You are on page 1of 8

Contoh 1

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari
semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia
toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air
kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang
langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan
domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang
sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan
sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan
oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan
oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan
kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan
ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang
mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan
bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil
pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk
membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan
cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan
pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara
bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang
kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan
mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti
tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein
manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil
dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut
dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan


kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa
persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan
penting dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga
dapat membendung fenomena ini.
Contoh 2

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita
basi.Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi
mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah
terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran sungai”? Mengikut
penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, “pencemaran sungai” dapat
didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan
pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya
kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor
yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah
sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnyadilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran
dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam
sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat.
Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah
yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun
2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah
tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk
membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan
masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, merekamengambil jalan
mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan
mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan
sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke
dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan
menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia
dan kehidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air
sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan
keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan
akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk
ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air
Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke
dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa
toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain
mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini
yang mementingkan dirisendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama
berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang
mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang
daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi
tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak
tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal
ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan
itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan
Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana
mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.

Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan
bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai mediumpengangkutan dan
penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan
jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan
perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan
dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita
dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini
dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan
menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi
yang lain di persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada
manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau
air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang
merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting
sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah
datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang
membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan
udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya”. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang
merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakananugerah istimewa daripada Tuhan yang
akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat
diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan
masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal
fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan
anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan
mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah terhantuk baru tengadah”. Marilah
kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.
Contoh 4

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah


pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh
masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa
sahaja sampah sarap ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi
satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat
telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar. Merujuk kepada
laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang
diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong
sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk
membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu
memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka
mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sarap tersebut ke dalam sungai
yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang
terapung-apung di permukaan sungai itu mengandungi bahan kimia yang akan
menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-
kilang perindustrian ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan
mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang
rendah amat berbahaya kepada manusia dan hidupan akuatik. Hal ini dikatakan
demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang mempunyai kadar pH
yang rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan tambah memburukkan
keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti
hidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar
tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan
kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika
ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai,
alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik
tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang
mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini
telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya
ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah.
Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini
akan menjejaskan tumbesaran tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini
dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari
daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsung akan
menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat
menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan
Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku kerana mereka
mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.

Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat


dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan
seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai
medium pengangkutan dan perhubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan
Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini
akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat
dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air.
Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai
pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat
meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan
Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang
lain di persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein
kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari
air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan
melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara
Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam,
dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita
makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang
mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat
tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.
Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang
merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada
Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada
hari kemudiannya.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat
diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita
membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah
yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk
menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah
menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi
fenomena “sudah terhantuk baru nak tengadah”. Marilah kita bersama-sama
menyahut kempen ‘Cintailah Sungai Kita’.

  Kilang perindustrian
 Kerja tanah dan pembinaan

 Pengorekan pasir sungai dan kuari

 Tapak pelupusan sampah

 Loji rawatan kumbahan

 Ladang pertanian dan penternakan

 Rumah sembelihan

 Pasar basah dan bengkel

You might also like