You are on page 1of 16

KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (SDLC)

Pengenalan

1. Pembangunan system adalah satu set aktiviti untuk membina sistem Maklumat.
2. Aktivti-aktivti ini adalah dikumpulkan kepada satu ketegori yang besar yang dipaggil sebagai fasa.
3. Satu koleksi fasa-fasadipanggil sebagai Kitar Hayar Pembangunan system.
4. Koleksi fasamengandungi aktiviti-aktiviti yang digunakan untuk membangunkan system maklumat.
5. Terdapat lima fasa dalam kitar Hayat Pembangunan system :

1 Fasa Perancangan
2 Fasa Analisis
3 Fasa Rekabentuk
4 Fasa Implementasi
5 FasaPenyelenggaraan

A) Fasa Perancangan
1. Tujuan Fasa Perancangan :
a. Untuk menentukan ciri-ciri masalah sebenar,Objektif,skop projek.
b. Memutuskan sama ada projek yang dipertimbangkan patut dijalankan atau tidak.
2. Fasa perancangan mempunyai dua aktiviti utama :
a. Penilaian Awalan (initial evaluation)
b. Kajian Kebolehlaksanaan (Kajian Kesauran) .

Penilaian Awal:

1. Penilaian awal ini bermula apabila Jawatankuasa Pemandu menerima permintaan


pembangunan projek.

Contoh : surat permintaan pembangunan projek


2. Jawatankuasa pemandu adalah
 Satu badan pembuat keputusan untuk organisasi
 Biasanya terdiri daripada 5-9 orang
 Terdiri daripada Naib presiden, pengurus-pengurus, pengguna bukan pengurusan
dan personal IT.

3. Aktiviti dalam penilaian Awal :


 Mengkaji permintaan projek.
 Menyemak permintaan projek untuk mengenalpasti permintaan projek
sesuai dibangunkan atau tidak.
 Oleh itu aspek berikut akan dikenal pasti :
 Analisis situasi Organisasi
 Mengenalpasti pernyata masalah yang dihadapi ,
 Mengenalpasti tujuan atau objektif
 Mengenalpasti skop permintaan.
 Memberi keutamaan kepada permintaan projek
 Menyenarai potensi (lebihan) projek.
 Menyusun keutamaan projek yang perlu dibangunkan mengikut
kepentingan organisasi.
 Mencari peruntukan sumber
 Mengenalpasti sumber semasa dan sumber yang wujud dalam organisasi
seperti kewangan, tenaga manusia dan kemudahan yang lain untuk
menyokong pembangunan sistem.
 Membentuk pasukan pembangunan projek
 Satu pasukan pembangunan projek akan dibentuk untuk
dipertanggungjawab terhadap projek yang telah diluluskan.

5. Setelah projek yang dipohon mendapat kelulusan jawatankuasa pemandu untuk


diteruskan ,perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:

 Mengenalpasti pernyata masalah projek.


 Mengenalpasti tujuan/objektif projek.
 Mengenalpasti skop projek.
 Mengenalpasti peranan yang diperlukan untuk memenuhi aktiviti.
 Mengenalpasti anggaran kos.
 Mengenalpasti anggaran masa.
 Mengenalpasti aktiviti yang boleh dibuat serentak.

6. Maka dengan itu, Kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan

Kajian Kebolehlaksanaan

1. Kebolehlaksanakan bermakna mengukur tahap kesesuaian pembangunan sistem kepada


organisasi.

2. Terdapat empat kajian kebolehlaksanaan (feasibility study)yang perlu dijalankan:


 Kebolehlaksanaan operasi
 Mengkaji sejauh mana sistem tersebut boleh digunakan untuk
membantu syarikat tingkat operasi syarikat.
 contohnya apakah penggunaan sistem baru ini dapat meningkatkan
prestasi organisasi?
 Mangkaji Sejauh mana pengguna dapat menggunakan sistem
tersebut atau sejuah mana pengguna bersedia menggunakan sistem
baru.
 Kebolehlaksanaan perjadualan.
 Mengkaji kemunasabahan tentang perancangan aktiviti –aktiviti yang
dirancang sesuai dengan perancangan masa dan pengagihan sumber untuk
setiap aktiviti yang dirancang.
 Tujuan kebolehlaksanaan perjadualan adalah untuk memastikan sistem
dapat dibangunakan mengikut peruntunkan masa yang telah ditetapkan.
 Kebolehlaksanaan teknikal
 Mengkaji tentang teknologi perkaksan, perisian dan rangkaian yang akan
digunapakai dalam sistem baru.
 perkara-perkara perlu dipertimbangkan :
 Adakah syarikat pembangun projek mempunyai kepakaran untuk
membangunkan sistem tersebut?
 Jika tidak adakah Adakah pihak luar mampu membantu
membangunkan teknologi tersebut?
 Kebolehlaksanaan ekonomi
 Mengkaji tentang
 Kekangan kewangan
 belanjawan
 Perkara-perkara perlu dipertimbangkan
 Adakah organisasi mempunyai kewangan yang cukup untuk
membangunkan sistem baru?
 Adakah pulangan yang diperolehi melebihi peruntukan yang telah
dilaburkan untuk sistem?
 Jika pulangan>perlaburan, maka dapat untung
 Jika pelaburan>pulangan, maka dapat rugi

b) Hasil kajian akan dipersembahkan dalam laporan yang dipanggil sebagai laporan Penyiasatan
Awalan atau laporan kebolehlaksanaan.
c) Laporan ini dihantar kepada jawatankuasa pemandu untuk membuat keputusan sama ada
projek yang dicadangkan boleh dilaksanakan atau tidak.
d) Jika projek tersebut dicadang diteruskan oleh pasukan projek dan mendapat kelulusan
jawatankuasa pemandu. Maka Fasa Analisis akan dimulakan.

Hasil Output Fasa Perancangan :

1. Pernyataan Masalah
2. Objektif /Tujuan Projek
3. Skop Projek
4. Perjadualan Projek

B) Fasa Analisis
Tujuan Fasa Analisis :

1. Memahami dan mengumpul keperluaan pengguna.


2. Mempertingkatkan komunikasi di antara kumpulan pembangun sistem dengan pengguna.
3. Untuk mengenalpasti apa maklumat (data-data organisasi) dan proses maklumat (prosedur
organisasi) yang diperlukan untuk mencapai objektif dan fungsi organisasi.

Aktiviti Fasa Analisis:

Aktiviti dalam fasa Analisis:


a) Mengkaji Keperluaan Pengguna
b) Mengkaji Keperluaan Struktur Sistem.

Kajian Keperluan Pengguna

1. Kajian Keperluaan Pengguna bermakna mengumpul keperluaan pengguna.


2. Mengapa perlu Kajian keperluaan pengguna :
a. Mengkaji masalah sebenar yang perlu diselesaikan.
b. Supaya sistem yang dibina nanti ikut kehendak pengguna.
c. Dapat mengumpul semua maklumat yang diperlukan dalam sistem. (input, output,
proses)
3. Keperluan pengguna boleh dikumpulkan melalui kaedah-kaedah berikut :
a. Temubual
b. Soal Selidik
c. Pemerhatian
d. Analisis prosedur
e. Dokumentasi

Temubual

o Mengumpul maklumat melalui jawapan (lisan) hasil temubual.


o Penemubual sebaiknya orang yang mahir dalam bidang berkenaan.
o Mengapakah temubual dianggap cara yang terbaik?
o Kebiasaannya manusia lebih mudah bertindak secara lisan daripada bertulis.
o Penemubual boleh menerangkan dengan jelas maksud soalan atau kajian.
o Dapat mengelakkan salah tafsir dan salah anggap.
o Penemubual dapat menilai orang yang ditemubual melalui soalan, mengesan kembali
atau melalui airmuka subjek.
o Kaedah yang sesuai bagi kanak-kanak, orang yang tidak tahu menulis dan membaca dan
kurang kecerdasan.
o Persedian Untuk kaedah temubual :
o Kefahaman konsep yang jelas tentang maklumat yang diperlukan.
o Senaraikan setiap soalan atau komen yang diperlukan untuk setiap tindakbalas.
o Sediakan senarai semak untuk memastikan semua bidang telah ditanya.
o Bentuk soalan yang bersifat terbuka bagai memberi ruang penemubual menyelidik
secara mendalam.
o Gunakan pita rakaman untuk membolehkan semua maklumat direkod.
o Faktor membantu kesahan dan kebolehpercayaian kaedah temubual :
o Wujudkan hubungan yang mesra dan akrab.
o Elakkan faktor-faktor yang boleh menggalakkan kemiringan.
o Strukturkan bidang yang hendak ditanya bagi menjaminkan kesahan.
o Kebolehpercayaan dapat ditingkatkan dengan:
 Mengemukakan soalan yang sama dalam bentuk yang berbeza.
 Mengulang temubual pada masa yang lain
 Membandingkan dengan dapatan penemubual lain.
o Kelebihan temubual
o Mampu mendapatkan maklumat yang lebih tepat, lengkap dan mendalam.
o Sesuai digunakan sebagai semakan maklumat.
o Kelemahan temubual
o Melibatkan kos dan masa yang banyak.
o Memerlukan penemubual yang mahir dengan bahasa komunikasi.
o Perlukan latihan bagi penemubual yang ramai bagi mengelak ralat atau bias.
o Subjek mungkin bersikap memuaskan hati penemubual sahaja.

Soal Selidik

o Terdapat dua bentuk soal-selidik :


 Soal-Selidik bentuk tertutup
 Soal-selidik bentuk terbuka
o Soal Selidik bentuk Tertutup:
 Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.
 Memberikan masa yang cukup untuk menjawab.
 Mudah menjawab kerana jawapan disediakan.
 Jawapan mudah dianalisis
o Soal Selidik bentuk terbuka :
 Soalan yang memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab.
Contohnya: Apakah?, Mengapakah?,
Bagaimanakah?, Sejauhmanakah?
 Jawapan sebenar daripada responden bukan penyelidik.
 Responden bebas memberi jawapan berdasarkan isu dikemukakan.
o Kelebihan Soal-selidik
 Cara ringkas untuk mendapatkan maklumat.
 Membolehkan liputan lebih luas (melalui pos).
o Kelemahan Soal-Selidik
 Masa menyedikan soalan agak lama.
 Masa yang lama untuk menjawab bagi soalan selidik yang panjang.
 Kurang mendapat kerjasama daripada responden untuk maklumat sebenar.
 Soal sedidik yang diterima semula selalunya sedikit, jadi keputusan kurang tepat.
o Ciri-ciri Soal Selidik yang baik
 Mudah difahami dan tidak kabur.
 Memenuhi tujuan penyelidikan.
 Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
 Pengistilahan mestilah tepat.
o Penyediaan Soal-selidik
 Menggunakan soalselidik yang telah sedia ada.
 Membina soalselidik yang baru.
o Mengurus Soal-selidik
 Soal selidik diserah sendiri oleh penyelidik.
 Kebaikan:
o Hubungan langsung penyelidik dengan subjek
o Soalselidik dapat dijelaskan (yang perlukan penerangan).
o Pemilihan sampel yang tidak bias
 Kelemahan:
o Tidak praktikal terhadap bilangan sampel yang meluas dan banyak.
o Melibatkan banyak tenaga, masa dan kos
 Soal selidik diserahkan secara pos / kiriman
 Kelebihan
o Dapat mengukur lebih banyak subjek
o Menjimatkan masa, belanja dan tenaga
 Kelemahan
o Sukar mendapatkan kerjasama subjek menjawab dengan lengkap serta
memulangkan kembali soalselidik.

Pemerhatian

o Kaedah terawal dalam penyelidikan


o Kaedah digunakan bagi kajian berbentuk ujikaji, diskriptif dan historikal.
o Maklumat diperolehi secara langsung oleh penyelidik.
o Langkah-langkah Untuk Meninggikan Kesahan dan Kebolehpercayaan Kaedah
Pemerhatian:
 Tingkah laku manusia yang hendak diperhatikan
mestilah diberi definisi yang jelas dan boleh diukur.
 Menggunakan bantuan alat teknologi moden
seperti video, perakam.
 Cara permerhatian tanpa serta adalah lebih baik.
 Pemerhatian hendaklah kepada kejadian atau
tingkahlaku yang seharus diperhatikanya sahaja.
 Elakkan daripada menjalankan pemerhatian tunggal.
 Masa pemerhatian dibuat secara rawak
 Hasil pemerhatian elok dicatat secepat mungkin.
o Kelebihan Kaedah Pemerhatian
 Pemerhatian terhadap sampel kajian lebih terpeinci,
jelas dan lebih tepat.
 Maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan
bahan rujukan.
 Maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang
dikaji.
o Kelemahan Kaedah Pemerhatian
 Kemungkinan bias timbul kerana kelainan ras,
agama, jantina dan sebagainya
 Perlakuan sampel mungkin dibuat-buat (tidak
original), mungkin juga malu.
 Pemerhatian yang tidak bersistematik dan tidak
konsisten menjadikan dapatan kurang tepat.

Analisis Prosedur
o Juga dikenali sebagai pensampelan.
o Satu kaedah menghadkan pengkajian terhadap bilangan sampel yang diambil untuk menjalankan
kajian.
o Sampel ialah dokumen-dokumen terpilih bagi mewakili seluruhan dokumen yang perlu dikaji.
o Setiap daripada dokumen yang dipilih mesti mewakili kumpulan dokumen yang sama.
o Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk memilih sampel:
o Pensampelan Rawak mudah
 Pilihan dokumen-dokumen secara rawak.
o Pensampelan sistematik
 Contoh jika hendak pilih 40 daripada 400.
 400/40=10 jadi pilih 1- 10 satu nombor. Contoh pilih 5.
 Maka nombor seterusnya ialah 15,25,35,……..395.
o Pensampelan Mengikut Kawasan
 Pemilihan mengikut kawasan geografi.
 Contoh cawangan-cawangan kolej.
o Pensampelan Mudah
 Memilih sampel-sampel yang mudah diperolehi
o Pensampelan Rawak Berstrala
 Sampel dibahagi kepada kumpulan yang sama.
 Pilih setiap sampel daripada setiap kumpulan.
o Pensampelan Kelompok
 Sampel dibahagikan kepada kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
 Pilih setiap sampel daripada setiap kumpulan

Dokumentasi

o Merujuk kepada kajian semula dokumen-dokumen sesebuah organisasi.


o Penting :
 Membolehkan juruanalisis menyemak sama ada sistem yang sedia ada benar-benar
memenuhi matlamat organisasi.
 Memudahkan juruanalisis mengumpul input-input dan output-output sistem sedia ada
dan seterusnya untuk membuat penambahan kepada input-input baru dalam sistem
yang akan dibangunkan nanti.
o Antara dokumen yang perlu ditelitikan ialah:
 Dokumen tentang oraganisasi dan fungsi.
 Visi, misi, objektif dan tujuan penubuhan oragnisasi.
 Peraturan-perturan transaksi, manual prosedur kerja, deskripsi tuga pekerja.
 Dokumen sistem sedia ada
 Laporan penilaian awal (laporan kebolehlaksanaan)
 Dokumentasi seperti borang-borang,laporan-laporan
 Dokumen tentang masalah sistem sedia ada.
 Nota-nota cadangan
 Laporan kegagalan sistem sedia ada.
o Ambil masa mendapat salinan bagi setiap bentuk dokumen yang digunakan.

Kajian keperluan Struktur Sistem


1. Selain mengkaji keperluaan pengguna, kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti struktur
sistem semasa.
2. Keperluaan struktur sistem ini boleh diperolehi daripada keperluaan pengguna yang dikumu
melalui kaedah seperti pembualan,soalselidik,pemerhatian dan dokumentasi .
3. Keperluaan penggunaan akan dijelmakan ke dalam bentuk model yang akan mengambarkan
Sistem semasa dan sistem yang akan dibangunkan (sistem baru).
4. Permodalan Data terbahagi kepada dua jenis : Permodelan Data Logikal dan Permodelan Data
Fizikal.
5. Permodelan Data Logikal akan dilaksanakan di fasa ini, manakalan permodelan fizikal
dilaksanakan di fasa rekebentuk.
6. Permodelan Data logikal merupakan gambaran keperluaan sistem tanpa menggariskan secara
khusus teknologi yang digunakandan lebih kepada apa yang harus dilakukan oleh sistem
maklumat.
7. Permodelan Data Fizikal pula merupakan gambaran yang menggariskan secara khusus jenis
teknologi yang akan digunakan dalam sistem dan lebih kepada bagaimana suatu perkara akan
dilaksanakan.
8. Permodelan Data logikal dalam fasa analisis ini melibatkan tiga :
a. Permodelan proses- Menjelmakan prosedur-prosedur/proses-proses organisasi kepada
Rajah Aliran Data (Data Flow Diagram)
b. Permodelan Konseptual-Menjelmakan hubungan entiti-entiti yang terlibat dalam
organisasi kepada Rajah Perhubungan Entiti (Entity Relationship Diagram).
c. Permodelan Logikal- Menjelmakan logikal-logikal yang terlibat dalam sistem kepada
jadual keputusan atau perpohon Keputusan.

Permodelan Proses
Rujuk Bab ini.

Permodelan Konseptual
Rujuk Bab ini

Permodelan Logikal
Rujuk Bab ini

Hasil Output Fasa Analisis

1. Keperluaan Pengguna
2. Permodelan Proses – Rajah aliran data
3. Permodelan konseptual- Rajah Perhubungan Entiti
4. Permodelan logikal – Jadual keputusan atau perpohon keputusan.

C) Fasa Rekabentuk
Tujuan Fasa Rekabentuk

1. Menstruktur data dalam struktur yang kukuh dengan cara menormalkan jadual-jadual yang


wujud untuk meminimakan kelewahan data dan mengurangkan anomali-anomali data yang
berlaku.
2. membangunkan reka bentuk pangkalan data logikal  yang mengambarkan keperluaan data
sebenar yang wujud di borang (salinan keras dan paparan-paparan komputer)
dan laporan sistem maklumat. 
3. Membangunkan reke bentuk pangkalan data logical yang akan dijelmakan dalam reke bentuk
fizikal pangkalan data iaitu dari ER diagram kepada satu fail teknikal (jadual)
4. Memilih teknologi storan (seperti CD atau Disk Optikal) yang akan menjamin keselamatan
pangkalan data, keberkesanan dan ketepatan data.

Aktiviti Dalam Fasa Reka Bentuk

Fasa Rkebentuk terdiri daripada dua aktiviti utama :


1. Rekabentuk Data Logikal
2. Rekabentuk Data Fizikal
3. Rekabentuk Struktur Program

Rekabentuk Data Logikal

1. Rekabentuk data logikal merupakan rekebentuk pangkalan data yang biasanya melibatkan dua
langkah :

a. Rekabantuk Rajah Perhubungan Entiti (Entity Relationship Diagram)

**Sila rujuk Bab ERD

b. Pernormalan Data

**Sila rujuk Bab Penormalan

Rekabentuk Data Fizikal

1. Rekabentuk data fizikal melibatkan :


a. Rekebentuk Antaramuka

b. Rekabentuk Input (Borang)


c. Rekabentuk output (Laporan)

Attendance in ICT Club

Date Activity Venue List of


Attendance

12 Jan 2011 Blogging ICT Lab 1. Meredith

2. Amylia

3. Hozana
Chrien

4. Thomas

Rekebentuk Struktur Program


1. Melibatkan rekabentuk tentang struktur program.
2. Struktur program dipersembahkan atau diwakili dengan satu organisasi kompenan program
yang dipanggil sebagai Carta struktur.
3. Carta struktur mewakili hirarki kawalan suatu program
4. Contoh carta struktur program :

Hasil Output Fasa Rekabentuk

1. Rekebentuk data logikal


a. ERD – Rajah perhubungan Entiti
b. Pernormalan jadual
2. Rekebentuk data Fizikal
a. Rekebentuk Anatara muka
b. Rekabentuk Borang
c. Rekabentuk Laporan
3. Rekabentuk Rajah Struktur program.

Fasa Implementasi (Pelaksanaan)


Tujuan Fasa Implementasi :

1. Menukarkan rekabentuk data fizikal ke dalam perisian yang boleh berfungsi.


2. Mendokumentasikan kerja yang sudah siap dan untuk menyediakan satu panduan kepada
pengguna atau pengguna masa akan datang.

Aktiviti Fasa Pelaksanaan

1. Fasa ini melibatkan enam aktiviti utama :


a. Pengekodan
b. Pengujian
c. pemasangan
d. Penilaian
e. Dokumentasi
f. Latihan dan Sokongan

Pengekodan

1. Pengekodan merupakan satu proses menjelmakan rekebentuk sistem kepada kod dalam bahasa
pengaturcaraan.
2. Dalam sistem maklumat, Rekebentuk data fizikal seperti rekebentuk antaramuka, borang dan
laporan akan dijelmakan menggunakan perisian pangkalan data seperti Microsoft Access untuk
membangunkan antaramuka, borang dan laporan yang sebenarnya.
3. Dalam sistem maklumat bahasa SQL juga ditulis oleh pengaturcara untuk mewujudkan
pertanyaan-pertanyaan bagi menghasilkan laporan-laporan yang dikehendaki oleh projek.

Pengujian

1. Pengujian merupakan satu proses mengenalpasti ralat pada suatu sistem maklumat.
2. Terdapat 3 jenis pengujian :
a. Pengujian manual
i. Pengujian manual terbahagi kepada tiga :
 Pemeriksaan (inspections)
 Semakan/pengujian perjalanan sistem berdasarkan carta struktur
sistem.
 Walkthroughs
 Pengujian tentang fungsi-fungsi sistem menyimpan data,
memasukkan data, mencari data,menghapus data dan
sebagainya.
 Semakan atas meja (desk checking)
 Semakan terhadap logikal dari suatu algoritma program/sistem
 Terdapat 3 jenis semakan atas meja,: semakan meja bersiri,
semakan meja pilihan dan semakan meja interatif.
b. Pengujian automatik
i. Pengujian automatik terbahagi kepada empat:
 Semakan sintak
 Ujian unit- Menguji setiap program secara berasingan
 Ujian Integrasi- Menguji sama ada sistem boleh berkerja dengan sistem
yang lain.
 Ujian Sistem- Menyemak semua unit program dalam sistem.
c. Ujian Penerimaan Pengguna (user acceptance testing)
i. Menguji sama ada sistem boleh berkerja dengan kemasukan data sebenar.
ii. Terbahagi kepada ujian :
 Penerimaan pengguna peringkat alfa
 Penerimaan pengguna peringkat beta

Pemasangan

1. Pemasangan sistem merujuk kepada mengurus keadaan perisian.


2. Ia melibatkan
a. Pemasangan perisian

Pemasangan melibatkan pemasangan permulaan perisian , termasuk menyalin fail-


fail yang diperlukan, mengkonfigurasi “registry” , dan mencipta mana-mana
jalan pintas (shutcut) yang membenarkan pengguna mencari dan menggunakan perisian.

b. Pengubahsuaian perisian

Pengubahsuaian melibatkan menambah atau membuang ciri-ciri setelah pemasangan
permulaan. Misalnya, setelah pemasangan permulaan satu
aplikasi pemprosesan kata, seorang pengguna mungkin memutuskan
untuk memasang ciri penyemak ejaan.

c. Baik pulih Perisian

Baik pulih melibatkan proses memperbaiki fungsi perisian yang telah rosak. Misalnya jika
fail exe suatu aplikasi telah dipadamkan. Maka fungsi baik pulih diperlukan untuk
perbaiki kerosakan tersebut.

d. Nyah-pasang perisian

Nyah-Pasang melibat proses pembuangan aplikasi secara selemat.Nyah-Pasang ini


melibatkan pembuangan semua fail, registry dan jalan pintas yang terlibat dari
komputer.
3. Kaedah pemasangan :
a. Pamasangan secara langsung – Buang yang lama,pasang yang baru
b. Pemasangan secara Selari – Pemasangan pada masa yang sama dengan sistem semasa,
jika pemasangan sistem baru lebih memberi lebih kelebihan, maka sistem lama dibuang
dan diganti dengan sistem baru.
c. Pemasangan secara Fasa-Pemasangan secara berperingkatan ikut masa yang ditetapkan.
d. Pemasangan secara lokasi (Pilot).- sistem pasang pada satu tempat untuk menguji
kelebihannya.Jika sistem memberi kelebihan, maka tempat lain akan dipasang.

Penilaian

1. Penilaian merupakan proses mengukur sejauh mana sistem baru selaras dengan ciri-ciri
rekebentuk logikal sistem yang dibuat di fasa analisis.
2. Penilaian ini dibuat bukan bertujuan meningkatkan sistem baru tetapi ia lebih kepada
peningkatan sistem yang akan datang.
3. Kriteria Penilaian harus memenuhi matlamat sistem iaitu memenuhi keperluaan pengguna.
4. Kriteria penilaian meliputi aspek berikut :
a. Kelajuan
b. Ketepatan
c. Kualiti Output
d. Boleh dipercayai
e. Kos operasi
f. Senang diguna
g. Daya tarikan
h. Berkeupaya
i. Serasi dengan sistem lain
j. Kefungsian
k. Keselamatan
l. Flesibel
m. mobiliti

Dokumentasi

1. Dokumentasi melipatkan:
a. Dokumentasi Sistem – dokumentasi dalaman atau dokumentasi kod untuk rujukan
pengaturcara pada masa hadapan.
b. Dokumentasi Pengguna – panduan pengguna,manaul buku,panduan secara talian
sebagai panduan kepada pengguna untuk memahami penggunaan ciri-ciri sistem dan
prosedur-prosedur penginputan data.
Latihan dan Sokongan

1. Latihan Pengguna
a. Tujuan : menunjukkan kepada pengguna sebenar bagaimana penggunaan perkakasan
dan perisian dalam sistem.
b. Terdapat tiga jenis latihan :
i. Sesi satu dengan satu – memberi latihan satu dengan satu
ii. Ceramah susun atur kelas – memberi ceramah dalam susun atur bilik darjah
iii. Latihan berasaskan web – memberi latihan secara online melalui laman-laman E-
Pembelajaran.
iv. Melalui panduan pengguna, buku manual ,teknikal
2. Pengguna akan diberi Rancangan sokongan jika sistem rosak atau gagal.
3. Rancangan Sokongan pengguna terdiri daripada :
a. Meja bantuan
b. Bantuan Dalam Talian

Hasil Output Fasa Pelaksanaan

1. Sistem baru
2. Analisis pengujian
3. Analisis pemasangan
4. Analisis penilaian
5. Manual pengguna atau buku manual
6. Staf yang mahir menggunakan sistem baru.

Fasa Penyelengaraan

a) Tujuan Fasa Penyelengaraan : Supaya sistem menjadi kefungsian sistem lebih berevolusi
(berkembang) untuk mengatasi segala ralat proses dalaman atau supaya ia lebih menyokong
kepada perubahan organisasi semasa.

b) Fasa ini terdapat empat aktiviti utama :


a) Memperolehi permintaan penyelenggaraan
 Permintaan perubahan boleh dilaksanakan oleh pengguna dengan menghantar satu
dokumen rasmi yang dipanggil sebagai Permintaan Perubahan Sistem (system
change requests (SSR))
 Melalui SSR pengguna boleh memohon permintaan
1. Pembangunan sistem baru.
2. Melaporkan masalah
3. Menambah ciri-ciri baru dalam sistem
 Seteleh mnerima, penganalisis harus memastikan skop permintaan sistem, untuk
menentukan sejauh mana kesan permintaan terhadap sistem semasa dan berapa
lama projek akan diselesaikan.
 permintaan penyelenggaraan seakan-akan bermulanya fasa perancangan dalam
kitar hayat pembangunan sistem.
b) Menukar permintaan kepada perubahan atau pemeteaan perubahan
 Proses menukar sistem semasa kepada sistem yang diubahsuai berdasarkan
keperluaan permintaan.
 Fasa ini seakan-akan berada dalam fasa analisis dalam SDLC.
c) Merekebentuk perubahan
 Proses merekabentuk sistem yang diminta.
 Merupakan proses yang sama dengan fasa rekebentuk dalam SDLC
d) Melaksanakan perubahan.
 Proses melaksanakan perubahan
 Sama seperti fasa implementasi dalam SDLC.

You might also like