You are on page 1of 55

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP


TAJUK
PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DI TAMAN
PAYA BAKAU SERI MANJUNG, PERAK

NAMA CALON XXXXXXXXXXXXXXX

NOMBOR
94XXXX-XX-XXX
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN SX XXXX/XXXX

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN A


ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON JALAN XXXX

00000 XXXXXXX

NAMA GURU/PENILAI ENCIK/PUAN/CIK XXXXXXXXXXXXXX

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH 00 XXXXXXXX 2013

MARKAH XX / 55

11
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon
boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati
menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan
kerja kursus PENGAJIAN AM 900/4 tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali
penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran PENGAJIAN
AM 900/4 di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan
calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran .........................................
(untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus PENGAJIAN AM 900/4 telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...............................

Aktiviti dalam Penghasilan


Kerja Kursus Tandatangan Tandatangan
Tarikh Ulasan Guru
Guru calon
(diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Pengajian Am
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2013 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .....................................
Nama Guru: ................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus (kerja projek).
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: ………………………………….. Angka Giliran: ………………....................


No. Kad Pengenalan: …………………………………….

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)


Markah Markah Markah
Kriteria Penilaian
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
A. Penulisan
1. Sinopsis 2
2. Kandungan (butiran dan muka surat) -
3. Penghargaan -
4. Pengenalan 2
5. Objektif Kajian 2
6. Lokasi Kajian 2
7. Kaedah Kajian 5
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15
9. Rumusan dan Kesimpulan 3
10. Bibliografi/Rujukan 2
11. Lampiran (jika perlu) 
B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan 4
2. Kreativiti Persembahan 3
3. Keterampilan 2
4. Soal jawab 8
C. Impak Keseluruhan 5
Jumlah Markah 55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……….……............ Tandatangan Penyelaras: ..........................................


Nama:........................................................................
Nama:........................................................................

No. Kad Pengenalan: ............................................... No. Kad Pengenalan: ...............................................

Tarikh: ...................................... Tarikh: ......................................

No. Telefon (sekolah): ............................................ No. Telefon (sekolah): ............................................


No. Telefon (bimbit): ...........................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian
e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

TAJUK : PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN


EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG, PERAK

ABSTRAK
Alam sekitar adalah pemacu utama ekopelancongan. Kajian ini bertujuan melihat
persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan yang dijalankan di kawasan
kajian. Tumpuan kajian adalah melihat tangungjawab masyarakat dalam membantu
membangunkan kawasan ekopelancongan iaitu persepsi penduduk terhadap kemudahan
dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkepentingan. Kajian ini juga melihat
persepsi penduduk mengenai impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi,
alam sekitar dan sosial. Taman Paya Bakau Seri Manjung, Perak dipilih sebagai kawasan
kajian kerana lokasinya yang strategik yang mampu menarik pelancong yang sukakan
aktiviti ekopelancongan sambil menghayati keindahan alam sekitar. Soal selidik
mengenai persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan digunakan. Data
telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat
taburan kekerapan, peratusan dan purata. Keputusan analisis menunjukkan masih kurang
penglibatan komuniti di Taman Paya Bakau ini menyebabkan peluang ekonomi kepada
penduduk masih tidak meluas. Secara sosialnya, penduduk tempatan semakin
berkembang dengan adanya pelancong luar yang datang. Cadangan yang dikemukakan
antaranya adalah tambahan beberapa kemudahan dan infrastruktur untuk menjadikan
Taman Paya Bakau salah satu destinasi ekopelancongan yang menjadi tumpuan ramai.

Yang mesti ada dalam abstrak

i. Tajuk
ii. Objektif kajian
iii. Lokasi kajian
iv. Metodologi kajian /kaedah yg digunakan
v. Responden
vi. Kaedah penganalisisan kajian
vii. Dapatan kajian berdasarkan obj
viii. Rumusan atau kesimpulan
KANDUNGAN
Halaman

ABSTRAK i
KANDUNGAN ii
SENARAI PETA 8
SENARAI RAJAH 8
SENARAI FOTO 8
PENGHARGAAN 9
1.0 PENGENALAN 10  11
1.1 OBJEKTIF KAJIAN 12
2.0 LOKASI KAJIAN 12
2.1 DAERAH MANJUNG 13  15
2.2 TAMAN PAYA BAKAU 16
2.3 EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU 16  18
2.3.1 Melihat Pokok Bakau 19  20
2.3.2 Melihat Fauna di Taman Paya Bakau 20  21
2.3.3 Memancing 21  22
2.4 KEMUDAHAN DAN INSENTIF 22  23
3.0 KAEDAH KAJIAN 23
3.1 PERSAMPELAN 23  24
3.2 PENGUMPULAN DATA 24
3.2.1 Data Sekunder 24
3.2.2 Data Primer 24  25
3.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA 25
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 26
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 26
4.1.1 Umur 27
4.1.2 Jantina 28
4.1.3 Pekerjaan 29
4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK
PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN 29
4.2.1 Impak Ekonomi 29  32
4.2.2 Impak Sosial 32  34
4.2.3 Impak Alam Sekitar 34  35
5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 35  39

RUJUKAN 40

LAMPIRAN 41  44
Borang soal selidik

Bahagian ini akan ckgu bagi bila kerja kamu dah siap
SENARAI PETA

No Peta Halaman

1 Peta Daerah Manjung 15

2 Peta Taman Paya Bakau 16

SENARAI RAJAH

No Rajah Halaman

1 Umur 27

2 Jantina 28

3 Pekerjaan 29

SENARAI FOTO

No Foto Halaman

2 Taman Paya Bakau 18

3 Pintu Masuk Taman Paya Bakau 18

4 Keindahan Taman Paya Bakau 20

5 Monyet di Taman Paya Bakau 21

6 Fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau 21

7 Kerusi rehat 22

8 Laluan pejalan kaki, lampu jalan dan tong sampah 23


PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu
XXXXXXXXXXX selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk
memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan keerja kursus ini. Teguran
dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah
XXXXXXXXXXX yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abah tercinta
iaitu Encik XXXXXXX dan Puan XXXXXXX kerana banyak membantu dan tidak jemu
memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan.
Tidak lupa juga buat adik-adik yang dikasihi, XXXXXXX dan XXXXXXX, terima
kasih kerana memberikan semangat.
Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, XXXXX, XXXXX,
XXXXX, XXXXXX dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam XXXXXX,
terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.
Sekian, Terima Kasih kepada semua.

Nor Amina binti Miskari


SB3009/1067
6 PUM / 2014
SMK Bandar Tun Hussein Onn 2
Cheras Selangor
1.0 PENGENALAN

Pelancongan di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Pelancongan


mempunyai kompenen yang saling melengkapi iaitu daripada unsur kehidupan komuniti,
budaya masyarakat, proses pembangunan, impak pembangunan, warisan dan alam
sekitar (Yahaya Ibrahim et al 2008). Ekopelancongan berasal dari perkataan Bahasa
Inggeris, ecotourism, umumnya berkisar kepada pengembaraan alam sekitar yang
bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ia
seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus
menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.
Secara perinciannya ekopelancongan boleh diringkaskan kepada aktiviti-aktiviti
yang membawa pelancong lebih dekat kepada alam semulajadi, iaitu mereka boleh
mengambil bahagian, menghayati alam sekitar, mempelajari, melawat dan menemui
sesuatu yang baru yang berasaskan alam semula jadi yang kebiasaannya menyelitkan
bersama program-program aktiviti gaya kehidupan masyarakat luar bandar, seni, budaya
dan warisan masyarakat setempat. Ekopelancongan menyediakan peluang kepada
pelancong untuk merasakan sendiri aktiviti ekopelancongan secara langsung, pelancong
boleh mengambil bahagian dalam aktiviti rutin yang dilakukan oleh penduduk tempatan
yang memberi faedah kepada komuniti tempatan.
Pelancongan di daerah Manjung semakin giat berkembang selaras dengan
peredaran masa. Industri pelancongan memainkan peranan yang sangat penting di
Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalam
menjayakan industri pelancongan. Promosi pelancongan seperti tahun Melawat Malaysia
dan melawat negeri masing-masing telah diperkenalkan. Pihak berkepentingan
memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekopelancongan. Untuk
menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur ke dalam industri pelancongan, pihak
berkepentingan harus memainkan peranan masing-masing seperti menyediakan
kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang baik. (Rasional kajian) Justeru,
dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat peranan pihak berkepentingan dalam
membangunkan ekopelancongan di daerah Manjung. Apakah infrastruktur dan
kemudahan yang ditawarkan untuk kemudahan penduduk dan pelancong tempatan
mahupun pelancongan antarabangsa yang sukakan aktiviti ekopelancongan.
Pembangunan ekopelancongan akan memberikan impak kepada ekonomi, alam
sekitar dan sosial masyarakat tempatan. Industri ini memainkan peranan yang penting
dalam ekonomi penduduk tempatan, dimana ianya membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk. apabila pelancongan semakin membangun, nilai hartanah juga turut
meningkat. Justeru itu, timbullah persoalan mengenai impak pembangunan
ekopelancongan kepada ekonomi penduduk tempatan sama ada ianya akan
meningkatkan taraf hidup rakyat mahupun sebaliknya.
Adakah ekopelancongan yang dibangunkan akan memberikan impak yang tinggi
terhadap alam sekitar jika pembangunan giat dijalankan. Timbul persoalan berkaitan isu
ini kerana ekopelancongan adalah pelancongan yang berasaskan alam sekitar, justeru itu
perlulah mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Dalam jangka panjang aktiviti
pelancongan, aktiviti-aktiviti yang lain akan menyumbangkan kepada kemusnahan dan
kerosakan alam sekitar menurut. Oleh itu, adakah impak kepada alam sekitar ini akan
menggangu kehidupan seharian masyarakat setempat.
Sosial masyarakat tempatan akan berubah dengan adanya pembangunan
pelancongan. Sama ada ianya memberikan impak yang positif mahupun negatif. Sosial
adalah penting untuk masyarakat berinteraksi dengan pelancong yang datang. Oleh yang
demikian, impak sosial ini perlu dilihat sejajar dengan pembangunan ekopelancongan
agar tidak merosakkan nama masyarakat setempat.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

2.1 Mengenal pasti persepsi penduduk di mana? (lokasi kajian) terhadap


ekopelancongan ke atas ekonomi, sosial dan alam sekitar.
2.2 Mengkaji persepsi penduduk tempatan di mana? (lokasi kajian) terhadap
impak pembangunan ekopelancongan.
3.0 LOKASI KAJIAN (tidak perlu panjang lebar cukup sekadar berikan peta
yang jelas dan tepat terus menjurus kepada lokasi bersama gambar2 yg ada
menunjukkan lokasi dan nama tempat yg kamu pilih contoh nama kedai atau
dewan org ramai yg dibuat majlis atau sebagainya yg berkaitan dan sedikit cerita
yg menarik mengenai lokasi kajian)

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan ekopelancongan yang terdapat di Seri
Manjung iaitu Taman Paya Bakau, Seri Manjung Perak. Taman Paya Bakau ini terletak
diantara jalan Ipoh-Lumut, lebih kurang sepuluh minit perjalanan ke Bandar Lumut,
sepuluh minit ke Bandar Seri Manjung dan sepuluh minit ke kawasan perkelahan Teluk
Batik, Lumut Perak. Taman Paya Bakau Seri Manjung ini telah dipilih berdasarkan
definisi ekopelancongan yang telah dikenal pasti.
Negeri Perak adalah negeri yang bertuah kerana mempunyai pelbagai tempat
tarikan pelancongan khasnya ekopelancongan. Terdapat sepuluh ikon pelancongan di
negeri Perak (Suliati Asri 2012), antaranya adalah Taman Negeri Royal Belum, Hutan
Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Negeri Perak, Sungai Klah Hot
Spring, Pulau Orang Utan yang terletak di Bukit Merah Laketown Resort, Zoo Taiping
dan Night Safari, Ipoh- The Limestone Wonder, Lumut dan Pulau Pangkor dan yang
terakhir adalah Kuala Kangsar Bandar Diraja.
Daripada sepuluh ikon pelancongan tersebut, terdapat beberapa daripadanya
adalah kawasan ekopelancongan. Hal ini menunjukkan negeri Perak kaya dengan lokasi
tarikan ekopelancongan. Antara lokasi yang menjadi tarikan pelancong terhadap
ekopelancongan adalah Taman Paya Bakau Matang, Pulau Pangkor, Taman Negeri
Royal Belum, Zoo Taiping dan Night Safari, Santuari Burung Kuala Gula dan
sebagainya.

3.1 DAERAH MANJUNG

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dinding.
Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu
daerah ini berada di bawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dinding telah menjadi
sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh
pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini
ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari dua peristiwa utama
iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan
Sultan Jaafar dan peperangan di antara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk
merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.
Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen
British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dinding kepada British, Perlantikan
Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail
diturunkan dari takhta Perak.
Menurut catatan sejarah, Daerah Dinding atau Jajahan Dinding merupakan
sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat
menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak
telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.
Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada
Iskandar District. Tanah Merah iaitu Lumut pula ditukar namanya kepada Port Iskandar.
Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja
Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid
Al-Adli telah melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada
Kerajaan Perak.
Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan
utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walau
bagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu
ialah Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings
dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun
berkenaan iaitu pada tahun 1937. Alasan utama baginda ialah Perak tidak mempunyai
kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah
menyatukan jajahan berkenaan dengan Beruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai
bahagian selatan.
Daerah Dinding dikenali sehingga tahun 1980 an. Pada 1 Januari 1982, jajahan
yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah
Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan
Sitiawan dan nama Daerah Manjung berkekalan sehingga kini.
Daerah Manjung merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Negeri Perak
Darul Ridzuan (Peta 1). Ia bersempadan dengan Daerah Larut Matang dan Selama dan
Daerah Kuala Kangsar di sebelah utara, bersempadan dengan Daerah Hilir Perak di
sebelah selatan dan bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah barat. Jarak dari Ipoh
ke Lumut ialah 80 kilometer, dari Kuala Lumpur 200 kilometer dan Pulau Pinang 180
kilometer. Daerah Manjung mempunyai keluasan seluas 1168.9 kilometer persegi. . Luas
Daerah Manjung adalah 116,800 hektar (1,168.0 kilometer persegi) dan terbahagi kepada
lima mukim, iaitu:-

i. Sitiawan (33,150 hektar / 331.5 kilometer persegi).


ii. Pengkalan Baharu (25,640 hektar / 256.4 kilometer persegi).
iii. Lumut (25,120 hektar /251.2 kilometer persegi).
iv. Beruas (19,160 hektar / 191.6 kilometer persegi).
v. Lekir (13,730 hektar / 137.3 kilometer persegi).

Manakala, luas selebihnya adalah melibatkan kawasan Pengkalan TLDM iaitu


sebanyak 17.5 km/persegi (1.49 peratus) , tanah simpanan melayu seluas 41,021 hektar
(35.12 peratus) dan tanah simpanan hutan seluas 6,276 hektar (5.37peratus). Daerah
Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau
Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam
dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor
pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.

Peta 1 Peta Daerah Manjung


Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung
94XXXX-XX-XXXX

3.2 TAMAN PAYA BAKAU

Taman paya bakau terletak di Seri Manjung Perak. Lokasinya terletak di antara
jalan Ipoh-Lumut, lebih kurang sepuluh minit perjalanan dari bandar Lumut (Peta 2).
Taman Paya Bakau ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum
pada bulan Januari tahun 1995. Terdapat laluan pejalan kaki sejauh 366 meter dan
selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau ini. Taman paya bakau ini telah
diselenggara dan diubah suai pada tahun 2005. Terdapat beberapa papan tanda yang
menceritakan mengenai paya bakau, spesis bakau dan pihak berkuasa tempatan juga
turut menyediakan pondok rehat, kerusi rehat, lampu jalan, kemudahn meletak kenderaan
untuk kemudahan para pelancong.

Peta 2 Peta Taman Paya Bakau


Sumber: http://maps.google.com

3.3 EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU

Menurut Er Ah Choy (2001), ekopelancongan adalah merupakan sektor yang


kurang memusnahkan alam sekitar. Ekopelancongan juga dapat mengurangkan kesan-
kesan negatif terhadap alam sekitar melalui tumpuan kepada pembangunan yang
berimpak rendah, bilangan pelancong yang terkawal dan pemuliharaan flora dan fauna.
94XXXX-XX-XXXX

Taman Paya Bakau juga dikenali sebagai taman monyet oleh penduduk tempatan
(Joriah Rade 2012). Taman paya bakau ini adalah satu-satunya taman paya bakau yang
terdapat di Daerah Manjung yang di bangunkan untuk dijadikan kawasan pelancongan.
Taman paya bakau ini kaya dengan khazanah alam semula jadi yang terdapat pelbagai
spesis flora dan fauna yang boleh dilihat oleh pengunjung yang datang ke sini (Foto 2).
Aktiviti ekopelancongan yang paling utama pengunjung lakukan adalah melihat
sendiri paya bakau dengan lebih dekat. Dari hadapan pintu masuk Taman Paya Bakau
lagi pengunjung boleh melihat pokok bakau ini (Foto 3). Hutan paya bakau memainkan
peranan yang penting kepada sistem ekologi, dimana iainya bertindak sebagai pemecah
ombak yang semula jadi, berupaya mengawal hakisan pantai dengan mencengkam tanah
dihabitatnya serta paya bakau ini berupaya mengelak kemusnahan akibat tindakan ribut
yang kuat (Rosniza 2011). Oleh yang demikian, pengunjung akan lebih menghargai alam
sekitar apabila mereka melihat dan memahami kepentingan paya bakau ini kepada alam
sekitar dan manusia.
Taman paya bakau adalah salah satu kawasan ekopelancongan yang mempunyai
kedatangan pelancong yang sukakan popular ecotourism. Menurut Azima Abd Manaf et
al 2010, popular ecotourism adalah pelancong yang berkecenderungan menggunakan
pengangkutan yang banyak seperti bot-bot dan bas yang lebih besar. pelancong jenis ini
adalah melibatkan semua jenis umur dan keupayaan fizikal kerana mereka lebih suka
menggunakan perkhidmatan sokongan seperti kemudahan berjalan kaki untuk aktiviti
bersiar-siar, kemudahan makan dan minum dan pusat pelancongan. Oleh yang demikian,
ciri-ciri ini menunjukkan Taman Paya Bakau ini berpotensi menjadi kawasan popular
ecotourism. Hal ini kerana pihak berkepentingan tempatan telah menyediakan laluan
untuk pejalan kaki yang sukakan aktiviti yang melibatkan alam sekitar.
94XXXX-XX-XXXX

Foto 2 Taman Paya Bakau


Sumber: Kajian Lapangan (Tahun)

Foto 3 Pintu Masuk Taman Paya Bakau


Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)
94XXXX-XX-XXXX

3.3.1 Melihat Pokok Bakau

Aktiviti ekopelancongan yang boleh pengunjung lakukan adalah melihat


keindahan Taman Paya Bakau yang menghijau (Foto 4) . Pokok-pokok bakau dikekalkan
untuk tatapan kunjungan para pelancong yang sukakan alam sekitar. Kebanyakkan
pokok pokok bakau di sini merupakan spesis Rhizophora. Tumbuhan paya bakau ini
adalah spesis yang tahan kepada keadaan persekitaran yang berair masin dan berlumpur.
Kawasan paya bakau ini memberi perlindungan dan sumber makanan secara langsung
atau tidak kepada pelbagai komuniti hidupan seperti burung, organisma marin, ikan,
siput dan pelbagai jenis haiwan yang lain.
Pengunjung yang datang ke Taman Paya Bakau ini akan berasa teruja dengan
keindahan alam sekitarnya yang masih segar. Pengunjung akan merasai sendiri udara
yang segar apabila berada di dalam kawasan Taman Paya Bakau ini. Kawasan hutan
paya bakau mempunyai beberapa kepentingan kepada manusia, antaranya adalah
melindungi tanah persisiran pantai daripada terhakis. Selain itu paya bakau ini juga
berperanan sebagai mengitar nutrient, mengalih buangan toksik, membekalkan kayu
bakar, arang dan kayu untuk pembangunan seperti pembuatan perabot dan lain-lain lagi.
Pokok bakau juga menjadi habitat untuk pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan dan
pokok bakau ini juga berfungsi untuk mengawal banjir. Oleh yang demikian, apabila
pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat pokok bakau dengan lebih dekat,
mereka akan lebih menghargai kepentingan alam sekitar.
Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang
366 meter untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan Taman Paya Bakau ini.
Pokok bakau mempunyai pelbagai spesis seperti Avicennia (Api-Api), Sonneratia dan
Rhizophora (Bakau), tetapi secara amnya spesis bakau ini mempunyai ciri-ciri yang
serupa seperti akar pernafasan dan tagiat percambahan biji secara vivapari.
94XXXX-XX-XXXX

Foto 4 Keindahan Taman Paya Bakau


Sumber: Kajian Lapangan (Tahun)

3.3.2 Melihat Fauna di Taman Paya Bakau

Pelbagai spesis fauna yang boleh kita lihat apabila berada di Taman Paya Bakau
yang terletak di Seri Manjung ini. Taman Paya Bakau disini sinonim dengan nama
panggilannya iaitu Taman Monyet. Pengunjung yang sukakan haiwan ini boleh memberi
makanan kepada monyet-monyet ini ketika berada di Taman Paya Bakau. Tidak hairan
jika dari pintu masuk lagi monyet-monyet ini sudah tunggu untuk mendapatkan makanan
(Foto 5). Bagi pengunjung yang takut sedikit dengan haiwan ini, mereka boleh berjalan
dalam kumpulan yang agak besar atau tidak membawa sebarang makanan atau plastik.
Monyet suka akan pengunjung yang membawa makanan.
94XXXX-XX-XXXX

Foto 5 Monyet di Taman Paya Bakau


Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)

Selain itu, pengunjung juga akan turut melihat beberapa spesis burung yang
datang ke Taman Paya Bakau. Antaranya adalah seperti spesis burung kingfisher. Burung
kingfisher atau dikenali sebagai Burung Raja Udang. Burung ini gemar memakan ikan
yang terdapat di sekitar paya bakau ini. Selain daripada burung, haiwan seperti biawak,
ikan tembakul, ketam dan pelbagai jenis siput boleh dilihat di sekitar Taman Paya bakau
ini. Foto 6 menunjukkan Burung Raja Udang dan biawak yang terdapat di taman ini.

Foto 6 Fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau


Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)

3.3.3 Memancing

Pihak berkuasa tempatan juga turut menyediakan dua pondok di hujung laluan
pejalan kaki untuk kemudahan beristirehat dan memancing. Bagi pengunjung yang
gemar memancing, mereka boleh membawa peralatan memancing tersebut daripada
rumah. Sambil menunggu ikan yang di pancing, pengunjung boleh melihat keindahan
94XXXX-XX-XXXX

Taman Paya Bakau dan melihat Bukit Engku Busu yang boleh nampak daripada pondok
istirehat tersebut.

3.4 KEMUDAHAN DAN INSENTIF

Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan beberapa kemudahan awam


untuk para pelancong menggunakannya. Antaranya adalah laluan pejalan kaki sejauh 366
meter, kerusi rehat untuk para pengunjung yang ingin berehat seketika sambil melihat
paya bakau dan hidupan yang lain seperti monyet, burung dan ketam. Selain itu juga,
terdapat dua pondok rehat yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung, dimana
pondok ini boleh digunakan sebagai tempat untuk beristirehat dan memancing bagi
pengunjung yang gemar memancing. Kerusi rehat turut disediakan untuk kemudahan
pengunjung (Foto 7). Lampu disepanjang laluan pejalan kaki turut disediakan oleh pihak
berkuasa tempatan untuk pengunjung yang ingin merasa suasana malam di Taman Paya
Bakau ini. Tong sampah disediakan untuk kemudahan pelancong membuang sampah
(Foto 8). Tempat letak kenderaan juga disediakan dihadapan pintu masuk Taman Paya
Bakau. Hal ni membolehkan pengunjung yang takut untuk turun ke Taman Paya Bakau
ini kerana banyak monyet, mereka boleh melihat daripada dalam kenderaan.

Foto 7 Kerusi rehat


Sumber: Kajian lapangan (Tahun)
94XXXX-XX-XXXX

Foto 8 Laluan pejalan kaki, lampu jalan dan tong sampah


Sumber: Kajian lapangan (Tahun)
94XXXX-XX-XXXX

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan


persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini
adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan
kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan
dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji
selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden
(Marson et.al 1998).

4.1 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan
iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 57 orang
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada
penduduk tempatan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), dimana
lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis
data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan
mereka untuk menjawab borang soal selidik.
.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah,
mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan
kajian. Hal ini adalah kerana, mereka yang merasai perbezaan sebelum pembangunan
dan selepas pembangunan. Selain itu, responden haruslah berumur 21 tahun dan keatas,
kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi
oleh sesiapa.

4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji
selidik dan pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi
penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan yang telah dijalankan di Taman Paya
Bakau Seri Manjung Perak.
94XXXX-XX-XXXX

3.2.1 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan dan Majlis Perbandaran Manjung. Data-data
penting termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah
yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Majlis
Perbandaran Manjung, laman web Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Pertanian
Daerah Manjung.

3.2.2 Data Primer

Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan.
Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian
iaitu di Taman Paya Bakau, Seri Manjung Perak.

a) Borang soal selidik

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya
berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui
strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias
(Abd Rahim et al 1999). Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan
para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuai
dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar
soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga
haruslah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden. Hal
ini supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan
yang tidak benar.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional
menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-
beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem
pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk
terbuka pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan
berbagai bentuk jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan
sesuai.
94XXXX-XX-XXXX

b) Temu Bual

Teknik temu bual boleh diguna sebagai metod utama pengumpulan data,
digabung dengan metod lain atau hanya dijadikan pendekatan kajian (Robson 2011).
Bagi kajian yang mengguna reka bentuk kajian kes, temu bual adalah teknik yang baik
bagi mengumpul data (Yin 2009). Temu bual adalah teknik kajian yang boleh diterima
bagi mencari isu yang berkaitan dengan polisi maklumat (Wenger et al. dlm. Forrest
2006).
c) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual.
Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian.
Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden.

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik
yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi
dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah
dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai
persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan di Taman Paya Bakau Seri
Manjung, Perak. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka
menggunakan Skala Likert , dimana angka 5 mewakili sangat memuaskan/setuju, 4
mewakili memuaskan/setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak memuaskan/setuju
dan angka 1 mewakili sangat tidak memuaskan/setuju.

(BOLEH JUGA MENGGUNAKAN CARA INI UTK BAHAGIAN


METODOLOGI KAJIAN)
94XXXX-XX-XXXX

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bab ini akan menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan untuk
mengumpulkan data dan maklumat bagi mencapai matlamat kajian.

4.1 Kaedah Kajian

Pengkaji telah melakukan kajian menggunakan beberapa kaedah. Antaranya ialah


:

4.1.1 Pemerhatian

Sewaktu memilih tajuk pencemaran udara ini, pengkaji telah melakukan


pemerhatian bagi mencari lokasi yang sesuai. Pemerhatian yang dilakukan berdasarkan
hari-hari tertentu punca pencemaran berlaku dan kekerapannya. Ketika kajian dilakukan,
pengkaji turut melakukan pemerhatian sebagai kaedah utama kerana ingin melihat
perkembangan pencemaran udara di kawasan kajian. Dengan menggunakan kaedah ini,
pengkaji telah pergi ke kawasan perindustrian, kawasan perumahan, dan sekolah di
Taman Cheras Jaya. Hal ini membolehkan pengkaji melihat punca sebenar pencemaran
udara di situ. Tempoh masa yang diambil oleh pengkaji untuk membuat pemerhatian dari
pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang kerana pada waktu ketika itu penduduk yang
bekerja pulang ke rumah. Perkara ini juga membolehkan pengkaji melihat kenderaan-
kenderaan yang masuk ke kawasan itu yang mungkin menjadi punca pencemaran.
Pengkaji telah membuat jadual bilangan kenderaan yang masuk ke kawasan taman
tersebut supaya dapat menganalisis maklumat hasil daripada pemerhatian.

4.1.2 Soal Selidik

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan maklum


balas daripada masyarakat di kawasan berkenaan bagi mengetahui tentang tahap
pencemaran udara di situ. Pemilihan 30 sample yang dilakukan secara rawak dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada 3 bahagian; kawasan perumahan, kawasan
perindustrian, dan sekolah. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, pengkaji telah
mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk, pekerja kilang, dan pelajar sekolah
94XXXX-XX-XXXX

sebanyak 30 set. Kajian ini hanya tertumpu kepada masyarakat di Taman Cheras Jaya.
Oleh itu, pengkaji akan memastikan semua responden yang mengisi borang soal selidik
ialah penduduk di kawasan tersebut.

Borang yang disediakan mempunyai tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B,


dan bahagian C. Bahagian A mengenai latar belakang responden seperti jantina, umur,
bangsa, pekerjaan, dan tempoh menetap. Bahagian B dan C pula merujuk kepada objektif
kajian dan ianya mempunyai 4 soalan berkenaan dengan tahap pencemaran udara di
kawasan itu, punca, dan kesan serta tanda-tanda penyakit yang mungkin dihidapi
masyarakat di Taman Cheras Jaya. Bahagian C ialah soalan yang menggunakan Skala
Guttman. Soalan tersebut adalah seperti berikut:

YA TIDAK
LANGKAH Bil % Bil %
Adakah anda dan
penduduk kawasan
kediaman ini
pernah mengambil
apa-apa tindakan
untuk mengatasi
masalah
pencemaran udara
yang berlaku?

Selain itu, ialah tindakan dan cadangan responden. Hasil dapatan kajian pengkaji
banyak berpandukan borang tersebut.

4.1.3 Temu Bual

Kaedah temu bual membolehkan pengkaji memperoleh maklumat dan reaksi


responden secara menyeluruh dan terperinci. Dengan menggunakan kaedah temu bual
secara tidak formal, pengkaji telah berbual dengan seorang penduduk, seorang pekerja
kilang dan seorang pelajar sekolah di Taman Cheras Jaya. Kesemua yang ditemu bual
tidak setuju untuk mempamerkan nama mereka. Oleh itu, pengkaji akan menghormati
keputusan mereka dengan hanya menggunakan penduduk A, B, dan C untuk menyiarkan
pandangan mereka dalam dapatan kajian. Pengkaji memilih responden untuk ditemu bual
daripada golongan umur yang amat berbeza iaitu 17 tahun, 31 tahun, dan 46 tahun untuk
mendapatkan respon yang berbeza. Pengkaji telah mengambil masa kira-kira 10 minit
94XXXX-XX-XXXX

setiap seorang untuk berbual. Pengkaji hanya mencatatkan apa yang ditemu bual tanpa
menggunakan perakam suara untuk merakam perbualan tersebut.

4.1.4 Rujukan Perpustakaan

Rujukan kepada maklumat bertulis yang berbentuk fakta dan penulisan daripada
internet banyak membantu pengkaji dalam proses menyempurnakan kajian ini. Di
samping itu, pengkaji juga membuat rujukan di Perpustakaan Negara dengan mencari
artikel-artikel majalah dan surat khabar serta buku-buku rujukan. Dengan menggunakan
kaedah ini, pengkaji telah merujuk kepada laman web Wikipedia untuk mengetahui latar
belakang dan statistik bagi jumlah penduduk di Taman Cheras Jaya. Selain itu, pengkaji
juga merujuk kepada laman web Wikimapia untuk mendapatkan gambar kedudukan
Taman Cheras Jaya, Balakong untuk dijadikan lampiran lokasi kajian.

4.2 Prosedur Pengumpulan Data

Membina item soalan kajian

Mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah

Memerhatikan perkembangan pencemaran udara dan bilangan kenderaan yang keluar


masuk

Mengedar borang soal selidik kepada responden

Menemu bual dengan responden

Menganalisis data

Mentafsir data
94XXXX-XX-XXXX

Membuat rumusan kajian

Kajian yang dijalankan adalah berasaskan prosedur kajian yang telah ditetapkan
supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan
bersama pembimbing mengenai masalah yang akan dikaji. Perbincangan melibatkan
pelbagai perkara seperti mengenal pasti isu, tajuk dan objektif kajian. Seterusnya,
perbincangan juga diadakan untuk proses pengumpulan maklumat berkenaan isu yang
telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk
membuat analisis data.

4.3 Kaedah Penganalisisan Data

Pengkaji membuat analisis data daripada jadual pemerhatian dan juga borang soal
selidik untuk dijadikan bahan dapatan kajian. Maklumat yang didapati akan dianalisis
secara kuantitatif. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian manual
untuk menjadikannya dapatan kajian. Data jenis kuantitatif ini adalah berdasarkan
kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan dan peratus. Ini adalah kerana data jenis
kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrumen soal selidik untuk
mendapatkan maklumat. Dapatan kajian dihuraikan dalam bentuk statistik deskriptif
yang disusun dalam bentuk jadual, graf dan carta pai demi mendapatkan gambaran yang
lebih jelas. Maklumat daripada temu bual pula dihuraikan dalam satu perenggan dengan
hanya memetik isi utama perbualan tersebut. Hasil daripada penganalisisan dan
penemuan yang diperolehi, bersesuaian dengan objektif kajian, fakta-fakta yang
diperolehi akan dikemukakan mengikut turutan keutamaan. Perbincangan telah diadakan
untuk membuat penjelasan dan memberi idea terhadap hasil dapatan kajian. Pengkaji
dapat menyimpulkan kajian ini berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan selaras
dengan objektif yang telah ditetapkan.

4.4 Kesimpulan

Bab ini telah menghuraikan secara terperinci kaedah perlaksanaan kajian ini iaitu
melalui kaedah soal selidik, pemerhatian, temu bual dan rujukan ilmiah. Pengabungan
kaedah kuantitatif dan kualitatif dijangka dapat menghasilkan dapatan yang berkesan dan
menyeluruh.
94XXXX-XX-XXXX

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bab ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah
dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan
kekerapan dan purata.

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 57 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal
selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur,
agama, bangsa, pekerjaan, agama, status perkahwinan dan taraf pendidikan di
persembahkan dalam bentuk rajah
4.1.1 Umur

UMUR
14% 2%

20-30
16% 31-40
51% 41-50
51-60
61-70

18%

Rajah 1 Umur responden


Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 57 orang responden yang ditemubual, seramai


29 orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 21
hingga 30 tahun. Manakala responden yang berumur antara 31 hingga 40 tahun adalah
sejumlah sepuluh orang. Selebihnya adalah responden yang berumur diantara 41 hingga
50, 51 hingga 60 dan 61 hingga 70 yang masing-masing terdiri daripada Sembilan orang
responden, lapan orang responden dan seorang responden seperti dalam rajah 1.
94XXXX-XX-XXXX

Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang
berbeza-beza.

4.1.2 Jantina

JANTINA

49% lelaki
51% perempuan

Rajah 2 Jantina responden


Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 57 orang responden, seramai 29


orang (51 peratus) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya
sebanyak 28 orang (49 peratus) adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan jurang
yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat
pada rajah 4.2. Kajian ini adalah melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina
yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu
gender sahaja.
94XXXX-XX-XXXX

4.1.3 Pekerjaan

PEKERJAAN
9% 7%
4%
sendiri
18% kerajaan
33% swasta
tidak bekerja
pencen
lain-lain

30%

Rajah 3 Pekerjaan responden


Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

Kebanyakan responden adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan iatu sebanyak


19 orang (33.3 peratus), diikuti dengan pekerja swasta sebanyak 17 orang (29.8 peratus),
selebihnya adalah terdiri daripada tidak bekerja, bekerja sendiri dan pencen iaitu masing-
masing sebanyak 10 orang, empat orang dan dua orang. Selebihnya iaitu sebanyak lima
orang adalah terdiri daripada lain-lain seperti pelajar. Data yang lebih perinci dapat
dilihat dalam rajah 3.

4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK


PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN

Pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan meninggalkan impak yang positif


mahupun negatif terhadap tiga komponen utama iaitu impak dari segi ekonomi, sosial
dan alam sekitar.

4.2.1 Impak Ekonomi

Pembangunan pelancongan yang dijalankan akan memberi impak sama ada impak
negatif mahupun negatif. Terdapat tiga impak yang sering dibincangkan iaitu impak dari
segi ekonomi, alam sekitar dan sosial. Justeru itu, analisis ini akan membincangkan
94XXXX-XX-XXXX

persepsi penduduk mengenai impak yang terjadi dan bakal terjadi dengan adanya
pemesatan pembangunan ekopelancongan di Seri Manjung ini. Pelbagai persepsi
penduduk terhadap impak pembangunan ekopelancongan. Masing-masing memberikan
persepsi yang berbeza. Jadual menujukkan peratusan, min serta sisihan piawai mengenai
persepsi tersebut.
Taraf hidup semakin meningkat dengan adanya pembangunan pelancongan di
Daerah Manjung, Sebanyak 49.1 peratus iaitu 28 orang responden yang bersetuju dengan
penyataan ini. Dengan adanya pembangunan, ramai penduduk yang mengatakan bahawa
taraf hidup mereka semakin meningkat. 12 orang juga mengatakan sangat setuju bahawa
taraf hidup mereka sangat meningkat. 11 orang tidak bersetuju, 5 orang menjawab tidak
pasti dan bakinya, seorang menjawab sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah
sebanyak 3.68. Nilai ini menunjukkan purata bagi penyataan ini adalah bagi skala likert
bernombor empat iaitu setuju. Menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar
untuk ditafsirkan kerana kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap
individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Justeru itu, taraf hidup yang
ditafsirkan oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka.
Sejajar dengan pembangunan pelancongan di Daerah Manjung, nilai tanah
semakin meningkat. Seramai 30 orang responden daripada 57 orang responden yang
sangat setuju bahawa harga tanah di kawasan mereka semakin meningkat. Menurut
mereka harga rumah juga manjadi semakin mahal dan sukar untuk mampu milik jika nak
dibandingkan dengan pendapatan mereka. Manakala, 23 daripada 57 orang responden
yang bersetuju dengan penyataan ini. Hal ini menunjukkan ramai responden yang peka
mengenai isu ini. Dua orang yang tidak bersetuju dan masing-masing seorang yang
sangat tidak setuju dan tidak pasti. Purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.39.
Purata menunjukkan ramai yang bersetuju nilai tanah di bandar ini semakin meningkat.
Peluang pekerjaan yang banyak mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat
tempatan. Sebanyak 29.8 peratus responden yang menjawab tidak pasti dan setuju
mengenai peluang pekerjaan disektor pelancongan semakin bertambah, 21.1 peratus
pula mengatakan sangat setuju, 17.5 peratus tidak setuju bahawa peluang pekerjaan
bertambah dan 1.8 peratus yang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah
sebanyak 3.51. Hal ini menunjukkan min adalah mewakili skala likert bernombor empat
iaitu setuju. Hasil kajian Yahaya Ibrahim (2008) menunjukkan hasil yang sama dimana
pembangunan pelancongan yang dijalankan memberikan peluang pekerjaan kepada
komuniti tempatan.
94XXXX-XX-XXXX

Dari sudut impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, beberapa


perkara telah ditanya, antaranya adalah dari segi kadar pengangguran. Pelbagai persepsi
yang telah diberikan oleh responden terhadap soalan ini. Sebanyak 36.8 peratus iaitu 21
orang responden yang mengatakan tidak setuju kadar pengangguran semakin berkurang,
Peluang pekerjaan masih tidak meluas di Taman Paya Bakau ini. Hal ini adalah kerana
pengunjung yang datang ke Taman Paya Bakau ini bergerak sendiri bersama kelompok
pengunjung yang datang. Laluan pejalan kaki yang disediakan juga berstruktur baik,
justeru itu jarang pengunjung mendapatkan khidmat pemandu pelancong untuk ke
Taman Paya Bakau. 29.8 peratus ( 17 orang) pula mengatakan tidak pasti, 22.8 peratus
atau 13 orang menjawab setuju kadar pengangguran semakin berkurangan. Manakala,
sebanyak 7 peratus pula yang mengatakan sangat setuju dan selebihnya, sebanyak 3.5
peratus mengatakan sangat tidak setuju. Min bagi penyataan kadar pengangguran
semakin berkurangan adalah sebanyak 2.93. Jelas menunjukkan penduduk masih tidak
pasti dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan sama benar-benar membantu komunti
dari segi penawaran peluang pekerjaan. Berdasarkan pemerhatian, tidak banyak
pekerjaan yang terlibat di Taman Paya Bakau Seri Manjung ini antaranya adalah
pemandu pelancong dan juga pekerja yang membersihkan kawasan Taman Paya Bakau.
Begitu juga dengan isu mengenai harga barang semakin mahal. Seramai 31 orang
responden (54.4 peratus) yang sangat setuju bahawa harga barang semakin meningkat,
23 orang (40.4 peratus) setuju, dua orang tidak pasti, dan seorang tidak setuju.
Responden yang tidak setuju dengan penyataan harga barang semakin meningkat adalah
kerana bagi mereka, harga tersebut berpatutan dengan harga semasa. Secara puratanya,
kebanyakkan responden bersetuju bahawa harga barang semakin meningkat iaitu nilai
minnya adalah 4.47. Skala likert menunjukkan min adalah bersetuju.
Mengenai alam sekitar menjadi pemangkin sumber ekonomi mereka, hanya 31.6
peratus dan 17.5 peratus sahaja yang menjawab setuju dan sangat setuju. Rata-rata
responden tidak pasti sama ada sumber alam tersebut menjadi pemangkin kepada
ekonomi mereka. Sebanyak 40.4 peratus yang menjawab tidak pasti dan 10.5 peratus
yang menjawab tidak setuju.
Hasil analisis menunjukkan 1.8 peratus yang sangat tidak setuju dan tidak setuju
mengenai segelintir penduduk sahaja yang terlibat dengan aktiviti ekopelancongan.
Manakala, selebihnya 31.6 peratus yang tidak pasti, 36.8 peratus yang menjawab setuju
dan 28.1 peratus menjawab sangat setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.88.
Jelas menunjukkan secara puratanya, ramai di antara responden yang bersetuju bahawa
segelintir sahaja yang terlibat dengan aktiviti ekopelancongan di Seri Manjung.
94XXXX-XX-XXXX

4.2.2 Impak Sosial

Rata-rata responden yang bersetuju dan sangat setuju apabila soalan mengenai masalah
sosial semakin meningkat. Sebanyak 54.4 peratus (31 orang) dan 42.1 peratus (24 orang)
responden yang sangat setuju dan setuju bahawa masalah sosial semakin meningkat.
Hanya seorang iaitu 1.8 peratus responden sahaja yang tidak pasti dan tidak setuju
dengan penyataan ini. 4.49 adalah min bagi penyataan ini. Hal ini menunjukkan secara
puratanya, kebanyakkan responden bersetuju bahawa masalah sosial semakin meningkat.
Tanggungjawab sosial yang dijalankan adalah memuaskan. Berdasarkan
pemerhatian, banyak penambahbaikan infrastruktur yang telah dan sedang dijalankan.
Namun begitu, pelbagai persepsi penduduk mengenai isu ini. Seramai 25 orang daripada
57 orang responden yang bersetuju bahawa banyak penambahan infrastruktur telah
dilakukan. Begitu juga dengan 19 orang responden yang sangat setuju dengan penyataan
ini. Tujuh orang responden menjawab tidak pasti, empat orang tidak setuju dan dua
orang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah 3.96 iaitu mewakili skala likert
bernombor empat iaitu setuju.Tanpa kemudahan infrastruktur yang baik, proses
pembangunan ini mungkin akan terganggu kerana kemudahan infrastruktur yang baik
adalah perkara yang sering diutamakan dalam memajukan industri pelancongan (Yahaya
Ibrahim 2008).
Impak pembangunan ekopelancongan terhadap sosial dapat dilihat dalam
beberapa perkara. Antaranya adalah kadar jenayah. Sebanyak 61.4 peratus iaitu seramai
35 orang responden yang setuju kadar jenayah semakin meningkat sejajar dengan
peningkatan pembangunan di bandar ini. Begitu juga dengan 15 orang lagi yang sangat
bersetuju berkaitan isu ini. Manakala selebihnya adalah sebanyak 7.0 peratus dan 5.3
peratus tidak pasti dan tidak setuju bahawa kadar jenayah semakin meningkat.
Kebanyakkan responden menjawab setuju kerana menurut mereka kecurian semakin
menigkat di kawasan kejiranan mereka.
Impak ekopelancongan terhadap sosial penduduk mempengaruhi kehidupan
seharian mereka. Antara masalah yang timbul adalah terpengaruh dengan budaya luar
seperti pergaulan bebas, punk, black metal dan lain-lain. Hampir 91.2 peratus responden
yang setuju dan sangat setuju. Seramai 28 daripada 57 orang responden yang sangat
setuju bahawa masalah sosial ini semakin meningkat. Manakala, 24 orang yang lain pula
setuju, tiga orang tidak setuju dan dua orang pula tidak pasti mengenai isu ini. Min bagi
penyataan ini adalah 4.35 iaitu setuju. Secara puratanya responden menjawab setuju.
94XXXX-XX-XXXX

Budaya dan nilai-nilai murni dapat diterapkan di dalam diri masyarakat. Seramai
18 orang daripada 57 orang responden yang bersetuju dan 15 orang responden sangat
setuju. 12 orang responden pula menjawab tidak pasti sama ada budaya nilai murni
diterapkan dalam diri masyarakat.manakala, tujuh orang pula memberikan jawapan tidak
setuju dan bakinya lima orang menjawab sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini
adalah 3.54 iaitu mewakili skala likert bernombor empat. Oleh yang demikian, secara
puratanya ramai diantara responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Selain itu, impak berkaitan perhubungan juga ditanya dengan adanya pelancong
luar, penduduk tempatan boleh bertukar pandangan. Seramai 30 orang responden
daripada 57 orang yang bersetuju dengan penyataan ini. Ramai yang bersetuju kerana
ekopelancongan adalah sesuatu aktiviti yang berteraskan alam sekitar. Begitu juga
dengan 14 orang responden yang lain, mereka juga sangat setuju bahawa dengan adanya
pelancong dari luar mereka boleh bertukar pandangan dan pendapat. Secara puratanya
responden menjawab setuju.
Berdasarkan hasil kajian, sebanyak 50.9 peratus yang bersetuju hubungan antara
komuniti semakin baik berikutan kerjasama menjayakan ekopelancongan. Begitu juga
dengan 19.3 peratus yang lain turut sangat bersetuju dengan penyataan ini. 24.6 peratus
yang lain tidak pasti dengan keadaan ini. Selebihnya sebanyak 5.3 peratus pula tidak
bersetuju hubungan komuniti menjadi semakin baik. secara puratanya, responden
menjawab skala likert bernombor empat.
Kesan pembangunan ekopelancongan terhadap sosiol yang lain adalah dengan
adanya kedatangan pelancong yang ramai, menyebabkan kesesakan kawasan sekitar.
Pada persepsi penduduk tempatan, seramai 28 orang responden daripada 57 orang
responden yang setuju dengan penyataan ini. Begitu juga dengan 14 orang responden
yang sangat setuju dengan impak ini. Bakinya, seramai 10 orang responden yang tidak
pasti dengan isu ini dan lima orang lagi yang tidak setuju mengenai kedatangan
pelancong menyebabkan kesesakan kepada kawasan sekitar. Minnya adalah sebanyak
3.89.
Mengenai isu penguasaan Bahasa Inggeris, sebanyak 57.9 peratus penduduk yang
setuju dengan adanya kedatangan pelancong asing, mereka dapat meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris. 21.1 peratus pula sangat setuju, diikuti dengan 8.8 peratus
iaitu responden yang menjawab tidak pasti dan tidak setuju. Baki selebihnya adalah
sebanyak 3.5 peratus iaitu sebanyak 3.5 peratus yang sangat tidak setuju. Min bagi
penyataan ini adalah 3.84. Min ini mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju.
Bahasa Inggeris sangat penting di era ini kerana kebanyakkan pelancong yang datang
94XXXX-XX-XXXX

mahir berbahasa Inggeris dan menyebabkan penduduk juga perlu mempelajarinya untuk
memudahkan komunikasi.

4.2.3 Impak Alam Sekitar

Berdasarkan hasil kajian, ekopelancongan memberikan impak kepada alam sekitar.


Terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada para responden mengenai impak
pembangunan ekopelancongan terhadap alam sekitar. Mengenai masalah pencemaran
yang akan timbul dalam masa beberapa tahun akan datang, kebanyakkan responden
bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 24 orang daripada 57
orang responden yang iaitu sebanyak 42.1 peratus yang bersetuju masalah pencemaran
akan berlaku dengan adanya pembangunan pelancongan yang berterusan tanpa
mengambil kira faktor alam sekitar. Manakala sebanyak 40.4 peratus iaitu 23 orang yang
sangat bersetuju dalam masa beberapa tahun akan datang, masalah pencemaran akan
berlaku disebabkan aktiviti pelancongan yang dijalankan. 10.5 peratus, iaitu seramai
enam orang tidak pasti dengan keadaan ini, manakala 7 peratus atau empat orang yang
tidak bersetuju pencemaran akan timbul dalam sektor ekopelancongan kerana
ekopelancongan sudah menggambarkan kepentingan alam sekitar mesti dijaga semasa
proses membangunkannya. Purata yang menjawab soalan ini adalah setuju dimana
minnya adalah 4.16.
Pendapat mengenai pelancong menjaga kebersihan kawasan ekopelancongan
adalah sebanyak 38.6 peratus yang bersetuju, 24.6 peratus tidak setuju, 17.5 peratus yang
sangat setuju, 8.8 peratus yang sangat tidak setuju dan selebihnya, 10.5 peratus yang
tidak pasti. Min bagi penyataan ini adalah 3.32. Responden yang di temu bual
mengatakan pelancong mungkin tidak membuang sampah secara suka hati, tetapi
mungkin angkara monyet-monyet yang menyelongkar tong sampah dan menyebabkan
sampah bertaburan dan kawasan menjadi tidak bersih ekoran daripada tong sampah yang
mudah di buka.
Impak kepada alam sekitar yang seterusnya adalah berkaitan udara menjadi
semakin panas kesan aktiviti manusia. Kebanyakkkan responden setuju dan sangat
setuju. Seramai 30 orang responden (52.6 peratus) yang sangat setuju dengan penyataan
ini. Hal ini adalah kerana, terdapat beberapa pembangunan sedang giat dijalankan di
daerah Manjung, dengan itu banyak hutan atau pokok-pokok ditebang untuk tujuan
pembangunan tersebut. Manakala, 43.9 peratus iaitu seramai 25 orang yang setuju
bahawa udara menjadi semakin panas. Bakinya sebanyak 1.8 peratus adalah masing-
94XXXX-XX-XXXX

masing responden yang tidak pasti dan sangat tidak setuju mengenai isu ini. Min bagi
penyataan ini adalah sebanyak 4.46. Purata yang menjawab soalan ini adalah responden
yang bersetuju udara menjadi semakin panas ekoran daripada pemesatan pembangunan.
Impak seterusya adalah mengenai kesan pencemaran bunyi semakin meningkat.
Seramai 28 orang yang sangat setuju bahawa pencemaran bunyi semakin meningkat.
Begitu juga dengan 23 orang responden yang lain, mereka setuju dengan penyataan ini.
Sebaliknya, lima orang yang menjawab tidak pasti dan seorang yang tidak bersetuju
bahawa pencemaran bunyi semakin meningkat. Secara puratanya, responden yang
menjawab soalan ini adalah bersetuju, dimana minnya adalah sebanyak 4.37. Bunyi yang
datang daripada kenderaan berat yang lalu lalag dihadapan jalan raya Taman Paya bakau
ini menyebabkan taman ini sedikit bising.
94XXXX-XX-XXXX

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian bertujuan mengenal pasti persepsi penduduk terhadap pembangunan yang


disediakan oleh pihak berkepentingan yang terlibat dalam membangunkan sektor
ekopelancongan. Pelancongan berasaskan alam semula jadi atau alam sekitar semakin
mendapat perhatian dan permintaan para pelancong. Justeru itu, pihak yang berwajib
harus memainkan peranan yang penting dalam membangunkan kawasan
ekopelancongan. Pihak berwajib perlu berganding bahu bersama industri dan masyarakat
untuk membangunkan kawasan ekopelancongan tanpa menjejaskan alam sekitar.
Dapatan hasil kajian mendapati bahawa persepsi penduduk mengenai kemudahan
dan infrastuktur yang disediakan dalam keadaan yang memuaskan, tetapi masih belum
mencapai tahap yang mereka inginkan. ada juga di antara responden yang tidak pasti
sama ada infrastruktur tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk dan
pelancong. Hal ini kerana kawasan ekopelancongan yang dikaji adalah kawasan yang
terletak di antara bandar linear iaitu bandar yang bersambung antara satu sama lain.
Taman Paya Bakau ini terletak di tengah-tengah di antara bandar Lumut dan bandar Seri
Manjung. Penduduk yang tinggal di sekitar Seri Manjung turut mendapatkan keperluan
mereka di bandar Sitiawan dan Ayer Tawar. Oleh yang demikian, penduduk tidak
khuatir mengenai infrasruktur dan kemudahan yang terdapat disitu kerana bagi mereka,
penduduk dan pelancong yang datang sememangnya boleh mendapatkan kemudahan
dimana bandar-bandar yang berdekatan.
Bagi kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak yang berkepentingan,
kemudahan penginapan ini tidak menjadi masalah besar kerana terdapat banyak
kemudahan penginapan yang terdapat berhampiran dengan kawasan ekopelancongan.
Berdasarkan hasil kajian, kebanyakkkan responden yang menyatakan kemudahan
penginapan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan, industri dan masyarakat
sendiri seperti chalet, resort, hotel dan juga homestay adalah memuaskan.
Terdapat beberapa persepsi penduduk terhadap kemudahan perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak berkepentingan dalam membangunkan kawasan ekopelancongan.
Hasil analisis menunjukkan secara puratanya responden yang di temu bual tidak pasti
sama ada kemudahan perkhidmatan ini berada pada tahap yang memuaskan. Semua
kemudahan yang disediakan adalah cukup untuk kemudahan para pelancong dan
keperluan penduduk tempatan yang tinggal berdekatan kawasan kajian.
Kemudahan awam seperti tempat letak kenderaan, pengangkutan awam, lampu
jalan, tong sampah dan lain-lain kemudahan telah disediakan oleh pihak berwajib untuk
94XXXX-XX-XXXX

memastikan keselesaan para pengunjung dan penduduk. sebagai penduduk tempatan


yang menjadi penyokong kepada kerajaan dan industri ekopelancongan, mereka
mempunyai persepsi yang tersendiri mengenai kemudahan awam yang disediakan.
Selain itu, pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan memberikan
impak kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial penduduk tempatan secara khasnya. hal
ini kerana untuk membangunkan sesuatu sektor, pihak berwajib perlu merangka terlebih
dahulu impak positif mahupun negatif ekoran daripada pembangunan yang dijalankan.
Berdasarkan hasil kajian, impak dari segi ekonomi yang membantu penduduk tempatan
dari segi peluang pekerjaan masih tidak meluas. Justeru itu, kadar pengangguran juga
tidak berkurangan, tetapi taraf hidup penduduk semakin meningkat. Harga tanah dan
harga barangan juga semakin meningkat ekoran daripada pembangunan pelancongan
yang dijalankan di sekitar Daerah Manjung.
Berdasarkan hasil kajian, penduduk mengatakan bahawa pembangunan
ekopelancongan yang dijalankan menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar. Hal
ini kerana mereka menjangkakan bahawa pencemaran akan berlaku dalam masa
beberapa tahun akan datang. Mereka juga berpendapat kawasan Manjung menjadi
semakin panas ekoran daripada pembangunan seperti penebangan pokok dan hutan untuk
tujuan membina bangunan dan sebagainya. Pencemaran bunyi juga semakin meningkat
dengan kenderaan besar keluar masuk. Air laut juga tidak sejernih dahulu.
Selain itu, pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan memberikan
kesan kepada sosial masyarakat setempat. Berdasarkan persepsi responden, mereka
begitu yakin bahawa masalah sosial semakin meningkat kerana adanya pergaulan bebas,
ada juga pasangan yang bercinta datang berdua-duaan di Taman Paya Bakau pada waktu
malam. Penduduk terutamanya remaja yang sedang meningkat usia begitu terpengaruh
dengan budaya luar, kadar jenayah juga semakin meningkat ekoran taraf hidup yang
semakin meningkat di bandar ini. Tetapi, terdapat juga impak positif sosial, antaranya
adalah penguasaan Bahasa Inggeris dapat di tingkatkan kerana kedatangan pelancong
asing yang semakin bertambah.
Ekopelancongan adalah pelancongan yang berasaskan alam sekitar. Alam sekitar
patut dipelihara bagi menjamin kestabilan ekologi yang terdapat di situ. Oleh yang
demikian, pembangunan yang dijalankan disekitar Taman Paya Bakau harus
dikurangkan agar ekosistem Taman Paya Bakau tidak terjejas. Pembangunan tersebut
haruslah menitik beratkan alam sekitar.
Dari segi kemudahan dan infrastruktur yang disediakan di Taman Paya Bakau,
kesemuanya masih dalam keadaan baik, tetapi perlu ada penambahan beberapa perkara
94XXXX-XX-XXXX

iaitu antaranya adalah tandas awam. Tandas awam perlu disediakan oleh pihak yang
berwajib kerana tidak terdapat tandas awam disitu menyebabkan pengunjung yang
datang ke situ tidak merasa selesa apabila kemudahan tersebut tidak ada. Meraka perlu
ke tandas awam yang terdapat di stesen minyak, tidak jauh daripada Taman Paya Bakau,
tetapi memerlukan kenderaan untuk kesitu. Selain itu terdapat juga di antara responden
yang mencadangkan pihak berwajib membina surau untuk kegunaan pengunjung yang
datang.
Penjualan makanan dan minuman menyebabkan pengunjung yang datang ke situ
lebih merasa santai. Contoh yang dapat kita lihat adalah di Bukit Melawati Kuala
Selangor, terdapat beberapa penjual makanan ringan seperti aiskrim, minuman dan
makanan serta kacang panjang untuk diberikan kepada monyet disitu. Ada rungutan
daripada pengunjung kerana apabila mereka kesitu, mereka ingin melihat spesis bakau
serta fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau disitu, sambil mendekati monyet yang
ada disitu yang dari awal lagi menjemput tetamunya di hadapan pintu gerbang Taman
Paya Bakau, tetapi mereka tidak berkesempatan untuk memberikan makanan kepada
monyet di situ.
Terdapat dua pondok istirehat yang disediakan di Taman Paya Bakau untuk
kemudahan pengunjung berehat dan memancing. Mungkin pihak berwajib boleh
menawarkan peluang untuk berniaga kepada penduduk tempatan iaitu menjual umpun-
umpun untuk pengunjung yang gemar memancing dan menyedikan pancing untuk
pengunjung yang tidak tahu bahawa mereka boleh memancing di situ, justeru mereka
tidak membawa alatan pancing mereka. Peluang perniagaan juga boleh dibuka kepada
mereka yang berminat untuk menjual makanan ringan dan sebagainya. Dengan adanya
peniaga kecil-kecilan ini, Taman Paya Bakau akan bertambah meriah dan bilangan
pengunjung yang datang juga akan bertambah.
Promosi perlu giat dijalankan bagi menambah bilangan pelancong yang datang ke
Taman Paya Bakau. Berdasarkan temubual bersama pembantu pelancong di Pusat
Penerangan Pelancongan Lumut, risalah mengenai Taman Paya Bakau yang di keluarkan
oleh Majlis Perbandaran Manjung pada tahun 2010 telah habis. Promosi perlu digiatkan
lagi dengan mengemaskini maklumat terkini di laman sesawang rasmi pihak berwajib.
Berdasrakan tinjauan, tidak banyak maklumat yang dikongsikan di dalam laman
sesawang tersebut dan menyebabkan pembaca yang membacanya tidak berminat untuk
datang kesitu.
Jaringan pengangkutan adalah satu medium yang sangat penting untuk
pengunjung sampai ke destinasi ekopelancongan. Pengangkutan awam perlu di tambah
94XXXX-XX-XXXX

lagi bagi memudahkan pelancong luar datang ke Daerah Manjung. Cadangan


menyediakan perkhidmatan bas letak dan naik yang membawa pelancong dari satu
destinasi ke destinasi lain. Contohnya laluan bas tersebut adalah dari Bandar Lumut ke
Taman Paya Bakau dan seterusnya ke Teluk Batik, dimana pelancong yang datang boleh
bermandi air laut dan berkelah di tepi pantai. Bot menyusuri sungai untuk melihat
keindahan Paya Bakau yang terdapat di Seri Manjung ini perlu diadakan bagi memberi
peluang kepada pegunjung untuk merasai aktiviti ekopelancongan selain berjalan kaki di
atas laluan yang disediakan.
Pembangunan pelancongan yang dijalankan seharusya tidak mengenepikan
komuniti tempatan dan memberi mereka peluang untuk terlibat sama di dalam
memajukan ekopelancongan Taman Paya Bakau. Taman Paya Bakau Seri Manjung
mempunyai potensi yang besar untuk menggamit lebih ramai pengunjung kerana
lokasinya yang strategik. Pelancong yang datang ke Lumut dan Teluk Batik seharusnya
juga datang ke Taman Paya Bakau kerana kawasannya adalah berhampiran.
Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, industri
dan masyarakat harus ada jika mahu pembangunan tersebut terus mampan dan tidak
menjejaskan alam sekitar. Pembangunan ekopelancongan adalah perlu kerana
ekopelancongan adalah perjalanan yang menghayati alam sekitar, pelancong yang datang
akan merasa selesa, jauh dari kesibukan kota, dapat menghirup udara yang segar, justeru
itu ianya penting dan perlu dikekalkan bagi ganerasi akan datang juga. Oleh yang yang
demikian, pembangunan yang dijalankan haruslah menepati prinsip-prinsip
ekopelancongan dengan memberikan faedah kepada komuniti dan tidak menjejaskan
alam sekitar. Pengkaji berharap satu bentuk kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan
pada masa akan datang untuk lebih memperkasakan bidang ekopelancongan negara ini.
94XXXX-XX-XXXX

RUJUKAN

Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Katiman Rostam, Mastura Mahmud, Ekhwan
Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar, Nor Azian Ali, Shahruddin
Ahmad & Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-Teknik Dalam Geografi.
Bangi : Pusat Pengajian Jarak Jauh. Tesis
Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul
Hadi Harman Shah. 2006. Mendefinisi Semula Makna Kualiti Hidup Masyarakat
Bandar dalam Konteks Ilmu Sosial. Malaysian Journal of Environmental
Management 7 :19-23
Azima Abdul Manaf, Er Ah Choy, Rosniza Aznie Che Rose, Suhana Saad &
Noordeyana Tambi. 2010. Prospect and Development of Bukit Fraser as
Ecotourism Destinateor. Dlm. Jumaat H. Adam, Muhammad Barzani Gasim,
Zaini Sakawi, Er Ah Choy, Zulfahmi Ali Rahman, Noordeyana Tambi, Mohd
Afiq Aizat Juhari (pnyt.) Bio-kejuruteraan, Penilaian Ekosistem dan
Spesis 2010, hlm 203-214. Subang Jaya: Straits Digital Sdn Bhd.
Bailey, K. D. 1984. Methods of Social Research. New York: The Free Press. Buku
Er Ah Choy. 2001. Peluang dan peranana kerajaan dalam pembangunan
ekopelancongan di Bukit fraser, Pahang. Dlm. A.Latif, Zuriati Zakaria, Zaidi
M. Isa, Kamaruddin Mat Salleh, Noorazuan Md hashim, Laili Md Din (pnyt.)
Bukit Fraser: Persekitaran Fizikal, Biologi dan Sosioekonomi. hlmn 331-355.
Bangi Selangor: Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.] Internet
Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung. Peta Daerah Manjung.
http://pertanianmjg.perak.gov.my/ [15 Februari 2012]
Laman Web Google. 2012. http://maps.google.com [ 3Mac 2012] ini tarikh masa kamu
pergi ambil bahan di internet...kalu da lupa tipu2 sikit supaya sama dgn kerja kamu
Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed.
Quantitative Research Methods: A Guide Book And Resousrce. London: John
Wiley & Sons, inc.85-88.
Rosniza Aznie Che Rose. 2011. Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau
Pangkor. Malaysian Journal of Society and Space 7 Special Issue: social and
Spatial Challenges of Malaysian Development: 155-168 Jurnal
Suliati Asri. 2012. 10 Ikon Pelancongan Perak. Harian Metro. Surat Khabar
94XXXX-XX-XXXX

Yahaya Ibrahim, Sulong Ahmad & Habibah Ahmad. 2008. Pelancongan Malaysia :
Isu Budaya, Komuniti dan Persetempatan. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

SUSUN SENARAI BUKU DAN LAMAN WEB IKUT SUSUNAN ABJAD

Bahan rujukan sekurang-kurangnya 5 dari 3 kategori (yg saya italic) –boleh kamus,
buku, jurnal, surat khabar, majalah atau laman web dan semuanya ada dinyatakan
(digunakan sebagai penerangan) dalam kerja projek sama ada dalam Pengenalan,
Metodologi, Dapatan dan Perbincangan dan juga Rumusan
94XXXX-XX-XXXX

LAMPIRAN

A SOAL SELIDIK

Makluman Kepada RespondenBorang soal selidik ini adalah bagi memenuhi


keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini
bertujuan untuk mengenal pasti persepsi penduduk terhadap ekopelancongan ke atas
ekonomi, sosial dan alam sekitar dan mengkaji persepsi penduduk tempatan terhadap
impak pembangunan. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya akan
digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja.

* kerjasama anda amatlah dihargai

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

1 Umur : _____________ 6 Jantina:


Lelaki [ ]
Perempuan [ ]

2 Status perkahwinan: 7 Bangsa:


Bujang [ ] Melayu [ ]
Berkahwin [ ] Cina [ ]
Duda/janda [ ] India [ ]
Lain-lain: __________________

3 Bil isi rumah: _______ orang 8 Pendapatan sebulan: __________

4 Agama: 9 Taraf pendidikan:


Islam [ ] PMR [ ]
Budha [ ] SPM [ ]
Hindu [ ] STPM/ setaraf [ ]
Kristian [ ] Diploma/Ijazah/PhD [ ]
Lain-lain: _________________ Lain-lain : _________________

5 Pekerjaan: 1 Negeri Asal: _______________


0
Sendiri [ ]
Kerajaan [ ] 11 Tempoh menetap di daerah ini:
Swasta [ ] _________________ tahun
Tidak bekerja [ ]
94XXXX-XX-XXXX

Pencen [ ]
Lain-lain: ____________________

BAHAGIAN B: PENGETAHUAN AM

1 Adakah anda mengetahui maksud ekopelancongan?

Ya Tidak

2 Dari manakah anda mengetahui mengenai ekopelancongan?

Televisyen Iklan Agensi pelancongan


Radio Kempen NGO
Perundanga Kerajaan
Internet
n
Lain-lain : _____________________________

BAHAGIAN C: PENYERTAAN MASYARAKAT

1 Adakah anda pernah terlibat dengan mana-mana program/aktiviti ekopelancongan


di Lumut Perak?

Ya [ ],
Nyatakan:______________________________________________________
Tidak [ ]

2 Adakah anda pernah ditawarkan oleh mana pihak untuk program pembangunan
ekopelancongan Lumut?

Ya [ ],
Nyatakan:______________________________________________________
Tidak [ ]

BAHAGIAN D: IMPAK PEMBAGUNAN EKOPELANCONGAN


94XXXX-XX-XXXX

Berdasarkan ukuran dibawah, berikan persepsi anda mengenai tahap kepuasan terhadap
penjagaan kawasan ekopelancongan di Lumut Perak dengan menandakan [ / ] dalam
ruang yang disediakan.

Sangat
Sangat Tidak
Perkara Setuju Tidak Pasti Tidak
Setuju Setuju
Setuju
Skor 5 4 3 2 1

Bil Perkara 5 4 3 2 1
EKONOMI
1 Kadar pengangguran semakin berkurang
2 Peningkatan taraf hidup
3 Harga tanah di kawasan yang semakin
meningkat
4 Harga barang semakin mahal
5 Peluang pekerjaan di sektor pelancongan
semakin bertambah
6 Adakah alam sekitar menjadi pemangkin
sumber ekonomi kepada masyarakat
tempatan?
7 Segelintir penduduk sahaja yang terlibat
dengan aktiviti ekopelancongan
8 Lebih banyak penambahbaikan infrastruktur
diadakan

Bil Perkara 5 4 3 2 1
ALAM SEKITAR
9 Dalam masa beberapa tahun akan datang,
masalah pencemaran akan berlaku
disebabkan aktiviti pelancongan yang
dijalankan.
10 Pelancong menjaga kebersihan kawasan
ekopelancongan
11 Udara menjadi semakin panas kesan aktiviti
manusia
12 Kebersihan air laut semakin tercemar
13 Kadar pencemaran bunyi semakin
meningkat
94XXXX-XX-XXXX

SOSIOBUDAYA
14 Masalah sosial semakin meningkat
15 Budaya dan nilai-nilai murni dapat
diterapkan di dalam diri masyarakat
16 Terpengaruh dengan budaya luar (seperti:
pergaulan bebas, punk, black metal dll)
17 Dengan adanya pelancong dari luar, kita
boleh bertukar pandangan
18 Kadar jenayah semakin meningkat dibandar
ini
19 Hubungan antara komuniti semakin baik
berikutan kerjasama untuk menjayakan
ekopelancongan
20 Kedatangan pelancong yang ramai
menyebabkan kesesakan kawasan sekitar
21 Kedatangan pelancong asing dapat
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan komuniti setempat
22 Tahap keselamatan kawasan
ekopelancongan terjamin.
23 Gaya hidup penduduk setempat dipengaruhi
oleh gaya hidup pelancong

BAHAGIAN E: PANDANGAN UMUM

Tuliskan jawapan diruang yang disediakan

1 Pada pandangan anda sebagai penduduk tempatan, apakah infrasturuktur/kemudahan


yang perlu di tambah atau dibaiki?

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………
94XXXX-XX-XXXX

2 Cadangan anda apakah usaha yang harus diambil oleh pihak berkepentingan untuk
memajukan lagi kawasan ekopelancongan di Lumut Perak?

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

3 Lain-lain:

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

 TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA 

B TEMU BUAL
A Wawancara tentang adat berpantang kaum Cina

Saya (ganti dengan Pengkaji): Selamat sejahtera kepada Cik X. Bolehkah saya
menanyakan soalan tentang adat berpantang bagi kaum Cina?

Cik X: Sudah tentu.

Saya: Berapa lamakah anda berpantang di rumah?

Cik X: Sebulan kerana saya lahirkan anak secara normal dan bukan secara pembedahan.
94XXXX-XX-XXXX

Saya: Siapakah yang menjaga anda semasa berpantang?

Cik X: Mak mertua saya. Hal ini demikian kerana saya tinggal di rumah suami saya
tetapi ibu bapa saya akan datang menjaga saya pada hari Ahad.

Saya: Apakah sebab yang menyebabkan anda kurang selesa apabila dalam bulan
berpantang?

Cik X: Saya tidak boleh mandi semasa dalam bulan berpantang dan sebenarnya pada
zaman modern ini kita boleh mandi semasa berpantang dengan mencampurkan herba ke
dalam air mandian. Selain itu, saya tidak boleh mencuci rambut selama
sebulan.Seterusnya, saya kena minum arak untuk wanita berpantang.

Saya: Apakah situasi pertama yang anda alami semasa menjadi ibu?

Cik X: Saya mengalami “baby blues” kerana biasanya bayi akan bangun pada waktu
malam kerana dia nak minum susu. Oleh itu, saya menjadi kurang semangat kerana tidak
cukup tidur.

Saya: Adakah anda lebih suka memberikan susu ibu ataupun susu formula kepada bayi
anda?

Cik X: Sudah tentu susu ibu.

Saya: Mengapa? Saya biasa mendengar sestengah orang tidak mahu memberikan susu
ibu kepada bayinya.

Cik X: Susu ibu memang sesuai kepada bayi kerana kandungan susu ibu tidak boleh
digantikkan dengan susu formula. Seterusnya, rahim kita akan mengembang apabila kita
sudah melahirkan anak. Oleh itu, kita memberi susu ibu kepada bayi dapat mengecutkan
rahim kita dan di samping dapat mengelakkan diri daripada menghidapi kanser payu
dada.
94XXXX-XX-XXXX

Saya: Apakah yang anda makan semasa dalam bulan berpantang?

Cik X: Saya minum air kurma dan sup “ sheng hwa” , makan makanan yang boleh
mengeluarkan peluh seperti ayam dimasak dengan halia dan arak tradisional. Selain itu,
saya tidak boleh makan sayur-sayuran semasa dalam bulan berpantang.

Saya: Kenapa anda tidak boleh makan sayur-sayuran semasa berpantang?

Cik X: Hal ini lantaran sayur-sayuran merupakan makanan yang sejuk. Oleh itu, saya
kena makan makanan yang boleh memanaskan badan saya.

Saya: Nampaknya anda boleh menerima adat berpantang yang diwarisi oleh nenek
moyang anda?

Cik X: Ya. Saya boleh menerimanya.

Saya: Adakah anda menggunakan perubatan tradisional seperti mengurut perut untuk
mengeluarkan angin daripada badan?

Cik X: Ya. Saya telah menempah pakej semasa berpantang. Dalamnya terdapat herba
yang boleh digunakan untuk mandian, minyak urut, ubat untuk menghilangkan angin,
ubat untuk mengeluarkan toksik daripada badan, toknik untuk menyihatkan badan serta
minyak urut untuk bayi.

Saya: Ok. Itu sahaja pada hari. Terima kasih atas kerjasama anda..

Cik X: Sama-sama.
94XXXX-XX-XXXX

B Wawancara tentang adat berpantang kaum Melayu.

Saya: Selamat sejahtera. Bolehkah saya menanyakan soalan tentang adat berpantang
bagi kaum Melayu?

Pn A: Ya, sudah tentu.

Saya: Berapa lamakah anda berpantang di rumah?

Pn A: Yang wajib 44 hari dan boleh diteruskan sampai 100 hari, tetapi selepas 45-100
hari boleh makan semua makanan kecuali makanan yang berbisa, sejuk, gatal dan
berangin.

Saya: Apakah makanan yang anda makan semasa dalam bulan berpantang?

Pn A: Sayur yang boleh dimakan seperti sawi bunga dan ulam-ulaman. Ikan pula hanya
ikan tenggiri, gelama dan haruan. Buah sahaja hanya buah pear. Selain itu, ikan billis
dimasak dengan halia yang banyak serta bawang putih.

Saya: Siapakah yang menjaga anda apabila anda sedang berpantang?

Pn A: Mestilah ibu saya. Sebenarnya, sesiapa pun boleh menjaga kita asalkan ada
seorang penjaga dan bukan dalam keseorangan kerana badan kita masih lemah.

Saya: Adakah anda tidak dibenarkan untuk mandi dan mencuci rambut?
94XXXX-XX-XXXX

Pn A: Tidak. Saya boleh mandi tetapi tidak boleh berendam dengan lama-lama. Selain
itu, saya tidak boleh mencuci rambut pada setiap hari.

Saya: Apakah masalah pertama yang anda temui apabila menjadi seorang ibu?

Pn A: Anak bayi saya. Hal ini lantaran bayi biasanya akan bangun pada waktu malam
dan ingin minum susu. Oleh itu, saya menjadi kurang bersemangat.

Saya: Anda lebih bersetuju memberi susu ibu atau susu fomula kepada bayi anda?

Pn A: Sebaik-baiknya susu ibu, tetapi kadang kala ada masalah wujud pada ibu seperti
tidak boleh menghasilkan susu ibu yang banyak dan sebagainya. Oleh itu, ibu tidak boleh
menyusukan bayi, terpaksalah bagi susu fomula kepada bayinya.

Saya: Anda boleh menerima adat berpantang yang diwarisi oleh nenek moyang?

Pn A: Sudah tentu boleh menerima adat berpantang yang diwarisi kerana ia membawa
banyak kebaikan kepada kaum wanita.

Saya: Adakah anda menggunakan perubatan tradisional seperti mengurut perut untuk
mengeluarkan angin?

Pn A: Mestilah. Ia dapat mengecutkan balik rahim dan membuang angin daripada badan.
Kalau tidak mengikut langkah tersebut, nanti rahim tidak mengecut dengan sepenuhnya
dan perut akan membuncit seperti kita sedang mengandung lagi.

Saya: Terima kasih atas kerjasama puan kerana membekallkan maklumat tentang adat
berpantang dalam kalangan masyarakat Melayu.
94XXXX-XX-XXXX

C PEMERHATIAN

Jika ada jadual pemerhatian masukkan di sini. Jika tiada letakkan baki-baki (baki
kerana gambar itu tidak diletakkan dalam dapatan) gambar yang diambil semasa
melakukan pemerhatian.

You might also like