilai, tanggungjawab dan
menghormati perbezaan dan pelbagaian. Dengan ini, masyarakat akan saling
bekerjasama dalam menjaga alam sekitar kerana alam sekitar yang bersih
adalah kegunaan bersama bagi semua orang.

Dimensi Pendidikan Kewarganegaraan Global yang seterusnya ialah


kemahiran tingkah laku. Kemahiran tingkah laku ialah kemahiran yang
bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab di setiap peringkat bagi
5
mencapai dunia yang aman dan lestari. Kemahiran tingkah laku amat
membantu masyarakat dalam melestarikan alam sekitar. Sebagai contoh,
masyarakat membersihkan kawasan di tepi sungai supaya sungai tidak
tercemar dengan sampah-sampah yang dibuang oleh manusia.

Jelaslah bahawa Pendidikan Kewarganegaraan Global dapat membantu


dalam melestarikan alam sekitar. Hal ini kerana pendidikan yang secukupnya
akan membuka minda mereka dan menyayangi alam sekitar.

3.2 Kawasan Sungai Kim Kim yang tercemar.

Rajah 3 Kawasan sungai yang


terjejas.
Rajah diatas menunjukkan kawasan sungai yang terjejas dan sekitar
kawasan tersebut merupakan kawasan sekolah. Menurut artikal tahap
pencemaran Sungai Kim Kim lebih tinggi daripada sungai mati. Pencemaran
tersebut menjejaskan 6,000 penduduk termasuk pelajar dan 111 sekolah
diarahkan untuk ditutup bagi sementara waktu. Ini amat membimbangkan
penduduk setempat yang tinggal berhampiran.

Keputusan 10 sampel air sungai di lokasi berbeza yang diambil


sepanjang jajaran Sungai Kim Kim, di sini menunjukkan tahap pencemaran

yang sangat tinggi. Malah pencemarannya berganda daripada tahap sungai


yang dikategorikan sebagai sungai paling tercemar atau sungai mati oleh
Laporan Kualiti Alam Sekitar 2016.

6
Pencemaran tersebut juga didakwa terlalu tinggi sehingga mencecah
153 kali ganda daripada bacaan sepatutnya. Ujian tersebut membabitkan
beberapa parameter kajian, termasuk Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan
Keperluan Oksigen Biokimia (BOD). Sebagai contoh, bacaan COD Sungai
Kim Kim sepatutnya hanya 80 tetapi sampel yang diambil merekodkan bacaan
3,435 sehingga 12,245. Bagi kadar BOD pula, bacaan sepatutnya ialah 20,
tetapi bacaan sempel yang di ambil mencecah 3,384.3 dan 821.3. Hal ini
menunjukkan bahawa sungai tersebut sangat tercemar dan membahayakan
penduduk sekitarnya.

Bacaan sempel tersebut telah diambil di lokasi yang berlainan. Ini


menunjukkan wujud aktiviti melepaskan bahan buangan ke sungai oleh pihak
tertentu di kawasan yang berhampiran. Bahan yang dibuang kedalam sungai
ialah sebanyak 2.43 tan oleh lori tangki. Ia merupakan kuantiti yang banyak
sehingga memeberi kesan yang sangat besar kepada penduduk di sekitar Pasir
Gudang.

7
4.0 Konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global yang memberi manfaat
dan cara-cara menangani masalah isu alam sekitar.
4.1 Tiga dimensi utama Pendidikan Kewarganegaraan Global yang
memberikan manfaat kepada masyarakat

4.1.1 Kemahiran kognitif

Dimensi Pendidikan Kewarganegaraan Global yang pertama ialah


kemahiran kognitif. Kemahiran kognitif ialah pengetahuan yang
mereka peroleh berkenaan isu-isu semasa di dalam dan di luar negara.

Apabila masyarakat mempunyai kemahiran kognitif mereka akan lebih


peka tentang isu-isu alam sekitar di sekeliling mereka samada isu-isu
gobal, serantau, kebangsaan dan tempatan. Hal ini kerana apabila
mereka mengetahui isu-isu yang terjadi di sekeliling, mereka akan
lebih prihatin dalam menjaga alam sekitar. Mereka juga akan lebih
berpengetahuan dalam menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar.

Sebagai contoh, isu pencemaran air yang berlaku di Sungai Kim Kim,
Pasir Gudang, Johor. Masalah pencemaran tersebut melibatkan banyak
pihak dalam menangani masalah itu. Bukan sahaja penduduk di
kawasan Johor mengetahui tentang masalah pencemaran tersebut,
malah seluruh Malaysia mengetahui pencemaran yang berlaku di Pasir
Gudang. Ini kerana pencemaran itu telah menyebabkan beribu
penduduk Pasir Gudang mendapatkan rawatan segera akibat sesak
nafas.

Seterusnya, masyarakat dapat menambah pengetahuan mereka bahawa


bahayanya sisa bahan kimia yang tidak dihapuskan dengan betul dan
pengetahuan sains yang lain berkenaan bahan kimia yang dibuang
kedalam sungai seperti metana, hidrogen klorida dan acrylonitrile.
Masyarakat juga akan lebih menjaga kesihatan mereka dengan
memakai topeng muka jenis R95 supaya tidak terhidu bahan-bahan
kimia tersebut.
8
Jelaslah bahawa kemahiran kognitif dapat membantu masyarakat
mengetahui isu-isu semasa alam sekitar dan akan menjaga alam sekitar
supaya tidak tercemar. Dengan ini, alam sekitar akan sentiasa harmoni
tanpa pencemaran yang dilakukan oleh manusia.

4.1.2 Kemahiran sosio-emosi

Dimensi Pendidikan Kewarganegaraan Global yang kedua ialah


kemahiran sosio-emosi yang bermaksud kemahiran dimana
mempunyai rasa nilai saling berkongsi sesama organisma hidup.
Masyarakat akan mempunyai rasa tangganggungjawab untuk menjaga
alam sekitar.

Kemahiran sosio-emosi akan membantu masyarakat berfikir bahawa


menjaga alam sekitar adalah penting bagi menjalani kehidupan yang
bersih. Ini kerana mereka mempunyai rasa tanggungjawab dalam
menjaga alam sekitar. Hal ini kerana masyarakat mengetahui bahawa
apabila alam sekitar tidak dijaga pasti akan ada kesan buruk yang
berlaku.

Di samping itu juga, kemahiran sosio-emosi akan mewujudkan sifat


menghormati terhadap kepelbagaian kehidupan yang ada di dunia ini.
Masyarakat tidak akan mempunyai sifat petingkan diri dan akan
sentiasa menjaga alam sekitar.

Sebagai contoh, pencemaran air yang berlaku di Pasir Gudang ia


menyebabkan hidupan akuatik di dalam air mati dan pokok-pokok
disekeliling sungai yang menggunakan air dari sungai itu juga mati
akibat daripada pencemaran sisa bahan kimia di dalam air. Apabila
masyarakat mempunyai kemahiran sosio-emosi mereka akan lebih
prihatin terhadap kehidupan lain yang memerlukan penggunaan air
untuk hidup dengan tidak membuang sisa bahan kimia kedalam sungai

9
kerana mengetahui bahawa air adalah keguanaan bersama oleh semua
benda hidup.

Jelaslah bahawa kemahiran sosio-emosi memberikan faedah kepada


manusia supaya lebih berperikemanusiaan terhadap alam sekitar. Hal
ini kerana alam sekitar ialah kegunaan semua.

4.1.3 Kemahiran tingkah laku

Dimensi Pendidikan Kewarganegaraan Global yang ketiga ialah


kemahiran tingkah laku. Kemahiran tingkh laku ialah kemahiran yang
bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab di setiap peringkat
bagi mencapai dunia yang aman dan lestari.

Antara faedah yang diperoleh apabila mempunyai kemahiran tingkah


laku ialah melahirkan masyarakat yang menghargai alam sekitar.
Kemahiran tingkah laku ini adalah konsep yang paling berkesan bagi
memelihara dan memulihara alam sekitar.

Sebagai contoh, orang tidak akan membuang sambah atau bahan yang
boleh merosakkan alam sekitar di merata-rata tempat seperti sungai.
Hal ini kerana mereka mengetahui kesan buruk yang akan berlaku jika
membuang sampah merata ke dalam sungai.

Tingkah laku manusia amat membantu dalam memelihara alam sekitar


ini. Hal ini kerana manusia lah yang akan mencemarkan alam sekitar
dan manusia juga lah yang perlu memulihra kembali alam sekitar. Jika
bukan kita siapa lagi yang perlu melakukannya.

10
4.2 Cadangan cara-cara menyelesaikan isu-isu alam sekitar

Isu-isu berkaitan dengan alam sekitar sering manjadi bahan paparan


di surat khabar. Hal ini kerana pencemaran alam sekitar semakin meningkat
akibat daripada perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi
memulihkan kembali terdapat beberapa cara-cara yang perlu diambil supaya
alam sekitar kembali pulih. Melalui isu yang dibincangkan sebelum ini iaitu
pencemaran air yang disebabkan oleh pembungan sisa bahan kimia. Terdapat
banyak cara-cara yang telah dibincangkan bagi memulihkan sungai tersebut.

Antaranya cadangan bagi menangani masalah pencemaran di Pasir


Gudang ialah menubuhkan Mahkamah Alam Sekitar. Terdapat banyak
kebaikan yang diperoleh apabila Mahkamah Alam Sekitar ditubuhkan.
Makamah ini ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu alam sekitar yang
berlaku di Malaysia ini.

Kelebihan yang diperoleh apabila Mahkamah Alam Sekitar


ditubuhkan ialah mereka dapat mengkaji punca terjadinya pencemaran
dengan lebih terperinci. Lebih-lebih lagi pencemaran yang melibatkan bahan
kimia. Hal ini kerana keutuhan bahan bukti yang ada pada tanah, uadara atau
air terjejas dalam masa yang singkat jika tidak dilakukan dengan cepat.

Kerajaan perlu mempertingkatkan lagi dana dalam pembangunan dan


penyelidikan R&D dalam bidang forensik. Dana tersebut akan digunakan
dengan membeli alatan canggih bagi mengesan punca bahan pencemaran dan
lain-lain yang melibatkan alam sekitar. Hal ini dapat memudahkan pihak
berkuasa mengesan pihak yang melakukan kegiatan membuang bahan kimia
dengan mengenal pasti kesemua bahan kimia yang digunakan oleh pihak
industri dan menyuai padan kesemua bahan kimia tersebut. Dengan ini, pihak
industri yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dengan segera dan
mendapatkan hukuman yang setimpal daripada pihak yang berkuasa.

Selain itu juga, bagi menangani isu alam sekitar yang berlaku di Pasir
Gudang ialah dengan melakukan pemantauan berterusan daripada pihak
11
berkuasa. Dengan melakukan pemantauan ini pihak industri yang tidak
bertanggungjawab akan sukar untuk mengulangi kesalahan mereka kerana
kawasan tersebut dikawal ketat. Pemantauan ini boleh dilakukan oleh pihak
yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Pihak
Berkuasa Tempatan terhadap aktiviti-aktiviti industri yang berisiko tinggi
menyebabkan bencana kimia pada masa akan datang. Tindakan
penguatkuasaan undang-undang yang lebih telus perlu dilaksanakan bagi
memastikan peristiwa seperti ini tidak berulang.

Seterusnya, orang awam perlulah lebih cakna tentang segala


perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Aduan kepada pihak
berwajib perlulah dilakukan dengan segera jika mengesyaki sebarang
kegiatan yang mencurigakan di kawasan awam. Ia dapat membantu
menjalankan siasatan dengan segera di kawasan terbabit. Pihak berwajib pula
perlulah memandang serius terhadap setiap aduan yang diberikan oleh
penduduk setempat. Dengan ini, kita dapat mencegah perbuatan yang ingin
dilakukan oleh pihak tersebut.

Di samping itu, dengan mewujudkan saluran rasmi bagi


memaklumkan keadaan terkini kepada penduduk yang terjejas dan kepada
semua yang mengikuti perkembangan tentang pencemaran tersebut. Saluran
ini penting bagi memberikan maklumat yang tepat kepada semua pihak.
Dengan ini penyebaran maklumat palsu daripada orang yang tidak
bertanggungjawab dapat ditangani. Contohnya, penduduk setempat akan
mendapatkan maklumat yang tepat tentang situasi semasa pencemaran
Sungai Kim Kim.

Masalah isu-isu alam sekitar ini perlu ditangani dengan segera dan
usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Alam sekitar ini
adalah anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada kita. Jika manusia tidak
menjaganya siapa lagi yang ingin menjaganya. Jelaslah bahawa jika
cadangan-cadangan diatas dipraktikkan isu-isu pencemaran alam sekitar akan
berkurangan.

12
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, menjaga alam sekitar adalah penting bagi mengekalkan


kesejahteraan alam. Ini kerana apabila alam sekitar di pelihara kita akan menjalani
kehidupan yang selesa .

Semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar. Hal ini
kerana apabila alam sekitar dijaga bersama sudah pasti kita akan dapan kebaikan
bersama. Tetapi disebabkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan alam sekitar yang dijaga musnah. Ini disebabkan oleh kerja-kerja haram
yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Seperti kejadian
yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Perbuatan mereka
menyebabkan pihak lain mendapat kesukaran akibat pencemaran yang dilakukan.

Akhir sekali, jelaslah bahawa kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi
ini perlulah memainkan peranan yang penting di dalam menjaga dan memulihara
alam sekitar. Anugerah alam sekitar adalah kegunaan bersama. Kalau bukan kita,
siapa lagi yang ingin menjaganya. Jadi sebagai masyarakat yang bertanggungjawab
kita perlulah menjaga alam sekitar supaya sumber kehidupan kita tidak berkurangan.

13
6.0 Refleksi kendiri

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata. Saya Asmaa binti Jaidi
sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.
Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi tunjuk ajardan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan tugasan ini sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya
menyiapkan tugasan yang diberi dan menghantarnya dalam tempoh yang telah diberi.
Walaubagaimanapun, terdapay beberapa masalah yang saya hadapi ketika ingin
menyiapkan tugasan ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah saya tidak memahami
kehendak soalan berkenaan infografik. Di internet juga tiada banyak pilihan tentang
infografik bagi isu yang saya pilih. Dengan bantuan pensyarah, saya dapat mencari
infografik yang berkaitan isu alam sekitar yang saya pilih.

Saya juga menghadapi masalah untuk memahami perbezaan antara tiga


dimensi utama Pendidikan Kewarganegaraan Global iaitu kemahiran kognitif, sosio-
emosi, dan tingkah laku. Saya mengambil masa yang lama untuk mencari idea
bagaimana ingin menulis berkenaan tajuk tersebut. Dengan penerangan yang ada pada
modul yang telah diberikan, saya gunakan untuk menulis tugasan ini.

Banyak pengetahuan yang saya dapati bagi menyiapkan tugasan ini.


Antaranya ialah kesan buruk apabila alam sekitar tercemar, bagaimana ingin
memelihara dan memulihara alam sekitar, mengapa kita perlu menjaga alam sekitar
dan lain-lain lagi. Hal ini sangat berguna bagi menyiapkan tugasan saya, malah ia
juga berguna dalam kehidupan harian saya. Alam sekitar yang bersih membuatkan
kita berasa tenang tinggal di kawasan tersebut.

Saya banyak mencari maklumat di internet dan penduduk setempat.


Maklumat-maklumat di internet dan penduduk setempat amat membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana saya merupakan salah seorang penduduk yang
tinggal berhampiran dengan kawasan pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim
Kim. Pengalaman yang dihadapi memudahkan lagi saya untuk menulis tugasan ini.
14
Jika tidak disebabkan pensyarah dan ibu bapa saya yang membimbing saya
daripada awal saya melakukan tugasan ini sudah pasti saya akan melakukan tugasan
ini di akhir-akhir waktu. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang
berkualiti dan markah yang saya perolehi akan memuaskan sahaja. Oleh itu, saya
menggunakan segala peluang dan masa yang saya miliki untuk menyiapkan tugasan
ini dengan secepat mungkin.

Pada mulanya, saya berasa sukar untuk menyiapkannya. Berkat doa ibu bapa
dan pensyarah saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tugasan yang
diberikan telah saya siapkan tanpa berlenga. Akhirnya tugasan bagi subjek Kemahiran
Belajar Untuk Abad Ke-21 telah berjaya saya siapkan.

15
7.0 Rujukan

Astro Awani. (2019, September 20). Didapatkan November 22, 2019, daripada Astro Awani
Web Site: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahap-pencemaran-sungai-kim-
kim-lebih-tinggi-daripada-kategori-sungai-mati-218033

Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke 21. (2019). Malaysia: Open University Malaysia.
Sinar Harian . (2019, March 15). Didapatkan November 21, 2019, daripada Sinar Harian
Web Site:
https://www.sinarharian.com.my/article/18224/INFOGRAFIK/pencemaran-toksik-di-
Sungai-Kim-Kim

Wikipedia. (2019, Ogos 22). Didapatkan November 12, 2019, daripada Wikipedia
Ensiklopedia Bebas: https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar

Wikipedia. (2019, Ogos 26). Didapatkan November 12, 2019, daripada Wikipedia Web site:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air

Wikipedia. (2019, November 1). Didapatkan November 21, 2019, daripada Wikipedia web
site: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_sisa_kimia_Sungai_Kim_Kim_2019

Idris, R. (2019, June 22). bharian. Didapatkan November 21, 2019, daripada berita harian
web site: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/576836/gejala-sesak-
nafas-di-pasir-gudang-sah-akibat-pencemaran-toksik

Ishak, N. A. (2019, March 15). Sinar Harian. Didapatkan November 20, 2019, daripada Sinar
Harian Web Site: https://www.sinarharian.com.my/article/18156/KHAS/Pasir-
Gudang/Bahaya-pencemaran-kimia-terhadap-kesihatan

Kamarudin, K. (2019, Jun 28). Bernama.com. Didapatkan November 19, 2019, daripada
Bernama.com web site: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1740114

Lisa, E. (2014, August 8). Eiza Lisa Blogspot. Didapatkan November 12, 2019, daripada Eiza
Lisa Blogspot: http://eiza-lisa.blogspot.com/2014/08/kesan-pencemaran-sungai.html

Osman, M. S. (2019, March 23). Astro Awani. Didapatkan November 20, 2019, daripada
Astro Awani Web Site: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengurusan-
bencana-sungai-kim-kim-ibrah-dan-cadangan-penambahbaikan-201948

Tuah, I. T. (2019, September 20). bharian. Didapatkan November 22, 2019, daripada Berita
Harian web site: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/609120/kadar-
pencemaran-sungai-kim-kim-terlalu-tinggi

Zakaria, B. K. (2019, March 14). BH Online. Didapatkan November 12, 2019, daripada BH
Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/540816/peruntukan-
kecemasan-rm64-juta-bersih-sungai-kim-kim

16
17

You might also like