You are on page 1of 5

1)Kepentingan kemahiran pengurusan dalam sesebuah organisasi ialah:

i) Membolehkan pengurus membuat penyelarasan kerja bagi setiap unit dalam setiap
organisasi
ii)Memastikan semua sumber dilaksanakan secara efektif dan efisien bagi membolehkan
matlamat organisasi dapat dicapai
iii)Pengurusan organisasi yang teratur dan sistematik membolehkan organisasi dapat
melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi mencapai matlamat organisasi
iv)Pengurusan yang cekap dapat menjimatkan kos serta mengurangkan pembaziran ketika
melaksanakan aktiviti-aktiviti organisasi

2)i)Autoriti
Merupakan kuasa atau hak yang sah pada pengurus bagi membuat keputusan dan memberi
arahan
Pengurus diberi autoriti sebab mereka memerlukan kuasa formal untuk mengarah, mengawal
dan menilai subordinat
ii)Akauntabiliti
Merujuk kepada pekerja yang diberi autoriti dan tanggungjawab melaporkan hasil kerja
mereka kepada pihak atasan dan seseorang itu boleh dipersalahkan sekiranya mereka tidak
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka
Seseorang pekerja yang diberi tanggungjawab akan secara automatik mempunyai
akauntabiliti

3) Tujuan bajet sebagai alat kawalan dalam pengurusan organisasi ialah:


i)Merancang perbelanjaan organisasi
Memastikan setiap sumber kewangan yang diperoleh dapat membiayai kos aktiviti yang
dirancang
ii)Merancang pengagihan sumber yang terhad dengan cekap
Memastikan setiap peruntukan perbelanjaan digunakan secara berkesan bagi mengelakkan
pembaziran
iii) Memastikan setiap peruntukan belanjawaan digunakan secara berkesan bagi mengelakkan
pembaziran
4) Elemen balasan dalam undang-undang kontrak berdasarkan scenario di atas ialah:
i)Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik
Encik Abdul akan menerima wang RM30,000 dan Encik Farid juga akan mendapat kereta
ii)Balasan tidak semestinya berpadanan
Encik Abdul menjual keretanya kepada Encik Farid dengan harga RM30000 walaupun harga
pasaran kereta berkenaan ialah RM45,000
iii) Balasan semestinya sah disisi undang-undang
Kereta yang dijual oleh Encik Abdul adalah milikannya sendiri dan bukan dicuri

5) Empat elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan barang ialah:
i)Waranti
ii)Keterangan
iii)Bebas daripada kesulitan
iv)Boleh guna

6) Bentuk komunikasi melintang dalam sesebuah organisasi ialah:

PENGARAH

PENGURUS PEMASARAN PENGURUS PENGELUARAN

PENYELIA PENYELIA

⸫Gambar rajah bentuk komunikasi melintang dalam sesebuah organisasi


Bentuk komunikasi melintang merujuk kepada pergerakan mesej antara staf yang menduduki
tingkat hirerki yang tidak sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi
Komunikasi boleh berlaku secara tidak formal
Contohnya, penyelia jabatan pengeluaran mungkin ingin memastikan maklumat atau
mendapat maklumat tambahan terhadap produk yang diperlukan oleh pengurus pemasaran
7) Tiga langkah yang terlibat dalam proses pendengaran secara aktif bagi mencapai matlamat
komunikasi berkesan ialah:
i)Mengulang maksud pembicara
Pendengar akan cuba mengulang atau menyatakan semula apa yang disampaikan oleh
penutur untuk menunjukkan bahawa seseorang memahami apa yang disampaikan oleh
penutur
ii)Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara
Pendengar sebolehnya perlu menunjukkan bahawa ia faham apa yang disampaikan oleh
penutur supaya memberi keyakinan kepada penutur untuk menurus mesej yang seterusnya
yang hendak disampaikan
iii)Menanya soalan
Pendengar menanya soalan terhadap penutur berkaitan dengan apa yang disampaikan untuk
membuktikan bahawa pendengar berminat berkaitan mesej yang disampaikan oleh penutur

8)Contohnya pengurus mengambil tindakan memberi surat amaran kepada pekerja yang
sering datang lambat
Keputusan rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sering wujud, masalah dapat
dijangkakan dalam perjalanan aktiviti harian
Masalah ini sering berulang-ulang merupakan masalah berstruktur dan boleh diprogramkan
Penyelesaian segera dilakukan untuk masalah yang dihadapi dan risikonya adalah rendah

9) Dua kelebihan alat keputusan kuantitatif ialah:


i) Hasil daripada pembuatan keputusan kuantitatif dalam bentuk angka, graf, jadual adalah
lebih objektif dan tepat
ii)Proses ini menggunakan komputer membolehkan penganalisis data dapat menjimatkan kos
pemprosesan dan masa
Dua kelebihan alat keputusan kualitatif ialah:
i)Membuat keputusan yang baik bagi kes pemerhatian
ii)Sesuai untuk membuat keputusan dalam keadaan baharu

10) Kepentingan kedapatan maklumat kepada pembuat keputusan ialah:


i)Boleh meningkatkan kualiti dalam membuat keputusan
Sesuatu maklumat yang lengkap membolehkan keputusan yang dibuat lebih berkualiti
ii)Boleh digunakan untuk meramalkan sesuatu perkara pada masa hadapan
Data yang berkaitan dengan trend sesuatu senario membolehkan pembuat keputusan
menjangkakan sesuatu perkara yang akan berlaku pada masa akan datang
iii)Digunakan sebagai alat pemantauan tentang prestasi pencapaian sesebuah organisasi
Maklumat berkaitan dengan pesaing umpamanya boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi
membandingkan prestasi syarikat berbanding syarikat pesaing

11) a)Proses komunikasi yang berlaku dalam organisasi Pasar Raya Chombi ialah:
i)Penghantar
Penghantar ialah sesiapa sahaja yang mempunyai idea dan maklumat yang ingin disampaikan
ndan dikongsi dengan pihak lain
Kaitan kes: Penyelia pemasaran Pasar Raya Chombi mencipta maklumat untuk menghantar
laporan jumlah penjualan kepada pengurus pemasaran

ii)Enkod
Proses menukarkan mesej kepada symbol-simbol ataupun Bahasa yang mudah difahami
Kaitan kes: Contohnya pengurus pemasaran Pasar Raya Chombi menggunakan bahasa dan
perkataan yang boleh difahami oleh penyelia pemasaran

iii)Saluran
Laluan atau platform di mana mesej bergerak dari penghantar kepada penerima
Kaitan kes: Pengurus pemasaran Pasar Raya Chombi boleh menggunakan kaedah menulis
iaitu dengan menghantar memo kepada penyelia pemasaran

iv)Dekod
Proses mentafsir dan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan supaya boleh
digunakan atau diambil tindakan oleh penerima
Kaitan kes: Penyelia pemasaran Pasar Raya Chombi akan cuba memahami arahan yang
disampaikan oleh pengurus pemasaran

v)Penerima
Penerima adalah sesuatu pihak yang mana mesej disampaikan kepadanya
Kaitan kes: Penerima bagi Pasar Raya Chombi ialah penyelia pemasaran
vi)Maklum balas
Maklum balas berlaku apabila penerima memberi reaksi terhadap mesej yang disampaikan
kepadanya
Kaitan kes: Penyelia pemasaran Pasar Raya Chombi akan menyiapkan laporan seperti yang
diarahkan oleh pengurus pemasaran sebagai maklum balas memahami arahan

b) Bentuk-bentuk komunikasi yang terdapat dalam situasi di atas ialah:


i)Komunikasi menegak
Komunikasi menegak berlaku apabila mesej dalam komunikasi bergerak secara menegak
iaitu sama ada dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas mengikut hirerki organisasi
Kaitan kes: Pengurus pemasaran Pasar Raya Chombi mengarahkan penyelia pemasaran
menghantar laporan bulanan merupakan komunikasi dari atas ke bawah dan penyelia
pemasaran menghantar laporan bulanan kepada pengurus pemasaran merupakan komunikasi
dari bawah ke atas

ii) Komunikasi mendatar


Merujuk kepada pergerakan mesej antara pengurus yang menjawat jawatan yang sama atau
tahap pengurusan yang sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi
Kaitan kes: Pengurus pemasaran Pasar Raya Chombi berbincang dengan pengurus kewangan
tentang pertambahan permintaan yang berlaku

iii)Komunikasi melintang
Merujuk kepada pergerakan mesej antara staf yang menduduki tingkat hirerki yang tidak
sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi
Kaitan kes: Penyelia pemasaran Pasar Raya Chombi memaklumkan kepada pengurus
inventori tentang pertambahan permintaan pasaran yang mendadak

c) Halangan komunikasi yang wujud dalam Pasar Raya Chombi ialah:


Halangan komunikasi Psikologikal
Merujuk kepada halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan dan tanggapan
yang berbeza antara pengirim dan penerima.
Kaitan kes : Pengurus terlalu stress dengan kerja kerana persepsi dan pandangan berbeza
seterusnya menyebabkan wujudnya masalah dalam komunikasi

You might also like