You are on page 1of 3

3.

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR

a)

Kenderaan Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar

Utusan Pengguna pada tahun 2001; jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini iaitu sebanyak 58.1%. Tambahan pula, jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Begitu juga keadaannya dengan Taman Putra Perdana, di mana pertambahan penduduk berlaku tahun demi tahun. Akibat pertambahan ini, peningkatan penggunaan kenderaan juga berlaku. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida di dalam asap yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. b) Pembakaran terbuka Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara di Taman Putra Perdana. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah dan kawasan perumahan penduduk. Sesetengah penduduk mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampahsarap seperti buku-buku lama atau daun-daun kering dengan membakarnya. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.
c)

Sampah sarap Pembuangan sampah sarap merupakan punca utama kebanyakan pencemaran

yang berlaku di Taman Putra Perdana. Kegiatan ini berpunca daripada pengurusan sampah yang mengalami masalah dan tidak sistematik. Aktiviti ini mengakibatkan pencemaran bau yang serius. Sampah-sampah tersebut dibiarkan berlonggok tanpa dilupuskan dengan baik. Longgokan sampah yang terletak berdekatan dengan restoranrestoran pula menyebabkan pengunjung tidak selesa akibat baunya yang meloyakan.

Sampah-sarap ini juga mengundang pelbagai haiwan perosak seperti tikus dan lalat. Tikus dan lalat merupakan antara pembawa kuman yang berbahaya kepada penduduk. d) Pembinaan Kebisingan daripada operasi pembinaan adalah daripada mesin dan peralatannya. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan petempatan di Taman Putra Perdana juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan. Kegiatan pembinaan juga mengakibatkan pencemaran udara yang serius apabila debu-debu berterbangan ke udara dan akhirnya mengakibatkan jerebu. e) Perniagaan Punca utama pencemaran yang berlaku akibat aktiviti perniagaan di Taman Putra Perdana adalah kerana kelalaian dan sikap tidak bertanggungjawab peniaga itu sendiri. Peniaga restoran dan gerai-gerai makanan di Pusat Penjaja umpamanya, sering mengabaikan kebersihan kawasan perniagaan mereka. Seringkali, sampah-sarap dibiarkan berlonggok sahaja tanpa dilupuskan dan sisa-sisa makanan pula dialirkan ke dalam longkang. Keadaan ini merosakkan keindahan alam serta mengakibatkan pencemaran bau. Hal ini kerana sampah-sarap yang tidak dilupuskan itu menghasilkan bau yang kurang menyenangkan apatah lagi jika dibiarkan selama berhari-hari tanpa dilupuskan. Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya juga tidak mengangkut sampah mengikut jadual. f) Petempatan Pembinaan petempatan di Taman Putra Perdana adalah sangat pesat. Kawasan petempatan penduduk seringkali dikaitkan dengan pencemaran air kerana kebanyakan penduduk tidak mengawal penggunaan air mereka atau lebih mudah dinyatakan sebagai pembaziran air. Selain itu, pembakaran sampah-sarap sering berlaku di petempatanpetempatan terutamanya di kawasan apartmen dan perumahan teres sebagai langkah mudah melupuskan sampah-sampah domestik.

Pencemaran berlaku akibat aktiviti manusia sendiri. Penduduk seolah-olah tidak mengambil peduli akan pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka. Rasa bertanggungjawab kepada alam sekitar perlu disemai agar pencemaran yang berlaku dapat dihentikan. Hal ini kerana pencemaran membawa impak negatif yang memudaratkan kepada penduduk Taman Putra Perdana.

KEKERAPAN PENDUDUK TAMAN PUTRA PERDANA MEMBUANG SAMPAH DALAM MASA SEBULAN KEKERAPAN 20 KALI 30 KALI 40 KALI 50 KALI Responden Lelaki 1 4 4 1 Responden Wanita 3 1 4 2 JUMLAH 4 5 8 3 (Sumber: Soal Selidik terhadap Penduduk Taman Putra Perdana Dilakukan pada 12 Mac 2011)

You might also like