You are on page 1of 13

SULIT*

900/2 STPM 2019

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM


PENGAJIAN AM
PENGGAL 2
SMK DURIAN DAUN, MELAKA
(1 jam 30 minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A Untuk kegunaan


dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C.
pemeriksa
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada
ruang yang disediakan. BahagianA

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam 1


2
Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian
3
kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib
4
berangka.
Bahagian B
Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf,


helaian berkenaan hendaklah diikat bersama kertas soalan dan Bahagian C
diserahkan bersama dengan kertas jawapan anda.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan Jumlah


dalam tanda kurung [ ].

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

PENGAJIAN AM 900/2 [Lihat Sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

Bahagian A [15 markah]


Jawab semua soalan.
Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan
1. Senaraikan tiga langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan sejahtera menjelang tahun 2020. [3]
a) ………………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………………
c) ………………………………………………………………………………………………

2. Jelaskan dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan Sogoshosha
Malaysia. [4]

a) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
b) ……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….

3. Huraikan dua rasional kerajaan memperkenalkan konsep Sukan Untuk Semua di negara
kita [4]
a) ………………………………………………………………………......................................
……………………………………………………………………….....................................
b) ………………………………………………………………………....................................
................................................................................................................................................

4. Nyatakan empat objektif penggubalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam . [4]


a) ……………………………………………………………………………………………….
b) ……………………………………………………………………………………………....
c) ………………………………………………………………………………………………..
d) ……………………………………………………………………………………………....

SULIT*
SULIT*

Bahagian B [20 markah]

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dari tahun
2013 hingga tahun 2016.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara


sepanjang tahun 2013 hingga tahun 2016. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus
pada tahun 2013 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun
20015 berbanding tahun 2014 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2016, jumlah
perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh
4 tahun berkenaan. Pada tahun 2013, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat
kepada RM20 842 juta pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 yang berjumlah RM17 443
juta. Manakala pada tahun 2016 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada


pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola
menurun. Pada tahun 2013, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun
sebanyak RM276 juta pada tahun 2014 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2015. Pada
tahun 2016, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun
berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada
tahun 2013, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini terus
meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2015 dan menurun semula kepada RM9 368 juta
pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan


peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2014, perbelanjaan adalah
sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2013 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan
meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2015 dan terus meningkat sebanyak RM3 512
juta pada tahun 2016.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi
daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2014, perbelanjaan sebanyak RM18 766
juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2013. Jumlah ini terus meningkat kepada
RM19 885 juta pada tahun 2015, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun
2016.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2017)

SULIT*
SULIT*

6. Berdasarkan kepada maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkann
prestasi calon SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu mengikut peratus calon lulus dan
gagal dan jumlah calon berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010.
Minat pelajar kepada subjek berbentuk naratif dan literasi klasik semakin berkurang.
Fenomena ini berlaku apabila bermula pelaksanaan dasar 60:40 dan implimentasi secara
menyeluruh pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada awal 2000-
an. Kekurangan calon dalam subjek ini juga berpunca daripada kurang minat pelajar, selain
itu mereka juga berangggapan tiada jaminan dalam pasaran kerja.
Setiap tahun jumlah calon yang berdaftar dan mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu peringkat SPM dari tahun 2006 hingga 2010 semakin merosot. Seramai 40924 orang
calon SPM yang berdaftar subjek ini pada tahun 2006 dengan peratus lulus sebanyak 71.1%
manakala calon yang gagal pada tahun yang sama sebanyak 28.9%.
Jumlah keseluruhan calon yang berdaftar pada tahun 2007 menurun sebanyak 2243
orang berbanding tahun sebelumnya membuktikan kebanyakan pelajar tidak minat subjek
tersebut. Peratus kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 68.1% manakala calon yang gagal pula
sebanyak 31.9%. Peratus calon gagal yang dicatatkan pada tahun ini adalah yang tertinggi
dalam tempoh 2006 hingga 2010. Peratus calon gagal pada tahun 2008 pula lebih rendah
berbanding tahun sebelumnya dan peratus lulus pada tahun 2008 pula sebanyak 70.4%
daripada jumlah keseluruhan calon yang mendaftar subjek tersebut seramai 35605 orang.
Pada tahun 2009, bilangan calon daftar SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu
menurun sebanyak 4.85% berbanding tahun 2008. Peratus calon gagal pada tahun 2009
sebanyak 24% berbanding 76% yang lulus, manakala pada tahun 2010 peratus kelulusan
calon yang mengambil subjek ini sebanyak 79.4% berbanding 20.6% yang gagal pada
tempoh yang dinyatakan. Jumlah keseluruhan calon mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu pada tahun 2010 juga merosot seramai 2969 orang berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun peratusan calon lulus mencatatkan peningkatan dari segi angka, namun
pada hakikatnya jumlah calon mengalami penurunan antara 1500 orang hingga 3000 orang
dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam tempoh subjek ini terus dipinggirkan, masih terdapat
beberapa pensyarak IPTA yang mengharapkan kerajaan membina pelan tinndakan
komprehensif untuk menambat minat pelajar dalam subjek tersebut
(Sumber: dipetik daripada Buletin Pendidikan, UKM 2011)

SULIT*
SULIT*

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
7. Peningkatan harga barangan keperluan asasi telah menimbulkan pelbagai kesan negatif
kepada rakyat sejak kebelakangan ini. Justeru itu, kerajaan perlu mengambil langkah-
langkah tertentu untuk mengatasinya. Bincangkan.
8. Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai utama dalam prinsip kelima Rukun
Negara. Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan diperlukan dalam usaha memupuk nilai
tersebut dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.

SOALAN TAMAT

SULIT*
SULIT*

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN


STPM PENGGAL 2 2019
SMK DURIAN DAUN MELAKA
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan
1. Senaraikan tiga langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan sejahtera menjelang tahun 2020. [3m]
a) Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara
b) Membina ekonomi berasaskan pengetahuan
c) Meningkatkan sumber daya manusia
d) Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara
e) Mencipta bidang-bidang pertumbuhan yang baru
f) Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi yang rumit terutamanya
dalam bidang pelaburan agar menjadi lebih baik dan cepat
g) Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
h) Mewujudkan kestabilan politik, eonomi dan sosial

2. Jelaskan dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan Sogoshosha
Malaysia. [4m]
a) melalui galakan kredit yang diberikan kepada syarikat tempatan yg menghadapi masalah
kewangan untuk melaksanakan kegiatan eksport di luar negara
b) melalui galakan cukai iaitu elaun galakan eksport dan lain-lain pengecualian cukai di
bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976
c) melalui lain-lain galakan serta khidmat sokongan seperti penglibatan Pejabat Perusahaan \
Perdagangan Malaysia di luar negara dan sebagainya

3. Huraikan dua rasional kerajaan memperkenalkan konsep Sukan Untuk Semua di negara
kita [4m]
a) Perpaduan rakyat semakin rapuh pada hari ini
b) Taraf kesihatan rakyat Malaysia semakin merosot sejak kebelakangan ini
c) Masalah gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan golongan remaja kita
d) Jati diri rakyat Malaysia semakin terhakis dewasa ini

4. Nyatakan empat objektif penggubalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam. [4m]


a) untuk membentul sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap, amanah, dedikasi,
berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil
b) untuk menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah, menyeleweng
dan menyalahgnakan kuasa
c) untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah
d) untuk melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi

SULIT*
SULIT*

Bahagian B [20 markah]


Jawab satu soalan sahaja

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dari tahun
2013 hingga tahun 2016.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara


sepanjang tahun 2013 hingga tahun 2016. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus
pada tahun 2013 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun
20015 berbanding tahun 2014 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2016, jumlah
perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh
4 tahun berkenaan. Pada tahun 2013, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat
kepada RM20 842 juta pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 yang berjumlah RM17 443
juta. Manakala pada tahun 2016 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada


pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola
menurun. Pada tahun 2013, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun
sebanyak RM276 juta pada tahun 2014 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2015. Pada
tahun 2016, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun
berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada
tahun 2013, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini terus
meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2015 dan menurun semula kepada RM9 368 juta
pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan


peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2014, perbelanjaan adalah
sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2013 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan
meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2015 dan terus meningkat sebanyak RM3 512
juta pada tahun 2016.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi
daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2014, perbelanjaan sebanyak RM18 766
juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2013. Jumlah ini terus meningkat kepada
RM19 885 juta pada tahun 2015, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun
2016.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2017)

SULIT*
SULIT*

MALAYSIA: PERUBAHAN JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN


PERSEKUTUAN DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2016

2007 Nilai 2008 Nilai 2009 Nilai 2010 Nilai


Tahun Tokok Tokok Tokok Tokok
(RM (RM (RM (RM
juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM
Juta) Juta) Juta) Juta)
Perbelanjaan
Mengurus

Emolumen 15 557 15 557 17 443 17 443 20 842 20 842 19 727 19 727

Pencen 6 987 22 544 6 711 24 154 6 534 27 376 6 408 26 135

Khidmat 9 555 32 099 10 134 34 288 10 169 37 545 9 368 35 503


hutang

Bekalan dan 7 360 39 459 10 703 44 991 11 269 48 814 14 781 50 284
perkhidmatan

Lain-lain 17 088 56 547 18 766 63 757 19 885 68 699 22 951 73 235

JUMLAH 56 547 63 757 68 699 73 235

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2017)

Nota:
1. Graf Garis Komponen 20m

SULIT*
SULIT*

6. Berdasarkan kepada maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkann
prestasi calon SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu mengikut peratus calon lulus dan
gagal dan jumlah calon berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010.
Minat pelajar kepada subjek berbentuk naratif dan literasi klasik semakin berkurang.
Fenomena ini berlaku apabila bermula pelaksanaan dasar 60:40 dan implimentasi secara
menyeluruh pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada awal 2000-
an. Kekurangan calon dalam subjek ini juga berpunca daripada kurang minat pelajar, selain
itu mereka juga berangggapan tiada jaminan dalam pasaran kerja.
Setiap tahun jumlah calon yang berdaftar dan mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu peringkat SPM dari tahun 2006 hingga 2010 semakin merosot. Seramai 40924 orang
calon SPM yang berdaftar subjek ini pada tahun 2006 dengan peratus lulus sebanyak 71.1%
manakala calon yang gagal pada tahun yang sama sebanyak 28.9%.
Jumlah keseluruhan calon yang berdaftar pada tahun 2007 menurun sebanyak 2243
orang berbanding tahun sebelumnya membuktikan kebanyakan pelajar tidak minat subjek
tersebut. Peratus kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 68.1% manakala calon yang gagal pula
sebanyak 31.9%. Peratus calon gagal yang dicatatkan pada tahun ini adalah yang tertinggi
dalam tempoh 2006 hingga 2010. Peratus calon gagal pada tahun 2008 pula lebih rendah
berbanding tahun sebelumnya dan peratus lulus pada tahun 2008 pula sebanyak 70.4%
daripada jumlah keseluruhan calon yang mendaftar subjek tersebut seramai 35605 orang.
Pada tahun 2009, bilangan calon daftar SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu
menurun sebanyak 4.85% berbanding tahun 2008. Peratus calon gagal pada tahun 2009
sebanyak 24% berbanding 76% yang lulus, manakala pada tahun 2010 peratus kelulusan
calon yang mengambil subjek ini sebanyak 79.4% berbanding 20.6% yang gagal pada
tempoh yang dinyatakan. Jumlah keseluruhan calon mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu pada tahun juga merosot seramai 2969 orang berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun peratusan calon lulus mencatatkan peningkatan dari segi angka, namun
pada hakikatnya jumlah calon mengalami penurunan antara 1500 orang hingga 3000 orang
dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam tempoh subjek ini terus dipinggirkan, masih terdapat
beberapa pensyarak IPTA yang mengharapkan kerajaan membina pelan tinndakan
komprehensif untuk menambat minat pelajar dalam subjek tersebut
(Sumber: dipetik daripada Buletin Pendidikan, UKM 2011)
MALAYSIA : PRESTASI CALON SPM DALAM SUBJEK KESUSASTERAAN
MELAYU MENGIKUT PERATUS CALON LULUS DAN GAGAL DAN JUMLAH
CALON BERDAFTAR PADA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2010
Tahun Peratusan Calon Lulus Gagal (%)
Prestasi Calon 2006 2007 2008 2009 2010
Lulus 71.1 68.1 70.4 76.0 79.4
Gagal 28.9 31.9 29.6 24.0 20.6

SULIT*
SULIT*

Jumlah Calon Berdaftar (orang) 40,924 38,681 35605 33879 30910


/33878 /30909
JAWAPAN : GRAF GABUNGAN (Bar Kompaun & Garis)

Bahagian C [25 markah]

7. Peningkatan harga barangan keperluan asasi telah menimbulkan pelbagai kesan negatif
kepada rakyat sejak kebelakangan ini. Justeru itu, kerajaan perlu mengambil langkah-
langkah tertentu untuk mengatasinya. Bincangkan.
Pendahuluan :
Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah melahirkan rsa tidak puas hati mereka
terhadap peningkatan harga barangan keperluan asasi. Kenaikan harganya telah menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada majoriti rakyat Malaysia. Justeru itu, kerajaan perlu mencari
jalan untuk mengatasi masalah tersebut sebelum ia menjadi semakin serius.

Bil Isi/Idea Huraian


Kesan negatif kenaikan harga barangan keperluan asasi
1 Peningkatan perbelanjaan  Kenaikan harga barangan keperluan asasi seperti beras,
isi rumah tepung, minyak dan gula telah menyebabkan peningkatan
perbelanjaan harian isi rumah rakyat
 Kenaikan harga barangan keperluan asasi tidak selari
dengan kenaikan gaji mereka
 Kenaikan harga barangan menambah beban rakyat
terutamanya mereka yang berkeluarga besar
2 Peningkatan kadar  Kenaikan harga barangan keperluan asasi menyebabkan
jenayah kuasa beli pengguna merosot dan taraf hidup mereka
semakin rendah
 Pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk
menampung kehidupan mereka. Ini menyebabkan mereka
melakukan jenayah sperti rasuah, penyalahgunaan kuasa
dan merompak.
3. Peningkatan hutang isi  Pengguna terpaksa berhutang bagi menampung
rumah perbelanjaan harian mereka
 Pertambahan perbelanjaan keperluan harian menyebabkan
keperluan lain seperti perbelanjaan persekolahan anak-
anak terpaksa dikurangkan
 Kenaikan harga barangan juga menyebabkan pengguna
terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli
barangan keperluan
 Ini menyebabkan hutang isi rumah terus meningkat dan
tidak kurang juga yang diisytiharkan muflis kerana tidak
mampu membayar hutang kad kredit mereka
4. Peningkatan aktiviti  Kenaikan harga barangan keperluan asasi yang berterusan
menyebabkan sesetengah peniaga yang tidak
9

SULIT*
SULIT*

menyorokkan barangan bertanggungjawab dan tamak menyorokkan barangan


keperluan asasi seperti beras, tepung dan minyak masak
 Hal ini berlaku terutamanya menjelang musim-musim
perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan
Deepavali. Pada musim-musim perayaan tersebut, para
pengguna menghadapi kesukaran untuk membeli barangan
keperluan tersebut
Usaha-usaha yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kenaikan harga
barangan keperluan asasi
5. Memperkasakan  Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
penguatkuasaan undang- dan Hal ehwal Pengguna perlu memperkasakan
undang penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras
kenaikan harga barangan keperluan asasi
 KPDNHEP perlu menambah bilangan pegawai
penguatkuasa untuk membuat pemantauan yang berterusan
sepanjang tahun supaya para peniaga tidak menaikkan
harga barang dengan sewenang-wenangnya
 Tindakanyang lebih tegas seperti denda dan penjara perlu
dikenakan ke atas para peniaga yang didapati bersalah
menaikkan harga barangan sesuka hati
 Langkah tersebut akan memberi amaran kepada para
peniaga lain supaya tidak menaikkan harga barangan
dengan sesuka hati
6. Menambahkan subsidi ke  Kerajaan juga perlu menambah subsidi ke atas barangan
atas barangan keperluan keperluan asasi seperti minyak petrol supaya kenaikan
asasi harga barangan keperluan asasi lain tidak berlaku
 Harga mnyak petrol yang tetap akan membantu
menstabilkan harga barangan keperluan asasi yang lain
 Para nelayan juga perlu ditambah subsidi diesel dan
subsidi sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram ikan yang
ditangkap oleh mereka. Ini dapat mengawal kenaikan
harga ikan agar tidak membebankan para pengguna
7 Meningkatkan kesedaran  Kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran dan
dan pendidikan pendidikan kepenggunaan untuk rakyat melalui pelbagai
kepenggunaan untuk kempen, seminar, pameran dan ceramah tentang
rakyat kepentingan amalan berjimat cermat dan berbelanja secara
berhemah
 Rakyat perlu disedarkan bahawa kenaikan harga barangan
keperluan asasi juga berpunca daripada permintaan yang
tinggi daripada pengguna sehingga barangan tersebut
kurang di pasaran
 Rakyat perlu digalakkan membuat senarai barangan yang
hendak dibeli sebelum mereka keluar membeli belah
supaya mereka hanya membeli barang yang diperlukan
sahaja.
 Rakyat juga perlu disedarkan agar tidak berbelanja
melebihi keperluan mereka
Kesimpulan

10

SULIT*
SULIT*

Kenaikan harga barangan keperluan asasi perlu dibendung dengan sebaik-baiknya agar tidak
membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
Jawapan : 3+2 / 2+3 isi/idea

8. Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai utama dalam prinsip kelima Rukun
Negara. Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan diperlukan dalam usaha memupuk nilai
tersebut dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN
Pendahuluan :
Prinsip kelima Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan menjurus kepada
pembentukan masyarakat Malaysia yang bersopan santun dan bersusila. Amalan ini
merupakan nilai yang amat penting untuk memupuk keperibadian yang baik dan menjamin
kejayaan dalam sesebuah negara.

Bil Isi/Idea Huraian


1 Peranan individu/diri  Setiap individu memainkan peranan penting untuk
sendiri mengubah dan memperbaiki perlakuan diri sendiri.
 Usaha individu untuk melakukan amalan yang baik,
bersopan santun dan bersusila amat penting untuk
menjadikan diri sendiri agar diterima dengan baik
oleh anggota masyarakat yang lain.
2 Peranan rakan sebaya  Rakan sebaya membawa pengaruh yang penting
dalam mengubah seseorang individu.
 Jika rakan sebaya mempunyai nilai bersopan santun
dan bersusila, mereka dapat membentuk sekumpulan
individu lain agar berakhlak dan bersusila.
3. Peranan institusi  Peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-
kekeluargaan anak agar lebih bersopan santun dan bersusila dalam
perlakuan dan pergaulan mereka.
 Didikan keluarga bermula sejak anak-anak lahir
sehinggalah mereka menginjak dewasa.
 Didikan keluarga yang baik akan membentuk sikap
anak-anak yang bersopan santun dan mempunyai
tingkah laku yang baik dalam perbuatan mahupun
pertuturan mereka.
4. Peranan jiran tetangga  Jiran tetangga turut memainkan peranan penting
dalam menunjukkan tingkah laku yang bersopan
santun dan bersusila.
 Amalan yang baik seperti bertegur sapa dengan ramah
dan berhemah serta saling menolong apabila orang
lain dalam kesusahan dapat menjalinkan hubungan
11

SULIT*
SULIT*

yang baik antara jiran.


 Oleh itu, dengan amalan bersopan santun dan
bersusila dapat menjalinkan semangat kejiranan yang
teguh sehingga mewujudkan perasaan saling
mempercayai sesama jiran.
5. Peranan institusi agama  Setiap rakyat Malaysia mempunyai pegangan agama
dan kepercayaan masing-masing.
 Meskipun agama Islam adalah agama rasmi
Persekutuan tetapi agama lain boleh terus diamalkan.
 Ajaran agama melalui rumah ibadat masing-masing
menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan para
penganutnya.
6. Peranan agensi swasta dan  Pihak swasta turut memainkan peranan penting dalam
pertubuhan bukan kerajaan membentuk sikap anak-anak yang bersopan santun
dan bersusila.
 Pertubuhan seperti Rakan Muda, pertubuhan Belia
mahupun persatuan lain perlu menganjurkan aktiviti
yang berfaedah seperti kem motivasi.
 Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan perlu menjurus
kepada pembentukan tingkah laku yang bersopan
santun dan bersusila dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kesimpulan
Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan amalan yang mulia dan perlu diamalkan
dalam kehidupan seharian kita. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing
untuk memupuk amalan murni ini.
Jawapan : Mana-mana 5 isi/idea

SOALAN TAMAT

12

SULIT*

You might also like