You are on page 1of 6

1)a)Empat prinsip pengurusan seperti yang diperkenalkan oleh Henry Fayol ialah:

i)Pembahagian kerja
ii)Autoriti
iii)Paduan perintah
iv)Mengutamakan kepentingan organisasi

b)Carta alir bagi langkah-langkah dalam proses pengorganisasian ialah:

Penentuan Objektif

Pengenalpastian Aktiviti

Pengelasan Aktiviti

Pengelompokan aktiviti

Pengagihan tugas, Autoriti dan


tanggungjawab

⸫Carta alir bagi langkah-langkah dalam proses pengorganisasia


c)Kuasa yang dimiliki oleh Encik Rahmat ialah:
i)Kuasa kepakaran
Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh
pengetahuan atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin berkenaan.
Merujuk kepada kes, Encik Rahmat adalah seorang pekerja sebuah syarikat ICT swasta yang
sangat mahir menggunakan computer. Khidmat kepakarannya telah digunakan oleh banyak
badan korporat dan tidak banyak yang dapat menandingi kebolehan beliau
ii)Kuasa rujukan
Merujuk keupayaan pemimpin mempengaruhi pegikutnya disebabkan oleh peribadi
pemimpin tersebut
Merujuk kepada kes, Encik Rahmat memiliki kelulusan dalam bidang komputer dari luar
Negara dan mempunyai pengalaman bekerja selama 10 tahun.

d)Tiga teknik mendengar secara aktif ialah:


i) Mengulang maksud pembicara
Pendengar menunjukkan minat mereka terhadap proses mendengar dengan menyebut
kembali kata-kata pembicara sama ada dalam bentuk ayat yang sama ataupun ayat dan bahasa
yang difahami oleh pendengar
ii)Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara
Pendengar boleh berkongsi kefahaman dan emosi yang hendak disampaikan oleh pembicara
dengan meluahkan tentang apa yang si pendengar faham dan mengerti akan luahan yang telah
disampaikan oleh pembicara
iii)Menanya soalan
Untuk menunjukkan bahawa pendengar ialah seorang pendengar yang aktif, pendengar boleh
menanyakan soalan kepada pembicara tentang perkara-perkara yang dirasakan agak
mengelirukan dan untuk mengelakkan salah faham dalam maklumat yang hendak
disampaikan
e) Tiga jenis remedi menurut Akta Kontrak 1950 ialah:
i)Penamatan kontrak
Pihak yang menanggung kerugian boleh memilih untuk menamatkan kontrak dan seterusnya
enggan melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukkan dalam kontrak
ii)Ganti Rugi
Bertujuan untuk membolehkan pihak yang rugi akibat kemungkiran kontrak mendapat
pampasan. Ganti rugi ini meletakkan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang
sepatutnya ia berada sekiranya tidak berlaku perlanggaran kontrak
iii)Injuksi
Satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh dipohon oleh satu pihak bagi
mengekalkan ‘status quo’ sesuatu perkara ketika kes sedang ditangguh. Remedi yang
berbentuk arahan mahkamah supaya defenden membetulkan tingkahlakunya yang menjadi
punca kemungkiran

f) Empat sebab yang boleh membawa kepada penamatan tawaran ialah:


i)Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan RM60000 dibuat
ii)Penolakan tawaran oleh penerima tawaran kerana plantif gagal menjelaskan baki iaitu
RM54000 dalam tempoh yang ditetapkan
iii)Luputnya waktu tawaran
iv)Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

g) Min, median dan mod penumpang syarikat teksi itu bagi minggu tersebut ialah:
Min = 41+48+52+48+52+50+52
7
= 343
7
=49

41, 48, 48, 50, 51, 52, 52


Median=50

Mod=52
h) Empat kelemahan e-dagang ialah:
i) Barang pesanan tidak seperti diiklankan
ii) Tidak berupaya mempamerkan produk sebenar
iii)Sukar menentukan maklum balas selepas jualan
iv) Tempoh masa penerimaan barang yang dibeli adalah Panjang

i) Empat faktor luaran organisasi yang boleh menyebabkan ketegangan kepada pekerja ialah:
a)Faktor keluarga dan saudara mara
b)Masalah kewangan
c)Faktor ekonomi
d)Hubungan personal

j) Gambar rajah tulang ikan dalam proses membuat keputusan ialah:

Manusia Bahan

Akibat

Mesin Kaedah

⸫Contoh rajah tulang ikan dalam proses membuat keputusan


2)a)Langkah-langkah membuat keputusan yang diambil oleh Dr. Aman dengan mengambil
kira semua maklumat jangkaan pulangan yang bakal diperoleh ialah:
i)Mengenalpasti masalah
Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah.
Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang kualiti.
Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau bahan yang kurang berkualiti digunakan.
Kaitan kes: Klinik Aman & Rakan menghadapi masalah untuk merawat semua pesakit
yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana bilangan pesakit yang semakin meningkat
pada waktu malam dan semasa musim penyakit berjangkit

ii)Mengutip data
Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tersebut sebanyak
mungkin.
Maklumat yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat
luaran organisasi
Kaitan kes: Dr. Aman menjalankan kajian terperinci untuk memastikan kejayaan alternatif
yang akan dipilih dengan mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan seperti
data bilangan penduduk, pesaing, kos tapak premis baru, kemudahan sedia ada,
kebarangkalian pulangan dan sebagainya di beberapa lokasi terpilih sebelum membuat apa-
apa keputusan

iii)Menganalisis data
Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang
diperolehi.
Data yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek
kesahihannya serta dapat menyelesaikan masalah
Kaitan kes: Dr. Aman menggunakan alat membuat keputusan kuantitatif iaitu pokok
keputusan bagi memastikan keputusan yang dibuat tepat dan menguntungkan

iv)Menjana alternatif
Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan atau konsultan untuk mendapat
alternatif penyelesaian.
Kemudian membentuk seberapa banyak alternatif atau jalan penyelesaian yang berkaitan
Kaitan kes 1: Dr. Aman mencadangkan membuka cawangan baru di Semabok, kira-kira lima
kilometer jauhnya dari Bandar Melaka
Kaitan kes 2: Rakan kongsi Dr Aman bercadang untuk membesarkan premis di lokasi sedia
ada iaitu Klinik Aman & Rakan di Bandar Melaka

v)Menilai alternatif
Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang
cermat dan kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut.
Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dihapuskan
Kaitan kes 1: Dr Aman dan rakan kongsinya menjangkakan jika keputusan membesarkan
premis sedia ada dilaksanakan, klinik menjangkakan pulangan sebanyak RM200 000 semasa
ekonomi meningkat, dan RM160 000 semasa ekonomi meleset
Kaitan kes 2: Dr Aman dan rakan kongsinya menjangkakan jika mereka memilih untuk
membuka cawangan baru, jangkaan pulangannya ialah RM300 000 semasa ekonomi
meningkat, dan RM180 000 sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi

vi)Memilih alternatif
Pada peringkat ini pengurus harus memilih satu jalan penyelesaian yang terbaik dan jadikan
matlamat syarikat sebagai panduan
Kaitan kes:
Pengiraan jangkaan nilai kewangan:
a)Membesarkan premis sedia ada = RM200000(0.6)+RM160000(0.4)
= RM120000+ RM64000
=RM184000
b)Membuka cawangan baru = RM300000(0.6)+ RM180000(0.4)
= RM180000+RM72000
= RM252000
Alternatif terbaik yang boleh dilaksanakan oleh Dr Aman dan rakan kongsinya ialah
membuka cawangan baru di Semabok, kira-kira lima kilometer jauhnya dari Bandar Melaka
kerana nilai jangkaan kewangan RM252000 adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai
jangkaan kewangan bagi membesarkan premis sedia ada iaitu RM184000

You might also like