You are on page 1of 11

BAB 2

Pengurusan ialah pencapaian matlamat organisasi secara efektif dan efisien melalui proses
merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi.
Organisasi ialah gabungan dua atau lebih orang yang bekerja secara sistematik dan
berstruktur untuk mencapai matlamat organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN
1. Perancangan ialah Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin
dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua
peringkat organisasi demi mencapai matlamat organisasi.
2. Pengorganisasian ialah Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan
sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat
mencapai matlamat organisasi.
3. Kepimpinan ialah Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar
mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk
mencapai matlamat organisasi.
4. Pengawalan ialah Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan
mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti
yang dijangkakan.

PERINGKAT PENGURUSAN
1. Pengurusan Atasan ialah Bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu organisasi
secara menyeluruh.
2. Pengurusan Pertengahan ialah Bertanggungjawab melaksanakan segala keputusan
yang dibuat oleh peringkat atasan.
3. Pengurusan Bawahan ialah Bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran
produk dan perkhidmatan.

Peranan ialah satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan yang
disandang.
PERANAN PENGURUS
1. Penjalin Hubungan Perorangan
i. Peranan Pengurus Sebagai Tunggak
Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara.
CTH: menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan anugerah dan
menandatangani dokumen rasmi.
ii. Peranan Pengurus Sebagai Pemimpin
Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja melaksanakan kerja.
CTH: Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi apa yang telah
dirancang.
iii. Peranan Pengurus Sebagai Pegawai Penghubung
Mengekalkan hubungan jaringan samada di dalam atau di luar organinasi
melalui email, penggilan telefon atau mesyuarat. CTH: Pengurus berinteraksi
dengan pekerja, pelanggan, pembekal dan sebagainya.
2. Pembuat Keputusan
i. Peranan Pengurus Sebagai Usahawan
Berperanan sebagai perintis, pereka dan penggalak kepada perubahan dan
inovasi.CTH:CEO sentiasa memperolehi idea-idea baru dan kreatif untuk
mempertingkatkan prestasi syarikat
ii. Peranan Pengurus Sebagai Menangani Gangguan
Membuat keputusan atau tindakan yang tepat terhadap krisis yang timbul
dalam organisasi supaya persekitaran organisasi yang bermasalah dapat
diselesaikan.CTH:Tindakan menyelesaikan konflik dalam kalangan pekerja
seperti mogok, rungutan pekerja dan ketidakpuasan hati.
iii. Peranan Pengurus Sebagai Pengagih Sumber
Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang terhad diagih dan digunakan
oleh semua ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.CTH:
Pengurus mengagihkan sumber-sumber dana, masa, peralatan dan sumber
manusia mengikut keutamaan.
iv. Peranan Pengurus Sebagai Perunding
Mewakili Organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa. CTH:
CEO berunding dengan wakil kesatuan pekerja; Pengurus jualan berunding
dengan Jabatan Pengeluaran untuk mendapatkan tawaran istimewa bagi
pelanggan utamanya.
3. Pemberi Maklumat
i. Peranan Pengurus Sebagai Pemantau
Mencari dan menerima maklumat, mengimbas laporan berkala dan
mengekalkan hubungan perorangan.CTH: Pengurus sentiasa memantau
keadaan sekeliling seperti perubahan dasar kerajaan dan peluang pelaburan
baru yang mempengaruhi organisasinya.
ii. Peranan Pengurus Sebagai Penyebar Maklumat
Menyebar maklumat penting yang diperolehi sama ada dari dalam atau luar
organisasi kepada ahli organisasi melaui memo, laproran atau penggilan
telefon.CTH: Pengurus memaklumkan sasaran jualan kepada penyelia jualan
melalui memo.
iii. Peranan Pengurus Sebagai Jurucakap
Mewakili unit/jabatan untuk memberi maklumat yang jelas kepada pihak
pengurusan atasan dalam organisasi atau berkomunikasi dengan
individu/kesatuan pekerja di luar organisasi.CTH: Pengurus menyampaikan
maklumat kepada ahli organisasi dan orang luar melalui ucapan, laporan dan
memo.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
 Pembuat Keputusan Yang Berkesan: Membolehkan pengurusan mengenalpasti
masalah dan membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu situasi yang penting.
 Kebolehan Bertindak Dengan Cepat: Membolehkan pengurus mengetahui dan
meyelesaikan semua masalah secara cekap dan berkesan.
 Pengurusan hubungan dengan pekerja dan membangunkan sumber manusia
 Mewujudkan penyelarasan organisasi
KEMAHIRAN PENGURUSAN
1. Kemahiran Konseptual
 Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan
mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi
 Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai
matlamat organisasi.
2. Kemahiran Kemanusiaan
 Memimpin, memotivasi,mengurus konflik dan mempengaruhi individu dengan
memahami perasaan , tingkahlaku dan sikap individu lain.
 Pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani masalah prestasi pekerja,
membekalkan maklumbalas kepada pekerja, memotivasi pekerja dan
mengawal aktiviti-aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.
3. Kemahiran Teknikal
 Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang
tertentu
 Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan atasan untuk merangka
polisi, dasar dan objektif organisasi.
 Dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk memberi nasihat,
penjelasan dan tunjuk ajar tentang aspek teknikal secara terperinci kepada
pekerja.
Perancangan ialah Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan
menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi
KEPENTINGAN PERANCANGAN
i. Menyediakan Hala Tuju Organisasi
Membantu pengurus menentukan matlamat,kumpulan kerja dan membangunkan
strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat.
CTH: Perancangan 5 tahun – menyatakan visi, misi, objektif, rancangan operasi,
keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi.
ii. Tanda Aras Untuk Mencapai Objektif
Pengurus dapat mencari ciri-ciri produk dan perkhidmatan atau projek yang terbaik
berbanding pesaing sabagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan prestasi
organisasi.
CTH: jika firma telah menetapkan penguasaan pasaran antara 10 hingga 15 peratus
tetapi prestasi sebenar ialah 17 peratus maka ini menunjukkan bahawa prestasi firma
telah melebihi matlamat yang telah ditetapkan .
iii. Bertindak Kepada Persekitaran Yang Dinamik
Pengurus dapat mnegenalpasti maslah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada
masa sekarang dan masa depan
CTH:.Penyesuaian boleh dilakukan dengan segera - memastikan operasi organisasi
berjalan lancar – menjimatkan kos, mengurangkan pembaziran dan risiko.
iv. Sebagai Alat Kawalan Pengurus
Pengurus dapat memastikan pencapaian organisasi selaras dengan perancangan
CTH: Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
JENIS-JENIS PERANCANGAN
1. Perancangan Jangka Panjang (Strategik)
 Adalah perancangan menyeluruh bagi mencapai matlamat organisasi.
 Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan matlamat jangka panjang
organisasi.
 Tempoh masa melebihi tiga tahun.
 CTH: Syarikat AAA ingin meluaskan pasaran ke pasaran Eropah 5 tahun akan
datang.
2. Perancangan Jangka Sederhana (Taktikal)
 Adalah perancangan yang direkabentuk bagi melaksanakan perancangan
strategik.
 Diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang oleh pengurus peringkat
pertengahan.
 Tempoh lebih singkat berbanding perancangan strategik iaitu antara satu
hingga tiga tahun.
 CTH: Jabatan Pengeluaran syarikat tersebut mensasarkan peningkatan volum
pengeluaran sebanyak 20% dalam tempoh 2 tahun.
3. Perancangan Jangka Panjang (Strategik)
 Adalah perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat
bawahan.
 Jangka masa paling pendek kurang daripada satu tahun.
 CTH: Jabatan Pengeluaran syarikat tersebut mensasarkan peningkatan volum
pengeluaran sebanyak 20% dalam tempoh 2 tahun.
ALAT-ALAT PERANCANGAN
1) Belanjawan
Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan sumber kewangan untuk
pelaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau program bagi sesuatu tempoh tertentu.
Kegunaan: pengagihan sumber kewangan yang terhad untuk pelbagai kegunaan.
2) Titik Pulang Modal (TPM)
Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos
untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik
pulang modal.
Kegunaan: untuk menentukan unit minima yang patut dikeluarkan atau dijual untuk
mendapat pulangan modal.

3) Carta GANTT
Carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam
suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti
tersebut
Kegunaan: Sebagai panduan dalam melaksanakan projek mengikut masa yang
ditetapkan.
4) Carta PERT
rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa
yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa
terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.
Kegunaan: Sebagai panduan dalam melaksanakan projek mengikut rancangan masa
yang ditetapkan.
VISI : Satu pernyataan yang menyeluruh tentang matlamat jangka panjang sesebuah
organisasi.
CIRI-CIRI: Ringkas, padat dan jelas (tidak melebihi 25 patah perkataan)
Realistik dan menimbulkan semangat
MISI : Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
CIRI-CIRI: umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan,
OBJEKTIF: sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah
organisasi,
CIRI-CIRI: Spesifik, Boleh diukur, Boleh dicapai, Dikaitkan dengan Ganjaran,
Mempunyai tempoh masa.
 SPESIFIK: Objektif yang ditetapkan mestilah khusus (mendalam) dan jelas.
CONTOH: Untuk memastikan pengurusan pejabat berjalan dengan cekap dan
teratur dari segi perjawatan,kewangan,pentadbiran dan keselamatan.
 BOLEH DIUKUR: Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk kuantitatif .
CONTOH: Sasaran jualan 150,000 unit dalam tempoh satu tahun.
 BOLEH DICAPAI: Matlamat mestilah mencabar tetapi boleh dicapai
(Realistik).
CONTOH: Objektif Jabatan Pengeluaran perlu mengambilkira keupayaan
menghasilkan barangan melalui sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi.
 DIKAITKAN DENGAN GANJARAN: Matlamat atau objektif perlu
dikaitkan dengan ganjaran
CONTOH: Jurujual yang berjaya mencapai kuota bulanan akan diberikan
pakej percutian di Bali secara percuma.
 MEMPUNYAI TEMPOH MASA: Objektif yang ditetapkan mesti mempunyai
had masa bila ia perlu dicapai.
CONTOH: Organisasi menetapkan untuk mencapai peningkatan keuntungan
sebanyak 20% dalam tempoh 3 tahun.
PENGORGANISASIAN: Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-
sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai
matlamat organisasi dengan cekap dan berkesan.
KEPENTINGAN PENGORGANISASIAN:
 Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan dapat dilakukan dengan
saksama
 Mengawal tingkah laku pekerja melalui prosedur dan sistem yang telah
ditetapkan.
ELEMEN PENGORGANISASIAN:
Pengkhususan Kerja: Pembahagian sesuatu aktiviti kerja/tugas kepada komponen-komponen
yang khusus.
Penjabatanan: Proses mengumpul dan menyatukan semua kegiatan yang sama dengan cara
yang sesuai dan praktikal di panggil penjabatanan.
Rantaian Arahan (Autoriti dan Kesatuan Arahan): Garisan autoriti yang menunjukkan
hubungan langsung antara ketua dengan pekerja.
Autoriti Lini: Hak yang dimiliki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf
bawahannya untuk mencapai objektif organisasi.
Autoriti Staf: Pengurus yang dilantik hanya sebagai sokongan kepada fungsi lini dan tidak
diberikan kuasa untuk mengarah orang lain melalui rantaian arahan.
Kesatuan Arahan: Satu prinsip dimana setiap pekerja di dalam sesebuah organisasi hanya
melapor kepada seorang ketua sahaja.
Jangkauan Kawalan (Luas dan Sempit): Merujuk kepada bilangan staf bawahan yang
melapor terus kepada seorang ketua/pengurus
Jangkauan Kawalan Luas: Bilangan staf yang diletakkan dibawah kawalan pengurus/ ketua
adalah ramai.
Jangkauan Kawalan Sempit: Bilangan staf yang diletakkan dibawah seorang pengurus
adalah sedikit.
Pemusatan dan Pemencaran (penurunan kuasa dan delegasi)
Pemusatan: Autoriti dan keputusan tertumpu pada peringkat atasan dan hanya sedikit sahaja
autoriti membuat keputusan diberi kepada peringkat bawahan.
Pemencaran: Proses membuat keputusan diagihkan ke semua peringkat organisasi.
Keformalan: Merujuk kepada sejauh mana perkerjaan di dalam organisasi diseragamkan dan
sejauh mana tingkahlaku pekerja di pandu oleh peraturan dan prosedur.
CARTA ORGANISASI: Suatu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan dan
perhubungan antara tugas dan aktiviti yang berlainan.
Jenis-Jenis Struktur Organisasi:
Struktur Fungsian : Merupakan pengelompokan aktiviti atau tugas berdasarkan fungsi asas
organisasi.
CIRI-CIRI: Dikelaskan mengikut fungsi utama (kemahiran).
//Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan
aktiviti kerja.
KEBAIKAN: Penyelesaian masalah lebih cekap disebabkan pengkhususan
kemahiran.//Keputusan lebih cekap kerana dibuat secara berpusat.
KEBURUKAN: Penekanan kepada tugas-tugas rutin.//Kurang komunikasi antara jabatan
Struktur Divisional: Merupakan satu bentuk penjabatanan yang tugas atau aktiviti
dikelompokkan berdasarkan persamaan dalam produk, perkhidmatan atau pasaran.
CIRI-CIRI: Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan geografik.
//Setiap divisyen mempunyai jabatan fungsian masing-masing.
KEBAIKAN & KEBURUKAN:
( Divisional Mengikut PRODUK): Meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran
produk//Meningkatkan produktiviti dan kreativiti kerana berlakunya pengkhususan kerja &
Kos adalah tinggi kerana setiap produk mempunyai piawaian yang tertentu.//Pekerja bimbang
mereka mahir dalam keluaran tertentu sahaja.
( Divisional Mengikut PENGGUNA): Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemahiran
pekerja kerana dilatih untuk memenuhi kehendak pengguna.& Pertindihan usaha dalam
menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas//Melibatkan
kos yang tinggi untuk mengupah, melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk setiap
jenis pengguna.
( Divisional Mengikut GEOGRAFIK): Pengurus akan mempunyai pengetahuan yang luas
tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi kawasan masing-masing& Pengurus merasa
kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan//Kos yang tinggi akibat faktor demografi
yang berbeza mengikut kawasan.
Struktur Matrik: Merupakan gabungan antara struktur divisional dan struktur fungsian.
CIRI-CIRI: Menggabungkan struktur divisional dan fungsian.//Mempunyai dua rantaian
arahan; menegak dan melintang. KEBAIKAN&KEBURUKAN: Organisasi lebih peka
kepada perubahan dalam persekitaran.//Kerjasama antara bidang dapat dilakukan dengan
lebih cekap dan berkesan.& Ketua yang ramai akan menyebabkan perselisihan faham antara
staf dan pengurus (percanggahan arahan).//Kuasa selalunya didominasi oleh individu-
individu yang ekstrovert (menonjol).
KEPIMPINANKepimpinan adalah suatu proses di mana pemimpin akan cuba
mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai
matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
GAYA KEPIMPINAN: Pendekatan atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin
untuk mempengaruhi subordinatnya.
GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK: Gaya kepimpinan autokratik melibatkan
pembuatan keputusan oleh seorang ketua sahaja
.GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK: Gaya kepimpinan di mana subordinat
dilibatkan dalam proses membuat keputusan tetapi keputusan akhir dibuat oleh pengurus.
GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE: Gaya kepimpinan di mana pengurus
memberi kuasa sepenuhnya kepada subordinat untuk membuat keputusan dan bertindak.
GAYA KEPIMPINAN ISLAMIK: Gaya kepimpinan berdasarkan Al-Quran, As-
Sunnah dan berteraskan konsep Syura’

MOTIVASI: Proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara
berterusan untuk mencapai matlamat
TEORI-TEORI MOTIVASI:
1. TEORI HIRARKI –
KEPERLUAN MASLOW: Merupakan keperluan yang terbawah sekali dalam
Hierarki Keperluan Maslow yang berhubung dengan keperluan manusia untuk terus
hidup seperti keperluan makanan, pakaian dan tempat perlindungan.KEPERLUAN
KESELAMATAN: Keperluan untuk mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang
boleh mencederakan atau menjejaskan masa depannya. KEPERLUAN SOSIAL:
Keperluan untuk berhubung dengan orang lain dan diterima oleh kumpulan atau
masyarakat KEPERLUAN ESTEEM: Berhubung dengan keperluan untuk mendapat
atau menerima penghargaan diri, penghormatan dan status yang diiktiraf oleh pihak
lain. KEPERLUAN AKTUALISASI DIRI: Berhubung dengan keperluan untuk
mendapat atau menerima penghargaan diri, penghormatan dan status yang diiktiraf
oleh pihak lain.
2. TEORI DUA FAKTOR HERZBERG-
FAKTOR PENJAGAAN: Merupakan faktor yang apabila mencukupi di tempat kerja
akan mententeram dan menyenangkan pekerja.(CTH:Keselesaan dan keselamatan
tempat kerja//Polisi syarikat dan pentadbiran yang adil)
FAKTOR MOTIVASI: Faktor-faktor yang berkaitan dengan pekerjaan yang dapat
menberi kepuasan dan seterusnya memotivasikan pekerja (CTH: Penghargaan –
penghargaan terhadap sumbangan dan usaha//Tanggungjawab – diberi tanggungjawab
dan tugas kerja yang baru)
3. TEORI XY MCGREGOR:
Kajian oleh Douglas McGregor telah merumuskan bahawa pengurus mempunyai
kepercayaan yang berbeza tentang cara terbaik menggunakan sumber manusia
mengikut keperluan firma. Beliau mengkelaskan kepercayaan tersebut kepada dua set
andaian iaitu Teori X dan Teori Y.
TEORI X:Pengurus yang cenderung kepada Teori X beranggapan bahawa manusia
secara semujadinya adalah malas dan tidak memberi bekerjasama. Dengan itu, pekerja
harus diberi hukuman atau ganjaran bagi menjadikannya produktif.
TEORI Y:Pengurus yang cenderung kepada Teori Y mempercayai bahawa manusia
secara semulajadi adalah rajin, berdaya maju dan bermotivasi. Dengan itu, pekerja
perlu dilibatkan bersama dalam proses membuat keputusan, diberikan kerja dan
tanggungjawab yang mencabar dan seumpamanya.Secara tidak langsung, pengurus
akan memiliki pekerja yang berpuas hati dan bermotivasi.
KAEDAH PENETAPAN MATLAMAT
REKABENTUK KERJA Penetapan matlamat dibuat bersama-sama antara pengurus
dengan subordinat demi memastikan matlamat dapat dicapai dalam tempoh yang
munasabah.
PUSINGAN KERJA Pekerja dipindahkan secara sistematik mengikut tempoh tertentu dari
satu bahagian ke bahagian-bahagian yang lain (di dalam skop atau bidang yang sama)
PELUASAN KERJA Proses menyatukan beberapa tugas yang menggunakan kemahiran
yang sama bagi membentuk satu kerja baru dengan aktiviti yang lebih meluas.
PENGAYAAN KERJA Proses mengembangkan tanggungjawab pekerja supaya pekerjaan
tersebut lebih mencabar dan memberi kepuasan di mana pekerja diberi kuasa dan
tanggungjawab untuk membuat keputusan dan kawalan.
KUALITI SUASANA KERJA Melibatkan usaha mewujudkan suasana bekerja untuk
meningkatkan motivasi pekerja, kepuasan dan komitmen sebagai faktor yang boleh
menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.(CTH: Pampasan yang sesuai dan
munasabah//Persekitaran kerja yang selamat dan sihat)
PENGUPAYAAN Penurunan kuasa (delegasi kuasa) kepada subordinat untuk membuat
keputusan
GANJARAN Suatu balasan yang diingini oleh pekerja terhadap usaha dan kerja yang mereka
lakukan.
KAWALAN:Proses memantau prestasi dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil
tercapai seperti yang dijangkakan.
KEPENTINGAN KAWALAN:
-Mengukur prestasi pengurus dan pekerja: Mekanisma kawalan dapat memantau prestasi
pekerja dan kecekapan pengurus dalam membuat keputusan.
-Jaminan kualiti produk: Mengawasi, memeriksa dan meningkatkan mutu keluaran.
-Mengenalpasti peluang dan ancaman: Perniagaan perlu menganalisa peluang dan ancaman
yang terdapat di sekitar perniagaan seperti persaingan, perubahan teknologi, politik dan
undang-undang, ekonomi, dan lain-lain.
-Bersedia menghadapi ancaman: Organisasi sentiasa berdepan dengan persekitaran yang
dinamik (sentiasa berubah) terutamanya apabila ia melibatkan perubahan citarasa
dan keperluan pengguna
PROSES KAWALAN: Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal melibatkan
penetapan piawai, mengukur prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan
piawai dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.
-Menetapkan Piawaian: Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawai
yang ingin dicapai.
-Mengukur Pencapaian: pengurus perlu mengenalpasti Aktiviti yang ingin dinilai, Bagaimana
proses penilaian akan dilakukan, Kekerapan penilaian dilakukan terlebih dahulu.
-Membandingkan Pencapaian dengan Piawaian: untuk mengenalpasti perbezaan di antara
maklumat yang telah dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan piawai yang
telah ditetapkan
-Membuat Langkah Pembetulan: Tindakan pembetulan /pembaikan dilakukan ke atas
tahap-tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan penyimpangan.
ALAT-ALAT KAWALAN:
i.BELANJAWAN: Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan sumber kewangan untuk
pelaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau program bagi sesuatu tempoh tertentu.
ii.CARTA GANTT: Carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti
di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap
langkah/aktiviti tersebut.
iii.CARTA PERT: Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan
masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa
terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.
Iv:ANALISIS TITIK PULANG MODAL: Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan
antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan
menyamai jumlah kos iaitu titik pulang modal.

You might also like