You are on page 1of 3

SUPERVISORY MANAGEMENT

UNIT 5. PERANCANGAN KERJA.

PENGENALAN.

Perancangan kerja adalah satu penumpuan diberikan bagi mempastikan ramalan yang
difikirkan mencapai matlamat atau objektif sesebuah organisasi. Dengan mengadakan
mesyuarat yang berkualiti satu-satu perancangan dapat mempastikan imbangan kepada
ketidaktentuan dan perubahan yang menghasilkan tindakan yang ekonomik.

OBJEKTIF.

Objektif unit ini merangkumi :-

1. Mengenali fungsi plan tindakan kerja.


2. Menyenaraikan aliran plan tindakan sesebuah organisasi.
3. Mengetahui faktor-faktor perancangan kerja.

FUNGSI PELAN TINDAKAN KERJA (OPERATION FUNCTION).

Fungsi pelan tindakan kerja dilakukan oleh mereka dalam kumpulan yang terbabit dan
bertanggungjawab menghasikkan produktiviti atau menyediakan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh organisasi kepada orang ramai. Plan tindakan kerja pada umumnya
dilakukan oleh individu atau kumpulan yang diberikan tanggungjawab merangka plan induk.
Penyelia harus faham iaitu tindakan dan keputusan yang harus diambilnya menjana
sesebuah organisasi atau bahagian bagi mempastikan setiap tindakan kerja dijayakan
dengan baik dan produktif.

MEMBUAT KEPUTUSAN.

Membuat keputusan amat penting kerana ia akan membuat seseorang Penyelia atau
Pengurus bagi menentukan alternative-alternatif. Tindakan bagi membuat keputusan
menjadi sebahagian dari tanggungjawab penting seseorang penyelia atau pengurus. Mereka
mesti mampu membuat keputusan yang positif demi kebaikan organisasi dan berupaya
menentukan bagaimana untuk merancang, bagaimana mengendalikan kerja, mengawal selia
mengikut inventori dan kawalan kewangan mengikut kemampuan organisasi.
Banyak daripada masa seorang Penyelia dihabiskan dalam mengumpul maklumat dan
membuat penilaian maklumat. Cara ini penting bagi mempastikan tindakan membuat
keputusan dapat memberi ganjaran yang produktif kepada organisasi.

  1 GMD30122
SUPERVISORY MANAGEMENT

JANGKAAN PERMINTAAN (FORECASTING DEMAND)

Sebagai seorang penyelia, memandang kehadapan dalam merenung jangkaan permintaan


samada produktiviti atau perkhidmatan perlu ditingkatkan atau menukar strategi demi kemajuan
organisasi yang diterajui. Jangkaan ialah satu pintasan masa hadapan apa yang difikirkan berlaku.
Pada hakikatnya, meramal jangkaan permintaan bagi masa hadapan tidak mencapai 100% betul.
Tetapi dalam organisasi ramalan jangkaan cukup penting diamalkan oleh kumpulan professional.
Jelasnya setiap bahagian mempunyai jangkaan permintaan masing-masing yang amnya
berteraskan objektif keperluan dan kepentingan organisasi.

ALIRAN PLAN TINDAKAN SESEBUAH ORGANISASI.

i. Perancangan Kerja (Plan Work)

Perancangan Kerja atau juga boleh dipanggil strategi operasi ialah langkah awalan di
mana seorang penyelia harus menyediakan, mempastikan tindakan yang diputuskan
mampu menguntungkan organisasi. Tanpa perancangan kerja pastinya sesebuah
organisasi itu dapat bertahan lama atau sesuatu kerja akan terbengkalai akibat dari
perancangan yang tidak mengambil kira :-

a. Keperluan alatan
b. Tenaga kerja mengikut keperluan dan kemahiran pekerja
c. Kawalan kos perbelanjaan
d. Masa Penyiapan kerja

Faktor-faktor Perancangan Kerja.

i. Pembinaan strategi
ii. Menyediakan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang diperlukan.
iii. Menentukan lokasi dan fasiliti setempat
iv. Merancang keupayaan melakukan sesuatu kerja
v. Penyusunan peralatan dan mesin
vi. Menentukan agihan kerja dan jumlah jam setiap pekerja
vii. Setkan plan induk, produktiviti atau projek yang hendak dijayakan

Perancangan Kerja memenuhi 4 fungsi.

i. Memberi imbangan kepada ketidaktentuan dan perubahan


ii. Menumpukan perhatian kepada objektif. 6 objektif perlu dicapai dalam
perancangan kerja.
iii. Perlaksanaan kerja yang lancer
iv. Menggunakan kaedah yang paling ekonomik
v. Penggunaan sumber bahan, pekerja dan alatan dengan efisyen.
vi. Menyiapkan kerja dengan kos dan masa yang paling minimum.
vii. Memenuhi keperluan kualiti.
viii. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan selesa.
ix. Menghasilkan tindakan-tindakan yang ekonomik.
x. Membolehkan pengawalan yang efektif.

  2 GMD30122
SUPERVISORY MANAGEMENT

Pengendalian kerja (Organise Work)


Kawalan Perbelanjaan (Controling Budget)
Penilaian kerja (Evaluate Work)

EXERCISE 5.

1. Apakah fungsi Plan Tindakan Kerja di dalam sesebuah organisasi ?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

2. Mengapakah jangkaan permintaan (Forecasting Demand) perlu di buat sebelum sesuatu


perancangan ?

……………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………….

3. Nyatakan lima aliran plan tindakan yang perlu ada oleh sesebuah organisasi ?

  i. …………………………………………….
ii. …………………………………………….
iii. …………………………………………….
iv. …………………………………………….

  3 GMD30122

You might also like